kamidah 2

110
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Air merupakan sumber semula jadi anugerah Tuhan yang terdapat lebih kurang 1 400 000 000 km³. Air meliputi 75% daripada permukaan bumi. Walau bagaimanapun keseluruhan air yang didapati di muka bumi ini hanya 3% sahaja merupakan air tawar manakala selebihnya iaitu 97% merupakan air masin. Daripada jumlah air tawar tadi, lebih kurang 2.997% berbentuk air dan glasier di kutub dan juga air di bawah permukaan bumi yang sukar atau tidak ekonomik untuk dikeluarkan. (Miller, 1995, Hamidi, 1999). Hanya 0.003% sahaja daripada keseluruhan air ini 1

Upload: nor-mazitah-mahussin

Post on 15-Nov-2015

234 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

tesis

TRANSCRIPT

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Air merupakan sumber semula jadi anugerah Tuhan yang terdapat lebih kurang 1 400 000 000 km. Air meliputi 75% daripada permukaan bumi. Walau bagaimanapun keseluruhan air yang didapati di muka bumi ini hanya 3% sahaja merupakan air tawar manakala selebihnya iaitu 97% merupakan air masin. Daripada jumlah air tawar tadi, lebih kurang 2.997% berbentuk air dan glasier di kutub dan juga air di bawah permukaan bumi yang sukar atau tidak ekonomik untuk dikeluarkan. (Miller, 1995, Hamidi, 1999). Hanya 0.003% sahaja daripada keseluruhan air ini boleh dimanfaatkan yang hadir dalam bentuk lembapan tanah, air bumi, air wap, tasik dan juga sungai seperti rajah 1.1 seperti berikut.

Rajah 1.1 : Agihan air

1.2 Latar belakang kajian

Air hujan dan air bumi merupakan dua pilihan untuk merungkai kemelut bekalan air negara. Di bawah cadangan penuaian air hujan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menggubal undang-undang kecil di seluruh negara untuk mewajibkan rumah-rumah mahupun sekolah untuk memasang sistem penuaian air hujan. Langkah ini pastinya akan mengurangkan pergantungan ke atas air terutamanya di sekolah, lantas mampu membendung pembaziran dan langkah bijak dalam mengurangkan kadar bil air.

Kempen penjimatan air yang dijalankan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) sudah tentu menjadi landasan untuk mendidik pelajar-pelajar dalam menguruskan penggunaan air. Kempen ini telah dilancarkan pada Julai 2006 sehingga bulan Julai 2008. Kempen ini berlanjutan lagi dan bermula pada bulan Julai 2009 hingga bulan Oktober 2010 yang mana kempen ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Federation of Malaysia Consumers Associations (FOMCA) dan juga Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Terdapat beberapa program yang telah diatur oleh kementerian dengan dibantu oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) bagi melaksanakan program Kempen Jimat Air demi menyedarkan pengguna seperti :

1.2.1 Sesi temu bual bersama pihak media seperti radio dan televisyen

1.2.2 Program-program pameran

1.2.3 Penyediaan bahan cetak berhubung Kempen Jimat Air

Sasaran keseluruhan kempen ini adalah untuk mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus. Keperitan terputus bekalan air seharusnya mengajar kita untuk lebih berhemah ketika bekalan air melimpah-ruah. Dalam masa yang sama, kita juga memerlukan kempen yang berkesan dan krisis air juga mengajar kita untuk menghargai nilai air yang sebenar.

Menurut Hamidi (1999), air memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan masyarakat kerana bekalan air yang mencukupi serta selamat merupakan prasyarat kepada pembangunan masyarakat yang mapan. Air diperlukan untuk kehidupan manusia, tumbuh-tumbuhan serta haiwan. Tanpa air, hidupan ini tidak mungkin wujud di bumi. Lebih kurang 97% daripada air yang terdapat di bumi berada di lautan iaitu air masin sementara bakinya sebanyak 3% lagi adalah merupakan air tawar. Bagi manusia, air banyak digunakan di rumah kediaman, perindustrian dan juga di sekolah. Penggunaan air di sekolah oleh pelajar, guru dan juga pekerja hendaklah digunakan dengan cara yang paling berhemah agar sekolah dapat melahirkan individu yang mengamalkan sikap berjimat cermat semasa menggunakan air.

Menurut Nik Fuaad (1990), 36% daripada hujan di Malaysia kembali semula ke atmostera melalui proses penyejatan dan transpirasi. Sementara 57% hujan yang turun di Malaysia menjadi air larian dan baki 7% lagi air hujan menelus ke bawah permukaan bumi untuk mengimbah air bumi. Menurutnya lagi, sumber air boleh dibahagikan kepada dua kategori seperti berikut :

i. Sumber di permukaan bumi.Sumber air permukaan merupakan air yang jatuh dan mengalir di atas permukaan bumi. Sumber-sumbernya ialah :a. air hujan dijadikan sumber air mentah melalui proses pengumpulan dan penggunaan secara kecil-kecil atau besar-besaran.b. alur dan sungai alur mengalirkan air ke sungai dan Nik Fuaad mengatakan sungai merupakan sumber utama air mentah di Malaysia. Air sungai mengikut kegunaannya sejak turun-temurun adalah sebagai air minuman untuk manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan.

c. tasik dan kolam semulajadi airnya datang dari alur atau sungai, lazimnya kualiti air ini baik bagaimanapun kadang-kadang ia mempunyai bau dan warna akibat tumbuhan air.d. takungan air dihasilkan melalui empangan yang merentasi sungai bagi membekalkan air atau mengimbangi ketidakstabilan pengaliran air sungai. Kualiti airnya lebih baik daripada air tasik kerana ia kurang ditumbuhi tumbuhan air.ii. Sumber di bawah permukaan bumiDianggarkan Malaysia mempunyai air bawah permukaan bumi tersimpan sebanyak 5 000 bilion m. Air ini merupakan air yang tersimpan di zon ketepuan dan mengalir sebagai air bumi di dalam stratum boleh telap yang mengandungi air yang disebur akuifer (Nik Fuaad, 1990). Menurutnya lagi, air di bawah permukaan bumi tidak digunakan dengan meluas untuk bekalan air di negara ini disebabkan sumber permukaan adalah mencukupi.

1.3 Pernyataan Masalah

Sekolah umumnya dilengkapi dengan segala keperluan asas seperti tandas guru-guru dan murid-murid, kantin, surau dan bilik-bilik khas seperti bilik Kemahiran Hidup dan Bilik Sains yang tentunya disediakan dengan paip air yang secukupnya untuk keperluan para pelajar. Adalah dianggarkan terdapat kira-kira lima puluh paip air disediakan di dalam tandas. Bilangannya tentu jauh lebih banyak lagi jika dikira bilangan paip air yang disediakan di kantin, surau dan bilik-bilik khas tadi. Dengan bilangan paip air yang banyak dan tersedia tidak jauh untuk dicapai atau digunakan oleh para pelajar dan kakitangan yang lain, penggunaan air menjadi mudah dan memungkinkan berlakunya pembaziran sama ada secara sedar atau tanpa disedari.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai aktiviti di sekolah yang melibatkan penggunaan air. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan air amat diperlukan dalam mata pelajaran tertentu. Ada beberapa mata pelajaran yang memerlukan penggunaan air secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh :

Mata PelajaranPenggunaan Air

Pendidikan Seni VisualMembasuh alatan seperti berus dan bekas warna

Kemahiran HidupMemelihara ikan hiasan dan berkebun

Pendidikan IslamLatihan amali berwuduk

Pendidikan Jasmani dan KesihatanMembersihkan diri dan alatan sukan

Jadual 1.1 : Penggunaan air di sekolah

Oleh itu, kita mesti bijak menggunakan air dan berjimat cermat bagi memastikan jumlah air yang sesuai, bersih dan selamat mencukupi untuk kita dan generasi akan datang. Penggunaan air di sekolah banyak bergantung kepada gaya atau cara pelajar menggunakan air semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, penggunaan air di tandas dan di kantin. Jika penggunaan air di tandas dan di kantin tidak dilakukan dengan berhemah, ia akan menyumbang kepada kadar bil air yang tinggi. Pelajar hendaklah diajar agar menggunakan pam tandas hanya apabila perlu sahaja dan tutup pili air semasa memberus gigi. Jangan biarkan air mengalir semasa pelajar-pelajar membuang kotoran pada peralatan yang digunakan seperti berus lukisan dan sebagainya.

Berdasarkan isu-isu di atas, pengkaji membuat kesimpulan bahawa :

1.3.1 Gaya penggunaan menyebabkan peningkatan penggunaan air di Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi, Johor.1.3.2 Persepsi pelajar menyebabkan peningkatan penggunaan air di Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi, Johor.1.3.3 Wujudnya hubung kait antara gaya penggunaan dengan persepsi respondan yang menyumbang kepada peningkatan penggunaan air di Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi, Johor.1.4Kerangka Konsep Kajian

Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian

1.5 Persoalan Kajian

Terdapat dua persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini. Persoalan yang diberi perhatian dalam penyelidikan ini ialah :

1.5.1Sejauh manakah kekerapan murid menggunakan paip air di sekolah.

1.5.2Sejauh manakah gaya penggunaan air mempengaruhi murid menggunakan paip air di sekolah.

1.5.3Sejauh manakah persepsi penggunaan air mempengaruhi murid menggunakan paip air di sekolah?

1.6 Objektif KajianBerdasarkan pernyataan masalah tersebut, maka objektif kajian ini adalah seperti berikut :

1.6.1Mengkaji kekerapan kalangan pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Bandar Kota Tinggi menggunakan tandas dan paip air (berpandukan nilai min)

1.6.2Mengkaji gaya penggunaan air paip dalam kalangan pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi (berpandukan nilai min )

1.6.3Mengkaji persepsi terhadap penggunaan air paip dalam kalangan pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi (berpandukan nilai min)

1.7Skop Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah adalah berbentuk deskriptif atau keperihalan. Dapatan kajian dibincangkan dalam bentuk peratusan, frekuensi, min dan sisihan piawai sesuatu pembolehubah. Secara amnya, ia menyentuh tentang penggunaan air dalam kalangan pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi, Johor. Soal selidik yang dijawab oleh para respondan hanya menjurus kepada penggunaan air paip oleh mereka sepanjang mereka berada di dalam kawasan sekolah. Amalan biasa yang mereka lakukan adalah seperti penggunaan air paip di sinki kantin, paip mengambil wuduk dan paip-paip di dalam tandas sewaktu sesi persekolahan dan pada hari-hari persekolahan biasa tanpa menjurus pada hari-hari yang istimewa sesuatu aktiviti seperti semasa kejohanan olahraga sekolah dan sebagainya.

Item-item yang bercorak kualititatif dan kuantitatif yang menjurus kepada kekerapan menggunakan paip air, gaya penggunaan dan persepsi para pelajar terhadap cara penggunaan paip air semasa menggunakan paip air diambil kira kerana ia mempengaruhi kadar penggunaan air paip seseorang.

1.8Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini dijalankan adalah seperti berikut :

1.8.1Dapat melihat kaitan antara gaya pelajar menggunakan air paip terhadap peningkatan penggunaan air di sekolah.

1.8.2Memberi informasi tentang penggunaan air di sekolah.

1.8.3Galakan penjimatan penggunaan air melalui penggunaan berhemah dalam kalangan pelajar.

1.8.4Pengurusan air terancang yang sesuai bagi penjimatan air di sekolah.

1.8.5Menggalakkan program-program dan aktiviti-aktiviti penjimatan air yang boleh dipraktikkan oleh pihak sekolah melalui kelab dan persatuan atau panitia mata pelajaran

1.9Batasan Kajian

Batasan kajian dalam penyelidikan ini ialah :

1.9.1Masa kutipan data kajian ini dijalankan selama lebih kurang dua bulan. Hal ini menyebabkan data-data penggunaan air yang diambil kira adalah data-data terkebelakang dan bukannya data semasa.

1.9.2Kajian hanya terbatas kepada pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi. Sekolah ini mempunyai seramai 645 orang murid.

1.9.3Pemilihan respondan untuk kajian ini adalah seramai 51 orang murid yang mewakili 132 orang murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi diharap dapat memberikan gambaran tentang gaya dan persepsi penggunaan air di sekolah.

1.9.4Penyelidik mendapat sedikit kesukaran dalam memperolehi maklumat yang jitu dan jujur serta dipercayai dalam beberapa item kerana para respondan bimbang maklumat yang diberi akan mendedahkan mereka kepada sikap negatif yang tidak sepatutnya mereka amalkan.

1.9.5Ketepatan jawapan kepada item-item soal selidik sedikit sebanyak dipengaruhi oleh rakan-rakan semasa mereka menjawab sesuatu item.

1.9.6Kajian ini hanya tertumpu kepada gaya dan persepsi para respondan melalui kekerapan mereka menggunakan paip air di sekolah sewaktu sesi persekolahan biasa dan bukan melibatkan faktor-faktor lain.

1.10Kesimpulan

Bab ini telah menghuraikan tentang latar belakang penyelidikan dalam aspek permasalahan yang ingin dikaji oleh penyelidik. Antara elemen yang dikupas adalah berkaitan dengan pernyataan masalah bagi kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian dan juga batasan kajian. Adalah diharapkan dengan huraian-huraian dan maklumat-maklumat yang dibentangkan di dalam beberapa subtopik di atas akan memberi gambaran yang sangat jelas dan memacu tepat kajian ini dijalankan dan hala tujunya.

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1Pengenalan

Bab ini akan menghuraikan beberapa pendapat para penulis tentang tahap penggunaan air dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah. Kajian tersebut merupakan kajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji terlebih dahulu dengan bertujuan untuk melihat beberapa pemboleh ubah yang mempengaruhi penggunaan air. Kajian-kajian lepas yang disenaraikan di bawah adalah berkaitan dengan pencemaran sumber air, penggunaan air, pembekalan air dan kehilangan air di sesuatu tempat. Adalah diharapkan agar kajian-kajian lepas akan dapat membantu kajian ini menjadi lebih jitu dan dapat menggambarkan dengan lebih jelas tentang penggunaan air oleh pelajar-pelajar di sekolah rendah.

2.2Tinjauan Dalam Negara

Air hujan dan air bumi merupakan dua pilihan untuk merungkai kemelut bekalan air negara. Kempen penjimatan air yang dijalankan sudah tentu menjadi landasan baik untuk pengguna dalam menguruskan air mereka. Oleh sebab itu, sebagai seorang pendidik, kita hendaklah mendidik pelajar-pelajar agar menggunakan air dengan cara yang berhemah agar mereka dapat mempraktikkannya di rumah, di tempat-tempat awam lain dan dapat melatih diri mereka menjimatkan penggunaan air apabila mereka dewasa kelak.

Air merupakan salah satu keperluan asas kehidupan manusia. Oleh itu, kualiti air yang digunakan sering mempengaruhi kesihatan sesuatu masyarakat. Sebagai satu sumber yang amat penting, air kerap disalahgunakan secara sengaja atau tidak sengaja. Ini timbul kerana kejahilan manusia tentang air, puncanya, edarannya, sifat-sifatnya dan perkara lain yang boleh mengubah kegunaan air itu sendiri. (Ahmad Badri Mohamad, 1987).

Menurut Prof. Dr. Chan Ngai Weng, Kempen Penjimatan Air peringkat kebangsaan yang ditetapkan untuk tempoh dua tahun dari Julai 2006 hingga Julai 2008 sepatutnya mampu memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya pelajar-pelajar sekolah. Sokongan dan kesedaran kita terhadap Kempen Hari Air Sedunia ini sebenarnya dapat membantu penjimatan air jika kita lakukan dengan kesungguhan dan konsisten. Apa-apa isu mengenai air bukan perkara baru bagi aktivis air seperti Prof. Dr. Chan Ngai Weng terutamanya sejak fenomena El Nino pada tahun 1997 dan 1998. Beliau memberitahu Bernama menerusi e-mel bahawa dalam ketika pihak berkuasa mengakui majoriti sungai kita telah mencapai kemampuan bekalan maksimum, masih ada yang tercemar.

Pendekatan yang digunakan berdasarkan Pengurusan Bekalan Air atau Water Supply Management (WSM) terbukti tidak mencukupi untuk menguruskan sumber air kita secara lestari. Kerajaan Malaysia pula mestilah sedar bahawa kita tidak boleh terus menerus membekalkan air kerana jumlah air yang boleh dibekalkan adalah terbatas sedangkan permintaan semakin meningkat. Oleh itu, pengguna perlu dididik tentang nilai air dan bagaimana menggunakan air secara bijak tanpa menjejaskan kesihatan dan kebersihan mereka. Apa yang diharapkan agar rakyat Malaysia menggunakan air secara bijak dan berhati-hati dan jangan membazirkan air dan memastikan setiap titis air itu digunakan dengan sebaik-baiknya.

Guru juga boleh berperanan sebagai pendidik kepada pelajar-pelajar cara menggunakan air dengan berhemah. Golongan pendidik boleh memberikan sumbangan besar dalam menerapkan nilai-nilai murni ke arah mewujudkan masyarakat penjimat air di Malaysia. Adalah tidak sia-sia jika kita membiasakan diri dengan menjimatkan air bak kata bidalan Ingat Sebelum Kena, Jimat Sebelum Habis Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah untuk memberi kesedaran dan mempersiapkan pelajar-pelajar untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Menurut beliau lagi, cara yang lebih baik dan berkesan ialah dengan mendapatkan kerjasama semua orang supaya mengurangkan mengepam tandas sebanyak sekali sehari. Ini mudah dilakukan kerana kita tidak perlu mengepam tandas setiap kali kita membuang air kecil. Sekali kita mengepam tandas, sebanyak

sembilan liter air terbuang. Jumlah air ini boleh memenuhi anggaran 10 empangan bersaiz sederhana. Memandangkan sumber air yang semakin berkurangan, sudah tiba masanya kita mendidik pelajar agar lebih berhati-hati dalam menggunakan air di sekolah.

Air amat diperlukan untuk semua sektor seperti perindustrian, pertanian dan juga kegunaan awam. Kegunaan awam bermaksud air yang dibekalkan di tempat kemudahan awam seperti sekolah dan tempat-tempat awam lain untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, menjaga kebersihan, menyiram tandas, menyiram tanaman dan sebagainya. Selain itu, cara kita menggunakan air dapat mempengaruhi bekalan air untuk kita dan generasi seterusnya. Penggunaan air yang sesuai dan berjimat dapat memastikan bekalan air mencukupi untuk kegunaan seharian.

Beberapa pemerhatian terhadap penggunaan air dalam kalangan pelajar di sekolah dapat dikenal pasti. Antaranya ialah :

2.2.1Di dalam bilik air sekolah

Pam tandas apabila perlu sahaja kerana jumlah air dalam tangki tandas adalah banyak.

2.2.2Tutup pili air semasa memberus gigi atau mencuci tangan.

Buka air semasa membasuh kotoran sahaja. Jangan biarkan pili air terbuka.

2.2.3Kerosakan pili air

Laporkan segera pili air yang rosak kepada guru supaya tidak berlaku pembaziran.

2.2.4Aktiviti Pendidikan Seni Visual

Isikan air di dalam baldi dan bawa ke bilik darjah. Pelajar-pelajar tidak perlu menggunakan air terus dari pili air.

2.3Tinjauan Luar Negara

Air merupakan faktor penting dalam menentukan kehidupan dan kesihatan manusia secara langsung dan menyeluruh. Adalah tidak salah mengatakan bahawa daripada kebanyakan sumber semulajadi, sumber yang terpenting untuk kebajikan manusia ialah air (Vallentine, 1976). Perkembangan industri, pertanian, pertambahan penduduk dan kemudahan awam telah mengembangkan lagi permintaan berkali ganda terhadap air. Perubahan taraf hidup akibat perkembangan sosioekonomi telah menyebabkan juga permintaan terhadap air dan juga penggunaan per kapita meningkat.(Tweedie, 1967) Seterusnya, beliau menambah dengan mengatakan masalah ketidakseimbangan pengagihan air, dunia maju dan membangun serta kemerosotan kualiti dan kuantiti air secara keseluruhan

Tweedie (1967) juga ada mengatakan bahawa masalah air yang wujud disebabkan oleh peningkatan daripada segi penggunaan per kapita dan inilah merupakan faktor yang menyebabkan peningkatan secara menyeluruh permintaan air. Maka dapat dikatakan bahawa peningkatan permintaan air pada hari ini tidak semata-mata kerana peningkatan jumlah penduduk tetapi lebih kepada peningkatan dalam jumlah penggunaan air per kapita yang juga menunjukkan peningkatan taraf hidup dan amalan kemudahan moden. Oleh itu usaha meramal jumlah permintaan air untuk tahun-tahun akan datang merupakan tindakan yang sukar terutamanya di negara-negara membangun di mana jumlah penggunaan air adalah berbeza-beza akibat pelbagai faktor. Kajian penggunaan dan bekalan air seharusnya mendapat perhatian daripada pihak-pihak berkuasa dari masa ke semasa tentang maklumat sosioekonomi, tabiat penggunaan air, bekalan air dan penggunaan per kapita kerana ia merupakan petunjuk yang penting dalam kajian air.

Bagi White (1976), dalam sesuatu kawasan telah dianggarkan bahawa penggunaan per kapita air adalah sama antara seseorang dengan seseorang yang lain. Tetapi pada realitinya ianya tidak. Ia turut dipengaruhi oleh cuaca, sosioekonomi dan juga cara membekalkan air. Pili air yang jauh kurang digunakan berbanding dengan pili air yang dekat, banyak dan mudah dicapai. Seseorang yang mempunyai satu paip air mungkin kurang menggunakan air berbanding mereka yang mempunyai dua, tiga atau lebih paip air. Jumlah yang tinggi bagi kemudahan tandas pam dan taman-taman landskap juga mempengaruhi penggunaan air paip.

Menurut Baumann (1997), sains dan teknologi kini telah berjaya membantu dalam memudahkan dan mempertingkatkan kadar pemprosesan air mentah berbanding abad-abad yang lepas. Apabila terdapat bau atau elemen-elemen fizikal, kimia dan mikrobiologi, teknologi telah dapat membantu proses dan menyahkeluarkan elemen-elemen tersebut. Beliau seterusnya menambah dengan mengatakan peningkatan penggunaan air akan diiringi dengan peningkatan pembuangan sisa buangan. Ini bermakna penjanaan air bersih akan membentuk kepada keperluan merawat air sisa buangan. Kos untuk perawatan air sisa dan pemprosesan air bersih adalah sama nilainya.

Kehidupan di dunia ini diawali oleh air sebagai prasyarat kelangsungan kehidupan. Air merupakan pembawa kehidupan dan unsur protoplasma yang utama di mana fenomena kehidupan diwujudkan. Selanjutnya Subroto menegaskan bahawa organisme yang hidup di air atau darat sangat bergantung kepada air sebagai tempat terjadinya proses hidup dan kehidupan (Subroto, 1989)

Bagi Linsley dan Franzini (1986) mengatakan keperluan banyak atau sedikit air bergantung kepada banyak atau sedikitnya aktiviti manusia, kedudukan sosio ekonomi dan tempat tinggal seseorang itu. Mereka menjelaskan kadar penggunaan air berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat yang lain.

Sementara bagi Twort (1994), mengatakan bagi tempat beriklim panas, penggunaan air lebih banyak digunakan untuk bersuci, menyediakan makanan, membasuh dan berwuduk bagi orang-orang Islam. Tandas Asia iaitu tandas cangkung pula digunakan dengan meluas dan dicuci dengan baldi yang disambungkan dengan kepala paip berdekatan. Tandas Asia dikatakan hanya memerlukan 6 l/k/h untuk pemancuran tapi kenyataan ini kurang tepat kerana ia biasanya dibersihkan dengan air yang digunakan untuk beristinjak yang mungkin mencapai 20 hingga 30 l/k/h.

2.4Kesimpulan

Bekalan air paip di negara ini kebanyakannya berpunca daripada air hujan yang turun ke kawasan tadahan iaitu kawasan hutan primer atau sekunder yang menadah air. Air ini seterusnya dikumpulkan ke dalam tasik, sungai atau empangan. Dari sini air ini diproses untuk digunakan sebagai air paip untuk pelbagai kegunaan. Namun, sebarang usaha untuk meramal jumlah permintaan air berasaskan pertambahan penggunaan mengalami kesulitan kerana perlu menyatukan semua komponen penggunaan. Sebagai contoh statistik, bilangan paip air yang ada pada hari ini dan masa akan datang sukar diperolehi, diramal dan jarang sekali boleh dipercayai.

Sememangnya air mempunyai banyak kegunaan dan sebahagian besarnya tidak dapat diganti oleh cecair yang lain. Air sangat penting bagi memenuhi keperluan fisiologi manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Kehidupan manusia tanpa sumber air adalah sesuatu yang mustahil. Ini memandangkan kebanyakan aktiviti manusia semuanya berteraskan penggunaan air. Ini adalah kejadian semula jadi sejak azali lagi. Sungguhpun kuantiti air yang dapat dilihat oleh mata kasar adalah banyak, tetapi hakikatnya air yang dapat digunakan hanya dalam peratus yang sangat rendah. Lantaran sumber bekalan air kian berkurangan ekoran pertambahan penduduk dan aktiviti manusia, kita seharusnya bijak menggunakannya agar tidak membazir.

Beberapa kes kekurangan air di beberapa kawasan sepatutnya menjadi amaran kepada pengguna agar menggunakan air dengan bijak. Kewaspadaan dan keprihatinan kita terhadap kepentingan air menjadikan kita benar-benar memahami akan kewujudannya. Dapatkah kita bayangkan hidup tanpa air? Tentu sekali tidak kerana manusia memerlukan air untuk meneruskan kehidupan di planet bumi ini.

BAB III

METODOLOGI

3.1Pengenalan

Dalam bahagian ini pengkaji akan membincangkan langkah-langkah bagaimana kajian ini bermula. Ianya termasuklah proses-proses sebelum pengumpulan data, kerja-kerja pengumpulan data sama ada dalam bentuk primer atau sekunder yang pelbagai bentuk. Data-data primer yang dikumpul melalui soal selidik, temu ramah, dan pemerhatian ini kemudian akan dianalisis dengan menggunakan sistem perisian komputer SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) Versi 11.5

3.2Reka bentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian yang berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan. Kaedah jenis ini dapat menjelaskan keadaan dan gambaran sesuatu fenomena sedia ada. (Syed Arabi, 1992) Kaedah dijalankan dengan kaedah Skala Likert. Kajian ini dijalankan bagi tujuan mengenalpasti gaya terhadap penggunaan air dalam kalangan pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi, Johor dan juga untuk melihat persepsi respondan tentang penggunaan air yang mereka amalkan di sekolah.

Kerlinger (1973) dan Mohd Ismail Suhada (1998) menyatakan bahawa reka bentuk kajian adalah bertujuan untuk mencari maklumat dan mengawal varians yang berkaitan dengan penyelidikan. Oleh itu, satu reka bentuk kajian yang kemas diperlukan untuk mendapat maklumat bagi menjawab persoalan kajian. Kajian ini amat bersesuaian dan memenuhi objektif kajian.

3.3Respondan Kajian

Seramai lima puluh satu (51) orang respondan telah terlibat dalam kajian ini. Respondan yang dipilih tinggal di pelbagai tempat kediaman seperti taman-taman perumahan seperti Taman Kemang, Taman Melati Putih, Taman Merdesa, Taman Seri Lalang dan Taman Ahmad Perang. Kampung tradisional pula melibatkan Kampung Kelantan, Kampung Makam, dan Kampung Batu 25. Perumahan setinggan pula seperti mereka yang tinggal di Kampung Tembioh. Penglibatan respondan dalam kalangan penduduk taman-taman perumahan dan perkampungan difikirkan lebih baik dan sesuai kerana kepelbagaian latar belakang keluarga mereka sama ada dalam pekerjaan, pendapatan, pendidikan dan juga taraf hidup keluarga. Pemilihan sampel adalah secara rawak mudah bagi menjawab soal selidik yang telah disediakan sendiri oleh pengkaji. Pemilihan respondan berdasarkan rawak mudah adalah supaya setiap pelajar mempunyai peluang yang sama untuk terlibat di dalam kajian ini.

3.4Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi. Sekolah ini merupakan sekolah yang tertua di daerah Kota Tinggi. Ia dibuka pada tahun 1899. Pada tahun ini, jumlah muridnya adalah seramai 645 orang. Seramai 42 orang guru dan 10 orang kakitangan sokongan sedang berkhidmat di sekolah ini. Dengan bilangan warga sekolah yang dianggap ramai, maka jumlah penggunaan airnya juga agak banyak berdasarkan jumlah penggunaan dan bayaran bil setiap bulan seperti yang terdapat di dalam jadual di bawah. (Lampiran A)

BulanmBayaran

Januari151RM287.38

Februari171RM328.68

Mac282RM579.51

April337RM702.16

Mei401RM843.22

Jun257RM523.76

Julai216RM432.33

Ogos256RM521.53

September213RM425.64

Oktober216RM427.39

November294RM606.27

Jadual 3.1 : Penggunaan air dan bayaran bil untuk tahun 2009 SK Bandar

Berdasarkan jadual yang disediakan, adalah didapati kadar penggunaan air untuk sebelas bulan di atas adalah sebanyak 2 794 m dengan jumlah bayaran bil sebanyak RM5 677.87. Ini bermakna purata penggunaan air sebulan adalah sebanyak 254 m dengan bayaran bil sebanyak RM516.17.

3.5Instrumen Kajian

Penyediaan instrumen kajian mengambil kira objektif kajian, kesahan dan kebolehpercayaan. Satu set instrumen kajian digunakan dalam kajian ini iaitu soalan soal selidik yang menggunakan Skala Likert sebagai rujukan. Soal selidik boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan persepsi tentang sesuatu perkara. (Mohamad Najib, 1999) Pembinaan item-item dalam instrumen kajian telah dibina sendiri dengan menentukan dahulu matlamat item yang boleh melihat tahap penggunaan air dalam kalangan pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi. Item-item dibina berdasarkan kajian literatur yang lepas, pengalaman dan pembacaan pengkaji.

Instrumen kajian penting bagi mencapai objektif sesuatu penyelidikan pendidikan. (Mohd Majid Konting, 2000). Dalam Mohd Ismail Suhada (1998), soal selidik adalah suatu alat yang penting bagi seseorang pengkaji kerana kualiti atau mutu soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan pada keseluruhannya. Jika soalan dalam soal selidik kabur, maka jawapan yang diperolehi itu tidak akan memberikan pengertian yang nyata.

Kajian berbentuk soal selidik adalah bentuk kajian yang popular digunakan dalam kalangan penyelidik kerana soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka dengan mudah. Soalan-soalan dinyatakan dengan jelas sehingga respondan boleh menjawab tanpa memerlukan kehadiran penyelidik. Melalui soal selidik, maklumat berhubung dengan respondan boleh dirahsiakan. Ini membolehkan respondan menjawab soalan berkenaan dengan selesa tanpa perlu rasa tertekan atau bimbang.

3.6Tatacara Pemerolehan Data

Tatacara pemerolehan data adalah melalui teknik soal selidik. Soal selidik merupakan teknik mendapatkan jawapan secara bertulis dengan menyediakan borang soal selidik dan soalan-soalan yang relevan mengikut objektif kajian. Respondan akan dikemukakan dengan soal selidik bercetak untuk dijawab oleh mereka secara spontan. Pengkaji akan menyoal secara lisan iaitu membacakan soal selidik yang telah dibina. Jawapan-jawapan para respondan akan ditanda terus ke dalam borang soal selidik. Oleh sebab respondan terdiri dalam kalangan pelajar tahun 5 yang berusia sebelas tahun, pengkaji telah membantu respondan dengan menerangkan serba ringkas akan maksud sesuatu item.

Item-item soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bilangan item bagi kedua-dua bahagian ialah dua puluh empat (24). Bahagian A merupakan latar belakang respondan yang berkaitan dengan jantina, kaum, agama dan kedudukan rumah (4 item) dan terdapat dua (2) item yang berkaitan kuantitatif iaitu kekerapan respondan menggunakan paip air di sekolah. Bahagian B pula merupakan item-item yang berkaitan dengan gaya dan persepsi pelajar terhadap penggunaan air di sekolah. Terdapat lapan belas item yang berbentuk kualitatif yang diberi kepada respondan dengan masing-masing sembilan (9) item berkaitan dengan gaya dan sembilan (9) item lagi berkaitan dengan persepsi penggunaan air. (Lampiran B)

Semua soalan yang dikemukakan menjurus ke arah gaya dan persepsi pelajar terhadap penggunaan air di sekolah. Pengkaji telah menggunakan Skala Likert untuk mendapatkan maklumat daripada respondan.

12345

Tidak setujuKurang setujuTidak pastiSetujuSangat setuju

Jadual 3.2 Skala Likert

3.7Tatacara Menganalisis Data

Set-set soal selidik yang telah dijawab oleh para respondan kemudiannya dikumpulkan dan dituliskan nombor mengikut urutan dari yang pertama hingga nombor yang kelima puluh satu (51). Setelah itu, data-data mentah ini ditaip masuk ke dalam program SPSS (Statistical Package For Social Sciences) Versi 11.5 untuk diproses dan seterusnya dianalisis. Pendekatan statistik deskriptif atau keperihalan digunakan dalam kajian ini iaitu dengan mengumpulkan data-data berbentuk frekuansi, peratusan, min dan sisihan piawai.

Pengumpulan data di dalam kajian ini dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B yang perlu dijawab oleh respondan. Item-item yang dibina adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pembacaan karya-karya terpilih, laporan, petikan akhbar dan sebagainya.

Data-data primer yang diperolehi akan dianalisis dalam bentuk peratusan dan kekerapan untuk aspek-aspek yang diperlukan seperti item-item yang terdapat dalam borang soal selidik seperti yang dilampirkan. Data-data yang telah dianalisis ini akan diulas dan turut dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta yang sesuai.

3.8Kesimpulan

Bab ini menghuraikan tentang bagaimana penyelidikan ini dijalankan sejak dari mula iaitu dari mendapatkan elemen-elemen penting di dalam set soal selidik untuk para respondan. Set soalan selidik ini kemudiannya diedarkan kepada para respondan iaitu seramai lima puluh satu orang untuk dijawab. Respon daripada para respondan ini kemudiannya dikumpul dan diproses masuk ke dalam perisian komputer SPSS versi 11.5. Penyelidik kemudiannya memproses dan menganalisis data-data yang terhasil ke dalam bentuk jadual, carta dan ulasan tentang data-data yang berkenaan.BAB IV

HURAIAN DAN ANALISIS DATA

4.1Pengenalan

Pengumpulan data di dalam kajian ini dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B yang perlu dijawab oleh respondan. Item-item yang dibina adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pembacaan karya-karya terpilih, laporan, petikan akhbar dan sebagainya.

Bahagian A mengandungi enam item yang berkaitan dengan maklumat latar belakang para respondan seperti jantina, kaum, agama, kedudukan rumah dan kekerapan penggunaan air di sekolah oleh respondan. Bahagian B pula merupakan bahagian yang mengandungi item-item yang berkaitan dengan penggunaan air oleh pelajar-pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi, Johor. Item-item ini berupa item yang ingin mengkaji gaya dan persepsi mereka terhadap penggunaan air. Data-data berkenaan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. (Lampiran C)

4.2Latar Belakang Respondan

Berikut dihuraikan dapatan dari segi demografi respondan daripada soal selidik yang dijalankan terhadap 51 orang respondan yang terlibat dalam kajian ini.

4.2.1JantinaSeramai 29 orang respondan terdiri daripada pelajar perempuan iaitu 56.9% manakala 22 orang respondan terdiri daripada pelajar lelaki iaitu 43.1%.

JantinaKekerapanPeratusan

Lelaki2243.1

Perempuan2956.9

Jumlah51100

Jadual 4.2.1 : Jantina

Carta 4.2.1 : Jantina

4.2.2Kaum

Soal selidik telah dijalankan kepada pelajar pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Seramai 45 orang pelajar Melayu iaitu 88.2% terlibat dalam soal selidik tersebut. Seorang pelajar berbangsa Cina mewakili 2.0%, 4 orang pelajar berbangsa India iaitu 7.8% dan seorang kaum lain-lain iaitu 2.0%.

KaumKekerapanPeratusan

Melayu4588.2

Cina12.0

India47.8

Lain-lain12.0

Jumlah51100

Jadual 4.2.2 : Kaum

Carta 4.2.2 : Kaum

4.2.3 AgamaSeramai 45 orang respondan yang menganut agama Islam iaitu 88.2%. Seorang beragama Buddha iaitu 2.0%, 4 orang beragama Hindu iaitu 7.8% dan seorang lain-lain iaitu 2.0%.

AgamaKekerapanPeratusan

Islam4588.2

Buddha12.0

Hindu47.8

Lain-lain12.0

Jumlah51100

Jadual 4.2.3 : Agama

Carta 4.2.3 : Agama4.2.4 Kedudukan rumah sayaKebanyakan respondan tinggal di taman perumahan iaitu 35 orang mewakili 68.6%, 14 orang respondan iaitu 27.5% tinggal di kampung tradisional manakala 2 orang respondan iaitu 3.9% tinggal di kawasan setinggan.

Kedudukan rumah sayaKekerapanPeratusan

Taman perumahan3568.6

Kampung tradisional1427.5

Setinggan23.9

Jumlah51100

Jadual 4.2.4 : Kedudukan rumah

Carta 4.2.4 : Kedudukan rumah4.3Gaya dan persepsi

Dalam bahagian ini pengkaji telah menganalisis berdasarkan item yang telah diuji kepada respondan dan hasil dapatan adalah seperti berikut.

4.3.1 Kekerapan saya menggunakan paip air di sekolah dalam sehariMajoriti respondan menggunakan paip di sekolah sebanyak 1 hingga 2 kali iaitu seramai 46 orang bersamaan 90.2%. 4 orang respondan iaitu 7.8% menggunakan paip air di sekolah sebanyak 3 hingga 4 kali manakala seorang respondan iaitu 2.0% menggunakan paip air di sekolah sebanyak 5 hingga 6 kali sehari.

Kekerapan saya menggunakan paip air di sekolah dalam sehariKekerapanPeratusanMin

1 hingga 2 kali4690.21.1176

3 hingga 4 kali47.8

5 hingga 6 kali12.0

Jumlah51100

Jadual 4.3.1 : Kekerapan menggunakan paip air di sekolah dalam sehari

Carta 4.3.1 : Kekerapan saya menggunakan paip air di sekolah dalam sehari4.3.2Kekerapan saya pergi ke tandas dalam sehariSeramai 43 orang respondan iaitu 84.3% pergi ke tandas sekali dalam sehari. 7 orang respondan pula pergi ke tandas 2 kali sehari iaitu mewakili 13.7% dan seorang respondan pergi ke tandas 3 kali sehari iaitu 2.0%

Kekerapan saya pergi ke tandas dalam sehariKekerapanPeratusanMin

1 kali4384.31.1765

2 kali713.7

3 kali12.0

Jumlah51100

Jadual 4.3.2 : Kekerapan pergi ke tandas dalam sehari

Carta 4.3.2 : Kekerapan saya pergi ke tandas dalam sehari

4.3.3Setiap kali saya menggunakan tandas saya akan mengepam pam tandasTerdapat 45 orang respondan sangat setuju iaitu 88.2% mengepam pam tandas selepas menggunakan tandas manakala 5 orang respondan pula iaitu mewakili 9.8% setuju dan seorang respondan mewakili 2% tidak pasti akan mengepam pam tandas selepas menggunakan tandas.

Setiap kali saya menggunakan tandas saya akan mengepam pam tandasKekerapanPeratusanMin

Tidak pasti12.04.8627

Setuju59.8

Sangat setuju4588.2

Jumlah51100

Jadual 4.3.3 : Setiap kali saya menggunakan tandas saya akan mengepam tandas

Carta 4.3.3 : Setiap kali saya menggunakan tandas saya akan mengepam tandas4.3.4 Saya kerap membersihkan diri selepas aktiviti Pendidikan Jasmani dengan air

Seramai 10 orang respondan sangat setuju iaitu 19.6% membersihkan diri selepas aktiviti Pendidikan Jasmani dengan air. 21 orang respondan pula setuju iatu 41.2%. 13 orang respondan pula tidak pasti iaitu 25.5% membersihkan diri selepas aktiviti Pendidikan Jasmani dengan air manakala 4 orang respondan pula kurang setuju iaitu 7.8% dan 3 orang respondan tidak setuju iaitu 5.9%.

Saya kerap membersihkan diri selepas aktiviti Pendidikan Jasmani dengan airKekerapanPeratusanMin

Tidak setuju35.93.6078

Kurang setuju47.8

Tidak pasti1325.5

Setuju2141.2

Sangat setuju1019.6

Jumlah51100

Jadual 4.3.4 : Saya kerap membersihkan diri selepas aktiviti Pendidikan Jasmani

dengan air

Carta 4.3.4 : Saya kerap membersihkan diri selepas aktiviti Pendidikan Jasmani

dengan air

4.3.5 Saya membuka paip air pada kadar air yang laju semasa membuka paip air.21 orang respondan iaitu 41.2% tidak setuju membuka air pada kadar air yang laju semasa membuka paip pada kadar air yang laju semasa membuka paip air. 15 orang respondan pula kurang setuju iaitu 29.4%. 11 orang respondan tidak pasti iaitu 21.6%, 3 orang respondan mewakili 5.9% bersetuju membuka paip air pada kadar air yang laju semasa membuka paip air dan seorang respondan sangat setuju iaitu 2.0%.Saya membuka paip air pada kadar air yang laju semasa membuka paip airKekerapanPeratusanMin

Tidak setuju2141.21.9804

Kurang setuju1529.4

Tidak pasti1121.6

Setuju35.9

Sangat setuju12.0

Jumlah51100

Jadual 4.3.5 : Saya membuka paip air pada kadar air yang laju semasa membuka paip

air

Carta 4.3.5 : Saya membuka paip air pada kadar air yang laju semasa membuka paip

air

4.3.6Bermain dengan air paip di sinki sekolah sesuatu yang biasa bagi sayaMajoriti respondan tidak setuju iaitu serami 47 orang respondan mewakili 92.2% bermain dengan air paip di sinki sekolah adalah sesuatu yang biasa. Bilangan respondan yang kurang setuju dan tidak pasti masing-masing mewakili seorang iaitu 2.0% dan bilangan respondan yang bersetuju adalah 2 orang iaitu 3.9%.

Bermain dengan air paip di sinki sekolah sesuatu yang biasa bagi sayaKekerapanPeratusanMin

Tidak setuju4792.21.1765

Kurang setuju12.0

Tidak pasti12.0

Setuju23.9

Jumlah51100

Jadual 4.3.6 : Bermain dengan air paip di sinki sekolah sesuatu yang biasa bagi saya

Carta 4.3.6 : Bermain dengan air paip di sinki sekolah sesuatu yang biasa bagi saya

4.3.7Saya biarkan air paip mengalir semasa mencuci muka, peralatan seni dan

alatan sukan.Seramai 20 orang mewakili 39.2% tidak setuju membiarkan air paip mengalir semasa mencuci muka, peralatan seni dan alatan sukan. Bilangan respondan yang kurang setuju dan tidak pasti masing-masing seramai 12 orang mewakili 23.5%. 3 orang respondan setuju iaitu 5.9% dan 4 orang respondan sangat setuju iaitu 7.8% membiarkan air paip mengalir semasa mencuci muka, peralatan seni dan alatan sukan.

Saya biarkan air paip mengalir semasa mencuci muka, peralatan seni dan alatan sukanKekerapanPeratusanMin

Tidak setuju2039.22.1961

Kurang setuju1223.5

Tidak pasti1223.5

Setuju35.9

Sangat setuju47.8

Jumlah51100

Jadual 4.3.7 : Saya biarkan air paip mengalir semasa mencuci muka, peralatan seni

dan alatan sukan.

Carta 4.3.7 : Saya biarkan air paip mengalir semasa mencuci muka, peralatan seni

dan alatan sukan.4.3.8 Saya kerap terlihat paip air di sekolah saya tidak ditutup ketat selepas

digunakan.

Berpandukan jadual kekerapan di atas, seramai 7 orang respondan iaitu 13.7% tidak setuju kerap melihat paip air di sekolahnya tidak ditutup ketat selepas digunakan. Seramai 23 orang respondan pula tidak pasti iaitu 45.1%, 9 orang respondan iaitu 17.6% setuju manakala 12 orang respondan pula sangat setuju kerap terlihat paip air di sekolahnya tidak ditutup ketat selepas digunakan iaitu 23.5%.

Saya kerap terlihat paip air di sekolah saya tidak ditutup ketat selepas digunakanKekerapanPeratusanMin

Tidak setuju713.73.3725

Tidak pasti2345.1

Setuju917.6

Sangat setuju1223.5

Jumlah51100

Jadual 4.3.8 : Saya kerap terlihat paip air di sekolah saya tidak ditutup ketat selepas

digunakan.

Carta 4.3.8 : Saya kerap terlihat paip air di sekolah saya tidak ditutup ketat selepas

digunakan.

4.3.9 Saya tidak tahu bagaimana membantu sekolah menjimatkan air paip.Berdasarkan soal selidik, jumlah respondan yang tidak tahu bagaimana membantu sekolah menjimatkan penggunaan air paip adalah 19 orang iaitu 37.3%. 7 orang respondan menyatakan kurang setuju iaitu 13.7% manakala 15 orang respondan pula tidak pasti bagaimana membantu pihak sekolah menjimatkan penggunaan air paip. 2 orang respondan sangat setuju iaitu 3.9% dan 8 orang respondan pula sangat setuju iaitu 15.7% tidak tahu bagaimana untuk membantu pihak sekolah menjimatkan penggunaan air paip.

Saya tidak tahu bagaimana membantu sekolah menjimatkan air paipKekerapanPeratusanMin

Tidak setuju1937.32.4706

Kurang setuju713.7

Tidak pasti1529.4

Setuju23.9

Sangat setuju815.7

Jumlah51100

Jadual 4.3.9 : Saya tidak tahu bagaimana membantu sekolah menjimatkan air paip

Carta 4.3.9 : Saya tidak tahu bagaimana membantu sekolah menjimatkan air paip

4.3.10 Saya menadah air wudhu untuk kegunaan yang lain di sekolah.Berpandukan jadual di atas, didapati 18 orang respondan iaitu 35.3% tidak setuju menggunakan air wudhu untuk kegunaan yang lain di sekolah manakala 3 orang respondan iaitu 5.9% kurang setuju. 12 orang respondan pula iaitu 23.5% tidak pasti. Seramai 10 orang respondan iaitu 19.6% setuju dan 8 orang respondan iaitu 15.7% sangat setuju menadah air wudhu untuk kegunaan yang lain di sekolah.

Saya menadah air wudhu untuk kegunaan yang lain di sekolahKekerapanPeratusanMin

Tidak setuju1835.32.7451

Kurang setuju35.9

Tidak pasti1223.5

Setuju1019.6

Sangat setuju815.7

Jumlah51100

Jadual 4.3.10 : Saya menadah air wudhu untuk kegunaan yang lain di sekolah

Carta 4.3.10 : Saya menadah air wudhu untuk kegunaan yang lain di sekolah

4.3.11 : Amalan menggunakan air hujan yang ditadah untuk pelbagai kegunaan

sesuatu yang biasa bagi saya di sekolah

Data di atas adalah berkenaan dengan amalan menggunakan air hujan yang ditadah untuk pelbagai kegunaan adalah sesuatu yang biasa bagi respondan. Seramai 25 orang respondan iaitu 49% tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. 4 orang respondan pula kurang setuju iaitu 7.8% manakala 17 orang respondan pula tidak pasti iaitu 33.3%. 3 orang respondan iaitu 5.9% setuju dan 2 orang respondan pula tidak setuju iaitu 3.9% mengamalkan penggunaan air hujan yang ditadah untuk pelbagai kegunaan adalah sesuatu yang biasa bagi mereka di sekolah.Amalan menggunakan air hujan yang ditadah untuk pelbagai kegunaan sesuatu yang biasa bagi saya di sekolahKekerapanPeratusanMin

Tidak setuju2549.02.0784

Kurang setuju47.8

Tidak pasti1733.3

Setuju35.9

Sangat setuju23.9

Jumlah51100

Jadual 4.3.11 : Amalan menggunakan air hujan yang ditadah untuk pelbagai kegunaan sesuatu yang biasa bagi saya di sekolah

Carta 4.3.11 : Amalan menggunakan air hujan yang ditadah untuk pelbagai

kegunaan sesuatu yang biasa bagi saya di sekolah

4.3.12 Guru saya sering mengingatkan tentang kepentingan berjimat semasa menggunakan air.Merujuk jadual di atas, majoriti respondan sangat setuju iaitu 42 orang respondan iaitu 82.4% menyatakan guru mereka sering mengingatkan tentang kepentingan berjimat semasa menggunakan air di sekolah. 6 orang respondan pula iaitu 11.8% setuju dan 2 orang respondan iaitu 3.9% pula tidak setuju. Hanya seorang sahaja yang kurang setuju iaitu 2.0% bahawa guru mereka sering mengingatkan tentang kepentingan berjimat semasa menggunakan air.

Guru saya sering mengingatkan tentang kepentingan berjimat semasa menggunakan airKekerapanPeratusanMin

Tidak setuju23.94.6667

Kurang setuju12.0

Setuju611.8

Sangat setuju4282.4

Sangat setuju23.9

Jumlah51100

Jadual 4.3.12 : Guru saya sering mengingatkan tentang kepentingan berjimat semasa

menggunakan air.

Carta 4.3.12 : Guru saya sering mengingatkan tentang kepentingan berjimat semasa

menggunakan air.

4.3.13 Ibu bapa saya sering mengingatkan tentang kepentingan

berjimat semasa menggunakan air.

Merujuk jadual di atas didapati seramai 43 orang respondan sangat setuju iaitu 84.3% bahawa ibu bapa mereka sering mengingatkan tentang kepentingan berjimat semasa menggunakan air di sekolah. 5 orang pula setuju iaitu 9.8% dengan kenyataan itu. Manakala seorang respondan iaitu 2.0% masing-masing tidak setuju, kurang setuju dan tidak pasti ibu bapa mereka sering mengingatkan tentang kepentingan berjimat semasa menggunakan air.

Ibu bapa saya sering mengingatkan tentang kepentingan berjimat semasa menggunakan airKekerapanPeratusanMin

Tidak setuju12.04.7255

Kurang setuju12.0

Tidak pasti12.0

Setuju59.8

Sangat setuju4384.3

Jumlah51100

Jadual 4.3.13 : Ibu bapa saya sering mengingatkan tentang kepentingan berjimat

semasa menggunakan air.

Carta 4.3.13 : Ibu bapa saya sering mengingatkan tentang kepentingan berjimat

semasa menggunakan air.

4.3.14 Saya sedar tentang pentingnya berhemah semasa menggunakan

air paip di sekolahSeramai 39 orang respondan iaitu 76.5% sangat setuju mereka sedar tentang pentingnya berhemah semasa menggunakan air paip di sekolah. 6 orang respondan pula iaitu 11.8% setuju dan 3 orang respondan iaitu 5.9% tidak pasti. Hanya seorang respondan iaitu 2.0% kurang setuju manakala 2 orang respondan tidak setuju iaitu 3.9% mereka sedar tentang pentingnya berhemah semasa menggunakan air paip.

Saya sedar tentang pentingnya berhemah semasa menggunakan air paip di sekolahKekerapanPeratusanMin

Tidak setuju23.94.5490

Kurang setuju12.0

Tidak pasti35.9

Setuju611.8

Sangat setuju3976.5

Jumlah51100

Jadual 4.3.14 : Saya sedar tentang pentingnya berhemah semasa menggunakan

air paip di sekolah

Carta 4.3.14 : Saya sedar tentang pentingnya berhemah semasa menggunakan

air paip di sekolah4.3.15 Saya adalah salah seorang murid yang kerap membazirkan air paip.Kajian ini mendapati para seramai 44 orang respondan iaitu 86.3% tidak setuju mereka seorang murid yang kerap membazirkan air paip manakala 3 orang respondan pula iaitu 5.9% kurang setuju dan 4 orang respondan iaitu 7.8% tidak pasti mereka adalah murid yang kerap membazirkan air.

Saya adalah salah seorang murid yang kerap membazirkan air paipKekerapanPeratusanMin

Tidak setuju4486.31.2157

Kurang setuju35.9

Tidak pasti47.8

Jumlah51100

Jadual 4.3.15 : Saya adalah salah seorang murid yang kerap membazirkan air paip.

Carta 4.3.15 : Saya adalah salah seorang murid yang kerap membazirkan air paip.

4.3.16 Pada pendapat saya, murid di sekolah saya kerap membazirkan air.Terdapat 3 orang respondan iaitu 5.9% sangat setuju bahawa murid-murid di sekolahnya kerap membazirkan air manakala 10 orang respondan iaitu 19.6% setuju. Seramai 21 orang respondan iaitu 41.2% tidak pasti, 10 orang respondan iaitu 19.6% kurang setuju manakala 7 orang respondan iaiitu 13.7% tidak setuju murid-murid di sekolah mereka kerap membazirkan air.

Pada pendapat saya, murid di sekolah saya kerap membazirkan airKekerapanPeratusanMin

Tidak setuju713.72.8431

Kurang setuju1019.6

Tidak pasti2141.2

Setuju1019.6

Sangat setuju35.9

Jumlah51100

Jadual 4.3.16 : Pada pendapat saya, murid di sekolah saya kerap membazirkan air.

Carta 4.3.16 : Pada pendapat saya, murid di sekolah saya kerap membazirkan air.

4.3.17 Saya sedar bahawa saya boleh membantu sekolah menjimatkan

penggunaan air paip sekolah.

Daripada jadual di atas, 31 orang respondan iaitu 60.8% sangat setuju mereka boleh membantu sekolah menjimatkan penggunaan air paip di sekolah sementara 8 orang (15.7%) respondan pula setuju. Seramai 10 orang respondan pula iaitu 19.6% tidak pasti dan seorang respondan iaitu 2.0% masing-masing kurang setuju dan tidak setuju mereka boleh membantu sekolah menjimatkan penggunaan air paip di sekolah.

Saya sedar bahawa saya boleh membantu sekolah menjimatkan penggunaan air paip di sekolahKekerapanPeratusanMin

Tidak setuju12.04.3137

Kurang setuju12.0

Tidak pasti1019.6

Setuju815.7

Sangat setuju3160.8

Jumlah51100

Jadual 4.3.17 : Saya sedar bahawa saya boleh membantu sekolah menjimatkan

penggunaan air paip sekolah.

Carta 4.3.17 : Saya sedar bahawa saya boleh membantu sekolah menjimatkan

penggunaan air paip sekolah.

4.3.18 Bilangan paip yang banyak di sekolah menyebabkan pembaziran

mudah berlaku.

Berdasarkan soal selidik, jumlah respondan yang sangat setuju mengatakan bilangan paip yang banyak di sekolah menyebabkan pembaziran mudah berlaku seramai 9 orang iaitu 17.6%. Seramai 17 orang setuju iaitu 33.3% manakala 14 orang respondan iaitu 27.5% tidak pasti. Respondan yang kurang setuju seramai 5 orang iaitu 9.8% dan 6 orang respondan iaitu 11.8% tidak setuju bahawa bilangan paip air yang banyak di sekolah boleh menyebabkan pembaziran mudah berlaku.

Bilangan paip yang banyak di sekolah menyebabkan pembaziran mudah berlakuKekerapanPeratusanMin

Tidak setuju611.83.3529

Kurang setuju59.8

Tidak pasti1427.5

Setuju1733.3

Sangat setuju917.6

Jumlah51100

Jadual 4.3.18 : Bilangan paip yang banyak di sekolah menyebabkan pembaziran

mudah berlaku.

Carta 4.3.18 : Bilangan paip yang banyak di sekolah menyebabkan pembaziran

mudah berlaku.

4.3.19 Keperluan berjimat semasa menggunakan air paip sentiasa menjadi

amalan saya.

Berpandukan jadual di atas, didapati seramai 40 orang respondan iaitu 78.4% sangat setuju bahawa keperluan berjimat semasa menggunakan air paip sentiasa menjadi amalan mereka. 6 orang respondan pula iaitu 11.8% setuju manakala seorang sahaja yang tidak pasti iaitu 2.0%. Hanya 2 orang respondan masing-masing kurang setuju dan tidak setuju iaitu 3.9% bahawa keperluan berjimat semasa menggunakan air paip sentiasa menjadi amalan mereka.

Keperluan berjimat semasa menggunakan air paip sentiasa menjadi amalan sayaKekerapanPeratusanMin

Tidak setuju23.94.5686

Kurang setuju23.9

Tidak pasti12.0

Setuju611.8

Sangat setuju4078.4

Jumlah51100

Jadual 4.3.19 : Keperluan berjimat semasa menggunakan air paip sentiasa menjadi

amalan saya.

Carta 4.3.19 : Keperluan berjimat semasa menggunakan air paip sentiasa menjadi

amalan saya.

4.3.20 Saya kurang ambil tahu bagaimana pihak pengurusan air berusaha

membekalkan air paip kepada kami.

Berdasarkan data di atas, seramai 17 orang respondan tidak setuju iaitu 33.3% mereka kurang ambil tahu bagaimana pihak pengurusan air berusaha membekalkan air paip kepada mereka manakala 5 orang respondan pula iaitu 9.8% kurang setuju. Jumlah respondan yang tidak pasti seramai 17 orang iaitu 33.3%. Seramai 9 orang respondan iaitu 17.6% setuju dan 3 orang respondan iaitu 5.9% sangat setuju mereka kurang ambil tahu bagaimana pihak pengurusan air berusaha membekalkan air paip kepada mereka.

Saya kurang ambil tahu bagaimana pihak pengurusan air berusaha membekalkan air paip kepada kamiKekerapanPeratusanMin

Tidak setuju1733.32.5294

Kurang setuju59.8

Tidak pasti1733.3

Setuju917.6

Sangat setuju35.9

Jumlah51100

Jadual 4.3.20 : Saya kurang ambil tahu bagaimana pihak pengurusan air berusaha

membekalkan air paip kepada kami.

Carta 4.3.20 : Saya kurang ambil tahu bagaimana pihak pengurusan air berusaha

membekalkan air paip kepada kami.

4.4 Kesimpulan

Bagi item-item bernombor satu hingga empat merupakan item-item berkaitan dengan demografi dan latar belakang respondan, item-item nombor lima dan enam adalah berkaitan dengan kekerapan mereka menggunakan paip air di sekolah. Sementara item-item nombor tujuh hingga lima belas adalah berkaitan dengan gaya penggunaan air dan item-item dari nombor enam belas hingga dua puluh empat adalah berkaitan dengan persepsi mereka terhadap penggunaan air di sekolah. Data daripada kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif menjurus kepada persoalan kajian dan diharap akan dapat menyelesaikan kajian. Analisis kajian dalam bab ini adalah dalam bentuk frekuansi dan peratusan sahaja. Kesimpulan hasil kajian dan cadangan kajian akan dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam Bab 5.

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1Pendahuluan

Bab ini membincangkan kesimpulan dan dapatan kajian serta cadangan yang difikirkan sesuai oleh pengkaji seperti yang terdapat di dalam Bab 4 sambil mengaitkannya bersama-sama tinjauan literatur terdahulu seperti yang terdapat dalam Bab 2. Perbincangan adalah berasaskan hasil analisis berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan di dalam Bab 1 iaitu :

5.1.1Mengkaji kekerapan kalangan pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi menggunakan tandas dan paip air. (berpandukan nilai min)

5.1.2Mengkaji gaya penggunaan air paip dalam kalangan pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi (berpandukan nilai min )

5.1.3Mengkaji persepsi terhadap penggunaan air paip dalam kalangan pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi (berpandukan nilai min)

5.2Dapatan Kajian

Hasil kajian dirumuskan seperti berikut:

5.2.1Kekerapan menggunakan paip.

Dua item berkaitan kekerapan menggunakan air paip dan pergi ke tandas menunjukkan para respondan agak kurang menggunakannya iaitu dengan min 1.1471 yang menggambarkan mereka hanya menggunakan paip atau ke tandas dalam kadar sekali dalam sehari. Sisihan piawainya yang rendah iaitu 0.33607 pula menunjukkan taburan respon para respondan adalah rendah iaitu sekitar 1 dan 2 sahaja. (Lampiran D)

5.2.2Gaya menggunakan air paip.

Terdapat sembilan item yang penyelidik klasifikasikan sebagai item-item yang menjurus kepada gaya penggunaan air paip. Dengan min 4.8627 dan sisihan piawai 0.40098 kepada item mereka mengepam pam tandas setiap kali menggunakan tandas menggambarkan banyak air dipam keluar setiap kali para pelajar menggunakan tandas. Sementara bagi item berkaitan membersihkan diri selepas aktiviti Pendidikan Jasmani dengan min 3.6078 juga turut menunjukkan para pelajar setuju dengan item yang mengatakan mereka membersihkan diri selepas aktiviti Pendidikan Jasmani. (Lampiran E)

Bagi item berkaitan menadah semula air wuduk dan air hujan untuk kegunaan lain, para respondan kurang setuju ia menjadi amalan mereka jika berpandukan nilai min iaitu 2.7451 dan 2.0784. Nilai yang rendah ini menunjukkan amalan menadah semula air wuduk dan air hujan kurang dilakukan di sekolah bagi membantu menjimatkan penggunaan air paip. Sementara bagi dua item yang bertanya tentang pembaziran air melalui membuka air paip dengan laju dan bermain dengan air di sinki dengan min 1.9804 dan 1.1765 pula menunjukkan para respondan tidak setuju yang mengatakan mereka kerap membazirkan air. Gambaran ini menunjukkan mereka sebenarnya cuba menjimatkan penggunaan air paip di sekolah. Dengan min 2.4706 bagi item tidak tahu membantu sekolah menjimatkan air paip menunjukkan mereka tidak setuju. Respon ini menggambarkan yang mereka tahu peranan mereka dalam membantu menjimatkan air paip di sekolah tetapi kurang arif dan mahir untuk mengamalkannya.

5.2.3Persepsi menggunakan air paip.

Bagi item-item yang menanyakan tentang kesedaran berjimat dan berhemah semasa menggunakan air paip menunjukkan min respon sekitar 4.3 hingga 4.7 menggambarkan mereka sentiasa sedar akan peranan mereka membantu pihak sekolah menjimatkan penggunaan air. Hal yang sama juga berlaku bagi item-item berkaitan peranan guru dan ibu bapa mereka dalam menasihati mereka berjimat. Dengan min 1.2157 dan 2.8431, para respondan juga berpendapat mereka dan rakan-rakan mereka di sekolah bukanlah daripada golongan yang membazirkan air. (Lampiran F)

5.3Cadangan Kajian

Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan, beberapa cadangan boleh dikemukakan untuk mendidik pelajar agar lebih berhemah dan berperanan membantu pihak sekolah berjimat semasa menggunakan air terutamanya di sekolah. Antara langkah yang boleh diadakan di sekolah adalah seperti :

5.3.1Kempen Penjimatan Air.

Pihak sekolah boleh mengadakan Kempen Kesedaran Penjimatan Air dalam waktu-waktu tertentu secara berkala dan berterusan. Tujuannya adalah kesedaran terhadap penjimatan air sentiasa dalam amalan para pelajar. Paparan maklumat yang secukupnya tentang cara berjimat dan amalan menggunakan air yang lebih menjimatkan perlu dipamerkan untuk tatapan dan makluman semua pihak bukan sahaja kepada para pelajar tapi seluruh warga sekolah, termasuk guru-guru. Penyertaan aktif para pelajar juga penting bagi mencapai kejayaan yang maksimum terhadap kempen yang dijalankan.

Kempen boleh berbentuk penyelidikan berhubung penggunaan air di sekolah dan rumah dan tindakan untuk mengelakkan pembaziran khasnya di tandas, kantin dan surau. Guru boleh menerapkan nilai murni dengan berjimat semasa menggunakan air di sekolah seperti mengurangkan kekerapan pelajar pergi ke tandas dalam sehari kecuali apabila perlu sahaja. Ini adalah kerana tandas menyumbang kepada sebahagian besar penggunaan air di sekolah. Ini kerana setiap kali murid menggunakan pam tandas sejumlah enam gelen air dipam keluar lainlah kalau menggunakan sistem pam separuh atau isipadu yang lebih kecil seperti yang diamalkan oleh Singapura. Pendek kata, guru-guru perlu mendidik para pelajar dan sensitif terhadap air dan kepentingannya.

Penggunaan baldi dan menadah air hujan atau air wuduk juga boleh menggantikan penggunaan getah paip untuk tujuan membersihkan tandas, longkang atau penyiraman tanaman kerana penggunaannya lebih menjimatkan. Amalan membuka paip air dengan kadar air yang laju untuk membasuh atau berwuduk atau apabila membersihkan diri selepas aktiviti Pendidikan Jasmani perlu dikurangkan bagi menjimatkan penggunaan air.

Amalan bermain dengan air paip di sinki sekolah dan meninggalkan paip terbuka perlu dijauhi. Ini bermakna penggunaan secara berlebihan perlu dielakkan. Di Malaysia, kadar penggunaan air bagi seseorang ialah sekitar 300 liter sehari dan di kawasan bandar ia mencecah 500 liter. Rakyat Malaysia terlalu cuai dan boros ketika menggunakan air. Sebenarnya jumlah yang disyorkan kepada seorang hanyalah lima puluh liter iaitu lima liter untuk minum, dua puluh liter lagi untuk tujuan kebersihan diri, lima belas liter untuk mandi dan lima belas liter lagi untuk penyediaan makanan.

5.3.2Anjakan Minda Penggunaan

Para pelajar perlu disedarkan tentang jumlah air adalah tidak tetap, terhad dan menuju ke arah kritikal kerana ketidaktentuan hidrologi dan cuaca dalam sesuatu masa. Sungai mungkin tidak dapat mengalir sepanjang tahun untuk dijadikan sumber air paip akibat musim kemarau atau mungkin juga tercemar akibat pembuangan sisa pepejal. Pertubuhan Air Malaysia misalnya mengunjurkan yang Malaysia akan menghadapi krisis air yang meruncing menjelang tahun 2020 kerana kecenderungan menghargai air adalah sangat kurang meskipun Malaysia mempunyai rekod tadahan hujan sebanyak 990 billion m setahun. Para pengguna dan pelajar sekolah sebenarnya perlu sedar dan bijak menggunakan air iaitu menggunakan air berasaskan keperluan dan bukan mengikut kemahuan. Penggunaan air yang berlebihan boleh membebankan sumber alam semulajadi.

Tanggapan yang memerlukan bekalan yang sentiasa banyak dan mewah perlu ditukar kepada pemikiran kearah menjimatkan penggunaan air dan memelihara sumber air seperti mana rakyat Singapura yang lebih menghargai air kerana mereka sedar sumber air mereka adalah terhad dan banyak bergantung kepada sumber air dari Malaysia. Di sinilah peranan besar yang boleh dimainkan oleh para guru khasnya guru-guru mata pelajaran Kajian Tempatan menanamkan kesedaran dan kesungguhan dalam berjimat semasa menggunakan air sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

5.4Cadangan Kajian Lanjut

Daripada dapatan kajian ini, adalah dicadangkan juga agar penyelidikan yang berkaitan dengan gaya penggunaan air dalam kalangan warga sekolah boleh juga diadakan. Dalam konteks warga sekolah, gaya guru-guru, staf sokongan sekolah, pekerja pihak pengusaha kantin sekolah boleh dikaji. Ini adalah kerana kesemua warga ini menyumbang kepada kadar penggunaan air dan bil air sesebuah sekolah.

Jika guru-guru sedar akan kepentingan menggunakan air secara berhemah, mereka akan prihatin kepada persekitaran yang menjurus kepada menjimatkan air atau menggunakan air mengikut keperluan bukan mengikut kemahuan. Peringatan, demi peringatan dan panduan serta gaya penggunaan air yang berhemah boleh sentiasa disampaikan kepada para pelajar sama ada semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di dalam bilik darjah mahupun aktiviti-aktiviti tidak formal di luar bilik darjah.

Memerhatikan kes-kes penggunaan air di bilik-bilik khas seperti bilik Kemahiran Hidup dan bilik sains, surau atau membersihan alatan belajar atau alatan sukan selepas aktiviti Pendidikan Jasmani akan menjadi perhatian mereka agar ianya digunakan secara berhemah. Amalan ini pula akan mereka teruskan di rumah atau disebarkan kepada rakan-rakan lain dalam institusi pendidikan. Itulah sebabnya guru atau institusi pendidikan sering mendapat perhatian untuk menjadi tempat mendidik generasi muda dengan input-input baru.

Bagi para pekerja dan kaki tangan sekolah, kesedaran untuk mereka mengesan kerosakan dan kebocoran paip air, kadar air untuk menyiram tanaman dan pokok bunga atau membersihkan longkang dan kaki lima sekolah dengan jumlah air yang sepatutnya bukan secara sesuka hati. Amalan menadah air hujan dan berjimat semasa menggunakan hos getah untuk pelbagai kerja juga dapat membantu menjimatkan penggunaan air.

Buat pengusaha kantin dan para pekerjanya, kadar penggunaan air semasa menyediakan masakan, membersihkan bekas masakan dan membersihkan kawasan kantin juga patut diberi perhatian dengan gaya penggunaan air yang berhemah. Cara membasuh bekas makanan dan masakan di dalam besen atau takungan air juga dapat membantu mejimatkan penggunaan air.

Dengan mengkaji keseluruhan gaya penggunaan air keseluruhan warga sekolah iaitu para pelajar dan kaki tangan yang lain, usaha untuk menjimatkan penggunaan air di sekolah akan menjadi lebih berkesan dan menyeluruh. Hal ini adalah disebabkan golongan dewasa juga mempunyai gaya dan persepsi mereka yang tersendiri berkaitan penggunaan air bukan sahaja di sekolah tetapi juga semasa di rumah yang mana akan terbawa-bawa ke sekolah.

5.5Kesimpulan

Air sebenarnya banyak membantu menjayakan aktiviti dan perjalanan hidup kita di sekolah. Tanpa bekalan air yang tetap, kita akan mengalami kesukaran dalam menjalani aktiviti dan keperluan harian sepertimana semasa krisis air pada tahun 1997. Walaupun ramai yang beranggapan krissis itu merupakan satu bencana tapi ia sebenarnya turut berpunca daripada kegagalan kita mengurus penggunaan air dan sumbernya dengan baik.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga telah mengisytiharkan tahun 2005 hingga 2015 sebagai Dekad Tindakan Antarabangsa dengan bertemakan Water For Life dan saban tahun Hari Air Sedunia disambut pada 22 Mac. Namun yang lebih penting daripada sambutan ini adalah memahami akan kepentingan air, masalah air dan jasa air kepada setiap orang pada setiap hari sebagaimana kita menggunakannya.

BUMI

Air Tawar (3%)

Air Masin (97%)

Glasier (2.997%)

Air semulajadi (0.003%)

Air (75%)

PermukaanTanah (25%)

Tajuk, Pernyataan Masalah

Dan

Latar Belakang Kajian

Sorotan Literatur

Rekabentuk Kajian

Objektif Kajian

Matlamat Kajian

Instrumen Kajian

Pengumpulan Data

Dan

Analisis Data

Persampelan

Dapatan Kajian

Kesimpulan Kajian

Dan

Cadangan Kajian

1

_1322200680.bin

_1322200684.bin

_1322200688.bin

_1322200692.bin

_1322200694.bin

_1322200695.bin

_1322200696.bin

_1322200693.bin

_1322200690.bin

_1322200691.bin

_1322200689.bin

_1322200686.bin

_1322200687.bin

_1322200685.bin

_1322200682.bin

_1322200683.bin

_1322200681.bin

_1322200676.bin

_1322200678.bin

_1322200679.bin

_1322200677.bin

_1322200674.bin

_1322200675.bin

_1322200673.bin