kajian syariah dan undang-undang vol.3 part 1.pdf

17
KONSEP AMIL DAN PERANANNNYA DALAM PENGURUSAN ZAKAT Oleh: Hairullfazli Mohammad Som Azman Ab Rahman Abstrak Amil zakat bukan sekadar individu tetapi merupakan institusi yang berperanan menyempurnakan ibadah zakut. Masyarakat perlu faham tentang konsep amil pada zaman dahulu dan sekarang yang mempunyai banyak perbezaan terutama dari segi bentuk atau kaedah perlahanaan dan pengurusan zakat. Pada zaman Nabi Muhammad S.A. K amil dilantik oleh baginda dan dihantar ke wilayah-wilayah yang telah ditentukan untuk memungut zakat. Kebiasaan harta zakat yang telah dipungut akan diagihkan kesemuanya pada tempat yang dipungut kepada asnaf-asnaf yang berhak menerima zakat. Secara umumnya peranan utama amil dalam pengurusan dan pentadbiran zakat adalah memungut dan mengagihkan zakat. Memandangkan peranan atau tugas amil ini melibatkan harta zakat, sudah tentu terdapat syarat dan etika yang perlu dipatuhi bagi memastikan harta zakat dapat diagihkan secara telus, adil dan amanah. Justeru, artikel ini akan membincangkan konsep amil dari segi defnisinya dan kedudukannya dalam al-Quran dan hadis. Ia juga akan menghuraikan syarat dan etika amil yangperlu dimiliki oleh mereka bagi memastikan kelicinan perjalananan pengurusan harta zakat. Di samping itu, peranan dan kepentingan amil dalam pengurusan zakat akan dibincangkan dalam artikel ini dari aspek a/-Quran dan hadis serta pandangan para fuqaha. Di akhir artikel ini, isu hak dan ganjaran amiljuga diketengahkan untuk melihat pandangan ulama terdapat perkara ini. Diharapkan artikel ini dapat memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat tentang konsep amil dan kepentingannya dalam pengurusan dan pentadbiran harta zakat. Kata Kunci: amil, etika, asnaJ:

Upload: vothu

Post on 05-Feb-2017

305 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 1.pdf

KONSEP AMIL DAN PERANANNNYA DALAM PENGURUSAN ZAKAT

Oleh: Hairullfazli Mohammad Som

Azman Ab Rahman

Abstrak

Amil zakat bukan sekadar individu tetapi merupakan institusi yang berperanan menyempurnakan ibadah zakut. Masyarakat perlu faham tentang konsep amil pada zaman dahulu dan sekarang yang mempunyai banyak perbezaan terutama dari segi bentuk atau kaedah perlahanaan dan pengurusan zakat. Pada zaman Nabi Muhammad S.A. K amil dilantik oleh baginda dan dihantar ke wilayah-wilayah yang telah ditentukan untuk memungut zakat. Kebiasaan harta zakat yang telah dipungut akan diagihkan kesemuanya pada tempat yang dipungut kepada asnaf-asnaf yang berhak menerima zakat. Secara umumnya peranan utama amil dalam pengurusan dan pentadbiran zakat adalah memungut dan mengagihkan zakat. Memandangkan peranan atau tugas amil ini melibatkan harta zakat, sudah tentu terdapat syarat dan etika yang perlu dipatuhi bagi memastikan harta zakat dapat diagihkan secara telus, adil dan amanah. Justeru, artikel ini akan membincangkan konsep amil dari segi defnisinya dan kedudukannya dalam al-Quran dan hadis. Ia juga akan menghuraikan syarat dan etika amil yangperlu dimiliki oleh mereka bagi memastikan kelicinan perjalananan pengurusan harta zakat. Di samping itu, peranan dan kepentingan amil dalam pengurusan zakat akan dibincangkan dalam artikel ini dari aspek a/-Quran dan hadis serta pandangan para fuqaha. Di akhir artikel ini, isu hak dan ganjaran amil juga diketengahkan untuk melihat pandangan ulama terdapat perkara ini. Diharapkan artikel ini dapat memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat tentang konsep amil dan kepentingannya dalam pengurusan dan pentadbiran harta zakat.

Kata Kunci: amil, etika, asnaJ:

Page 2: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 1.pdf

Kajian Syariah dan Undang-Undang

PENDAHULUAN

Kebaikan dan faedah zakat akan dapat dirasai apabila amil memainkan peranannya dengan berkesan seperti yang pernah disaksikan sepanjang sejarah umat Islam. Amalan Rasulullah S.A.W yang menghantar amil- amil ke setiap wilayah urnat Islam telah menjadi pembuka jalan dan memberikan idea kepada para Sahabat R.A selepas baginda meningkatkan kecekapan pengumsan zakat.

Para Sahabat R.A menggunakan kelebihan perluasan empayar umat Islam untuk meluaskan lagi garis sempadan penghantaran amil bagi pihak khalifah. Mereka tidak sekadar mengekalkan gerak kerja yang sedia ada malah membangunkan institusi amil dengan perlaksanaan polisi-polisi baru, melatih para amil, evolusi dalam menentukan item- item yang wajib dizakat, panduan pengiraan zakat dan pelbagai lagi penambahbaikan yang perlu.

Secara khususunya peranan asasi amil adalah mengutip dan mengagih zakat untuk memenuhi tuntutan semasa. Segala bentuk proses kutipan dan agihan mesti dilakukan dengan perancangan yang rapi dan menggunakan mekanisme yang terbaik. Mekanisme ini sebahagiannya telah dinyatakan dalam nas dan perbendaharaan fiqh klasik. Apa yang diperlukan ialah memantapkan proses dan mekanisme tersebut dengan menggunakan kreativiti dan teknologi semasa. Peranan amil begitu signifikan dan wajar diakui dalam mengurus harta zakat.

DEFINISI AMIL

Perkataan amil ini diambil secara langsung daripada perkataan arab yang bererti pekerja (Ibrahim Mustafa et.al 1985). Menurut tatabahasa arab, amil berasal daripada perkataan "arnala yang bererti kerja, maka amil yang merupakan kata pembuat. Ia membawa makna orang yang bekerja dalam bidang pekerjaannya atau perusahaannya (Ibrahim Mustafa et.al 1985). Dalam maksud yang lebih khusus amil ialah orang yang mengambil zakat daripada pemilik harta atau pemeliharanya (Ibrahim Mustafa et.al 1985).

Ibnu Qudamah (2004) mentakrifkan amil sebagai golongan yang diutus Imam untuk mengambil zakat daripada pemiliknya, mengumpulnya, menjaganya dan memindah-mindahkannya. al-

Page 3: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 1.pdf

Konsep Amil Dan Peranannnya Dalam Pengurusun Zakat

Bahutiyy (1982) pula mengatakan bahawa arnil itu ialah pengutip, penulis, pembahagi dan pengumpul zakat. Dia ialah wakil kepada imam tetapi bukan kadi atau wali.

Menurut al-Qaradawiyy (1999), arnil ialah setiap mereka yang bekerja di bahagian pentadbiran zakat daripada pengutip yang mendapatkan zakat, pengawal yang menjaga dan menyimpan harta zakat, penulis, pengira dan pembahagi zakat kepada asnaf yang layak. Setiap mereka ini mendapat ganjaran daripada harta zakat agar mereka mengambil zakat daripada pemiliknya dan sebagai pemberi ingatan.

M I L MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Secara amnya amil bermaksud pekerja atau orang yang melakukan sesuatu perbuatan. Namun istilah ini tidak digunapakai secara meluas melainkan apabila melibatkan ha1 ehwal zakat. Istilah amil ini diungkap dengan jelas oleh al-Quran ketika Allah S.W.T menerangkan tentang golongan yang berhak menerima zakat dalam fman-Nya:

Yang bermaksud, "Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin, dun amil-amil yang mengurusnya @enguatk.uasa yang mengumpulkan zakat), dun orang- orang muallaf yong dijna&n hatinya, dun untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dun orang-orang yang berhutang, dun untuk dibelanjakan pada jalan Allah, dun orang-orang musafir yang keputusan dalam perja[anan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan yang datangnya daripada Allah, dun ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijabana. (al-Quran. al- Tawbah 9: 60).

Perkataan amil pada ayat yang disebutkan iaitu "orang yang bekerja", merujuk kepada individu atau kumpulan yang kerjanya

Page 4: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 1.pdf

Kajian Syariah dun Undang-Undang

menyempurnakan fardu kifayah sebagai pemungut, pencatat, penjumlah, pengumpul dan penjaga zakat yang berhak mendapat upah (al-Qurtubiyy t. th).

Keprihatinan Rasulullah S.A.W terhadap kewujudan amil dan pengiktirafan baginda terhadap mereka dapat dilihat menerusi sabda Rasulullah S.A.W yang membandingkan ganjaran amil yang setara dengan golongan yang berjuang dan berjihad ke jalan Allah dalam hadis:

Yang bermaksud, "Daripada RaJi" bin Khadij, Rasulullah S.A.W bersabda: "Amil @egawai zakat yang berkhidmat mengutip dun mengagihkan) sedekah (zakat) dengan hak (adil dun telus) akan mendapat pahala sebanding dengan pahala tentera yang berjuang di jalan Allah sehingga dia kembali ke rumahnya. (Hadis. Abu Dawud. Bab Fi al-Sacayah 'Ala al-Sadaqah. Juz' 3 : #293 8).

SYARAT-SYARAT AMIL

Arnil atau golongan yang terlibat dengan pentadbiran zakat perlu memiliki kriteria dan kualiti sebagaimana yang dibincangkan oleh para fuqaha. Antaranya, seseorang arnil itu mestilah Muslim, mukallaf, sihat tubuh badan dan berpengetahuan mengenai ha1 ehwal zakat.

Ibn Qudamah (2004) mensyaratkan amil mestilah muslim yang amanah dan bukan daripada saudara mara dan tidak disyaratkan kemerdekaan atau kemislcinannya. Ini kerana pengurusan zakat adalah sebahagian daripada wilayah (bidang kuasa eksklusif) untuk umat Islam (Al-Qaradawiyy 1999).

Firman Allah:

Page 5: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 1.pdf

Konsep Amil Dan Peranannnya Dalam Pengumsan Zakat

Yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil selain kamu menjadi orang dalam (orang kepercayaan) kamu" (al-Quran. Aii Imran 3: 118).

Syarat ini disepakati oleh jumhur fuqaha. al-Qaradawiyy (1999) berpendapat syarat Islam ini tidak terpakai ke atas pegawai yang tidak melakukan kerja-kerja asas amil iaitu pemungutan dan pengagihan seperti penjaga stor dan pemandu. Manakala al-Mawardiyy (t.th) mempunyai pandangan yang lebih terbuka dengan menyatakan segala tugas-tugas lain yang tidak melibatkan penentuan polisi dan membuat keputusan, dibenarkan kepada bukan Islam.

Syarat seterusnya ialah mukallaf. Secara ringkas mukallaf ialah cukup umur (baligh) dan waras fikiran (akil) (al-Qaradawiyy 1999). Ini m e n a f h kemungkinan orang gila atau kanak-kanak menjadi amil. Akil dan baligh itu sebahagian daripada wilayah, dan wilayah mensyaratkan amil memiliki kapasiti mukallaf (al-Bahutiyy 1982). Disyaratkan sedemikian kerana amil memikul tanggungjawab serius dalam pengurusan harta umat Islam (Mujaini Tarimin 2005).

Syarat berikutnya, amil mestilah berpengetahuan mengenai ha1 ehwal zakat dan memahami selok belok zakat dari segi hukum (al- Nawawiyy 1995). Syarat ini terpakai sama ada kepada amil daripada kategori tafiid (amil kategori pembuat keputusan dan dasar dalam kutipan dan agihan), mahupun daripada kategori tanfidh (amil kategori pelaksana iaitu yang melakukan kerja berdasarkan arahan dan suruhan). Kesemua jenis amil ini harus mempunyai ilmu yang mencukupi mengenai zakat (al-Bahutiyy 1982).

Syarat yang terakhir ialah berkemampuan dari segi fizikal. Ini merupakan syarat umum kepada apa jua jenis amanah dan pekerjaan (al-Qaradawiyy 1999). Oleh itu, amil mesti memiliki kemarnpuan fizikal yang disertai dengan ilmu dan kemahiran untuk melakukan kerja (al-Qaradawiyy 1999).

ETIKA AMIL

Ada beberapa perilaku atau etika yang perlu dimiliki oleh setiap amil. Perbincangan mengenai etika tertumpu kepada aspek akhlak dan budi pekerti seorang amil. Aspek ini akhirnya diangkat sebagai satu satu

Page 6: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 1.pdf

Kajian Syariah dun Undang- Undang

garis panduan umum yang menjadi rujukan ketika menjalankan tugas. Sebagai asas, amil merupakan individu yang memiliki sifat amanah, jujur dan telus dalam perkhidmatan. Fuqaha menetapkan asas kejujuran itu bermula dengan keperibadian seseorang yang adil (al-Nawawiyy 2000).

Jika seseorang itu dikenali sebagai orang yang fasiq, maka dia telah kehilangan sifat amanah. Bagaimana seorang yang tidak beriltizam terhadap agarnanya mampu beriltizam terhadap pemilik harta dan penerima zakat. Orang seperti ini dianggap mengutamakan nafsu sendiri daripada kepentingan orang lain (Mahrnood Zuhdi 2003).

Amil haruslah merupakan individu yang bersopan santun, mesra dan boleh dipercayai. Para amil disarankan agar berdoa kepada Allah dan mengucapkan syukur kepada pembayar zakat supaya mereka mendapat pahala dan keberkatan. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T :

Yang bermaksud, "Ambillah daripada harta mereka itu menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dun mensucikan mereka (akhlak yang buruk), dun doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dun Allah itu Maha mendengar lagi Maha Mengetahu?' (al-Quran. Al-Tawbah 9: 103).

Imam al-Shafi'iyy mengamalkan ritual berdoa kepada setiap pembayar zakat yang membayar zakat kepada mereka dengan doa yang bermaksud "Allah akan memberi pahala zakat yang kamu bayar, ia akan membersihkan hati kamu dun harta kekayaan milik kamu akan mendapat keberkatan" (al-Nawawiyy 1994).

Amil mesti mengelakkan diri daripada mudah menerima sebarang bentuk hadiah atau saguhati yang boleh membuka ruang kepada perbuatan rasuah (Mujaini Tarimin 2006). Mereka sarna sekali tidak boleh menerima apa-apa bentuk pemberian daripada pembayar zakat kerana ini boleh menjejaskan proses penaksiran dan kutipan. Mereka juga hams bersifat mubadarah (berinisiatif) sesuai dengan kehendak

Page 7: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 1.pdf

Konsep Amil Dan Peranannnya Dalam Pengumsan Zakat

firman Allah @I. . . G 4 2 ~ 9 . Oleh itu amil hams

bersikap turun padang memungut zakat dan bukan semata-mata berharap pembayar zakat akan datang kepadanya (Mujaini Tarimin 2006).

Secara keseluruhannya, perbincangan syarat dan tatalaku amil oleh fuqaha yang bersandarkan kepada kupasan al-Quran dan al-Sunnah mencerminkan keprihatinan Islam dan urnatnya terhadap pengurusan zakat yang efektif dan berjaya. Penjelasan mengenai etika amil memberi gambaran yang nyata terhadap bentuk pentadbiran yang telus yang diharapkan oleh Islam.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AMIL MENURUT AL- QURAN DAN AL-SUNNAH

Firman Allah S.W.T.

Yang berrnaksud, "Ambillah daripada harta mereka itu menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka (akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan Allah itu Maha mendengar lagi Maha Mengetahui" (al-Quran. Al-Tawbah 9).

Berdasarkan firman Allah di atas, ia menunjukkan peranan amil yang utama ialah mengambil zakat daripada pernilik-pemilik harta. Ia bererti, perlu ada segolongan manusia di kalangan umat Islam yang diberi kuasa untuk mengambil zakat daripada harta-harta milik umat Islam yang cukup nisab sama ada secara sukarela mahupun paksa (al- Qaradawiyy 1999).

Terdapat banyak hadis yang meriwayatkan peranan dan tanggungjawab amil, antaranya sebagai pemungut zakat daripada orang kaya untuk diserahkan kepada orang miskin sebagaimana dalam hadis

Page 8: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 1.pdf

a- ay r4p! ~aqez pneqol ns! say%uu m p m d SF% ynsawa,L .I- nap mdgny pos m a y J a q msadraq q l l n l n q 'eAy3~adra)

moas rmm~ - m m I a q apadaq nraAuaw %mA m l s ~ m ~ u y a m a d IFM p f u a w wrm r@~epa m u n ~ ay sWn!p mnlaqas snmfas m,nyy apadaq ~ j r s q e n n l n q %quad =sad wqm y! s p g

'(96~1# :~,mf 'nuvx nylrCo~, vnvbnd-lv !J nppvnnj VM , v(zuy8y -lV U!H Y V ~ V P V S -lV W V qV8 :IqVZ -10 qvl!x 'MF~)F~-la 's!pvH) ,,yvl1y uvp qanaut vnviuv (Suqvy8uad nvjv 8uvpvy8ua4) qvfiy vpvp vXu yn88unsq '!u+lvz!p 8uvk 8uvn0 vop y v l ~ q v j 'qanaut y!vqnai V J A V ~

1!qtuv8uaut vpvduvp yvlyvy-pvyaq qvur 'nq ynadas nuiyvvjuauc qanaut vkuvnyas qanaut uv8uvlq !p uys!ut ~UVAO-8uvn0 vpvdq uqyv.ias!p yniun qanaur uv8uvlq !p v@ ~ U V A O - ~ U V A O vpvdznvp pqwv?p '(lqvz) yqapas nl! qwaut vuvy sviv ay qanaut uvyq![v~aut yvpl yvl1y vXu y n38unsas 'qanatu yvln y vipaq %u+ y wvucaut qa1aut vrCuvn!yas .urv~vms pvyas nqvM jvlos vuuy vyanaut uqq![v~aw y v p ~ yv1ly VXU yn82unsas qa1aut vpvday yvln yvjpaq cnucvpvday ywvd qaau t vAuv~yas -yvlly ywnsad nj! pvutucv qnl;y uvp yvlly uqu!v1aut uvynj vpvp !syvs~aq ynjun vyanauc yvlnnas Ivyanaw @vujvpuaur nq8ua q . ~ y ' q v ~ g q y y uv8uap nwalnaq uvyv nv@ug,, :uvurv~ ay pqvy u!q ZV, nm snm3Uaut vy!jay vpqvs~aq ~ ' y x 1 q v ~ :uvy~vAv~~naut nvyaq 'svqq y nuql vpvdznva,, 'pnsyeurraq % u a ~

8uvpunJuvpun uvp yv.uvXs uv![vx

Page 9: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 1.pdf

Konsep Amil Dan Peranannnya Dalam Pengutusan Zakat

zakat itu mesti di salurkan. Amil juga berperanan sebagai ejen penguatkuasa kutipan zakat

yang turut memberi peringatan kepada pembayar zakat seperti dalam hadis berikut:

Yang bermaksud, "Daripada Bahz bin Hakim daripada ayahnya daripada datuknya bahawa Rasulullah S.A. W bersabda: "Bagi setiap unta sa 'imah (tidak bekerja) yang mencapai 40 ekor, wajib dikeluarkan seekor, dun tidak diasingkan samada kurus atau gemuk. Sesiapa yang mengeluarkan zakat kerana hendakkan pahala -Ibnu al-Ala' berkata pahala dengan berzakat- maka baginya pahala. Sesiapa yang enggan membayar zakat, maka sesungguhnya kami akan mengambilnya dun sebahagian hartanya sebagai satu kewajipan daripada kewajipan- kewajipan yang diwajipkan oleh Allah Tuhan kita. Tidak ada bahagian zakat itu bagi keluarga Nabi S.A. W' (Hadis. Abu Dawud. Bab Fi Zakat a/-Sa 'imah. Juz'2: #1575).

Hadis ini secara diplomasi menyeru dengan berhikmah agar membayar zakat dengan menyebut ganjaran bagi pembayar. Ia juga mengancam untuk merampas harta mereka yang enggan membayarnya. Ini menjadi asas kepada dalil penguatkuasaan terhadap golongan yang enggan membayar zakat.

Rasulullah S.A.W juga secara peribadi telah menunjukkan teladan kepada kita untuk menyeru kepada urnat secara berterus terang agar membayar zakat. Maka amil mesti bertindak sebagai penyeru atau juru kempen mengajak urnat membayar zakat sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis berikut:

Page 10: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 1.pdf

Kajian Syariah dun Undang-Undang

Yang bermaksud, "Rasulullah S.A. W telah keluar pada Hari Raya. Baginda solat sunat Hari Raya dua rakaat, tanpa solat lain sebelum dan sesudahnya, Ialu Nabi berpaling ke arah kaum wanita dan bersamanya Bilal. Baginda menyeru mereka agar membayar zakat. Selepas mendengar pesanan baginda S.A. K mereka memberikan gelang dan anting-anting emas sebagai zakaf' (Hadis. al-Asqalaniyy. Kitab Zakat: Bab Tahris 'Ala as-Sadaqah Wa al-Shafacah Fiha. Juz'3: #1431).

Hadis ini menerangkan bagaimana Rasulullah S.A.W telah menyeru kaum wanita secara khusus untuk mengeluarkan zakat. Dengan segera difahami oleh kaum wanita dan mereka menyerahkan sebahagian harta berharga mereka.

Kesimpulan daripada ayat al-Quran dan hadis-hadis di atas menjelaskan peranan arnil bukan mengutip zakat semata-mata, malah diamanahkan untuk melaksanakan tugas-tugas lain yang menjurus kepada kesempurnaan ibadah zakat.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AMIL MENURUT FUQAHA

Para fuqaha silam seperti al-Bahutiyy (1982), al-Nawawiyy (1995) dan Ibnu Qudamah (2004) menyebutkan satu persatu peranan dan tugas seperti pemungut (saciyy) (al-Sharbiniyy 2000), penulis atau pencatat (katib), pengagih (qasim), pengumpul (hashir), mengenalpasti penerima zakat ("arij), pengira kutipan (hasib) (al-Jawziyy, 1998: 9) dan pemelihara harta zakat (hafiz), berdasarkan kepada apa diamalkan oleh generasi sebelumnya di samping beberapa jawatan tarnbahan bagi mengemaskinikan operasi zakat di era mereka.

Page 11: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 1.pdf

Konsep Amil Dan Peranannnya Dalam Pengumsan Zakat

Al-Qaradawiyy (1999) merumuskan, amil merupakan golongan yang menguruskan dua tanggungjawab asas: kutip dan agih, iaitu mengutip zakat daripada mereka yang layak berzakat dan mengagihkan kepada asnaf yang lapan. Tidak kira apa jua jawatan mereka yang menjurus kepada aktiviti mengumpul, mengira, menyimpan, mengurus, merancang, menjaga dan mengagih harta zakat. Namun ini tidak termasuk sultan, raja, gabenor mahupun hakim yang terlibat dengan kerja-kerja amil. Walau bagaimanapun mereka layak mendapat upah dari baitulmal (al-Nawawiyy 1995).

Menurut Abang Mohamad Shibli (2000), secara ringkas, peranan amil adalah merancang, mengelola dan melapor semua kerja berkenaan urusan zakat seperti operasi perundangan dan peraturan, pengurusan kewangan, sistem pungutan, sistem agihan, pelaburan, pengurusan projek dan penjagaan aset.

Amil menguruskan proses mengenalpasti penerima zakat, menyiasat dan memproses setiap permohonan dan bertanggungjawab menentukan kesahihan dan kelayakan yang digariskan, memberi bantuan dalam bentuk yang diluluskan, mengesan keberkesanan bantuan dan membuat laporan aktiviti-aktiviti tersebut untuk rekod dan semakan dari semasa ke semasa (Abang Mohamad Shibli 2000).

Mereka menentukan lebihan kewangan zakat disimpan atau dilabur ke institusi yang selamat. Oleh yang demikian segala jenis pekejaan yang dilakukan demi kepentingan organisasi tersebut melayakkan seseorang itu menjadi amil (Abang Mohamad Shibli 2000).

Perlantikan mereka menjadikan proses perlaksanaan zakat lebih teratur dan sistematik. Di negara minoriti umat Islam, pelbagai badan, yayasan atau pertubuhan diwujudkan sendiri oleh komuniti Islam terbabit untuk menguruskan hal-ehwal zakat (Mujaini Tarimin 2000). Oleh kerana m i l terlibat dalam suatu bentuk pengurusan aset yang kompleks, dalam skala yang besar dan kadangkala bersifat nasional, maka arnil tidak sesuai dianggap sebagai tugasan individu secara ~eribadi, tetapi dalam bentuk sebuah organisasi besar yang teratur. Inilah asas kepada pembentukan istilah amil korporat (Hasan Bahrom & Ezani Yaakub 2006).

Page 12: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 1.pdf

Kajian Syariah dun Undang-Undang

KEPENTINGAN AMIL

Setelah memahami setiap sudut peranan mi l , isu kepentingan golongan ini terhadap masyarakat wajar dibicarakan dengan lebih lanjut. Antaranya, amil boleh dianggap sebagai pengantara (mediator) antara pembayar zakat dan asnaf. Pembayar zakat dan penerima zakat lebih baik tidak bertemu antara satu sama lain secara langsung kerana bagi pembayar zakat, situasi ini boleh merosakkan keikhlasan seperti timbulnya perasaan riya' dan bangga diri.

Pada waktu ykng sama di sisi penerima mereka akan berasa malu, hina dan rendah diri kerana seolah datang meminta daripada pemilik harta, maka itu lebih baik bagi pembayar zakat menyerahkan sahaja proses penyerahan itu kepada amil. Amil pula sebagai pemegang amanah dan tidak terbeban dengan pelbagai emosi melainkan perasaan bertanggungjawab melaksanakan tugasan (http://www.suaramerdeka. c o d , 22 Februari 20 10).

Amil sebagai sebuah institusi yang mempunyai kapasiti sebagai pemberi peringatan dan penguatkuasa yang diberi kuasa dan kekuatan undang-undang untuk mengambil harta daripada pembayar zakat. Kuasa yang ada pada mereka mendorong pembayar zakat menunaikan tanggungjawab mereka. Fitrah semulajadi manusia sayangkan harta mereka. Oleh itu amil diperlukan dalarn proses pembayaran zakat selaras dengan firman Allah yang bermaksud "ambillah dari harta- harta mereka". Ayat ini merupakan perintah khas kepada amil untuk bertegas (Al-Qurtubiyy t.th).

Soal pendekatan, bergantung kepada situasi. Lebih utama untuk menggunakan pendekatan yang lernah lembut namun apabila ia tidak berhasil, amil berhak menggunakan cara yang keras seperti mengenakan denda dan hukuman terhadap golongan berkernampuan yang engkar membayar zakat. Amil menjadi golongan yang sentiasa mengingatkan manusia tentang kewajipan zakat kerana bukan semua manusia bersedia menolong orang lain dengan harta mereka (al-Qaradawiyy 200 1).

Amil sebagai sebuah organisasi yang berskala besar dan sistematik bermakna kerja-kerja yang dilakukan tidak mampu dilaksanakan secara individu. Bermula daripada ke rja-kerja mengaudit harta pemilik zakat, mencari asnaf, menyiasat asnaf yang layak dan menyelaras kadar dan bentuk bantuan kepada semua asnaf, menyimpan harta zakat tersebut,

Page 13: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 1.pdf

Konsep Amil Dan Peranannnya Dalam Pengumsan Zakat

merekod segala urusan dan lain-lain lagi. Sekiranya tugas mengurus zakat ini dibebankan ke atas pemilik harta, tentu timbul pelbagai kesukaran dan kepincangan. Sebagai contoh, pemilik harta mungkin tidak dapat mengesan kesemua asnaf zakat yang ada dalam sesebuah negeri atau bandar.

Pemilik harta tentu menghadapi kesukaran untuk mengetahui adakah seseorang itu benar-benar layak menerima zakat, mampukah dia menyiasatnya, bagaimana penentuan kelayakan itu dibuat, berapakah kadar yang diperlukan dan bagaimana untuk mengelakkan pertindihan bantuan. Ditambah lagi bukan semua penerima zakat itu golongan fakir dan miskin semata-mata kerana ada lagi golongan-golongan lain yang layak menerima zakat seperti pejuang Ji sabilillah, musafir, muallaf, orang berhutang dan hamba (al-Qaradawiyy 200 1).

Oleh itu, kewujudan amil penting bagi memastikan zakat dilaksanakan dengan sempurna dan memberi impak yang besar terhadap peningkatan taraf hidup dan sosio-ekonomi urnat. Campurtangan kerajaan pula diperlukan untuk melantik amil terbaik menguruskan zakat kerana ia melibatkan kepentingan negara secara keseluruhannya. Sehubungan itu, tanggungjawab negara melantik amil adalah satu keperluan dan bukannya pilihan.

HAK DAN GANJARAN AMIL

Amil berhak mendapat upah daripada hasil kerja yang mereka lakukan. Hak amil diperoleh atas dasar ganti ("iwad) kepada kerja, manakala asnaf lain kerana kesusahan (muwasat) (al-Nawawiyy 1995). Rasulullah S.A.W pemah mengutus Umar R.A pergi mengutip zakat, dan kemudian memberi upah kepada Umar R.A daripada zakat itu sendiri (Zaydan 2000).

Oleh itu, perbuatan Rasulullah S.A.W ini telah menguatkan lagi nas al-Quran yang menerangkan golongan yang berhak mendapat zakat. Namun beberapa persoalan timbul berkaitan hak dan ganjaran amil tentang sebanyak manakah upah tersebut hams diberikan.

Jumhur fuqaha yang terdiri daripada Abu Hanifah (Ibnu Abidin 1966), Shafi'iyy (t.th), Mujahid clan tabiin sebelurnnya seperti Urnar Abd al-Aziz (al-Qurtubiyy 1996) berpendapat arnil berhak mendapat upah daripada peruntukan dana zakat. Manakala satu pendapat daripada

Page 14: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 1.pdf

Kajian Syariah dun Undang-Undang

Imam Malik yang berpendapat upah amil ditentukan daripada peruntukan baitulmal (Ibnu Arabiyy t.th).

Menurut Ibnu Abidin (1966)' sebarang kekurangan dalam pembayaran upah, sekalipun sesudah diambil separuh daripada jumlah pungutan, peruntukan baitulmal tidak boleh diambil untuk menampung kekurangan itu. Ini kerana kumpulan wang zakat adalah kumpulan tersendiri dari segi sumber dan perbelanjaan.

Pendapat mazhab Shafi'iyy pula lebih fleksibel. Kekurangan bahagian pada mana-mana asnaf boleh ditampung oleh asnaf lain. Malah menggunakan wang baitulmal untuk menampung mana-mana asnaf pun dibenarkan tanpa sebarang perselisihan (al-Nawawiyy 1995). Lebih jauh lagi, upah amil dibayar oleh baitulmal atau kerajaan dan kesemua hasil pungutan zakat diserahkan kepada asnaf lain (A Survey of Institution of Zakah: Issues, Theories and Administration, t.th). Ini yang diamalkan di Kuwait ketika membayar gaji pegawai di Bayt- Zakat. Mereka tidak menggunakan wang zakat tetapi diambil daripada tabung baitulmal.

Pembahagian zakat mengikut nisbah asnaf iaitu satu perlapan (118) telah lama menjadi tradisi masyarakat Islam, pandangan ini sering mendapat kritikan kerana bagi setiap asnaf pasti berbeza dari segi jumlah, keperluan dan keutamaan. Para fiqaha sebenarnya berbeza pendapat di sini.

Imam Shafi'iyy (t.th), Mujahid dan satu pendapat daripada mazhab Maliki (Ibnu Al-Arabiyy t.th) memutuskan upah amil adalah satu perlapan daripada keseluruhan kutipan. Pandangan ini berdasarkan kepada kehendak ayat 60 surah al-Tawbah yang menegaskan bahawa pembahagian asnaf itu kepada lapan secara tepat dan terperinci. Oleh itu pembahagian satu perlapan adalah menepati nas secara qat'ie dan tidak hams membawa kepada takwil (Mujaini Tarimin 2006).

Pandangan yang kedua, ganjaran yang sesuai dengan bidang kerja pegawai zakat samada h a n g satu perlapan atau lebih asalkan tidak melebihi separuh daripada perolehan zakat pada tahun sernasa (Ibnu Humrnam 1970). Fuqaha Hanafiyyah menetapkan tidak boleh melebihi sepiuuh kutipan (Ibnu Humrnam 1970) dalam kes kutipan rendah agar maslahat asnaf lain terpelihara.

Terdapat juga satu pandangan terpencil yang meletakkan beban upah arnil ini ke atas pemilik harta yang menyerahkan hartanya kepada

Page 15: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 1.pdf

Konsep Amil Dan Peranannnya Dalam Pengumsan Zakat

amil untuk dikira. Contohnya, arnil yang bertugas mengira zakat kambing. Berdasarkan qiyas dalam sesi jual beli di mana kos menimbang, mengira dan mempakej barang jualan adalah tanggungjawab penjual (al-Nawawiyy 2000).

Dalam mencari penyelesaian terbaik terhadap persoalan upah amil, ada pandangan mazhab Shafi'iyy yang menyerahkan kepada pemerintah untuk menentukannya, sama ada kekurangan dalam kutipan boleh ditampung oleh baitulmal atau diambil bahagian asnaf yang lain untuk diserahkan pada amil (al-Nawawiyy 1995).

Berdasarkan pandangan-pandangan di atas, penulis berpendapat pandangan yang mengatakan ganjaran amil berdasarkan tugas yang mereka laksanakan adalah lebih wajar untuk dipraktikkan daripada soal pembahagian satu perlapan atau yang seurnpamanya.

Pada asasnya, upah atau ganjaran perlu diberikan kepada amil dengan kadar yang wajar. Upah ini tidak perlu dipersoalkan sekalipun amil tersebut daripada golongan yang berharta kerana hak menerima zakat oleh mereka merupakan ketetapan al-Quran dan sebagai balasan kepada kerja-kerja pentadbiran yang dilakukan la tidak seperti asnaf lain yang lazimnya menerima zakat kerana situasi sukar yang mereka hadapi.

Sebenarnya, bukan sahaja persoalan kewangan semata-mata yang perlu diberi perhatian, segala kemudahan yang diperlukan oleh amil juga wajar disediakan seperti pejabat, kenderaan dan hak-hak lain seperti hak menaksir, mengaudit, mengakses maklumat dan seterusnya hak menguatkuasakan zakat. Namun dalam situasi pemilik harta melakukan agihannya sendiri, bahagian amil gugur dengan sendiri pada ketika itu (al-Nawawiyy 1995).

PENUTUP

Amil zakat bukan sekadar individu tetapi merupakan institusi yang berperanan menyempurnakan ibadah zakat. Institusi arnil melakukan pelbagai tugas berkaitan zakat yang memerlukan gabungan beberapa jenis kepakaran. Satu pembaharuan dalam bidang tugas amil perlu dilakukan bagi melancarkan dan melicinkan pengurusan zakat pa& rnasa kini melalui penggunaan teknologi dan kreativiti pengurusan organisasi.

Page 16: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 1.pdf

Kajian Syariah dun Undang-Undang

Penulis amat yakin sekiranya sistem amil ini dapat dirancang dan diatur sebaik mungkin, tidak mustahil pada satu hari nanti tiada lagi mereka yang bergelar fakir atau miskin di Malaysia sebagaimana yang berlaku pada zaman Umar Abdul Aziz.

Al-Marhurn Profesor Tan Sri Datuk Ahmad bin Mohamed Ibrahim (1 997) pernah berkata:

"Sekiranya pentadbiran dan pembahagian zakat yang cekap dan teratur, tidak mustahil akan datang masa sekali lagi di mana tidak terdapat lagi orang-orang yang berhak menerima zakat. Hasil pungutan zakat boleh digunakan untuk kes-kes kecemasan, maslahah dan kebajikan orang Islam amnya".

Page 17: Kajian Syariah Dan Undang-Undang Vol.3 part 1.pdf

Konsep Amil Dan Peranannnya Dalam Pengurusan Zakat

A Survey of Institution of Zakah: Issues, Theories and Administration. t.th. Kuwait: Islamic Development Bank.

Abang Mohamrnad Shibli Abang Mohd Nailie. 2000. "Peranan Zakat Dalam Pembangunan Ummah". Nik Mustapha Nik Hassan. 2000. Ekonomi Islam dun Perlaksanaannya di Malaysia. Kuala Lurnpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Abu Dawud, Sulayman bin al-Asha'ath al-Sijistaniyy. 1995. Sunan Abu Dawud, Beirut: Dar al-Kutub al-"Ilrniyyah.

Ahmad Mohamed Ibrahim. 1997. Pentadbiran Undang- Undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: IKIM.

al-Asqalaniyy, Ahmad bin Ali Bin Hajar al-Asqalaniyy. 1989. Fath al- Bari Sharh Sahih al-Bukhariyy. Beirut: Dar al-Kutub al-llmiyyah.

. 1997. Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhariyy. Beirut: Dar al-Kutub al-"Ilmiyyah.

al-Bahutiyy, Mansur bin Yunus bin Idris. 1982. Kashshaf al-Qinac An Matn al- Iqnac. Beirut: Dar al-Fikr.

Hasan Bahrom & Ezani Yaakub. 2006. Pengumsan Zakat Semma. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.

Ibnu Abidin, Muhammad Amin. t.th. Hashiyah Ibnu Abidin. Beirut: Dar al-Fikr.

Ibnu Arabiyy, Abu Bakr. t.th. Ahkum al-Qur'an. Beirut: Dar al- Macnfah.

Ibnu Hurnmarn, Kamal al-Din. 1970. Fath al-Qadir. Kaherah: Mustafa Babiyy al-Halabiyy.

Ibnu Qudamah, Abdullah bin Qudamah al-Maqdisiyy. 2004. al- Mughniyy. Kaherah: Dar al-Hadith.

Ibrahim Mustafa et.al. 1985. Muyarn al- Wasit. Istanbul: Maktabah Islamiyyah.

Ibnu Qayyim al-Jawziyy, Shams al-Din Abu Abdillah Muhammad Ibn Bakr al-Zarciyy al-Dimashqiyy. 1998. Zad al-Macad Fi al-Huda Khayra al-"Ibad. Beirut: Mu'assasat al-Risalah.

Laman web Suara Merdeka, http://www.suaramerdeka.com/. 22 Februari 2010.

Mahrnood Zuhdi Abd Majid. 2003. Pengurusan Zakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.