laporan karangan kt2015n

37
Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015 PENDAHULUAN Pada peringkat awal Mesyuarat Panitia Kajian Tempatan, aktiviti tahunan yang dirancangkan pada tahun ini adalah Pertandingan Kuiz Kajian Tempatan Antara Rumah Sukan, Pertandingan Menulis Karangan Malaysia Kita dan Pertandingan Melukis Peta Tahap 2. Namun, Panitia Sejarah ingin menggabungkan tiga buah panitia mata pelajaran iaitu Panitia Sejarah, Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Pendidikan Sivik dan Kenegaraan dalam menjalankan aktiviti panitia pada tahun ini. Aktiviti yang akan dirancangkan dan dilaksanakan secara bekerjasama akan dijalankan pada Bulan September sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Di sini, Panitia Kajian Tempatan ditetapkan untuk menyelaras Pertandingan Menulis Karangan Ringkas Malaysia Kita dan Pertandingan Koir Patiriotik. Pertandingan menulis karangan merupakan pertandingan yang bertempoh di mana murid diberi masa selama seminggu untuk menyiapkan penulisan mereka. Pertandingan ini dijalankan di dalam kelas semasa waktu mata pelajaran Kajian Tempatan. Pertandingan ini memerlukan murid menggunakan kemahiran menulis yang dipejari dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Ia juga memerlukan murid menggunakan segala maklumat untuk dijadikan bahan penulisan. Sebanyak tiga mesyuarat dijalankan untuk memastikan aktiviti tahunan panitia bergabung ini berjalan dengan lancar dan baik. Ketiga-tiga minit mesyuarat, kertas kerja dan laporan penuh pertandingan menulis karangan ringkas disediakan dalam laporan ini. (Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Upload: pejoballack

Post on 31-Jan-2016

258 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

PENDAHULUAN

Pada peringkat awal Mesyuarat Panitia Kajian Tempatan, aktiviti tahunan

yang dirancangkan pada tahun ini adalah Pertandingan Kuiz Kajian Tempatan

Antara Rumah Sukan, Pertandingan Menulis Karangan Malaysia Kita dan

Pertandingan Melukis Peta Tahap 2. Namun, Panitia Sejarah ingin menggabungkan

tiga buah panitia mata pelajaran iaitu Panitia Sejarah, Panitia Kajian Tempatan dan

Panitia Pendidikan Sivik dan Kenegaraan dalam menjalankan aktiviti panitia pada

tahun ini. Aktiviti yang akan dirancangkan dan dilaksanakan secara bekerjasama

akan dijalankan pada Bulan September sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan

dan Hari Malaysia. Di sini, Panitia Kajian Tempatan ditetapkan untuk menyelaras

Pertandingan Menulis Karangan Ringkas Malaysia Kita dan Pertandingan Koir

Patiriotik. Pertandingan menulis karangan merupakan pertandingan yang bertempoh

di mana murid diberi masa selama seminggu untuk menyiapkan penulisan mereka.

Pertandingan ini dijalankan di dalam kelas semasa waktu mata pelajaran Kajian

Tempatan. Pertandingan ini memerlukan murid menggunakan kemahiran menulis

yang dipejari dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Ia juga memerlukan murid

menggunakan segala maklumat untuk dijadikan bahan penulisan. Sebanyak tiga

mesyuarat dijalankan untuk memastikan aktiviti tahunan panitia bergabung ini

berjalan dengan lancar dan baik. Ketiga-tiga minit mesyuarat, kertas kerja dan

laporan penuh pertandingan menulis karangan ringkas disediakan dalam laporan ini.

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 2: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN LONG GANG

96900 BELAGA, SARAWAK.

MINIT MESYUARAT

PANITIA KAJIAN TEMPATAN

BIL 3/2015

TARIKH: APRIL 2015

MASA: 3.30 PETANG

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 3: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

TEMPAT: BILIK GURU

MINIT MESYUARAT PANITIA KAJIAN TEMPATAN BIL 3/2015

TARIKH: APRIL 2015

MASA: 3.30 PETANG

TEMPAT: BILIK GURU

KEHADIRAN:

1. En. W. Mohd Faizul Fitri Bin W. Kemarulzaman2. Pn. Bungan Tingan 3. En. Muhammad Firdaus Bin Ahmad

AGENDA

1. Kata-Kata Aluan Ketua Panitia.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas.

3. Hal-Hal Berbangkit.

4. Pelaksanaan Program Panitia.

5. Hal-Hal Lain.

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 4: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

1.0 KATA-KATA ALUAN KETUA PANITIA

1.1 Pengurusi mengalu-alukan kehadiran semua guru mata pelajaran Kajian Tempatan ke mesyuarat panitia yang ketiga untuk tahun 2015.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS

2.1 Minit mesyuarat disahkan oleh Pn. Bungan Tingan dan disokong oleh En. Muhammad Firdaus.

(Makluman: Setiausaha)

3.0 HAL-HAL BERBANGKIT

3.1 Penggubal soalan berubah. Pertengahan Tahun digubal oelh En. W. Mohd Faizul Fitri dan Akhir Tahun En. Muhammad Firdaus.

3.2 Pertandingan Melukis Peta akan digantikan dengan Pertandingan Koir Patriotik dengan kerjasama Panitia Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kenegaraan.

(Tindakan: Setiausaha)

(Makluman: Semua guru mata pelajaran Kajian Tempatan)

4.0 PELAKSANAAN PROGRAM PANITIA KAJIAN TEMPATAN 2015

4.1 Pertandingan Kuiz Kajian Tempatan Antara Rumah Sukan.Akan dilaksanakan pada 7 OKTOBER 2015.

Penyelaras: En. Wan Mohd Faizul FitiriPembaca Soalan: En. Muhammad FirdausPenjaga Masa: Pn. Bungan TinganPencatat Markah: En. Wan Mohd Faizul Fitiri

4.2 Pertandingan Menulis Karangan Tentang Nagara Malaysia.

Akan dilaksanakan pada 31 JULAI 2015 hingga 6 OGOS 2015.

Penyelaras: En. Wan Mohd Faizul FitiriHakim 1: En. Muhammad FirdausHakim 2: Pn. Bungan Tingan

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 5: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

(Makluman/Tindakan: Semua guru mata pelajaran Kajian Tempatan)4.3 Pertandingan Koir Patriotik Tahun 4 dan Tahun 5.

Akan diadakan pada 1 OKTOBER 2015.

(AJK seperti yang ditetapkan dalam minit mesyuarat bersama

Panitia Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kenegaraan)

(Makluman/Tindakan: Semua guru mata pelajaran Kajian Tempatan)

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 En. Faizul mengharapkan guru Panitia Kajian Tempatan dapat melaksanakan segala program mengikut masa yang ditetapkan.

5.2 Pn. Bungan berharap Pertandingan Koir Patriotik berjalan dengan jayanya kerana ia amat baik untuk memupuk semangat cintakan tanah air.

5.3 En. Faizul juga meminta guru penggubal soalan menyerahkan soalan kepadanya untuk disemak agar sesuai dengan tahap kebolehan murid bagi menjamin kualiti pencapaian murid.

5.4 En. Faizul meminta Pertandingan Kuiz Kajian Tempatan Antara Rumah Sukan digugurkan memandangkan banyak aktiviti bersama dengan Panitia Sejarah dan Panitia Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan akan dijalankan.

Mesyuarat ditangguh pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan Oleh:

…………………… …………………........ ……………………(MUHAMMAD FIRDAUS) (W MOHD FAIZUL FITRI) (DAN BIRA)Setiausaha PKT. Ketua PKT. Guru Besar, SK Long Gang. SK Long Gang. SK Long Gang.

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 6: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN LONG GANG

96900 BELAGA, SARAWAK.

MINIT MESYUARATPANITIA SEJARAH

BERSAMA PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN (PSK)

DAN

PANITIA KAJIAN TEMPATANBIL. 2/2015

TARIKH: 19 MEI 2015

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 7: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

MASA: 2.30 PETANG

TEMPAT: PUSAT SUMBER SEKOLAH

MINIT MESYUARAT

PANITIA SEJARAH BERSAMA PANITIA PSK DAN KAJIAN TEMPATAN

BIL 2/ 2015

TARIKH : 19 MEI 2015 (SELASA)

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT SUMBER

KEHADIRAN:

1.0 Cik Normilah binti Kassim (Ketua Panitia Sejarah)

2.0 Encik Wan Faizul Fitri (Ketua Panitia Kajian Tempatan)

3.0 Puan Madina Bit (Ketua Panitia PSK)

4.0 Cik Nur Hamizah binti Mamat

5.0 Encik Azmeer bin Musa

Tidak Hadir

1. Encik Roma anak Limit (Kelas Tambahan LINUS)

2. Cik Nur Fatin Amirah binti Manan

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 8: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

MINIT MESYUARATPANITIA SEJARAH BERSAMA PANITIA PSK DAN KAJIAN TEMPATAN

BIL 2/ 201519 Mei 2015

1.0 KATA ALUAN KETUA PANITIA

1.1 Ketua Panitia Sejarah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru mata pelajaran Sejarah ke mesyuarat kali kedua panitia terutamanya kepada guru baharu serta kepada Ketua Panitia PSK dan Ketua Panitia Kajian Tempatan. Diharapkan guru-guru baharu dapat memberikan idea dan kerjasama yang baik untuk menjayakan aktiviti panitia.

1.2 Minit mesyuarat Panitia Sejarah yang lepas disahkan oleh Cik Normilah dan telah disokong oleh Cik Nur Hamizah.

2.0 AKTIVITI PANITIA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

2.1 Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena Bulan Kemerdekaan nanti. Oleh hal yang demikian, Panitia Sejarah mengambil inisiatif untuk menggabungkan aktiviti Bulan Kemerdekaan ini bersama-sama dengan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) serta Panitia Kajian Tempatan. Ini adalah kerana, ketiga-tiga panitia ini mempunyai matlamat yang sama iaitu menanamkan unsur patriotisme ke dalam jiwa murid di samping memberikan pengetahuan tentang sejarah serta keunikan negara kita Malaysia.

2.2 Antara aktiviti yang akan diadakan sempena Bulan Kemerdekaan nanti ialah Pakaian Beragam Patriotik, Nyanyian Lagu Patriotik, Menulis Esei Patriotik, Kain Rentang, Kuiz Kemerdekaan dan Tayangan Filem Patriotik.

2.3 Hasil perbincangan yang diadakan, maka Panitia Sejarah akan menganjurkan aktiviti membuat Kain Rentang, Pertandingan Kuiz

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 9: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

Kemerdekaan dan juga Tayangan Filem Patriotik. Panitia PSK akan menganjurkan Pertandingan Pakaian Beragam Patriotik manakala Panitia Kajian Tempatan pula akan menganjurkan Pertandingan Nyanyian Patriotik dan Menulis Esei Patriotik.

(Tindakan:Semua guru Sejarah, PSK dan Kajian Tempatan)3.0 MEMBUAT KAIN RENTANG PATRIOTIK

3.1 Aktiviti ini dibuatkan dengan tujuan untuk menunjukkan rasa cinta warga SK Long Gang kepada negara.

3.2 Di mana, warga sekolah akan membuat cop tapak tangan dan menulis kata-kata patriotik kepada negara pada kain rentang berkenaan.

3.3 Kain rentang ini akan digantungkan pada laluan berbumbung sekolah sepanjang Bulan Kemerdekaan berlangsung. Ini secara tidak langsung dapat menyemai semangat cintakan negara kepada warga sekolah khususnya kepada murid-murid di samping turut akan menceriakan kawasan sekolah.

3.4 Aktiviti ini akan dilaksanakan pada 19 Ogos 2015 semasa Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah.

(Tindakan: Cik Normilah dan Cik Fatin)

4.0 KUIZ KEMERDEKAAN

4.1 Kuiz kemerdekaan ini akan dijalankan kepada murid Tahap 2.

4.2 Penyertaan murid-murid adalah mewakili rumah sukan masing- masing. Setiap pasukan yang dibentuk perlulah mempunyai ahli daripada tahun 4, 5 dan 6.

4.3 Kuiz ini akan dibuat secara lisan supaya lebih mencabar kefahaman dan kemampuan murid.

4.4 Tujuan kuiz ini dijalankan adalah untuk menguji pengetahuan murid tentang sejarah kemerdekaan negara di samping ilmu yang mereka perolehi daripada kuiz ini dapat digunakan semasa kelas Sejarah.

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 10: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

4.5 Kuiz ini akan dijalankan pada 2 September 2015 bertempat di Dewan Sekolah.

(Tindakan:Cik Nur Hamizah)

5.0 TAYANGAN FILEM KEMERDEKAAN

5.1 Aktiviti ini mensasarkan semua warga sekolah.

5.2 Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mendedahkan warga sekolah kepada sejarah kemerdekaan negara. Selain itu, dapat menanamkan unsur patriotisme dalam jiwa mereka.

5.3 Aktiviti ini juga menjadi medan untuk warga sekolah bersantai secara ilmiah di samping mengeratkan ikatan silaturahim dan seterusnya memupuk suasana yang harmoni dalam kalangan mereka.

5.4 Aktiviti ini akan dijalankan pada 26 Ogos 2015 bertempat di Pusat Sumber Sekolah.

(Tindakan:Encik Azmeer dan Encik Roma)

6.0 PAKAIAN BERAGAM

6.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid Tahap 1 sahaja iaitu murid Tahun 1 hingga Tahun 3.

6.2 Dibahagikan kepada dua kategori iaitu Lelaki dan Perempuan.

6.3 Guru Kelas bertanggungjawab untuk memilih peserta daripada kelas masing-masing dan seterusnya mengenakan pakaian yang sesuai dengan tema yang telah ditetapkan.

6.4 Pertandingan ini akan dijalankan pada 19 Ogos 2015, jam 2.30 petang bertempat di Dewan Sekolah.

(Tindakan : Puan Madina Bit)

7.0 NYANYIAN PATRIOTIK

7.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja.

7.2 Setiap kelas perlu menghantar satu kumpulan sahaja.

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 11: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

7.3 Guru kelas dan guru mata pelajaran Sejarah, PSK dan Kajian Tempatan setiap kelas bertanggungjawab untuk memilih peserta dan seterusnya melatih untuk pertandingan tersebut.

7.4 Pertandingan ini akan diadakan pada 19 Ogos 2015 bertempat di Dewan Sekolah.

(Tindakan : Encik Wan Faizul Fitri/PANITIA KAJIAN TEMPATAN)

8.0 MENULIS ESEI PATRIOTIK

8.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid Tahun 6 sahaja. Di mana semua murid yang berminat akan menulis esei patriotik berdasarkan kepada tajuk yang telah ditetapkan.

8.2 Tajuk esei akan diberikan terlebih dahulu dan murid-murid bebas untuk menghasilkan esei dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak Panitia Kajian Tempatan.

8.3 Esei yang telah dihasilkan akan dinilai oleh guru yang mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan kelas berkenaan.

(Tindakan : Encik Wan Faizul Fitri/PANITIA KAJIAN TEMPATAN)

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Cik Nur Hamizah berkongsi tentang apa yang diperolehi semasa mengikuti kursus Penyebaran DSKP Tahun 6.

9.2 Selain itu, beliau mengingatkan semua guru Sejarah supaya membuat pentaksiran dan penilaian keada murid. Rekod yang telah siap perlu dihantar dan disimpan di dalam fail panitia.

9.3 Encik Azmeer mencadangkan mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

(Tindakan: Semua guru Sejarah)

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 12: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

..................................... ................................... ............................(NUR HAMIZAH MAMAT) (NORMILAH KASSIM) (DAN BIRA)Setiausaha, Ketua, Guru Besar,Panitia Sejarah, Panitia Sejarah, SK Long Gang.SK Long Gang. SK Long Gang.

SEKOLAH KEBANGSAAN LONG GANG

96900 BELAGA, SARAWAK.

MINIT MESYUARATPANITIA SEJARAH

BERSAMA PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN (PSK)

DAN

PANITIA KAJIAN TEMPATANBIL. 3/2015

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 13: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

TARIKH: 5 OGOS 2015

MASA: 2.30 PETANG

TEMPAT: PUSAT SUMBER SEKOLAH

MINIT MESYUARATPANITIA SEJARAH BERSAMA PANITIA PSK DAN KAJIAN TEMPATAN

BIL 3/ 2015

TARIKH : 5 OGOS 2015 (RABU)MASA : 2.30 PETANGTEMPAT : PUSAT SUMBER

KEHADIRAN:

1. Cik Normilah binti Kassim (Ketua Panitia Sejarah)2. Encik Wan Faizul Fitri (Ketua Panitia Kajian Tempatan)3. Puan Madina Bit (Ketua Panitia PSK)4. Cik Nur Hamizah binti Mamat5. Cik Nur Fatin Amirah binti Manan

Tidak Hadir1. Encik Roma anak Limit (KelasTambahan KBI Bahasa Melayu)2. Encik Azmeer bin Musa (Kelas LINUS Matematik)

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 14: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

MINIT MESYUARATPANITIA SEJARAH BERSAMA PANITIA PSK DAN KAJIAN TEMPATAN

BIL 3/ 20155 Ogos 2015

1.0 KATA ALUAN KETUA PANITIA

1.1 Ketua Panitia Sejarah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat ini.

1.2 Minit mesyuarat yang lepas disahkan oleh Cik Normilah dan telah disokong oleh Encik Wan Faizul Fitri.

2.0 PERBINCANGAN AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN

2.1 Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan.

2.1.1 Akan diadakan pada 19 Ogos 2015 semasa Majlis Perhimpunan Mingguan Sekolah.

2.1.2 Ahli Jawatankuasa:PA Sistem : AzmeerGimik Pelancaran: Nur Fatin dan NormilahPersiapan Tempat : Semua guru Sejarah, PSK dan KTDokumentasi : Nur Fatin Disiplin Murid : Guru Bertugas Mingguan dan PPM

2.1.3 Tentatif Majlis:Nyanyian Negaraku dan Ibu PertiwiUcapan Aluan Pengacara Majlis

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 15: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

Ucapan Guru Besar Ucapan Ketua Panitia SejarahGimik Pelancaran – Membuat kain rentang patriotikNyanyian lagu Sekolah dan Fly Kenyalang FlyNyanyian lagu patriotik – Sehati SejiwaMajlis Bersurai

(Tindakan:Semua guru Sejarah, PSK dan Kajian Tempatan)

2.2 Kuiz Kemerdekaan 2.2.1 Diadakan pada 2 September 2015, hari Rabu bermula jam

3.00 petang bertempat di Pusat Sumber Sekolah.

2.2.2 Terbuka kepada murid Tahun 4 dan 5 sahaja mengikut rumah sukan masing-masing.

2.2.3 Ahli Jawatankuasa Kuiz:PA Sistem : AzmeerPenyedian soalan: Nur Hamizah dan RomaPembaca soalan : NormilahPencatat masa dan markah : Nur FatinPenyedia Kad Jawapan: Faizul dan Muhammad FirdausPenyediaan tempat : Semua guru Sejarah, PSK dan KT

(Tindakan : Semua guru Sejarah, PSK dan KT)

2.3 Tayangan Filem Patriotik

2.3.1 Tayangan akan diadakan pada 25 Ogos 2015 (Selasa) bermula jam 2.30 petang bertempat di Dewan Sekolah.

2.3.2 Hasil persetujuan bersama filem yang akan ditayangkan adalah Tanda Putera. Filem tersebut memaparkan proses untuk mendapatkan kemerdekaan negara dan bertepatan dengan DSKP Sejarah Tahun 5.

2.3.3 Ahli Jawatankuasa Tayangan Filem:i) PA Sistem : Azmeer Musa dan Roma Ak Limitii) Persiapan tempat : Semua guru Sejarah, PSK dan KTiii)Publisiti : Nur Hamizah Mamat

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 16: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

iv)Dokumentasi : Roma Ak Limit

(Tindakan : Semua guru Sejarah, PSK dan KT)

2.4 Pertandingan Nyanyian Patriotik dan Pakaian Beragam

2.4.1 Pertandingan ini akan dijalankan pada 14 September 2015 (Isnin) di Dewan Sekolah bermula jam 2.30 petang.

2.4.2 Ahli Jawatankuasa Pertandingan:i) Pengacara Majlis : Farha Ilyanaii) PA Sistem : Azmeer dan Faizuliii) Pengurusan Pentas : Normilah dan Romaiv) Hiasan Pentas : Semua guru Sejarah, PSK dan KTv) Publisiti : Faizul dan Madinavi) Hakim Pertandingan : Jubin, Sahril dan Penikvii) Dokumentasi : Faizulviii)Sijil dan Hadiah : Nur Hamizah

(Tindakan : Semua guru Sejarah, PSK dan KT)

2.5 Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan

2.5.1 Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan akan dijalankan pada 18 September 2015 (Jumaat) bermula jam 10.30 pagi di Dewan Sekolah.

2.5.2 Ahli Jawatankuasa:i) Pengacara Majlis : Sahrilii) PA Sistem : Philip dan Jubiniii) Buku Program : Azmeer dan Muhammad Firdausiv) Pengurusan Pentas : Faizul dan Romav) Dokumentasi : Azmeervi) Sijil dan Hadiah : Hamizah, Normilah, Fatin dan Pn.

Bungan

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 17: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

vii) Persembahan : Guru (Arif dan Siti Hidayah) Murid (Pemenang Nyanyian)viii)Disiplin dan Kawalan Murid: Warden dan PPM bertugas

2.5.3 Tentatif Majlisi) Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiii) Ucapan Aluan Pengacara Majlisiii) Ucapan Guru Besariv) Penyampaian Hadiahv) Persembahan guru dan muridvi) Nyanyian lagu sekolah dan Fly Kenyalang Flyvii) Nyanyian lagu patriotik – Keranamu Malaysia Jalur Gemilang

(Tindakan : Semua guru Sejarah, PSK dan KT)

3.0 HAL-HAL LAIN

3.1 Ketiga-tiga panitia mengharapkan semua aktiviti dan majlis yang dirancangkan ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

3.2 Diharapkan juga, ahli panitia dapat memberikan komitmen dan kerjasama dalam melaksanakan Bulan Kemerdekaan ini.

3.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 18: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

..................................... ............................ ..............................(NUR HAMIZAH MAMAT) (NORMILAH KASSIM) (DAN BIRA)Setiausaha, Ketua, Guru Besar,Panitia Sejarah, Panitia Sejarah, SK Long Gang.SK Long Gang. SK Long Gang.

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 19: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN MENULIS KARANGAN

MALAYSIA KITA

MURID TAHUN 6

SEKOLAH KEBANGSAAN LONG GANG

TAHUN 2015

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 20: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

1.0 PENGENALAN

Dalam sistem pendidikan sekolah rendah, kemahiran 3M diutamakan. Salah

satu daripadanya ialah kemahiran menulis. Murid sekolah rendah diharap dapat

menulis karangan yang memenuhi ciri penulisan gramatis. Dalam Ujian Penilaian

Sekolah Rendah, Bahasa Malaysia Penulisan merupakan ujian yang menguji

kebolehan murid menghasilkan karangan yang baik. Oleh itu, kemahiran menulis

amat penting dikuasai oleh setiap murid di sekolah rendah.

2.0 TUJUAN

Merangsang peningkatkan kemahiran murid menghasilkan karangan yang

gramatis berdasarkan fakta yang diperolehi daripada buku atau rujukan lain.

3.0 OBJEKTIF

Berdasarkan kepada tujuan pertandingan beberapa objektif telah ditetapkan

untuk dicapai melalui pertandingan yang akan dijalankan:

Meningkatkan minat murid menghasilkan penulisan yang baik.

Meningkatkan pengetahuan serta cinta murid kepada negara Malaysia.

Membantu murid dalam pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

Meningkatkan keyakinan murid dalam menghasilkan penulisan.

4.0 TARIKH, TEMPAT DAN MASA

Tarikh : 27 Julai 2015 – 1Ogos 2015

Tempat : Kelas Tahun 6

Masa : Berdasarkan jadual waktu (Kajian Tempatan)

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 21: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

5.0 BILANGAN PENYERTAAN

Bilangan peserta adalah terdiri daripada semua murid Tahun 6.

TAHUN 6

6 AMANAH

6 BESTARI

6 CEKAL

6.0 AJK PENGELOLA PERTANDINGAN MENULIS KARANGAN 2015

Pengerusi:

Pn. Bungan Tingang

Naib Pengerusi:

En. W. Mohd Faizul Fitiri Bin W. Kemarulzaman

Setiausaha/Urusetia:

En. Mohammad Firdaus Bin Ahmad

AJK Teknikal:

Pn. Sharifah Haslin Binti Wan Sarip

Cik Nur Hamizah Binti Mamat

AJK Pengadil Pertandingan:

Pn. Hasanah

Pn. Mureng Mang

AJK Publisiti:

En. W. Mohd Faizul Fitri Bin W. Kemarulzaman

AJK Hadiah:

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 22: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

En. Mohammad Firdaus Bin Ahmad

7.0 BAJET

Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Kuantiti Harga Seunit (RM)

Perbelanjaan

(RM)

1. Plug (Hamper) 1 set 25.00 25.00

2. Plug (Hamper) 1 set 18.00 18.00

3. Sijil Pemenang 2 pcs 2.00 4.00

4. Kertas A4 1 rim 10.50 10.50

Jumlah 57.50

8.0 PENUTUP

Dengan adanya pertandingan menulis karangan murid diharap dapat

meningkatkan kemahiran mereka dalam mengolah isi atau fakta menjadi satu

penulisan yang gramatis. Murid akan lebih mengenali negara Malaysia melalui fakta-

fakta yang diperolehi. Akhir sekali, murid diharap dapat memperbaiki kemahiran

penulisan dan meningkatkan penguasaan kemampuan menulis karangan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…............................................... …...........................................

(MUHAMMAD FIRDAUS BIN AHMAD) (W MOHD FAIZUL FITRI)Setiausaha Ketua Panitia Kajian TempatanPanitai Kajian Tempatan SK Long Gang , Belaga.SK Long Gang, Belaga.

Disahkan oleh:

…...............................................(DAN BIRA)Guru Besar

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 23: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

SK Long Gang, Belaga Sarawak.

LAPORAN PERTANDINGAN MENULIS KARANGAN

“MALAYSIA KITA”

TAHUN 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN LONG GANG BELAGA, SARAWAK.

PANITIA KAJIAN TEMPATAN

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 24: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

LAPORAN PERTANDINGAN MENULIS KARANGAN

“MALAYSIA KITA”

TAHUN 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN LONG GANG BELAGA

PANITIA KAJIAN TEMPATAN

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Menulis Karangan Malaysia Kita merupakan salah satu aktiviti

tahunan Panitia Kajian Tempatan. Pertandingan ini diadakan adalah untuk

meningkatkan kemahiran murid menghasilkan karangan yang gramatis berdasarkan

fakta yang diperolehi daripada buku atau rujukan lain. Murid SK Long Gang didapati

agak lemah dalam aspek penulisan Bahasa Malaysia. Oleh itu, penganjuran

pertandingan ini adalah amat tepat dan sesuai dengan situasi.

2.0 BUTIR-BUTIR PERTANDINGAN

Tarikh : 27 Julai 2015 – 1Ogos 2015

Masa : Berdasarkan jadual waktu (Kajian Tempatan)

Tempat : Kelas Tahun 6

Penyertaan : Murid-murid Tahun 6 sahaja.

Juri : Cik Horhamizah (Ketua Juri)

Pn. Hasanah

Penyelaras : En. Muhammad Firdaus Bin Ahmad

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 25: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

4.0 KEPUTUSAN DAN PENCAPIAN PERTANDINGAN

4.1 Keputusan Pertandingan

Tempat Pertama : Harisson Bin Nada

Tempat Kedua : Amanda Natalia

Tempat Ketiga : Angatha Urai

4.2 Pencapaian Pertandingan

Secara keseluruhannya, pertandingan ini mencapai matlamat

dan objektif yang dirancangkan. Pertandingan ini sedikit sebanyak

telah berjaya merangsang peningkatkan kemahiran murid

menghasilkan karangan yang gramatis berdasarkan fakta yang

diperolehi daripada buku atau rujukan lain. Sepanjang tempoh

pertandingan ini berjalan, pertandingan ini berjaya meningkatkan

minat murid menghasilkan penulisan yang baik.

5.0 CABARAN DAN CADANGAN

Setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai cabaran tersendiri. Cabaran yang

dilalui sepanjang pertandingan ini ialah memastikan murid memberikan kerjasama

dalam menyiapkan karanga mereka. Murid-murid perlu dipantau dan diberi tunjuk

ajar secara berterusan supaya mereka dapat menyiapkan karangan mereka. Ini

kerana, ramai di antara mereka kurang baik dalam menulis karangan. Murid-murid

perlu diberi motivasi dan informasi tentang apa yang istimewa pada negara

Malaysia.

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 26: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

Beberapa cadangan boleh dikemukakan untuk menambah baik penganjuran

pertandingan ini pada tahun hadapan. Pertandingan seperti ini boleh dibuka kepada

semua murid tahap 2 dan mengikut tahun iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Untuk menggalakkan lagi penyertaan murid, rangka atau isi penting karangan

disediakan oleh guru. Murid hanya perlu mengolah isi serta menambah sedikit isi

yang diperolehi sendiri. Pertandingan ini juga boleh diadakan pada satu masa

serentak dan tidak memerlukan tempoh yang lama.

6.0 LAMPIRAN BERGAMBAR

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 27: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

7.0 PENUTUP

Keseluruhannya, perjalanan pertandingan ini berjalan dengan lancar. Hal ini

kerana kerjasama di antara AJK pertandingan amat baik. Pertandingan ini berjaya

melatih murid untuk menghasilkan karangan yang gramatis. Murid setidak-tidaknya

telah memahami negara Malaysia yang di dalamnya terkandung beberapa ciri

istimewa seperti kepelbagaian makanan, budaya, seni dan sebagainya.

Pertandingan seperti ini boleh diteruskan pada masa akan datang kerana iainya

memberi banyak kesan positif terhadap murid-murid. Terima kasih kepada AJK yang

terlibat secara lansung dan juga kepada murid-murid yang berjaya memberikan

kerjasama yang baik.

Disediakan oleh: Disahkan Oleh:

…………………........ ……………………......(W MOHD FAIZUL FITRI) (DAN BIRA)Ketua Panitia Kajian Tempatan. Guru Besar, SK Long Gang. SK Long Gang.

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 28: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 29: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

Sejarah Penubuhan Prasekolah Rafflesia 1

Senarai Maklumat Murid Prasekolah Rafflesia 2015 4

Maklumat Asas Guru Prasekolah Rafflesia 7

Plan Strategik Prasekolah 2011-2015 9

Laporan Penguasaan Literasi Bahasa Malaysia 27

Instrument Penguasaan Literasi Bahasa Malaysia 43

Laporan Penguasaan Penilaian Berasaskan Tunjang 62

Laporan Gotong-Royong Tahunan Prasekolah Rafflesia 1 82

Laporan Gotong-Royong Tahunan Prasekolah Rafflesia 2 93

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25

Page 30: LAPORAN KARANGAN KT2015n

Laporan Sasaran Kerja Tahun 2015

LAPORANPENCAPAIAN

KELAS MATEMATIK6 AMANAH

2015

(Panitia Kajian Tempatan) Page 25