kajian syariah dan undang-undang part 2.pdf

11
HAKIM SYARIE: PEMILIHAN, PERLANTIKAN DAN BIDANGKUASA Oleh: Hj. Ibnor Azli Ibrahim Md Yazid Ahmad PEMILIHAN HAKIM SYARIE DAN PERLANTIKANNYA ~emandangkan peri pentingnya jawatan hakim dalam sesuatu kerajaan, para fuqaha telah meletakkan urusan kehakiman di tangan ketua negara. fin ~Abidin di dalam hasyiahnya ada menyatakan: "Kuasa kehakiman tidak boleh diperolehi kecuali dari seorang sultan (ketua negara) atau yang setaraf dengannya. Andainya seluruh penduduk sebuah negeri bersepakat untuk melantik seseorang menjadi hakim, ianya tetap tidak sah" (Ibn CAbidin t.th: 451, al-Bahutiyy t.th: 283). Maksudnya di sini, perlantikan seorang hakim mestilah melalui pmerintah yang arif mengenai kelayakan orang yang akan dilantiknya atau melalui syura yang akan menjamin kewibawaan seorang hakim dan kemaslahatan umum. Jika h a k h dilantik sesuka hati, maka keadilan tidak akan tercapai. . -C 1 . . I Jika dilihat dari sudut undang-undang pula ianya amat jelas. Seseorang individu tidak mungkin boleh mendakwa bahawa dirinya rnenjadi hakim atau mempunyai kuasa melantik, kecuali setelah menepati peraturan dan undang-undang yang diterima pakai dalam sesebuah negara. 6s.. hd..t. MI. Arnalan di Malaysia menetapkan, hak memilih dan melantik seorang Hakim Syarie hanyalah di tangan Raja atau Yang Di Pertuan Agong yang merupakan pemimpin tertinggi dalam urusan Agama Islam di

Upload: phungtruc

Post on 31-Dec-2016

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Part 2.pdf

HAKIM SYARIE: PEMILIHAN, PERLANTIKAN DAN BIDANGKUASA

Oleh: Hj. Ibnor Azli Ibrahim

Md Yazid Ahmad

PEMILIHAN HAKIM SYARIE DAN PERLANTIKANNYA ~emandangkan peri pentingnya jawatan hakim dalam sesuatu kerajaan, para fuqaha telah meletakkan urusan kehakiman di tangan ketua negara. fin ~Abidin di dalam hasyiahnya ada menyatakan:

"Kuasa kehakiman tidak boleh diperolehi kecuali dari seorang sultan (ketua negara) atau yang setaraf dengannya. Andainya seluruh penduduk sebuah negeri bersepakat untuk melantik seseorang menjadi hakim, ianya tetap tidak sah" (Ibn CAbidin t.th: 451, al-Bahutiyy t.th: 283).

Maksudnya di sini, perlantikan seorang hakim mestilah melalui pmerintah yang arif mengenai kelayakan orang yang akan dilantiknya atau melalui syura yang akan menjamin kewibawaan seorang hakim dan kemaslahatan umum. Jika h a k h dilantik sesuka hati, maka keadilan tidak akan tercapai. . - C 1 . . I

Jika dilihat dari sudut undang-undang pula ianya amat jelas. Seseorang individu tidak mungkin boleh mendakwa bahawa dirinya rnenjadi hakim atau mempunyai kuasa melantik, kecuali setelah menepati peraturan dan undang-undang yang diterima pakai dalam sesebuah negara. 6s.. hd..t. MI.

Arnalan di Malaysia menetapkan, hak memilih dan melantik seorang Hakim Syarie hanyalah di tangan Raja atau Yang Di Pertuan Agong yang merupakan pemimpin tertinggi dalam urusan Agama Islam di

Page 2: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Part 2.pdf

Ibnor Azli & Md Yazid [Kajian Syminh dan Undang-Undang - Siri 2 1 20051

setiap negeri. Syarat pemilihan dan prosedurnya pula agak berbeza antara negeri.

Seorang Hakim Syarie yang telah dilantik akan menerima watikah perlantikan dari Sultan dan diumumkan di dalam warta rasmi kerajaan (Government Gaze t te ) . Dengan tersiarnya perlantikan hakim tersebut, beliau berhak menjalankan tugasnya sebagai hakim di tempat ia dipilih berdasarkan tanggungjawab dan hak-hak yang diberikanl.

SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN HAKIM SYARIE Syarat-syarat perlantikan seorang Hakim Syarie adalah merupakan jaminan terhadap keadilan di dalam sebuah masyarakat terutamanya masyarakat Islam. Lantaran itu, ia menjadi asas dalam pemilihan hakim di dalam setiap masyarakat di dunia. Islam mengambil berat terhadap syarat-syarat ini sesuai dengan tuntutan zaman demi keadilan sejagat.

Syarat-syarat perlantikan Hakim Syarie tidak disebut di dalam mana-mana enakmen di Malaysia sepertimana para fuqaha memper- incikannya dalam kitab-kitab mereka2. Sebaliknya mereka menambah syarat-syarat lain yang berbentuk Syakliyyah (teknikal) dan Mawduciyyah (objektif) iaitu:

i. Warganegara Malaysia. Disyaratkan kepada seorang Hakim Syarie memiliki kerakyatan Malaysia. Seseorang yang bukan warganegara tidak layak untuk menyandang jawatan ini.

ii. Berusia sekurang-kurangnya lapan belas tahun. Syariah Islamiah tidak mensyaratkan umur tertentu untuk penjawat jawatan

Seksyen 38 (3), Fhakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989. Para Fuqaha bersepakat menentukan syarat-syarat berikut kepada seorang hakim syarie iaitu: Islam, a@ baligh, adil, ilmu, merdeka serta sernpuma anggota badan dm ~mcaindera. Namun begitu, mereka berselisih pula dalarn menetapkan syarat: ijtihad dan jantina seomg hakim. Pada panclangan pedis, syarat "Hakim mestilah seorang lelaki" hendaklah dikua- maMkala @had pula lidakkh perlu dikua- kerana ia mempakan tahap kemampuan yang sukar diperolehi di zaman lampau, apatah lagi di zaman kita ini. Pensyaratan ijtihad juga mungkin akan mernbantutkan t a n m a w a b keadilan yang pedu disegerakan Hammam tth: 355, al-SanCaniiyy t.th. 52, a l - m y y tth: 375, Ibn Rushd ttfi: 4%, Ibn Farhun t . h 26, al-Mawardiyy t.th: 65, Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah t.th: 102, Al-Kasaniyy tth: 23, Ibn =Abidin t.U1. n, Ibn Abi al-Dam t.th: 70, Ibn Qudamah t.th: 380, al-Shyiyy t.th: 1088).

Page 3: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Part 2.pdf

Hakim Syarie: Pemilihan, Perlantikan dun Bidangkuasa

Hakim, sebaliknya mensyaratkan al-ahliyyah (kelayakan) yang sempurna. Namun begitu, pensyaratan usia lapan belas tahun dari segi undang-undang kini tidak pula menyalahi Syariah. Ini adalah kerana matlamat pensyaratan itu ialah untuk memasti- kan keadilan tercapai (secara teorinya) memandangkan sukarnya memperolehi seseorang hakim yang berkelayakan akademik dan memiliki kematangan jiwa kurang dari usia tersebut. Dengan syarat ini dapat dipastikan seorang pemohon itu telah mencapai sinn al-rushd (umur matang), kelayakan (ahliyyah) dan kesempurnaan pemikiran dalam satu waktu. Dengan sifat ini pemohon dikira layak dari segi undang-undang untuk memikul satu tanggungjawab yang besar.

iii. Kelayakan Syariah yang diiktiraf. Seorang pemohon juga disyaratkan memperolehi Ijazah Syariah kelas pertama atau kedua dari universiti atau institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Dengan syarat ini dapat difahami bahawa mereka yang memiliki kelulusan Pengajian Islam dan Arab selain dari Syariah tidak layak memohon jawatan ini sementara pemilik ijazah Syariah dengan takhassus Qada' adalah diberi keutamaan.

iv. Memiliki Diploma Pentadbiran Kehakiman Syarie dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau sijil yang setaraf dengannya dari mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan. Syarat ini bertujuan untuk menjamin kemampuan seorang Hakim Syarie dalam undang-undang semasa dan etika pentadbiran kehakiman negara.

v. Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat Sijil relajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Syarat ini bertujuan untuk menjamin kemahiran Hakim Syarie dalam Bahasa Kebangsaan dari segi penulisan dan pertuturan kerana ia merupakan bahasa undang-undang dan penghakiman di Malaysia.

Terdapat kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf untuk tujuan perlantikan ke jawatan Hakim Syarie selain daripada apa yang disebutkan d i atas. Umpamanya di Negeri Selangor, seorang yang pernah berkhidmat dalam bidang perundangan sebagai Peguam Syarie di

Page 4: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Part 2.pdf

Ibnor Azli & Md Yazid [Kajian Symiah dun Undang-Undang - Siri 2 / 20051

mana-mana Mahkamah Syariah tidak kurang daripada sepuluh tahun, atau seorang yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam Syariah dan Kehakiman, layak untuk dilantik sebagai Hakim Syarie3.

Di Wilayah Persekutuan pula, seseorang itu layak menjawat jawatan Ketua Hakim Syarie jika beliau pernah berkhidmat tidak kurang dari sepuluh tahun sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Manakala untuk jawatan Hakim Syarie pula, mereka dikira layak memohon jika ia pernah berkhidmat tidak kurang dari sepuluh tahun sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah, kadi, pendaftar atau pendakwa Syarie sesuatu negeri atau pada suatu masa pemah memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-maria

yang lain pula, atau seorang yang arif dalam hukum Syarak".

Jawatan Kadi telah diubah kepada jawatan Hakim Syarie secara otomatik ekoran penyusunan baru Sistem Mahkamah Syariah di Malaysia dan Hakim Syarie tersebut disyaratkan telah mengikuti Kursus Kehakiman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

BEBAN WGAS KEWA HAKIM SYARIE Seluruh Mahkamah Syariah Negeri Selangor diketuai oleh seorang Ketua Hakim Syarie yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Selangor dan menanggung beban tugas berikut:

1. Sebagai Ketua Jabatan Mahkamah Syariah Selangor Darul Ehsan. 2. Mendengar, rnernbicara dan rnemutuskan kes mal/jenayah

mengikut bidang kuasa yang diperuntukan dalam undang- undang.

3. Mendengar, membicara dan memutuskan Kes Rasuah daripada Mahkamah Rendah Syariah.

4. Menyediakan catatan perbicaraan dan alasan kehakiman kes-kes yang dirayu ke Mahkarnah Rayuan Syariah.

Seksyen 42 (I), Enahnen Pentadbiran Pmdangan Islam Selangor 1989.

selqen 41(2), 43(2), Akta Pentadbiran hdang-Wndang Islam Wilayah Perskuban 1993. Akta 505.

Page 5: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Part 2.pdf

Hakim Syarie: Pemilihan, Perlanfikan dun Bidangkuasa

5. ~ e n g e s a h k a n pembahagian harta pusaka (Faraid) yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

6. Menetapkan tarikh tangguhan kes setelah disebut di Mahkamah.

7. Menyediakan catatan perbicaraan dan alasan kehakiman untuk Jumal Hukum.

8. Meluluskan permohonan cuti rehat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Ketua Pendaftar.

9. Pengerusi Mesyuarat Hakim, Hakim Pendaftar dan mesyuarat kakitangan Mahkamah Tinggi Syariah.

10. Pengawal kewangan JabatanlMahkamah.

11. Menandatangani perintah Mahkamah yang telah diputuskan dan lain-lain mengikut peruntukan undang-undang5.

BEBAN TUGAS HAKIM SYARIE DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bertanggungjawab kepada Ketua Hakim Syarie dan memikul beban tugas berikut:

1. Mendengar, membicarakan dan memutuskan kes-kes Mall Jenayah dalam MahkamahKamar Hakim mengikut bidang kuasa yang ada (MaI: Tuntutan melebihi RM100,000.00, Jenayah: Denda melebihi RM2,000.00).

2. Mendengar, membicara dan memutuskan kes-kes Rayuan dari Mahkamah Rendah Syariah.

3. Menyediakan alasan-alasan kehakiman kes-kes yang telah diputuskan perkara 1 dan 2.

4. Menyediakan laporan kes-kes MalIJenayah untuk penerbitan majalah Undang-undang (Jumal Hukum).

5. Menentukanlmembahagi permohonan bahagian harta pusaka (Faraid) mengikut bidang kuasa yang ada (nilai harta pusaka melebihi RM100,000.00).

6. Menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan kes-kes Mahkamah Tinggi Syariah mengikut bidang kuasa yang diberi di bawah undang-undang yang ada.

Sumber dari Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor.

Page 6: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Part 2.pdf

%nor Azli h Md Yazid [Kajian Symiah dm Undang-Undnng - Siri 2 / 20051

7. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Hakim Syarie6.

BEBAN TUGAS HAKIM SYARIE DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH Hakim Mahkamah Rendah juga bertanggungjawab kepada Ketua Hakim Syarie dan menanggung beban tugas berikut:

1. Sebagai Ketua Pejabat di peringkat Mahkamah Rendah Syariah.

2. Mendengar, membicara dan memutuskan kes MalIJenayah di (Mal: Tuntutan tidak melebihi RM100,000.00. Jenayah: Denda tidak melebihi RM2,000.00).

3. Mencatit butir-butir perbicaraan di dalam MahkamahIKamar Hakim.

4. Menyediakan butir-butir laporan kes Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

5. Menyediakan alasan-alasan kehakiman kes-kes yang telah diputuskan.

6. Menyediakan laporan kes-kes MaUJenayah penerbitan majalah Undang-undang (Jurnal Hukum).

7. Menentukanlmembahagi permohonan bahagian harta pusaka (Faraid) mengikut bidang kuasa yang ada (nilai harta pusaka tidak melebihi RM100,000.00).

8. Pengawal kutipan hasil. 9. Melulus cuti rehat pegawai/kakitangan Mahkamah Rendah

Syariah.

10. Menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan kes-kes Mahkamah Rendah Syariah mengikut bidang kuasa yang diberi di bawah Undang-undang yang ada.

11. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariahf Ketua Hakim7.

Sumber dari Mahbnah Tinggi Syariah Negeri Sel-. ' M r dari Mahkamah T i Syariah Negeri Selangor.

Page 7: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Part 2.pdf

Hakim Syarie: Pemilihan, Perlantikan dun Bidangkuasa

TEMPOH DAN PERLETAKAN JAWATAN HAKIM SYARIE Perintah Am Kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa seorang Hakim Syarie boleh menjalankan tugasnya sehingga beliau berusia 55 tahun. Ia boleh meneruskan tugasnya selepas itu sehingga usia 68 tahun (di Negeri Terengganu) atau berusia 65 tahun (di Negeri Selangor) dengan syarat beliau tidak mengalami apa-apa gangguan kesihatan yang boleh menghalangnya dalam tugas sebagai Hakim Syarie.

Seorang Hakim Syarie boleh mengemukakan notis perletakan jawatannya pada bila-bila waktu sahaja. Kebenaran ini diperuntukkan dalam artikel39 (2) Enakmen Pentadbiran Perundangan Negeri Selangor. Notis permohonan perletakan jawatan itu hendaklah ditandatangani oleh hakim itu sendiri dan diajukan kepada Sultan. Apabila seorang Hakim Syarie meletakkan jawatan atau perlantikannya dibatalkan ianya hendaklah diumumkan di dalam Warta Kerajaan.

PERLUCUTAN JAWATAN HAKIM SYARIE Seseorang Hakim Syarie tidak boleh dipecat, prinsip ini diperuntukkan di dalam Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor. Namun begitu, Hakim Syarie boleh dipecat dari jawatannya dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam Enakmen dan akta yang berkaitan (Seksyen 39 (3), Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989).

Prinsip ini menjadikan jawatan Hakim Syarie berbeza dari jawatan pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Tanpa peruntukan perundangan yang sedemikian, seorang Hakim Syarie terdedah kepada ugutan untuk dipecat. Hal sebegini sudah tentulah mengundang bahaya yang besar di mana seorang Hakim Syarie akan dipengaruhi dan ditekan oleh kuasa lain dalam kerajaan. Perkara sebegini mestilah dijauhi demi menjamin kebebasan sistem kehakiman negara dari sebarang tekanan.

Sebab-sebab perlucutan jawatan Hakim Syarie disebutkan dalam beberapa akta termasuk Perintah Am Kerajaan Malaysia yang menjelaskan bahawa seorang pegawai boleh dipecat sekiranya:

1. Beliau menyembunyikan apa-apa kecacatan tubuh badan melalui laporan kesihatan atau beliau mengangkat sumpah palsu di dalam perintah am kerajaan No 23 (a)

perintah Am Kerajaan Malaysia No 23 (a).

Page 8: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Part 2.pdf

finor Azli & Md Yazid [Kajiun Symiah dan Undang-Undang - Siri 2 / 20051

2. Jika ia gaga1 dalam ujian yang ditetapkan atau tidak mendapat apa-apa surat sokongan daripada ketua jabatannya, sedangkan ia masih di dalam tempoh percubaan. Dalam ha1 ini kerajaan berhak menamatkan perkhidmatannya dengan cara memberi notis kepadanya berdasarkan Perintah Am Kerajaan no. 5g9.

Di Negeri Selangor, pemecatan seorang Hakim Syarie hendaklah dikemukakan oleh ketua Hakim Syarie kepada Sultan dengan menyatakan sebab-sebabnya iaitu seperti berikut:

1. Kelakuannya tidak baik; atau

2. Dia tidak berupaya oleh kerana kelemahan tubuh atau otak atau apa-apa sebab lain yang boleh menghalangnya dari menyem- pumakan tugas dengan sepatutnya.

Duli Yang Maha Mulia Sultan akan membentuk satu tribunal untuk membincangkan perlucutan jawatan seorang Hakim Syarie yang dianggotai oleh sekurang-kurangnya lima orang yang beragama Islam yang memegang atau telah memegang jawatan sebagai Hakim Syarie atau Hakim Mahkamah Awam di Malaysia. Tribunal ini diketuai oleh Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah mengikut keutamaan antara mereka sendiri, dan ahli-ahli lain mengikut tarikh perlantikan mereka bagi jawatan yang melayakkan mereka menjadi ahlilO.

Dalam Syariah Islamiah tidak pemah dinyatakan tentang perlucutan jawatan hakim Syarie ini. Cuma dapat difahami bahawa apabila seseorang Hakim dilantik setelah mencukupi syarat maka ia layak menjalankan tugasnya selagi mana keadilan boleh tertegak dan tiada sebab ia boleh dipecat jika tidak ada alasan yang munasabah termasuk kemaslahatan umumu.

Ibid.

Seksyen 39(4) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989.

Saidina Umar r.a pemah memecat Khalid bin Walid dari jawatan pernunpin tentera di Syam. Meskipun beliau mempunyai kemampuan yang cukup untuk memimpin tentera Islam berdasarkan kemenangan-kernenangan yang telah dicapainya di Syam dan Iraq. Namun Umar melihat kemaslahatan umum iaitu aqidah umat Islam lebih diutamakan dari kemenangan. Pada ketika itu para tentera mula meyakini kehebatan Khalid sebagai punca kemenangan. Umar telah memecat Khalid demi memelihara &idah urnat Islam. Peristiwa ini boleh dijadikan qiyas dalam pemecatan hakirn Syarie

demi memelihara kepentingan Umat Islam.

Page 9: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Part 2.pdf

Hakim Syarie: Pemilihan, Perlantikan dun Bidangkuasa

Walau apapun, pemerintah yang adil (al-Imam) adalah orang yang paling berhak menentukan kedudukan seseorang hakim menurut ijtihadnya yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. Jika tidak, hakim akan terdedah kepada permainan politik pemerintah seperti yang berlaku di =aman Khilafah al-AJolasiah12.

PENUTUP Institusi kehakiman perlulah menjadi satu badan bebas dalam sesebuah pemerintahan. Kebebasan Badan Kehakiman (Istiqlal al-Qada') ini adalah satu cara untuk menjamin keadilan terhadap masyarakat insani terjamin. Di samping itu, pemilihan hakim yang berkelayakan amat dititik beratkan oleh Islam demi memastikan badan ini diterajui oleh mereka yang benar-benar bertindak atas landasan keadilan.

Oleh yang demikian, kriteria hakim yang dilantik dalam Islam secara zahirnya telah berjaya memberi keyakinan kepada masyarakat umum, tidak kira agama apa pun yang mereka anuti. Keprihatinan Islam terhadap peribadi hakim yang dilantik amat teliti dan ia sentiasa dikaitkan dengan akidah Islam yang menjadi teras dalam sistem kehakimannya.

1 2 p-an terhadap hakim-hakim telah berlaku di zaman ini akibat perbalahan politik para pemimpin. Diantara hakim yang dizalimi ialah al-Qadi Ahrnad bin Abi Duad, al-Qadi Abu al-Muthna, al4adi Abu Urn= Muhammad, aLQadi Hamrnad bin Ishaq,

Abu al-Ali al-Muhassin dan lain-lain (Usam 1983: 95-111).

Page 10: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Part 2.pdf

Ibnor Azli ik Md Yazid [Kajian Syuriah dim Undang-Undang - Siri 2 / 20051

al-Shashiyy, Abu Bakr Muhammad bin Ahmad al-Qaffal. t.th. Hilyat al-Ulma' Fi MaCrifat Mazahib al-Fuqaha'. Jil. 7. Tahqiq: Yasin Daradkah. Amman: Maktabah al-Risalah al-Hadisah.

Al-Kasaniyy, Ala' al-Din Abu Bakr bin Mascud. t.th. Bnda'ic al-Sana'ic Fi Tartib al-Shara'ic. Jil. 9. Kaherah: Matbacah al-Imam.

Al-Sancaniyy, Ali bin Muhammad bin Ahmad al-Rahbiyy. t.th. Rawdat al-Qudah Wa Tariq al-Najah. Juz.1. Edit: Solah al-Din al-Nahi. Cet. 2. Jordan: Dar al-Furqan, Amman.

Al-Sharbiniyy, Shamsuddin Muhammad al-Khatib. 1415H11994M. Mughni d-Muhtaj Ila Sharh Alfaz al-Minhaj. Jil. 4. Edit: Ali Muhammad Muawwad. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Ibn Abi Dam, Shihabuddin Abu Ishaq Ibrahim bin Abdullah. 1402HI 1982M. Adab al-Qadi. Edit: Muhammad Mustafa al-Zuhayliyy. Cet. 2. Damascus: Dar al-Fikr.

Ibn al-Hammam, Kamal al-Din al-Sawasiyy. t.th. Takmilah al-Fath Sharh Fath d-Qadir. Edit: Abd al-Razzaq Ghalib al-Mahdiyy. Jil. 6. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Ibn al-Qayyim, Shamsuddin Abu Abdullah Muhammad bin Abu Bakr. t.th. A c h d-Muwaqqicin 'An Rabb al-cAImnin. Jil. 1,4. W i t : Dar al-Jayl.

Ibn 'Abidin, 1415Hl1994M. Radd al-Muhtm Sharh Tanwin al-Absar. Jil. 5, 8. Edit: Muhammad Ali Muawwad. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

al-Bahutiyy, Mansur bin Yunus bin Idris. 1316Hf1996M. Sharh Muntaha al-Zradat. Cet. 2. Mesir: Alam Al-;<utub.

Ibn Farhun, Burhan al-Din Ibrahim bin Ali bin Abi Qasim bin Muhammad. 1378H11958M. Tabsirat a l - H u k Fi Usul al-Aqdiah Wa al- Ahkam. Jil. l. Mesir: Maktabah Mustafa al-Bab al-Halabiyy Wa Awladuhu.

Ibn Qudamah, Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad al-Muqaddisiyy. 1414H/1994M. al-Mughni 'Ala Mukhtasar al-Khiraqiyy. Tashih: Abd al-Salam bin Muhammad Shahin. Jil. 9. Beirut: Dar al-Kutub al- Ilmiy yah.

Page 11: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Part 2.pdf

Hakim Syarie: Pemilihan, Perlantikan dan Bidangh

l$n Rushd, Muhammad bin Ahmad ibn Rushd al-Hafid. t.th. Bidayah al-Mujtahid Wa Nihayat al-Muqtasid. Tashih: Khalid al-Attar. Jil. 3. Beirut: Dar al-Fikr.

Usam Muhammad Syabaro. 1983M. al-Qada' Wa al-Qudah Fi al-Islam (al-'Asr al-~Abbasiyy). Beirut: Dar al-Nahdah al-Arabiyyah.

Sumber dari Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor.

SENARAI STATUT

Enakmen Pentadbiran Pemdangan Islam Selangor 1989. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.

Akta 505.

Perintah Am Kerajaan Malaysia No 23 (a). Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989.