kajian bahasa dan masyarakat terbaru

43
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN KOLEJ SASTERA DAN SAINS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SARJANA SASTERA(BAHASA MELAYU KONTEMPORARI) SCLM 5013 BAHASA DAN MASYARAKAT TUGASAN INDIVIDU Anda diminta untuk menghasilkan sebuah kajian berasaskan analisis (20-25 halama)dengan mengaplikasikan teori sosiolinguistik, data yang autentik, dan kaedah kajian yang boleh dipertanggungjawabkan. Tajuk Kajian: Penggunaan Sistem Panggilan Watak-watak Utama dalam Novel Rindu Dalam Sepi Satu Tinjauan. 0 WAN AZNITA BT WAN SALIM No Matrik : 815221 I/C : 700312- 09-5158 No. Tel : 019 4725870 E-mel : [email protected]

Upload: bryan-jordan

Post on 26-Nov-2015

189 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN

KOLEJ SASTERA DAN SAINS

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SARJANA SASTERA(BAHASA MELAYU KONTEMPORARI)

SCLM 5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

TUGASAN INDIVIDU

Anda diminta untuk menghasilkan sebuah kajian berasaskan analisis (20-25 halama)dengan mengaplikasikan teori sosiolinguistik, data yang autentik, dan kaedah kajian yang boleh dipertanggungjawabkan.

Tajuk Kajian: Penggunaan Sistem Panggilan Watak-watak Utama dalam Novel Rindu

Dalam Sepi Satu Tinjauan.

DISEDIAKAN UNTUK : DR. MASHETOH ABD MUTALIB

0

WAN AZNITA BT WAN SALIM No Matrik : 815221 I/C : 700312-09-5158 No. Tel : 019 4725870 E-mel : [email protected]

Page 2: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

PENGENALAN/LATAR BELAKANG KAJIAN

Sistem sapaan atau sistem panggilan bermaksud kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat

atau bangsa untuk menegur atau menyapa seseorang, baik dalam konteks rasmi mahupun tidak

rasmi. Sistem sapaan berperanan sebagai penghubung langsung antara pihak yang menyapa

dengan pihak yang disapa. Bentuk sapaan menjadi unsur wacana yang penting dalam pelbagai

komunikasi manusia dan perlu digunakan dengan tepat menurut sistem yang diterima oleh

masyarakat atau oleh pihak yang diberi wibawa menentukannya.

Sistem panggilan atau sistem sapaan ini penting kerana berdasarkan sistem tertentu serta

mengikut urutan yang tertentu, iaitu urutan dari segi hubungan kekeluargaan, usia, kedudukan

dan pangkat serta gelaran mencerminkan kehidupan masyarakat Melayu. Hal ini telah

dinyatakan dengan jelas oleh Amat Juhari Moain (1989:2), iaitu sistem sapaan dan panggilan ini

selaras dengan keadaan masyarakat yang mempunyai beberapa ciri dan sifat yang tersendiri, dan

struktur serta susun lapis masyarakat yang membezakannya dengan masyarakat yang lain.

Sistem panggilan dan sistem sapaan ini menjadikan perhubungan antara penggunaan

bahasa Melayu dengan kebudayaan masyarakat Melayu mencerminkan kedudukan sosial

seseorang dengan orang yang dipanggil dan anggota dalam masyarakatnya. Nik Safiah

Karim(1981:113) menyatakan bahawa, penggunaan bentuk panggilan yang salah akan

membanyangkan kekurangan asuhan yang baik, dan dianggap sebagai satu penghinaan oleh

orang yang disapa sebagai biadap atau kurang ajar.

Oleh yang demikian, pilihan perkataan dan bentuk panggilan akan mencerminkan

struktur perhubungan antara individu dalam sesebuah masyarakat. Orang yang berstatus tinggi

akan

1

Page 3: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain dan sentiasa dalam kedudukan berkuasa. Umumnya

bentuk panggilan dalam bahasa Melayu terdiri daripada pelbagai bentuk seperti kata ganti nama

dan nama untuk melambangkan jenis perhubungan dan jantina orang yang dipanggil dan orang

yang memanggil.

Bentuk Panggilan dalam Bahasa Melayu

Bentuk panggilan dan sapaan dalam bahasa Melayu biasanya terdiri daripada kata ganti

nama dan nama. Bentuk-bentuk panggilan ini bergantung kepada status dan perhubungan sosial

sesebuah masyarakat. Tambahan pula, penggunaan sistem panggilan yang betul dapat

menambahkan kesantunan berbahasa seseorang ketika berbicara atau berkomunikasi. Bentuk-

bentuk panggilan tersebut cuba diperjelaskan oleh pengkaji seperti berikut:

Nama Peribadi

Setiap orang Melayu diberi nama peribadi sejak dilahirkan. Nama peribadi itu

kemudiannya diikuti oleh nama peribadi bapanya. Contohnya Ali bin Abu. Penggunaannya

tidak sama dengan bahasa lain khususnya bahasa Inggeris yang nama keluarga digunakan selepas

nama peribadi. Amat sukar untuk menentukan hubungan kekeluargaan antara anggota dalam

masyarakat, kecuali hubungan antara anak-anak ditandai dengan kata bin dan binti.

Nama peribadi termasuk nama timangan dan nama pendek. Contohnya Din bagi

Sabarudin, Cah bagi Aishah dan sebagainya. Biasanya nama timangan ini digunakan di tempat

kata ganti nama antara orang yang setaraf, dikenali, intim dan orang yang berstatus tinggi kepada

orang yang berstatus rendah. Anggota keluarga dan sahabat handai yang rapat lebih banyak

menggunakan nama timangan atau nama pendek daripada nama peribadi yang lengkap.

2

Page 4: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

Kata Ganti Nama Diri Kedua

Semasa berbicara, orang yang dilawan bicara atau bercakap merupakan orang kedua.

Ganti nama tertentu akan digunakan untuk memanggil orang kedua ini seperti engkau, awak,

kamu, anda dan kalian. Penggunaan kata gantinama kalian menunjukkan bilangan yang lebih

daripada seorang.

i) Kata Ganti Nama diri Kedua yang digunakan di kalangan kerabat diraja, dan oleh

orang biasa, sama ada kepada atau tentang golongan diraja.

Nik Safiah Karim (1981:103), telah membahagikan kata ganti nama diri kepada dua jenis

iaitu kata gantinama diri kedua yang digunakan di kalangan kerabat diraja, dan orang biasa sama

ada kepada atau tentang golongan diraja dan kata ganti nama diri kedua yang digunakan oleh

orang biasa.

Menurut Amat Juhari Moain (1989:137), dalam komunikasi antara raja dengan raja

nampaknya sapaan atau panggilan lebih banyak menggunakan panggilan pangkat dalam

hubungan kekeluargaan. Tegasnya di sini, perkataan seperti kakanda, adinda, ayahanda, bonda,

anakanda dan seumpamanya sering digunakan. Beliau juga menjelaskan tentang penggunaan

kata ganti nama di kalangan kerabat diraja, iaitu dalam kalangan kaum kerabat sendiri atau

dengan raja-raja lain digunakan beberapa jenis kata untuk membahasakan dirinya sendiri dan

juga dengan orang yang dipanggil atau disapa. Ini bergantung kepada suasana dan keadaan, Di

dalam komunikasi antara orang biasa dan raja, penggunaan ganti diri beta digunakan oleh

raja.Bagi orang biasa pula kata ganti nama kedua yang digunakan ketika bercakap dengan raja

atau golongan diraja seperti Tuanku, Tungku, Engku dan Ungku.

3

Page 5: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

ii) Kata ganti nama diri kedua yang digunakan oleh orang biasa.

Kata ganti nama orang biasa dapat dibahagikan kepada empat subgolongan iaitu bentuk halus

atau bentuk format, bentuk kasar atau intim, bentuk natural atau dialek. Namun demikian dalam

pengkajian ini pengkaji hanya akan memfokuskan kepada hanya tiga subgolongan sahaja iaitu:

a) Bentuk Halus atau Formal

Kata ganti nama diri bentuk halus atau hormat ialah seperti tuan (merujuk kepada orang

lelaki yang lebih tinggi taraf, umur dan status atau yang dimuliakan), puan (merujuk

kepada orang perempuan yang sudah berkahwin atau yang dimuliakan seperti tuan),

encik(merujuk kepada orang lelaki yang sama umur, taraf, status atau lebih dimuliakan)

dan cik (merujuk kepada orang perempuan yang belum berkahwin, atau lebih muda

seperti encik).

b) Bentuk kasar atau intim.

Subgolongan ini menggunakan kata ganti nama yang kasar iaitu kamu/mu, engkau/kau,

dan awak. Dalam ketiga-tiga bentuk ini kamu/mu ialah bentuk yang paling kasar dan

awak pula ialah bentuk yang paling halus. Kata ganti nama ini digunakan di kalangan

sahabat handai yang rapat , sebaya dan setaraf atau digunakan oleh orang yang lebih tua

dan tinggi taraf kepada orang yang lebih muda, atau rendah taraf.

c) Bentuk Natural

Bentuk ini digunakan dalam suasana dan keadaan formal. Contoh anda, saudara dan

saudari. Anda digunakan kepada lelaki dan perempuan yang setaraf, setingkat dan

sebaya atau kepada orang yang lebih dikenali. Nor Azlina (1975:16), berpendapat anda

dikenali sebagai bentuk yang standing dengan’you’ dalam bahasa Inggeris yang dapat

digunakan kepada seseorang yang lebih tinggi atau rendah kedudukannya. Panggilan

4

Page 6: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

saudara digunakan kepada orang lelaki dan saudari kepada orang perempuan, terutama

dalam surat menyurat(Kamus Dewan Edisi Ketiga,2002:1396).

Secara teorinya, bentuk di atas netural tetapi secara amali, kata ganti nama diri anda,

saudara atau saudari kebanyakannya digunakan dalam keadaan rasmi antara individu atau

anggota masyarakat yang setaraf , atau individu yang lebih tinggi tarafnya.

Nama Panggilan Kekeluargaan

Terdapat banyak nama panggilan kekeluargaan yang digunakan dalam bahasa Melayu

sebagai menggantikan kata-kata ganti nama. Penggunaan nama penggilan kekeluargaan juga

melambangkan kehormatan, kemesraan dan kehormatan. Nama penggilan kekeluargaan asas

adalah seperti dalam jadual di bawah:

Jadual 1

Nama Panggilan Kekeluargaan Asas Masyarakat Melayu

Bentuk Panggilan Hubungan

Abang Saudara kandung lelaki yang lebih tua

Kakak Saudara kandung perempuan yang lebih tua

Adik Saudara kandung lelaki/perempuan yang lebih muda

Anak Anak kandung lelaki/perempuan kepada bapa atau ibu

Bapa/pak/ayah Bapa kandung kepada anak

Ibu/emak/mak Ibu kandung kepada anak

Cucu Anak lelaki/perempuan kepada anak

Cicit Anak lelaki/perempuan kepada cucu

Datuk Bapa kepada bapa atau ibu

5

Page 7: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

Nenek Ibu kepada bapa atau ibu

Moyang Ibu/bapa kepada datuk atau nenek

Bentuk Sapaan

Bentuk sapaan merupakan kata nama yang digunakan di tempat kata ganti nama dengan

meletakannya selepas nama kekeluargaan, terutamanya untuk merapatkan lagi ikatan dari segi

umur, status, jantina, pertalian darah dan ikatan perkahwinan. Bentuk sapaan ini dibahagikan

kepada pertalian darah dan pertalian perkahwinan.

Bentuk sapaan pertalian darah ialah seperti panggilan Long, ngah, Su dan sebagainya

yang menggambarkan turutan kelahiran dan digunakan dalam panggilan keluarga. Contohnya

“Long” bagi singkatan sulung (anak sulung), pak long, bang long. Manakala bentuk sapaan

perkahwinan terdiri dari ipar, menantu, mentua, besan, biras, taya dan tiri.

Rujukan Kehormat

Menurut Asmah Hj. Omar (2007),rujukan kehormat ialah rujukan yang dikenakan

kepada sasaran menurut taraf sosialnya, sama ada yang mempunayi gelaran atau pun tidak.

Namun begitu, panggilan rujukan kehormat ini diletakkan sebelum gelaran atau jawatan, pangkat

mahupun nama peribadi seseorang untuk menghormati diri orang itu menurut darjah,pangkat dan

sebagainya. Rujukan kehormat biasanya digunakan dalam panggilan di majlis rasmi.

Selain itu, sistem panggilan ini turut digunakan pada bahan bertulis seperti buku acara

sesuatu majlis rasmi, di kepala surat dalam surat mesyuarat dan kepala sampul surat. Menurut

Ahmad Juhari Moain(1989:228), Rujukan kehormat diwujudkan dalam bahasa Melayu kerana

6

Page 8: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

ianya dianggap tidak beradab jika tidak digunakan. Contoh rujukan kehormat adalah seperti

dalam rajah 2 di bawah.

Jadual 2

Gelaran untuk Rujukan Kehormat

Rujukan Kehormat Sasaran

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri

Paduka Baginda (K.B.D.Y.M.M.S.P.B)

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Dan

Raja Permaisuri Agong.

Duli Yang Maha Mulia(D.Y.M.M) Sultan atau Raja yang memerintah

Duli Yang Teramat Mulia(D.Y.T.M) Raja Muda, Tengku Mahkota

Yang Teramat Mulia (Y.T.M) Keluarga di Raja

Yang Mulia(Y.M) Mereka yang bergelar Tengku, Tuanku, Ungku, Engku

dan Raja.

Tuan Yang Terutama(T.Y.T) Yang Di Pertua Negeri, gabenor dan duta asing

Yang Amat Berhormat(Y.A.B) Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri

Besar, Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri

Yang Berhormat(Y.B) Menteri, Timbalan Menteri. Ahli Parlimen,Ahli

Dewan Undangan Negeri.

Yang Berhormat Mulia (Y.B.M) Menteri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan

Negeri yang mempunyai gelaran Engku atau Raja

Yang Amat Berbahagia(Y.A.B) Pemegang Gelaran Tun

Yang Berbahagia (Y.B) Pemegang gelaran kurniaan kerajaan atau gelaran

iktisas yang format (Datuk, Datin, Tan Seri, Jeneral

7

Page 9: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

dan Profesor)

Yang Amat Arif (Y.A.A) Ketua Hakim Negara dan Hakim Besar

Sahibul- Al- Samahah Mufti dan Pemimpin keagamaan Islam

Sahibul- Al- Fadzilah Kadi

Yang Amat Setia Ketua Polis Negara, Ketua Turus Angkatan Tentera

Darat,Laut dan Udara.

Yang Setia/Yang Berusaha Pegawai Kanan Polis,Pegawai Kanan Tentera

Yang Berusaha Ketua Jabatan, pegawai daerah

Tetuan Ketua syarikat ,firma

Gelaran

Gelaran dalam konteks ini merupakan sejenis bentuk panggilan seperti datuk, haji,

professor dan lain-lain. Mengikut senarai Gelaran Melayu, (1980:v) dalam Sumalee

Nimannupap, gelaran didefinisikan sebagai tambahan kepada nama yang menunjukkan tanda

penghargaan atau penghormatan yang dianugerahkan kepada seseorang atas jasa baktinya,

kedudukannya, jawatan atau keturunan bangsawan. Biasanya gelaran ini boleh didapati pada

pangkal nama pemberian atau nama bapa. Gelaran boleh dipegang turun- temurun atau sebagai

khas untuk peyandangnya. Dalam masyarakat Melayu, gelaran terdiri daripada gelaran sosial,

gelaran kurnia/iktisas, gelaran kurnia kehormat, gelaran kurnia kerajaan dan gelaran warisan.

i. Gelaran Sosial

8

Page 10: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

Asmah Hj Omar (1986:39), telah membahagikan gelaran sosial kepada dua

golongan iaitu gelaran sosial biasa dan gelaran sosial formal.

Dalam gelaran sosial biasa, gelaran yang digunakan ialah encik, cik dan puan.

Gelaran encik digunakan untuk lelaki yang sudah berkahwin atau belum

berkahwin. Manakala cik untuk perempuan yang belum berkahwin. Namun

begitu, dalam bahasa lisan yang tidak formal, gelaran cik digunakan untuk lelaki

dan perempuan. Gelaran puan pula digunakan untuk perempuan yang sudah

berkahwin dan untuk golongan perempuan yang belum berkahwin sebagai tanda

hormat. Walaubagaimanapun , gelaran encik dan cik boleh digunakan kepada

orang yang sebaya atau yang lebih muda , setaraf mahu pun lebih rendah taraf

daripada orang yang bercakap.

Dalam gelaran sosial formal pula, perkataan yang digunakan ialah tuan puan,

encik, saudara dan saudari. Secara umumnya, gelaran ini digunakan untuk

menghormati seseorang mengikut kedudukan peribadi, kedudukan sosial atau

usianya dan kepada orang yang tidak dikenali. Cara penggunaan gelaran tersebut

adalah seperti dalam jadual 3 di bawah.

Jadual 3

9

Page 11: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

Penggunaan Gelaran Mengikut Situasi

Gelaran Penggunaan

Tuan Digunakan kepada orang lelaki yang berpangkat lebih tinggi

dalam pekerjaan daripada orang yang bercakap atau yang

lebih tua. Dalam konteks ini, nama orang yang berkenaan

tidak perlu disebut, tetapi disebut tuan sahaja.

Puan Penggunaannya sama dengan tuan, bezanya digunakan untuk

perempuan sahaja.

Encik Pengguanaannya adalah untuk orang lelaki yang berpangkat,

sama atau lebih tinggi daripada diri orang yang berhubung

dan kepada orang yang tak dikenali secara gelaran halus dan

hormat.

Saudara Digunakan kepada orang lelaki yang sama taraf dan umur

dengan diri orang yang berhubung atau lebih muda dan tidak

dikenali. Umumnya pengguanaan saudara diguanakan dalam

rujukan kepada ahli dalam persidangan, mesyuarat dan

dalam surat menyurat. Dalam perbualan gelaran saudara

digunakan secara langsung dan tidak perlu menyebut nama

orang yang berkenaan.

Saudari Konteks penggunaanya sama dengan saudara, tetapi

10

Page 12: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

digunakan kepada orang perempuan.

ii. Gelaran Kurniaan Ikhtisas

Gelaran ikhtisas merupakan gelaran yang diperoleh kerana kejaya seseorang dalam

bidang akademik. Contohnya doctor, professor, ustaz dan cikgu. Panggilan untuk

gelaran ikhtisas sama dengan gelaran ikhtisas mereka. Contohnya :

Profesor - Profesor……(nama)

Profesor Emeritus - Profesor Emeritus…..(nama)

Ustaz - Ustaz…(nama)

Doktor - Doktor…(nama)

Cikgu - Cikgu…(nama)

iii. Gelaran Kurniaan Kerajaan

Gelaran kurniaan kerajaan merupakan gelaran yang dikurniakan oleh ketua-ketua

kerajaan kepada pegawai-pegawai yang memegang jawatan seperti datuk Bandar,

yang dipertua dewan Negara, perdana menteri, menteri, menteri besar, ahli dewan

undangan negeri, hakim, gabenor, duta, panglima tentera udara, pengarah, ketua,

pengurus, penghulu, mejar, kepten, leftenan dan guru besar.

iv. Gelaran Kurniaan Kehormat

Gelaran ini dikurniakan oleh Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan kepada sesiapa yang

telah memberi jasa dan bakti kepada Negara. Misalnya Toh, Datuk dan Datin Paduka.

v. Gelaran Warisan

Gelaran warisan merupakan gelaran yang diturunkan daripada bapa kepada anak dan

seterusnya kepada cucu dan cicit hingga ke bawah(Amat Juhari Moin, 1989:46).

11

Page 13: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

Bentuk panggilan yang digunakan untuk gelaran warisan terdapat dalam jadual di

bawah.

Jadual 4

Penggunaan Sistem Panggilam Mengiku Negeri

Gelaran Asal

Tunku Johor dan Kedah

Tengku Kelantan

Wan Kelantan, Perak dan Terengganu

Datu dan Dayang Sabah

Megat dan Puteri Perak

Abang dan Dayang Brunei

Sayid, Syarifah, Syeikh, Siti Titisan darah nabi Muhammad S.A.W

Walaupun kata-kata penggilan telah ditetapkan dan penggunaannya juga telah digarisi

namun masih terdapat kesalahan penggunaannya. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh sikap

kita yang tidak mengambil berat tentang peraturan tersebut.

12

Page 14: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

PERNYATAAN MASALAH

Aspek sistem panggilan dan sapaan sebenarnya masih belum mendapat perhatian yang luas

pada para pengkaji untuk melakukan kajian. Namun begitu, terdapat beberapa kajian yang

telah dilakukan untuk mengkaji sistem sapaan dan sistem panggilan ini. Antara kajian

tersebut ialah :

i. Kajian tentang Pola Sapaan Pelajar Lelaki dan Perempuan di Sebuah Institusi

Pengajian Tinggi: Satu Kajian Sosio Pragmatik. Kajian ini telah dijalankan oleh

Marlyna Maros, Aslinda John dan Mohd Baharin Mydin. Kajian ini bertujuan

untuk melihat startegi lakuan sapaan dalam kalangan pelajar di sebuah institusi

pengajian tinggi di Malaysia. Terdapat dua objektif yang telah digarisi oleh

pengkaji iaitu yang pertama ialah untuk melihat pengaruh jarak sosial dan juga

status sosial di dalam strategi lakuan sapaan responden lelaki dan perempuan ;

dan kedua, untuk melihat perbezaan bentuk dan lakuan sapaan diantara pelajar

lelaki dan pelajar perempuan dalam konteks persekitaran akademik.

ii. Nik Safiah Karim (1992) dalam bukunya yang berjudul “ Beberapa Persoalan

Sosiolinguistik Bahasa Melayu”, turut membicarakan tentang perkaitan aspek

sistem penggilan dalam bahasa Melayu. Bab 7 dalam buku ini membincangkan

tentang kedudukan bentuk panggilan dalam bahasa Melayu. Beliau menyatakan

bahawa dalam masyarakat Melayu salah satu situasi yang penting

dititikberatkan ialah penggunaan kata ganti diri terutamanya kata ganti diri

orang pertama dengan kata ganti diri orang yang kedua.

13

Page 15: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

Dalam satu-satu perbualan kata ganti yang digunakan oleh seseorang itu dapat

digambarkan kedudukan atau status mereka. Penggunaan kata ganti berkait

rapat dengan bentuk-bentuk panggilan kerana ada kalanya bentuk penggilan

atau sapaan mengambil alih kata ganti bagi menghormati atau memuliakan

seseorang.

iii. Sumalee Nimannupap (1994) dalam bukunya iaitu Sistem Panggilan dalam

Bahasa Melayu dan Bahasa Thai. Persoalan utama kajian beliau ialah

menghurai dan membandingkan sistem panggilan yang digunakan dalam bahasa

Melayu dan bahasa Thai dari sudut pandangan sosiolinguistik. Pengarang telah

mengkaji sistem panggilan dalam novel Melayu dan Thai. Beliau menumpukan

kajiannya pada analisis penggunaan bentuk panggilan jenis nama peribadi, kata

ganti nama kedua, nama panggilan kekeluargaan, bentuk sapaan dan jenis

rujukan kehormat.

iv. Saudari Noor Faezah Mamat(2001) telah membuat kajian terhadap sistem

panggilan yang bertajuk Penggunaan Bahasa Sapaan dan Rujukan Kehormat

dalam Masyarakat Melayu di Malaysia : Dengan Rujukan Pada Cerpen “Duka

Tidak Memanjang” dan “Datok Pom”. Beliau telah memberi focus utama

kajiannya kepada rujukan kehormat dan bahasa sapaan yang pelbagai mengikut

jenis gelaran. Gelaran-gelaran tersebut antaranya ialah jenis

warisan/kurniaan,gelaran diraja dan sebagainya.

Berdasarkan penyelidikan pengkaji melalui pembacaan jurnal dan buku yang telah

dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji bahasa yang hebat di atas, maka didapati bahawa

kesemuanya mempunyai perkaitan dan pertalian yang agak rapat iatu mengkaji sistem

14

Page 16: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

panggilan masyarakat Melayu dari pelbagai sudut iaitu kata sapaan mengikut jantina, kata

panggilan mengikut rujukan kehormat dan sebagainya. Pengkaji mendapati masih kurang

kajian dilakukan tentang kata panggilan dalam novel, khususnya novel remaja. Oleh yang

demikian pengkaji telah mengambil keputusan untuk mengeisi kekurangan ini. Di sini

pengkaji ingin mencadangkan kajian tentang kata sapaan/panggilan watak utama dalam

novel Rindu Dalam Sepi. Diharapkan kajian ini akan dapat menampung kekurangan

tersebut kerana novel remaja adalah merupakan medium hiburan yang sangat diminati oleh

remaja kita dewasa ini. Oleh itu, melalui kajian ini pengkaji ingin melihat bentuk kata

panggilan /sapaan yang digunakan oleh watak-watak utama(hero dan heroin ) dalam novel

tersebut.

OBJEKTIF KAJIAN

Antara lain kajian ini dijalankan adalah untuk :

i. Melihat bentuk penggunaan kata sapaan watak-watak utama dalam novel Rindu

Dalam Sepi.

ii. Mengetahui sikap/perilaku watak utama terhadap penggunaan kata panggilan/sapaan.

TEORI/PENDEKATAN KAJIAN

Biber,Dauglas,Stig Johansson, Geoffrey Leech,Susan Conrad dan Edward Fiegan.(1999:1108)

menggunakan istilah vokatif yang merupakan sebahagian dari tutur sapa. Menurut mereka,

vokatif adalah ungkapan yang digunakan sebagai tutur sapa diantara peserta di dalam

percakapan/perbualan. Mereka juga menekankan bahawa ‘vokatif’ sangat penting dalam

15

Page 17: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

menjelaskan dan memelihara hubungan sosial diantara peserta dalam perbualan. Mereka

membahagikan ‘vokatif ‘ kepada lapan kategori berdasarkan penggunaannya iaitu :

Panggilan akrab (familizers) guys, man, bro, dude, buddy,bud, folks.

Nama Akrab (familizers first name) mike, jenny

Sapaan hormat (honorifics) sir, ma’am

Sapaan lain Aunt Margareth, Uncle Joe termasuk julukan(nickname) lazy!

Panggilan Sayang (terms of endearments) baby,honey,hon,love,sweety

Istilah kekerabatan(family terms) mom,grandpa,daddy,grandma.

Nama depan utuh(first name in full) Michell, Jeniffer

Gelaran dan nama belakang(titles and surname)Mrs.Jhonsen, Dr Denton

Walaubagaimanapun di sini pengkaji hanya akan mengaplikasikan hanya lima vokatif sahaja

dan vokatif-vokatif tersebut akan diubahsuaikan mengikut kata panggilan dalam bahas Melayu.

Antara vokatif yang telah dipilih ialah :

Panggilan akrab(familizers) guys, man, bro, dude, buddy,bud, folks.

Nama Akrab (familizers first name) mike, jenny

Sapaan hormat (honorifics) sir, ma’am

Sapaan lain Aunt Margareth, Uncle Joe termasuk julukan(nickname) lazy!

Istilah kekerabatan(family terms) mom,grandpa,daddy,grandma.

KAEDAH KAJIAN

Pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan untuk mendapatkan gambaran tentang bentuk

kata panggilan yang digunakan dalam novel Rindu dalam Sepi. Analisis kandungan adalah satu

bentuk analisis terhadap bahan-bahan media cetak seperti akhbar, majalah, jurnal, buku, kitab,

16

Page 18: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

laporan bertulis, minit mesyuarat dan sebagainya. Bahan-bahan elektronik seperti filem, drama

dan rancangan radio juga termasuk dalam kategori analisis data.

Analisis kandungan membenarkan penyelidikan dilakukan terhadap utusan daripada apa jua

sumber dan paling popular digunakan oleh pelajar. Mengikut Noor Aina Dani(2000), kaedah

analisis kandungan terdiri daripada lima langkah,iaitu persampelan, kategori, sistem perhitungan,

unit catatan dan unit konteks.

Kaedah Analisis Data

Data kajian ini dianalisis menggunakan analisis kualitatif . Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina

Shamsuddin (2011) dalam Marshall dan Rosman(1990) analisis data kualitatif merupakan satu

proses menyusun, menstruktur, dan memberi makna kepada himpunan data yang dikumpul.

Data daripada novel Rindu dalam Sepi ini dikenalpasti dan dianalisis menggunakan kaedah ini.

Bagi menganalisis bentuk penggunaan kata panggilan ini, maka pengkaji akan akan melabelkan

seperti RdS.B1.M1 iaitu (RdS) ialah Rindu dalam Sepi, (B1) ialah Bab 1 dan M puala ialah

muka surat.

KEPENTINGAN KAJIAN/ BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalanka adalah untuk melihat bentuk-bentuk kata sapaan yang digunakan dalam

novel Rindu dalam Sepi yang merupakan antara novel-novel remaja yang sangat diminati oleh

remaja masa kini. Dapatan kajian ini yang menyenaraikan bentuk-bentuk panggilan yang

digunakan dalam novel tersebut didapati masih lagi boleh diklasifikasikan sebagai sopan dan

bertatasusila. Oleh itu, diharapkan penulis dapat menggarabkan hasil seni mereka dengan

mengambil kira aspek kesantunan dalam berbahasa. Kata sapaan dan panggilan yang digunakan

juga menggambarkan sikap dan perilaku seseorang itu iaitu sama ada untuk dianggap sopan atau

17

Page 19: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

pun sebaliknya. Umum mengetahui bahawa novel sebegini sangat diminati oleh golongan

remaja. Oleh itu, jika kesantunan berbahasa dijaga terutamanya dalam aspek kata sapaan dan

panggilan ini, maka remaja kita juga turut santun dan sopan dalam berbahasa. Dapatan kajian ini

hanya menggambarkan kata sapaan dan panggilan dalam novel Rindu dalam Sepi sahaja.

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kaedah atau teori yang diistilahkan sebagai vokatif ini maka pengkaji ingin melihat

bentuk kata panggilan nama peribadi.Nama peribadi ini berupa nama penuh atau pun nama

timangan. Pengkaji memilih vokatif nama akrab(familizers first name)bagi menghuraikan

bentuk kata panggilan nama peribadi ini. Bedasarkan novel Rindu dalam Sepi ini pengkaji telah

dapat mengenalpasti kata panggilan nama peribadi ini yang digunakan oleh watak utamanya.

Dibawah adalah merupakan dialog kata panggilan nama peribadi yang dituturkan oleh dua watak

utama tersebut iaitu:

Kata Panggilan Nama Peribadi

“Ainur Mardiyah binti Yasir. Awak setiausaha daripada Hotel Mutiara yang ditukarkan ke

sini, kan? (Rds:B1M1)

“Awak jangan nak kurang ajar, Diya.”Ammar memberikan amaran. (Rds:B1M8)

“Lydia tu cantik,mama tak suka juga ka?” (Rds:B3M23)

“Kenapa mama tanya macam itu?Am bercinta dengan Lydia,tentulah Am akan kahwin

dengan dia.Am akan cuba membentuk dia menjadi isteri yang solehah bila kami dah kahwin

nanti.” (Rds:B3M22)

“Boleh Yus?”tanya Mardiyah meminta kepastian (Rds:B9M60)

18

Page 20: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

Daripada dialog-dialog di atas dapat kita lihat dengan jelas kata panggilan nama peribadi

digunakan oleh watak-watak utama dalam novel tersebut iaitu Ammar dan Mardiah. Kata

panggilan nama peribadi ini yang biasanya dikenali sebagai nama timangan ini digunakan di

tempat ganti nama orang yang setaraf ,dikenali,intim dan orang yang berstatus tinggi kepada

orang yang berstatus rendah iaitu orang yang lebih tua dari segi usia atau lebih tinggi pangkatnya

jika di tempat kerja. Dalam novel ini pengkaji mendapati watak uatama lelaki atau”hero” ini

biasanya menggunakan kata panggilan nama peribadi kepada anak buah(pekerjanya)/

Seterusnya, pengkaji mendapati kata pangilan atau kata sapaan lain yang digunakan oleh

watak-watak utama dalam novel ini ialah kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama oleh

orang biasa ini dapat dibahagikan pula kepada empat subgolongan iaitu bentuk halus, kasar atau

intim dan bentuk natural. Di sini pengkaji mengaplikasikan vokatif panggilan akrab(familizers)

yang disesuaikan dengan kata ganti nama diri kedua dalam bahasa Melayu. Berikut pengkaji

menyenaraikan contoh-contoh penggunaan kata ganti nama diri kedua mengikut empat sub

golongan iaitu :

- Kata ganti nama kedua bentuk halus dan formal

“Ya saya encik,”jawab Mardiyah lantas mendonggakkan kepalanya. (Rds:B1M4)

“Saya minta maaf ,Cik Lydia.”Ucap Mardiyah . (Rds:B1M7)

“Oh, maaf encik saya bukan tea lady tapi secretary Encik Ammar yang baru,”jelas Mardiyah

sambil tersenyum, menyerlahkan lesung pipitnya. (Rds:B3M27)

“Asslamualaikum. Encik Am kat mana?” laung Mardiyah agak kuat. ((Rds:B7M41)

“Waalaikumussalam. Ada apa encik?” tanya Ammar gugup. (Rds:B7M43)

19

Page 21: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

Daripada contoh di atas didapati kata panggilan kedua bentuk halus dan formal sememangnya

digunakan oleh kedua-dua watak utama dalam novel ini. Kata ganti nama bentuk halus dan

formal ini biasanya digunakan kepada orang yang lebih tinggi pangkat atau dihormati. Sebagai

contohnya dalam novel ini Ammar adalah merupakan ketua kepada Ainur Mardiah yang sudah

semestinya perlu dihormati.

- Kata panggilan bentuk kasar dan intim.

Kata ganti nama kedua bentuk ini yang dikatakan agak kasar sedikit, namun jika kita kaji

dengan lebih terperinci penggunaan betuk sapaan atau panggilan tersebut melambangkan

keakraban atau keintiman diantara mereka. Di sini pengkaji menyenaraikan beberapa contoh kata

sapaan ganti nama kedua bentuk kasar dan intim iaitu:

“Awak jangan nak kurang ajar, Diya.” Ammar memberikan amaran. (Rds:B1M8)

“Kau gila? Aku bukan terdesak sangat sampai nak kenyit-kenyit mata bagai….(Rds:B2M12)

“Hah ! padan muka kau !”Mardiyah menjelirkan lidahnya kepada Yusof. (Rds:B3M19)

“Siap suruh kau masuk bilik aku, hah?” Soal Ammar sedikit garang. (Rds:B7M41)

“Ini semua salah kau. Kau yang harus bertanggungjawab!” bisik Amar dengan nada yang

kasar (Rds:B7M46)

Berdasarkan contoh di atas pengkaji mendapati penggunaan kata ganti nama diri kedua bentuk

kasar dan intim ini sememangnya digunakan oleh watak utama lelaki yang merupakan ketua

kepada Ainur Mardiyah yang merupakan watak utama yang kedua. Namun demikian terdapat

juga penggunaan kata panggilan kedua tersebut yang menunjukkan keakraban iaitu seperti antara

mardiah dan sepupunya Yusof.

20

Page 22: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

PERBINCANGAN

Daripada data dan analisis di atas pengkaji telah mengenal pasti bentuk kata sapaan atau kata

panggilan yang telah digunakan oleh watak-watak utama dalam novel Rindu dalam Sepi. Kata

sapaan atau pun kata panggilan tersebut adalah seperti berikut:

Bentuk kata panggilan nama peribadi iaitu panggilan atau sapaan menggunakan nama

penuh atau pun nama timangan iaitu seperti Ainur Mardiah (nama penuh) dan Diyah

untuk nama timangan.

Kata ganti nama diri pertama yang seringkali digunakan oleh watak-watak utama dalam

novel ini ialah saya dan aku.

Kata ganti nama diri kedua yang seringkali digunakan ialah awak, encik, kau

Kata ganti nama panggilan kekeluargaan yang digunakan dalam novel ini ialah seperti

umi, ibu, mama, mak long dan kakak.

Kata panggilan rujukan kehormat juga ada digunakan oleh watak-watak utama dalam

novel ini iaitu seperti datuk dan datin.

21

Page 23: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

Daripada bentuk-bentuk penggunaan kata panggilan tersebut pengkaji juga dapat mengetahui

sikap atau perilaku watak-watak utama terhadap penggunaan kata panggilan tersebut. Oleh itu,

daripada dapatan kajian iaitu terdapat berbagai –bagai bentuk kata sapaan yang digunakan oleh

watak-watak utama dalam novel tersebut berdasarkan situasi , sikap dan perasaan ketika

menggunakan kata sapaan atau panggilan tersebut.

Pengkaji mendapati watak-watak utama dalam novel ini boleh diklasifikasikan sebagai sopan

dan santun dalam berbahasa. Ini adalah kerana kata sapaan yang digunakan sesuai dengan

situasi dan tempat serta menepati norma masyarakat melayu yang sangat terkenal dengan

kesantunan dalam berbahasa. Penggunaan kata sapaan ini juga adalah antara aspek kesantunan

dalam berbahasa.

KESIMPULAN

Kajian ini jelas menunjukkan bentuk kata sapaan dalam novel Rindu dalam Sepi ini masih lagi

mengikut bentuk sistem sapaan atau panggilan orang Melayu iatu kata sapaan nama perbadi, kata

ganti nama diri pertama dan kedua, kata sapaan kekeluargaan dan hormat serta kata sapaan

rujukan kehormat. Kata sapaan ini sebenarnya adalah merupakan salah satu ciri dalam

kesantunan dalam berbahasa. Jika ia digunakan dengan baik dan mengikut norma dan budaya

kita orang Melayu yang sememangnya terkenal dengan kesantunan dalam berbahasa ini maka

kita tidak akan dileabel sebagai’ kurang ajar’ iaitu dikatakan tidak tahu berbahasa. Daripada

22

Page 24: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

bentuk kata sapaan dalam novel ini yang boleh kita rumuskan sebagai menepati aspek

kesantunan dalam berbahasa , ini kita juga dapat melihat sikap watak-watak utama tersebut yang

menuturkan kata sapaan tersebut. Sikap mereka boleh dikategorikan sebagai sopan ,

berpendidikan , rasional dan berbudi bahasa.

Rujukan

Amat Johari Moin ( 1989 ). Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Akhiar Pardi & Samsina Shamsuddin (2011).Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam penyelidikan Pendidikan.Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar ( 1986 ). Bahasa Dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Asmah Hj. Omar. (2000). Wacana perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Asmah Haji Omar, (2007). Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Awang Sariyan. Sistem Sapaan Dalam Bahasa Melayu dalam Dewan Bahasa Disember, halaman 20-24, 2012

Azizah Ahmad. Budi Bahasa dan kesantunan Berbahasa dalam Dewan Bahasa Julai, halaman 18-20, 2005

23

Page 25: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

Biber et al.(1999). Longman Grammer of Spoken and Written English.Harlow:Pearson Educations.

Indirawati Zahid. Kesantunan Berbahasa dalam Dewan Bahasa Mac, halaman 46-48, 2005

Kesantunan Berbahasa (2007). Diperoleh pada 12 November 2013 dari http://addin-mariberbahasa.blogspot.com/2007/06/kesantunan-berbahasa.html

Kesantunan Berbahasa. Diperoleh pada 12 November 2013 dari http://www.tutor.com.my/stpm/kesantunan_berbahasa.htm

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ma`aroff Abdul Rahman . Prinsip Kesantunan Bahasa dalam Dewan Bahasa Julai, halaman 16-17, 2005

Marlyna Maros, Aslinda John dan Mohd Baharim Mydin. “Pola Sapaan Pelajar Lelaki dan Perempuan di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian Sosiopragmatik” dlm. GEMA online Journal of Language Studies. 10(2), 2010. Capaian 25 September 2013, drp. http://www.ukm.my/ppbl/Gema/GEMA%2010(2)201010/ pp%2077_96.pdf-Pola Sapaan Pelajar Lelaki dan Perempuan.

Nasariah Mansor, Faizah Ahmad dan Yusniza Yaakub. Kesantunan Bahasa Dalam Kalangan Pelajar IPT: Satu Kajian Perbandingan Etnik. Diperolah pada 15 November 2013 dari http://repo.uum.edu.my/3181/1/S17.pdf

Nik Safiah Karim ( 1981 ). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Nik Safiah Karim (1986). Bahasa Melayu persoalan dan pergolakan. Kuala Lumpur: Gateway Publishing House Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim(1992). Laporan kajian sosiolinguistik penggunaan, penguasaan, dan pelaksanaan bahasa Malaysia baku di jabatan-jabatan kerajaan .

Noriati A. Rashid. Perkembangan Pengkajian Kesantunan: Satu Tinjauan Dalam Jurnal

24

Page 26: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

Bahasa Jilid 6, Bil. 4 Disember 2006 .

Nor Azuwan Yaakob, Norazlina Mohd Kiram, Kamariah Kamaruddin, Zaitul Azma Zainon Hamzah. Kesantunan Berbahasa Dalam Aktiviti Program Latihan Khidmat Negara. Diperoleh pada 15 November 2013 dari http://jhcd.utem.edu.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=102&Itemid=80

Noor Aina Dani. 2000. Kaedah penyelidikan dalam bahasa Melayu. Serdang: UniversitiPutera Malaysia.

Noor Faezah Mamat (2001).Penggunaan Bahasa Sapaan dan Rujukan Kehormat dalam Masyarakat Melayu di Malaysia:Dengan Rujukan pada Cerpen Duka Tidak Memanjang dan Datuk Pom. Tesis Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu ,Universiti Pendidikan Sultan Idris,

Nur Fatiha Fadila. Bahasa Dalam Filem Melayu Antara Dua Zaman dalam Dewan Bahasa September, halaman 14-18, 2010

Siti Khadijah (2013). Rindu dalam Sepi.Selangor:Karya Seni Sdn. Bhd.

Sumalee Nimannupap (1994).Sistem Panggilan Bahasa Melayu dan Bahasa Thai Satu Analisis Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S.Nathesan. Kesantunan Berbahasa Semakin Terhakis dalam Dewan Bahasa Mei, halaman 30-32, 2005

Teuku Iskandar. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Wan Robiah Meor Osman. Bahasa Slanga Parasit Bahasa Melayu dalam Dewan Bahasa Oktober, halaman 32-35, 2010

Zaitul Azma zainon Hamzah. Akhlak Mulia Melalui Kesantunan Berbahasa dalam Dewan Bahasa September, halaman 28-31, 2009

Zaitul Akma Zainon Hamzah, Ahmad Fuat Mat Hassan dan Mohd Nur Hafizudin Md.

25

Page 27: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

Adama. Kesantunan Berbahasa Dalam Kalangan Remaja Sekolah Menengah. Diperoleh pada 15 November 2013 dari http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/?p=601

26

Page 28: Kajian Bahasa Dan Masyarakat TERBARU

SCLM5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

27