kajian pelaksanaan pbs 2014

33
1 KANDUNGAN 1. LATAR BELAKANG KAJIAN………………………………………………………………2 2. PERMASALAHAN KAJIAN………………………………………………………………3-4 3. OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN………………………………………………………..5 4. TEORI YANG MENDASARI KAJIAN…………………………………………………6-8 5. METODOLOGI KAJIAN………………………………………………………………9-14 6. DAPATAN KAJIAN…………………………………………………………………….15-23 7. PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN………………………………………..24-31 8. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN…………………………………………………..31-32 9. RUJUKAN…………………………………………………………………………………..33

Upload: norzamzila-baba

Post on 07-Jun-2015

1.759 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

kajian dibuat secara kualitatif : Fenomenologi

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian pelaksanaan pbs 2014

1

KANDUNGAN

1. LATAR BELAKANG KAJIAN………………………………………………………………2

2. PERMASALAHAN KAJIAN………………………………………………………………3-4

3. OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN………………………………………………………..5

4. TEORI YANG MENDASARI KAJIAN…………………………………………………6-8

5. METODOLOGI KAJIAN………………………………………………………………9-14

6. DAPATAN KAJIAN…………………………………………………………………….15-23

7. PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN………………………………………..24-31

8. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN…………………………………………………..31-32

9. RUJUKAN…………………………………………………………………………………..33

Page 2: Kajian pelaksanaan pbs 2014

2

LATAR BELAKANG KAJIAN

Sistem pendidikan negara telah mengalami perkembangan sejak dari negara mencapai

kemerdekaan sehinggalah sekarang. Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi

kurikulum sekolah rendah, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam

sekitar, perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat,

membantu murid yang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran dan

pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dicadangkan.

Pada tahun 1990-an, peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),

Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi

Pelajaran Malaysia (STPM) telah diperkenalkan. Perkembangannya berlangsung

dengan terciptanya kurikulum terbaharu yang dinamakan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) pada tahun 2010. Pentaksiran yang diguna pakai bagi merealisasikan

kurikulum ini adalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau lebih dikenali sebagai PBS.

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif,

afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum

kebangsaan.

Kajian ini mencari tahu perlaksanaan PBS bagi mata pelajaran Pendidikan Islam

oleh guru-guru Pendidikan Islam dan pemahaman guru penolong kanan di sekolah

rendah. Keadaan memperlihatkan kepincangan dalam pelaksanaan PBS di sekolah

rendah dari segi pemahaman dan pengendalian pentaksiran tersebut. Setiap guru

Pendidikan Islam di sekolah menjalankan pentaksiran menurut kefahaman secara

individu. Oleh itu kajian ini bertujuan mencungkil isu dan dilema yang dirasai oleh guru

Pendidikan Islam dalam melaksanakan PBS agar proses pengajaran dan pembelajaran

dapat berlangsung dengan jayanya tanpa masalah berbangkit. Di samping itu,

cadangan penambahbaikan disertakan bagi melengkapkan kajian ini.

Page 3: Kajian pelaksanaan pbs 2014

3

PERMASALAHAN KAJIAN

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia melalui akhbar Berita Harian bertarikh 14 Mei 2009

telah mengumumkan proses pelaksanaan transformasi pendidikan di Malaysia dengan

memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSPK dan KSSR dilaksanakan sepenuhnya di

seluruh Malaysia bermula 1 Januari 2011.

Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan

menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi

menghadapi abad ke-21. Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk

organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan

kurikulum untuk KSSR.

Dalam proses transformasi kurikulum, KPM telah membuat penanda aras

dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan

setanding dengan pendidikan global. Menurut Khodori (2012), lima komponen utama

sebagai pelengkap dalam pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan

(SPPK) yang bermula 2011 ialah pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat, peperiksaan

pusat, pentaksiran aktiviti jasmani dan kokurikulum dan ujian psikometrik. Pelaksanaan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) termasuk dalam komponen pentaksiran pusat

merupakan sebahagian daripada aktiviti yang menyumbang kepada kejayaan SPPK

pada masa akan datang.

PBS dilaksanakan antaranya bertujuan menggantikan sistem peperiksaan yang

sudah sekian lama diamalkan yang disifatkan membebankan pelajar. Sehubungan

dengan itu, PBS yang mempraktikkan pentaksiran secara holistik dalam menilai

kemampuan pelajar dianggap jalan terbaik untuk keluar daripada masalah itu. Ia

Page 4: Kajian pelaksanaan pbs 2014

4

dianggap sebagai perubahan ke arah suatu corak pembelajaran yang lebih baik dan

sesuai dengan keperluan semasa.

Namun setelah tiga tahun ia dilaksanakan, banyak rungutan dan keluh kesah

daripada pelbagai pihak terutamanya pihak ibu bapa pelajar dan guru sendiri. Malah

perkara ini mula disuarakan sejak peringkat permulaan pelaksanaan PBS lagi dan

keadaannya semakin parah akhir-akhir ini. Wujud kumpulan pendesak guru yang

menentang pelaksanaan sistem pendidikan itu dan merancang himpunan membantah

PBS dan mendesak agar PBS dimansuhkan.

Sejak itu, isu PBS menjadi semakin hangat, pelbagai respons diberikan daripada

pihak kementerian pelajaran. Pada mulanya disebut ‘akan dikaji semula’, ‘tambah baik’.

‘mansuh’ dan ‘tangguh’. Akhirnya PBS ditangguhkan bermula pada pertengahan

Februari 2014 sehingga pihak kementerian mengumumkan PBS diteruskan dengan

beberapa penambahbaikan bermula 1 April 2014. Kita mengharapkan yang terbaik

dalam sistem pendidikan negara kerana kelangsungan sistem itu adalah bakal

mencorakkan masa depan bangsa sekali gus pewaris negara.

Kajian ini dijalankan kerana pengkaji ingin mengetahui sejauh mana tahap

pengetahuan dan pemahaman guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan Islam

sekolah rendah dan guru-guru penolong kanan terhadap PBS Pendidikan Islam sekolah

rendah. Di samping itu, pengkaji ingin mengetahui persepsi mereka terhadap PBS

Pendidikan Islam sekolah rendah dari sudut pelaksanaan, penilaian dan apakah

sebenarnya masalah yang mereka hadapi semasa melaksanakan PBS. Selain itu,

pengkaji juga ingin mengetahui apakah cadangan penambahbaikan yang mereka

berikan untuk mengatasi masalah yang timbul.

Page 5: Kajian pelaksanaan pbs 2014

5

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini, kami memberi fokus kepada tiga objektif kajian iaitu:

1. Untuk mengetahui tahap pengetahuan dan pemahaman guru pendidikan Islam

dan guru penolong kanan terhadap PBS Pendidikan Islam sekolah rendah.

2. Untuk mengetahui persepsi guru pendidikan Islam dan guru penolong kanan

terhadap PBS Pendidikan Islam sekolah rendah daripada sudut pelaksanaan,

penilaian dan masalah yang timbul.

3. Untuk mengetahui cadangan penambahbaikan daripada pihak guru pendidikan

Islam dan guru penolong kanan SR.

SOALAN KAJIAN

1. Sejauh manakah tahap pengetahuan dan pemahaman guru Pendidikan Islam

dan guru penolong kanan terhadap PBS Pendidikan Islam sekolah rendah?

2. Apakah persepsi guru Pendidikan Islam dan guru penolong kanan terhadap PBS

sekolah rendah?

3. Apakah bentuk penambahbaikan yang sesuai oleh guru pendidikan Islam dan

guru penolong kanan sekolah rendah terhadap PBS Pendidikan Islam?

Page 6: Kajian pelaksanaan pbs 2014

6

TEORI YANG MENDASARI KAJIAN

Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang penilaian, pentaksiran

dan peperiksaan iaitu Ahmad Ghazali Ibrahim (1994) , pentaksiran ialah integrasi

proses mengumpul maklumat, menginterpretasikan maklumat atau memberi nilai

kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke

atas maklumat.

Untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid, kita boleh

mengguna proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran. Pengukuran ialah proses

mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum

ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan

maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah,

persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding kedudukan orang lain), agregat

dan pangkat atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan

instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa

digunakan ialah ujian, soal selidik, kuiz dan senarai semak.

Pengertian istilah pentaksiran atau assessment yang berasal daripada perkataan

Greek ‘Assidere’ iaitu bermaksud ‘duduk di sisi’ seperti dinyatakan di atas sesuai

dengan apa yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mengajar Al-Quran dalam tradisi

pendidikan orang Melayu. Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku

secara timbal balik dan sepadu di mana sambil mengajar anaknya mengaji Quran,

seorang ibu membuat pentaksiran secara tidak formal kerana dia tahu adakah anaknya

telah menguasai apa yang dipelajari atau belum dan dia tahu sama ada anaknya perlu

mengulang balik atau meningkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, ibu akan

menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang holistik sifatnya semasa proses

tersebut berjalan. Dalam hal ini si ibu tidak perlu pun mengadakan ujian atau

peperiksaan yang formal tetapi dia tetap dikatakan mendidik menggunakan proses

pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang sepadu.

Page 7: Kajian pelaksanaan pbs 2014

7

Teori Tyler

Tyler (1949) dalam Ainon Mohd (2005) telah menjalankan satu kajian mengenai

kurikulum penilaian pada tahun 1940-an dan beliau telah membawa satu perubahan

yang besar dalam penilaian pendidikan. Menurut pandangan Tyler, kurikulum adalah

sepatutnya diorganisasikan di sekitar objektif yang eksplisit dan kejayaannya adalah

ditentukan berdasarkan kepada pencapaian pelajar dalam memenuhi objektif tersebut.

Teori ini telah menandakan satu anjakan daripada perkara yang berkaitan

dengan penilaian pelajar secara individu kepada penilaian kurikulum. Dalam teori

tersebut, Tyler membayangkan bahawa pelajar mempunyai pencapaian yang lemah

bukan disebabkan oleh kurang upaya tetapi terdapat kelemahan dalam kurikulum.

Semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, banyak aktiviti

pentaksiran berjalan seiring dengan pengajaran. Dalam pengajaran, seorang guru perlu

tahu apakah objektif mata pelajaran yang diajarnya serta apakah konstruk yang hendak

disampaikan dalam pengajarannya. Seorang guru perlu tahu merancang aktiviti yang

hendak pelajar lakukan untuk mencapai objektif mata pelajarannya. Guru perlu kreatif

dalam membuat cadangan aktiviti P&P. Pentaksiran mungkin berlaku serentak dan ada

kalanya berlaku selepas aktiviti pengajaran seorang guru. Semasa pentaksiran,

persoalan yang sering timbul ialah apakah yang hendak ditaksir, elemen-elemen yang

ingin ditaksir dan apa yang harus dikuasai oleh seorang pelajar dalam elemen-elemen

itu tersebut. Setelah itu, persoalan yang timbul pula ialah apakah bentuk evidens yang

hendak diperoleh sebagai petunjuk prestasi. Bagaimana pula caranya untuk memberi

skor atau memberi skema penskoran menurut elemen yang telah ditaksirkan. Akhir

sekali, setelah ditaksirkan bagaimana caranya merekod kedalam borang skor individu

pelajar. Bagaimana pentaksir membuat rumusan dalam penggredan dan melaporkan

keputusan atau prestasi setiap individu.

Pentaksiran perlu dirancang dengan teliti. Seorang guru perlu tahu apakah

matlamat atau objektif pentaksiran sebelum melaksanakannya. Elemen serta kriteria

Page 8: Kajian pelaksanaan pbs 2014

8

dalam pentaksiran adalah perlu dirancang dengan teliti. Ini adalah bertujuan supaya

ianya lebih jitu dan guru tahu apa yang ingin diuji atau ditaksir. Guru juga perlu ada

petunjuk prestasi yang tepat untuk melihat kedudukan prestasi pelajar mereka supaya

pentaksiran lebih berkesan. Aktiviti pentaksiran perlu dirancang dengan teliti dan

menepati objektif pengajaran yang telah ditetapkan di awal pengajaran dan

pembelajaran.

Apabila pentaksiran bermula, persoalan berikut akan timbul iaitu bagaimana

menjalankannya, siapa yang akan ditaksir, bila perlu ditaksir, mengapa perlu ditaksir

dan apakah implikasi daripada pentaksiran tersebut. Segala perancangan pentaksiran

perlu melalui satu proses yang terancang, ada portfolionya dan ada hasil produknya.

Perancangan pentaksiran ini lebih baik jika melalui proses pemerhatian, temu bual

menggunakan senarai semak, ada projek terancang, kaji semula dan ada tahap

peningkatan prestasi. Maka kajian ini dijalankan berdasarkan kerangka konsep yang

diubahsuai dari Mc Millan (2011) seperti rajah 1 di bawah :

Rajah 1 : Kerangka Konseptual Kajian

Pengetahuan

Kepelbagaian

pelajar

Motivasi

Refleksi

Pengurusan rekod

Kesediaan

melaksanakan

pentaksiran

Page 9: Kajian pelaksanaan pbs 2014

9

METODOLOGI

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan perkara-perkara berkaitan metodologi kajian yang

merangkumi beberapa aspek iaitu reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian,

instrumen kajian, kajian rintis dan analisis data yang berkaitan dengan kajian yang

dijalankan. Setiap satunya akan dibincangkan dengan lebih teliti dan teratur.

Secara umum, setiap kajian memerlukan kaedah yang baik dan sesuai. Kaedah

yang tersusun kemas akan memberikan hasil dapatan yang baik. Oleh itu, bab ini akan

menerangkan kaedah kajian yang dijalankan dalam kajian ini.

Kajian ini mengandungi tiga objektif utama iaitu mengetahui tahap pengetahuan

dan pemahaman Guru Pendidikan Islam ( GPI ) dan Guru Penolong Kanan ( GPK )

terhadap PBS Pendidikan Islam Sekolah Rendah, mengetahui persepsi GPI dan GPK

terhadap PBS Pendidikan Islam Sekolah Rendah dari sudut pelaksanaan, penilaian dan

masalah yang timbul serta mengetahui cadangan penambahbaikan daripada pihak GPI

dan GPK Sekolah Rendah.

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan

untuk menemukan jawapan kepada permasalahan yang telah ditetapkan (Sulaiman

Masri, 2005). Reka bentuk bagi kajian yang dijalankan ini adalah berupa kajian

kualitatif. Kajian kualitatif merupakan kajian ke atas sesuatu situasi dan individu untuk

mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam. Jenis kajian kualitatif yang

digunakan adalah kajian fenomenologi. Pendekatan fenomenologi membolehkan

pengkaji meneroka pelbagai reaksi atau persepsi terhadap sesuatu fenomena.

Fenomenologi menekankan interpretasi untuk memperoleh pemahaman struktur

eksistensial dari suatu fenomena dan kemudian fenomena tersebut tampil sebagai

Page 10: Kajian pelaksanaan pbs 2014

10

dirinya sendiri. Landasan filosofis fenomenologi mempunyai fokus pada keunikan

pengalaman hidup dari suatu fenomena tertentu. Sebagai contoh, pengalaman unik dari

seorang pengetua sekolah dapat digambarkan sebagai pengalaman-pengalaman apa

yang dilakukan olehnya dalam keadaan semula jadi, kemudian ditemukan dapatan.

Dalam kajian ini, sumber data dan maklumat diperoleh hasil daripada temu bual

yang telah dijalankan ke atas 4 orang guru yang terdiri daripada dua orang Guru

Penolong Kanan, seorang Guru Pendidikan Islam dan seorang Guru j-QAF yang

mempunyai pengalaman berkaitan pelaksanaan PBS di Sekolah Rendah.

Terdapat banyak langkah dan prosedur yang perlu dijalankan di dalam kajian ini

sebelum ianya menjadi satu penyelidikan yang lengkap. Langkah pertama adalah

dengan mengenal pasti masalah utama. Bagi mendapatkannya, kajian melalui pelbagai

sumber rujukan telah dibuat seperti penelitian dan pembacaan jurnal, majalah, surat

khabar, artikel, internet dan buku-buku berkaitan.

Populasi dan Sampel Kajian

Peserta kajian bagi kajian ini terdiri daripada guru sekolah rendah yang mengajar mata

pelajaran Pendidikan Islam dan pernah terlibat dengan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR). Kaedah pemilihan peserta kajian dibuat berdasarkan persetujuan

bertulis yang diperoleh daripada pihak sekolah. Peserta kajian berkenaan dipilih dengan

menggunakan pendekatan bertujuan atas beberapa sebab iaitu :

1. Kajian ini dijalankan bukan bertujuan menggeneralisasikan dapatan kajian

kepada populasi Guru Pendidikan Islam di Sekolah rendah, oleh itu kaedah

pensampelan kebarangkalian tidak perlu digunakan.

2. Peserta dan lokasi dipilih mengikut kesesuaian kajian. Misalnya, peserta kajian

dipilih berdasarkan keupayaan, kesanggupan, komitmen dan motivasi mereka

untuk memberikan maklumat yang dikehendaki dalam kajian semasa.

Pendekatan bertujuan sesuai digunakan untuk memilih peserta kajian yang

Page 11: Kajian pelaksanaan pbs 2014

11

memerlukan kriteria khusus. Selain itu, ia juga mempunyai kelebihan kerana

dapat memastikan maklumat secukupnya diperoleh bagi menjawab persoalan

kajian.

3. Pendekatan bertujuan yang digunakan dalam kajian ini adalah berasaskan

andaian pengkaji dapat menerokai, memahami, dan menumpukan kajian secara

mendalam pada kes yang spesifik. Pendekatan bertujuan juga adalah sesuai

digunakan bagi memilih peserta kajian supaya maklumat yang kaya dapat

diperoleh daripada peserta kajian.

Populasi dalam kajian ini adalah guru-guru Pendidikan Islam yang mengajar di

Sekolah Rendah. Terdapat 4 orang guru Pendidikan Islam yang terdiri daripada 2 orang

GPK, seorang guru j-QAF dan seorang GPI telah dipilih sebagai peserta kajian pada

keseluruhannya. Kriteria yang digunakan dalam pemilihan peserta kajian adalah

berasaskan kepada jawatan yang disandang oleh mereka.

Instrumen Kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temu bual tidak berstruktur. Guru-

guru yang terpilih dihubungi melalui telefon. Pengkaji menyatakan hasrat untuk

menjalankan temu bual dan seterusnya menetapkan hari dan masa temu bual boleh

dijalankan. Kesemua guru yang terlibat menyatakan persetujuan dan kesediaan mereka

untuk ditemu bual. Satu tarikh yang dipersetujui dibuat pada hari selepas persekolahan

agar tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru tersebut.

Teknik temu bual tidak berstruktur ini dipilih kerana ia merupakan aktiviti soal

jawab yang lebih menjurus kepada persoalan kajian yang hendak dijalankan. Teknik ini

akan dapat membantu pengkaji dalam meneroka idea dan penilaian guru terhadap

aspek yang hendak dikaji. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam kajian ini bersifat

terbuka dengan jangkaan pelbagai jawapan akan diperoleh.

Page 12: Kajian pelaksanaan pbs 2014

12

Teknik ini juga dirasakan sesuai untuk tujuan kajian ini kerana ia akan dapat

membantu pengkaji meneroka sesuatu persoalan dengan lebih mendalam dan memberi

kesempatan kepada responden mengambil masa untuk berfikir, berbual-bual dan

membuat interpretasi mengenai idea-idea mereka. Ada kalanya peserta kajian meminta

penjelasan yang lebih lanjut daripada pengkaji terutamanya soalan-soalan yang tidak

difahami. Oleh kerana situasi yang dipilih ini juga tidak formal, pengkaji berasakan

bahawa peserta kajian tidak terdesak untuk menjawab persoalan-persoalan yang

dikemukakan dan mereka juga berpeluang untuk menyatakan apa sahaja pendapat

mereka tanpa berasa khuatir dan ragu-ragu.

Kajian Rintis

Kajian rintis dalam penyelidikan membantu pengkaji untuk mengemaskan perancangan

mengumpul data seperti menentukan jenis yang diperlukan, prosedur yang harus diikuti

dalam proses pengumpulan data ( Chua Yan Piaw, 2011 ). Di samping itu, pengkaji

juga boleh menyemak kesahan instrumen yang digunakan serta mengetahui kekangan-

kekangan yang timbul dalam proses pengumpulan data ini. Kajian rintis adalah penting

kepada seseorang pengkaji untuk menguji idea-idea dan membolehkannya

mendapatkan maklumat awal tentang latar belakang responden yang akan diuji. Ia

membolehkan seseorang penyelidik mengkaji dan mengesahkan beberapa aspek

konseptual yang terlibat dalam penyelidikannya seterusnya meramalkan implikasi-

implikasi yang mungkin wujud hasil daripada kajian tersebut.

Dalam kajian ini, kajian rintis dijalankan setelah soalan-soalan untuk temu bual

digubal. Kajian rintis ini dijalankan di dua buah sekolah rendah dengan melibatkan 3

orang guru Pendidikan Islam. Tujuan dilakukan kajian rintis ini adalah untuk menguji

item-item soalan yang telah digubal. Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis untuk

mengesan kesesuaian soalan yang dibina. Item yang sukar difahami, yang

menimbulkan masalah diperkemas dan digubal semula dengan matlamat kajian. Item

sebenar akhirnya dibina dan digunakan dalam kajian ini.

Page 13: Kajian pelaksanaan pbs 2014

13

Soalan-soalan yang dibina adalah hasilan daripada pembacaan hasil-hasil

penyelidikan pengkaji-pengkaji yang terdahulu. Setelah itu, pengkaji membuat analisis

dan tumpuan mengenai aspek yang akan dutanya semasa temu bual dijalankan.

Prosedur Kajian

Bahagian ini akan menerangkan beberapa prosedur yang dilakukan untuk

melaksanakan proses pengumpulan data. Untuk menjayakan kajian ini, pengkaji akan

mengikut prosedur-prosedur seperti berikut :

i. Mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian daripada pihak Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian

Pelajaran Malaysia.

ii. Mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan Pelajaran Daerah Bera untuk

menjalankan kajian di sekolah-sekolah rendah yang terlibat.

iii. Mendapatkan kebenaran guru-guru besar sekolah yang terlibat untuk

menjalankan kajian ke atas guru-guru di sekolah berkenaan.

iv. Menghubungi guru-guru Pendidikan Islam yang terpilih untuk menerangkan

tujuan kajian ini dan menetapkan tarikh perjumpaan sesi temu bual.

v. Memberikan taklimat ringkas kepada guru yang terlibat sebagai peserta kajian

supaya mereka jelas tentang tujuan kajian yang dijalankan.

Analisis Data

Data-data dan maklumat yang diperoleh daripada temu bual yang telah dijalankan akan

dianalisis. Data dalam kajian ini adalah data kualitatif. Maklumat yang diperoleh

dipolakan mengikut keutamaan dan kehendak soalan-soalan kajian yang telah

dibentuk. Data-data dan maklumat disemak dengan teliti bagi mendapatkan jawapan

yang sama atau yang berulang-ulang bagi soalan yang sama. Ini adalah lebih mudah

dilakukan dalam menganalisis data atau maklumat yang menggambarkan pandangan

guru-guru atau peserta kajian dalam kajian ini. Data-data akan dirankkan mengikut

keutamaan jawapan yang telah diberikan oleh peserta kajian.

Page 14: Kajian pelaksanaan pbs 2014

14

Rumusan

Metodologi kajian seperti yang telah dibincangkan di dalam bab ini merupakan proses

yang dilakukan oleh pengkaji untuk mencapai matlamat kajian. Ia juga menunjukkan

kaedah yang telah digunakan dalam proses menganalisis data yang dilakukan dalam

bab 4. Data-data yang akan diperoleh akan digunakan untuk dianalisis bagi

mendapatkan dapatan kajian. Seterusnya data ini akan ditunjukkan dalam bentuk jadual

serta keterangan yang mudah difahami.

Page 15: Kajian pelaksanaan pbs 2014

15

DAPATAN KAJIAN

Pendahuluan Bab ini akan membincangkan secara terperinci dan menyeluruh data-data yang

diperoleh daripada persoalan-persoalan kajian berhubung dengan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS) Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Data yang diperoleh

melalui temu bual telah ditranskripsikan secara manual dan dapatan kajian

diperjelaskan berdasarkan tema-tema iaitu tahap pengetahuan dan pemahaman

terhadap PBS Pendidikan Islam sekolah rendah, persepsi terhadap PBS Pendidikan

Islam sekolah rendah daripada sudut pelaksanaan, penilaian dan masalah yang timbul

serta cadangan penambahbaikan.

Tahap Pengetahuan dan Pemahaman Guru Pendidikan Islam dan Guru Penolong

Kanan Terhadap PBS Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Bagi menjawab soalan kajian yang pertama ini, berdasarkan data transkripsi yang telah

dianalisis secara manual didapati bahawa tahap pengetahuan dan pemahaman guru-

guru Pendidikan Islam terhadap PBS Pendidikan Islam adalah seperti berikut:

a) PBS adalah satu bentuk penilaian dan pentaksiran

Semua peserta kajian mengetahui bahawa PBS adalah suatu bentuk pentaksiran

atau penilaian yang dilaksanakan dan ditadbir oleh pihak sekolah.

Data Temu Bual Peserta Kajian

“...PBS ialah suatu bentuk penilaian guru terhadap murid…”

P2

“…PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah…”

P5

Page 16: Kajian pelaksanaan pbs 2014

16

b) PBS dilaksanakan secara holistik dan menyeluruh

5 daripada 6 peserta kajian menyatakan bahawa PBS dilaksanakan merangkumi

pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, kurikukulum

dan ko-kurikulum yang dilakukan secara berterusan sama ada di dalam dan di

luar sesi pengajaran dan pembelajaran.

Data Temu Bual Peserta Kajian

“...Merangkumi pentaksiran sekolah, pusat, aktiviti jasmani, sukan dan kurikulum serta psikometrik mentaksir bidang akademik dan bukan akademik...”

P1

“…Penilaian boleh dilakukan sepanjang masa…”

P3

c) PBS bermakna tiada peperiksaan

Peserta kajian memahami bahawa sistem PBS ini menghapuskan sistem

peperiksaan dan penilaian yang berasakan gred dan markah. Murid dinilai

berdasarkan sistem Band dan evidens.

Data Temu Bual Peserta Kajian

“…Penilaian dijalankan secara berterusan, tidak mempunyai peperiksaan…”

P6

“…Tiada penilaian secara markah dan gred...”

P2

Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta kajian iaitu guru-

guru Pendidikan Islam ini mengetahui dan memahami bahawa Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) ini adalah suatu bentuk penilaian yang bukan berasaskan peperiksaan,

gred dan markah. Tetapi murid dinilai berdasarkan Band dan evidens menggunakan

pelbagai kaedah seperti bertulis, lisan, pemerhatian dan sahsiah.

Page 17: Kajian pelaksanaan pbs 2014

17

PBS tidak menilai murid dari segi akademik semata-mata tetapi merangkumi

pelbagai aspek murid sama ada akademik mahupun bukan akademik. Pelaksanaan

PBS tidak hanya berjalan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja bahkan di

luar sesi pengajaran dan pembelajaran seperti sahsiah dan sosial murid tersebut.

Persepsi Guru Pendidikan Islam dan Guru Penolong Kanan Terhadap PBS

Pendidikan Islam Sekolah Rendah daripada Sudut Pelaksanaan, Penilaian dan

Masalah yang Timbul

Soalan kajian yang kedua ini dibahagikan kepada tiga iaitu Pelaksanaan, Penilaian

(Kekuatan) dan Masalah yang Timbul (Kelemahan). Dari sudut Pelaksanaan, dapatan

kajian mendapati, pihak sekolah memainkan peranan seperti berikut:

a) Fotostat Percuma

Dalam pelaksanaan PBS, 2 orang peserta kajian menyatakan bahawa pihak

sekolah memberi kerjasama dengan membenarkan evidens murid dalam bentuk

lembaran kerja difotostat secara percuma.

Data Temu Bual Peserta Kajian

“...Sokongan yang diberikan oleh pihak sekolah ialah Fotostat percuma...”

P1

“...Pihak sekolah memberikan kertas dan fotostat percuma kepada guru-guru...”

P5

b) Perbincangan dan kerjasama

Pihak sekolah terutama pentadbir sentiasa memberikan kerjasama dalam

melaksanakan PBS. 2 orang peserta kajian menyatakan bahawa pihak sekolah

menubuhkan jawatankuasa PBS di sekolah dan sering mengadakan mesyuarat

PBS untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan. Pentadbir juga

terlibat dengan kelas KSSR dan sering bertanyakan perkembangan murid.

Page 18: Kajian pelaksanaan pbs 2014

18

Data Temu Bual Peserta Kajian

“...Pentadbir juga terlibat mengajar kelas KSSR...”

P5

“...Sebagai Pentadbir, pihak sekolah mewujudkan jawatankuasa PBS dan mengadakan mesyuarat sebulan/ dua bulan sekali...”

P1

Kesimpulannya, pelaksanaan PBS di peringkat sekolah mendapat sokongan dan

kerjasama pihak sekolah bagi memastikan pelaksanaannya berjalan mengikut

kehendak KPM seperti penyediaan Fail Perkembangan Murid, Fail Show case dan

Evidens.

Manakala dari sudut penilaian PBS (Kekuatan), peserta kajian menyatakan

kelebihan PBS daripada beberapa segi iaitu:

a) Penilaian Mengikut Tahap Murid

Peserta kajian menyatakan kekuatan PBS adalah dapat menguji murid mengikut

tahap dan kebolehan mereka kerana evidens ditadbir sendiri oleh guru mata

pelajaran dan setiap kelas boleh menggunakan evidens yang berbeza

bergantung kepada tahap murid itu sendiri dengan ini murid akan dinilai secara

adil dan saksama.

Data Temu Bual Peserta Kajian

“...Murid dinilai secara adil dan saksama...”

P1

“...Evidens diberikan mengikut tahap murid...”

P4

Page 19: Kajian pelaksanaan pbs 2014

19

b) KSSR Pendidikan Islam Meningkatkan Kefahaman Murid

Peserta kajian menyatakan, KSSR Pendidikan Islam yang digubal ini meningkat

pencapaian murid dalam Pendidikan Islam kerana bidang baru yang ditambah

seperti Hadis dan Tajwid.

Data Temu Bual Peserta Kajian

“...KSSR Pendidikan Islam dapat meningkatkan pencapaian dan kefahaman murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam melalui pendedahan hadis nabi...”

P1

“…Dalam sukatan Pendidikan Islam ada peningkatan yang bagus dengan memperkenalkan hadis dan tajwid…”

P2

c) Tidak Berorientasikan Peperiksaan

Peserta kajian menyatakan murid dapat belajar dengan lebih selesa kerana tiada

lagi penilaian berdasarkan gred dan nombor. Murid dinilai secara berulang

sehingga menguasai.

Data Temu Bual Peserta Kajian

“…Tiada lagi pelajaran yang berorientasikan peperiksaan…”

P2

“...Satu-satu kemahiran guru boleh nilai sepanjang masa sehingga murid boleh menguasai...”

P3

Kesimpulannya, peserta kajian menyatakan persepsi mereka bahawa PBS ada

kekuatannya yang tersendiri dengan tidak lagi berorientasikan peperiksaan. Guru dapat

menilai murid dengan lebih adil kerana mengikut tahap pencapaian mereka dan tidak

lagi dinilai dengan markah. Manakala, bagi mata pelajaran Pendidikan Islam itu sendiri,

Page 20: Kajian pelaksanaan pbs 2014

20

peserta kajian menyatakan KSSR adalah lebih baik dengan memperkenalkan bidang

hadis dan tajwid dalam sukatannya.

Dari sudut Masalah yang Timbul (Kelemahan) PBS, peserta kajian mempunyai

persepsi mereka yang tersendiri. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kelemahan

yang dinyatakan oleh peserta kajian adalah hampir sama seperti berikut:

a) Kelemahan Sistem Atas Talian

Kesemua peserta kajian rata-rata menyatakan kelemahan utama PBS adalah

dari segi teknikalnya iaitu sistem atas talian SPPBS yang lambat dan memakan

masa yang lama untuk mengisinya.

Data Temu Bual Peserta Kajian

“…Masalah sistem yang lambat dan menyukarkan guru untuk masukkan band…”

P2

“…SPPBS tergendala apabila hendak masuk band…”

P3

b) Guru Tidak Telus

Kesukaran dalam memenuhi kehendak semua deskriptor dan evidens

menyebabkan guru-guru kurang telus dalam meletakkan band kepada murid-

murid.

Data Temu Bual Peserta Kajian

“…Murid tidak bersedia, tidak telus terutama anak rakan…”

P3

“…Ketelusan guru dalam meletakkan Band kepada murid…”

P2

Page 21: Kajian pelaksanaan pbs 2014

21

c) Penggunaan Kertas yang Banyak

Sistem evidens yang digunakan menyebabkan banyak penggunaan kertas di

sekolah. Lebih-lebih lagi evidens ini perlu disimpan dalam Fail Perkembangan

Murid bagi setiap orang murid untuk setiap mata pelajaran.

Data Temu Bual Peserta Kajian

“...Penggunaan kertas yang lebih banyak dari sebelumnya...”

P6

“...Memerlukan penggunaan kertas yang banyak untuk membuat evidens bagi setiap murid...”

P2

d) Kekangan Masa

Menjadi satu bebanan buat peserta kajian untuk menyediakan kesemua evidens.

Terdapat lebih daripada 60 evidens bagi mata pelajaran KSSR Pendidikan Islam

yang perlu diuji kepada murid. Lebih menjadi masalah apabila evidens tersebut

perlu diulang jika murid tidak hadir atau tidak menguasai.

Data Temu Bual Peserta Kajian

“...Evidens yang diwajibkan kepada murid tahun 1 bagi mata pelajaran Pendidikan Islam terlalu banyak sehingga menyukarkan guru menjalankan PBS...”

P4

“...Murid yang tidak hadir ketika sesi menjawab evidens akan ketinggalan, kerana guru akan meneruskan dengan evidens yang lain...”

P6

e) Salah Faham Pelaksanaan PBS

Peserta kajian menyatakan PBS sukar dilaksanakan apabila penjelasan dan

kefahaman tentang pelaksanaan PBS itu sendiri tidak difahami oleh guru dengan

Page 22: Kajian pelaksanaan pbs 2014

22

betul. Ibu bapa juga tidak dapat memahami dan mengetahui pencapaian anak-

anak mereka apabila tidak ada penjelasan di peringkat sekolah.

Data Temu Bual Peserta Kajian

“…Guru tidak memahami secara telus cara pelaksanaan PBS…”

P4

“...Ibu bapa tidak jelas pencapaian anak-anak mereka...”

P5

Kesimpulannya, peserta kajian menyatakan beberapa kelemahan PBS adalah

dari segi pelaksanaannya sahaja terutama dengan kelemahan sistem atas talian yang

mengambil masa untuk mengisinya, evidens yang diuji begitu banyak dan ada kalanya

tidak sesuai untuk ditaksir kepada murid serta bebanan kerja guru yang semakin

bertambah.

Cadangan Penambahbaikan daripada Pihak Guru Pendidikan Islam dan Guru

Penolong Kanan Sekolah Rendah

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dinyatakan oleh peserta kajian

antaranya ialah:

a) Kemas kini sistem atas talian

5 daripada 6 peserta kajian menyatakan cadangan mereka agar sistem SPPBS

dikemas kini agar lebih bersifat mesra pengguna dan tidak membebankan guru.

Data Temu Bual Peserta Kajian

“…Menambah baik sistem kemasukan data…”

P4

“…Kemas kini sistem agar lebih mudah dan cepat…”

P3

Page 23: Kajian pelaksanaan pbs 2014

23

b) Penyelarasan Evidens

Peserta kajian mencadangkan agar pengurusan evidens yang digunakan

diselaraskan di peringkat daerah mahupun negeri untuk memudahkan tugas

guru.

Data Temu Bual Peserta Kajian

“...Selaraskan pengurusan bagi memudahkan guru...”

P1

“…PPD perlu adakan bengkel untuk membuat evidens agar selaras...”

P2

c) Penggunaan Sukatan Pelajaran yang Berbeza untuk Pemulihan j-QAF

Peserta kajian mencadangkan agar satu sukatan khusus KSSR Pendidikan

Islam dibuat untuk murid pemulihan j-QAF agar mereka dapat belajar mengikut

kesesuaian tahap mereka.

Data Temu Bual Peserta Kajian

“...Menyediakan sukatan untuk murid lemah (Pemulihan Jawi)...”

P1

“…Gunakan isi kandungan program j-QAF…”

P3

Kesimpulannya, peserta kajian banyak mencadangkan penambahbaikan PBS

dari segi teknikalnya sahaja iaitu sistem atas talian yang menyukarkan guru untuk

memasukkan Band. Seterusnya adalah dari segi kandungan sukatan KSSR Pendidikan

Islam ini sedikit sebanyak telah mengetepikan sukatan pemulihan j-QAF sebagaimana

yang diguna pakai sebelumnya. Ini bermakna, murid yang lemah juga perlu mengikuti

sukatan yang sama dengan murid aliran perdana terutama dalam bidang Pelajaran

Jawi.

Page 24: Kajian pelaksanaan pbs 2014

24

PERBINCANGAN

Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan secara terperinci dapatan kajian berkenaan perlaksanaan

sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di dalam mata pelajaran Pendidikan

Islam di Sekolah Rendah. Perbincangan ini meliputi tiga bahagian utama iaitu :

a) Tahap Pengetahuan Dan Pemahaman Guru Pendidikan Islam Dan Guru

Penolong Kanan Terhadap PBS Pendidikan Islam Sekolah Rendah

b) Persepsi Guru Pendidikan Islam Dan Guru Penolong Kanan Terhadap PBS

Pendidikan Islam Sekolah Rendah Daripada Sudut Pelaksanaan, Penilaian Dan

Masalah Yang Timbul

c) Cadangan Penambahbaikan Daripada Pihak Guru Pendidikan Islam Dan Guru

Penolong Kanan Sekolah Rendah

Bab ini juga membincangkan implikasi kajian dari sudut pandangan pengkaji serta turut

membincangkan cadangan penambahbaikan yang difikirkan perlu oleh pengkaji.

Perbincangan Dapatan Kajian

Hasil dapatan kajian ini akan dibincangkan dengan membahagikan hasil dapatan kajian

kepada beberapa bahagian, seperti berikut iaitu :

a) Tahap Pengetahuan dan Pemahaman Guru Pendidikan Islam dan Guru

Penolong Kanan Terhadap PBS Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Hasil dapatan kajian menunjukkan 100 % peserta kajian mengetahui Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan suatu bentuk pentaksiran atau penilaian yang

dilaksanakan dan ditadbir oleh pihak sekolah. Hal ini menunjukkan peserta kajian telah

Page 25: Kajian pelaksanaan pbs 2014

25

mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai PBS. Maklumat awal mengenai PBS

telah dapat difahami dengan sempurna oleh peserta kajian.

Peserta kajian juga mengetahui tentang perlaksanaan PBS melibatkan pelbagai

aspek. Iaitu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Peserta kajian

mengetahui bahawa perlaksanaan PBS boleh dilaksanakan sepanjang masa sama ada

di dalam atau di luar sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Hal ini menunjukkan

guru boleh melaksanakan penilaian atau mengukur tahap penguasaan murid mengikut

kepada kesesuaian masa serta mengikut kepada kaedah guru tersebut, bahkan

perlaksanaan PBS itu sendiri adalah secara holistik dan secara menyeluruh.

Peserta kajian juga menyedari bahawa dengan perlaksanaan PBS dapat

mengurangkan bebanan guru kepada peperiksaan. Hal ini kerana PBS yang

dilaksanakan telah menghapuskan sistem peperiksaan, sistem gred tetapi digantikan

dengan sistem penilaian secara berterusan. Penilaian berterusan ini direkodkan dan

dinilai berdasarkan band dan ianya akan dimaklumkan kepada ibu bapa. Ia selaras

dengan tujuan PBS dilaksanakan iaitu menggantikan sistem peperiksaan yang sudah

sekian lama diamalkan yang disifatkan dan dianggap membebankan pelajar dengan

bermatlamatkan peperiksaan.

Perlaksanaan PBS yang mempraktikkan pentaksiran secara holistik dalam

menilai kemampuan pelajar dianggap jalan terbaik dan sebagai perubahan ke arah

suatu corak pembelajaran yang lebih baik dan sesuai dengan keperluan semasa.

Penghapusan sistem gred dan peperiksaan memberikan ruang kepada guru dan pelajar

untuk lebih terbuka di dalam kelas terutama di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di mana guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran dan tidak

terburu-buru menghabiskan sukatan semata-mata mengejar waktu peperiksaan.

Hal ini dapat ditegaskan bahawa perbincangan dapatan kajian menunjukkan

bahawa guru-guru Pendidikan Islam telah mempunyai pengetahuan dan telah

memahami perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai suatu bentuk

Page 26: Kajian pelaksanaan pbs 2014

26

penilaian yang berbeza dengan sistem berorientasikan peperiksaan yang lepas tetapi

merupakan sebuah sistem yang menilai pelajar berdasarkan sistem band dan evidens.

Selain in juga perlaksanaan PBS juga menggunakan pelbagai kaedah yang lebih luas

iaitu bertulis, lisan, pemerhatian dan pembentukan sahsiah.

b) Persepsi Guru Pendidikan Islam dan Guru Penolong Kanan Terhadap PBS

Pendidikan Islam Sekolah Rendah daripada Sudut Pelaksanaan, Penilaian

dan Masalah yang Timbul

Dapatan kajian menunjukkan 2 orang peserta kajian (33.33%) bersetuju bahawa

pihak sekolah telah memberikan kerjasama berbentuk kemudahan fotostat secara

percuma kepada guru Pendidikan Islam. Namun peratusan ini amat kecil

memandangkan keperluan kepada kemudahan fotostat secara percuma ini amat

diperlukan oleh guru Pendidikan Islam di dalam penyediaan lembaran kerja dan

penyediaan bahan evidens murid.

Dapatan kajian juga mendapati pihak sekolah telah memainkan peranan mereka

sedaya upaya dalam memastikan kelancaran perlaksanaan PBS di sekolah mereka

dengan membentuk serta menubuhkan jawatankuasa PBS. Penubuhan ini amat

bersesuaian dan dapat memberikan bantuan serta sokongan kepada Guru Pendidikan

Islam khasnya dan guru-guru lain umumnya terhadap perlaksanaan PBS.

Dapatan kajian juga mendapati Jawatankuasa PBS yang telah ditubuhkan di

sekolah telah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan. Hal ini

dapat dijadikan saluran untuk berkongsi maklumat mengenai perlaksanaan PBS sekali

gus membincangkan masalah-masalah yang berkaitan dengan PBS. Guru-guru

khususnya Guru Pendidikan Islam bersetuju dan memahami perlaksanaan PBS di

sekolah rendah mempunyai kekuatan dan kelebihannya terhadap pelajar, murid, guru,

ibu bapa dan pihak sekolah.

Page 27: Kajian pelaksanaan pbs 2014

27

Kekuatan utama perlaksanaan PBS ialah pada penilaian tahap kebolehan dan

penguasaan murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Guru dapat mengenal

pasti kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan murid terhadap mata pelajaran

dengan lebih terperinci kerana berdasarkan perlaksanaan sistem PBS ini guru

menyediakan bahan evidens berdasarkan tahap penguasaan murid.

Penilaian terhadap penguasaan murid dapat dilaksanakan dengan adil dan

saksama kerana penilaian yang dijalankan adalah mengikut tahap murid. Guru mata

pelajaran setiap kelas adalah bertanggungjawab melaksanakan dan mentadbir bahan

evidens terhadap murid di bawah tanggungjawabnya. Hal ini selaras dengan tiga isi

utama perlaksanaan PBS di sekolah iaitu guru khususnya Guru Pendidikan Islam boleh

merekodkan tahap penguasaan muridnya mengikut kesesuaian masa dan kaedah.

Penguasaan dan pencapaian murid boleh direkodkan dalam bentuk ujian bulanan untuk

mengukur tahap penguasaan murid dan untuk dimaklumkan perkembangan murid

kepada ibu bapa.

Selain itu, kekuatan yang lain adalah peserta kajian bersetuju bahawa KSSR

yang dilaksanakan terutamanya di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam amat baik

serta dapat membantu meningkatkan kefahaman murid. Hal ini kerana terdapat

beberapa pertambahan bahagian dan bidang baru iaitu bahagian hadis dan bahagian

tajwid. Murid lebih mendapat ilmu yang baru untuk mereka gunakan di masa hadapan.

Tumpuan juga lebih kepada pengamalan harian. Bukan sahaja kepada amalan solat

yang wajib tetapi kepada amalan membaca al-Quran.

Peserta kajian bersetuju antara kekuatan lain dalam perlaksanaan PBS ialah

sistem PBS tidak berorientasikan peperiksaan, bahkan murid dapat memberikan

tumpuan yang lebih selesa tanpa ada tekanan terhadap sistem pendidikan yang

dahulunya berorientasikan peperiksaan. Tambahan pula, di dalam sistem PBS murid

tidak diukur dengan gred, nombor dan kedudukan di dalam kelas tetapi pencapaian

murid diukur berdasarkan penguasaan murid tersebut. Penilaian akan diulang berulang

kali sehingga murid dapat menguasainya. Guru juga lebih berpeluang untuk

Page 28: Kajian pelaksanaan pbs 2014

28

memberikan tumpuan kepada murid kerana penilaian boleh dilaksanakan sepanjang

masa.

Namun demikian, terdapat juga beberapa kelemahan yang timbul daripada

sistem PBS. Kesemua peserta kajian (100%), bersetuju antara kelemahan utama

sistem PBS ialah pada sistem atas talian (online) iaitu sistem SPPBS. Peserta kajian

bersetuju sistem ini dari segi teknikalnya lambat dan terpaksa memperuntukkan masa

yang lama untuk menggunakannya terutamanya ketika mengisi maklumat pencapaian

murid. Peserta kajian juga bersetuju bahawa sistem PBS sering kali mengalami

masalah tergendala ketika guru sedang menggunakannya.

Kelemahan lain yang dinyatakan oleh peserta kajian ialah masalah dan

kesukaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam di dalam meletakkan pencapaian

atau band murid. Hal ini kerana mereka perlu mengikut garis panduan dan kehendak

deskriptor dan evidens. Selain dari itu mereka juga merasakan masalah ketelusan di

dalam meletakkan band kepada murid.

Peserta kajian bersetuju di dalam perlaksanaan sistem evidens yang terkandung

dalam sistem PBS bayak menggunakan kertas. Hal ini disebabkan semua hasil kerja

(evidens) murid perlu dimasukkan ke dalam Fail Perkembangan Murid. Setiap murid

mempunyai Fail Perkembangan Murid bagi setiap mata pelajaran. Penggunaan kertas

yang banyak ditambah pula dengan kurangnya sokongan dari pihak sekolah terhadap

pemberian fotostat percuma akan menyebabkan guru merasa terbeban.

Kelemahan dari sudut kekangan masa juga dianggap satu beban oleh peserta

kajian. Hal ini kerana guru perlu mengulangi evidens jika terdapat murid yang tidak

hadir ke sekolah dan perlu mengulangi evidens sekiranya murid belum dapat

menguasai. Guru bimbang terhadap murid yang tidak hadir ke sekolah akan

ketinggalan di dalam mata pelajaran dan membuat evidens.

Page 29: Kajian pelaksanaan pbs 2014

29

Kelemahan lain ialah masalah guru yang sukar atau kurang memahami

pelaksanaan sistem PBS di dalam KSSR sekolah rendah. Bahkan menjadi lebih sukar

lagi apabila pihak ibu bapa tidak dapat memahami sistem PBS dengan jelas, mereka

juga sukar memahami bahawa pencapaian anak mereka diukur melalui sistem band

dan evidens bukan lagi seperti sistem yang berorientasikan peperiksaan. Guru perlu

memahami dengan jelas perlaksanaan PBS. Hal ini disokong dengan pandangan

Azizah Abd Rahman (1982), menyatakan faktor ketidakupayaan seorang guru di dalam

melaksanakan sesuatu kurikulum adalah disebabkan oleh perancangan yang kurang

baik dari sudut ilmu, kemahiran serta persediaan. Oleh yang demikian Guru Pendidikan

Islam khususnya perlu sentiasa bersedia dengan pengetahuan, kemahiran serta

perancangan yang baik dan tersusun untuk membolehkan mereka melaksanakan PBS

dengan lebih mudah tanpa bebanan kerja yang melampau.

c) Cadangan Penambahbaikan daripada Pihak Guru Pendidikan Islam dan

Guru Penolong Kanan Sekolah Rendah

Berdasarkan dapatan kajian, peserta kajian juga telah memberikan beberapa

cadangan penambahbaikan untuk melaksanakan PBS Pendidikan Islam khususnya

yang merangkumi cadangan kepada pihak guru, pihak sekolah dan pihak kementerian.

Peserta kajian bersetuju agar penambahbaikan dapat dilaksanakan pada sistem

atas talian SPPBS. Hal ini membolehkan guru memasukkan maklumat dengan lebih

mudah dan cepat. Selain itu sistem atas talian juga perlu dikemas kini agar lebih mesra

pengguna. Pihak sekolah juga memainkan peranan untuk menyelaras pengurusan PBS

di sekolah agar semua guru mendapat maklumat yang betul dan dilaksanakan dengan

baik. Selain itu, peserta kajian mencadangkan agar pihak kementerian dapat

menyediakan sukatan untuk murid pemulihan j-QAF kerana murid ini memerlukan

tumpuan dan berbeza dengan murid lain.

Page 30: Kajian pelaksanaan pbs 2014

30

Peserta kajian telah memberikan beberapa cadangan penambahbaikan PBS dari

segi teknikalnya iaitu sistem atas talian SPPBS dan dari segi kandungan pula mereka

telah mencadangkan sukatan KSSR Pendidikan Islam ini sedikit sebanyak telah

mengetepikan sukatan pemulihan j-QAF sebagaimana yang diguna pakai sebelumnya

dan memberi kesan kepada murid yang lemah dalam bidang Pelajaran Jawi.

IMPLIKASI KAJIAN

Hasil dari kajian yang telah dibincangkan dengan terperinci, pengkaji telah mengenal

pasti beberapa implikasi hasil dari kajian yang telah dilaksanakan. Terdapat beberapa

implikasi kajian iaitu :

1. Kajian semula terhadap perlaksanaan sistem PBS di Sekolah Rendah . Kesan

daripada kajian ini menuntut kepada kajian semula perlaksanaan sistem PBS di

sekolah. Hal ini berdasarkan dapatan kajian masih terdapat guru, murid, ibu

bapa serta pihak sekolah yang masih kabur terhadap perlaksanaan PBS di

sekolah.

2. Memberikan pendedahan maklumat yang jelas kepada guru, murid dan ibu bapa

terhadap garis panduan perlaksanaan sistem PBS di sekolah. Guru Pendidikan

Islam khususnya perlu diberikan kursus yang mencukupi agar mereka lebih

bersedia dalam melaksanakan PBS di sekolah.

3. Membuat penambahbaikan terhadap sistem atas talian SPPBS.

Penambahbaikan terhadap sistem atas talian SPPBS perlu dikemas kini,

dimurnikan agar lebih mesra pengguna dan dapat meringankan bebanan guru.

4. Pihak sekolah membekalkan kemudahan asas kepada guru dalam perlaksanaan

sistem PBS di sekolah. Kemudahan fotostat percuma dan penyediaan evidens

Page 31: Kajian pelaksanaan pbs 2014

31

yang lain amat diperlukan guru dan sekiranya pihak sekolah dapat menyediakan

kemudahan asas seperti kertas akan dapat meringankan bebanan guru. Sistem

tang baru dilaksanakan ini memerlukan kerjasama pihak sekolah dengan guru-

guru agar keselarasan dapat dibentuk dan memudahkan perlaksanaan PBS di

sekolah.

CADANGAN PENAMBAIKKAN

Pengkaji juga dapat mengenal pasti beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu

dibuat dalam memastikan kelancaran perlaksanaan sistem PBS di sekolah rendah

mahupun di sekolah menengah. Hal ini kerana sekiranya sistem PBS dapat

dilaksanakan tanpa kesulitan di peringkat sekolah rendah maka ia boleh diaplikasikan di

peringkat sekolah menengah juga. Antara cadangan tersebut ialah :

1) Pihak yang berwajib perlu melaksanakan kajian atau pemantauan secara

berterusan bagi menjamin perlaksanaan secara menyeluruh sistem PBS

tersebut. Selain itu, melalui kajian dan pemantauan yang akan dilaksanakan

dapat merapatkan jurang di antara guru, murid, pihak sekolah dan pihak

kementerian. Melalui ini juga pihak kementerian dapat mengenal pasti masalah

yang dihadapi oleh pihak pelaksana iaitu guru, murid dan pihak sekolah.

2) Pihak yang berwajib juga perlu mengadakan taklimat perlaksanaan PBS secara

terperinci di semua peringkat dalam sistem pendidikan, seperti di peringkat

Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Daerah, pihak pentadbir

sekolah, guru-guru, murid-murid dan golongan ibu bapa.

3) Penambahbaikan kepada sistem atas talian sedia ada agar dapat memudahkan

urusan guru. Cadangan agar di adakan satu sistem yang membolehkan guru-

guru menggunakan dan diakses secara offline.

Page 32: Kajian pelaksanaan pbs 2014

32

4) Sokongan yang kuat dari pihak sekolah amat diperlukan oleh guru dan murid.

Cadangan agar pihak sekolah dapat menjaga kebajikan guru dengan

menyediakan keperluan asas dalam melaksanakan sistem PBS di sekolah.

Pihak sekolah perlu mengambil kira luahan dan cadangan dari guru.

5) Sokongan dari ibu bapa di dalam membantu guru, murid dan pihak sekolah.

Cadangan agar golongan ibu bapa lebih bersifat terbuka dan meningkatkan

pengetahuan mereka terhadap perlaksanaan sistem PBS terutamanya dari segi

pencapaian anak mereka yang tidak lagi berorientasikan peperiksaan dan diganti

dengan sistem penilaian berterusan. Kerjasama dari ibu bapa amat diperlukan

dalam memudahkan urusan guru dan murid.

6) Guru perlu sentiasa bersedia menyiapkan diri dengan maklumat, pengetahuan,

kefahaman, kemahiran berkaitan dengan PBS agar lebih bersedia melaksanakan

PBS. Guru perlu bijak menyusun dan menentukan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran agar bersesuaian dengan tahap pencapaian murid. Menurut

Abdul Rahim (2007) pembentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

merupakan tugas guru walaupun masa dan tenaga guru untuk menyediakannya

adalah terhad dan setiap aktiviti yang digunakan mestilah bersesuaian dengan

keadaan murid.

RUMUSAN

Hasil dapatan kajian, implikasi kajian serta cadangan penambahbaikan kepada sistem

PBS sedia ada telah dibincangkan di dalam bab ini. Diharapkan kajian ini dapat

memberikan impak positif terhadap perubahan kepada sistem pendidikan negara ke

arah pendidikan yang berkualiti. Kerjasama dan peranan dari semua pihak, murid, guru,

pentadbir dan pengurusan sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan

Daerah, Kementerian, ibu bapa dan masyarakat amat diperlukan dalam melaksanakan

sistem PBS di sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah.

Page 33: Kajian pelaksanaan pbs 2014

33

RUJUKAN

Abdul Rahim Hamdan (2007). Pengajian Kurikulum. Penerbit Universiti Teknologi

Malaysia, Johor

Ahmad Ghazali Ibrahim. (1994). Asas Penilaian Pendidikan. Petaling Jaya : Longman

Malaysia Sdn. Bhd.

Khodori Ahmad. (2012). Kepimpinan pentaksiran holistik memacu modal insan kreatif

dan inovatif. Kertas Kerja Kolokium Pengurusan Pentaksiran Berasaskan

Sekolah, Institut Aminuddin Baki, KPM, Genting Highland, September 2012.

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin (2012).

Falsafah & pendidkan di Malaysia. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Bhd

Pelaksanaan Transformasi Pendidikan. Berita Harian, 14 Mei 2009: 1

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Falsafah pendidikan kebangsaan, matlamat

dan misi. Kuala Lumpur: KPM.

Sulaiman Masri. (2005). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan ( Esei, Proposal,

Tesis ). Kuala Lumpur :Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.