kajian pbs smkpg2

31
PENGGUNAAN KENDERAAN PERSENDIRIAN DALAM KALANGAN PELAJAR PRAUNIVERSITI DI SMK PASIR GUDANG 2

Upload: siva-raj

Post on 05-Dec-2014

75 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Pbs Smkpg2

PENGGUNAAN KENDERAAN PERSENDIRIAN

DALAM KALANGAN PELAJAR PRAUNIVERSITI

DI SMK PASIR GUDANG 2

Page 2: Kajian Pbs Smkpg2

SINOPSIS

Dewasa ini, penggunaan kenderaan sebagai pengangkutan di sekolah merupakan satu keperluan

yang penting terutama pelajar yang tinggal berjauhan dari kawasan sekolah. Terdapat pelbagai

pilihan pengangkutan yang boleh digunakan oleh pelajar sekolah. Antaranya bas sekolah, van

sekolah, atau kenderaan persendirian. Kajian ini tertumpu kepada penggunaan kenderaan

persendirian dalam kalangan pelajar prauniversiti di SMK Pasir Gudang 2. Kajian ini juga

melihat kepada faktor pemilihan kenderaan persendirian untuk bergerak terutamanya untuk ke

sekolah. Selain iu, kajian ini juga melihat kepada kesan penggunaan kenderaan persendirian atas

responden. Responden yang terlibat adalah dalam kalangan pelajar prauniversiti di SMK Pasir

Gudang 2. Borang soal selidik, pemerhatian, temu bual dan rujukan di gunakan sebagai alat

untuk mengumpul data bagi memperoleh maklumat yang tepat. Keputusan analisis

menunujukkan majoriti pelajar prauniversiti di SMK Pasir Gudang 2 menggunakan kenderaan

persendirian berbanding pengangkutan awam. Secara rasionalnya, pelajar lebih mudah untuk

bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Page 3: Kajian Pbs Smkpg2

KANDUNGAN

SINOPSIS

KANDUNGAN

SENARAI PETA

SENARAI RAJAH

SENARAI FOTO

PENGHARGAAN

1.0 PENGENALAN

1.1 OBJEKTIF KAJIAN

2.0 LOKASI KAJIAN

2.1 SMK PASIR GUDANG 2

3.0 KAEDAH KAJIAN

3.1 Soal Selidik

3.2 Temu Bual

3.3 Pemerhatian

3.4 Rujukan

3.5 PERSAMPELAN

3.6 TEKNIK PENGANALISAAN DATA

4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 4: Kajian Pbs Smkpg2

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani. Segala puji bagi

Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana

dengan taufik dan hidayahnya, maka saya telah diberi kekuatan dan ketabahan untuk

menyiapkan penyelidikan ini dengan jayanya.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima

kasih yang tidak terhingga kepada Cik Marlina Binti Abdul Rahim di atas segala bimbingan,

tunjuk ajar, perbincangan dan pandangan yang diberikan oleh beliau sepanjang menjayakan

projek ini.

Terima kasih juga buat ibu bapa yang banyak memberi sokongan dan membantu dalam

mencari maklumat bagi menghasilkan kajian ini.

Tidak lupa jutaan terima kasih buat pihak-pihak yang terlibat dalam proses pengumpulan

data sepanjang berlangsungnya kajian ini.

Jasa anda amat dihargai. Sekian, terima kasih.

Page 5: Kajian Pbs Smkpg2

1.0 PENGENALAN

Penggunaan kenderaan persendirian kini menjadi pilihan dalam kalangan pelajar

prauniversiti untuk ke sekolah. Kenderaan persendirian merujuk kepada kenderaan peribadi yang

membawa seseorang atau sesuatu tempat ke tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh

berbanding jika berjalan kaki.

Kenderaan persendirian kini bukan lagi menjadi kehendak malah merupakan satu

keperluan dalam kemudahan pergerakan manusia dan aset yang perlu dimiliki dan menjadi asas

utama dalam kehidupan seharian. Dengan perkembangan aktiviti manusia yang kian meningkat

dan bertambah kompleks melalui pelbagai fungsi dan aktiviti seharian secara tidak langsung

meningkatkan keperluan penggunaan terhadap kenderaan persendirian ini.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kenderaan persendirian didefinisikan sabagai

pengangkutan yang dimiliki secara individu atau orang perseorangan. Za’aba (1997) menyatakan

bahawa kenderaan persendirian merupakan aset utama yang dimiliki setiap individu.

Kenderaan persendirian ini dimiliki oleh setiap golongan mengikut kemampuan masing-

masing bagi menjalankan aktiviti seharian mengikut kemampuan masing- masing bagi

menjalankan aktiviti seharian dengan lancar dan mudah.

Menurut Asmah (2009), penggunaan kenderaan persendirian dalam kalangan pelajar

prauniversiti kini semakin meningkat atas faktor mampu dimiliki dan masalah pengangkutan

awam. Penggunaan kenderaan persendirian berpunca daripada masalah pengangkutan awam

yang mengganggu ke;ancaran aktiviti pelajar. Penggunaan kenderaan persendirian memainkan

peranan penting supaya pelajar dapat mengkadiri sesi persekolahan tanpa ada sebarang

Page 6: Kajian Pbs Smkpg2

kekangan. Justeru itu, timbullah persoalan mengenai faktor penggunaan kenderaan persendirian

dalam kalangan pelajar prauniversiti di SMK Pasir Gudang 2. Penggunaan kenderaan kenderaan

persendirian akan memberikan kesan dalam kalangan pelajar prainiversiti SMK Pasir Gudang 2.

Timbul persoalan berkaitan isu ini adakah penggunaan kenderaan persendirian memberi kesan

positif dan negatif kepada mereka. Oleh yang demikian kesan penggunaan kenderaan

persendirian perlu memberi kebaikan dan kemudahan kepada pelajar SMK Pasir Gudang 2.

1.1 OBJEKTIF KAJIAN

1.1.1 Mengenalpasti faktor penggunaan kenderaan persendirian dalam kalangan pelajar

PraUniversiti di SMK Pasir Gudang 2

1.1.2 Mengkaji kesan penggunaan kenderaan persendirian dalam kalangan pelajar

PraUniversiti SMK Pasir Gudang 2

2.0 LOKASI KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting.

Kawasan kajian ini adalah berfokus di kawasan SMK Pasir Gudang 2 yang terletak 10 minit dari

Pusat Bandar Pasir Gudang. SMK Pasir Gudang 2 ini telah dipilih berdasarkan penggunaan

kenderaan persendirian yang tinggi dalam kalangan pelajar prauniversiti.

2.1 SMK PASIR GUDANG 2

SMK Pasir Gudang 2 telah dibuka pada tahun 1993 dan bermula dengan 900 orang

pelajar. Hanya satu sesi persekolahan dibuka pada awal penubuhan sekolah ini iaitu dari

tingkatan 1 hingga 5.

Bermula pada tahun 2000 bilangan pelajar semakin bertambah berikutan kelas tingkatan

*PETA

Page 7: Kajian Pbs Smkpg2

6 telah dibuka dan ini menyebabkan 1 lagi sesi telah dibuka dan kini pelajar dari tingkatan 1

hingga tingkatan 6 atas seramai 1500 pelajar.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam proses pengumpulan data, kaedah yang digunakan adalah kaedah soal selidik, temu bual,

pemerhatian dan rujukan.

3.1 Soal Selidik

Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan

betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang

hendak dijalankan. Borang diedarkan secara rawak kepada responden di SMK Pasir Gudang 2.

Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka. Rasional menggunakan

soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah

dibandingkan serta jawapan mudah diproses menerusi sistem pengkodan yang bersifat piawai

dan mudah dianalisis. Bagi soal selidik berbentuk terbuka pula rasionalnya adalah untuk

memudahkan responden bebas memberikan pelbagai bentuk jawapan dan pendapat yang

dirasakan sesuai.

3.2 Temu Bual

Kaedah ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara

formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan atau pangkat dalam sesebuah organisasi

atau kelompok masyarakat. Manakala temu bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual

dengan orang persendirian.

3.3 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternatif yang ada dalam

pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual. Pemerhatian

memerlukan penyelidik memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian. Kaedah ini membolehkan

pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh responden.

Page 8: Kajian Pbs Smkpg2

3.4 Rujukan

Kaedah ini dijalankan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku rujukan di

perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, bahan rujukan internet

juga digunakan sebagai kaedah tambahan kepada kajian.

3.5 PERSAMPELAN

Kajian ini menggunakan persampelan bukan probaliti iaitu teknik persampelan bertujuan

bagi menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 60 orang responden telah dipilih

untuk menjawab borang soal selidik ini, iaitu terdiri daripada pelajar prauniversiti 1 sahaja.

Saiz sampel ini sangat relevan menurut Bailey (1984) dimana lebih kurang 30 kes

merupakan saiz minimum bagi kajian yang memerlukan analisis data perangkaan. Pemilihan

responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab soal selidik.

Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah mereka

seharusnya pelajar prauniversiti yang bersekolah di SMK Pasir Gudang 2. Hal ini demikian

kerana mereka yang terlibat dalam penggunaan kenderaan persendirian ke sekolah.

3.6 TEKNIK PENGANALISAAN DATA

Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan, min dan juga

kekerapan. Analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik yang

diedarkan kepada responden. Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan,

disunting dan ditukarkan kepada angka. Seterusnya data tersebut yang telah dianalisis,

dipersembahkan dalam bentuk jadual.

Dalam borang kaji selidik ini, skala Likert 5 digunakan untuk menilai kesan penggunaan

kenderaan pesendirian dalam kalangan pelajar prau SMK Pasir Gudang 2. Setiap peringkat

penilaian diberi nilai dalam bentuk angka menggunakan skala Likert di mana angka 5 mewakili

sangat setuju, 4 mewakili setuju, 3 mewakili tidak pasti, 2 mewakili tidak setuju dan 1 mewakili

sangat tidak setuju.

Page 9: Kajian Pbs Smkpg2

4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang

telah dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang telah

dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik bagi nilai peratusan taburan kekerapan dan

purata.

4.1 DEMOGRAFI

Seramai 60 orang responden yang terdiri daripada pelajar prau SMK Pasir Gudang 2

telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, bangsa,

agama dan jurusan di persembahan dalam bentuk rajah.

4.1.1 Jantina

Jantina Jumlah (orang) Peratus (%)

Lelaki 28 46.7

Perempuan 32 53.3

Jumlah 60 100

Rajah 1 Jantina Responden

Berdasarkan hasil kajian daripada 60 orang responden yang dipilih secara rawak, sebanyak

46.7% (28 orang) adalah terdiri daripada lelaki manakala 53.3% (32 orang) adalah responden

perempuan.

JANTINA

Page 10: Kajian Pbs Smkpg2

4.1.2 Jurusan

Perkara Jumlah (orang) Peratus (%)

Perakaunan 15 25

Pengajian perniagaan 15 25

Syariah 15 25

Bahasa Melayu 15 25

Jumlah 60 100

Berdasarkan hasil kajian daripada 60 orang responden dipilih mengikut jurusan secara sama rata

dimana seramai 15 pelajar diambil dari setiap 4 jurusan. Peratusan jumlah responden bagi setiap

jurusan adalah 15%.

4.1.3 Faktor Penggunaan Kenderaan Persendirian

Perkara Jumlah Peratus (%)

Waktu persekolahan tidak

fleksibel

42 70

Menjimatkan masa perjalanan 10 16.7

Masa laluan pengangkutan

awam yang tidak konsisten

8 13.3

JURUSAN

Page 11: Kajian Pbs Smkpg2

Rajah 2 FAKTOR PENGGUNAAN KENDERAAN PERSENDIRIAN

Berdasarkan hasil kajian sebanyak 70% (42 orang) mengatakan faktor penggunaan

kenderaan persendirian adalah waktu persekolahan yang tidak fleksibel manakala 17% (10orang)

pula menyatakan bahawa ianya berpunca daripada menjimatkan masa perjalanan mereka pergi

dan pulang dari sekolah. Seterusnya sebanyak 13% (8 orang) menyatakan masa laluan

pengangkutan awam tidak konsisten.

4.1.4 Kesan Penggunaan Kenderaan Persendirian

Perkara Jumlah Peratus (%)

Melancarkan urusan ke

sekolah

32 53.3

Masalah tempat meletak

kenderaan di sekolah

15 25

Menjimatkan masa 13 21.7

Rajah 3 Kesan Penggunaan Kenderaan Persendirian

FAKTOR PENGGUNAAN KENDERAAN PERSENDIRIAN

KESAN PENGGUNAAN KENDERAAN PERSENDIRIAN

Page 12: Kajian Pbs Smkpg2

Berdasarkan hasil kajian sebanyak 53.3% (32 orang) mengatakan kesan penggunaan

kenderaan persendirian melancarkan urusan ke sekolah manakala 25% (15orang) pula

menyatakan bahawa kesan penggunaan kenderaan persedirian menyebabkan kekurangan tempat

meletak kenderaan pelajar di kawasan sekolah. Seterusnya sebanyak 21.7% (13 orang)

menyatakan bahawa kenderaan persendirian menjimatkan masa.

5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian bertujuan mengenalpasti faktor penggunaan kenderaan persendirian dalam

kalangan pelajar prauniversiti di SMK Pasir Gudang 2. Terdapat pelbagai faktor yang membawa

kepada pemilihan ini. Antaranya waktu persekolahan yang lebih panjang berbanding pelajar

aliran arus perdana. Berikutan ini, pelajar prauniversiti sukar untuk menaiki bas sekolah seperti

pelajar arus perdana yang lain.

Dapatan hasil kajian mendapati bahawa faktor waktu persekolahan yang tidak fleksibel

menyebabkan mereka lebih selesa menggunakan kenderaan persendirian ke sekolah. Ada juga

responden berpendapat penggunaan kenderaan persendirian dapat menjimatkan masa perjalanan

dan selainnya menyatakan bahawa masa laluan pengangkutan awam tidak konsisten menjadi

punca pelajar memilih menaiki kenderaan sendii untuk ke sekolah.

Dapatan hasil kajian turut menunujukan bahawa kesan penggunaan kenderaan

persendirian menyebabkan urusan untuk ke sekolah setiap hari menjadi lancar. Ada juga

responden menyatakan bahawa masalah tempat meletak kenderaan di sekolah berlaku akibat

penggunaan kenderaan persekolahan persendirian ini. Namun, masa dapat dijimatkan dengan

penggunaan kenderaan persendirian.

Penggunaan kenderaan persendirian sangat penting untuk pelajar tiba awal ke sekolah.

Penggunaan kenderaan persendiria juga dapat menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah.

Cadangan menambah tempat letak kenderaan pelajar dapat membantu pelajar mengatasi masalah

kekurangan tempat letak kenderaan disamping dapat mengelakkan pelajar mebuang masa. Selain

itu, ibu bapa perlu memastikan pelajar memiliki lesen memandu yang sah dan memastikan

kenderaan dalam keadaan yang baik. Seterusnya, pihak sekolah juga perlu memainkan peranan

Page 13: Kajian Pbs Smkpg2

dalam melakukan pemantauan dalam memastikan pelajar memiliki lesen memandu dan

kenderaan yang dibaa haruslah dilekatkan dengan pelekat logo sekolah. Manakala pelajar sendiri

perlu mematuhi peraturan keselamatan jalan raya seperti memakai topi keledar, memakai tali

pinggang keselamatan supaya tidak membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang

lain.

Page 14: Kajian Pbs Smkpg2

RUJUKAN

Asmah Ali, 2009. Pengangkutan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Bailey, K. D. 1984. Method of Social Research. New York: The Free Press

Kamus Dewan, 2011. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Laman web Google. 2012. http:// maps.google .com (19 Januari 2013)

Suliati Asri. 2012. 10 Pengangkutan ke Sekolah. Harian Metro

Zainal Abidin Hassan, 1997. Aset utama kehidaupan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

Page 15: Kajian Pbs Smkpg2

LAMPIRAN

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN

1 Jantina:

Lelaki [ ]

Perempuan [ ]

2 Bangsa:

Melayu [ ]

Cina [ ]

India [ ]

Lain-lain [ ]

4 Jurusan:

Akaun [ ]

Pengajian Perniagaan [ ]

Syariah [ ]

Bahasa Melayu [ ]

Page 16: Kajian Pbs Smkpg2

BAHAGIAN B: FAKTOR PENGGUNAAN KENDERAAN PERSENDIRIAN DALAM KALANGAN PELAJAR

1. Adakah anda pengguna kenderaan persendirian untuk menghadiri sesi persekolahan?

Ya [ ]

Nyatakan: _________________________________________________________

Tidak [ ]

2. Adakah anda berasa selesa menggunakan kenderaan persendirian untuk ke sekolah berbanding menaiki perkhidmatan pengangkutan awam?

Ya [ ]

Nyatakan: _________________________________________________________

Tidak [ ]

BAHAGIAN C: FAKTOR PELAJAR MENGGUNAKAN KENDERAAN PERSENDIRIAN KE SEKOLAH

Tuliskan jawapan di ruang yang disediakan

1. Mengapakah pelajar memilih kenderaan persendirian untuk ke sekolah?

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

2. Apakah punca pelajar tidak memilih kenderaan lain sebagai medium pengangkutan untuk ke sekolah?

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Page 17: Kajian Pbs Smkpg2

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

BAHAGIAN D: KESAN PENGGUNAAN KENDERAAN PERSENDIRIAN

Berdasarkan ukuran di bawah, berikan kesan terhadap penggunaan kenderaan persendirian dalam kalangan pelajar prauniversiti SMK Pasir Gudang 2 dengan menandakan [ /] dalm ruangan yang disediakan.

Perkara Sangat Setuju

Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

Skor 5 4 3 2 1

Bil Perkara 5 4 3 2 1

1 Penggunaan kenderaan persendirian melancarkan urusan ke sekolah setiap hari

2 Penggunaan kenderaan persendirian mendatangkan masalah tempat meletak kenderaan di ruangan parkit kenderaan ekolah

3 Masa dapat dijimatkan dengan penggunaan kenderaan persendirian

Page 18: Kajian Pbs Smkpg2

Perbincangan bersama Prof YusoffJustifikasi Pemarkahan berdasarkan Kriteria Penilaian dan Penskoran MPM.Tajuk : Persepsi Penduduk Terhadap Pembangunan Ekopelancongan di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak

Kriteria Penilaian MarkahPenuh

Markah Prof Justifikasi

A Penulisan1. Sinopsis 2 2 Ada tajuk, 1 perenggan, tujuan dan lokasi ada.

Kaedah soal selidik, tiada responden dan dapatan ada. Kesimpulan diberi.Beri range 150-170pp masih diterima

2. Kandungan - - Ada 3. Penghargaan - - Ada – beri penghargaan terima kasih kepada

guru sekurang-kurangnya.

4. Pengenalan 2 2 Menyatakan isu yang ingin dikaji. Harapan lebih panjang dan mendalam terhadap paya bakau dan kesan ekopencongan terhadap . 3 -5 publication berkaitan isu tersebut – majalah. Rujukan dijadikan pengenalan dan pengolahan yang lancar setelah menggabungkan idea 3-5 artikel tersebut. Bahan “qoute” guna cara “Gaya Dewan”Istilah dan definisi boleh diberi namun perlu memaklumkan definisi sebenar yang digunakan dalam kajian calon. “Jargon” atau “Konsep kendalian kajian” boleh dimasukkan dalam pengenalan.

5. Objektif Kajian

2 2 Mengenal pasti dan mengkaji adalah berbeza.. Objektifnya jelas dan tidak perlu disatukan. Skala "Likert” sesuai digunakan kajian sains sosial. Cth: lihat persepsi.Perkataan yang sesuai seperti “untuk mengenal pasti…”

6. Lokasi Kajian 2 2 Lengkap dan jelas. Semua berkaitan dengan ekopelanconganCadangan jangan terlalu panjang. Sekadar untuk pembaca mengetahui tempat, ada peta dan gambaran. Cara penulisan gambar, carta, jadual dan penulisan ada pada lampiran yang disertakan dalam manual.

7. Kaedah 5 5 Persampelan 57 orang dimaklumkan iaitu

Page 19: Kajian Pbs Smkpg2

Kajian berumur 21 tahun ke atas dan model saiz “Bailey” dan soalan sebelum dan selepas pembangunan. Soal selidik dan pemerhatian dilakukan. Teknik-teknik analisa data menggunakan likert skale dijelaskan.Jika calon menggunakan skala 1-3 juga boleh.

8. Dapatan Kajian dan Perbincangan

15 14 Dapatan membincangkan data asas yang dikutip mengikut responden : jantina, lokasi, pekerjaan. Analisis terhadap impak ekonomi, sosial dan alam sekitar dibincangkan. Adakah perbincangan menjawab objektif kajian? Mengkaji persepsi penduduk terhadap impak secara keseluruhan? Ada dan memenuhi kehendak kajian dan membincangkan dengan rujukan kajian/penulisan lepas yang berkaitan. Kesulitan untuk reference – patut ada jadual atau gambar rajah untuk memudahkan pemahaman. Rajah untuk “Visualise” dapatan dan explain. Cara persembahan kurang (1m tolak).

9. Rumusan dan Kesimpulan

3 3 Sangat setuju diberi. Menyeluruh dan padat

10. Rujukan 2 2 Jangan guna bibliografi. Hanya semua yang dirujuk dalam teks harus ditulis dalam rujukan. Di peringkat universiti, dapat dikenal pasti orang yang meniru. Jika mengambil kerja orang lain maka perlu diiktirafkan penggunaan “quote”.

11. Lampiran -JUMLAH 32/33

Page 20: Kajian Pbs Smkpg2

Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan PelajarSekolah Menengah Kebangsaan A

B Kriteria Penilaian MarkahPenuh

Markah Prof Justifikasi

A Penulisan1. Sinopsis 2 1 Tiada tajuk kajian di atas sinopsis, 3

perenggan, Tujuan, Lokasi nama sekolah tidak jelas, kaedah soal-selidik, bil. Responden ada, dapatan dan kesimpulan tiada

2. Kandungan - - Ada3. Penghargaan - - Ada 4. Pengenalan 2 2 Walaupun hanya ada 3 perenggan namun

masih jelas untuk menerangkan kajian yang ingin dilakukan.

5. Objektif Kajian 2 1 Memupuk kesedaran bukan objektif.

6. Lokasi Kajian 2 1 Tidak jelas. Sepatutnya lokasi(peta) dan gambar sekolah untuk jadikan menarik.

7. Kaedah Kajian 5 2 Tidak menyatakan dari mana responden dan bagaimana diperolehi. Cara dapat maklumat tiada. Ting apa? Bgmn dikenalpasti orang yang ponteng sekolah.. Kaedah soal selidik dinyatakan. Sumber sekunder sepatutnya ada cth fail sekolah.

8. Dapatan Kajian dan Perbincangan

15 6-7 Hasil dapatan tidak dizahirkan dari soal selidik. Perbincangan umum sahaja dari internet dan majalah. Bukan dari hasil kajian. Langkah dan cadangan untuk menangani tidak diperlukan. Kekurangan ada dan ada dalam soal selidik tetapi dapati tidak dibincangkan dengan nyata (%).

9. Rumusan dan Kesimpulan

3 1 Markah diberi atas hasil penulisan di atas. Cara penulisan

Page 21: Kajian Pbs Smkpg2

10. Rujukan 2 1 Jangan ditulis bibliografi11. Lampiran -JUMLAH 16

KUMPULAN JPSJustifikasi Pemarkahan berdasarkan Kriteria Penilaian dan Penskoran MPM.Tajuk : Persepsi Penduduk Terhadap Pembangunan Ekopelancongan di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak

Kriteria Penilaian MarkahPenuh

Markah Guru / Pemeriksa

Justifikasi

A Penulisan1. Sinopsis 2 1 Tidak disebut kaedah, responden dan dapatan

utama dengan jelas. Lebih 150pp.2. Kandungan - - Ada3. Penghargaan - - Ada4. Pengenalan 2 2 Lengkap dan menepati kriteria dan aspek yang

hendak dikaji.5. Objektif Kajian 2 1 Cara penulisan objektif mengelirukan.

Kurang jitu dan boleh dibaiki. Objrktif ke-dua tidak dapat diukur.Cadangan penulisan objektif sepatutnya:Mengenal pasti persepsi penduduk di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak terhadap impak pembangunan ekopelancongan terhadap ekonomi, sosial dan alam sekitar.

6. Lokasi Kajian 2 2 LengkapCadangan penambahbaikanAda petunjuk arah pada peta dan berbingkaiMarkah penuh diberi sebab lokasi kajian masih jelas dan disertakan bukti.

7. Kaedah Kajian 5 4 Penulisan kurang teratur. Walau bagaimananpun, ada dinyatakan ketiga-tiga kaedah yang digunakan iaitu kaedah soal selidik, temubual dan pemerhatian.

8. Dapatan Kajian dan Perbincangan

15 13 Menepati objektif yang ingin dicapai.Calon berjaya memberi lebih daripada lima isi namun pengolahan kurang kemas.Cadangan kumpulan untuk mengadakan garis panduan yang lebih objektif untuk menentukan

Page 22: Kajian Pbs Smkpg2

kategori markah.Cadangan:Lima isi ke atas – (11-15 markah)3 – 4 isi (6 – 10 markah)1 – 2 isi (1- 5 markah)

9. Rumusan dan Kesimpulan

3 2 Berdasarkan pengiraan perkataan yang dibenarkan. Lantaran itu, kesimpulan di luar had 5000 patah perkataan

10. Bibliografi / Rujukan

2 2 Lengkap rujukan buku dan internet yang sah dan menepati teknik penulisan.

11. Lampiran -JUMLAH 27 / 33

Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan A

B Kriteria Penilaian MarkahPenuh

Markah Guru / Pemeriksa

Justifikasi

A Penulisan1. Sinopsis 2 1 Ada kriteria tetapi tidak dijelaskan

Tidak lengkap2. Kandungan - - Ada3. Penghargaan - - Ada4. Pengenalan 2 1 Penerangan umum5. Objektif Kajian 2 1 Tidak jelas dan tidak wajar6. Lokasi Kajian 2 1 Tidak jelas7. Kaedah Kajian 5 4 Analisis jawapan pelajar (TR)8. Dapatan

Kajian dan Perbincangan

15 7 Kurang menepati objektif kajian dan bukti kurang kukuh.

9. Rumusan dan Kesimpulan

3 1 Kesimpulan sahaja

10. Bibliografi / Rujukan

2 1 Kurang lengkap dan tidak sistematik.

11. Lampiran -JUMLAH 17/33

Kaedah – methodologi. Kaedah yang digunakan oleh calon untuk mencapai objektif. Contoh – pemerhatian – adakah pemerhatian di dalam dapatan….?

Page 23: Kajian Pbs Smkpg2

Penghuraian berdasarkan pemerhatian calon dan berbentuk kualitatif…

Kaedah bagaimana kita mendapatkan responden dan berapa ramai responden. Diambil secara rawak dan bilangannya.

Calon yang spastic, rabun dan bisu… Namun ada calon buta. Calon akan membuat PBS seperti calon biasa. Penghasilannya bukan seperti calon biasa seperti keluar mendapatkan hasil kajian. Mereka boleh membuat kajian arkib sepenuhnya dan diterima.

Mereka mungkin tidak akan menghasilkan graf, jadual atau gambar rajah. Jangan penalti jika keadaan tidak ada graf. Mereka akan membuat mengikut kemampuan dan huraian yang boleh dinilai.

Perbincangan bersama Prof YusoffJustifikasi Pemarkahan berdasarkan Kriteria Penilaian dan Penskoran MPM.Tajuk : Persepsi Penduduk Terhadap Pembangunan Ekopelancongan di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak

Kriteria Penilaian MarkahPenuh

Markah Prof Justifikasi

A Penulisan1. Sinopsis 2 2 Ada tajuk, 1 perenggan, tujuan dan lokasi ada.

Kaedah soal selidik, tiada responden dan dapatan ada. Kesimpulan diberi.Beri range 150-170pp masih diterima

2. Kandungan - - Ada 3. Penghargaan - - Ada – beri penghargaan terima kasih kepada

guru sekurang-kurangnya.

4. Pengenalan 2 2 Menyatakan isu yang ingin dikaji. Harapan lebih panjang dan mendalam terhadap paya bakau dan kesan ekopencongan terhadap . 3 -5 publication berkaitan isu tersebut – majalah. Rujukan dijadikan pengenalan dan pengolahan yang lancar setelah menggabungkan idea 3-5 artikel tersebut. Bahan “qoute” guna cara “Gaya Dewan”Istilah dan definisi boleh diberi namun perlu memaklumkan definisi sebenar yang digunakan dalam kajian calon. “Jargon” atau “Konsep kendalian kajian” boleh dimasukkan

Page 24: Kajian Pbs Smkpg2

dalam pengenalan.

5. Objektif Kajian

2 2 Mengenal pasti dan mengkaji adalah berbeza.. Objektifnya jelas dan tidak perlu disatukan. Skala "Likert” sesuai digunakan kajian sains sosial. Cth: lihat persepsi.Perkataan yang sesuai seperti “untuk mengenal pasti…”

6. Lokasi Kajian 2 2 Lengkap dan jelas. Semua berkaitan dengan ekopelanconganCadangan jangan terlalu panjang. Sekadar untuk pembaca mengetahui tempat, ada peta dan gambaran. Cara penulisan gambar, carta, jadual dan penulisan ada pada lampiran yang disertakan dalam manual.

7. Kaedah Kajian

5 5 Persampelan 57 orang dimaklumkan iaitu berumur 21 tahun ke atas dan model saiz “Bailey” dan soalan sebelum dan selepas pembangunan. Soal selidik dan pemerhatian dilakukan. Teknik-teknik analisa data menggunakan likert skale dijelaskan.Jika calon menggunakan skala 1-3 juga boleh.

8. Dapatan Kajian dan Perbincangan

15 14 Dapatan membincangkan data asas yang dikutip mengikut responden : jantina, lokasi, pekerjaan. Analisis terhadap impak ekonomi, sosial dan alam sekitar dibincangkan. Adakah perbincangan menjawab objektif kajian? Mengkaji persepsi penduduk terhadap impak secara keseluruhan? Ada dan memenuhi kehendak kajian dan membincangkan dengan rujukan kajian/penulisan lepas yang berkaitan. Kesulitan untuk reference – patut ada jadual atau gambar rajah untuk memudahkan pemahaman. Rajah untuk “Visualise” dapatan dan explain. Cara persembahan kurang (1m tolak).

9. Rumusan dan Kesimpulan

3 3 Sangat setuju diberi. Menyeluruh dan padat

10. Rujukan 2 2 Jangan guna bibliografi. Hanya semua yang dirujuk dalam teks harus ditulis dalam rujukan. Di peringkat universiti, dapat dikenal pasti orang yang meniru. Jika mengambil kerja orang lain maka perlu diiktirafkan penggunaan “quote”.

11. Lampiran -

Page 25: Kajian Pbs Smkpg2

JUMLAH 32/33

Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan PelajarSekolah Menengah Kebangsaan A

B Kriteria Penilaian MarkahPenuh

Markah Prof Justifikasi

A Penulisan1. Sinopsis 2 1 Tiada tajuk kajian di atas sinopsis, 3

perenggan, Tujuan, Lokasi nama sekolah tidak jelas, kaedah soal-selidik, bil. Responden ada, dapatan dan kesimpulan tiada

2. Kandungan - - Ada3. Penghargaan - - Ada 4. Pengenalan 2 2 Walaupun hanya ada 3 perenggan namun

masih jelas untuk menerangkan kajian yang ingin dilakukan.

5. Objektif Kajian 2 1 Memupuk kesedaran bukan objektif.

6. Lokasi Kajian 2 1 Tidak jelas. Sepatutnya lokasi(peta) dan

Page 26: Kajian Pbs Smkpg2

gambar sekolah untuk jadikan menarik.

7. Kaedah Kajian 5 2 Tidak menyatakan dari mana responden dan bagaimana diperolehi. Cara dapat maklumat tiada. Ting apa? Bgmn dikenalpasti orang yang ponteng sekolah.. Kaedah soal selidik dinyatakan. Sumber sekunder sepatutnya ada cth fail sekolah.

8. Dapatan Kajian dan Perbincangan

15 6-7 Hasil dapatan tidak dizahirkan dari soal selidik. Perbincangan umum sahaja dari internet dan majalah. Bukan dari hasil kajian. Langkah dan cadangan untuk menangani tidak diperlukan. Kekurangan ada dan ada dalam soal selidik tetapi dapati tidak dibincangkan dengan nyata (%).

9. Rumusan dan Kesimpulan

3 1 Markah diberi atas hasil penulisan di atas. Cara penulisan

10. Rujukan 2 1 Jangan ditulis bibliografi11. Lampiran -JUMLAH 16