24367446 unit 3 undang undang kontrak

23
UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 1 OBJEKTIF Objektif am : Mempelajari dan menjelaskan maksud kontrak- kontrak terbatal dan boleh batal, faktor-faktor perlepasan kontrak dan remedi bagi pecah kontrak. Objektif Khusus : Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat : a. Menjelaskan elemen-elemen yang menyebabkan kontrak menjadi terbatal dan boleh batal POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA UNIT 3

Upload: nurul-faiza-zainal-abidin

Post on 11-Aug-2015

178 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 1

OBJEKTIF

Objektif am :

Mempelajari dan menjelaskan maksud kontrak-

kontrak terbatal dan boleh batal, faktor-faktor

perlepasan kontrak dan remedi bagi pecah

kontrak.

Objektif Khusus :

Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat :

a. Menjelaskan elemen-elemen yang

menyebabkan kontrak menjadi terbatal dan

boleh batal

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIT 3

Page 2: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 2

b. Menjelaskan faktor-faktor perlepasan

sesuatu kontrak

c. Menerangkan remedi-remedi bagi pecah

kontrak

3.1 KONTRAK TERBATAL DAN BOLEH BATAL

3.3.1 KONTRAK TERBATAL

Kontrak terbatal bukanlah merupakan kontrak yang sah sama sekali.

Pihak-pihak yang berkenaan langsung tidak terikat dan tiada

tanggungjawab yang wujud di sini. Undang-undang akan menganggap

seolah-olah tiada kontrak yang wujud dan pihak-pihak akan dikembalikan

kepada keadaan asal. Kontrak batal adalah kontrak yang dibuat tanpa

mengambil kira unsur-unsur atau elemen-elemen penting di dalam

pembentukan kontrak.

3.3.2 KONTRAK BOLEH BATAL

Sesuatu kontrak adalah sah sehinggalah salah satu pihak yang berkontrak

itu membuat pilihan untuk membatalkannya. Pihak yang berkontrak boleh

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 3: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 3

membatalkan kontrak dengan alasan terdapat sesuatu unsur yang boleh

membatalkan kontrak tersebut.

Harta atau barang yang telah dipindah milik sebelum pihak tersebut

membuat pilihan untuk membatalkan kontrak tersebut biasanya tidak

boleh dituntut semula kerana ianya sah.

Perkara-perkara yang menjadikan sesuatu kontrak itu boleh batal adalah

seperti di tunjukkan dalam Rajah 3.1 di bawah.

Rajah 3.1 : Kontrak Boleh Batal

PAKSAAN

Seksyen 15 AK 1950 mendefinisikan maksud paksaan secara amnya

sebagai apa saja kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan

terhadap diri seseorang, keluarga atau harta, atas tujuan supaya seseorang

itu membuat kontrak.

Contoh Kes :

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

FRAUD

KONTRAK BOLEH BATAL

PAKSAAN KHILAF

SALAHNYATAAN

PENGARUHTAK WAJAR

Page 4: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 4

1. KESARMAL A/L LETCHUMANAN DAS LWN VALIAPPA

CHETIAR (1954) MLJ 119.

i. Isu sah atau pun tidaknya perjanjian yang dibuat di bawah

paksaan 2 orang pegawai tentera Jepun.

ii. Kontrak terbatal atau tidak sah.

2. CHIN NAM BEE DEVELOPMENT SDN. BHD. LWN TAI KIM

COO & 4 ORS (1988)2 MLJ 117

o Isu sah atau tidaknya kontrak yang dibuat atas paksaan di

mana perayu meminta bayaran tambahan untuk tempahan rumah

tanpa kerelaan responden.

o Keputusan : Kontrak terbatal disebabkan terdapat unsur

paksaan perayu di mana responden memasuki kontrak tanpa

kerelaan.

PENGARUH TAK WAJAR

Seksyen 16(1) AK 1950 mentakrifkannya sebagai ,

• Satu pihak berada dalam kedudukan boleh menguasai pihak yang

lain dan

• Menggunakan kedudukan itu untuk memperolehi kelebihan yang

tidak adil.

Contoh Kes:

1. SALWATH HANEEM LWN HADJEE ABDULLAH (1894)

• Isu sah ataupun tidaknya suatu perjanjian penyerahan harta

kepunyaan plaintif kepada defendan atas pengaruh tidak wajar oleh

defendan.

• Keputusan : Kontrak menjadi boleh batal dan plaintif memilih

untuk membatalkan kontrak dan mendapatkan kembali haknya.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 5: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 5

2. CHAIT SINGH LWN BUDIN BIN ABDULLAH (1918) 1 FMSLR

348

-Isu samada kadar faedah yang begitu tinggi yang dikenakan oleh

plaintif terhadap defendan yang buta huruf dikira sebagai suatu

pengaruh tak wajar.

-Keputusan : Plaintif gagal untuk membuktikan tiada pengaruh tak

wajar dikenakan terhadap defendan.

FRAUD (TIPUAN)

Seksyen 17 AK 1950 mendefinisikan fraud sebagai satu pihak yang

membuat kontrak dengan niat memperdayakan pihak lain untuk membuat

kontrak dengannya.

Perbuatan-perbuatan itu ialah :

a. menyarankan sesuatu fakta,

b. menyembunyikan sesuatu fakta yang tidak benar,

c. membuat janji tanpa niat menepati janji,

d. melakukan mana-mana perbuatan untuk memperdaya,

e. mana-mana perbuatan atau penyembunyian yang ditetapkan oleh

undang-undang sebagai penipuan.

Contoh kes: SENANANYAKE LWN ANNIE YEO (1965)

Isu samada kenyataan tidak benar yang diberikan oleh defendan

terhadap kedudukan kewangan firma defendan yang menyebabkan

plaintif mengalami kerugian setelah melabur di dalam firma

defendan.

Mahkamah memutuskan defendan berniat menipu plaintif dan

kontrak terbatal.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 6: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 6

SALAHNYATAAN

Seksyen 18 AK 1950 menyatakan bahawa salah nyataan hendaklah

berbentuk satu kenyataan fakta. Kalau sekadar pendapat peribadi sahaja, ia

tidak boleh menjadi salahnyataan walaupun jika pendapat itu tidak benar.

Salahnyataan boleh jadi dalam 2 bentuk iaitu salahnyataan fraud dan

salahnyataan ikhlas yang mana ianya tidak mempunyai niat untuk menipu.

Contoh Kes: R LWN KYLSANT (1932)

Isu samada kenyataan bersifat menipu di dalam prospektus syarikat

dianggap sebagai suatu salahnyataan fraud.

Keputusan: Penipuan tentang fakta sebenar mengenai kedudukan

kewangan syarikat adalah dianggap sebagai suatu salahnyataan fraud.

KHILAF (KESILAPAN)

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kita perlu tengok pengetahuan orang

yang membuat salahnyataan itu jika nak tentukan sesuatu

salahnyataan itu fraud ataupun

ikhlas.

Boleh jelaskan lagi antara salahnyataan

fraud dan salahnyataan ikhlas ?

Jika seseorang itu telah mengetahui bahawa kenyataan yang dibuatnya

adalah salah atau tidak benar, maka itu adalah salahnyataan

fraud.Manakala jika seseorang itu benar-benar mempercayai sesuatu kenyataan itu betul semasa kontrak dibuat walhal ianya salah, maka itu

adalah salahnyataan ikhlas.

Page 7: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 7

Seksyen 21 AK1950 menyatakan apabila terdapat kesilapan terhadap

fakta-fakta penting yang dibuat oleh kedua-dua pihak yang berkontrak,

perjanjian adalah batal.

Contoh Kes : RAFFLES LWN WICHELHAUS (1864)

Isu berkaitan dengan kesilapan mengenai 2 buah kapal yang membawa

muatan kapas iaitu perkara pokok di dalam kontrak itu dianggap sebagai

kesilapan mengenai fakta penting di dalam kontrak yang menjadikan

kontrak terbatal. Apabila khilaf berlaku disatu pihak, kontrak tidak batal.

Ini diperuntukan oleh seksyen 23 AK 1950.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 8: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 8

1. Jelaskan apakah yang ditakrifkan oleh kontrak batal dan kontrak boleh batal?

2. Apakah yang dimaksudkan oleh pengaruh tidak wajar?

3. Huraikan fakta kes Kesarmal a/l Letchumanan Das lwn Valiappa Chetiar (1954)

MLJ 119?

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AKTIVITI 3a

Page 9: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 9

1. Kontrak Batal

Kontrak yang tidak terdapat kesemua elemen-elemen kontrak yang lengkap iaitu

perjanjian, balasan, niat, keupayaan dan ketentuan.

Kontrak Boleh Batal

Kontrak yang mana pada asalnya merupakan satu kontrak yang sah tetapi menjadi

kontrak boleh batal atas pilihan pihak yang tidak berpuashati disebabkan oleh

paksaan, pengaruh tak wajar, tipuan, salahnyataan dan khilaf.

2. Merujuk Seksyen 16 AK 1950 dan boleh disimpulkan sebagai satu pihak yang

berkeupayaan untuk menguasai pihak yang lain dan menggunakan keupayaannya

itu untuk memperolehi kelebihan yang tidak adil ke atas pihak yang lain. Contoh

kes yang boleh dirujuk ialah Salwath Haneem lwn Hadjee Abdullah dan Chait

Singh lwn Budin B. Abdullah.

3. Isu pindahmilik tanah telah dilaksanakan atas paksaan pegawai tentera Jepun.

Mahkamah memutuskan transaksi yang dibuat atas paksaan 2 orang pegawai

tentera Jepun adalah tidak sah kerana tidak dibuat secara sukarela.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS 3a

Page 10: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 10

3.2 PELEPASAN KONTRAK

Kewajipan kontraktual pihak-pihak dalam sesuatu kontrak dikatakan telah

dilepaskan apabila pihak-pihak berkenaan tidak lagi dikehendaki melaksanakan

obligasi tersebut. Sesuatu kontrak boleh dilepaskan apabila terdapat faktor-faktor

seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 3.2 berikut :

Rajah 3.2 : Faktor Pelepasan Kontrak

PERLAKSANAAN

Bermaksud penyempurnaan lengkap atau sebenar sesuatu kewajipan menurut

syarat-syarat yang telah dipersetujui dalam kontrak.

Contoh kes :

BOLTON LWN MAHADEWA (1972) 1 WLR 1009

Plaintif telah bersetuju memasang alat pemanas di rumah defendan. Setelah siap

dipasang defendan enggan membuat bayaran kerana alat tersebut tidak berfungsi.

Mahkamah memutuskan plaintif tidak berhak menuntut .

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMUNGKIRAN

PELEPASANKONTRAK

PELAKSANAAN

PERJANJIAN

KEKECEWAAN

Page 11: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 11

PERJANJIAN

Pihak-pihak yang berkontrak melepaskan kewajipan atau obligasi masing-masing

melalui perjanjian baru.

Perjanjian-perjanjian baru boleh jadi dalam bentuk :

a. novasi

b. pembatalan

c. penggubahan

d. remitan

Novasi

Pengambilalihan tanggungan/obligasi oleh pihak lain.

Pembatalan

Pihak-pihak berkontrak membatalkan kontrak tersebut atas persetujuan pihak-

pihak yang terlibat sebelum sesuatu pelaksanaan dalam sesuatu kontrak

disempurnakan.

Penggubahan

Perjanjian dibuat untuk mengubah atau meminda terma-terma kontrak.

Remitan

Perjanjian untuk mengurangkan atau meringankan atau melepaskan samada

keseluruhan atau sebahagian dari perjanjian asal.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 12: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 12

KEKECEWAAN

Menurut Seksyen 57 AK 1950 apabila berlaku ketidak mungkinan dalam

pelaksanaan sesuatu kontrak maka kontrak tersebut adalah mustahil untuk

dilaksanakan. Inilah yang dikatakan suatu kontrak yang kecewa.

Contoh kes :

SENG DJIT HIN LWN NAGURDAS PUSHOTUMDAS & CO. (1924) 14

SSLR

181

Satu perjanjian pengangkutan laut menjadi kecewa apabila kapal berkenaan

diambil milik oleh kerajaan selepas peperangan meletus.

KEMUNGKIRAN

Apabila pihak-pihak yang berkontrak gagal untuk melaksanakan obligasi

kontraktualnya, ini memberikan hak kepada pihak yang tidak bersalah untuk

mengambil tindakan sewajarnya termasuklah menamatkan kontrak.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Contoh 3.1 :A telah bersetuju untuk berkongsi membuka perniagaan alatan sukan bersama B dan keuntungan akan dibahagi samarata. Didapaati A telah tidak jujur dalam mengagihkan keuntungan perniagaan. Di sini B boleh mengambil tindakan dan mempunyai hak untuk menamatkan kontrak tersebut.

Page 13: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 13

1. Senaraikan bagaimana cara-cara kontrak boleh dilepaskan?

2. Ali memberi pinjam kepada Baba wang berjumlah RM 7,000. Baba membayar

RM2,000 dan jumlah tersebut nyata tidak mencukupi untuk melepaskan Baba

daripada tanggungan hutang, tetapi jika Ali menerimanya sebagai penyelesaian

keseluruhan hutang Baba kepadanya, Ali adalah terikat dengan penerimaan itu

dan adalah merupakan satu pelepasan kontrak.

Pelepasan kontrak dalam keadaan di atas adalah melalui ____________ ?

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AKTIVITI 3b

Page 14: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 14

1. a. Pelaksanaan

b. Perjanjian

c.Kekecewaan

d.Kemungkiran

2. Pelepasan melalui perjanjian - remitan

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS 3b

Page 15: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 15

3.3 REMEDI BAGI PECAH KONTRAK

Remedi ialah satu cara yang diberi oleh undang-undang untuk menguatkuasakan

sesuatu hak atau bagi mendapatkan pampasan berbentuk wang bagi menggantikan

pelaksanaan. Tuntutan boleh dibuat dalam bentuk gantirugi atau pampasan,

bayaran berasaskan quantum meruit, pelaksanaan spesifik, injunksi dan

sebagainya.

GANTIRUGI (PAMPASAN)

Tujuan utama memberi gantirugi kepada pihak yang tidak bersalah bukanlah

untuk menghukum pihak yang mungkir. Prinsip pembayaran gantirugi boleh

dirujuk di dalam seksyen 74 hingga seksyen 76 AK 1950. Gantirugi yang

diberikan biasanya dalam dua bentuk iaitu bagi jumlah yang telah ditentukan di

dalam kontrak dan juga gantirugi bagi jumlah yang tidak tertentu.

Gantirugi bagi jumlah yang tidak tertentu terbahagi kepada tiga iaitu gantirugi

khas, gantirugi nominal dan gantirugi teladan. Gantirugi ini diterangkan dengan

lebih lanjut pada Rajah 3.3 di muka surat sebelah.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GANTIRUGI KHAS

GANTIRUGI NOMINAL

GANTIRUGI TELADAN

GANTIRUGI

Page 16: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 16

Rajah 3.3 : Menerangkan penentuan gantirugi apabila jumlah tidak dinyatakan di

dalam kontrak.

Contoh kes :

HADLEY LWN BAXENDALE (1854) 9 EX 341

Plaintif telah membuat pesanan satu jentera dari Greenwich tetapi disebabkan

kelewatan defendan untuk menghantar jentera tersebut ke kilang plaintif

menyebabkan plaintif mengalami kerugian.

Mahkamah memutuskan bahawa defendan bertanggungan untuk membayar satu

jumlah gantirugi yang munasabah kepada defendan.

THAM CHEOW TOH LWN ASSOCIATED METALS SMELTERS LTD

(1972) 1 MLJ 171

Defendan setuju menjualkan relau kepada plaintif dan berjanji relau itu boleh

mencapai tahap kepanasan sehingga 2600 darjah Farenheit. Namun demikian

defendan tidak mematuhi perjanjiannya . Plaintif menuntut gantirugi.

Mahkamah memutuskan defendan perlu membayar gantirugi kerana kehilangan

keuntungan.

BAYARAN BERASASKAN QUANTUM MERUIT

Quantum meruit bermaksud sebanyak yang patut diterimanya. Ia merupakan

tuntutan untuk mendapatkan sejumlah wang atau bayaran atau gantirugi untuk

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pampasan wang untuk tujuan

meletakkan plaintif dalam kedudukan yang sepatutnya

dinikmatinya seandainya kontrak

itu dapat dilaksanakan.

Ialah gantirugi yang kecil akibat

perlanggaran kontrak oleh

defendan tetapi plaintif tidak

mengalami kerugian sebenar atau tidak

dapat membuktikan kerugian itu.

Ialah satu gantirugi yang

besar jumlahnya berbanding

dengan kerugian yang dialami oleh

plaintif.

Page 17: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 17

satu jumlah yang munasabah sebanyak mana yang ia patut terima hasil dari

perkhidmatan yang diberikan.

Contoh kes:

UPTON RDC LWN POWELL (1942) 1 ALL ER 220

Terdapat satu kontrak termaklum di antara defendan dan plaintif bagi

perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh plaintif kepada defendan.

Mahkamah memutuskan ganjaran yang munasabah dan berpatutan perlu dibayar

oleh defendan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diterimanya.

DE BERNADY LWN HARDING (1853) 8 EX 822

Kuasa seorang ejen telah ditamatkan oleh prinsipal secara salah sebelum ejen itu

sempat menyelesaikan tugas-tugasnya.

Mahkamah memutuskan ejen boleh menuntut bayaran berdasarkan kerja-kerja

yang telah dilakukannya sewaktu menjalankan tugasnya.

PELAKSANAAN SPESIFIK

Satu perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah mengarahkan defendan

melaksanakan perjanjiannya menurut syarat-syarat yang dinyatakan dalam

kontrak. Perintah ini hanya diberi seandainya pembayaran jumlah wang tidak

merupakan remedi yang mencukupi atau kontrak tersebut merupakan satu tugasan

amanah yang perlu dilaksanakan dan ia bergantung kepada budi bicara

mahkamah. Ini dinyatakan dalam seksyen 11(1) dan 21 (1) Akta Relief Spesifik

1950 (Akta 137).

Seksyen 20 Akta Relief Spesifik menggariskan keadaan di mana pelaksanaan

spesifik tidak akan diberikan :

a. sekiranya gantirugi bukanlah remedi yang memadai

b. kontrak merupakan sesuatu yang berkaitan dengan kelayakan

peribadi.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 18: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 18

c. Kontrak tersebut begitu terperinci kandungannya, contohnya

kontrak pembinaan.

Contoh kes: LEE SAU KONG LWN CHANG CHIANG (1961)

Contoh kes : CITY INVESTMENT SDN BHD LWN KOPERASI

SERBAGUNA

CUEPACS TERENGGANU BHD (1985) 1 MLJ 285

Di dalam kes ini suatu pindah milik harta telah tidak dapat dilaksanakan akibat

pelanggaran kontrak.

Mahkamah memberikan perintah pelaksanaan spesifik kerana harta tidak alih

(tanah) tidak boleh ditebus dengan pampasan bentuk wang.

INJUNKSI

Injunksi merupakan arahan mahkamah supaya membetulkan salah lakunya yang

menjadi punca kemungkiran kontrak, ia boleh dikategorikan sebagai injunksi

prohibitari dan mandatori. Injuksi prohibitari melarang sesuatu tindakan daripada

dilakukan.

Injunksi mandatori mengkehendaki tindakan tertentu dilakukan bertujuan

mengekalkan status quo pihak-pihak yang berkontrak.

Menurut seksyen 50 Akta Relief Spesifik 1950, injunksi juga merupakan satu lagi

remedi yang tertakluk kepada budi bicara mahkamah. Ia boleh diberikan untuk

sementara atau selama-lamanya (kekal).

Contoh kes:

NEOH SIEW ENG & ANOR LWN TOO CHEE KWANG (1963) MLJ 272

Pemilik rumah telah memotong bekalan air kepada penyewa rumahnya.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Contoh 3.2 :Jika C menyewakan tanah tertentu kepada B dengan syarat B tidak boleh mengorek pasir di tanah tersebut, C boleh membawa tindakan injunksi bagi menahan B daripada mengorek pasir di situ, kerana ini bertentangan dengan kontrak.

Page 19: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 19

Mahkamah kemudiannya telah mengeluarkan satu perintah injunksi supaya

pemilik rumah tidak memotong bekalan air kepada penyewa rumahnya.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kalau anda betul-betul faham, boleh tak jelaskan apakah kebaikan remedi

kepada pihak yang berkontrak? Sebenarnya kebaikan remedi ini

ialah kepada pihak yang tidak bersalah dalam sesuatu kontrak. Remedi ini membolehkan pihak yang tidak bersalah berada di

tempat yang sepatutnya seandainya kemungkiran kontrak tidak

berlaku.

Page 20: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 20

1. Terangkan maksud remedi dalam undang-undang kontrak?

2. Apakah remedi-remedi yang mungkin bagi plaintif akibat dari

kemungkiran kontrak oleh defendan?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan gantirugi teladan?

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AKTIVITI 3c

Page 21: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 21

1. Hak membuat tuntutan bagi pampasan atau ganturugi dalam bentuk wang,

bayaran berasaskan quantum meruit, pelaksanaan spesifik dan injunksi akibat

dari kemungkiran atau pelanggaran kontrak.

2. ~ Gantirugi atau pampasan

~ Bayaran berasaskan quantum meruit

~ Pelaksanaan spesifik

~ Injunksi

2. Gantirugi yang besar jumlahnya berbanding dengan jumlah kerugian yang

dialami oleh plaintif.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS 3c

Page 22: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 22

PENILAIAN KENDIRI

Ali merupakan seorang petani yang buta huruf. Dia telah berhutang dengan Ceti

Muthu sebanyak RM500. Ceti Muthu mengenakan kadar faedah 30% setahun ke

atas hutang tersebut. Ali juga telah menyerahkan geran motosikalnya kepada ceti

Muthu. Berdasarkan situasi di atas cuba anda nasihatkan Ali.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 23: 24367446 Unit 3 Undang Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 23

MAKLUM BALAS

PENILAIAN KENDIRI

Isu samada Ali terikat untuk menyelesaikan hutangnya kepada ceti Muthu.

Lord Denning dalam kes Lloyd lwn Bundy memutuskan bahawa mahkamah

mempunyai budi bicara untuk membatalkan kontrak mana-mana pihak yang

mempunyai kuasa tawar-menawar yang tidak seimbang. Seksyen 16(1) AK1950

mentakrifkan pengaruh tak berpatutan sebagai satu pihak yang berada dalam

kedudukan yang boleh menguasai kemahuan pihak lain yang berkontrak

dengannya.

Seksyen 16(3) AK 1950 meletakkan beban pembuktian kepada tertuduh untuk

menyangkal dakwaan tersebut. Kes Chait Singh lwn Budin B. Abdullah yang

mana seorang peminjam wang telah mengenakan kadar faedah pinjaman wang

kepada peminjam. Mahkamah memutuskan bahawa sipemberi pinjam telah

mengenakan pengaruh tidak berpatutan terhadap sipeminjam.

Kesimpulan : Kontrak yang dimasuki oleh Ali dengan ceti Muthu mengandungi

unsur pengaruh tak berpatutan. Ali berhak memohon membatalkan kontrak.

Beban untuk membuktikan tiada pengaruh tidak berpatutan terletak kepada ceti

Muthu.

Anda boleh ke unit seterusnya ……

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA