kajian syariah dan undang-undang vol.3 part 3.pdf

23
SYZRlU H AZ-MUDARA BAH: PENGENALAN MODEL PELAKSANAAN DAN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN Oleh: Muhammad Aunurrochim Mas'ad Abstrak AI-Mudarabah atau al-qirad merupakan salah satu akad pembiayaan modal dalam sistem ekonomi Islam. Kedudukan al-mudarabah atau al- qirad sangat penting dalam menggerakkan roda ekonomi kerana terdapat nilai-nilai keadilan antara kedua-dua pihak sama ada pihak pemiIik modal ataupun pengelola modal. Hal ini perlu ditegaskan memandangkan persepsi sebahagian masyarakat yang masih belum memahami dengan betul dun beranggapan bahawa al-mudarabah tidak mampu bersaing dengan sistem konvensional yang sedia ada di mana pembiayaan modal yang ditawarkan adalah dalam bentuk pinjaman. Dengan erti kata lain pihak pemberi pinjaman tidak terlibat dalam menanggung risiko kerugian sekiranya pihak pengelola modal (pinjaman) mengalami kerugian. Permasalahan kajian ini lebih kepada pengantar atau pengenalan terhadap akad syirkah al-mudarabah dengan membincangkan aspek model perlabanaan dan cara pembahagian keuntungan. Antara model yang ditawarkan dalam perniagaan atau pembiayaan modal melalui akad shirkah al- mudarabah: Pertama, abmudarabah al-mutlaqah. Kedua, al- rnudarabah al-muqayyadah. Kata Kunci: al-mudarabah, al-qirad, shirkuh. Perkataan al-mudarabah dari segi bahasa berasal daripada perkataan "al-darb Ji al-ard" yang bermaksud mengadakan perjalanan. Hal ini kerana pemiagaan itu lazimnya dilakukan secara berpindah randah seperti yang disebutkan dalam firman Allah S.W.T:

Upload: lythien

Post on 23-Jan-2017

254 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

SYZRlU H AZ-MUDARA BAH: PENGENALAN MODEL PELAKSANAAN

DAN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN

Oleh: Muhammad Aunurrochim Mas'ad

Abstrak

AI-Mudarabah atau al-qirad merupakan salah satu akad pembiayaan modal dalam sistem ekonomi Islam. Kedudukan al-mudarabah atau al- qirad sangat penting dalam menggerakkan roda ekonomi kerana terdapat nilai-nilai keadilan antara kedua-dua pihak sama ada pihak pemiIik modal ataupun pengelola modal. Hal ini perlu ditegaskan memandangkan persepsi sebahagian masyarakat yang masih belum memahami dengan betul dun beranggapan bahawa al-mudarabah tidak mampu bersaing dengan sistem konvensional yang sedia ada di mana pembiayaan modal yang ditawarkan adalah dalam bentuk pinjaman. Dengan erti kata lain pihak pemberi pinjaman tidak terlibat dalam menanggung risiko kerugian sekiranya pihak pengelola modal (pinjaman) mengalami kerugian. Permasalahan kajian ini lebih kepada pengantar atau pengenalan terhadap akad syirkah al-mudarabah dengan membincangkan aspek model perlabanaan dan cara pembahagian keuntungan. Antara model yang ditawarkan dalam perniagaan atau pembiayaan modal melalui akad shirkah al- mudarabah: Pertama, abmudarabah al-mutlaqah. Kedua, al- rnudarabah al-muqayyadah.

Kata Kunci: al-mudarabah, al-qirad, shirkuh.

Perkataan al-mudarabah dari segi bahasa berasal daripada perkataan "al-darb Ji al-ard" yang bermaksud mengadakan pe rjalanan. Hal ini kerana pemiagaan itu lazimnya dilakukan secara berpindah randah seperti yang disebutkan dalam firman Allah S.W.T:

Page 2: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Kajian Syariah dun Undang-Undang

Maksudnya: "Dan yang lainnya orang-orang yang musaJir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah". (Al-Quran. Al- Muzarnmil73: 20).

Disebut al-mudarabah kerana orang yang menjalankan urusniaga dengan akad al-mudarabah sama ada pihak pengusaha dan pernilik modal sama-sama berusaha memperoleh keuntungan menerusi modal, atau juga disebabkan wujud unsur pengelolaan harta (Al-Zubaydiyy 1994).

Al-mudarabah juga merupakan istilah yang digunakan oleh penduduk Iraq dan digunapakai oleh para ulama fiqh daripada mazhab Hanbaliyy, Hanafiyy serta Zaydiyyah (Ibn Qudamah 1994). Adapun al- qirad yang membawa maksud al-mudarabah adalah istilah yang digunakan oleh penduduk Hijaz dan digunapakai oleh kalangan ulama fiqh dari mazhab Malikiyy, dan Syafi'iyy (Malik bin Anas 1994). Al- qirad berasal daripada perkataan al-qard yang bermaksud al-gat" (potongan atau bahagian). Ertinya, pemilik modal seakan-akan mengambil bahagian daripada hartanya dan menyerahkannya kepada pengusaha untuk dikelola dan seterusnya mengambil bahagian keuntungan (al-Ramliyy 1984).

Memandangkan kedua-dua istilah tersebut (al-mudarabah dan al- qirad) dari segi bahasa mempunyai tendensinya masing-masing, maka adalah tidak perlu untuk dilakukan tavjih antara keduanya, meskipun dalam menjelaskan konsep al-qirad memerlukan hubungan yang khusus dengan kajian-kajian fiqh. Manakala istilah al-mudarabah lebih banyak digunapakai terutama dalam dunia ekonomi dan perniagaan semasa. Walau bagaimanapun, ia akan nampak lebih mudah difaharni sekiranya keduadua istilah berkenaan digunakan secara bersamaan. Antara ulama fiqh yang menggunakan keduadua istilah tersebut ialah imam al-Nawawiyy dalam al-Minhaj (al-Sharbiniyy 1 994).

Page 3: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Syirkah Al-Mudarabah: Model Pelaksanaan Dan Pernbahagian Keuntungan

DASAR HUKUM AL-MUDARABAH

Terdapat beberapa dalil daripada ayat al-Quran, hadis dan ijmak yang menjadi dasar kepada al-mudarabah, antaranya:

Al-Qur'an

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: "Dan yang Iainnya orang-orang yang musaJir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah". (Al-Quran. Al- Muammil 73: 20).

Firman Allah S.W.T dalam ayat yang lain:

Maksudnya: "Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia daripada Tuhan kamu" (Al-Quran. al-Baqarah 2: 198).

Sebahagian ulama fiqh seperti al-Mawardiyy daripada mazhab Syafi'iyy dan al-Kasaniyy daripada mazhab Hanafiyy membolehkan amalan al-mudarabah berdasarkan ayat-ayat di atas. Tetapi secara amnya, konteks ayat-ayat berkenaan masih umum dan tidak mengandungi petunjuk khusus mengenai amalan al-mudarabah. Pengertian "al-darbfi al-ard" sepertimana ia dapat dilakukan secara al- mudarabah atau al-qirad dirnana pihak lain yang mengelola modal, besar kemungkinan ia juga dapat dilakukan sendiri oleh pihak pemilik modal.

Dengan demikian "ibtigha ' al-fadl min Allah" atau mencari rezeki Allah adalah pernyataan umum yang boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk dan cara. Maka adalah tidak tepat mengkhususkan dalil yang UIIIUII untuk suatu perkara tertentu tanpa adanya petun.uk khusus ke

Page 4: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Kajian Syariah dun Undang-Undang

atas perkara tersebut. Keterangan daripada hadis dan ijmak para ulama memadai untuk membenarkan amalan al-mudarabah.

Riwayat yang diceritakan oleh Ibnu Hisham (1995) bahawa Rasul S.A.W keluar berniaga menuju negeri Syam dengan membawa modal daripada Khadijah binti Khuwaylid secara al-mudarabah. Selama menjalankan urusniaga tersebut Baginda meraih keuntungan besar dan menerima bahagian daripadanya. Meskipun peristiwa tersebut berlaku sebelum kenabian Baginda, narnun begitu Baginda menceritakannya selepas kenabiannya dan menjadikannya suatu ketetapan syarak. Riwayat ini sekali gus memberikan isyarat bahawa urusniaga yang dijalankan Baginda secara mudarabah sebelum kenabiannya adalah dibenarkan di sisi syarak.

Terdapat sebuah hadis lain:

Maksudnya: "Rasulullah S.A.W bersabda, "tiga perkara yang dalamnya terdapat keberkatan: Pertama, jual beli secara tangguh. Kedua, al-muqaradah (mudarabah). Ketiga, percampuran barli dengan gandum untuk keperluan rumah tangga, bukan untuk diniagakan" (Hadis Ibn Majah. Bab al-Shirkah Wa al-Mudarabah. #2289).

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah dengan sanad da'if. Menurut alShawkaniyy (1985), dalam sanad hadis tersebut terdapat dua perawi yang tidak diketahui atau majhul.

Para sahabat R.A dan umat Islam bersepakat ke atas keharusan al- mudarabah berdasarkan sunnah taqririjyah dan tidak ada seorang pun yang menyangkalnya (al-Kasaniyy 1 985).

Page 5: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Syirkah Al-Mudarabah: Model Pelaksanaan Dan Pembahagian Keuntungan

HIKMAH DISYARIATKAN AL-MUDARABAH

Islam mensyariatkan akad kerja sama menerusi akad al-mudarabah adalah untuk memberikan kemudahan masyarakat di samping mempelbagaikan cara dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Sebahagian mereka ada yang memiliki harta namun tidak mempunyai kemampuan untuk mengelolanya. Ada juga antara mereka yang tidak memiliki harta tetapi memiliki kemampuan mengelola dan mengembangkannya.

Oleh itu, Islam membolehkan kerja sama ini agar mereka boleh saling mengambil manfaat antara mereka. Pemilik modal memanfaatkan kemahiran pengusaha, dan di sisi yang lain pula pengusaha memanfaatkan modal daripada perniliknya. Dengan demikian wujudlah kerja sama antara modal dan usaha kerana Allah S.W.T tidak akan menghalalkan satu perbuatan kecuali wujud dalarnnya kemaslahatan.

DEFINISI A L - S H I . ATAU AL-MUSHARAKAH

Pengertian al-shirkah atau al-musharakah dalam perbahasan di sini ialah shirkat al-"inan di mana ia lebih menyerupai akad al-mudarabah dari segi perlaksanaannya. Walau bagaimanapun para ulama membahagikan al-shirkah kepada dua jenis. Pertama, shirkat al-amlak, dan kedua shirkah al-'uqud. Shirkah al-"uqud pula dibahagikan kepada empat jenis, iaitu shirkat al-"inan, shirkat al-abdan, shirkah al-wujuh dan shirkah al-mufawadah (al-Sawiyy 1990).

Perkataan al-shirkah ialah kata terbitan daripada sharika, shirk, shirkah, sharikah. Ia membawa maksud al-khalt wa al-mazj, iaitu mencampurkan dua bahagian (sham) sehingga tidak dapat dibezakan antara satu sama lain. Dalam kitab "Lisan al-"Arab" disebutkan, al- shirkah dan al-sharikah mampunyai maksud yang sama, iaitu bergabungnya dua rakan kongsi (mukhalatat al-sharikayn) (Ibn Mannu 1994). Al-Musharakah juga merupakan kata terbitan daripada sharika, shirk, shirkah, sharikah yang bermaksud al-ishtirak, iaitu menjadi rakan, penyertaan dan mengambil bahagian (Hans Wehr1980).

Terdapat beberapa definisi al-shirkah yang diberikan oleh ulama fiqh, antaranya ialah Ibnu Qudamah (1994) dengan definisi:

Page 6: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Kajian Syariah dun Undang- Undang

"Bergabung untuk mendapatkan hak dan pengumsan secara bersama. Al-Sharbiniyy (1994) pula mendefinisikannya sebagai "ketetapan hak dua rakan kongsi atau lebih dalam suatu perkara dari segi pemilikan bersama". Ibnu al-Humam (1995) pula mendefinisikannya sebagai, "Bercampumya dua bahagian atau lebih sehingga tidak diketahui antara satu bahagian dengan bahagian yang lain".

Dari paparan pengertian al-shirkah, dapat dinyatakan bahawa defmisi yang diberikan oleh Ibnu Qudamah lebih menepati berbanding yang lain kerana ia menggunakan ungkapan yang ringkas dan menyeluruh.

Selain itu, perlu dijelaskan bahawa istilah al-musharakah yang sering digunapakai dalam institusi-institusi kewangan Islam merupakan istilah baru yang pengertiaannya diambil daripada akad al-shirkah mernandangkan istilah tersebut tidak dijumpai di dalam buku-buku rujukan fiqh klasik.

Namun begitu pengertian al-musharakuh tidak jauh berbeza dengan shirkat al-'inan. Shirkat al-'inan bermaksud penyertaan dua rakan kongsi dengan dana masing-masing untuk melakukan urusniaga (pemiagaan) dan keuntungan diagihkan antara kedua-dua mereka (Ibnu Rushd 1407H).

Manakalah al-musharakah membawa maksud suatu pe rjanjian usahasama antara dua pihak untuk melakukan urusniaga atau terlibat dalarn aktiviti perniagaan atau projek tertentu dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Kesimpulamya, shirkah atau sharikah mempunyai pengertian yang lebih luas berbanding al-Musharakah.

DASAR HUKUM AGSHIRAUH

Terdapat beberapa dalil daripada ayat al-Quran, hadis dan ijmak yang menjadi dasar kepada al-shirkah, antaranya:

Firman Allah Azza Wa Jalla:

Page 7: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Syirkah Al-Mudarabah: Model Pelabanaan Dan Pembahagian Keuntungan

Maksudnya: "Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih daripada seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan)". (Al- Quran. al-Nisa' 4: 12).

Allah berfirman lagi:

Maksudnya: "Dan sesungguhnya kebanyakan daripada orang-orang yang bergaul dun berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dun beramal soleh; sedang mereka amadah sedikit!" (Al-Quran. al-Sad 38: 24).

Dalam firman Allah Taala yang lain:

Maksudnya: "Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk Oalan) Allah, dun untuk RasulNya, dun untuk kerabat (Rasulullah), dun anak-anak yatim, dun orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dun kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqaan", iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar)". (Al-Quran. al-Anfal 8: 41).

Page 8: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Antara hadis yang menjadi tunjang kepada asas al-shirkah ialah apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah:

Maksudnya: "Allah S. W. T berjrman, ' ' A h adalah orang ketiga daripada dua rakan kongsi selama mana salah satu daripada keduanya tidak berbuat khianat. Apabila salah seorang berbuat khianat kepada yang lain, Aku akan keluar daripada keduanya (tidak bersamanya)" (Hadis. Abu Daud. Bab Fi al-Sharikah. #3385).

Dalarn hadis yang lain:

Maksudnya: "Daripada al-Sa'ib beliau berkata kepada Nabi S.A. W; "dahulu engkau menjadi rakan niagaku ketika jahiliah. Engkau menjadi sebaik-baik rakan niaga yang tidak @emah) menipuku" (Hadis. f in Majah. Bab al-Sharikah Wa al-Mudarabah. #2287).

Daripada Abu al-Minhal:

Page 9: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Syirkah Al-Mudarabah: Model Pelaksanaan Dan Pembahagian Keuntungan

Maksudnya: "Bahawasanya al-Barra ' bin "Azib dan Zayd bin Arqam adalah rakan niaga. Mereka membeli barangan kemas yang terbuat daripada perak secara tunai (naqd) dun tangguh (nasi 'ah). Berita tersebut sampai kepada Rasulullah S.A. W , lalu baginda mengarahkan bahawa apa yang dilakukan secara tunai maka terimalah dan apa yang dilakukan secara tangguh maka tolaklah". (Hadis. Ahmad. #19326).

Ijmak

Secara amnya seluruh umat Islam bersepakat akan keharusan amalan al- shirkah. Ijmak merupakan asas utama terhadap pembenaran arnalan al- shirkah. Hal ini disebabkan bahawa dalil-dalil yang disebutkan di atas tidak lepas daripada kritikan sama ada dari segi ketepatan konteks kecuali hadis Zayd dan al-Arqam.

Ulasan

Dasar hukum yang diambil daripada al-Quran surah al-Nisa' ayat 12 dan surah al-Anfal ayat 41 lebih tepat digunakan untuk membenarkan amalan shirkat al-mulk bukan shirkah al-"aqd. Manakala surah al-Sad ayat 24 tidak menetapkan keharusan kedua-dua bentuk al-shirkah berkenaan, tetapi ia hanya merupakan cerita mengenai perkataan Nabi Daud dan pemberitahuan akan perbalahan antara dua orang tentang syariah Nabi Daud pada ketika itu.

Mengenai hadis al-Sa'ib, terdapat banyak ketidaktepatan. Kerana sesetengah perawi hadis meriwayatkannya melalui jalur al-Sa'ib, dan sebahagian yang lain meriwayatkannya daripada jalur al-Qays bin al- Sa'ib. Dan sebahagian yang lain pula meriwayatkannya daripada jalur Abdullah bin al-Sa'ib. Manakala dari segi teksnya, antara perawi ada yang menganggapnya daripada perkataan al-Sa'ib kepada Rasul S .A. W. Sebahagian yang lain menganggapnya perkataan Rasul S.A.W kepada al-Sa'ib. Oleh itu, ia tidak dapat dijadikan hujah.

Hadis (&-$I dc I;!) pula tidak lepas daripada kritikan.

Menurut Ibnu al-Qattan hadis ini adalah daif, disebabkan ketidakjelasan sanad; iaitu (bapa Abu Hayyan ialah Sacid. Riwayat yang sepatutnya adalah daripada Abu Hayyan daripada bapanya iaitu Sacid bin Hayyan,

Page 10: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Kajian Syariah dun Undang- Undang

dan diriwayatkan daripada Abu Hayyan secara mursal. Ringkasnya, secara keseluruhan, ketetapan amalan al-shirkah itu lebih jelas daripada ketepatan riwayat hadis-hadis, dan konteks ayat-ayat tersebut di atas (Al-Sawiyy 1990).

MODEL PELAKSANAAN AKAD MUDARABAH

Mazhab Hanafiyyah membahagikan pengurusan al-mudarabah dalam pelbagai cara. Pertama, al-mudarabah dengan akad mutlak (Ibnu Abidin 1966) atau mudarabah secara bebas (al-mudarabat al- mutlaqah). Maksudnya, pihak pemilik modal menyerahkan modal kepada pengusaha tanpa pembatasan jenis usaha, tempat dan waktu atau dengan siapa pengusaha melakukan transaksi, dengan ungkapan "Jalankan perniagaan mengikut pandangan kamu".

Dengan demikian pihak pengusaha dapat melakukan pengurusan yang menurutnya terbaik dan dapat mendatangkan keuntungan. Misalnya pihak pengusaha tersebut boleh menyerahkan modal kepada orang lain untuk dikelola, sama ada secara mudarabah ataupun shirkah. Ataupun melaburkannya dalam usaha jual beli, al-rahn wa al-irtihan (gadaian) dan sebagainya. Jenis ini memberikan kebebasan kepada pengusaha melakukan apa sahaja yang difikirkan dapat mendatangkan maslahah atau keuntungan.

Kedua, mudarabah bersyarat (al-mudarabat al-muqayyadah). Maksudnya, pemilik modal menyerahkan modal kepada pengusaha dan menentukan jenis usaha atau tempat atau waktu atau rakan bisnes dalam menjalankan usaha.

Meskipun model kedua diperselisihkan oleh para ulama akan kesahihannya, tetapi mengikut pandangan yang kuat, pembatasan ini tidak bercanggah dengan ketentuan Syarak jika wujud unsur kesepakatan dan kerelaan antara pemilik modal dan pengusaha.

Model Pertama: Al-Mudarabah af-Mutlaqah

Dengan akad mudarabah mutlak, banyak akad boleh dilaksanakan, antara lain jual beli, gadaian (al-rahn wa al-irtihan), mengupah pekerja dan sebagainya. Namun begitu, para ulama berbeza pandangan ke atas akad jual beli yang dilakukan secara tangguh (al-bay" bi al-nasi'ah),

Page 11: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Syirkah Al-Mudarabah: Model Pelaksanaan Dan Pembahagian Keuntungan

atau membawa keluar modal untuk tujuan pengembangan usaha (a[- safar bi al-mal).

a. Mengupah Pekerja Dalam akad mudarabah mutlak seorang pengusaha itu sama ada dia menjalankan perniagan tersebut secara bersendirian atau mengupah peke ja . Dalam kitab "al-Mughniyy", Ibnu Qudamah (1994) menyebutkan bahawa terdapat dua ha1 dalam ha1 ini. Pertama, pengurusan yang lazimnya dilakukan oleh pihak pengusaha sendiri. Misalnya, menawarkan barangan kepada pelanggan kemudian menerima pembayaran dan menyimpannya. Dalam ha1 ini pengusaha tidak mendapat upah, kerana ia sudah mendapat bahagian keuntungan untuk ha1 tersebut. Tetapi sekiranya pihak pengusaha mengupah pekerja untuk melakukan kerja-kerja tersebut, maka upahnya adalah untuk pekerja berkenaan.

Kedua, pengurusan yang lazimnya tidak dilakukan sendiri oleh pengusaha. Dalam ha1 ini ia dibenarkan mengupah pekerja dengan upah daripada modal al-mudarabah. Kerana ini bertujuan untuk kemaslahatan dan kelancaran pe rjalanan urusniaga. Tetapi sekiranya pengusaha hendak melakukannya sendiri, maka menurut pendapat yang kuat di kalangan ulama fiqh, ia tidak mendapat upah untuk ha1 seumpama ini, seperti mempromosikan suatu barangan, mengangkat dan menyimpan barangan ke dalam stor dan sebagainya.

Keterangan yang sama juga disebutkan dalam kitab "al- Minhaj" iaitu lazimnya pihak pengusaha melakukan kerja-kerja yang sudah menjadi kebiasaan seperti, menimbang barangan yang ringan, bukannya barangan yang berat dan sebagainya. Ataupun melakukan kerja-kerja yang lazimnya tidak diupahkan kepada orang lain (Al-Sharbiniyy 1994).

Al-Rarnliyy (1984) pula menambah, sekiranya pengusaha melakukan kerja-kerja yang lazimnya tidak dilakukannya sendiri maka ia tidak mendapat upah untuk ha1 tersebut. Tetapi apa yang sepatutnya dilakukan adalah memberi kerja kepada seseorang dengan upah daripada pengusaha.

Page 12: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Kajian Syariah dun Undang-Undang

Menurut Imam Malik (1 994), seorang pengusaha dibenarkan mengupah pekerja, atau menyewa bangunan dan alat pengangkutan untuk kegunaan dan keperluan urusniaga.

Dalam kitab "Bada'F al-Sana 'ic", penulisnya menyatakan pengusaha dibenarkan mengupah orang lain, kerana ia merupakan satu ha1 yang wajar bagi kepentingan urusniaga. Selain itu, adalah tidak mungkm seseorang dapat menjalankan kesemua urusniaga secara bersendirian. Oleh itu, diperlukan khidmat orang lain untuk memudahkan urusniaga. Seorang pengusaha juga dibenarkan menyewa bangunan untuk menyimpan barangan perniagaan, menyewa alat pengangkutan sehinggalah dengan keuntungan dapat diperolehi.

Rumusannya, segala bentuk urusniaga yang sudah menjadi kebiasaan dan kelazirnan di bawah tanggungjawab pihak pengusaha, maka hendaklah dilakukannya sendiri oleh pengusaha. Adapun selebihnya diserahkan kepada tradisi perniagaan yang berlaku mengkut masa dan tempat perniagaan itu dijalankan. Tidak dinafikan akan wujud perbezaan cara pengurusan antara satu perniagaan dengan yang lain, atau antara satu pengusaha dengan yang lain.

Dalam sebuah perniagaan yang bersaiz kecil dan terhad, skop pengurusan yang dikendalikan oleh pengusaha adalah lebih luas, kerana hanya pengusaha sahaja yang menjalankan perniagaan tersebut tanpa dibantu oleh pekerja lain. Hal ini disebabkan keterbatasan modal untuk menampung gaji pekerja. Namun ia berbeza dengan urusniaga yang bersaiz besar yang melibatkan banyak modal serta kerja-kerja yang rumit.

Maka peranan seorang pengusaha &lam mengendalikan suatu urusniaga adalah terhad dan kebanyakannya dilimpahkan kepada pihak pengurusan perusahaan. Seperti pengurusan pentadbiran, penyusunan jadual kerja, dokurnendokumen, pemantauan kerja-kerja yang sedang dijalankan serta pemantauan kakitangan dan sebagainya, tanpa hams terlibat secara langsung.

b.Perlaksanaan Urusniaga Secara Tangguh (Ai-BayC Bi Ai- Nasi 'ah) Oleh Pihak Pengusaha

Page 13: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

S'irkah Al-Mudarabah: Model Pelaksanaan Dan Pembahagian Keuntungan

Mazhab Hanafiyy membenarkan pihak pengusaha menggunakan modal untuk menjalankan akad jual beli secara tangguh (al-bayc bi al-nasi 'ah). Mereka menganggapnya suatu tradisi antara para peniaga. Berbeza dengan pandangan di atas, mazhab Syafi'iyy dan Malikiyy tidak membenarkan pengusaha untuk berbuat demikian kecuali setelah mendapat keizinan daripada pihak pemilik modal.

Hal ini menurut mereka disebabkan wujudnya kebimbangan akan kerugian modal sehingga menjadi bebanan hutang dan tanggungjawab pengusaha. Memandangkan status pengusaha sebagai wakil pemilik modal, maka ia tidak dibenarkan berbuat demikian kecuali dengan sikap berhati-hati dalam menguruskannya. Adapun menurut mazhab Hanbaliyy, terdapat dua pendapat, iaitu harus dan tidak harus (Ibnu Qudamah 1994).

Dalam ha1 ini terdapat dua perkara yang mesti diambil kira. Pertama, tindakan pengusaha dengan menjalankan jual beli secara tangguh berdasarkan kebiasaan yang berlaku di antara para peniaga. Kedua, maslahat urusniaga.

Situasi yang fleksibel dapat memberi ruang bagi pengusaha dalam menjalankan urusniaga sehingga dapat mencapai target dan matlamat. Menjalankan jual beli secara tangguh adalah sebahagian daripada inovasi untuk mengembangkan perniagaan. Sekiranya pihak pengusaha ditegah daripada berbuat demikian maka ia dapat membantutkan perniagaan.

Hal ini secara tidak langsung dapat menyeimbangkan antara urusniaga secara tunai dan tangguh. Kesimpulannya, pelaksanaan jual beli secara tangguh oleh pihak pengusaha menerusi urusniaga yang berkonsepkan al-mudarabah dengan ketentuan akad mutlak (restricted right of aka4 adalah bersesuaian dibenarkan dan tertakluk kepada tradisi dan masalahat.

c. Pengembangan Usaha Oleh Pihak Pengusaha (Al-Safar Bi Al- Ma0 Menurut mazhab Hanafiyy dan Malikiyy pengembangan usaha dengan cara membawa keluar modal adalah dibenarkan di sisi syarak. Perkara ini ditegaskan oleh al-Kasaniyy dengan

Page 14: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Kajian Syariah dun Undang-Undang

mengutarakan bahawa rnaksud akad tersebut adalah untuk mengembangkan modal.

Berbeza dengan pandangan di atas, mazhab Syafi'iyy dan Abu Yusuf daripada mazhab Hanafiyy dalam satu riwayatnya melarang pihak pengusaha berbuat demikian. Hal ini lebih disebabkan adanya risiko yang terlalu tinggi, kecuali jika atas izin pemilik modal atau jika modal berkenaan diusahakan di satu tempat yang sememangnya tidak berpotensi untuk kegiatan pelaburan.

Dalam mazhab Hanbaliyy terdapat dua pendapat. Pertama, pendapat yang melarang dan kedua pendapat yang membenarkan. Alasan yang dikemukakan oleh mazhab Hanbaliyy tidak jauh berbeza dengan alasan yang tersebut di atas. Berdasarkan pandangan dan hujah dari setiap mazhab, penulis lebih cenderung untuk melihat permasalahan tersebut dari segi mengambil kira faktor tradisi dm kemaslahatan seperti mana yang dikemukakan oleh al-Sawiyy.

Ertinya perlu dibezakan antara perjalanan yang tidak selamat sekiranya membawa keluar modal untuk pengembangan usaha dengan perjalanan yang selamat dan tidak berisiko tinggi untuk tujuan tersebut. Tentunya yang pertama adalah ditegah dan yang kedua adalah dibenarkan.

Oleh itu adalah dibenarkan pihak pengusaha membawa keluar modal untuk tujuan pengembangan usaha jika keadaan memunglunkan berbuat demikian serta mendatangkan maslahat, ataupun pengusaha tersebut telah mengetahui selok belok pasaran selepas membuat penyelidikan berkaitan pasaran di tempat baru.

Tambahan pula, dengan adanya perkhidmatan perbankan yang sedia ada seperti "interbank money transfer", bank draft dan lain sebagainya lebih memudahkan bagi mereka yang ingin mengembangkan usaha di luar negara dan mengurangkan risiko tanpa harus membawa modal dalam bentuk fizikal.

Model Kedua: AI-Mudarabah al-Muqoyyadah

Menurut kesepakatan ulama, terdapat beberapa pengurusan yang dapat dilakukan dalam al-mudarabah al-muqayyadah dengan tanpa ketentuan

Page 15: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Syirkah AI-Mudarabah: Model Pelaksanaan Dan Pembahagian Keuntungan

akad yang mutlak (unrestricted right of akad) jika pihak pemilik modal memberikan keizinan atau mempercayakan sepenuhnya kepada pihak pengusaha dalam pengurusan usaha berdasarkan pengalaman dan kepakarannya dengan pernyataan "Fmal bi ra'yika" (jalankan perniagaan mengikut pandangan kamu).

Jika seorang pemilik modal memberikan kepercayaan dan tanggungjawab pengurusan sepenuhnya kepada pihak pengusaha meskipun tanpa pernyataan tertulis oleh pihak pemilik modal, adakah pihak pengusaha dibenarkan menjalankan usaha al-mudarabah atau al- qirad? Dalam ha1 ini mazhab Hanafiyy membenarkannya. Manakala mazhab Malikiyy dan Hanbaliyy juga membenarkannya tetapi selepas mendapat keizinan daripada pihak pemilik modal.

Kerana pengurusan al-mudarabah atau al-qirad ini merupakan satu amanah maka ia mesti mendapat keizinan terlibih dahulu daripada pemilik modal. Ia dikhuatiri tidak sesuai dengan pengusaha kedua. Demikianlah syarat yang dikenakan oleh mazhab Malikiyy. Imam Malik menambah, "seorang pengusaha tidak dibenarkan menyerahkan modal kepada pihak pengusaha lain kecuali atas izin pihak pemilik modat'.

Adapun alasan yang dikemukakan oleh mazhab Hanbaliyy bahawa meskipun pihak pengusaha mempunyai hak pengeloaan harta tersebut, tidak bermakna ia boleh memberikan hak pengelolaan harta tersebut pada orang lain tanpa keizinan daripada pemiliknya. Jika seorang pemilik modal memberikan harta kepada pengusaha tetapi kemudian ia memberikannya kepada orang lain untuk dikelola, maka dengan sendirinya pihak pengusaha yang pertama tidak lagi menjadi pengusaha, kecuali hams dengan izin pihak pemilik modal (Ibnu Qudamah 1994).

Imam Ahmad menambah, pihak pengusaha tidak dibenarkan rnenyerahkan modal kepada orang lain untuk dikelola kecuali dengan izin pihak pemilik modal. Dalam penyataan "r"ma1 bi ra jlika" (jalankan perniagaan mengikut pandangan kamu) terdapat dua maksud. Pertama, membenarkan penyerahan modal kepada orang lain, kerana adanya pengalaman dan kepakaran yang tidak dirniliki oleh pengusaha pertama. Kedua, tidak dibenarkan berbuat demikian, kerana maksud penyataan tersebut dalam konteks cara pengurusan akad al-mudarabah yang terbatas seperti jual beli dan sebagainya tidak termasuk dalamnya keizinan.

Page 16: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Kajian Syariah dun Undang-Undang

Mazhab Shafi'iyy dalam ha1 ini juga mensyaratkan izin daripada pemilik modal. Hanya mereka sahaja memberikan dua ilustrasi pengurusan yang berbeza. Pertama, keizinan yang diberikan pihak pemilik modal kepada pihak pengusaha pertama menyerahkan modal kepada pihak pengusaha lain tertakluk kepada penyertaan pihak pengusaha pertama dalam mengelola usaha dan berkongsi keuntungan.

Dalam ha1 ini terdapat dua pendapat. Pendapat pertama, bentuk ilustrasi pengurusan seumpama ini adalah tidak harus, kerana ia bertentangan dengan qiyas, iaitu dalam akad, salah satu daripada pelaku akad tersebut mesti ada yang menjadi pemilik modal yang tidak bekerja. Sekiranya semua bekerja maka seakan-akan tidak tidak ada pemilik, dan hanya berpusing antara dua pengusaha sahaja. Pendapat kedua, harus, sepertimana keizinan pihak pemilik modal menyerahkan modalnya kepada dua pengusaha di awal transaksi.

Bentuk ilustrasi kedua, keizinan yang diberikan pihak pemilik modal disertai dengan penarikan diri sebagai pengusaha pertama dan menjadi wakil bagi pihak pemilik modal. Manakala yang menjadi pengusaha adalah pihak kedua. Bentuk pengurusan seurnpama ini adalah dibenarkan sepertimana jika pihak pemilik modal menyerahkan modalnya terus kepada pengusaha.

Pendapat yang h a t dalam masalah ini ialah pihak pengusaha pertama boleh menyerahkan modalnya kepada pihak lain untuk diusahakan atas izin pemilik modal. Ini kerana pengurusan modal sepunuhnya adalah di tangan pemilik modal, jika diizinkan maka semuanya akan berjalan mengikut ketetapan. Lebih-lebih lagi pihak pemodal mempunyai hak untuk melantik dua pengusaha sekali gus di awal akad.

Adapun ketidakbolehan al-mudarabah dalam bentuk ilustrasi yang kedua dengan alasan bahawa dalam akad al-qirad atau al-mudarabah mesti ada pemilik modal dan pengusaha adalah tidak tepat. Ini kerana pihak pengusaha mempunyai hak pemilikan ke atas modal, iaitu hak pemilikan pengurusan ke atas modal. Dengan demikian bentuk pengurusan seumpama ini adalah sah, apatah lagi dengan adanya keizinan daripada pihak pemilik modal.

Adapun golongan Hanafiyy yang membenarkan penyerahan pengurusan sepenuhnya oleh pihak pemodal kepada pihak pengusaha berdasarkan pengalaman dan kepakarannya adalah tidak mengapa

Page 17: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Syirkah Al-Mudarabah: Model Pelaksanaan Dan Pembahagian Keuntungan

sekiranya tradisi membenarkan berbuat demikian antara dua pengusaha. Pengumsan seperti ini dapat dilihat pada amalan perkhidmatan institusi kewangan dan perbankan yang sedia ada. Di mana pihak bank biasanya tidak melakukan pelaburan modal daripada pihak pelanggan dengan sendiri, tetapi diserahkan kepada mereka yang mempunyai pengalaman atau kepakaran dalam bidang tersebut.

Tetapi sekiranya tidak ada tradisi yang sedernikian, maka diperlukan keizinan yang jelas daripada pihak pemilik modal, kerana asas al-mudarabah adalah amanah. Pemilik modal mengamanahkan pengurusan modal sepenuhnya kepada pengusaha pertama, bukan kepada pihak yang lain.

Perkongsian Untung Antara Pihak Pengusaha Pertama Dan Kedua

Mazhab Hanbaliyy dalam permasalahan ini tidak membenarkan, kerana pengusaha pertama tidak ikut serta sama ada dalam bent& modal ataupun usaha. Dalam kitab "al-Mughniyy" disebutkan, pengusaha pertama hanya bertindak sebagai wakil bagi pihak pemodal. Jika modal diserahkan kepada pihak pengusaha kedua dan tidak disyaratkan pembahagian keuntungan antara pihak pengusaha pertama dan kedua, maka pengurusan seperti ini adalah sah. Tetapi jika sebaliknya, maka ia tidak sah, kerana pihak pengusaha pertama tidak memiliki sebarang pegangan sama ada dalam bentuk modal ataupun usaha. Adapun bahagian keuntungan hanya dimiliki oleh pengusaha yang kedua (Ibnu Qudamah 1994).

Tetapi golongan Hanafiyy dalam ha1 ini membenarkan perkongsian keuntungan. Mereka berpendapat bahawa usaha pihak pengusaha kedua adalah di bawah tanggungjawab pihak pengusaha pertama. Ini seakan- akan ia bekerja secara bersendirian. Sebagai contoh, apabila seseorang mengupah orang lain untuk menjahit baju dengan bayaran RM60. Kemudian pekerja tadi mengupah orang lain pula dengan bayaran RM40. Dengan demikian berlaku perkongsian keuntungan.

Walau bagaimanapun mereka membezakan cara pembahagian keuntungan dalam dua bentuk ilustrasi yang berbeza. Pertama, apabila pemilik modal tidak membatasi bahagian keuntungan dalam akad al- mudarabah, dan tidak membatasi sebarang bahagian keuntungan kepada pihak pengusaha, tetapi hanya menyatakan, "Jika Allah

Page 18: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Kajian Syariah dun Undang-Undang

memberikan keuntungan maka pembahagiannya antara kita adalah sama banyak (nisfayn)".

Dalam ha1 ini, semua ketentuan syarat berkenaan dengan keuntungan diserahkan kepada kedua-dua pihak (pemilik modal dan pengusaha kedua). Tetapi sekiranya bernasib baik, pihak pengusaha pertama akan menerima bahagiannya jika ada lebihan keuntungan.

Al-Kasaniyy menambah, apabila pengusaha pertama menyerahkan modal kepada pengusaha kedua secara mudarabah dengan kesepakatan sepertiga bahagian daripada keuntungan, maka jika usaha yang dikelola memperolehi keuntungan, pihak pengusaha kedua mendapat sepertiga daripada bahagian keuntungan yang telah disepakati antara pihak pemilik modal dan pengusaha pertama.

Dengan erti kata lain, bahagian keuntungan pihak pemilik modal adalah kekal, manakala bahagian keuntungan pengusaha pertama dikongsi bersarna oleh pengusaha kedua berdasarkan syarat yang ditetapkan antara pengusaha pertama dan kedua, iaitu sepertiga daripada keuntungan pengusaha kedua.

Kedua, apabila pemilik modal tidak membatasi bahagian keuntungan dalarn akad al-mudarabah, tetapi membatasi sebarang bahagian keuntungan kepada pihak pengusaha dengan penyataan; bbsekiranya Allah memberikan rezeki berupa keuntungan bagi kamu, maka pembahagiannya antara kita adalah sama banyak.".

Dalam ha1 ini, segala ketentuan syarat berkenaan dengan keuntungan diserahkan kepada pihak pengusaha kedua. Manakala syarat bahagian keuntungan bagi pihak pengusaha pertama diserahkan kepada pihak pemilik modal dan pengusaha pertama. Perbezaan antara kedua-dua bentuk ilustrasi tersebut sangat jelas, iaitu pihak pemilik modal mensyaratkan keseluruhan keuntungan untuk dirinya, manakala dalam bentuk ilustrasi kedua, pihak pemilik modal mensyaratkan keuntungan untuk drrinya dan sebahagiannya untuk pengusaha.

Kesimpulan daripada perbahasan di atas mendapati bahawa jika pengusaha pertarna menyerahkan modal kepada pengusaha lain secara mudarabah atas izin daripada pemilik modal tanpa melibatkan diri dalam pengurusan urusniaga, maka ia tidak mendapat sebarang bahagian keuntungan. Hal ini disebabkan ketiadaan pegangan sama ada dari segi modal (harta), ataupun usaha. Panclangan ini sesuai dengan pandangan jumhur ulama daripada golongan Hanbaliyy, Malikiyy serta

Page 19: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Syirkak Al-Mudarabah: Model Pelaksanaan Dan Pembahagian Keuntungan

Shafi'iyy yang menyatakan ketiadaan bahagian keuntungan bagi pihak pengusaha pertama kerana tidak melibatkan diri dalam urusan urusniaga.

Adapun hujah golongan Hanafiyy yang membenarkan berkongsi keuntungan sepertimana yang dijelaskan di atas adalah lemah. Hal ini disebabkan, pengusaha kedua bukan bertindak sebagai wakil bagi pihak pengusaha pertama dalam urusniaga jual beli, kerana segala urusan dan pengurusan urusniaga dikembalikan kepada pihak pengusaha kedua.

Wal hal, dalam keadaan seperti ini pengusaha kedua bertindak sendirian dengan melakukan semua aktiviti perniagaan. la mempunyai kebebasan dalam segala urusan yang berhubungkait dengan perniagaan tanpa merujuk atau meminta kebenaran daripada pihak pengusaha pertama. Oleh itu pandangan Hanafiyy perlu ditinjau semula.

Tetapi sekiranya modal tersebut diserahkan kepada pengusaha lain, dengan syarat pihak pengusaha pertama ikut terlibat sama dalam pengurusan perniagaan atas kebenaran pemilik modaI, maka tidak alasan untuk menafikan perkongsian keuntungan oleh pengusaha pertama. Walau bagaimanapun pendapat golongan Hanafiyy tidak boleh diketepikan, kerana ia dapat dijadikan sebagai formula dalam pembahagian keuntungan sepertimana dalam jadual di bawah ini.

Contoh Pertama

Haziq menyerahkan modalnya sebesar RM200,OOO kepada rakannya Hanif yang akan mengelola sebuah perniagaan secara mudarabah sambil meletakkan syarat. Jika Allah memberikan rezeki berupa keuntungan (atau jika perniagaan ini menghasilkan keuntungan), maka ia dibahaghn sama banyak (separuh-separuh) antara mereka. Tetapi Hanif memberikan modal tersebut kepada Haris untuk dikelola secara mudarabah dengan pembahagian keuntungan yang sama banyak, iaitu separuh-separuh.

Sebagaimana dijelaskan pada perbahasan terdahulu bahawa dalam bentuk pengurusan seperti ini, kesepakatan syarat adalah di tangan pihak pemilik modal dan pengusaha kedua. Sekiranya terdapat baki keuntungan, maka ia diberikan kepada pengusaha pertarna.

Memandangkan Hanif selaku pengusaha pertama telah menyerahkan modal kepada Haris selaku pengusaha kedua untuk

Page 20: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Kajian Syariah dun Undang- Undang

dikelola secara mudarabah dengan pembahagian keuntungan yang sama banyak, maka dengan sendirinya keuntungan tersebut berlaku antara pemilik modal dan pengusaha kedua. Sedangkan Hanif tidak memperolehi sebarang keuntungan. Sila lihat jadual di bawah ini.

JADUAL: Pembahagian Keuntungan Mengikut Syarat Yang Disepakati Antara Pemilik Modal Dan Pengusaha Kedua Pada

Tetapi sekiranya Hanif ketika menyerahkan modal kepada Haris meletakkan syarat kadar keuntungan sebesar seperempat (1/4), maka bahagian keuntungan untuk Haris adalah RM5,000 dan Hanif pula akan memperolehi jumlah yang sama RM5,000. Manakala bahagian keuntungan bagi pemilik modal adalah kekal, RM 10,000. Sebagaimana diterangkan dalam jadual di bawah ini:

Kadar Separuh-Separuh (Nisfayn)

JADUAL: Pembahagian Keuntungan Mengikut Syarat Yang Disepakati Antara Pengusaha Pertama Dan Kedua Pada Kadar

Keuntungan Pengusaha

Kedua

RM 10,000

Contoh kedua

Keuntungan Pengusaha Pertama

Modal

RM200,OOO

Keuntungan Bagi Pemilik

Modal

RM10,OOO

Keuntungan

RM20,OOO

Page 21: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Syjrkah Al-Mudarabah: Model Pelabanaan Dan Pembahagian Keuntungan

Muhsin menyerahkan modalnya sebesar RM200,OOO kepada rakannya Munif yang mengelola sebuah perniagaan secara mudarabah sambil meletakkan syarat. Jika Allah memberikan rezeki (atau jika mendapat keuntungan), maka ia dibaha&an sama banyak (separuh-separuh) antara mereka. Tetapi Muhsin memberikan modal tersebut kepada Munzir untuk dikelola secara mudarabah dengan pembahagian keuntungan yang sama banyak, iaitu separuh-separuh.

Dalam bentuk pengurusan seumpama ini, ketentuan syarat keuntungan adalah di tangan pengusaha kedua. Sekiranya terdapat baki keuntungan, maka ia akan diagihkan antara pemilik modal dan pengusaha pertama tertakluk kepada ketentuan syarat yang disepakati antara keduanya. Lihat jadual di bawah ini:

JADUAL: Pembahagian Keuntungan Mengikut Syarat Yang ~isepakati Antara Pihak Pemilik Modal Dan Pengusaha Pertama

Pengusaha Pengusaha Bagi Pemilik Keuntungan Modal Kedua Pertama Modal

RM10,OOO RM5,OOO RM5,OOO RM20,OOO ooO

PENUTUP

~erdasarkan perbincangan di atas dapat dinyatakan bahawa keduadua model tersebut, al-mudarabah al-mutlaqah dan al-mudarabah al- rnuqayyadah dapat diimplementasikan dalam pembiayaan projek perniagaan yang bersesuaian.

Model pembiayaan modal yang ditawarkan oleh sistem ekonomi Islam dapat mempromosikan keusahawanan dengan risiko yang lebih kecil serta dapat berdaya saing dengan sistem pembiayaan modal konvensional yang berasaskan kepada riba di samping harus memenuhi standard kepatuhan syariah.

Misalnya, pihak pengusaha tidak dibenarkan sarna sekali melakukan urusniaga yang mengandungi unsur riba, gharar, perjudian,

Page 22: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Kajian Syariah dun Undang-Undang

manipulasi, jual beli arak dan sebagainya meskipun rakan kongsi perniagaan bukan dari golongan muslim. Sebagaimana disebutkan dalam kitab "al-Mughnijy", apabila dua orang pengusaha berkongsi untuk menjalankan urusan pemiagaan sama ada keduaduanya muslim ataupun salah satu daripadanya muslim sedangkan yang lain dhirnrniy, maka mereka tidak dibenarkan berjual beli barangan seperti minuman arak, khinzir, dan sebagainya (Ibnu Qudamah 1994).

Imam Malik sangat membenci perbuatan sedemikian apatah lagi jika sampai kepada tahap menghalalkan yang haram ataupun sebaliknya di sisi syarak (Malik ibn Anas 1994).

Page 23: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 3.pdf

Syirkah Al-Mudarabah: Model Pelaksanaan Dan Pembahagian Keuntungan

Ahrnad bin Hanbal. 1978. Al-Musnad. Bayrut: al-Maktab al-Islamiyy. Hans Wehr. 1980. A Dictionary of Modern Written Arabic. Bayrut:

Maktabah Lubnan. Ibnu "Abidin. 1966. Radd al-Muhtar 'Ala al-Durr al-Mukhtar. Bayrut:

Dar al-Fikr. Ibnu Hisham, Abu Muhammad "Abd al-Malik. 1955. al-Sirat al-

Nabawiyyah. T.tp: Maktabah Mustafa al-Halabiyy. h n u al-Humam, Kamal al-Din Muhammad bin "Abd al-Wahid al-

Saywasiy. 1995. Sharh Fath al-Qadir. Bayrut: Dar al-Kutub al- "Ilmiyyah.

Ibnu Majah. T.th. Sunan Ibn Majah. Kaherah: Matbacah Isa al-Babiy al- Halabiy.

Ibnu Manzur, Abu al-Fahl Jamal al-Din Muhammad bin Makram. 1414H 11994. Lisan al-'Arab. Bayrut: Dar Sadir.

%nu Qudamah, Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad. 1994. al- Mughniyy. Bayrut: Dar al-Fikr.

finu Rushd, Muhammad bin Ahmad bin Muhammad. 1988. Bidayat al- Mujtahid. Bayrut: Dar al-Qalam.

Al-Ramliyy, Shams al-Din Muhammad bin Abi al-cAbbas Ahmad bin Harnzah. 1984. Nihayat al-Muhtaj Ila Sharh al-Minhaj. Bayrut: Dar al-Fikr.

Al-Raziy, Zayn al-Din Muhammad bin Abi Bakr bin 'Abd al-Qadir. 1998. Mukhtar al-Sihah. Bayrut: Mu'assasah al-Risalah.

~l-Sancaniyy, al-Qadiyy Sharaf al-Din al-Husayn bin Ahrnad bin al- Husayn al-Siyaghiyy. 1221H. al-Rawd al-Nazir. Bayrut: Dar al- Jayl.

~l-Sawiyy, Muhammad Salah Muhammad. 1990. Mushkilat al- Istithmar Fi al-Bunuk al-Islamiyyah Kayf 'Alajaha al-Islam. Jeddah: Dar al-MujtamaC.

~l-Sharbiniyy, Shams al-Din Muhammad bin Muhammad al-Khatib. 1994. Mughniyy al-Muhtaj Ila Ma'rifah Macani Alfaz al-Minhaj. Bayrut: Dar al-Kutub al-"Ilmiyyah.

Al-Shafi'iyy, Muhammad bin Idris. t.th. Al-Umm. Kaherah: Matbacat al-Shacab.