kajian pemakanan di kalangan murid melayu tahun enam

23
ULASAN ARTIKEL 1.0 PENGENALAN Ulasan artikel ini ialah mengenai amalan pemakanan bagi bayi dan kanak-kanak. Amalan pemakanan yang sihat akan menjamin pertumbuhan dan perkembangan yang baik bagi bayi dan kanak-kanak. Pengertian bagi pertumbuhan ialah perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantitatif dari satu peringkat ke suatu peringkat yang lain. Ianya melibatkan asas-asas genetik bagi pembesaran fizikal pada semua bahagian badan, perubahan-perubahan dalam perkembangan motor, deria dan sistem tubuh badan, penjagaan kesihatan, pemakanan, tidur dan sebagainya (JAS LAILE, 2000). Faktor pemakanan yang sihat akan menjamin pertumbuhan yang baik bagi bayi dan kanak-kanak. Sebagai contohnya ialah ibu yang sedang hamil perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang,ini akan menyebabkan pertumbuhan fizikal dan mental bayi dan kanak-kanak menjadi lebih baik. Manakala, jika ibu yang sedang hamil yang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang, sebaliknya akan memberikan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan bayi di dalam kandungan. Kemungkinannya, pertumbuhan bayi akan terbantut. Pengertian bagi perkembangan pula, menurut Slavin (1997), perkembangan adalah berkaitandengan mengapa dan bagaimana individu tumbuh dan membesar, menyesuaikan diri

Upload: nazrul-n-kuntum-menguntum

Post on 10-Aug-2015

2.327 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Pemakanan Di Kalangan Murid Melayu Tahun Enam

ULASAN ARTIKEL

1.0 PENGENALAN

Ulasan artikel ini ialah mengenai amalan pemakanan bagi bayi dan kanak-

kanak. Amalan pemakanan yang sihat akan menjamin pertumbuhan

dan perkembangan yang baik bagi bayi dan kanak-kanak. Pengertian bagi

pertumbuhan ialah perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantitatif

dari satu peringkat ke suatu peringkat yang lain. Ianya melibatkan asas-asas

genetik bagi pembesaran fizikal pada semua bahagian badan, perubahan-

perubahan dalam perkembangan motor, deria dan sistem tubuh

badan, penjagaan kesihatan, pemakanan, tidur dan sebagainya (JAS LAILE,

2000).

Faktor pemakanan yang sihat akan menjamin pertumbuhan yang baik bagi

bayi dan kanak-kanak. Sebagai contohnya ialah ibu yang sedang hamil perlu

mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang,ini akan menyebabkan

pertumbuhan fizikal dan mental bayi dan kanak-kanak menjadi lebih baik.

Manakala, jika ibu yang sedang hamil yang tidak mengamalkan pemakanan yang

seimbang, sebaliknya akan memberikan kesan yang negatif terhadap

pertumbuhan bayi di dalam kandungan. Kemungkinannya, pertumbuhan bayi

akan terbantut.

Pengertian bagi perkembangan pula, menurut Slavin (1997), perkembangan

adalah berkaitandengan mengapa dan bagaimana individu tumbuh dan

membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran, dan berubah melalui

peredaran masa. Perkembangan juga berkaitan dengan faktor  pemakanan, iaitu

apabila bayi dan kanak-kanak makan makanan yang sihat dan

seimbang, perkembangan daripada aspek fizikal, emosi, sosial dan kognitif

mereka akan menjadi lebih baik.Sebagai salah satunya contohnya ialah daripada

aspek kognitif, iaitu kanak-kanak pra sekolahadalah kreatif, bebas dan imaginatif,

contohnya mereka melukis manusia menyerupai orang-orangan

Page 2: Kajian Pemakanan Di Kalangan Murid Melayu Tahun Enam

(scarecrow). Mereka boleh berbuat demikian adalah juga disebabkan pemakanan

yang berkhasiat, iaitu sebagai contohnya ibu bapa mereka memberikan buah-

buahan yangmengandungi banyak vitamin dan menyebabkan minda anak-anak

mereka berkembang dengan begitu baik sekali.

Seterusnya, artikel ini menerangkan tentang pemakanan yang tidak

seimbang dan tidak  berkhasiat bagi kanak-kanak iaitu daripada pemakanan

ringan. Iklan yang terlalu banyak disiarkan di media massa dan media elektronik,

menyebabkan kanak-kanak begitu terpengaruh dengan makanan ringan ini.

Makanan ringan akan membawa kekurangan zat atau obesiti, kerana kandungan

dalam makanan ringan terlalu banyak kalori dan lemak. Kini, ramai kanak-

kanak yang menghidap penyakit berbahaya seperti diabetes, darah rendah,

penyakit buah pinggang dan sebagainya lagi, kerana makanan ringan yang

berlebihan yang diambil akan menyebabkan berlakunya penyakit yang tidak

diingini. Selalunya, ibu bapa gemar memberikan anak-anak mereka makanan

ringan, kerana sibuk dengan kerjaya. Malahan, mereka tidak berfikir apa kesan

yang akan berlaku nanti pada anak-anak mereka jika makanan ringan ini selalu

diambil.

Selain itu juga, artikel ini menerangkan tentang langkah-langkah

pemakanan untuk memperbaiki pemakanan dan menggalakkan tabiat makan

yang bijak iaitu beberapa garis panduan yang diberi oleh Klinik Mayo untuk diet

yang sihat. Ini menerangkan bagaimana cara pemakanan yang sihat diambil, iaitu

dari kanak-kanak yang berumur sejak lahir hingga 2 tahun. Bermulanya daripada

susu iaitu susu badan merupakan satu-satunya makanan yang terbaik bagi bayi

sejak lahir hingga berumur enam bulan. Ini disebabkan susu badan memberi

pemakanan yang baik kepada bayi dan melindungi daripada jangkitan. Susu

badan juga diperkaya dengan zat besi. Sebaik-baiknya susulengkap lembu boleh

diguna untuk mengganti susu formula atau susu ibu selepas bayi berumur 12

bulan.

Page 3: Kajian Pemakanan Di Kalangan Murid Melayu Tahun Enam

Selain itu juga, pemakanan bayi pada umur satu tahun juga perlu

dititikberatkan, ini kerana pertumbuhan dan perkembangan tengah berlaku pada

peringkat awal ini. Jika pemakanan yang berkhasiat diamalkan, mereka tidak

mempunyai masalah kesihatan kelak. Seterusnya, ibu bapa juga perlu

menggalakkan anak-anak mereka bersenam pada setiap minggu. Jika kanak-

kanak hanya makan makanan berkhasiat sahaja, itu tidak mencukupi jika

senaman tidak dilakukan. Oleh itu, ibu bapa perlu menanamkan sikap suka

bersenam agar anak-anak dapat hidup secara sihat dari aspek fizikal dan emosi

mereka.

Artikel ini juga menerangkan tentang penyakit yang akan dialami oleh bayi

dan kanak-kanak jika pemakanan mereka tidak berkhasiat. Contohnya ialah

penyakit yang boleh dicegah seperti sakit gigi, cacar air, campak dan sebagainya

lagi. Penyakit ini sememangnya berkaitan dengan pemakanan kanak-kanak itu

sendiri. Sebagai salah satu penyakit yang dapat diambil ialah sakit gigi, iaitu

kanak-kanak mungkin banyak terdedah banyak kepada makanan ringan seperti

gula-gula dan snek.

 

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, apa yang boleh saya ulaskan disini ialah

kesihatan diri bagi kanak-kanak pada awal usia merupakan harta yang paling

paling berharga serta sangat penting, namunramai yang tidak menyedarinya

sehingga anak-anak mereka ditimpa sesuatu penyakit yangtenat. Ramai juga

yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiatuntuk

kanak-kanak bagi memastikan kesihatan yang baik untuk mereka. Selain itu, apa

yangdapat saya tegaskan disini ialah corak pengambilan makanan yang teratur

sepatutnya dimulakansejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan,´ Diri Anda ialah

Apa Yang Anda Makan´ dankenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak

pemakanan menentukan keadaan kesihatan kanak-kanak mahupun orang

Page 4: Kajian Pemakanan Di Kalangan Murid Melayu Tahun Enam

dewasa, kerana diet yang tidak teratur akan memburukkankesihatan. Oleh itu, ibu

bapa, guru dan masyarakat di sekeliling perlulah mendidik kanak-kanak makan

makanan yang seimbang, berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Kanak-kanak

yang cergasdan cerdas adalah bermula daripada pemakanan yang baik.

KAJIAN

Tajuk / Isu : Masalah kegemukan dikalangan kanak-kanak

 

1. PENGENALAN

Pemakanan merupakan satu faktor yang penting di dalam kehidupan

seharian setiap manusia.  Keperluan pemakanan di kalangan kanak-kanak

prasekolah perlu dikawal agar mendapat pemakanan yang seimbang dan

berkhasiat, Ini disebabkan oleh tenaga yang diperlukan untuk menjalani aktiviti

harian. Pertambahan saiz badan dan aktiviti fizikal pada usia 6 tahun amat

penting.  Kanak-kanak yang mendapat cukup zat makanan  dan dalam keadaan 

persekitaran yang baik akan berpeluang untuk mencapai tumbesaran yang

optimum.  Sebaliknya kanak-kanak yang mendapat kurang zat makanan akan

mengalami gangguan pertumbuhan fizikal dan mental, keletihan, kurang

penumpuan terhadap pelajaran dan kemerosotan pencapaian dalam pelajaran di

sekolah (Wan Nudri dan Aminah,1996). 

 

Justeru itu, faktor-faktor yang mempengaruhi pemakanan adalah amat

penting dan berguna jika ianya dikaji secara terperinci dan berterusan

terutamanya bagi mempastikan kesinambungan wujudnya generasi yang sihat

secara berterusan di negara ini. Isu-isu berkaitan dengan makanan dan

pemakanan melibatkan interaksi budaya, sosial, ekonomi dan psikologi yang

kompleks.  Pada tahun 1988, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa

terdapat bukti-bukti yang kukuh menunjukkan bahawa tabiat atau amalan makan

yang buruk merupakan salah satu faktor penting yang meningkatkan  penyakit-

Page 5: Kajian Pemakanan Di Kalangan Murid Melayu Tahun Enam

penyakit kronik begitu cepat (KKM, 1996). 

Baik buruknya pemakanan seseorang  juga berpunca daripada tabiat

makan yang diamalkannya.Tabiat makan seseorang  menggambarkan

pengambilan makanan yang sering diamalkan  oleh seseorang individu. Tabiat

makan yang buruk boleh membawa kepada keadaan yang tidak sihat seperti

kegemukan atau berkemungkinan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti

penyakit jantung, diabetis, tekanan darah tinggi, karies gigi dan beberapa jenis

kanser. Berdasarkan isu-isu di atas, adalah penting bagi setiap individu

mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai makanan, tabiat makan dan

penyakit-penyakit yang berkaitan dengannya untuk membolehkan mereka

mengamalkan tabiat atau amalan makan yang sihat serta membolehkan  mereka

hidup sihat dan memiliki kehidupan yang berkualiti  (KKM,1996). 

Pengetahuan pemakanan dan amalan makan yang sihat  perlu diberi

penekanan lebih awal kepada setiap individu iaitu bermula di peringkat sekolah 

rendah  lagi. Murid-murid dalam usia ini perlu diberi pendedahan kepada perkara

di atas bagi mewujudkan generasi yang mempunyai pemakanan yang baik iaitu

sihat dari segi rohani, jasmani dan mental, seterusnya bebas dari risiko penyakit

yang merbahaya seperti diabetis, tekanan darah tinggi dan beberapa jenis kanser.

Selain daripada itu, pendedahan awal ini juga akan dapat memberikan kesedaran

awal kepada mereka mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri supaya

sentiasa berada pada tahap yang optimum. 

Kajian menunjukkan bahawa kadar obesiti kanak-kanak di kawasan bandar

adalah tinggi berbanding dengan kanak-kank di luar bandar (Bong & Safurah,

1996). Terdapat juga kemungkinan berlakunya kes-kes kekurangan makanan di

kalangan murid-murid sekolah rendah. Fenomena ini perlulah diberi perhatian

yang serius oleh pihak-pihak yang  bertanggungjawab bagi meminimumkan

permasalahan pemakanan di kalangan kanak-kanak di Malaysia. 

Page 6: Kajian Pemakanan Di Kalangan Murid Melayu Tahun Enam

Kini telah banyak usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia terutamanya dalam memberi kesedaran berkaitan tabiat pemakanan

kepada seluruh rakyat Malaysia. Banyak kajian dan kempen pemakanan sihat

telah dijalankan, namun permasalahan pemakanan ini masih merupakan satu

masalah yang belum dapat diatasi sepenuhnya. Selain daripada Kementerian

Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia juga amat prihatin dalam

menangani pemasalahan ini. Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah

(RMTS) yang mula diperkenalkan ke seluruh sekolah rendah di Malaysia pada

tahun 1979 dan diikuti oleh Program Susu Sekolah yang mula dipekenalkan pada

tahun 1989, adalah antara program yang dijalankan bagi meminimumkan masalah

tersebut. (Abdul Rahman, 1993).

2.KAJIAN LITERATUR

Isu obesiti telah menjadi masalah utama di kalangan kanak-kanak sedunia .

Kanak- kanak di Malaysia juga mempunyai masalah yang sama dan ia semakin

diambil perhatian terutamanya di sekolah dan masyarakat. Menurut Nutrition

Research Priorities in Malaysia - For 10th Malaysia Plan (2011-2015), satu kajian

yang telah dijalankan oleh Ismail, 2009 pada 11,500 orang kanak-kanak berumur

6-12 tahun di semenanjung Malaysia telah mendapati 10% daripadanya adalah

dalam kategori lebih berat dan 6% dalam kategori obesiti. Satu lagi kajian yang

dilakukan oleh Ruzita, 2009 pada pelajar sekolah rendah di Semenanjung 

Malaysia, Sabah dan Sarawak telah mendapati 12.6% daripadanya dalam kategori

lebih berat dan 13.5% dalam kategori obesiti.

Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak

berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi

umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki.

Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.

Page 7: Kajian Pemakanan Di Kalangan Murid Melayu Tahun Enam

Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk

menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan

masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008).

Menurut Bill (2002), kajian menunjukkan pengetahuan tentang diet

yangseimbang dapat mencegah penyakit dan dapat meningkatkan kasihatan diri.

Iaperlulah diterapkan pada peringkat awal kanak-kanak dan berterusan sehingga

peringkat remaja dan dewasa.

Menurut Krause dan Mohan (1998), akibat pengambilan makanan yang

tidak baik, seseorang remaja akan menghadap risiko penyakit jantung, bulimia,

obesiti dan masalah tingkah laku.

Amalan pemakanan yang baik amat penting bagi perkembangan tubuh

badan, fungsi tubuh, pembiakan dan pertumbuhan yang normal. Tenaga

diperlukan bagi menjalankan aktiviti harian, kecekapan melakukan

pekerjaan,keupayaan pemulihan kecederaan tubuh badan. Bagi mendapatkan

keseluruhan tuntutan yang dikehendaki oleh tubuh badan, ia memerlukan

pengetahuan dan pemilihan pemakanan yang sempurna.

Jelliffe (1989) berpendapat bahawa salah satu faktor yang mempengaruhi

pengambilan makanan yang tidak sempurna adalah kerana kurangnya

pengetahuan golongan remaja tentang cara pemakanan yang baik

selarasdengan keperluan hariannya

Menurut Syed Mahadzir ( 2004 ), amalan pemakanan di kalangan kanak-

kanak dan remaja perlu dipantau dan dijaga kerana tabiat pemakanan

merekamudah dipengaruhi oleh iklan-iklan televisyen dan media lain. Ini

akanmenimbulkan masalah hiperaktif dan obesiti di kalangan kanak-kanak dan

remaja yang mungkin disebabkan oleh terlalu banyak makan makanan

Page 8: Kajian Pemakanan Di Kalangan Murid Melayu Tahun Enam

sampingan segera yang terlalu tinggi kandungan logam, perisa dan pengawet.

Ibu bapa perlu mengawasi tabiat pemakanan anak-anak mereka. Ilmu tentang

pemakanan sihat tentang pemakanan sihat boleh diperolehi melalui sumber-

sumber yang begitu banyak di dalam negara kita sama ada melalui media

elektronik, bahanbercetak seperti majalah dan buku dan juga melalui

perbincangan dalam forum bengkel dan seminar.

Kajian Hadijah (1986), mendapati bahawa sumber pengetahuan pemakanan

yang ke dua ialah daripada ibu bapa dan adik beradik. Oleh yang demikian, ibu

bapa perlulah mempunyai pengetahuan yang cukup tentang pemakanan supaya

dapat menyediakan makanan yang seimbang untuk meningkatkan taraf

pemakanan dan kesihatankeluarga. Selain itu, pelajar juga mendapat maklumat

tentang pemakanan melalui media massa dan media elektronik.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian ini merupakan satu kajian mengenal pasti masalah kegemukan.

Masalah ini merupakan masalah dikalangan kanak-kanak. Berdasarkan tujuan

kajian tersebut, bab ini akan membincangkan kaedah penyelidikan yang telah

dijalankan. Penggunaan kaedah yang bersesuaian menentukan ketetapan dan

hasil kajian yang terbaik serta berupaya untuk mencapai matlamat dan objektif

yang ditetapkan. Aspek yang dibincangkan menerangkan tentang reka bentuk

kajian, populasi dan sempel, kaedah soal selidik digunakan dalam pengumpulan

data dan penganalisian data bagi mencapai objektif .

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui masalah kegemukan dan pemakanan

kanak-kanak pra sekolah yang terbabit  dan melihat amalan pemakanannya dari

Page 9: Kajian Pemakanan Di Kalangan Murid Melayu Tahun Enam

segi  makanan kegemaran, senaman, waktu makan dan tempat makan.. Selain

daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui hubung kait antara cara

pemakanan kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan .

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik dalam mengenal pasti kanak-

kanak atau pelajar yang mempunyai masalah obesiti. Dalam kajian ini satu

borang telah disediakan untuk kanak-kanak dan beberapa solan yang ditanya

adalah berdasarkan pengalaman dan kegemaran kanak-kanak. Soal selidik ini

disediakan untuk melihat mengapakah masalah obes terjadi. Kajian ini juga telah

memberi ruang yang lebih mendalam bagai mana cara pemakanan yang betul

dapat dilhat agar masalah ini dapat dikurangkan.

POPULASI DAN SAMPEL

Populasi kajian ini ialah 10 kanak-kanak yang sedang mengikuti program

pendidikan prasekolah secara integrasi di sebuah sekolah yang terletak di Kuala

Lumpur. Pemilihan sekolah atau lokasi kajian yang dibuat dirancang dan

dipersetujui oleh pihak sekolan berkenaan. Sekolah yang telah dipilih untuk

menjadi lokasi kajian ialah Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri Kuala Lumpur.

Sampel yang diambil ialah secara rawak yang berada di dalam kelas prasekolah

yang berumur 6 tahun..

SOAL SELIDIK

Soal selidik ialah satu kaedah untuk mendapat maklumat atau data lanjut lebih

mendalam terhadap kanak-kanak dalam pemilihan makanan harian dan aktiviti

yang dilakukan kanak-kanak yang menjurus masalah kegemukan.

BAB 4 : PENEMUAN

Page 10: Kajian Pemakanan Di Kalangan Murid Melayu Tahun Enam

Kanak- kanak dan remaja yang cenderung dalam pemakanan dan aktiviti

yang tidak sihat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes. Faktor-

faktor yang menyebabkan obesiti :

1. Keturunan dan faktor genetik

2. Tiada senaman yang mencukupi

3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak

4. Hormon

5. Pengambilan ubat/ Rawatan

6. Virus

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap murid Pra-sekolah SK

Intan Baiduri, didapati antara makanan kegemaran yang menjadi pilihan utama

mereka ialah coklat, ayam goreng, burger, gula-gula dan aiskrim. Manakala

minuman pilihan utama ialah air bikarbonat. Memang diakui makanan-makanan

ini mempunyai kalori yang sangat tinggi dan tidak baik untuk kesihatan jika

berlebihan dan boleh menyebabkan penyakit obesiti. Sayur-sayuran adalah

makanan yang paling tidak disukai oleh murid pra-sekolah.

Antara penyumbang utama masalah kegemukan di kalangan kanak-kanak

khususnya di SK Intan Baiduri ialah makanan segera yang kini boleh didapati

dengan mudah. Restoran makanan segera yang menjadi pilihan utama mereka

ialah restoran KFC diikuti McDonald dan Pizza Hut. 50% responden kerap

mengunjungi restoran makanan segera dalam masa satu bulan manakala 40%

responden sangat kerap mengunjungi restoran makanan segera dan bakinya

kadang-kadang. Ini menunjukkan 90% responden memilih makanan segera

sebagai pengganti makanan berkhasiat.

Faktor senaman juga merupakan salah satu aspek dalam membantu

penyakit obesiti. Daripada kajian yang telah dijalankan 90% daripada responden

sangat jarang melakukan aktiviti senaman bersama keluarga manakala bakinya

Page 11: Kajian Pemakanan Di Kalangan Murid Melayu Tahun Enam

10% responden ada melakukan aktiviti senaman tetapi kadang-kadang bersama

keluarga. Melalui aktiviti senaman, kita dapat membakar kalori berlebihan dalam

badan agar badan sentiasa sihat dan ini dapat mengelakkan daripada penyakit

obesiti. Kesedaran untuk melakukan senaman bagi ibubapa kanak-kanak terbabit

masih di tahap yang rendah.

Pemilihan waktu makan juga memain peranan penting dalam

mempengaruhi penyakit kegemukan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan

ini, didapati 90% responden suka makan pada waktu malam. Ini bukanlah

merupakan petanda yang baik. Jumlah kalori yang kita makan hanya akan

disimpan sebagai lemak kerana tidak banyak aktiviti yang dapat dijalankan pada

malam hari kecuali tidur. Ini boleh mengakibatkan terjadinya penyakit obesiti jika

tidak dibendung.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ini, didapati 50% daripada

responden mempunyai Body Mass index (BMI) melebihhi 23 kg/m2. Ini

menunjukkan mereka telah menghidap penyakit kegemukan di usia 6 tahun dan

berat badan mereka tidak sesuai dengan ketinggian mereka. 40% daripada

responden mempunyai berat badan yang normal namun jika diteliti BMI

responden terbabit kebarangkalian untuk mereka mendapat penyakit kegemukan

adalah tinggi jika tidak dikawal pemakanan mereka. Hanya 10% responden

mempuyai berat badan yang tidak sesuai dengan ketinggiannya memandangkan

BMI nya di bawah paras 18kg/m2.

Standard Pengiraan Obesiti

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI)

yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak

Page 12: Kajian Pemakanan Di Kalangan Murid Melayu Tahun Enam

(Sumber WHO)

Standard Untuk Bayi dan Kanak- Kanak

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard

pertubuhan untuk bayi sehingga kanak –kanak berumur 5 tahun yang telah

dilancarkan pada April 2006. Standard ini dipanggil WHO child growth standards. 

Walau bagaimanapun disebabkan oleh ketiadaan standard antarabangasa

untuk definisi bagi obesiti di kalangan kanak-kanak yang berumur 5-14 tahun,

cara ukuran obesiti bagi kumpulan ini agak mencabar. Oleh itu Pertubuhan

Kesihatan Sedunia kini sedang membangunkan satu panduan antarabangsa

untuk pertumbuhan bagi kumpulan kanak-kanak sekolah dan remaja. WHO child

growth standards  ini dibangunkan dengan menggunakan bukti- bukti teknikal

dan diharap agar negara-negara ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia dapat

mengikut standard tersebut. 

Page 13: Kajian Pemakanan Di Kalangan Murid Melayu Tahun Enam

BAB 5 RUMUSAN

Daripada  kajian ini dapatlah dirumuskan bahawa, tahap pemakanan murid-

murid pra-sekolah di SK Intan Baiduri adalah kurang memuaskan. Faktor yang

dikenalpasti paling mempengaruhi tahap pemakanan ialah pemilihan makanan

(makanan segera) murid dan amalan pemakanan (waktu makan) di mana semua

responden memilih waktu malam. Cara penyediaan dan masakan makanan juga

mempengaruhi taraf pemakanan murid-murid. Murid-murid dalam kajian ini hanya

mempunyai pengetahuan pemakanan pada tahap sederhana sahaja.

CADANGAN

Daripada rumusan yang telah dilakukan, cadangan seperti berikut adalah

disyorkan:

i. Kawasan yang dikaji perlu diberi perhatian yang serius mengenai tahap

pemakanan murid-murid. Pihak-pihak yang berkaitan haruslah memberi perhatian

yang lebih serius bagi mengatasi fenomena ini. Satu kajian yang lebih

menyeluruh bagi menentukan sebab sebenar haruslah dilakukan bagi mencari

punca pemasalahan ini.

ii. program-program pemakanan yang telah dan sedang dijalankan perlulah dikaji

semula keberkesanannya bagi meningkatkan tahap pemakanan murid-murid

sekolah rendah.

Page 14: Kajian Pemakanan Di Kalangan Murid Melayu Tahun Enam

iii. Pihak Kementerian Pendidikan harus menumpukan perhatian yang lebih

terhadap golongan murid-murid yang menghadapi masalah pemakanan (kurang

atau lebih). Usaha-usaha meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan

amalan pemakanan yang betul perlu dilakukan. Usaha ini mungkin boleh

dilakukan dengan cara menambahkan lagi sukatan pelajaran berkenaan

pemakanan ataupun mengadakan program khas bagi tujuan ini.

iv. Risalah dan maklumat pemakanan yang dikeluarkan oleh Kementerian

Kesihatan dan juga agensi lain perlu disebarkan secara lebih meluas dan efektif

agar maklumat yang hendak disampaikan tepat kepada kumpulan sasaran

khasnya ibubapa..

v. Di dalam kajian ini kuantiti makanan yang diambil oleh murid tidak dikaji.

Walaubagaimanapun terdapat kemungkinan bahawa murid yang tidak makan

makanan berat tapi kerap makan mempunyai potensi untuk mengalami lebih

pemakanan.

vi. Program kesedaran dan peningkatan kualiti bagi pengusaha-pengusaha kantin

sekolah perlulah diberi perhatian supaya penyediaan makanan dan

penyelenggaraan kantin pada tahap yang memuaskan.

vii. Pihak pentadbiran sekolah atau PIBG boleh meningkatkan lagi peranan

mereka dalam mengawasi penjualan makanan di kantin sekolah supaya makanan

dan minuman yang dijual / dihidangkan bersesuaian dengan keperluan

pemakanan murid-murid sekolah.

KESIMPULAN

Umum mengetahui, masalah pemakanan adalah penyebab obesiti tidak

mengira usia dan secara amnya, masalah pemakanan di kawasan kajian adalah

Page 15: Kajian Pemakanan Di Kalangan Murid Melayu Tahun Enam

penyebab utama penyakit obesiti di kalangan murid pra-sekolah. Ianya haruslah

diberikan perhatian yang serius oleh semua pihak terutama ibubapa dan pihak

sekolah dalam membendung dan mengambil langkah awal bgi mengatasinya.

Kajian bersepadu dan mendalam yang meliputi semua aspek pemakanan patut

dilakukan bagi mencari punca sebenar masalah ini dan seterusnya akan dapat

menyelesaikan masalah pemakanan kanak-kanak di negara ini.

Bibliografi

1. http://intim.wordpress.com/2007/11/10/penjagaan-kesihatan-kanak-kanak

2. http://ratuhati.com/index.php?option=com_content&view=article&id=22:amalkan- pemakanansihat-untuk-anak-anda&catid=46&Itemid=100088

3. http://www.slideshare.net/syazayasmin/makanan-dan-amalan-pemakanan

4. http://www.searchinpdf.com/PREVALENS-LEBIHAN-BERAT-BADAN-DAN-OBESITI- DI-KALANGAN-PELAJAR

Page 16: Kajian Pemakanan Di Kalangan Murid Melayu Tahun Enam
Page 17: Kajian Pemakanan Di Kalangan Murid Melayu Tahun Enam

ISI KANDUNGAN

Page 18: Kajian Pemakanan Di Kalangan Murid Melayu Tahun Enam

BIL TAJUK MUKA SURAT

1 ULASAN JURNAL 1-3

2 KAJIAN 4

i. PENGENALAN

ii. KAJIAN LITERTUR

iii. METODOLOGI

iv. PENEMUAN

v. RUMUSAN

4

6

8

9

12

3 BIBLIOGRAFI 15

4 LAMPIRAN 16