kajian tindakkan kemahiran proses sains tahun 4 kssr

Upload: faiza-mohd-jais

Post on 10-Oct-2015

89 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kajian tindakkan

TRANSCRIPT

KAJIAN TINDAKKAN KEMAHIRAN PROSES SAINS TAHUN 4 KSSRSEBUAH KAJIAN TINDAKAN TENTANG MASALAH DALAM MEMAHAMI KEMAHIRAN PROSES SAINS BAHAGIAN B (PEMBOLEH UBAH) YANG SAYA HASILKAN SENDIRI MELALUI PENGAJARAN MIKRO YANG TELAH SAYA JALANKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI PEMBOLEH UBAH DALAM SOALAN SAINS (KSSR) MENGGUNAKAN KAEDAH PENDEDAHAN GAMBARAN DAN JADUAL PENGELASAN UNTUK TP 1 HINGGA TP 6

OLEH:Faizatunaziyah Binti Mohd JaisSekolah Kebangsaan Ampang Tinggi, Kuala Pilah, NEGERI SEMBILAN

ABSTRAKKajian tindakan ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid tahun 4 UM yang lemah dalam mengenal pasti pemboleh ubah uji kaji. Murid-murid yang terlibat seramai 27 orang. Dalam bahagian ini, murid di kehendaki menguasai pemboleh ubah berdasarkan gambar rajah uji kaji, jadual dan graf. Tahap penguasaan yang diberikan adalah dari TP 1 Hingga TP 6. Untuk mengenal pasti pemboleh ubah murid haruslah mengenal pasti perkara yang diberkaitan dan meletakkan kata kunci yang bersusuaian sebelum membuat peryataan dalam jawapan.

Tinjauan awal melalui pengajaran mikro yang dijalankan pada 15 Febuari 2014 hingga 18 Febuari 2014 dikuatkan dengan keputusan ujian bulanan 1 pada 4 MAC 2014 mendapati bahawa ramai murid masih tidak memperolehi markah penuh dalam bahagian ini melalui pelbagai latihan secara berkumpulan dan secara individu. Saya berasa amat kecewa dan kerana target saya sekurang-kurangya 20 daripada 27 murid memperolehi TP 5, walaupun murid tahun 4UM terdiri daripada murid bestari dan menjadi harapan dan target oleh pihak sekolah.