topik 3 undang undang islam dan masyarakat malaysia

23
PENGENALAN Dalam topik ini, kita akan membincangkan mengenai undang-undang Islam dan hubungannya dengan masyarakat Islam. Perbincangan akan tertumpu kepada persoalan tentang masyarakat Islam dan strukturnya secara umum. Kita juga T T o o p p i i k k 3 Undang- undang Islam dan Masyarakat Malaysia 3 Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud undang-undang Islam dan mengapakah kita mesti menerima undang-undang Islam ini; 2. Mengenal pasti bila dan bagaimana Islam dan undang-undang Islam sampai ke Malaysia; 3. Menjelaskan bagaimana undang-undang Islam telah dihapuskan dari bumi Malaysia oleh penjajah Barat; 4. Menghuraikan ciri-ciri utama undang-undang Islam dan sebab sebahagian daripada umat Islam sendiri menentang undang-undang Islam ini; dan 5. Menerangkan tentang cabaran yang dihadapi umat Islam dalam merealisasikan undang-undang Islam, harapan serta masa depan undang-undang Islam di Malaysia. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: othman-che-yusoff

Post on 28-Dec-2015

161 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

nb

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

� PENGENALAN Dalam topik ini, kita akan membincangkan mengenai undang-undang Islam dan hubungannya dengan masyarakat Islam. Perbincangan akan tertumpu kepada persoalan tentang masyarakat Islam dan strukturnya secara umum. Kita juga

TTooppiikk

3Undang-undang Islam dan Masyarakat Malaysia

3

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan maksud undang-undang Islam dan mengapakah kita mesti menerima undang-undang Islam ini;

2. Mengenal pasti bila dan bagaimana Islam dan undang-undang Islam sampai ke Malaysia;

3. Menjelaskan bagaimana undang-undang Islam telah dihapuskan dari bumi Malaysia oleh penjajah Barat;

4. Menghuraikan ciri-ciri utama undang-undang Islam dan sebab sebahagian daripada umat Islam sendiri menentang undang-undang Islam ini; dan

5. Menerangkan tentang cabaran yang dihadapi umat Islam dalam merealisasikan undang-undang Islam, harapan serta masa depan undang-undang Islam di Malaysia.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA � 53

akan menyentuh aplikasi hukum Islam dan realiti masyarakat Islam di Malaysia. Topik ini juga akan memperkatakan tentang persoalan cabaran hukum Islam terhadap perubahan masyarakat.

UNDANG-UNDANG ISLAM 3.1

Secara ringkasnya dapat difahami bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang yang telah diturunkan oleh Allah melalui pengantara Jibrail a.s kepada Rasul-Nya yang terakhir iaitu Muhammad s.a.w. Islam merupakan sebuah sistem kehidupan yang lengkap atau dalam bahasa Inggerisnya sebagai "The way of life". Oleh itu, undang-undang Islam itu mencakupi segenap kehidupan manusia. Bermula dari hubungan seorang hamba dengan Allah, hubungan hamba sesama manusia, malah juga terdapat hukum Islam yang menjelaskan hubungan hamba dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah yang lain seperti binatang-binatang, pokok-pokok dan seluruh alam semesta. Dalam persoalan ibadat sahaja, terdapat pelbagai perbincangan tentang undang-undang Islam itu sendiri. Ini termasuklah undang-undang berkenaan dengan solat, haji, zakat dan sebagainya yang telah diperincikan oleh fuqaha-fuqaha Islam melalui pelbagai tulisan mereka. Selain itu, undang-undang yang berkenaan dengan nikah kahwin dan segala urusan yang berkenaan dengan nikah kahwin, juga diperincikan oleh para fuqaha dalam buku-buku dan karya-karya mereka. Di samping itu, undang-undang berkenaan dengan jual beli dan segala bentuk kontrak yang ada dalam Islam juga telah dibahaskan oleh ulama-ulama Islam. Mereka juga ada membahaskan undang-undang berkenaan dengan undang-undang jenayah dalam Islam. Ini termasuklah undang-undang yang berkaitan dengan hudud, qisas dan juga taÊzir. Kesemua undang-undang tersebut telah diperincikan oleh ulama-ulama Islam melalui karya-karya mereka yang agung.

3.1.1 Masyarakat Islam

Masyarakat Islam adalah masyarakat yang beriman dan yakin bahawa Allah adalah Tuhan yang satu yang wajib disembah. Muhammad s.a.w adalah hamba dan utusan-Nya yang terakhir, yang wajib diikuti. Di samping itu juga, masyarakat Islam ialah masyarakat yang meyakini bahawa al-QurÊan dan Hadis merupakan sumber hukum dan pedoman dalam kehidupan mereka, selain sumber-sumber yang lain. Mereka juga adalah satu umat yang percaya dan menyakini bahawa kehidupan dunia adalah sementara dan merupakan jambatan untuk menuju ke alam akhirat yang kekal abadi. Oleh itu, seorang Muslim ialah seorang yang percaya dan memahami bahawa matlamat kejadiannya adalah

Page 3: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

� TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA 54

menuju keredaan Allah dan mendapat syurga-Nya yang penuh kenikmatan. Bagi mendapat keredaan Allah, setiap anggota Islam hendaklah melaksanakan apa sahaja yang disuruh oleh Allah dan Rasul-Nya. Pada masa yang sama, dia hendaklah menjauhi apa sahaja yang ditegah oleh Allah dan Rasul-Nya. Sebagai seorang Islam, kita wajib menerima undang-undang, peraturan dan ketetapan daripada Allah S.W.T. Ini kerana Allahlah yang mencipta alam ini, dan Dialah yang sebaik-baiknya mengetahui undang-undang dan peraturan-peraturan yang terbaik untuk diguna pakai oleh hamba-hamba-Nya. Janganlah kita menjadi sombong dan angkuh dengan Allah S.W.T sehingga berani meleceh-leceh peraturan dan undang-undang Allah ini. Ingat, sesiapa yang berpaling daripada undang-undang dan melanggar ketetapan Allah, maka mereka itu sebenarnya berbuat zalim kepada diri mereka sendiri. Allah berfirman:

��� ������������������� �������� ������������������ �� ��� � � ��Bermaksud: Itulah hukum-hukum Allah dan barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. (al-Talaq 65: 1)

3.1.2 Pembahagian kepada Undang-undang Islam

Sebahagian para sarjana Islam telah membahagikan undang-undang Islam kepada tujuh bahagian utama, iaitu: 1. UUndang-undang Kekeluargaan Undang-undang untuk menyusun kehidupan keluarga Muslim, bermula

dari peringkat awal pembentukan sebuah keluarga iaitu proses pertunangan sehinggalah perkara-perkara yang berbangkit selepas sebuah perkahwinan terbentuk, seperti proses perceraian, penjagaan anak dan sebagainya.

2. UUndang-undang Sivil Undang-undang yang menyusun perhubungan kehidupan manusia antara

satu dengan yang lain yang berkaitan dengan perkara sivil seperti jual beli, gadai menggadai, sewa menyewa dan sebagainya.

3. UUndang-undang Jenayah dan Keseksaan Undang-undang yang membicarakan tentang kesalahan-kesalahan jenayah

dan hukum-hukum keseksaan yang dikenakan ke atas penjenayah seperti pembunuhan, perzinaan, pencurian dan sebagainya.

Page 4: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA � 55

4. UUndang-undang Acara dan Keterangan Undang-undang yang memperincikan tentang cara-cara untuk mensabitkan

kesalahan dan jenayah supaya keadilan dapat ditegakkan kepada pesalah dan yang teraniaya dapat dibela dengan sebaik-baiknya.

5. UUndang-undang Perlembagaan Undang-undang yang menentukan kekuasaan pemerintah dan

hubungannya dengan rakyat dan yang menentukan hak-hak rakyat dan hak-hak pemerintah, begitu juga tanggungjawab-tanggungjawab kedua-dua pihak.

6. UUndang-undang Antarabangsa Undang-undang yang menyusun perhubungan antara negara dengan

negara-negara yang lain, sama ada sewaktu damai atau semasa berlakunya peperangan.

7. UUndang-undang Kewangan Undang-undang untuk menyusun berkenaan dengan kemasukan wang

negara daripada sumber yang pelbagai dan juga memperincikan perbelanjaan negara, serta butiran pendapatan rakyat keseluruhannya.

Secara kesimpulannya, boleh kita katakan bahawa undang-undang Islam itu meliputi pelbagai aspek dan bidang kehidupan manusia. Ini kerana Islam itu sendiri adalah minhaj al-hayat, sebuah sistem yang lengkap kepada kehidupan manusia.

3.1.3 Sejarah Kedatangan Islam dan Undang-undang ke Malaysia

Walaupun sesetengah pengkaji sejarah agama di Malaysia beranggapan bahawa Islam telah berkembang di Asia Tenggara sejak kurun ke-13 lagi dan telah sampai ke Tanah Melayu kira-kira satu kurun selepas itu; namun, berdasarkan fakta sejarah Islam hanya bertapak kuat di Melaka pada kurun ke-15. Sebelum kedatangan Islam ke rantau gugusan Melayu ini, orang Melayu di kala itu mengikut undang-undang adat yang rata-ratanya dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu, di samping adat-adat yang wujud dalam masyarakat Melayu setempat pada waktu itu. Dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh pedagang-pedagang dari Timur Tengah dan juga pedagang Islam dari Parsi, mereka berjaya menyakinkan raja-

Page 5: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

� TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA 56

raja Melayu pada waktu itu tentang kebaikan Islam. Akhirnya mereka berjaya mengislamkan raja-raja Melayu di zaman tersebut. Setelah raja-raja Melayu memeluk Islam, dan diikuti oleh penduduk-penduduk Melayu pada waktu juga memeluk Islam, maka pelbagai perubahan telah dibuat terhadap undang-undang yang dipakai pada waktu itu, supaya undang-undang tersebut agak selari dan sesuai dengan undang-undang Islam ini. Bermula dari sinilah, maka pengkaji-pengkaji sejarah Islam di Nusantara beranggapan bahawa Islam telah mula masuk dan bertapak secara kuat di alam Melayu. Dari sinilah terhasilnya pelbagai undang-undang yang telah digunapakai oleh penduduk di Tanah Melayu di zaman tersebut. Di peringkat ini, kita dapati undang-undang yang digunakan adalah undang-undang Islam yang juga bercampur dengan undang-undang adat Melayu yang telah diwarisi oleh masyarakat setempat semenjak sebelum kedatangan Islam lagi.��

1. Bincangkan dengan rakan sekelas anda apakah langkah-langkah terbaik yang perlu diambil bagi memahami setiap daripada undang-undang Islam ini.

2. Jelaskan bagaimanakah undang-undang Islam seperti hukuman berat ke atas pencuri misalnya boleh mencegah jenayah kecurian daripada bermaharajalela di dalam masyarakat.

3. Terangkan lima sebab mengapa masyarakat Barat selalu memandang rendah dan meleceh-lecehkan undang-undang Islam ini.

AKTIVITI 3.1

SEJARAH BERMULANYA PENULISAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA

3.2

Malaysia adalah nama baru bagi Persekutuan Tanah Melayu selepas mencapai kemerdekaan dan bergabung dengan Sabah dan Serawak. Pada masa penjajahan British, ia terbahagi kepada negeri-negeri Melayu, negeri-negeri Selat, Sarawak dan Borneo Utara. Penghayatan Islam di Malaysia boleh dikatakan bermula apabila Raja Melaka, Sultan Iskandar Shah menerima Islam sebagai undang-undang negeri di samping undang-undang adat. Kanun Melaka dan Kanun Laut Melaka yang digubal pada tahun 1444M mengandungi banyak unsur Islam di dalamnya. Ia merangkumi

Page 6: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA � 57

bidang kekeluargaan, muamalah, keterangan jenayah, prosedur, keagamaan dan hubungan antarabangsa. Undang-undang ini juga dikatakan telah mempengaruhi beberapa negeri Melayu lain selepas Melaka berjaya meluaskan pemerintahannya. Justeru itu lahirlah Kanun Pahang, Kanun Johor, Kanun Kota Setar, Undang-Undang 99 Perak, Perlembagaan Terengganu dan Perlembagaan Negeri Johor. Manakala negeri-negeri Melayu pada ketika itu dinamakan Dar seperti Kelantan Dar al-Naim, Terengganu Dar al-Iman, Selangor Dar al-Ihsan dan sebagainya. Penggunaan Dar ini melambangkan penerimaan konsep negara Islam pada waktu itu.��

1. Bincangkan secara berkumpulan bagaimanakah pendakwah-pendakwah Islam terdahulu telah berjaya menyakini sultan-sultan Melayu untuk menerima Islam.

2. Jelaskan mengapakah rakyat di zaman kesultanan Melayu terdahulu amat menyanjung tinggi sultan dan bersedia untuk mengikuti tindakan sultan tanpa banyak soal.

3. Huraikan perbezaan struktur masyarakat pada waktu dahulu dan struktur masyarakat pada zaman ini.

SEMAK KENDIRI 3.1

3.2.1 Batu Bersurat Terengganu

Memandangkan tidak ada teori yang tepat berhubung dengan tarikh kedatangan Islam ke Malaysia, maka pelbagai teori dikemukakan oleh ahli-ahli sejarah berhubung dengan tarikh sebenar kemasukan Islam ke negara ini. Penemuan batu bersurat yang dijumpai di Terengganu bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi dianggap sebagai bukti tertua tentang teori kedatangan Islam dan kewujudan undang-undang Islam di Malaysia. Batu bersurat yang membuat empat penampang itu secara jelas menjelaskan pelbagai undang-undang yang ada dalam Islam. Ia mengandungi sepuluh peruntukan perundangan. Pada penampang pertama, boleh difahami sebagai muqaddimah yang menjelaskan tanggungjawab pemerintah Islam untuk melaksanakan serta memperkukuhkan segala ajaran Allah S.W.T. Tiga penampang yang berikutnya menyebut sepuluh peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan kepada rakyat Terengganu.

Page 7: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

� TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA 58

Bagaimanapun, tiga undang-undang pertama hilang bersama-sama dengan serpihan di bahagian atas batu tersebut. Peruntukan keempat berhubung dengan pemberian dan penerimaan hutang. Namun disebabkan berlakunya serpihan di bahagian muka batu tersebut, maka peruntukan keempat menjadi samar, demikian juga peruntukan yang kelima selepasnya. Manakala undang-undang yang keenam, tentang hukuman kesalahan orang berzina, iaitu direjam dengan batu bagi orang yang telah berkahwin dan rotan seratus kali bagi orang yang belum berkahwin. Peruntukan ketujuh pula adalah mengenai setengah-setengah perkara berkenaan dengan perempuan yang bermukah. Manakala peruntukan undang-undang yang kelapan, mengenai keterangan palsu, iaitu hukuman bagi menuduh suami-isteri melakukan zina. Peruntukan yang kesembilan, merupakan peruntukkan bagi mereka yang mungkir membayar denda. Peruntukan yang kesepuluh, sebagai undang-undang terakhir menyatakan penguatkuasaan undang-undang tersebut bukan sahaja kepada rakyat biasa, tetapi meliputi seluruh keluarga dan anak cucu baginda sendiri. Undang-undang yang tertulis di batu bersurat ini menjadi bukti kukuh bahawa undang-undang Islam telah datang ke Malaysia ini seawal tahun 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi, dan ianya dianggap undang-undang Islam tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Selain batu bersurat yang dijumpai di Terengganu, undang-undang Islam juga kemudiannya didapati ditulis, dan telah mempengaruhi masyarakat Islam di Malaysia, terutama selepas tertubuhnya kerajaan Melaka, sekitar tahun 1400 hingga 1511 Masihi.

3.2.2 Hukum Kanun Melaka

Hukum Kanun Melaka yang ditulis sekitar tahun 1445 Masihi, sebagaimana yang telah disebut oleh pengkaji sejarah Islam di Malaysia merupakan undang-undang bertulis kedua yang dipengaruhi oleh undang-undang Islam, selepas undang-undang Islam pertama yang terpahat di batu bersurat Terengganu. Berdasarkan kajian yang dibuat, Hukum Kanun Melaka meliputi pelbagai undang-undang Islam seperti undang-undang jenayah Islam, undang-undang muamalat, undang-undang keluarga Islam dan juga undang-undang berkenaan dengan keterangan dan acara dalam Islam.

3.2.3 Hukum Kanun Pahang

Penulisan Hukum Kanun Pahang pada masa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah, Pahang, di antara 1592 dan 1614 Masihi adalah lanjutan daripada Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, Melaka di antara tahun 1445 dan 1456 Masihi.

Page 8: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA � 59

Berdasarkan kajian oleh pengkaji-pengkaji sejarah Islam di Asia Tenggara, Hukum Kanun Pahang ini juga amat dipengaruhi oleh undang-undang Islam, di samping undang-undang adat setempat. Undang-undang Pahang telah diusahakan semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur. Difahami daripada kajian yang dibuat, Hukum Kanun Pahang ini adalah undang-undang Islam ketiga yang bertulis selepas Hukum Kanun Melaka dan batu bersurat Terengganu. Di dalamnya dinyatakan hukum-hukum Islam berkenaan dengan qisas, denda, persetubuhan haram atau zina, sodomi atau liwat, fitnah, minum minuman yang memabukkan seperti arak, mencuri, merompak, murtad, tidak solat, undang-undang keterangan dan acara, undang-undang berkenaan saksi, sumpah dan sebagainya. Terdapat juga peruntukkan mengenai perdagangan, jual beli, jaminan, pelaburan, amanah, pembayaran kepada pekerja-pekerja, tanah, pemberian atau hibah, wakaf dan sebagainya.�

3.2.4 Sirat Al-Mustaqim

Kitab Sirat al-Mustaqim sebuah kitab yang telah ditulis oleh Sheikh Nurudin al-Raniri. Ia merupakan sebuah kitab agung di Tanah Melayu yang merupakan sebuah kitab penulisan perundangan Islam terawal dan terbesar dalam bahasa Melayu. Ia dianggap sebuah kitab yang penting dan berwibawa pada zaman tersebut, dan kekal menjadi rujukan sehingga beberapa lama kemudian. Para pengkaji sejarah Islam di Malaysia telah sependapat menyatakan bahawa kitab ini telah dihasilkan pada abad ke-11 Hijrah bersamaan abad ke-17 Masihi. Pendapat yang kuat mengatakan bahawa kitab ini ditulis dalam tahun 1044 Hijrah bersamaan dengan 1634 Masihi. Dikatakan pada waktu menulis kitab ini, Sheikh Nurudin al-Raniri berada di Pahang, kemudiannya beliau ke Acheh dan menetap di sana. Kitab ini telah menjadi rujukan penting kepada umat Islam yang tinggal di Gugusan Kepulauan Melayu pada waktu itu. Undang-undang Johor juga mengikut Risalah Hukum Kanun dan sebagai tambahan pada awal abad ke-20, pengkanunan undang-undang Islam yang dibuat di Turki dan Mesir diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan telah digunapakai. Majallat al-Ahkam al-Adliyyah diterjemah sebagai Majalah Ahkam

Page 9: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

� TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA 60

Johor dan Kanun Qadri Pasha (Mazhab Hanafi) diambil dan diterjemahkan sebagai Ahkam Shariyyah Johor. Contoh-contoh di atas menunjukkan ada percubaan pada zaman sebelum kedatangan penjajah British untuk mengubahsuai undang-undang adat Melayu dan mengambil undang-undang Islam sebagai undang-undang rasmi di negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, proses ini akhirnya terhenti dengan kedatangan British ke Tanah Melayu dan pada waktu itu, pihak British mula menggunakan pengaruhnya untuk memberhentikan proses pengkanunan undang-undang Islam. Sebaliknya, British mula memperkenalkan undang-undang yang dibawa dari Eropah untuk digunapakai di Tanah Melayu. Dalam hal ini, ahli sejarah terkenal R.J. Wilkinson, yang mengkaji sejarah kedatangan Islam di Tanah Melayu telah menyatakan seperti berikut: "Tidak boleh diragukan lagi bahawa undang-undang Islam akan menjadi undang-undang Tanah Melayu sekiranya undang-undang British tidak masuk dan menahannya". Edmonds J.C dalam penghakimannya ada menyebut: "Penduduk di negeri-negeri Melayu ini hampir semuanya adalah beragama Islam. Mereka tinggal bersama-sama dengan pelombong dan pengusaha Cina. Satu-satunya undang-undang yang terpakai kepada orang-orang Melayu ialah undang-undang Islam yang diubahsuai dari adat-adat tempatan".

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Bincangkan dengan rakan-rakan anda mengapakah undang-undang Islam telah diterima dengan baik dalam masyarakat Melayu di zaman tersebut.

2. Carilah bersama-sama dengan teman-teman anda seberapa banyak kitab-kitab terdahulu yang berkaitan undang-undang Islam khususnya di Malaysia ini.

3. Terangkan siapakah Sheikh Nurudin al-Raniri yang terkenal ini, dan cuba dapatkan setiap buku-buku yang telah ditulis oleh beliau sepanjang hidupnya.

Page 10: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA � 61

KEMASUKAN BRITISH KE TANAH MELAYU

3.3

Penjajahan British terhadap undang-undang Malaysia telah bermula pada tahun 1786, apabila Kapten Francis Light telah mendarat di Pulau Pinang dan mengadakan perjanjian dengan sultan Kedah. Dengan termeterainya perjanjian tersebut, maka British mempunyai peluang untuk memperkenalkan dan seterusnya melaksanakan undang-undangnya di kawasan yang didudukinya. Inggeris menganggap bahawa Pulau Pinang belum ada sebarang undang-undang pada waktu itu, malah menganggap seluruh Tanah Melayu tidak ada sistem undang-undang yang teratur dan undang-undang Islam yang dilaksanakan adalah zalim dan tidak sesuai. Bertolak dari asas dan pemikiran inilah, maka Inggeris mencari jalan untuk memperkenalkan undang-undangnya, Maka untuk itu, mereka membuat keputusan melalui hakim-hakimnya bahawa Pulau Pinang adalah tanah yang baru dijumpai (Newly Settled Territory), oleh itu rakyatnya perlu tunduk kepada undang-undang Inggeris. Untuk mengukuhkan lagi keputusan ini, pihak Inggeris telah mengemukakan Charter Of Justice pada tahun 1807 yang membolehkan British menubuhkan Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang dan undang-undang Inggeris dikuatkuasakan. Demikian juga halnya dengan Singapura, dianggapnya sebagai tanah yang baru ditemui, maka undang-undang Inggeris diamalkan di sana. Melaka juga diletakkan sama dengan kedudukan Pulau Pinang dan Singapura. Bagi membolehkan mereka menyelaraskan pelaksanaan undang-undang di negeri-negeri tersebut termasuk Melaka, maka Charter of Justice yang kedua diwujudkan pada tahun 1826. Ketiga-tiga buah negeri ini yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat, mula mengamalkan undang-undang Inggeris sepenuhnya apabila undang-undang tahun 1826 diluluskan. Bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu pula, sistem Residen diperkenalkan. Melalui Residen ini, British menyalurkan undang-undangnya kepada pihak yang berkuasa tempatan iaitu dengan memaksa sultan-sultan supaya mengisytiharkan undang-undangnya atas nama sultan sebagaimana berlaku di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kemudiannya, sistem Residen ini dipanjangkan ke Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk memberi nasihat kepada pihak berkuasa tempatan tentang pentadbiran negeri dan undang-undang. Undang-undang Inggeris kemudian

Page 11: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

� TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA 62

diperkenalkan di sana melalui penubuhan Majlis Negeri (State Council) seperti yang berlaku di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Bagi negeri Johor pula, untuk membolehkan British menguatkuasakan undang-undangnya, maka satu pindaan telah dibuat dalam undang-undang negeri Johor terutamanya fasal 46 dan 47 iaitu "Bagi undang-undang yang tersebut bolehlah dari satu masa ke satu masa dibenarkan ahli mesyuarat itu daripada orang yang tidak daripada rakyat Johor". Dengan pindaan ini, membolehkan Inggeris memasukkan orang-orangnya menjadi ahli majlis mesyuarat untuk menguatkuasakan undang-undang Inggeris di negeri Johor.

3.3.1 Pegawai-pegawai Inggeris dalam Pentadbiran

Melalui pelbagai undang-undang, peraturan serta piagam-piagam baru yang diperkenalkan oleh British, maka pegawai-pegawai Inggeris telah diserap masuk ke dalam pelbagai badan pentadbiran kerajaan negeri. Dengan ini British telah dapat menguatkuasakan sebahagian besar dari undang-undangnya di dalam negeri-negeri Melayu. Dengan langkah yang sedemikian, undang-undang Islam telah mula disisihkan. Undang-undang Inggeris telah mengambil tempat undang-undang Islam secara halus dan tersusun, kecuali dalam hal-hal keagamaan dan kekeluargaan sahaja. British akhirnya meletakkan undang-undang yang berkaitan dengan hal ehwal keagamaan dan kekeluargaan di bawah pentadbiran Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu, dan Mahkamah Syariah yang mana Sultan dilantik sebagai ketua agama. Kedatangan British membawa perubahan yang besar dalam struktur pentadbiran negara iaitu wujudnya sistem sekular, yang memisahkan agama dari pentadbiran Negara.

Page 12: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA � 63

AKTIVITI 3.2

1. Bincanglah dengan kawan-kawan anda mengapa orang Melayu Islam tidak menolak secara besar-besaran penghapusan sistem Islam di zaman British ini.

2. Huraikan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak British dalam mengekang undang-undang Islam daripada diamalkan di zaman tersebut.

3. Sebutkan lima daripada pengajaran yang boleh diambil daripada sejarah British di Tanah Melayu pada waktu itu.

3.3.2 Zaman Kesedaran Islam

Secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa kebangkitan Islam di negara ini bermula seawal tahun 70an, apabila timbul kesedaran keislaman di kalangan cerdik pandai Melayu Islam dan golongan terpelajar yang berkelulusan universiti dari dalam dan luar negara. Hasil daripada kesedaran ini, maka muncullah kecenderungan-kecenderungan baru dalam masyarakat untuk melihat Islam diamalkan secara lebih luas dan lebih menyeluruh. Di kalangan ahli undang-undang pula, timbul minat dan kecenderungan untuk mengetahui dan mendalami sistem undang-undang Islam secara lebih terperinci. Di kalangan pemerintah pula, timbul semacam kesedaran untuk melaksanakan sistem Islam dalam ruang lingkup yang dianggapnya tidak bercanggah dengan undang-undang dasar negara. Maka diperkenalkan slogan Islamisasi atau penerapan nilai-nilai Islam. Akhirnya tertubuhlah Bank Islam, Takaful, Pajak Gadai Islam dan sebagainya. Universiti Islam telah mula menumpukan pengajiannya kepada banyak aspek perundangan Islam dan perbandingan. Universiti-universiti lain juga telah memperluaskan pengajian berkenaan dengan undang-undang Islam. Selain daripada itu, kesedaran Islam semakin mula terasa, bila mana terdapat negeri-negeri yang cuba memperkenalkan sistem undang-undang Islam seperti yang berlaku di Kelantan dan Terengganu. Jadi kecenderungan yang lahir daripada ledakan kebangkitan Islam ini perlu kepada penghayatan dan perancangan yang teliti dan menyeluruh bagi melicinkan

Page 13: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

� TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA 64

perluasan pelaksanaan sistem undang-undang Islam dalam pentadbiran negara. Setiap pihak hendaklah berperanan secara lebih aktif bagi merealisasikan kejayaan kepada perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia ini.�

3.3.3 Struktur Masyarakat Melayu di Zaman Tersebut

Pada peringkat awal kedatangan Islam ke Malaysia, pemerintah telah memainkan peranan yang cukup besar dalam pembentukan pelbagai undang-undang yang ada di Malaysia pada waktu itu. Merekalah yang telah mengarahkan supaya undang-undang ini digubal dan diamalkan di tanah jajahan takluk masing-masing. Undang-undang Islam yang pernah diamalkan di Malaysia ini bukan hanya tertumpu kepada undang-undang kekeluargaan Islam seperti nikah kahwin, cerai, pembahagian harta pusaka sahaja, tetapi mencakupi pelbagai bidang seperti muamalat dan juga jinayat. Walaupun pelaksanaannya tidaklah menyeluruh seperti di zaman Nabi s.a.w, atau di zaman sahabat dan di zaman kegemilangan Islam. Namun, secara umumnya undang-undang Islam ini telah dijadikan undang-undang negara pada waktu itu. Undang-undang Islam telah digunapakai dalam pelbagai bidang, di samping undang-undang adat Melayu pada waktu itu. Sudah pastilah penggubalan dan pelaksanaan undang-undang Islam ini memerlukan iltizam yang kuat daripada pelbagai peringkat masyarakat. Mustahil undang-undang Islam ini dapat dijelmakan ke alam nyata atau direalisasikan, sekiranya tidak ada kesungguhan dan kegigihan dan kerjasama yang erat di antara pemerintah dan para ulama pada waktu itu. Usaha tersebut menjadi lebih mudah dan berkesan kerana para pemerintah atau sultan-sultan Melayu pada waktu itu mempunyai kuasa mutlak. Sultan berhak untuk mengeluarkan sesuatu perintah atau undang-undang, tanpa campur tangan pihak lain. Berbeza dengan zaman sekarang, di mana Malaysia adalah sebuah negara yang disebut sebagai raja berparlimen, di mana segala undang-undang hendaklah dibahas dan diluluskan di peringkat parlimen oleh ahli-ahli parlimen, sebelum diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Demikian juga rakyat pada waktu itu amat mudah menerima segala perintah yang dikeluarkan oleh raja-raja Melayu, kerana pemikiran mereka masih baik � tidak dicemari oleh pengaruh-pengaruh luar.��

Page 14: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA � 65

3.3.4 Mazhab Shafie dan Realiti Masyarakat Melayu

Berdasarkan kepada undang-undang yang telah digubal di zaman kesultanan Melayu pada waktu itu, maka boleh difahami bahawa kebanyakan undang-undang tersebut dipengaruhi oleh mazhab al-Shafie, walaupun ada juga sebahagian kecilnya dipengaruhi oleh mazhab-mazhab lain. Perkara ini berlaku disebabkan hampir keseluruhan masyarakat Islam di Malaysia ini adalah rata-ratanya bermazhab al-Shafie. Bentuk-bentuk penulisan undang-undang Islam ini juga kuat dipengaruhi oleh tradisi penulisan Islam, di mana ianya dimulai dengan puji dan syukur kepada Allah dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebelum dimulai penulisan pendahuluan kepada undang-undang tersebut dan juga teks perundangan itu sendiri. Sebagai kesimpulannya, pelbagai undang-undang yang telah ditulis di zaman itu jelas membuktikan kepada kita semua bahawa Malaysia telah lama melaksanakan undang-undang Islam dalam kehidupan masyarakatnya. Teks undang-undang ini juga menunjukkan bahawa Malaysia telah lama memiliki undang-undang Islam bertulis, sebagai asas kepada pentadbiran sebuah negara, bagi mewujudkan pentadbiran yang licin dan berkesan, demi menjamin keamanan rakyat dan negara seluruhnya. Kanun undang-undang Islam yang terdapat di Malaysia dan diamalkan dalam masyarakat juga membuktikan dengan jelas bahawa Malaysia pada waktu itu terletak di bawah kekuasaan umat Islam. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa sebelum kedatangan penjajah, undang-undang Islam adalah undang-undang negara di Malaysia pada waktu itu dan mazhab yang diikuti ialah mazhab Shafie. Walau bagaimanapun, dengan kedatangan British ke Tanah Melayu, akhirnya usaha-usaha pengkanunan undang-undang Islam telah terhenti dan berakhir.

Page 15: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

� TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA 66

1. Nyatakan apakah perbezaan yang ketara antara undang-undang Islam dengan undang-undang British.

2. Bincangkan dengan rakan sekelas cara-cara untuk menyakinkan kembali masyarakat Islam supaya menerima dan beramal kembali dengan undang-undang Islam ini.

3. Carilah bersama teman-teman anda seberapa banyak langkah-langkah yang perlu bagi menghilangkan salah faham terhadap undang-undang Islam.

4. Jelaskan lima langkah yang perlu dimainkan oleh setiap Muslim untuk mendaulatkan undang-undang Islam ini.

SEMAK KENDIRI 3.3

APLIKASI HUKUM ISLAM DAN REALITI MASYARAKAT SERTA CABARAN

3.4

Setiap Muslim cukup memahami bahawa hukum-hukum yang diputuskan oleh Allah S.W.T dan Rasul-Nya merupakan hukum yang thabit, tidak harus bagi seseorang Muslim menafikan hukum tersebut dan meminda�mindanya tanpa sesuatu asas yang dibenarkan oleh Allah s.w.t. Walau bagaimanapun, perlu difahami kepelbagaian masyarakat, kelainan corak hidup, keadaan persekitaran yang berbeza, persepsi masyarakat yang berbeza, kadangkala memberi perubahan kepada sebahagian daripada hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah. Ini tidak bererti bahawa kita menidakkan kebenaran hukum Allah seperti yang telah dinyatakan oleh al-QurÊan, tetapi cabaran semasa, permasalahan setempat, kelainan masyarakat memberi impak dan kesan kepada perubahan hukum ini. Oleh itu kita sering kali bertemu dengan ungkapan bahawa meskipun nas tetap dan tidak berubah, namun fiqh atau hasil pengajian syariah terus mengalami perubahan sebagai manifestasi kepada keadaan pemikiran dan hidup masyarakat yang dinamis dan berkembang. Kita lihat misalnya dalam sejarah Islam, banyak perkara yang telah dilakukan oleh sahabat yang pada zahirnya adalah bertentangan dengan nas secara harfi, namun perkara itu berlaku hasil daripada pemahaman yang berbeza terhadap nas yang telah diturunkan oleh Allah. Kefahaman yang berbeza ini berlaku sesuai dengan dinamis dan berkembangnya keadaan manusia pada sesuatu

Page 16: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA � 67

masa, dengan melihat kepada pelbagai aspek seperti maslahah, sad al-zariah, istihsan dan sebagainya.

3.4.1 Umar Al-Khattab dan Kefaqihannya dalam Memahami Waqi‘

Di zaman Saidina Umar al-Khattab misalnya, banyak hal-hal yang telah dilakukan oleh beliau yang menunjukkan bahawa penafsiran kepada nas itu berkembang dan boleh difahami sesuai dengan realiti setempat dan keadaan semasa pada waktu itu. Ini juga sebagai bukti bahawa hukum-hukum yang tidak qatÂi sifatnya boleh difahami dan berkembang bersama-sama dengan perkembangan manusia. Meskipun al-QurÊan secara jelas menyebut al-MuÊallafatu qulubuhum sebagai salah satu golongan yang selayaknya menerima zakat, Khalifah Umar Ibn al-Khattab r.a pernah menghentikan sumbangan berkenaan. Ayat yang membolehkan muallaf menerima zakat terdapat dalam al-QurÊan seperti berikut:

��� �� ���� ������� ������ ���� � ���������� �� � �� ����� �� � ��� �� ����� �� ����� �� � � � �� ����� �������� ������������ ���������� ��� �� ��� ������ � ��������� �� ����� � ��� ����� ��� �������������

���� ����� ��� ��� ��!"#$

Bermaksud: Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, ppara Mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (al-Taubah 9:60)

Kata Umar r.a kepada ÂUyainah Ibn Husain dan al-AqraÊ Ibn Habis misalnya, Rasulullah s.a.w telah memujuk mereka supaya memeluk Islam, kerana pada waktu itu Islam masih lemah, tetapi pada zaman Umar al-Khattab Islam sudah kuat. Lalu Umar memutuskan untuk tidak lagi memberi wang zakat kepada mereka. Beliau lalu menyuruh kedua-dua muallaf yang sejak lama menampung sebahagian hidup mereka dengan sumbangan zakat itu supaya bekerja mencari rezeki.

Page 17: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

� TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA 68

Difahami daripada peristiwa ini bahawa dalam membuat keputusan berkenaan, Umar r.a bukannya membelakangi al-QurÊan atau al-Sunnah, tetapi mentafsirkannya dengan kefahaman baru yang sesuai dengan perubahan geografi dan keadaan ummah pada waktu itu. Umar al-Khattab melihat kepada nas bukan dalam bentuk lahirnya sahaja, tetapi juga kepada illat, maqsad dan objektif ayat tersebut. Dalam masalah pemberian zakat kepada muallaf ini, beliau sedar tujuannya yang sebenar ialah untuk memperkukuhkan Islam yang masih lemah pada zaman permulaannya dengan sokongan mereka. Maka oleh kerana keadaan telah berubah dan sebuah negara Islam yang kukuh telah terbina, pemberian seperti itu tidak perlu diteruskan lagi kerana sokongan yang diharapkan di sebaliknya itu sudah tidak diperlukan lagi. Daripada peristiwa ini, kita faham bahawa sahabah sentiasa hidup bersama zaman dan mereka amat memahami waqi dan realiti sesuatu masa, keadaan dan persekitaran mereka. Ini bererti pengajian syariah zaman ini juga perlu hidup dan menghayati keadaan dan persekitaran zaman ini. Dengan lain perkataan, kita perlu membina kefahaman kita sendiri sebagaimana mereka telah membina kefahaman mereka, asalkan sahaja kefahaman itu tidak lari dari batasan-batasan yang dibenarkan syarak. Caranya ialah dengan mendalami prinsip syariah, mendalami warisan fuqaha terdahulu, mengenali realiti masyarakat dan dunia sezaman dan memahami sistem moden serta kemajuan yang dicapai sekarang.

1. Bincangkan langkah terbaik untuk memahami waqi kepada umat Islam, supaya istinbat hukumnya berlaku dan berkembang bersama realiti umat.

2. Berikan lima lagi contoh-contoh lain yang telah dilakukan oleh Umar al-Khattab berdasarkan realiti semasa umat Islam pada waktu tertentu.

3. Huraikan mengapakan memahami realiti umat adalah penting dalam menentukan sesuatu hukum.

AKTIVITI 3.3

Page 18: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA � 69

3.4.2 Cabaran dan Masa Depan Undang-undang Islam di Malaysia

Persoalan yang lumrah kita dengari berhubung dengan undang-undang Islam ialah seperti persoalan adakah undang-undang yang sudah lapuk dan ditelan usia berbelas-belas abad lamanya itu masih mampu melayani kehendak zaman moden yang serba canggih ini? Tidakkah ini bermakna jika kita sedia untuk menerima undang-undang ini, bermakna kita akan kembali ke zaman lampau? Sudah siap sediakah undang-undang Islam ini untuk menggantikan undang-undang British yang sudah berakar umbi dalam kehidupan masyarakat Malaysia? Dilihat secara realitinya dalam masyarakat Malaysia, sebahagian besar masyarakat Malaysia lebih senang dan selesa untuk meneruskan undang-undang yang telah ditinggalkan oleh British ini. Sehingga ada yang berkata bahawa sejauh mana mereka senang dengan undang-undang British ini, sejauh itulah juga mereka ragu-ragu dan prejudis dengan kesesuaian dan kemampuan undang-undang Islam untuk menjadi undang-undang rasmi negara Malaysia yang berdaulat ini. Malangnya dalam pengajian sosial, pendapat umum dihuraikan sebagai suatu kebenaran dalam masyarakat berkenaan, walaupun ia sebenarnya suatu hakikat yang salah. Oleh itu, dalam kita merangka kerja-kerja besar, adalah perlu untuk kita membetulkan persepsi umum terlebih dahulu, sebelum kerangka besar ini dilaksanakan dalam masyarakat. Ini kerana, tanpa sokongan dan dokongan masyarakat ramai, suatu keputusan dan kerangka besar itu susah terlaksana, dan sukar mendapat kejayaan. Salah untuk kita berpendapat bahawa pendapat umum boleh dipinggirkan, asalkan sahaja apa yang kita ingin lakukan itu adalah sesuatu yang baik dan berfaedah. Seperkara yang perlu dihalusi ialah hakikat bahawa untuk membina atau memenangi pendapat umum ini tidak wajar dilakukan secara paksa, apa lagi dengan mewujudkan pelbagai akta demi memaksa masyarakat menerima sesuatu yang mereka tidak mahu. Malah ianya perlu dilakukan dengan cara yang amat halus dan penuh tanggungjawab. Inilah satu istilah yang pernah diungkap oleh al-QurÊan sebagai "al-Hikmah" dan juga "Mauizah Hasanah". Paksaan tidak akan membuatkan apa-apa natijah yang baik, sebaliknya akan mencetus pertentangan dan kebencian di kalangan masyarakat.

Page 19: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

� TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA 70

Secara ringkasnya boleh disimpulkan bahawa cabaran yang dihadapi oleh undang-undang Islam di Malaysia ini berkisar di sekitar tiga masalah utama:

� Cabaran politik dan juga perlembagaan

� Cabaran intelektual masyarakat

� Cabaran masyarakat majmuk Ketiga-tiga cabaran ini akan dibincangkan dalam subtopik yang seterusnya.�

3.4.3 Cabaran Politik dan Juga Perlembagaan

Suasana politik dan perlembagaan yang telah ditinggalkan oleh penjajah telah menjadi halangan yang cukup besar kepada terlaksananya undang-undang Islam di Malaysia ini. Apabila penjajah telah bersetuju menyerahkan Negara kepada masyarakat kita sendiri, itu bererti bahawa mereka telah yakin dengan tenaga terlatih yang telah ditinggalkan oleh mereka untuk menjadi penyokong-penyokong mereka yang setia. Penyokong tersebut akan meneruskan perlaksanaan nilai-nilai yang mereka telah tinggalkan, termasuklah perlembagaan yang telah ditinggalkan oleh mereka. Mustahil penjajah akan memberikan kemerdekaan, sebelum terlebih dahulu memastikan Negara tersebut akan terus berkiblatkan mereka. Golongan-golongan peneraju kepimpinan juga sudah dipastikan daripada orang-orang yang telah dilatih dan dididik dengan acuan mereka, sehingga mereka tidak mengenali nilai Islam, selain daripada nilai-nilai penjajah ini. Mereka akan terus berusaha untuk meneruskan kelangsungan ini dan merasa selesa dengan segala nilai dan tinggalan penjajah ini, kerana nilai-nilai tersebutlah yang mereka kenal dan terdidik dengannya sejak zaman berzaman. Perlembagaan yang ada, tidak membenarkan sama sekali undang-undang Islam dilaksanakan. Hanya perubahan yang ketara terhadap perlembagaan ini membolehkan undang-undang Islam menjadi undang-undang negara secara rasmi dan berdaulat.

3.4.4 Cabaran Intelektual Masyarakat

Pada masa yang sama, intelektual masyarakat perlu juga dibentuk dan disiapkan supaya boleh menerima undang-undang Islam ini dalam kehidupan mereka. Dewasa ini, kita menyaksikan masyarakat Islam sendiri, sebahagiannya menjadi penghalang yang amat jelas kepada undang-undang Islam ini.

Page 20: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA � 71

Mereka secara sedar ataupun tidak, telah memperlihatkan kejahilan dan kesombongan mereka untuk menerima undang-undang Islam ini. Oleh sebab itu, terlalu banyak usaha-usaha yang perlu diadakan demi memberi kefahaman yang menyeluruh dan sejati kepada umat Islam di Malaysia. Alim ulama, sarjana-sarjana Islam dan bijak pandai mestilah memahami dengan sejelas-jelasnya berhubung dengan undang-undang Islam ini. Kita tidak boleh lagi mencanangkan undang-undang Islam sebagai alternatif dengan menggunakan bahasa yang umum, tanpa memahaminya secara terperinci. Inilah yang pernah dinyatakan oleh Maulana Abu A'la al-Mawdudi sebagai tahu berkata tetapi tidak tahu apa yang diperkatakan. Dalam suasana begitu, kita tidak sepatutnya bercakap tentang undang-undang Islam menjadi alternatif kepada undang-undang yang sedia ada, sekira kita tidak mampu menggariskan konsep dan struktur yang jelas. Perlu juga diperjelaskan di sini bahawa salah tanggapan terhadap undang-undang Islam seperti yang disebut sebagai „undang-undang Islam Taliban‰ misalnya, mestilah diperbetulkan. Pendak kata kita perlu memperlengkapkan diri kita dengan kefahaman, garis panduan yang jelas, sebelum kita bercakap untuk menjadikan undang-undang Islam sebagai alternatif kepada undang-undang yang sedia ada. Kelemahan dari segi perancangan dan penjelasan, akan menggagalkan usaha yang murni ini.��

3.4.5 Cabaran Masyarakat Majmuk

Pada realitinya, masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan keturunan. Ini merupakan cabaran terhadap perlaksanaan undang-undang Islam di negara ini. Oleh itu, kita perlu menyakinkan masyarakat umum dengan kebaikan undang-undang Islam dan menonjolkan kepada masyarakat umum bahawa undang-undang ini adalah yang terbaik, bukan sahaja secara teori, malah secara praktikal. Kita perlu mewujudkan dialog yang lebih luas dan berkesan dalam masyarakat sama ada di kalangan orang Islam atau bukan Islam. Usahlah kita cuba menakut-nakutkan masyarakat, khususnya yang bukan Islam dengan undang-undang Islam ini. Cukuplah kita sendiri menjadi penghalang kepada usaha untuk memartabatkan undang-undang Allah ini. Malangnya apa yang dapat dilihat dalam realiti masyarakat, terlalu kurang penerangan berhubung dengan kebaikan undang-undang Islam.

Page 21: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

� TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA 72

Pihak-pihak yang berwajib juga semacam tidak begitu teruja untuk melihat undang-undang Islam ini dimartabatkan sebagai undang-undang rasmi negara. Sering kali kelemahan-kelemahan teknikal yang wujud dalam beberapa aspek undang-undang Islam itu diperbesarkan-besarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Salah faham dan prejudis terhadap undang-undang Islam dibiarkan berkumandang setiap hari, tanpa ada usaha yang padu untuk memberi penerangan yang sebenar kepada masyarakat terbanyak. Sebagai kesimpulannya, jika kita berjaya menyakinkan masyarakat Islam khususnya tentang kebaikan undang-undang Islam ini, maka sudah pasti cita-cita untuk menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undang negara bukan lagi sebuah impian dan angan-angan kosong. Sebaliknya akan menjadi satu realiti yang kebaikannya dapat dinikmati bersama oleh masyarakat, Islam dan bukan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Bertepatan dengan firman Allah yang telah diabadikan dalam al-QurÊan sebagai baldatun tayyibah wa rabul al-ghafuur.

SEMAK KENDIRI 3.4

1. Bincangkan dengan rakan-rakan anda cabaran-cabaran lain dalam merealisasikan undang-undang Islam ini.

2. Nyatakan lima sebab mengapa sebahagian umat Islam sendiri tidak menerima undang-undang Islam ini.

3. Terangkan apakah makna yang telah dinyatakan oleh mufassir berkenaan dengan ayat "baldatun tayyibah wa rabul al-ghafuur".

� Sebagai seorang Muslim, kita wajib menyakini bahawa undang-undang Allah adalah yang terbaik untuk kita semua.

� Sumber terpenting dalam undang-undang Islam adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabinya yang terakhir Muhammad s.a.w.

� Islam dan undang-undang Islam telah sampai ke Tanah Melayu melalui pedagang-pedagang Arab di zaman tersebut.

� Sultan-sultan Melayu di zaman awal Islam telah menerima Islam selepas disampaikan oleh mubaligh-mubaligh Islam pada waktu itu.

Page 22: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA � 73

� Masyarakat Melayu telah menerima Islam seawal kurun ke-15. Banyak bukti-bukti yang bertulis telah membuktikannya, antara yang tertua adalah batu bersurat Terengganu.

� Undang-undang Islam di zaman awal Islam di Tanah Melayu telah dicampur aduk dengan undang-undang adat yang terpakai dalam masyarakat Melayu pada waktu itu.

� Kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu telah menukar corak pemerintah, daripada pemerintahan Islam kepada pemerintahan berteraskan undang-undang British.

� Undang-undang British telah memperkenal sistem pemisahan di antara kehidupan dan agama yang disebut sebagai Sekularisme.

� Setelah sekian lama undang-undang British bertapak di Malaysia, kebanyakan umat Islam mulai merasa selesa dengan sistem British dan menolak untuk kembali kepada undang-undang Islam.

� Terlalu banyak salah faham yang berlaku ke atas undang-undang Islam, seperti tanggapan kononnya undang-undang Islam mundur, tidak mengikut peredaran zaman dan sebagainaya.

� Sejak kebelakangan ini, timbul kesedaran di kalangan umat Islam untuk kembali menghayati undang-undang Islam ini dalam kehidupan mereka.

� Wajib bagi kita umat Islam seluruhnya untuk memperbetulkan salah faham terhadap undang-undang Islam ini.

� Kita mesti yakin dan percaya bahawa jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh, maka pasti suatu hari nanti masyarakat Islam akan kembali menghayati keadilan dan keindahan Islam dalam kehidupan mereka.

Manhajul al-hayah Qisas Dar al-Naim Majallat al-Ahkam al-Adliyyah Waqi Al-Hikmah

Hudud TaÊzir Sirat al-Mustaqim Iltizam Muallaf Mauizah Hasanah

Page 23: Topik 3 Undang Undang Islam Dan Masyarakat Malaysia

� TOPIK 3 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA 74

Hj Muhammad, Abdul Kadir. (1996). Sejarah Penulisan Hukum Islam di

Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim, Ahmad & Joned, Ahilemah. (1992). Sistem Undang-Undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hj Abdul Majid,Mahmood Zuhdi. (1987). Kearah merealisasikan Undang-undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Akademi Islam Universiti Malaya

Muhamad,Abdul Halim. (1987). Sumbangan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Islam ke Arah Perlaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Akademi Islam Universiti Malaya.

Ibrahim, Ahmad. (1999). Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Malayan Law Journal Sdn Bhd.

Yaacob, Abdul Monir & Othman, Sarina. (1996). Tinjauan Kepada Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Ismail, Siti Zubaidah. (2007). Kesalahan Jenayah Syariah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Abdullah, Abu Bakar. (1986). Ke arah perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia: masalah dan penyelesaiannya. Kuala Terengganu: Pustaka Damai.

Nasohah, Zaini. (2004). Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia: sebelum dan menjelang merdeka. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Ibrahim, Ahmad. (1997). Kedudukan undang-undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Hamzah, Noraine. (1998). Undang-undang Islam sebagai undang-undang alternatif di Malaysia. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa.

��