kajian tindakan aku punya la

7
1.0 PENGENALAN Kemahiran menulis amat penting dan perlu dikuasai oleh murid murid. Penguasaan yang baik dalam kemahiran menulis ini membolehkan murid murid melahirkan idea dan pendapat serta pandangan mereka melalui penulisan. Kemahiran menulis yang baik juga dipengaruhi oleh penguasaan aspek tatabahasa yang baik oleh seseorang murid. Aspek tatabahasa yang terangkum dalam bidang morfologi ini mempunyai cakupan ilmu yang luas. Salah satu daripadanya ialah aspek tanda baca. Murid murid memandang remeh terhadap aspek tanda baca. Walhal, tanpa mereka sedari, aspek tanda baca mempengaruhi markah bagi peperiksaan mereka terutama pada bahagian penulisan karangan. Saya telah mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ialah dalam segi penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. . Oleh yang demikian, saya akan menjalankan satu penyelidikan dalam salah satu aspek masalah yang sering dilakukan oleh murid murid iaitu dalam aspek tatabahasa. Kesalahan yang dimaksudkan ialah dari segi penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. Murid murid mengambil sikap sambil lewa terhadap kesalahan ini. Mereka tidak menggunakan huruf besar pada tempat yang betul. Sebagai contohnya, pada permulaan ayat, pada awal kata nama khas dan sebagainya. Penyelidikan ini dijalankan terhadap murid murid kelas 3 Bestari yang dikenal pasti berdasarkan ujian yang dirancangkan. Saya ingin meningkatkan kemahiran murid dalam penggunaan huruf besar ini supaya kesalahan ini tidak menjejaskan markah peperiksaan murid. 2.0 FOKUS KAJIAN Saya mengajar di kelas 3 Bestari yang terdiri daripada 44 orang murid yang tidak banyak masalah pembelajaran disebabkan mereka merupakan murid murid yang pandai dan berada di kelas yang pertama bagi tahap itu. Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya mendapati kebanyakan murid melakukan kesilapan dalam penulisan huruf besar, sama ada dalam menulis perkataan, ayat mahupun karangan pada tempat yang sepatutnya. Oleh yang demikian, kajian ini difokuskan kepada meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar dalam kalangan murid ini .

Upload: kamal-khalip

Post on 26-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Aku Punya La

1.0 PENGENALAN

Kemahiran menulis amat penting dan perlu dikuasai oleh murid – murid.

Penguasaan yang baik dalam kemahiran menulis ini membolehkan murid – murid

melahirkan idea dan pendapat serta pandangan mereka melalui penulisan.

Kemahiran menulis yang baik juga dipengaruhi oleh penguasaan aspek tatabahasa

yang baik oleh seseorang murid. Aspek tatabahasa yang terangkum dalam bidang

morfologi ini mempunyai cakupan ilmu yang luas. Salah satu daripadanya ialah

aspek tanda baca. Murid – murid memandang remeh terhadap aspek tanda baca.

Walhal, tanpa mereka sedari, aspek tanda baca mempengaruhi markah bagi

peperiksaan mereka terutama pada bahagian penulisan karangan. Saya telah

mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ialah dalam segi

penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. . Oleh yang demikian, saya akan

menjalankan satu penyelidikan dalam salah satu aspek masalah yang sering

dilakukan oleh murid – murid  iaitu dalam aspek tatabahasa. Kesalahan yang

dimaksudkan ialah dari segi penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. Murid –

murid mengambil sikap sambil lewa terhadap kesalahan ini. Mereka tidak

menggunakan huruf besar pada tempat yang betul. Sebagai contohnya, pada

permulaan ayat, pada awal kata nama khas dan sebagainya. Penyelidikan ini 

dijalankan terhadap murid – murid kelas 3 Bestari yang dikenal pasti berdasarkan

ujian yang dirancangkan.  Saya ingin meningkatkan kemahiran murid dalam

penggunaan huruf besar ini supaya kesalahan ini tidak menjejaskan markah

peperiksaan murid. 

2.0 FOKUS KAJIAN

Saya mengajar di kelas 3 Bestari yang terdiri daripada 44 orang murid yang tidak

banyak masalah  pembelajaran disebabkan mereka merupakan murid – murid yang

pandai dan berada di kelas yang pertama bagi tahap itu. Semasa menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya  mendapati kebanyakan

murid melakukan kesilapan dalam penulisan  huruf besar, sama ada dalam menulis

perkataan, ayat mahupun karangan pada tempat yang sepatutnya. Oleh yang

demikian, kajian ini difokuskan kepada meningkatkan penguasaan penggunaan

huruf besar dalam kalangan murid ini .

Page 2: Kajian Tindakan Aku Punya La

Hasil daripada  pemerhatian, saya mendapati masalah yang dihadapi oleh murid

disebabkan murid keliru dalam  aspek penggunaan huruf besar serta keliru dengan

konsep penggunaan kata nama am dan kata nama khas . Oleh itu saya telah

melaksanakan teknik pengajaran berkumpulan, teknik warna dan latih tubi bagi

mengatasi masalah murid.

Saya merasakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan

teknik dan strategi yang sesuai. Ini berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan oleh

saya terhadap masalah penggunaan  huruf besar yang pernah dilakukan oleh

pengkaji terdahulu antaranya Zailan (2005), Meimon (2009), Noraini (2009),

Madihah (2005), Zaridah (2006), Abdul Karim@ Husaini (2003), Senua@Senia

Chundi (2003) dan Mahmud (2003).

Perkara yang sama juga berlaku di sekolah tempat saya mengajar iaitu di Sekolah

Kebangsaan Islah. Walaupun banyak kajian telah dilakukan di tempat lain, namun

masih belum ada kajian tentang masalah penggunaan huruf besar dilakukan di

sekolah ini. Maka wajarlah kajian ini dilakukan bagi meningkatkan Kemahiran

Penguasaan Penggunaan Huruf Besar Dalam Kalangan murid Tahun Tiga Bestari

ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk (a) meningkatkan penguasaan penggunaan

huruf besar dalam kalangan murid dalam kalangan murid Tahun Tiga Bestari; (b)

menilai  keberkesanan teknik warna dan latih tubi bagi mengatasi masalah

penggunaan huruf besar yang betul dalam penulisan ayat murid Tahun Tiga Bestari;

dan (c)      Mengukur perubahan pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Islah yang terletak di kawasan

bandar Kota Bharu. Kajian yang dijalankan oleh saya ini adalah terhadap murid

Tahun Tiga Bestari. Kelas ini merupakan kelas yang pertama bagi tahun tiga di

sekolah ini. Murid – murid dalam kelas ini terdiri daripada 44 orang iaitu 14 lelaki dan

30 perempuan. Saya telah menjalankan ujian diagnostik ke atas 44 orang murid ini

Page 3: Kajian Tindakan Aku Punya La

bagi mengenal pasti responden yang bermasalah. Hasil ujian diagnostik ini dianalisis

dan seramai tujuh orang murid telah dijadikan responden kajian.

5.0 TINDAKAN

5.1 Tinjauan Masalah

Dalam peringkat tinjauan masalah ini saya telah membuat pemerhatian terhadap

proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. saya

mendapati murid – murid mengalami masalah dalam penulisan ayat. Kesalahan

yang dilakukan adalah dalam aspek penulisan huruf besar. Saya turut melihat rekod

murid, buku latihan dan markah ujian bulanan bagi mendapatkan maklumat

berkaitan dengan permasalahan yang dikenal pasti. Selain itu, saya turut berbual

bersama guru kelas dan guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di kelas

tersebut.

5.2 Pelaksanaan Tindakan

5.2.1 Sesi pengajaran berkumpulan

Saya menerangkan konsep kata nama khas dan kata nama am kepada responden.

Saya telah meminta responden mengkategorikan kata nama khas dan kata nama

am berdasarkan petikan yang telah diberikan. Selain itu, dalam strategi ini juga saya

telah menerangkan konsep kata nama khas mengikut kategori masing – masing dan

meminta responden mengklasifikasikan kata nama khas mengikut kumpulannya.

5.2.2 Menulis setiap huruf besar dengan menggunakan pensel warna

Saya telah menggunakan teknik warna ini dalam latih tubi yang diberikan kepada

responden. Disebabkan setiap responden mempunyai masalah yang berbeza dalam

aspek penggunaan huruf besar ini, saya telah menyediakan latihan yang berbeza

bagi setiap responden mengikut permasalahan yang dihadapi. Responden perlu

menggunakan pensel warna dalam setiap huruf besar yang terdapat dalam ayat.

Item latihan adalah seperti berikut :

1.      Membaca ayat yang diberi tanpa penggunaan huruf besar.

2.      Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar pada tempat

yang betul menggunakan pensel warna.

Page 4: Kajian Tindakan Aku Punya La

Dalam situasi ini,responden menulis setiap huruf besar dengan menggunakan

pensel warna melalui latih tubi. Setiap permulaan huruf sama ada dalam perkataan

atau ayat yang berhuruf besar perlu ditulis dengan menggunakan pensel berwarna.

Ini bagi membantu daya ingatan responden terhadap penggunaan huruf besar

melalui teknik warna.

5.2.3 Mengenal pasti kata nama khas dalam teks yang dibaca.

Saya telah menjalankan strategi yang ketiga iaitu mengenalpasti kata nama khas

yang terdapat dalam petikan yang dibaca. Saya telah mengedarkan surat khabar

kepada responden dan ketujuh – tujuh orang responden diminta mengenal pasti kata

nama khas yang terdapat dalam petikan akhbar yang dipilih oleh mereka. Saya juga

telah menggunakan teknik bacaan buku cerita binatang bagi responden yang

mengalami masalah dalam penggunaan huruf besar dalam Kata Nama khas

Haiwan. Saya meminta responden membaca buku cerita binatang yang terdapat

dalam pusat sumber sekolah dan seterusnya mengenal pasti dan menyenaraikan

Kata Nama Khas Haiwan yang terdapat dalan cerita binatang tersebut.

Saya juga menjalankan teknik bimbingan dalam membantu responden mengatasi

masalah yang dihadapi oleh mereka. Aktiviti ini dijalankan sekali dalam tempoh

kajian. Teknik bimbingan ini dapat mendekatkan diri saya dengan responden dan

memudahkan proses peneguhan dan penambahbaikan dilakukan. Aktiviti yang

dijalankan adalah :

1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.

2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.

3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang

sesuai menggunakan warna.

6.0 DAPATAN KAJIAN

Saya telah menjalankan ujian pra dan ujian pos ke atas responden yang terlibat.

Perbandingan markah bagi ujian pra dan pos mengikut kategori permasalahan

adalah seperti di bawah :

Page 5: Kajian Tindakan Aku Punya La

BI

L

NAMA UJIAN PRA UJIAN POS

 KT

( % )

KB

( % )

  KH

( % )

KHR

( % )

KT

( % )

KB

( % )

KH

( % )

1

2

3

4

5

6

7

Muhamad Syazwan bin Mustapha

Wan Muhammad Afif bin Wan

Maizudin

Iryani Akmal binti Ahmad Bakri

Nur Afrina Shazleen binti Muhamad

Shahidi

Nur Damia Batrisyia binti Zulkalnain

Nur Shahnaz binti Muhd Affendy

Sharifah Musyaibah binti Syed Kamal

-

65

-

60

65

-

-

45

-

-

65

-

30

25

65

50

60

-

65

-

-

40

-

50

-

-

-

-

-

90

-

95

95

-

-

100

-

-

85

-

90

85

90

90

85

-

95

-

-

PETUNJUK

KT – Kata Nama Khas Tempat

KB – Kata Nama Khas Benda

KH – Kata Nama Khas Haiwan

KHR – Kata Nama Khas Hari

Page 6: Kajian Tindakan Aku Punya La

Setiap responden kajian mengalami masalah yang berbeza dalam aspek

penggunaan huruf besar ini. Tiga orang responden mengalami masalah dalam

penulisan kata nama khas tempat. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan

pencapaian mereka dengan perbezaan min sebanyak 30 markah. Manakala

terdapat empat orang responden mengalami masalah dalam menulis kata nama

khas benda. Peningkatan markah yang diperoleh mereka pada ujian pos

menunjukkan bahawa objektif kajian adalah tercapai. Ini dibuktikan dengan

perbezaan min markah bagi ujian pra dan pos kata nama khas benda ini iaitu

sebanyak 48.75 markah. Seterusnya, empat orang responden juga mengalami

masalah dalam menulis kata nama khas haiwan. Namun, selepas analisis ujian pos

dibuat, saya mendapati berlaku peningkatan pencapaian pada keempat – empat

responden ini. Perbezaan min markah ujian pra dan ujian pos kata nama khas

haiwan ini adalah sebanyak 30 markah. Analisis yang dibuat terhadap dua

responden yang mengalami masalah dalam menulis kata nama khas hari juga telah

menunjukkan peningkatan dan dibuktikan dengan perbezaan min markah sebanyak

50 markah.

7.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan

yang saya jalankan ke atas semua responden. Saya mendapati bahawa ketujuh –

tujuh responden menunjukkan peningkatan pencapaian mereka dalam pasca ujian

berbanding pra ujian. Perkara ini membuktikan bahawa kajian untuk meningkatkan

penguasaan penggunaan dalam kalangan murid ini telah berjaya dilaksanakan.

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Memandangkan aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan

murid dalam penggunaan huruf besar ini maka saya bercadang untuk

memperluaskan kajian terhadap aspek tanda baca dan ejaan. Saya turut bercadang

untuk melakukan kajian ini terhadap semua murid tahun tiga di sekolah ini.

9.0 RUJUKAN

Abdul Kadir Bin Hj Amin. ( 1996 ). Analisis Kesilapan Bahasa dalam Pendidikan Bahasa.

Jurnal Kajian  Pendidikan Guru Bilangan 2 1996 ( Februari ).  Bahagian Pendidikan

Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 7: Kajian Tindakan Aku Punya La

Abdul Karim Bin Haji Jawi. ( 2003 ). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya

dalam Aspek Tanda Baca dengan Kaedah Pembelajaran Khususserta Bimbingan

Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR

dan JPB Sri Aman-Betong.

Esa Bin Awang dan Md. Hatta Md.Nor. ( 2003 ). Tahap Penguasaan Tatabahasa Bahasa

Melayu di Kalangan Guru Pelatih KDPM di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim

Johor Bharu. Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim.

Hasnalee Bin Tubah. ( 2008 ). Tahap Penguasaan dan Kesukaran Membaca dan Menulis

dalam Kalangan Murid KIA2M. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 2008 Institit

Pendidikan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan Sarawak.

Semya Chundi. ( 2003 ). Menangani Masalah Mengenal dan Menyebut Huruf Besar

Seorang Murid Tahun 4 dengan Pendekatan Latih Tubi. Prosiding Seminar Kajian

Tindakan 2003. Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong.

Siti Zainab bt Haji Md Saman. ( 2003 ). “Jadual Formula Warna” Kaedah untuk

Menerangkan Fakta. Penyelidikan Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan

Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia.