buta i.t. celik ringgit · 2018. 1. 30. · buta i.t. celik ringgit oleh eor aiee eor ahma asi 4...

40
BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 1

Upload: others

Post on 22-Jan-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

BUTA I.T. CELIK RINGGIT

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 1

Page 2: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

Sila gunakan modul ini untuk rujukan anda. Anda dibenarkan mencetak modul ini hanya untuk kegunaan sendiri sahaja bagi memudahkan rujukan. Anda TIDAK DIBENARKAN mengedarkan mana-mana bahagian modul ini dalam apa bentuk dan cara sekalipun sama ada elektronik, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat dalam bentuk softcopy melalui CD, disket dan bahan-bahan lain. Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya semula kerana ia tergolong di dalam kesalahan harta intelek (cetak rompak). Hakcipta Terpelihara 2012 © BicaraHartanah.com. Sekiranya anda telah menerima modul ini secara percuma atau berbayar dari sumber selain daripada www.bicaraharatanah.com, sila laporkan kepada [email protected] Kerjasama anda amat dihargai dalam menangani kesalahan harta intelek. Pihak BicaraHartanah.com amat mengambil berat isu ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2012

Penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat apa-apa masalah berhubung kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-apa risiko, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku atas penggunaan dan aplikasi e-book ini secara langsung atau tidak langsung. Hasil kandungan e-book ini adalah berdasarkan pengalaman, kajian dan pemerhatian yang dilakukan oleh penulis semasa tulisan ebook ini dibuat.

LEGAL DISCLAIMER

Page 3: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

BUTA I.T. CELIK RINGGIT

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 3

Pengenalan Siapa saya?‘Turning Point’Ebook PertamaKuasa S.E.ODari Satu Tajuk ke Satu TajukNetworkingSeminar HartanahPenulis JemputanNuffnang, Sewa Iklan Dan Penceramah JemputanPenutup

458

13182125293235

38

KANDUNGAN eBOOK

Page 4: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

BUTA I.T. CELIK RINGGIT

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 4

“Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak

create e-mail pun ko suruh aku tapi macamana ko

boleh masyuk tiap-tiap bulan ni sedangkan aku yang

pernah ada cybercafé pun tak tau camana nak buat

duit dari blog. Entah-entah ko kencing diorang kat

internet kot” – Cikgu Kamil (kawan baik saya)

Bukan Cikgu Kamil je yang musykil sebenarnya, malah ramai di kalangan rakan-

rakan saya yang turut menggelengkan kepala tatkala saya memberitahu yang

duit yang saya perolehi dari blog saya kini sudah hampir menyamai gaji bersih

saya ketika ini. Ada yang kurang percaya, ada yang kata ia sekadar ayat pemanis

yang selalu saya ucapkan dan tak kurang juga yang memperlekehkan kata-kata

saya tetapi semuanya terdiam apabila penyata bank saya tunjukkan kepada

mereka dan yang terus menimbulkan persoalan kepada mereka (dan mungkin

juga anda) ialah bagaimana seorang yang buta I.T. seperti saya mampu menjana

pendapatan 4 angka ketika ini?

PENGENALAN

Page 5: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

SIAPA SAYA?

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 5

SIAPA SAYA?Nama saya Meor Zaidee. Saya adalah seorang full

time blogger yang dikenali dengan nama Abang

Ensem atau AE menerusi blog saya, Abang Ensem’s

Blog : Tips & Thoughts. Ya, saya adalah seorang

yang BUTA I.T. Untuk membuka satu akaun e-mail

pun saya memerlukan bantuan dari rakan saya.

Mungkin kerana saya dilahirkan di dalam generasi

awal komputer yang hanya tahu tentang program

Wordstar 5.0 apabila subjek komputer diceritakan pada saya. Malah kemahiran

menggunakan program tersebut pun saya perolehi ketika mengambil short term

course ketika musim cuti sekolah ketika masih berada di Sekolah Menengah.

Apabila universiti mengambil tempat, penggunaan komputer amatlah terbatas

namun topik berkaitan internet telah mula saya ketahui. Itu pun dek kerana

penangan ‘IRC’, ruangan sembang dan mencari kenalan yang dijadikan sebagai

tempat saya mencari ‘kawan’ atau pasangan. Selain daripada fungsi tersebut,

tiada apa yang saya ketahui dan pelajari berkaitan medium teknologi maklumat

Page 6: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

SIAPA SAYA?

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 6

ini. Malah terus terang saya katakan komputer dan teknologi maklumat

merupakan satu perkara terakhir yang akan saya belajar jika saya diberi pilihan.

Walaubagaimanapun segalanya berubah tatkala saya bertemu kembali rakan

sebilik saya semasa di sekolah menengah dulu. Saudara Khir Ariffin yang telah

hampir 20 tahun tidak saya temui telah hadir kembali ke dalam hidup saya.

Semuanya penangan social medium Facebook yang ketika itu telah baru saya

kenali beberapa minggu sebelumnya. Pertemuan diatur di Restoran Pelita

Jalan Ampang, telah membuka satu lembaran baru dalam hidup saya dan

ianya merupakan satu turning point kepada persepsi saya terhadap ‘dunia

tanpa batasan’ ini. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata beliau tatkala saya

memberitahu yang saya merupakan seorang pelabur hartanah tegar yang telah

mengumpul hampir 14 buah rumah ketika itu.

“Kamu kena kongsi ilmu yang kamu ada dengan orang-orang Islam yang lain

kerana itu merupakan satu jihad untuk membangunkan ummah macam

yang kita belajar kat sekolah dulu. Bukan semua orang yang mampu memiliki

sebegitu banyak rumah. Pasti ilmu dan pengalaman yang bukan sedikit perlu

mereka pelajari dan aku rasa dengan adanya dunia internet, kamu boleh

mengajar orang-orang kita cara untuk memiliki banyak rumah” - Khir

Page 7: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

SIAPA SAYA?

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 7

“Tapi aku tak tahu pun macamana caranya bang” - AE

“Takpe. Nanti kamu datang ke kursus aku dan aku akan ajarkan caranya pada

kamu, ok?” – Khir

“Tengoklah dulu” – AE dalam nada kurang yakin.

Tetapi telah berlaku satu peristiwa yang secara tidak langsung telah

menggerakkan saya dari nada kurang yakin kepada nada penuh keyakinan

tentang betapa berkuasanya medium internet bagi menjana pendapatan

tambahan buat saya ketika itu.

Page 8: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

‘TURNING POINT’

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 8

“Bang, kamu boleh datang rumah aku tak? Aku ada benda nak cakap dengan

kamu” – Khariri

“Benda apa tu?” – AE

“Kamu datang la dulu” – Khariri

“Ok. Kejap lagi aku sampai” – AE

Perbualan itulah yang kemudiannya menjadi titik perubahan di dalam persepsi

saya terhadap dunia internet ini. Rakanku, Ahmad Khariri Al-Hadi seorang

penderma hati kepada bayi comel yang bernama Yohit telah mengalami

komplikasi dalaman yang mungkin disebabkan oleh pembedahan yang

dilakukannya tempohari.

Pertemuan di rumah beliau itu pada mulanya memberi 1001 macam masalah

kepada saya kerana ketika itu beliau memerlukan RM14,000 bagi menjayakan

pembedahan bagi menyelesaikan masalah komplikasi dalamannya itu dan

meminta bantuan dari saya untuk mencukupkan amaun yang agak besar bagi

‘TURNING POINT’

Page 9: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

‘TURNING POINT’

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 9

saya ketika itu. Saat itu saya terbayangkan rakan saya, Saudara Khir yang baru

saya temui beberapa minggu yang lalu dan ketika saya menghubungi Saudara

Khir bagi mengkhabarkan berita kurang menyenangkan ini, ayat berikut

terpacul dari mulut beliau “Ok. Takde masalah. Nanti aku datang jumpa korang

berdua dalam sehari dua ni”. Sangkaan saya ketika itu ialah Saudara Khir sedia

membantu mengeluarkan jumlah tersebut sebaliknya jalan lain pula yang telah

dipersetujui oleh kami bertiga kemudiannya.

Saudara Khariri dan saya ketika diwawancara oleh rancangan Nasi Lemak Kopi O mengenai pendermaan hati beliau

Page 10: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

‘TURNING POINT’

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 10

2 hari berselang.

“Kita kena buat collection through kawan-kawan kita?” cadang Saudara Khir

“Takkan kita nak jumpa sorang-sorang untuk minta donation bang. Aku kerja

dan takde masa nak buat semua tu” – AE

“Kita guna Facebook je. Inilah gunanya medium internet macam yang aku

ceritakan kat kamu hari tu” – Khir

“Boleh ke? Doktor aku kata dia cuma boleh bagi masa 2 minggu je untuk buat

pembedahan ni sebelum penyakit aku ni melarat dan takde harapan” – Khariri

“Insyaallah. Aku yakin sangat-sangat. Nanti kamu bagi aku semua artikel dan

video pembedahan kamu sebelum ni supaya aku boleh buatkan jalan cerita

untuk minta donation di Facebook supaya orang tahu yang kes ni genuine case”

- Khir

Akhirnya dalam masa 4 hari sahaja, dana sebanyak RM14,000 telah berjaya

kami kumpul hasil dari rakan-rakan Facebook kami bertiga sebelum ianya

dipanjangkan ke seluruh ‘dunia maya’ ini. Saya yang terkejut hanya mampu

mengiyakan apa yang pernah diberitahu kepada saya saja sebelum ini. “Sampai

macam tu sekali senangnya nak dapat duit di internet ni” kata saya dalam hati.

LANGKAH PERTAMA

Setelah yakin dengan apa yang saya lihat terutamanya di dalam kes Saudara

Ahmad Khariri, saya mula mengorak langkah pertama saya dengan membeli

buku “A-Z Blog! Tip untuk Blogger Wanita” karya Ani Nadila Yusof seawal bulan

Page 11: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

‘TURNING POINT’

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 11

Disember 2009. Hasilnya, pada tanggal 22 Disember 2009 terhasillah blog

Abang Ensem dengan menggunakan platform blogspot.com ketika itu.

“Abang Ensem? Gila apa kamu nak guna nama tu” tempelak seorang rakan,

Brader Mil sebaik nama itu saya pilih. Sangkaan saya mungkin dengan nama

tersebut ianya mampu menarik trafik ke blog saya. Namun trafik yang menerjah

ke blog saya begitu minima sekali. Adakah kerana salah nama atau pun strategi

promosi yang kurang berkesan menjadi punca. Apa yang pasti saya tetap

yakin dengan pemilihan nama itu yang pada saya cukup untuk membuatkan

khalayak yang mendengarnya merasa ingin tahu perihal blog ini dan bagi

memperbetulkan keadaan, satu lagi langkah telah saya ambil iaitu dengan

menyertai siri seminar yang dianjurkan oleh rakan saya, Saudara Khir Ariffin.

Tanggal 25 Januari 2010 masih kekal diingatkan saya. Berbekalkan yuran

penyertaan sebanyak RM40-00, saya bersama sekumpulan suri rumah yang

turut hadir pada pagi itu diterangkan tentang cara-cara membuat blog di

samping pendapatan yang mampu dihasilkan daripadanya. Memang ketika itu

perasaan keterujaan mula timbul sedikit demi sedikit di tambah pula dengan

cara penyampaian yang penuh keyakinan yang dipersembahkan oleh barisan

penceramah antaranya, Saudara Azha, Saudara Azman dan juga Saudara Khir

sendiri yang menunjukkan jumlah RM7-00 hasil pendapatan seminggu dari

iklan Nuffnang sudah cukup untuk membuatkan saya begitu obses untuk

menjana pendapatan sampingan dari blog. Ditambah pula dengan kisah

blogger terkenal, Redmummy yang mampu menjana pendapatan sehingga 5

Page 12: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

‘TURNING POINT’

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 12

angka sebulan meningkatkan lagi keyakinan saya terhadap cara ini. Hasilnya,

sekembali dari sesi mini seminar setengah hari itu, tanpa berlengah lagi saya

telah mula menyusun langkah dan strategi yang perlu saya usahakan agar

pendapatan sampingan dari blog dapat saya jana.

Namun, rupa-rupanya bukan mudah untuk memulakan langkah. Strategi

menerjah blog beberapa blogger terkenal antaranya Hanis Zalikha, Ben Ashaari

dan Redmummy sendiri demi untuk mendapatkan trafik dan perhatian dari

kelompok blogger tidak langsung menampakkan hasil yang diharapkan. Satu

demi satu strategi yang saya fikirkan ketika itu mulai menemui jalan buntu dan

ketika inilah perasaan sangsi mula menerjah ke kotak fikiran saya. Adakah betul

tindakan dan strategi saya ini?

Page 13: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

EBOOK PERTAMA

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 13

“Ini tak boleh jadi ni. Dah hampir 6 bulan aku berblog tapi income Nuffnang

aku baru dalam RM20-00. Tak berbaloi langsung dengan masa yang aku dah

habiskan mengadap blog aku ni” getus saya di satu pagi sambil saya melayan

akaun Facebook saya. Tiba-tiba saya dihubungi oleh rakan sekolah saya, Saudara

Meor Ahmad Shukri menerusi ruangan chat di Facebook.

EBOOK PERTAMA

Tuan Meor Ahmad Shukri, pencerna kepada penghasilan ebook-ebook saya

Page 14: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

EBOOK PERTAMA

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 14

“Salam. Apa khabar? Bla la bla” – Meor “Wa’alaikumsalam. Baik, Alhamdulillah.. Bla la bla” – AE“Aku tengok blog ko dah makin ramai yang follow. Mesti masyuk kan?” – Meor“Tak sangat la Bro. Income Nuffnang aku pun tak sampai RM30-00. Tu yang pening sikit ni nak mencari side income ni” – AE“Kenapa ko tak buat ebook je bercerita tentang cara ko mendapatkan rumah yang berbelas-belas tu? Tak semua orang tahu tentang caranya tu” – Meor“Aku mana la tahu bab-bab ebook ni. Ko pandai ke nak buat semua ni? Kalau ko boleh tolong aku, boleh la aku usahakan” – AE“Boleh. No hal tapi bab-bab mengarang tu ko kena buat sendiri la dalam Microsoft Word. Takkan guna Word pun ko tak tahu?” – Meor“Ooo.. bab mengarang dalam Word tu tak jadi masalah tapi apa yang aku nak cerita? Boleh jual ke ebook aku tu nanti? Berapa harga ebook yang biasa orang jual?” – AE“Yang tu ko kena buat research sikit sebab aku pun takde jawapan untuk semua soalan ko tu” – Meor“Ok Bro. Nanti aku cuba buat. Anyway, thanks for the idea” – AE

Bermulalah sejarah dalam hidup saya. Perbualan di pagi ahad tersebut telah membuka lembaran baru dalam cara saya menghasilkan duit menerusi blog dan beberapa kajian telah mula saya lakukan selepas itu, antaranya :

Page 15: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

EBOOK PERTAMA

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 15

i. Tajuk dan Isi Kandungannya :Bukan mudah untuk menghasilkan tajuk yang mampu menarik perhatian orang untuk membeli. Di sini apa yang telah saya lakukan adalah dengan melakukan carian tajuk di google untuk mengetahui perkara apakah yang paling banyak dibuat carian di negara ini. Hasilnya, topik hartanah menjadi antara topik paling dicari dan ‘jutawan hartanah’ menjadi tajuk paling sesuai kerana rata-rata mereka yang membuat carian pasti akan melihat siapakah antara jutawan hartanah yang terdapat di Malaysia yang mampu membantu mereka. Maka dari situ terhasillah ebook pertama saya yang membawa judul “Rahsia Jutawan Hartanah Terbongkar” yang menurut Saudara Meor Ahmad Shukri, lebih ‘menangkap’ perhatian pembaca walaupun pada hakikatnya taraf jutawan yang dimaksudkan di dalam ebook tersebut hanyalah pada nilai aset yang saya miliki.

Tajuk telah pun saya perolehi tetapi isi kandungannya masih lagi menjadi tanda tanya kepada saya. Apakah yang patut saya ceritakan di dalam ebook ini. Jika saya salah bercerita, sudah pasti maklum balas negatif yang akan saya terima nanti dan ketika ini terlintas di hati saya untuk mengetengahkan isu berkaitan diri saya kepada khalayak pembaca agar ianya akan memudahkan mereka untuk lebih mengenali dan mengetahui kredibiliti yang saya ada di dalam bidang ini. Mungkin jika ada rezeki saya nanti, akan menyusul ebook kedua yang akan lebih mudah untuk dipromosikan sekiranya ebook pengenalan saya ini mendapat sambutan. Hasilnya penceritaan tentang profil diri saya di samping 6 kunci yang melayakkan saya menjadi jutawan hartanah menjadi inti pati kandungannya.

Page 16: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

EBOOK PERTAMA

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 16

ii. Harganya :Rata-rata ebook yang berada di pasaran ketika itu dijual pada harga serendah RM18-00 dan kebanyakannya me’uar-uar’kan yang ebook mereka merupakan antara yang terlaris di pasaran. Beberapa buah ebook telah saya beli dan ternyata harga yang ditawarkan tidak standing dengan ilmu yang diperolehi. Jika harganya murah, kualiti kandungannya agak menghampakan dan bagi ebook yang berkualiti tinggi, harganya pula begitu mahal. Jadi saya mengambil langkah selamat dengan meletakkan harga RM20-00 memandangkan ini merupakan usaha pertama saya di dalam bidang penulisan ebook ini dan hasilnya, jauh melangkaui imaginasi saya. Hampir 50 buah telah berjaya dijual dalam tempoh 3 bulan pertama dengan jumlah sebanyak RM1,000-00 telah saya perolehi dan ini menguatkan semangat saya untuk menghasilkan ebook kedua pada harga yang hampir serupa.

iii. Kaedah Promosi :Blog menjadi satu-satunya medium saya mempromosi ebook saya ini dan sejajar dengan peningkatan jumlah follower saya, pembelian ebook saya juga telah turut merekodkan peningkatan dari segi jualan. Ini kerana kebanyakan mereka yang menjadi follower blog saya adalah mereka yang biasanya tertarik dengan cara penulisan saya dan dengan promosi ebook yang saya lakukan di sini, secara langsung ianya akan menarik minat mereka untuk membelinya. Oleh itu apa yang saya perlu lakukan kini adalah untuk terus menambahkan bilangan follower saya dari sehari ke sehari dan di sini tunjuk ajar dari Saudara Ariff Shah telah banyak membantu dalam menambahkan bilangan trafik yang hadir ke dan seterusnya menambahkan jumlah follower di blog saya (Tips-tips

Page 17: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

EBOOK PERTAMA

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 17

yang diberikan oleh Saudara Ariff Shah ini akan saya ceritakan di dalam bab yang berikutnya nanti).

Alhamdulillah, berkat dari idea yang diberikan oleh Saudara Meor sebelum ini nampaknya telah membuahkan hasil dan mulai saat itu, saya tidak lagi mengharapkan income dari Nuffnang semata-mata untuk dijadikan pendapatan sampingan saya. Malah pengetahuan, komitmen dan maklum balas yang diperolehi dari Saudara Meor ini telah mampu menghasilkan ebook pertama saya ini. Walaupun pada mulanya beliaulah yang memonopoli cara pembikinan ebook tersebut tetapi lama-kelamaan pengetahuan tersebut telah mula diberikannya kepada saya.

Mungkin ramai yang akan berkata “AE bolehlah, dah memang ada kepakaran dalam bidang hartanah. Macam saya ni takde apa-apa kepakaran pun yang saya boleh tonjolkan” dan tips saya bagi anda yang beranggapan sedemikian.. “Kenali potensi diri anda yang membuatkan anda merasa lebih baik dari rakan anda. Jika anda tidak temui potensi diri tersebut, cuba anda tanyakan kepada rakan anda tentang kelebihan yang anda miliki dan cuba fikirkan cara terbaik untuk anda ketengahkan kelebihan diri anda itu. Sekiranya anda bagus di dalam bidang masakan, mungkin ebook berkenaan resepi masakan mampu untuk anda tuliskan. Jika anda pakar di dalam jahitan labuci, mengapa anda tidak cuba menghasilkan ebook berkaitan dengannya. Allah menjadikan setiap manusia dengan kelebihan masing-masing dan terpulang kepada manusia itu sendiri untuk mengenal pasti kelebihan dirinya”. Nah, tidak mustahil bukan untuk anda memulakan langkah anda?

Page 18: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

KUASA S.E.O.

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 18

Setelah ebook pertama saya, Rahsia Jutawan Hartanah Terbongkar muncul pada tanggal 11 Jun 2010, sambutan yang saya terima agak kurang memuaskan. Walaupun terdapat paling tidak pun 10 orang setiap bulan tetapi ianya jauh dari pendapatan 4 angka yang saya jangkakan. Getus hati saya “mungkin sebab aku ada sebuah je kot. Kalau aku buat 2 atau 3 buah, barulah aku boleh dapat ribu-ribu sebulan”. Maka bermulalah penulisan berikutnya dengan tajuk yang berkaitan dengan pembelian rumah subsale. “Kenapa rumah subsale pula yang menjadi tajuknya dan bukannya pembelian rumah lelong mahu pun baru?”, satu lagi persoalan yang kerap ditanya oleh rakan-rakan

Kuasa S.E.O

Page 19: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

KUASA S.E.O.

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 19

saya yang mengetahuinya. Jawapannya mudah, jika kebanyakan blogger telah menerangkan perihal tentang prosedur pembelian rumah baru dan lelong, maka saya merasakan topik subsale mampu menarik khalayak pembeli yang lebih ramai. Malah kajian yang saya lakukan di google search saya mendapati hanya sebuah ebook berkaitan subsale sahaja yang pernah ditulis ketika itu dan ianya telah dijual pada harga yang bagi saya agak tinggi iaitu sebanyak RM70 senaskah. Jadi dengan strategi harga yang saya rasakan betul iaitu RM20.00 bagi senaskah ebook saya, saya jangkakan yang naskah saya ini pasti mampu dapat menghadirkan sejumlah amaun yang besar ke dalam akaun bank saya dan telahan saya itu ternyata benar.

Tak sia-sia saya mengkaji pasaran ebook berkaitan pembelian rumah subsale kerana amaun yang saya terima hari ini benar-benar menguntungkan saya dan memang benar apa yang dikatakan sebelum ini, “Dengan niche yang tepat dan tajuk yang bersesuaian, sesebuah ebook itu pasti akan senang untuk dijual di internet”.

Walaubagaimanapun ianya tidak semudah yang disangka, kerana selain dari tajuk yang bersesuaian dengan kehendak pasaran, satu lagi aspek yang memainkan peranan adalah promosi yang dijalankan dan di sini saya berasa amat bersyukur kerana telah ditemukan dengan seorang blogger tersohor, Ariff Shah (http://ariffshah.com) yang juga dianggap sifu di dalam aspek ‘Search Engine Optimisation’ (SEO) di alam blogging. Beliaulah sebenarnya yang bertanggungjawab memperkenalkan jenama abangensem di page pertama carian google. Bagi sesiapa yang menaip “pelaburan hartanah”, “jutawan

Page 20: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

KUASA S.E.O.

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 20

Tuan Ariff Shah yang menjadi tulang belakang kejayaan saya berblogging

hartanah” mahu pun “beli rumah”, pasti akan menemui entri-entri yang ditulis oleh beliau dengan tajuk “Belajar pelaburan hartanah bersama Abang Ensem”, “Melepak bersama jutawan hartanah” atau pun “Nak beli rumah” di muka depan carian google yang secara tidak langsung mendatangkan khalayak yang berminat tentang pelaburan hartanah ke blog saya dan sekiranya mereka tertarik dengan penulisan di blog ini, sudah pasti ebook-ebook saya dijadikan buah tangan mereka sebelum mereka keluar dari blog saya. Malah tidak malu untuk saya katakan yang kebanyakan dari mereka yang telah membelinya berasa puas hati dan mencadangkannya kepada rakan taulan mereka yang akhirnya membawa kepada ebook-ebook hasil tulisan abangensem semakin mengambil tempat di hati pencari maklumat berkaitan pelaburan hartanah.

Page 21: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

DARI SATU TAJUK KE SATU TAJUK

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 21

Dua tajuk telah terhasil. “Rahsia Jutawan Hartanah” dan “Tips dan Panduan

Membeli Rumah Sub-Sale” telah mula menampakkan hasil tetapi cukupkah

dengan jumlah ratusan ringgit sebulan sahaja? Perlukah saya hasilkan lebih

banyak ebook di bawah pelbagai tajuk berkaitan hartanah? Tetapi apa pula

tajuk yang patut saya ketengahkan selepas ini?

“Bang, macamana abang boleh dapat rumah below market?”

“Bro, camana lu carik penyewa?”

“Tuan, bagaimana tuan bla bla bla bla..”

Semakin hari semakin bertambah pula soalan-soalan yang di’e-mail’ ke kotak

inbox saya dan kebanyakan soalan-soalan tersebut telah pun berulang-kali saya

jawab di dalam blog saya. Lalu dari situ timbullah idea untuk ebook ketiga saya.

“Hmmm.. menarik juga kalau aku pilih 10 soalan yang kerap ditanya dan aku

jadikannya ebook especially tentang soalan-soalan berkaitan masalah yang

tidak mempunyai jawapan betul atau salah, sebaliknya aku bercerita tentang

pengalaman aku mengatasi semua masalah tu” fikiran saya terdetik ketika

sibuk mencari tajuk dan isi kandungan bagi ebook ketiga saya. Ya, saya patut

kumpulkan kembali semua soalan-soalan dan jawapan yang pernah saya jawab

dan rangkumkannya di bawah tajuk ‘CARAKU’.

DARI SATU TAJUK KE SATU TAJUK

Page 22: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

DARI SATU TAJUK KE SATU TAJUK

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 22

Hasilnya ianya menjadi ebook paling cepat yang dapat saya siapkan dan dalam

tempoh masa kurang dari 2 bulan, ianya telah pun berada di pasaran dan harga

jualannya masih lagi dikekalkan pada harga RM20.00. Jadi menerusi 3 buah

ebook yang sedia ada, saya telah mampu memperolehi sejumlah RM50.00

bagi pakej diskaun yang disediakan dan ianya sudah mampu menyamai harga

kebanyakan ebook yang berada di pasaran malah ada kemungkinan mereka

(pembeli ebook-ebook terdahulu) akan terus menantikan tajuk terbaru dari

saya memandangkan kekerapan saya menghasilkan ebook-ebook berkaitan

hartanah.

Page 23: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

DARI SATU TAJUK KE SATU TAJUK

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 23

Rupa-rupanya apa yang saya sangkakan sememangnya berlaku selepas itu,

2 e-mail dari pembaca tetap blog saya telah bertanyakan tentang ebook

berikutnya setelah ketiga-tiga ebook saya telah pun mereka miliki. Malah

ada di kalangan mereka yang telah turut mencadangkan beberapa tajuk yang

mungkin boleh saya ketengahkan untuk mereka. Namun apa yang berlaku

adalah sebaliknya.

Ya, tajuk ebook ke 4 saya hadir tanpa disangka. Semuanya berlaku setelah

rakan sepejabat saya bertanyakan apakah cara terbaik untuk beliau menjana

pendapatan dari internet setelah melihat saya hampir setiap hari menerima

tempahan pembelian ebook. Apabila saya cadangkan kepada beliau untuk

mengarang tajuk “Tips Mudah Lulus Pinjaman”, yang pada saya bersesuaian

dengan skop kerja beliau sebagai pegawai yang memproses pinjaman,

jawapan yang keluar dari mulut beliau.. “Aku takde masa la nak buat”. “Huh..

dah dibagi cadangan ko tak nak buat, karang aku sendiri yang buat ko jugak

la yang melopong. Kalau betul ko nak buat duit, ko kena la carik masa untuk

buat semua tu” balas saya dan bermula saat itu, saya pun mula mengusahakan

tajuk tersebut sebagai judul ebook terbaru saya dan alhamdulillah, hasilnya

tidaklah begitu mengecewakan. Malah rakan sepejabat tadi kagum dan mula

mencemburui hasil yang saya perolehi dari tajuk yang saya sarankan kepada

beliau sebelumnya.

Apabila 4 tajuk telah berada di dalam senarai ebook saya, ini bermakna

pendapatan saya juga turut bertambah. Jika sebelumnya 10 orang pembeli

Page 24: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

DARI SATU TAJUK KE SATU TAJUK

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 24

ebook 1, 2 dan yang ketiga hanya mampu menghasilkan RM500.00 sahaja,

kini dengan harga RM75.00 bagi 4 buah ebook sudah pasti RM750.00 mampu

dijana dengan jumlah pembeli yang sama. Apa yang pasti hasil dari pemerhatian

saya, bila ‘dipecahkan’ sebuah ebook kepada beberapa tajuk kecil pada harga

yang lebih murah (RM20.00 sebagai contoh), kebarangkalian untuk menarik

perhatian pembeli adalah lebih tinggi daripada satu ebook yang berharga agak

mahal. Jadi buat para pembaca yang ingin menghasilkan ebook anda sendiri,

pastikan yang anda turut melakukan strategi yang sama bagi melariskan jualan

anda.

Page 25: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

NETWORKING

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 25

“Bro, ada rakan blogger aku nak tanya something pasal rumah dengan ko la.

Boleh tak aku bagi no telefon ko pada dia?” – Mat Joe (http://matjoe.com)

“Sape dia beb? Kalau awek ko tak payah tanya aku la, ko bagi je lebih-lebih lagi

kalau awek tu ‘mari’.. hahaha” - AE

“Nama mamat tu Iman tapi nama dalam blog dia Eyriqazz GTO” – Mat Joe

“Ko biar betul beb. Itu blogger femes tu. Takkan dia nak cari blogger suam-

suam kuku macam aku ni untuk bertanya? Macam dia, kalau dia tanya Azizi

Ali sekalipun sure Azizi Ali layan punya tapi takpe la, ko bagi je nombor aku kat

dia” – AE

Dan segalanya pun bermula. Satu jalinan networking yang kemudiannya

menjadi persahabatan telah memperkasakan jenama abangensem.com di

ruang blogging tanahair. Pertemuan pertama semasa dijemput untuk menonton

perlawanan bolasepak di antara Malaysia dan Chelsea telah memperkenalkan

aku kepada beberapa blogger berkategori ‘femes’ seperti Bro Framestone

(http://broframestone.com), Hazman Fadzil (http://hazmanfadzil.com) dan

Jejai (http://teratakarmo.com) dan keesokan harinya, jenama abangensem

telah mula dimasukkan ke dalam entri mereka. Hasilnya, trafik saya mula naik

NETWORKING

Page 26: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

NETWORKING

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 26

Pertemuan pertamaku dengan blogger-blogger ‘femes’, Eyriqazz GTO dan Bro Framestone

secara mendadak. Dari 100 ke 300 orang dan trafik tersebut turut mengundang

bersama pembeli-pembeli ebook saya yang baru.

“Biar betul ni? Dahsyat betul penangan link yang diberikan oleh blogger-

blogger femes ni. Kalau lagi ramai yang aku boleh kenal, mesti lagi masyuk

ebook aku tu nanti” fikir saya dalam hati dan mulai saat itu saya mula mencari

peluang untuk mengenali seberapa ramai blogger-blogger femes agar nama

abangensem akan turut disebut di dalam blog mereka tetapi segalanya

berakhir dengan persoalan :

“Macamana aku nak dapat peluang berkenalan dengan diorang ni ye? For sure

ramai blogger kecik macam aku ni yang akan himpit diorang. Bila dah ramai,

mesti diorang tak perasaan aku punya” .

Page 27: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

NETWORKING

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 27

Selang beberapa minggu kemudian persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila

contest pertama yang saya sertai telah mula menyelesaikan persoalan yang

bersarang sebelum ini. Ya, penyertaan saya di contest anjuran madammondoq

yang dianggap sebagai ‘Redmummy Junior’ telah mengenengahkan blog saya

di kalangan blogger-blogger komersial. Tambahan pula tempat pertama telah

menjadi milik saya telah menguatkan lagi jenama abangensem di kalangan

blogger. Hadiah makan malam bersama para pemenang telah mengeratkan

lagi jalinan persahabatan yang mula terbenih. Lalu ruangan komen mula saya

terjahi dan beberapa blogger femes mula saya kenali, antaranya Brader Kid

(http://shakiddo.com) dan Saudara Zarul (http://zarulumbrella.com).

Bila semakin ramai blogger ‘femes’ yang telah saya kenali dan rapati, hasilnya

setiap majlis yang melibatkan mereka ini telah turut menjadikan saya sebagai

tetamunya. Dari majlis pranonton filem sehingga ke majlis kahwin, satu demi

satu pelawaan saya terima dan bila wajah saya dimunculkan di dalam setiap

entri mereka, pasti nama saya akan di’tag’ dan di’backlink’kan oleh mereka dan

hasilnya, trafik blog dan jualan ebook saya semakin menampakkan peningkatan.

Namun, satu perkara yang perlu anda jauhi sekiranya anda berada di tengah

majlis bersama mereka iaitu elakkan dari bersikap sombong dan bongkak

dengan mereka dan gantikannya dengan sikap merendah diri kerana dengan

cara ini sahajalah anda akan lebih dihormati di kalangan para blogger.

Page 28: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

NETWORKING

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 28

Di majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran blogger tersohor Malaysia, Tuan Denaihati

Page 29: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

SEMINAR HARTANAH

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 29

8 Mac 2011, satu balasan komen telah saya terima dari Ustaz Raisul Fadhla

salah seorang follower tegar blog saya. Antara kandungan komen beliau ialah

“Bila la Abang Ensem nak buat seminar macam Milan Doshi” dan bertitik tolak

dari komen beliau inilah maka idea untuk mengembangkan bakat saya sebagai

penceramah mula membenih.

Langkah pertama sebagai penceramah telah mula hadir tanpa disengajakan.

Suspek utama yang menjebakkan saya ke kancah ‘property talk’ ini tak lain tak

bukan, Tuan Bri empunya blog http://tuanbri.com yang juga seorang ejen rumah

lelong. Pelawaan untuk bersarapan pagi di Bandar Sri Permaisuri kemudiannya

telah menjebakkan saya untuk berdiri di hadapan hampir 30 orang peserta

Seminar Hartawan Hartanah beliau. Menggigil adalah satu kemestian lebih-

lebih lagi tanpa sebarang persediaan baik dari segi topik pembentangan mahu

pun pakaian yang bersesuaian. Namun maklum balas yang diterima sejurus

selepas itu telah menyakinkan saya untuk terus ke depan. Hasilnya 14 Mei

2011 merupakan tarikh keramat bagi saya kerana pada tarikh tersebutlah mini

seminar hartanah pertama saya telah membuka gelanggang. Bayaran serendah

RM88.00 telah dikenakan dan alhamdulillah, setiap kekosongan kerusi telah

mula dipenuhi seawal jam 8.30 pagi.

SEMINAR HARTANAH

Page 30: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

SEMINAR HARTANAH

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 30

Kekok!! Menggigil!! Kurang keyakinan!!

Semua perasaan tersebut bercampur-baur ketika itu tambahan lagi begitu

banyak soalan yang diajukan oleh para peserta ketika itu tetapi semua

itulah sebenarnya yang menambahkan keyakinan kepada saya untuk terus

berseminar. Siri pertama telah menampakkan hasil. Sejumlah RM2,000.00 telah

berjaya dikaut dan ini makin menaikkan semangat saya untuk meneruskan siri

seminar hartanah ini. Seterusnya hampir setiap bulan siri seminar seperti ini

saya kelolakan dan alhamdulillah, pulangannya tidaklah begitu mengecewakan.

Walaubagaimanapun bukan wang ringgit yang saya kejar sebaliknya perkongsian

ilmu hartanah tetap menjadi keutamaan saya. Malah kehadiran beberapa

peserta seminar saya yang datang sejauh Kota Kinabalu di Sabah dan Kangar,

Perlis di utara sebenarnya lebih memberikan kepuasan dan motivasi kepada

saya untuk terus berkongsi ilmu melalui seminar.

Menerusi beberapa siri seminar yang saya kelolakan itu kemudiannya telah

mula membuka mata beberapa pihak yang lain. Pelawaan sebagai penceramah

jemputan telah mula saya terima. Dari bayaran serendah RM300.00 untuk 2

jam sehinggalah ke RM750.00 untuk tempoh masa yang sama telah dibayar

kepada saya dan senarai pelawaan dan jemputan telah semakin kerap saya

terima, alhamdulillah nampaknya usaha saya berkongsi seminar telah mula

mendapat pengiktirafan.

Page 31: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

SEMINAR HARTANAH

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 31

Pengalaman paling manis kerana berjaya menganjurkan siriSeminar Hartanah Sesi Utara

Namun, kemuncak kepada segala aktiviti seminar saya telah berlangsung pada

tanggal 25 Mac 2012 apabila saya telah memberanikan diri untuk keluar dari

kawasan Lembah Klang untuk berseminar. Hotel Seri Malaysia Kepala Batas

telah menjadi saksi betapa jenama abangensem telah mula diterima di utara

tanahair. Jangkaan awal seramai 20 orang peserta bakal mengambil tempat

rupa-rupanya meleset sama sekali bila mana senarai akhir yang diterima

telah menyenaraikan sebanyak 36 peserta sebagai khalayak pendengarnya.

Kehadiran sejauh Lumut, Perak dan Mata Air, Perlis telah menjadi tonik

pembentungan saya ketika itu. Malah sehingga kini pelawaan dari warga luar

Lembah Klang semakin banyak saya terima dan ini telah menambahkan lagi

jumlah amaun yang masuk ke akaun bank saya. Semuanya bermula dari aktiviti

berblogging saya selama ini.

Page 32: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

PENULIS JEMPUTAN

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 32

Saya akui, saya bukanlah seorang penulis bahasa melayu yang baik walaupun

semasa di sekolah menengah saya merupakan antara pelajar cemerlang untuk

subjek itu tetapi bila peluang untuk menjadi penulis jemputan sebuah majalah

online ditawarkan kepada saya, ianya merupakan satu peluang yang tidak

sepatutnya saya lepaskan kerana hanya dengan cara itu sahajalah saya mampu

membina kredibiliti saya sebagai seorang pelabur hartanah yang berjaya,

walaupun hanya di kalangan khalayak warga maya sahaja. Ini kerana hanya

dengan kredibiliti sebeginilah yang akhirnya mampu memberikan pulangan

atau pendapatan tambahan kepada saya menerusi dunia online ini.

Segalanya bermula pada pertengahan Disember 2011 bila mana saya dipelawa

untuk turut serta dalam majlis amal ‘Lend A Helping Hand 2011’ yang dianjurkan

oleh Tim Property & Co. Walaupun hanya dijemput untuk memberikan sepatah

dua kata bagi menarik khalayak yang hadir untuk membeli ebook-ebook saya

tetapi ianya sudah cukup membuatkan kehadiran saya dirasai. Hasilnya Tim

editor http://majalahniaga.com telah sudi untuk menghadiri sesi mini seminar

yang dianjurkan oleh saya pada bulan berikutnya dan ianya menjadi titik

permulaan bagi saya terjebak di dalam dunia penulisan artikel secara serius.

PENULIS JEMPUTAN

Page 33: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

PENULIS JEMPUTAN

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 33

Bersama orang kuat majalahniaga.com

Ya, seusai sesi mini seminar tersebut Tim editor yang terdiri daripada adik

beradik Hasbul Aqill dan Hasbul Ariff telah mempelawa saya untuk menulis di

ruangan hartanah mereka setiap bulan dan walaupun tanpa sebarang bayaran

(ketika itu) saya masih sanggup untuk menerimanya kerana apa yang saya

nyatakan sebelum ini, semuanya kerana ingin membina kredibiliti. Dengan

Page 34: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

PENULIS JEMPUTAN

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 34

Salah satu artikelku di dalam majalahniaga.com

jumlah trafik majalah online ini yang semakin bertambah dari sehari ke sehari,

sudah pasti akan turut menghubungkan trafik tersebut ke blog saya dan saya

pasti hasilnya nanti adalah penambahan jualan ebook-ebook saya dan juga

pertambahan kehadiran ke mini seminar saya yang jika diterjemahkan secara

langsung, ianya membawa maksud pertambahan amaun di dalan penyata

akaun bank saya. Tidakkah ini menguntungkan saya kerana kehadiran mereka

ke blog saya sebenarnya adalah disebabkan teknik pemasaran yang dilakukan

oleh pihak ketiga (majalahniaga.com).

Kini, alhamdulillah setiap artikel saya yang tersiar setiap bulan di majalah

online tersebut telah turut menghadirkan sedikit imbuhan kepada saya dan

secara tidak langsung turut menghasilkan pendapatan kepada bisnes online

saya yang semuanya terhasil menerusi kewujudan blog saya. Nah, siapa kata

sukar sebenarnya untuk menjana pendapatan dari blog?

Page 35: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

NUFFNANG, SEWA IKLAN DAN PENCERAMAH JEMPUTAN

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 35

Jika dalam bab awal sebelum ini saya ada menceritakan bahawa salah satu

sebab saya berblogging adalah untuk menjana pendapatan dari iklan nuffnang,

namun selepas beberapa tahun saya akui bahawa bukanlah mudah untuk anda

mendapat pendapatan ribuan ringgit darinya. Buktinya setelah hampir 2 tahun

saya berblogging, pendapatan yang mampu saya hasilkan darinya hanyalah di

sekitar RM250.00 sahaja. Walaubagaimanapun ianya masih tetap satu amaun

yang boleh saya banggakan kerana ianya terkumpul tanpa saya sedari.

NUFFNANG, SEWA IKLAN DAN PENCERAMAH JEMPUTAN

Pendapatan Nuffnangku

Page 36: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

NUFFNANG, SEWA IKLAN DAN PENCERAMAH JEMPUTAN

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 36

Selain daripada kesemua pendapatan yang saya nyatakan (ebook, seminar,

penceramah jemputan dan nuffnang), hasil penyewaan tapak pengiklanan

di blog saya turut menghasilkan pulangan sebanyak RM1,800.00 setahun

menerusi banner-banner yang saya letakkan di blog saya. Malah jika ada di

antara pengiklan yang mahu saya mengulas (review) tentang produk mereka,

bayaran yang tidak kurang dari RM50.00 bagi setiap entri bakal saya cajkan dan

alhamdulillah, hasilnya tidaklah begitu mengecewakan.

Bukan setakat itu sahaja, dek kerana jenama abangensem yang telah mula

dikenali, maka satu demi satu peluang berceramah telah mula saya perolehi.

Malah melalui jemputan sebegini juga telah mempertemukan saya dengan

beberapa nama dan tim penceramah hartanah yang meningkat naik dan semua

jemputan itu telah didatangkan dengan bayaran yang tidak kurang lumayannya.

Ketika dijemput berceramah untuk kempen ‘Lend A Helping Hand 2011’ anjuran Tim Property & Co

Page 37: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

NUFFNANG, SEWA IKLAN DAN PENCERAMAH JEMPUTAN

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 37

Namun bukan bayaran sebenarnya yang saya kejar sebaliknya pendedahan

kepada khalayak komuniti pelabur-pelabur hartanah yang saya pentingkan

kerana komuniti inilah yang lebih penting di dalam memperkasakan jenama

abangensem di pasaran yang secara tidak langsung akan turut mendatangkan

pendapatan tambahan buat saya di masa depan.

Ya, itulah antara pendapatan sampingan yang berjaya saya perolehi yang

mewakili hanya 22% dari carta pai pendapatan blog saya dan kesemuanya jika

dijumlahkan mengikut bulan, paling tidak pun RM300.00 pasti akan memenuhi

kantung poketku melalui sumber sampingan ini.

Page 38: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

PENUTUP

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 38

1. Hasil jualan ebook RM2,0002. Seminar RM1,5003. Penceramah Jemputan RM 5004. Advertorial Post/Nuffnang RM 3005. Sewa Tapak Iklan RM 1506. Penulis Jemputan RM 50

RM4,500

Setelah kesemua bab anda perhalusi adakah satu perkara yang mustahil

untuk menjana pendapatan dari blog? Lihat sahaja apa yang telah saya

perolehi berdasarkan ringkasan di bawah dan adakah ianya hampir menyamai

kebanyakan pendapatan makan gaji para Pekerja ‘9 to 5’ kebanyakan dari kita?

Ringkasan Pendapatan AE :

Mungkin bagi anda jumlah di atas adalah satu jumlah yang kecil tetapi suka

untuk saya ingatkan bahawa jumlah hasil jualan ebook saya mempunyai

graf menaik sejak dari mula ebook-ebook saya dihasilkan. Kenapa pula ianya

menaik? Jawapannya mudah sahaja. Selama mana anda berblogging, selama

itulah akan adanya pelawat baru yang akan singgah ke blog anda dan pelawat-

PENUTUP

Page 39: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

PENUTUP

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 39

pelawat baru inilah yang akan membeli dan seterusnya memperkenalkan

ebook anda kepada rakan-rakan mereka yang akhirnya akan menambahkan

lagi jumlah jualan ebook anda nanti.

Dalam konteks ini, saya rasa tidak mustahil malah berasa amat yakin yang

jumlah pendapatan di atas mampu menghasilkan amaun yang sekali ganda dari

apa yang tertulis di atas dalam masa kurang dari 2 tahun dari tarikh ebook ini

ditulis, insyaallah dan menyedari potensi ini, maka satu tindakan berani telah

saya ambil sebelum ebook ini dipasarkan, iaitu bersara awal dan keluar dari

pendapatan makan gaji saya yang telah saya perolehi selama 15 tahun. Hanya

dengan tindakan ini sahajalah yang mampu untuk saya menggapai impian

saya selama ini iaitu meluangkan lebih masa berkualiti bersama keluarga

daripada berada di pejabat sepanjang masa dan pada masa yang sama mampu

memperolehi pendapatan yang hampir sama (mungkin lebih) dari apa yang

saya perolehi sekiranya saya terus bekerja.

Jadi buat anda, tunggu apa lagi? Mulakan langkah anda ke arah menjana

pendapatan yang lebih konsisten. Kenali potensi diri anda, lakukan setiap

langkah yang pernah saya lalui di dalam setiap bab di dalam ebook ini dan

nantikan hasilnya nanti. Jika saya boleh berjaya, mengapa tidak anda?

Page 40: BUTA I.T. CELIK RINGGIT · 2018. 1. 30. · BUTA I.T. CELIK RINGGIT oleh eor aiee eor Ahma asi 4 “Aku musykil la Bang. Setau aku ko ni buta IT, nak create e-mail pun ko suruh aku

PENUTUP

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 40

Bersama Blogger No 1 Malaysia - BeautifulNara