novel bukit kepong

37
Folio Bukit Kepong

Upload: subramaniam-rengasamy

Post on 11-Jun-2015

10.350 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Folio novel Bukit Kepong ini disediakan khusus untuk pelajar SPM.

TRANSCRIPT

Page 1: Novel  Bukit Kepong

Folio

Bukit Kepong

Nama : ......................................................................................

Kelas : ......................................................................................

I/C : ......................................................................................

Sekolah : ......................................................................................

Page 2: Novel  Bukit Kepong

Isi Kandungan

Bil. Tajuk M/S

1. Biodata Pengarang 02 - 02

2. Sinopsis Keseluruhan 03 - 04

3. Sinopsis Mengikut Bab 05 - 11

4. Tema dan Persoalan 12 - 12

5. Watak dan Perwatakan 13 - 14

6. Binaan Plot 14 - 15

7. Teknik Plot 15 - 15

8. Latar 15 - 16

9. Gaya Bahasa 16 - 16

10. Nilai 17 - 17

11. Pengajaran 18 - 18

12 Contoh Soalan dan jawapan 19 - 19

13 Analisis soalan Novel SPM 2001 - 2008 20 - 22

14 Contoh Jawapan 23 - 24

1

Page 3: Novel  Bukit Kepong

Biodata Pengarang

Ismail Johari dilahirkan pada 13 Mac 1947 di Tanjung Karang, Selangor. Beliau mendapat

pendidikan rendahnya di SRK Datuk Manan. Beliau kemudian mendapat pendidikan menengahnya di

Sekolah Menengah Tanjung Karang dan Kelang. Ismail Johari kemudian melanjutkan pelajarannya ke

Sekolah Menengah Alam Shah, Kuala Lumpur sehingga tahun 1966. Beliau mula berkhidmat dalam

perkhidmatan polis selama 20 tahun mulai tahun 1969. Pada masa yang sama, beliau telah melanjutkan

pelajarannya dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Sains Malaysia. Beliau kemudiannya

melanjutkan pelajarannya ke peringkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran Sistem Keadilan Jenayah di

Amerika Syarikat. Ismail Johari telahpun memegang beberapa jawatan yang penting dalam

perkhidmatannya sebagai seorang polis iaitu di Interpol, Cawangan Khas, Cawangan Siasatan Jenayah

dan sebagai pensyarah di Maktab Diraja Polis di Kuala Kubu Baru. Semasa perkhidmatannya, beliau

ditugaskan untuk mengumpul data bagi pengkajian semula sejarah Bukit Kepong. Ismail Johari

kemudiannya menulis skrip filem Bukit Kepong iaitu peristiwa pertempuran 18 anggota polis berserta

anggota keluarga mereka dan penduduk Kampung Bukit Kepong menentang 200 orang komunis.

Ismail Johari kemudiannya meletak jawatan sebagai anggota polis dan menjadi pensyarah di Universiti

Kebangsaan Malaysia. Beliau kemudian berhenti selepas beberapa ketika dan menjalankan perniagaan

sendiri sehingga hari ini sebagai Konsultan Keselamatan Swasta.

2

Page 4: Novel  Bukit Kepong

Sinopsis Keseluruhan

Novel ini dikembangkan dengan pengutaraan peristiwa darurat pada tahun 1948. Salah satu

tindakan yang dibuat ialah pembesaran pasukan polis. Othman Yusof dan Kassim Berjaya mengikuti

latihan di Kuala Lumpur selama enam bulan sebelum dilantik menjadi konstabel polis. Sebelum

menghadiri latihan, Othman ditunangkan dengan Limah. Mereka dinikahkan setelah Othman tamat

latihan.

Limah menyertai suaminya yang bertugas di Pagoh. Pada suatu hari, Limah, Leha, dan Mek

Mah menaiki bas ke Muar. Bas yang dinaiki mereka ditahan pengganas komunis. Harta benda

penumpang dirampas, kemudian penumpang-penumpang dipaksa menanggalkan pakaian; dan bas itu

dibakar. Mangsa-mangsa itu pergi ke Kampung Raja untuk mendapatkan bantuan.

Lektuan di kawasan itu semakin agresif. Bukit Kepong tidak berkecuali. Penghulu Ali

Mustapha memohon anggota polis ditempatkan semula di Bukit Kepong. Permohonan itu diluluskan.

Sementara itu, Aziz Tompok, Saibun dan Harun Nuik berjaya membunuh dua orang pengganas

komunis yang cuba mengganggu mereka di dalam hutan. Ekoran peristiwa itu, Unit Pengawal

Keselamatan Kampung dan Unit Parang Panjang ditubuhkan di Bukit Kepong. Penghulu Ali berusaha

keras menggagalkan dakyah komunis Melayu pimpinan Madera.

Sarjan Jamil mengetuai Balai Polis Bukit Kepong yang telah dinaikkan tarafnya. Wongli dan

Tucksai serta orang-orang mereka telah mengugut dan menyeksa ibu dan isteri Saibun. Rumah Saibun

dibakar. Semua isi rumah itu terkorban. Tindakan komunis berlaku serentak dengan gerakan

kemerdekaan dan usaha Inggeris menyelamatkan kepentingan mereka. Banyak pembunuhan

dilakukan.

Lans Koperal Jidin dan Othman mematahkan percubaan Ahlam menghantar makanan kepada

komunis. Sebagai akibatnya, isteri Ahlam diseksa oleh Kwanpin. Kwanpin bergabung dengan Lektuan

dan Chanfei untuk menyerang Balai Polis Labis. Usaha itu digagalkan oleh Inspektor Chin, Inspektor

Majid, dan Leftenan Brown.

Lans Koperal Jidin, Othman , Yusof, EPC Ahmad Khalid dan EPC Mohd Top ditukarkan ke

Balai Polis Bukit Kepong. Limah, yang sedang mengandung, dihantar ke kampung. Pada suatu petang,

Othman ternampak akan beberapa tanda pelik. Ketika sedang minum di sebuah kedai, Othman melihat

seorang pemuda Cina memerhatikan balai polis yang dilawati OCPD Pagoh, Inspektor J.J. Raj Jr. Pada

masa itu, orang Cina sedang menyambut Tahun Baru Cina.

Lektuan kembali dari mengintip. Strategi serangan dibincangkan dengan Changfei, Lausan, dan

Pengtuan. Tucksai dan Ahmeng dihantar ke balai polis untuk mengintip. Waktu sudah tengah malam.

Ahmeng mendakwa anaknya mati kerana terjatuh ke dalam telaga. Suasana kecoh berlaku di tempat

kawalan kampung. Isteri Awang Tui hendak bersalin. Bidan terpaksa dicari. Salakan anjing

menimbulkan tanda tanya pengawal kampung. EPC Jaafar ternampak akan lembaga manusia lalu

3

Page 5: Novel  Bukit Kepong

menyuruhnya memperkenalkan dirinya. Bunyi tembakan berlaku. Lebih kurang 180 orang komunis

menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang hanya mempunyai 18 anggota.

Pihak polis menentang musuh mereka dengan berani walaupun seorang demi seorang menemui

ajal mereka. Anak-anak buah Penghulu Ali gagal membantu kerana dipintas oleh pengganas komunis.

Apabila kekuatan polis berkurangan, pengganas komunis memgeluarkan isteri-isteri dan anak-anak

polis yang masih hidup. Kompleks polis itu dibakar. Yusof Rono dan EPC Ahmad Khalid yang luka

parah berjaya menyelamatkan diri mereka daripada terbakar. Sebelum keluar dari bangunan yang

terbakar itu, Othman memindahkan Lans Koperal Jidin ke tempat selamat. Kaki dan tangan Othman

terkena akan tembakan tetapi dia terselamat kerana sempat menyorok di bawah lubuk sungai.

Setelah pengganas komunis meninggalkan kawasan itu, mereka yang masih hidup mencari

anggota keluarga masing-masing. Jamilah menjumpai ayahnya, Abu Bakar Daud yang luka parah.

Anak-anak buah Penghulu Ali tiba untuk memberikan pertolongan. Tidak lama kemudian tiba pula

anggota-anggota polis pimpinan Inspektor J.J. Raj Jr. Othman, Abu Bakar, Yusof Rono, EPC Ahmad

Khalid, Lans Koperal Jidin dibawa dengan bot ke hospital Muar. Lans Koperal Jidin meninggal dunia

dalam perjalanan.

Limah, yang telah melahirkan seorang anak lelaki, menjadi gila apabila diberitahu bahawa

suaminya, Othman telah dibunuh. Kepulangan Othman tidak memberi kesan kepadanya. Othman

ditukarkan ke Alor Setar. Dia meletakkan jawatan dan menjadi penoreh getah apabila penyakit Limah

semakin buruk. Kaki Othman pula terpaksa dipotong apabila penyakit yang dideritai sebagai akibat

serangan pengganas itu mula menular. Kekesalan terhadap layanan yang diberi kepada pejuang

sepertinya daripada pelbagai pihak mendorong Othman menjadi manusia yang tidak mahu bergantung

pada orang lain.

4

Page 6: Novel  Bukit Kepong

Sinopsis Mengikut Bab

Bab 1 : Darurat, 1948

Pengganas komunis mula mengganas apabila kerajaan mengharamkan kegiatan mereka.

Pengharaman membantutkan usaha mereka untuk menguasai Tanah Melayu. Pengganas komunis

sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan hajat mereka tercapai. Ini menyebabkan rakyat hidup

dalam ketakutan. Di sebuah kampung yang bernama Kampung Keladi, Kulim, Kedah, kegiatan

pengganas ini begitu merisaukan para penduduk. Salah seorang daripada mereka, pasangan suami

isteri, Pak Yusof dan Mak Piah begitu bimbang untuk pergi menoreh getah kerana pengganas

berkeliaran di kebun mereka. Keadaan ini menyebabkan anak lelaki mereka, Othman begitu benci

terhadap pengganas komunis, lalu bertekad mahu menyertai pasukan keselamatan.

Suatu hari tanpa pengetahuan keluarga, Othman bersama dua rakannya telah pergi ke Sungai

Petani untuk menghadiri temuduga bai pengambilan pasukan polis. Hasil dari temuduga tersebut,

Othman telah berjaya untuk menyertai latihan polis. Namun begitu, emaknya menangis apabila

mengetahui berita tersebut kerana bimbang sesuatu perkara buruk akan menimpa Othman. Manakala

ayahnya menyokong tidak, menghalang juga tidak.

Sebelum Othman berangkat ke Polis Depoh Kuala Lumpur untuk menyertai latihan kepolisan,

keluarganya telah menunangkan Othman dengan anak Lebai Karim dan Mak Jah. Othman tidak

membantah kerana dirasakan, Limah, bakal isterinya itu sesuai dengan dirinya. Sepanjang latihan

selama enam bulan, Othman melaluinya dengan tabah; tidak seperti rakannya yang terpaksa menarik

diri kerana tidak tahan dengan corak latihan yang dianggap “keras”. Kemudian, Othman ditugaskan

berkhidmat di Pagoh, Johor. Sebelum pergi bertugas, dia dikahwinkan dan isterinya itu dibawa ke

tempatnya bertugas.

Bab 2 : Bulan Madu

Pada suatu hari setelah tinggal di Pagoh selama tujuh bulan, Limah meminta izin daripada

suaminya untuk ke Bandar Muar bersama teman-temannya. Mereka pergi menaiki bas. Itulah pertama

kali Limah ke bandar Muar. Setelah puas membeli-belah, mereka menaiki bas terakhir untuk pulang

kira-kira jam 4.00 petang. Kira-kira enam hingga tujuh kilometer bas bergerak, segerombolan

pengganas komunis menahan bas yang Limah naiki. Pemandu bas diseksa, semua penumpang

diarahkan turun, dan segala barang diminta diserahkan kepada pengganas komunis. Seterusnya,

pengganas meminta mereka menanggalkan pakaian, sebelum bas itu dibakar.

Dalam keadaan memalukan itu, penumpang tertua iaitu Wak Karjo mengajak mereka berjalan

kaki ke Kampung Raja tidak jauh dari situ. Tiba di pinggir kampong, Wak Karjo meminta bantuan

orang kampung. Ketua kampung itu, Haji Karno meminta penduduk kampung mendermakan pakaian

untuk diserahkan kepada mangsa.

5

Page 7: Novel  Bukit Kepong

Sementara itu, Othman dan rakan-rakannya di rumah pasung berasa gelisah kerana bas yang

sepatutnya tiba tidak juga muncul-muncul. Dia bergegas ke rumah Mahat. Leha yang pergi bersama

Limah juga belum pulang. Othman begitu terperanjat apabila diberitahu oleh Mahat bahawa bas di

Muar dibakar oleh komunis. Othman mengajak Mahat pergi ke tempat kejadian. Mereka berjalan

mengikut jalan pintas menuju Kampung Raja. Tekaan mereka tepat apabila mereka mendapati isteri

masing-masing dalam keadaan selamat.

Bab 3 : Bukit Kepong, 1948

Pada bulan Januari 1949, Rumah Pasung Bukit Kepong oleh polis. Hal ini telah memberi

peluang kepada pengganas komunis untuk bergerak bebas serta bergiat dengan lebih aktif di kawasan

tersebut. Pengganas komunis ini telah melatih ramai pemuda Bukit Kepong dan Kampung Seraya

untuk dijadikan rekrut mereka. Menjelang bulan Jun pula, segerombolan pengganas komunis telah

masuk ke Bukit Kepong. Penduduk kamb\pung telah dikumpulkan di sebuah padang. Ketua komunis

tersebut, iaitu Lektuan telah memberikan ucapan untuk mengajak penduduk kampung menyertai

pergerakan mereka. Mereka seterusnya menurunkan bendera Johor dan menaikkan bendera komunis.

Penghulu Ali Msutafa mendapat perkhabaran tersebut dan bergegas ke Bukit Kepong. Beliau

mengumpulkan penduduk kampung dan menyeru mereka agar menolak sebarang dakyah daripada

pihak komunis, sebaliknya membantu kerajaan menjaga keamanan. Kemudian, Penghulu Ali meminta

mereka menurunkan bendera komunis dan menaikkan semula bendera Johor. Penghulu Ali kemudian

bertemu dengan pihak berkuasa agar Rumah Pasung Bukit Kepong dipulihkan kembali untuk

mengekang pergerakan komunis. Pemerintah menerima cadangan tersebut, lalu dua minggu kemudian

seramai 15 anggota polis dari pelbagai pangkat diarah berkhidmat di Bukit Kepong.

Madera, ketua pengganas komunis dari kalangan orang Melayu, telah menemui Penghulu Ali

agar menyokong kegiatan pengganas komunis menentang kerajaan. Madera berasa kecewa apabila

permintaan yang dikemukakannya ditolak oleh Penghulu Ali. Dalam kejadian yang lain, pada suatu

hari, ketika Aziz Tompok, Harun Nuik, dan Saibun ke pecan Bukit Kepong untuk mengutip wang

jualan rotan, tiba-tiba mereka telah disekat oelh orang-orang Tucksai. Mereka telah diarahkan pulang

tetapi Saibun dan Aziz melawan dan telah berjaya membunuh dua daripada mereka. Kejadian tersebut

memberi alasan untuk pihak polis mengetetatkan kawalan.

Kejadian tersebut membuatkan pengganas komunis berasa amat marah dan berazam untuk

membalas dendam. Suatu malam, Wangli dan Tucksai membawa 10 orang rakannya menuju ke

Kampung Belatak. Mereka mengepung rumah Saibun. Mereka telah membunuh mentua, isteri, dan

anak-anak Saibun dan kemudiannya rumah itu dibakar.Dua orang rakan Saibun cuba menentang

musuh tetapi tidak berjaya. Ketika kejadian tersebut berlaku, Saibun tiada di rumah. Setibanya

Penghulu Ali dan pasukan polis ke tempat tersebut, pengganas komunis telah melarikan diri.

Bab 4 : Kegiatan

6

Page 8: Novel  Bukit Kepong

Kegiatan kegenasan berlaku setiap hari, terutama di daerah Muar dan Labis. Suasana menjadi

semakin tegang. Pergerakan orang ramai semakin terhad apabila sesetengah kawasan dikuatkuasakan

perintah berkurung. Lamfong, ketua pengganas komunis di kawasan Muar, dibantu oleh Lausan, telah

mengetuai gerombolan menyerang Pekan Simpang. Mereka akan membunuh sesiapa sahaja yang

menentang aktiviti mereka dan akan merampas segala barang makanan bagi disimpan di hutan Pagoh.

Pada keesokan harinya pula mereka menyerang Ladang Getah Palaniapa dan membunuh para pekerja

yang menentang mereka. Kemudian, mereka membakar semua rumah dan bangunan yang ada.

Beberapa hari kemudian, Lamfong dan pembantunya Ahsai pergi ke rumah seorang tauke lading getah

berbangsa Cina. Tauke Cina itu enggan bekerjasama dan dibunuh di hadapan para pekerjanya.

Suatu hari, ketika Lans Koperal Jidin dan Othman menjalankan tugas sekatan jalan, mereka

menahan basikal yang dinaiki Ahlam yang membawa dua tin besar makanan. Ahlam tidak

memberitahu ke mana bekalan itu hendak dibawa. Setelah memeriksa bekalan yang dibawa, didapati

kedua-dua tin tersebut mengandungi bekalan ubat-ubatan dan makanan. Ahlam ditahan untuk siasatan

rapi.

Pasukan pengganas yang diketuai oleh Chanfei dan 60 orang anggota menjalankan tugas di

pinggir hutan Labis bercadang untuk menyerang Rumah Pasung Labis. Dalam waktu yang sama, pada

Januari 1950, pasukan penggempur polis dengan dibantu jungle squad menuju sasaran pengganas yang

diketuai oleh Chanfei. Mereka bergarak secara combat dari tiga penjuru yang diketuai oleh Inspektor

Majid, Inspektor Chin, dan Leftenan Brown. Malangnya pergerakan mereka tidak membuahkan

sebarang hasil apabila sudah dihidu terlebih dahulu oleh pihak musuh. Maka terjadilah pertempuran

sengit. Ketua pengganas dan sebahagian daripada ahlinya berjaya melarikan diri. Manakala seramai 23

pengganas berjaya dibunuh dan 17 orang lagi ditawan. Sebanyak 14 laras senjata dan beberapa butir

bom turut dirampas.

Bab 5 : Pertukaran

Peristiwa pertempuran yang berlaku di Labis menyebabkan pasukan keselamatan menambah

anggota di beberapa buah rumah pasung. Lans Koperal Jidin Omar, Othman Yusof, Yusof Rono, EPC

khalid, dan EPC Mohd Top Lazim telah diarahkan bertukar ke Rumah Pasung Bukit Kepong.

Disebabkan kekurangan rumah keluarga, Othman telah menghantar isterinya yang sarat mengandung

pulang ke Kulim. Othman bersama-sama Latif menaiki jip hingga ke Rumah Pasung Lingga. Dari situ,

mereka menaiki bot marin menuju ke Bukit Kepong. Perjalanan menaiki bot memakan masa dua jam.

Pada 11 Februari 1950, Madera dan Tucksai telah diarahkan oleh Chanfei untuk merisik

kedudukan Rumah Pasung Bukit Kepong. Mereka menanda beberapa kawasan. Othman bersama

rakannya yang meronda beberapa kawasan kampung telah menemui beberapa perkara aneh, antatranya

buluh yang dipancang di beberapa tempat dan sebatang cangkul yang ditanam. Anggota polis yang lain

juga turut terperasan apabila seorang pemuda Cina duduk berjam-jam lamanya di sebuah gerai sambil

merenung Rumah Pasung Bukit Kepong. Malah terdapat seorang pemuda lain dating menjual pisang

7

Page 9: Novel  Bukit Kepong

ke kampung dan berkumpul di berhala Cina. Namun, kejadian aneh yang berlaku itu tidak sedikit pun

menimbulkan rasa syak akan sesuatu kemungkinan buruk, apatah lagi beberapa hari lagi akan diadakan

sambutan Tahun Baru Cina.

Bab 6 : Serangan

Pada 21 Februari 1950, suasana di Bukit Kepong sangat meriah. Ramai yang pulang ke

kampung. Walau bagaimanapun, anggota polis tetap berwaspada. Hari ini, OCPD Pagoh, Inspektor J.J.

Raj Juniar telah mengadakan lawatan dan mendengar taklimat tentang keselamatan. Pada waktu itu

pihak pengganas di bawah pimpinan Lektuan telah bersiap sedia untuk menyerang Rumah Pasung

Bukit Kepong.

Pengganas komunis telah mengatur strategi dengan menggunakan 180 ahli. Sebanyak tiga

pasukan ditubuhkan; pasukan penggempur, pasukan senjata automatik, pasukan propaganda. Mereka

juga mewujudkan pasukan penghalang untuk menghalang kemaraan pasukan bantuan kerajaan.

Keesokannya, Lektuan mengarahkan pasukan yang ditubuhkan itu menjalankan tugas seperti yang

telah diarahkan. Pengganas komunis berkhemah tidak jauh dari Kampung Durian Chondong. Pada

malamnya, suasana Bukit Kepong terus meriah apabila mercun dan bunga api dipasang.

Pada malam itu, Tucksai dan Ahmeng diarah memperdaya ketua rumah pasung, Sarjan Jamil

supaya keluar dari rumah pasung tersebut untuk dibunuh. Untuk tujuan tersebut, Tucksai dan Ahmeng

membuat laporan palsu tentang kematian anak Ahmeng ysng terjatuh ke dalam perigi dan disyaki mati.

Mereka berdua meminta Sarjan Jamil menyiasat pada malam itu juga. Anggota polis agak ragu-ragu

terhadap laporan tersebut kerana kedua-dua lelaki Cina ini tidak pernah dilihat. Akhirnya hasrat

memperdaya anggota polis tidak tercapai.

Tanpa disedari oleh penduduk dan pengawal, selepas membuat laporan, kedua-dua lelaki Cina

itu Berjaya menyusup hingga ke sisi pagar rumah pasung. Ketika itu anjing menyalak, tetapi anggota

polis tidak menduga sebarang kemungkinan buruk. Selepas dua jam mereka menuggu, kira-kira jam

4.00 pagi, Sarjan Jamil masih belum keluar untuk menyiasat. Akhirnya, Chanfei mengarahkan pasukan

penggempur untuk mengambil tempat. Mereka bergerak secara combat. Ketika itu penghuni rumah

pasung sedang tidur lena, manakala pengganas komunis mula menagtur rancangan untuk menyerang.

Bab 7 : Ledakan

Kira-kira jam 4.00 pagi, seorang pengawal telah ternampak kelibat musuh di luar pagar.

Namun, sebelum maklumat itu dimaklumkan kepada rakan-rakan setugas, pengganas sudah

melepaskan tembakan bertalu-talu dari tiga penjuru. Anggota polis yang berkawal segera mengambil

kedudukan. Proses tembak-menembak yang berlaku antara anggota polis yang berkawal dan

pengganas komunis tersebut telah menyebabkan penghuni rumah pasung terkejut. Anggota yang

tinggal di rumah kelamin segera mempertahankan diri walaupun ditegah oleh isteri masing-masing.

8

Page 10: Novel  Bukit Kepong

Sarjan Jamil mula menagrahkan anggotanya mengawal keadaan. Disebabkan serangan demi serangan

tanpa henti, beberapa anggota telah terkena tembakan, antaranya AP Osman Yahya dan Jaafar Arshad.

Namun, serangan yang berterusan itu pada awalnya tidak dapat didengar oleh pengawal di

Kampung Tui, tempat kediaman Penghulu Ali. Apabila menerima makluman tentang serangan

tersebut, tanpa berlengah, Penghulu Ali segera mengumpulkan semua pengawal dan mereka segera

bergerak menuju ke Bukit Kepong. Usaha dan hasrat untuk menamatkan serangan tidak tercapai.

Madera meminta anggota polis menyerah diri, namun pasukan polis terus membalas tembakan. Ini

menyebabkan pengganas komunis meneruskan serangan.

Bab 8 : Pertahanan

Pengganas masih lagi meneruskan serangan. Mereka belum berjaya memasuki kawasan rumah

pasung. Sedang Yusof Rono dan Ahmad Khalid berbalas tembakan dengan pengganas komunis

daripada kubu bawah, Yusof Rono telah terkena tembakan di bahagian bahu kirinya. Dia meminta

bantuan daripada rakan seperjuangannya yang lain untuk memberikan pertolongan di bahagian kubu

bawah. Beberapa anggota polis telah mati ditembak, seperti Muhamad Jaafar dan Ali Akop.

Kemaraan Penghulu Ali dan orang-orangnya yang datang untuk memberikan bantuan telah

terbantut dek hujan peluru oleh pihak pennganas komunis yang menyerang dari arah semak dan celah-

celah pokok getah. Mereka masih lagi tersekat di pinggir kampong dan gagal untuk memberikan

bantuan. Seorang daripada anak buah Penghulu Ali telah ditembak mati.

Pada jam 6.00 pagi, keadaan tanah mulai terang. Bayang-bayang musuh dan pihak polis sudah

boleh dilihat. Madera sekali lagi meminta anggota polis supaya menyerah diri. Namun, pasukan polis

tidak sesekali bercadang untuk menyerah. Pertahanan anggota polis mula rapuh. Ketika itu,

kebanyakkan anggota polis telahpun gugur dan yang tinggal hanyalah beberapa orang sahaja seperti

EPC Mohd Top Lazim, Othman Yusof, dan Lans Koperal Jidin Omar. Isteri anggota polis yang

bertahan di berek pula masih lagi selamat.

Bab 9 : Detik Cemas

Berita serangan pengganas komunis terhadap Rumah Pasung Bukit Kepong telah dimaklumkan

kepada Ketua Polis Muar dan pegawai Daerah Muar. OCPD Pagoh dan pasukan jungle squad bergerak

menuju ke Bukit Kepong. Ketika itu, pengganas sudah berjaya masuk ke kawasan berek. Pengganas

mula menggunakan bom tangan, melemperkannya ke arah anggota polis yang sedang mempertahankan

diri. Ahmad Khalid cedera setelah terkena serpihan bom itu. Lausan mengarahkan Madera untuk

mendapatkan anggota polis yang berada dalam berek. Madera dan kumpulannya menjalankan tugas

mereka dan mereka terjumpa dengan ahli keluarga polis lalu mengheret mereka keluar.

Sementara itu, Mariam Ibrahim merayu kepada Madera untuk mencari suaminya, Muhammad

Jaafar. Dia diherdik beberapa kali namun dia tetap berdegil untuk mendapatkan mayat suaminya.

Muhammad Jaafar pada ketika itu masih mempunyai pernafasan yang amat lemah, nyawa-nyawa ikan.

9

Page 11: Novel  Bukit Kepong

Dia meninggalkan dunia ini di sisi isteri dan anak-anak kesayangannya. Lans Koperal Jidin Omar yang

sedang bertahan menentang pengganas komunis pula terkena peluru dan hal ini menyebabkan dia

cedera parah.

Seterusnya pengganas membakar rumah pasung. Othman dan Mohd Top Lazim terperangkap.

Untuk menyelamatkan diri, Othman lari dari kepungan itu lalu terjun ke sungai berselindung di dalam

bot. pengganas terus mengejar Othman dan Othman bergerak ke tebing dan berselindung pada seperdu

pohon. Pengganas tidak jadi membunuh Yusof Rono dan Ahmad Khalid kerana menyangka kedua-dua

anggota polis itu sudah mati. Keseluruhannya, pengganas seramai 180 orang, Berjaya menguasai

rumah pasung yang dipertahankan oleh 18 anggota polis itu.

Bab 10: Saat Terakhir

Pengganas meninggalkan Rumah Pasung Bukit Kepong kira-kira jam 8.00 pagi. Ahli keluarga

polis dibiarkan begitu sahaja. Mereka meratapi mayat insan yang tercinta dengan perasaan duka dan

sedih. Othman yang bersembunyi di dalam sungai, setelah memastikan pengganas komunis telah

meninggalkan kawasan tersebut merangkak ke tebing. Othman cuba meminum air tetapi ditegah oleh

Mariam kerana air di dalam itu telah dimasukkan racun oleh Madera. Penghulu Ali dan orang-

orangnya pula hanya berjaya memasuki kawasan itu selepas pengganas meninggalkan kawasan

tersebut. Mereka memadamkan kebakaran, mengangkat mayat, dan mangsa yang tercedera.

Pasukan penyelamat yang diketuai oleh OCPD Pagoh tiba dan mereka turut membantu

menyelamatkan mangsa. Pada maghribnya pula, anak-anak buah Penghulu Ali berkumpul di masjid

Bukit Kepong mengadakan tahlil, bacaan Al-Quran serta membaca yasin secara berterusan dan

bergilir-gilir sehingga subuh. Setelah selesai solat Subuh sebahagian daripada mereka telah diarahklan

untuk menggali 23 liang lahad bagi mengebumikan mayat anggota polis yang terkorban.

Pada 24 Februari 1950, jam 7.00 pagi, Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Jaafar dan

rombongannya menuju ke pekan Lenga dan telah diberikanb taklimat tentang peristiwa yang berlaku.

Beliau telah bersolat zuhur bersama-sama penduduk kampung dan menyembahyangkan mayat

pahlawan yang telah siap dikafankan. Satu demi satu keranda diturnkan ke lubang liang lahad dan

dikambus rapat. Imam masjid membacakan talkin dan doa. Dato’ Onn Jaafar berangkat pulang setelah

selesai upacara pengebumian.

Bab 11: Terlantar

Othman dan rakan-rakannya yang cedera telah dirawat di Hospital Muar. Dia berusaha untuk

menerima rawatan di Alor Setar, berhampiran kampong isterinya, tetapi tidak berjaya. Di Kulim, berita

serangan pengganaskomunis terhadap Rumah Pasung Bukit Kepong telah tersebar luas. Polis Kulim ke

rumah keluarga Pak Yusof dan memaklumkan bahawa Othman telah terkorban dalam serangan

tersebut. Limah yang baru sahaja melahirkan anak dan masih berada dalam pantang itu terkejutdan

menyebabkan fikirannya terganggu, sedikit sebanyak semakin sasau.

10

Page 12: Novel  Bukit Kepong

Dua minggu kemudian, Othman yang telah mula sembuh dibenarkan keluar. Dia diberi cuti

selama sebulan untuk pulang ke kampungnya. Keluarganya amat terperanjat apabila mendapat tahu

Othman masih hidup.Namun, perasaan sedih menghantui dirinya apabila mengetahui keadaan isterinya

yang tercinta itu.

Sekembalinya bertugas di Muar, dia mendapat sepucuk surat dari OSPC yang mengatakan

bahawa dia ditukarkan ke Alor Setar. Dalam perjalanannya ke Alor Setar, dia tidak singgah sebentar di

Kulim sebaliknya terus melaporkan diri ke tempat kerjanya itu. Dia diberikan tugas-tugas ringan

sahaja sebelum dia pulih sepenuhnya daripada kecederaannya.

Othman menerima sepucuk surat daripada bapanya mengatakan bahawa keadaan Limah

semakin teruk terpaksa menerima rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. Othman serta

merta menyerahkan surat letak jawatan pada keesokkan harinya.

Sehingga tahun 1954, Othman masih boleh menoreh getah di samping mengajar kawad dan

cara menggunkan senjata kepada pasukan home guard di Kulim. Namun, apabila doktor memberitahu

bahawa kakinya perlu dipotong untuk menyelamatkan nyawanya, dia tidak membantah. Dia terlantar

selama dua minggu di hospital dan dia bergerak dengan dibantu tongkatnya dahulu.

11

Page 13: Novel  Bukit Kepong

Tema dan Persoalan

Tema

Novel ini mengungkapkan tema perjuangan dan keberanian anggota polis berserta penduduk kampung

Mukim Bukit Kepong dalam mempertahankan kompleks polis serta Mukim Bukit Kepong daripada

serangan komunis sewaktu berlakunya darurat di Tanah Melayu. Keistimewaan perjuangan dan

keberanian mereka ini agak luar biasa. Keistimewaan ini bukan sahaja terpamer menerusi keberanian

luar biasa 18 anggota polis dan penduduk kampung Bukit Kepong, malah terpamer menerusi

kekentalan semangat juang mereka. Hal ini terbukti apabila mereka mampu bertahan sehingga empat

jam dalam usaha mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong.

Persoalan

1) Jasa yang tidak dihargai

Jasa dan pengorbanan Othman seakan-seakan tidak dihargai selepas peristiwa tragis itu.

Semasa beliau berada di hospital, hanya pada hari-hari permulaan sahaja beliau diziarahi, tetapi

pada minggu kedua tiada sesiapa yang melawatnya.

2) Semangat kerjasama

Ini terbukti apabila kerjasama yang diberikan oleh polis dan penduduk Mukim Bukit Kepong

dalam mendepani dakyah dan kejahatan pengganas komunis. Dalam hal ini, penduduk Mukim

Bukit Kepong telah menubuhkan Unit Pengawal Keselamatan Kampung dan Unit Parang

Panjang untuk mendepani karenah komunis. Mereka juga telah berusaha membantu anggota

polis semasa komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong.

3) Sikap tidak prihatin

Ini dapat dilihat menerusi kesukaran Othman mendapatkan bantuan kaki palsu daripada pihak-

pihak berwajib walaupun beliau telah memberikan sumbangan yang besar terhadap keamanan

negara. Othman juga mengalami kesukaran dalam mendapatkan pekerjaan selepas berhenti

daripada perkhidmatan polis. Permohonannya tidak diendahkan oleh pihak swasta mahupun

kerajaan. Akhir sekali, watak ini hidup merempat sementara menunggu saat-saat kematian.

4) Keberanian

Mereka bertempur selama hampir empat jam. Walaupun ada anggota polis yang terbunuh atau

tercedera, perjuangan tetap diteruskan. Mereka lebih rela mati berjuang daripada menyerah

kalah kepada pengganas komunis.Othman Yusof dan rakan-rakannya yang berjumlah 18 orang

tetap berani menghadapi serangan komunis yang berjumlah hampir 200 orang.

12

Page 14: Novel  Bukit Kepong

Watak dan Perwatakan

Othman Yusof

Berasal dari Kulim, Kedah

Anak kepada Pak Yusof dan Mak Piah serta tunang kepada Limah

Bertubuh gempal, tingginya sederhana, dan berkulit cerah

Bekerja sebagai penoreh getah sebelum berkhidmat sebagai seorang polis

Seorang yang berdikari kerana dia tidak mengharapkan bantuan orang lain walaupun daripada

anak kandungnya sendiri. Dia meneruskan hidupnya bersendirian sehingga akhir hayat.

Sedia berkorban nyawa demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Dia pasrah walaupun

sebelah kakinya kudung kerana terkena tembakan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah

di Bukit Kepong

Memiliki semangat juang dan keberanian yang tinggi. Beliau bersama anggota polis serta warga

Bukit Kepong telah menafikan kemenangan mutlak pengganas komunis kerana banyak juga

pengganas yang terkorbandan cedera.

Seorang yang bertanggungjawab. Ini dapat dilihat apabila kesedarannya untuk menganggotai

pasukan polis demi menjaga keharmonian negara. Malah beliau bersedia untuk ditukarkan ke

Bukit Kepong

Othman juga seorang yang penyayang. Semasa berada di Bukit Kepong, beliau sering mengutus

surat kepada isterinya, Limahyang berada di kampung. Beliau juga amat mengambil berat

tentang keadaan Limah ketika Limah sedang mengandung.

Limah

Limah merupakan anak kepada Mak Jah dan Lebai Karim.

Dia isteri Othman Yusof dan memiliki seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinannya.

Dia taat kepada suami. Contohnya, dia sanggup mengikut suaminya bertugas di Pagoh, Johor dan

meminta izin suaminya sebelum keluar dari rumah.

Pandai mengaji. Buktinya, dia mengajar anak-anak polis di berek itu mengaji ketika tinggal di

Pagoh.

Dia juga seorang yang penyayang. Contohnya, dia menjadi sasau dan menangis tidak henti-henti

setelah mengetahui tentang berita kematian suaminya.

Penghulu Ali Mustapha

Wakil penduduk di Mukim Bukit Kepong.

Pemimpin yang dihormati di mukimnya dan juga oleh kakitangan pejabat kerajaan di Muar.

Seorang yang berani. Beliau mencabar pengganas komunis yang mahu mengembangkan ideologi

komunisme di Bukit Kepong.

13

Page 15: Novel  Bukit Kepong

Memiliki sifat yang tegas. Beliau mengarahkan anak buahnya menurunkan semula bendera

komunis yang berkibar megah dan menggantikannya dengan bendera Johor. Beliau tidak mahu

pengganas komunis bertapak dan bermaharajalela di bumi Johor.

Pintar dan bijak mengatur strategi. Beliau meminta pelbagai bantuan semata-mata untuk

mempertahankan kubu kuat Bukit Kepong.

Sarjan Jamil Mohd Shah

Merupakan seorang anggota polis yang taat. Dia tetap pergi ke Bukit Kepong apabila menerima

arahan walaupun ketika itu isterinya baru saja melahirkan anak bongsunya.

Dia juga seorang yang penyayang. Buktinya, sebelum memulakan tugas di Bukit

Kepong dia telah bermesra dan bergambar dengan anak-anaknya dan isterinya.

Seorang yang cekal. Buktinya, dia tabah menghadapi pelbagai masalah atau cabaran ketika

bertugas di Rumah Pasung Bukit Kepong yang serba kekurangan.

Dia mempunyai sikap yang berani. Buktinya, dia memimpin sepasukan 18 orang anggota polis

bertempur dengan 200 orang pengganas komunis.

Seorang yang peramah dan mudah bergaul. Buktinya, dia pergi menghadiri kenduri yang diadakan

oleh Penghulu Ali.

Binaan Plot

Permulaan

Dimulakan dengan gambaran suasana majlis memperingati jasa anggota polis dan warga Bukit

Kepongyang terlibat dalam peristiwa berdarah di Bukit Kepong semasa zaman darurat di Tanah

Melayu.

Perkembangan

Diteruskan dengan gambaran awal kesengsaraan hidup penduduk di Tanah Melayu pada zaman

darurat. Di sini, pengarang turut memaparkan tempat-tempat yang menjadi sasaran pengganas

komunis, antaranya termasuklah pekan kecil Kulim di Kedah. Pengarang mengembangkan ceritanya

dengan memasukkan watak utama dalam cerita ini, Othman Yusof. Cerita terus berkembang dengan

memaparkan Othman yang memohon untuk menjadi anggota polis walaupun mendapat bantahan

ibunya. Kemudian diteruskan dengan majlis pertunangan antara Othman dan Limah dan meneruskan

kehidupannya sebagai pelatih polis dan selepas habis berkursus sebagai polis. Kemudian Othman dan

isterinya berhijrah ke Pagoh, Johor.

Perumitan

Dimulakan dengan konflik keganasan komunis yang merampas wang, barang kemas, dan barang-

barang dari penumpang yang sedang dalam perjalanan pulang ke Pagoh. Mereka meminta semua

penumpang berbogel lalu membakar bas tersebut.

14

Page 16: Novel  Bukit Kepong

Klimaks

Berlaku ketika pertempuran antara 18 anggota polis dan sebahagian warga Bukit Kepong dengan

pengganas komunis yang menyerang kompleks polis di Mukim Bukit Kepong.

Peleraian

Pihak polis dan warga Bukit Kepong mengalami kekalahan. Kompleks polis di Bukit Kepong musnah

dan banyak anggota polis yang terkorban. Kekalahan itu dianggap sebagai kekalahan dalam

kemenangan kerana pengganas komunis terpaksa berhempas-pulas untuk mengalahkan mereka.

Malah, terdapat juga pengganas komunis yang cedera dan terkorban. Cerita ini diakhiri dengan kisah

kesengsaraan Othman Yusof yang hidup melarat kerana mengalami kecacatan di kaki kirinya sebagai

akibat terkena akan tembakan sewaktu menentang pengganas komunis di kampung Bukit Kepong.

Teknik Plot

Unsur saspens

Unsur ini boleh diperhatikan ketika pertempuran antara 18 anggota polis berserta warga Bukit Kepong

dengan pengganas komunis. Peristiwa ini banyak mengundang kematian dan kecederaan di pihak

anggota polis serta warga Bukit Kepong. Bahagian ini dikatakan mengandungi unsur saspens kerana

pembaca solah-olah tidak sabar untuk mengetahui pasukan yang menang dalam pertempuran itu dan

bagaimanakah nasib pejuang-pejuang yang terlibat dalam pertarungan itu.

Latar

Latar Tempat

Kampung Keladi, Kulim.

Iaitu tempat kelahiran Othman.

Pagoh.

Tempat Othman mula-mula berkhidmat.

Rumah Pasung Sungai Petani.

Tempat ketika Othman menjalani temu duga dan akhirnya berjaya terpilih untuk mengikuti latihan

kepolisian.

Sungai Muar.

Alat perhubungan utama penduduk mukim tersebut.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang memiliki semangat juang yang tinggi.

Mereka sanggup berjuang menentang pengganas komunis walaupun sedar akan bahaya yang akan

menimpa mereka.

15

Page 17: Novel  Bukit Kepong

Masyarakat yang bekerjasama.

Pasukan pengawal kampung dan penduduk kampung bekerjasama memadamkan api , merawat

mangsa yang cedera, mencari mangsa yang terbakar, di samping menyediakan makanan serta

minuman.

Masyarakat yang terpengaruh dengan perjuangan komunis.

Kebanyakan anak muda Cina terpengaruh dengan perjuangan yang sia-sia.

Latar Masa

Masa yang melatari novek ini ialah sekitar tahun 1948, iaitu pada zaman darurat.

Sepanjang Othman menjalani kursus polis.

Ketika bas yang dinaiki oleh Limah dari Pagoh di rompak oleh pengganas komunis.

Sewaktu peristiwa tragis berdarah berlaku di Balai Polis Bukit Kepong.

Gaya Bahasa

Personafikasi

Dia tidak jadi membunuh musuhnya yang sudah rebah mencium bumi itu.

Matahari sudah mahu membenamkan dirinya di ufuk barat.

Metafora

Ekor matanya.

Ekor dan mata ialah suatu perbandingan yang tidak sama sifatnya.

Peribahasa

Bendera Merah bersimbolkan tukul dan sabit di tiang bendera.

Dia terbujur berhampiran dengan Muhamad Jaafar yang masih nyawa-nyawa ikan setelah

mengalami cedera parah semenjak awal pertempuran tadi.

Hiperbola

Mereka cuma memerhatikan kedua-duanya terbujur di atas tanah bermandikan darah.

Masing-masing terpaku melihat marak api yang menjulang.

16

Page 18: Novel  Bukit Kepong

Nilai

Nilai

Kasih sayang. Othman sangat menyayangi isterinya, Limah sehingga sanggup meletakkan jawatan

apabila sakit jiwa yang dialami oleh Lemah semain serius.

Kesabaran. Othman tetap bersabar apabila menghadapi peristiwa yang meyayat hati, iaitu isterinya

menjadi gila kerana terkejut menerima berita “kematiannya”.

Keberanian. Othman dan semua anggota di Rumah Pasung Bukit Kepong tetap berani menentang

pengganas komunis sehingga ke titisan darah yang terakhir, walaupun bilangan anggota polis

sedikit.

Tolong-menolong. Orang kampung saling membantu dan menolong mangsa yang tercedera atau

yang mengalami kejutan akibat daripada serangan komunis.

Kerajinan. Semasa menjadi penoreh, Othman menjalankan kerjanya dengan tekun dan semasa

menjadi polis, dia menjalankan tugasnya dengan rajin dan berdedikasi.

Berdirikari. Sifat ini tergambar pada watak Limah. Dia yang selama ini tinggal bersama-sama

dengan ibu bapanya, dapat hidup secara berdikari di berek polis setelah menjadi isteri Othman.

Malah, dia mengajar kanak-kanak mengaji untuk mengisi masa lapangnya.

Pengorbanan. Sebelum membenarkan Othman bercuti selama sebulan, OSPC Strathern telah

mengucapkan terima kasih atas pengorbanan Othman dan memberikan derma peribadi sebanyak

seratus ringgit kepada beliau.

Saling menghormati. Nilai ini boleh dilihat pada watak semua anggota polis di rumah Pasung

Bukit Kepong. Anggota pangkat bawahan menghormati Sarjan Jamil sebagai ketua mereka

manakala Sarjan Jamil pula menghormati semua anak buahnya itu.

Ketaatan. Nilai ini jelas terpancar pada watak semua anggota polis. Walaupun sibuk bertugas,

mereka tetap menunaikan solat.

Kebijaksanaan. Apabila melihat ramai rakannya yang terkorban, Othman menyerang pengganas

komunis dengan menggunakan dua laras senjata, walaupun terpaksa berlari ke sana ke mari.

Tindakannya itu, adalah untuk mengelirukan pangganas komunis sehingga mereka menganggap

bahawa bilangan anggota polis masih banyak.

Keyakinan. Setelah semua bahagian rumah pasung terbakar, Othman berasa yakin bahawa dia

dapat menyelamatkan diri dengan berlari ke arah sungai Muar.

Semangat cintakan negara / Patriotik. Semua anggota polis dan orang kampung memiliki sengat

nasionalisme yang tinggi sehingga mereka sanggup mengangkat senjata untuk menentang

pangganas komunis.

17

Page 19: Novel  Bukit Kepong

Pengajaran

Kita mestilah mempunyai semangat juang dan keberanian yang tinggi.

Anggota polis serta warga Bukit Kepong bertempur mati-matian walaupun terpaksa berdepan

dengan bilangan musuh yang berlipat ganda banyaknya.

Kita haruslah bersifat setiakawan.

Keserasian yang wujud antara mereka telah melambatkan kemenangan komunis. Malah, pihak

komunis juga gagal memproleh kemenangan mutlak kerana banyak juga antara pengganas tersebut

yang tercedera dan terkorban.

Kita haruslah bersedia berkorban dalam segenap aspek demi mewujudkan keamanan dan

kesejahteraan Negara.

Sebagai contoh, Othman sanggup meninggalkan kampong halamannya dan berhijrah ke Pagoh dan

seterusnya ke Bukit Kepong demi berkhidmat untuk negara.

Janganlah sesekali kita memperdagangkan tanah air kita untuk kepentingan peribadi. Perbuatan

Madera dan Kandar yang telah memperdagangkan tanah air kita kepada pengganas komunis

semata-semata untuk memperoleh kepentingan peribadi adalah suatu perbuatan yang tidak

bermoral.

Kita mestilah menyuntik semangat nasionalisme yang tinggi ke dalam diri kita

Warga Bukit Kepong dan anggota polis memiliki semangat nasionalisme yang tinggi sehingga

sanggup mengetepikan kepentingan peribadi.

18

Page 20: Novel  Bukit Kepong

Contoh Soalan

Jawab kedua-dua soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan mana-mana novel yang berikut.

 

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj Yusuf

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

 

(a) Puncak cerita atau klimaks merupakan bahagian novel yang menarik perhatian pembaca. Berikan pendapat anda berdasarkan novel yang anda kaji.

[7 markah]

 

(b) Jelaskan empat nilai murni yang terdapat pada watak utama dalam novel yang anda kaji.

[8 markah]

 Soalan 4a

Novel Bukit Kepong

Puncak cerita atau klimaks dalam sesebuah novel menjadi perhatian pembaca kerana pada peringkat ini cerita akan berakhir atau menghampiri peleraian. Dalam novel yang saya kaji, iaitu “Bukit Kepong”, klimaksnya ialah apabila 18 orang anggota polis yang bersemangat waja menentang serangan 200 orang anggota komunis. Peringkat klimaks dalam novel ini juga menyayat hati pembaca. Pihak komunis dengan kejam telah membakar rumah pasung. Pada peringkat ini juga 23 orang anggota polis dan keluarga mereka telah terkorban dan banyak yang cedera. Selain itu, pembaca juga berasa kagum semasa membaca peringkat klimaks ini. Pembaca berasa kagum kerana pihak polis telah berjuang habis-habisan demi mempertahankan tanah air yang tercinta.

Soalan 4b

Novel Bukit Kepong

Watak utama dalam novel yang saya kaji, iaitu “Bukit Kepong” ialah Othman. Nilai murni yang dimiliki oleh Othman ialah penyayang. Othman amat menyayangi isterinya, Limah. Oleh itu, dia telah membawa Limah berpindah ke Pagoh kerana tidak mahu tinggal berjauhan dengan isterinya itu. Nilai

19

Page 21: Novel  Bukit Kepong

murni lain yang dimilikinya ialah berani. Hal ini diperlihatkan oleh Othman ketika bertempur dengan komunis ketika mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong. Othman tidak mahu menyerah kalah walaupun rakan-rakannya yang lain telah terkorban. Selain itu, Othman juga memiliki nilai murni amanah dan bertanggungjawab. Misalnya, Othman dan rakan-rakannya menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab ketika mengadakan sekatan jalan raya. Satu lagi nilai murni yang ada pada watak Othman adalah cinta akan tanah air. Othman telah menjadi anggota polis kerana mahu menghapuskan komunis yang mengancam keselamatan negara.

ANALISIS SOALAN NOVEL SPM 2001 - 2008

TAHUN 2001 (N)

4a Pada pendapat anda, wajarkah pengarang mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam novel yang anda pelajar ?

4b Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu.

TAHUN 2002 (J)

4a Tulis sinopsis novel yang telah anda pelajari.4b Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu.

TAHUN 2002 (N)

4a Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari4b Huraikan latar masyarakat dalam novel yang telah anda pelajari

TAHUN 2003 (J)

4a Plot merupakan aspek penting dalam pembinaan sebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan klimaks novel berkenaan dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kesudahan cerita.

4b Huraikan empat latar tempat berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari.

TAHUN 2003 (N)

4a Kegigihan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari. Buktikan pernyataan tersebut.

4b Huraikan watak utama novel yang telah anda pelajari

TAHUN 2004 (J)

4a Watak utama sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak tersebut.

4b Huraikan empat pengajaran daripada novel yang telah anda pelajari

20

Page 22: Novel  Bukit Kepong

TAHUN 2004 (N)

4a Huraikan tiga nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel yang anda kaji4b Konflik merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah cerita. Berdasarkan novel yang anda baca,

jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi.

TAHUN 2005 (J)

4a Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan satu daripada watak sampingan tersebut.

4b Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novelnya. Jelaskan tiga peristiwa yang dapat anda teladani berdasarkan novel yang anda pelajari.

TAHUN 2005 (N)

4a Terdapat pelbagai peristiwa menarik yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari. Mengapakah anda berpendapat demikian?

4b Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar tempat dalam setiap novel itu.

TAHUN 2006 (J)

4a Pertentangan antara watak banyak terdapat dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan pertentangan antara watak dalam sebuah novel yang anda telah kaji.

4b Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, jelaskan dua nilai kemasyarakatan daripada setiap novel tersebut.

TAHUN 2006 (N)

4a Huraikan pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda telah kaji.4b Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, jelaskan satu persoalan daripada setiap novel tersebut.

TAHUN 2007 (J)

4a Nilai setia kawan sering dipaparkan dalam sesebuah novel.Huraikan dua nilai setia kawan dalam sebuah novel yang anda pelajari

4b Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan tema dalam setiap novel itu.

TAHUN 2007 (N)

4a Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan

21

Page 23: Novel  Bukit Kepong

persoalan maruah.4b Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel menyelesaikan

satu konflik yang dihadapinya.

TAHUN 2008 (J)

4a Pemilihan tajuk sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut.Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.

4b Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam setiap novel.

TAHUN 2008 (N)

4a Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda.

4b Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari.

TAHUN 2009 (J)

4a

4b

TAHUN 2009 (N)

4a

4b

TAHUN 2010 (J)

4a

4b

22

Page 24: Novel  Bukit Kepong

Soalan Bentuk Kemahiran Berfikir

CONTOH 1

Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan manfaat yang anda peroleh setelah membaca

novel tersebut. (7 markah)

(Tulis 2 isi. Markah isi 4 dan markah bahasa 3)

Jawapan

Dalam novel Bukit Kepong, saya dapat menambahkan pengetahuan tentang peristiwa hitam yang

bersejarah bagi negara Malaysia. (1m: ayat isi) sebagai contoh, perjuangan dan keberanian sepasukan

anggota polis termasuklah Othman Yusof yang cuba mempertahankan Rumah Pasong Bukit Kepong

daripada serangan komunis merupakan peristiwa bersejarah negara.(1m:ayat contoh)

Manfaat yang lain ialah, saya dapat menyemai semangat cinta akan negara kepada diri sendiri.

(1m:ayat isi) Contohnya, perjuangan Othman Yusof dan anggota-anggota polis yang sanggup

menggadai nyawa semasa bertempur dengan pihak komunis di rumah Pasong Bukit Kepong berjaya

menimbulkan semangat patriotik dalam kalangan pembaca. (1m:ayat contoh)

CONTOH 2

Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa paling

menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari. Mengapakah anda berpendapat demikian? (7

markah)

(Tulis 2 isi. Markah isi 4 dan markah bahasa 3)

Dalam novel Bukit Kepong, peristiwa yang menarik ialah ketika Othman Yusof mempertahankan

Rumah Pasong Bukit Kepong daripada serangan komunis.(1m:ayat isi) Peristiwa ini menarik kerana

pembaca tertanya-tanya akan kesudahan cerita dalam pertempuran itu. (1m: ayat contoh)

Peristiwa lain yang menarik ialah ketika Othman Yusof mendapati isterinya telah sakit jiwa atau

gila akibat mendengar berita tentang kematiannya. (1m:ayat isi) Peristiwa ini menarik kerana pembaca

23

Page 25: Novel  Bukit Kepong

mengetahui perkembangan peleraian cerita yang memaparkan ketabahan Othman Yusof. (1m:ayat

contoh)

CONTOH 3 (SPM 2007)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan

persoalan maruah (7 markah)

(Tulis 2 isi. Markah isi 4 dan markah bahasa 3)

JAWAPAN

Dalam novel Bukit Kepong, persoalan maruah diri dapat dilihat berdasarkan keengganan Limah,

Zainab, Mek Nah dan Leha menanggalkan pakaian mereka walaupun telah diarahkan beberapa kali

oleh komunis semasa serangan bas di Pagoh. Mereka malu dan peristiwa tersebut dapat dikaitkan

dengan maruah diri. ( 2m: ayat isi +ayat contoh)

Manakala, persoalan maruah keluarga dapat dilihat berdasarkan keengganan Taukeh Muda ladang

getah memberi bantuan kewangan kepada Tucksai dan Lam Fong kerana ladang getah tersebut milik

keluarga. Demi menjaga maruah keluarga dan negara, beliau tidak mahu bersubahat dengan

perjuangan komunis. (2m :ayat isi + ayat contoh)

24

Page 26: Novel  Bukit Kepong

SOALAN DAN RANGKA JAWAPAN ( 1- 6)

UNTUK LATIHAN KENDIRI (7 – 18)

01) Permulaan cerita atau eksposisi yang menarik dalam sesebuah cerita akan menarik minat

pembaca untuk terus menikmati novel berkenaan. Jelaskan pendapat tersebut berdasarkan

novel yang telah anda baca.

Pengarang telah mengimbau sejarah untuk memulakan cerita dalam novel ini.

Gambaran Perang Dunia Kedua dan kesannya.

Pengalaman untuk dikongsi bersama-sama pembaca.

Anak-anak watan terkial-kial mempertahankan tanah air.

Membicarakan kewujudan komunis.

Konflik pengganas dengan anak watan dan anggota keselamatan.

02) Huraikan tema novel yang telah anda baca dengan menyertakan peristiwa-peristiwa novel

untuk menyokong hujah anda.

Tema perjuangan / nasionalisme.

Mempertahankan tanah air daripada komunis.

Othman Yusof bercita-cita menjadi polis.

Ingin membela nasib anak watan.

Berjuang mempertahankan Bukit Kepong.

Sanggup menggadai nyawa bersama-sama rakan lain tanpa takut dan pantang menyerah kalah.

03) Watak utama adalah penting kerana ia menggerakkan sesebuah cerita. Berdasarkan novel yang

telah anda baca, jelaskan keistimewaan watak berkenaan.

Watak utama – Othman Yusof.

Anak sulung Mak Piah dan Pak Yusof.

Berasal dari Kampung Keladi, Kulim, Kedah.

Pelajaran sampai darjah tiga dan menjadi polis.

25

Page 27: Novel  Bukit Kepong

Sanggup berkorban untuk bangsa dan tanah air – menyertai pasukan polis.

Meninggalkan keluarga dan kampung halaman.

04) Setiap cerita memaparkan persoalan tertentu. Jelaskan persoalan berdasarkan novel yang telah

anda baca.

Pengorbanan anak bangsa dalam mempertahankan maruah bangsa dan tanah air.

Othman Yusof menyertai pasukan polis dan sanggup meninggalkan keluarga dan kampung

halamannya. Mempertahankan Bukit Kepong daripada serangan komunis.

Jasa yang tidak dikenang.

Peranan Othman yang sanggup menggadai nyawa tidak dikenang pemerintah. Kepayahan

ditanggung sendiri. Berhenti kerja. Menjadi penoreh getah. Kakinya dipotong. Istrinya menjadi

tidak siuman.

Semangat kerjasama.

Ketika serangan komunis, penduduk kampung menubuhkan pasukan parang panjang untuk

mempertahankan kampung.

Kekejaman komunis.

Pihak komunis melakukan pembunuhan kejam.

05) Ramai pembaca membaca sinopsis terlebih dahulu untuk memilih novel yang hendak

dibacanya. Sinopsis yang baik akan menarik minat mereka. Berdasarkan novel yang telah anda

baca, tulis sinopsis novel berkenaan selengkapnya.

Othman menjadi anggota polis tetapi dihalang oleh keluarga. ebelum tinggalkan kampung,

ditunangkan dengan Limah. Komunis mula mengganas. Merampas bas. Merampas harta

benda penumpang. Unit Pegawai Keselamatan Kampung dan Unit Parang Panjang telah

ditubuhkan untuk mengawal keselamatan kampung. Rumah Saibun dibakar dan semuanya

terkorban. Lans Koperal Jidin dan Othman mematahkan cubaan Ahlam untuk menyeludup

makanan kepada komunis. Ahlam diseksa. Komunis menyerang balai polis Labis. Cubaan

dipatahkan. Othman dan rakannya ditukarkan ke Bukit Kepong. Limah dihantar balik ke

kampung. Serangan berlaku semasa perayaan Tahun Baru Cina. Ramai polis gugur. Penghulu

26

Page 28: Novel  Bukit Kepong

Ali tidak dapat membantu kerana dipintas oleh komunis. Isteri anggota polis dikeluarkan dan

balai polis dibakar. Othman menyelamatkan diri. Limah menjadi kurang siuman kerana

diberitahu bahawa suaminya telah meninggal dunia. Othman balik kampung. Menjadi penoreh

getah. Kakinya dipotong.

06) Latar memainkan peranan penting dalam cerita untuk mewujudkan cerita yang lebih realistik.

Jelaskan latar tempat novel yang telah anda pelajari.

Latar tempat – Kulim, Sungai Petani, Pusat Latihan Polis, Muar, Pagoh, Hospital Muar dan

Bukit Kepong. Bukit Kepong menjadi latar tempat yang utama – digambarkan sebagai sebuah

kampung kacil dengan 20 buah rumah berderet – beberapa buah kedai Cina dan juga balai

polis.

07) Pemilihan tajuk sesebuah novel merupakan gambaran sebenar tentang cerita yang hendak

disampaikan. Jelaskan pernyataan tersebut berdasarkan novel yang telah anda baca.

08) Plot yang baik menjadikan cerita lebih menarik. Huraikan plot novel yang telah anda pelajar.

27

Page 29: Novel  Bukit Kepong

09) Terdapat banyak perbuatan dan sikap watak dalam sesebuah cerita yang boleh dijadikan

panduan kepada pembaca. Jelaskan perkara tersebut berdasarkan novel yang telah anda baca.

10) Setiap cerita menggambarkan corak hidup masyarakat. Jelaskan persoalan kemasyarakatan

berdasarkan novel yang telah anda baca.

28

Page 30: Novel  Bukit Kepong

11) Konflik dalam sesebuah cerita menjadikan cerita itu lebih menarik. Huraikan konflik yang

dihadapi oleh watak dalam novel berdasarkan novel yang telah anda baca.

12) Jelaskan gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang berdasarkan novel yang telah anda baca.

29

Page 31: Novel  Bukit Kepong

13) Penggunaan unsur suspens membuatkan seseorang pembaca ingin meneruskan pembacan

sesebuah novel. Jelaskan unsur tersebut berdasarkan novel yang telah anda baca.

14) Karya sastera banyak memaparkan nilai untuk dijadikan panduan dan teladan kepada pembaca.

Jelaskan nilai tersebut berdasarkan novel yang telah anda baca.

30

Page 32: Novel  Bukit Kepong

15) Latar belakang pengarang sesebuahnovel juga mempengaruhi pembaca untuk membaca

novelnya. Berdasarkan novel yang telah anda baca, tuliskan biodata pengarang.

16) Bincangkan latar tempat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

31

Page 33: Novel  Bukit Kepong

17) Banyak unsur kritikan masyarakat diutarakan dalam sesebuah novel. Bincangkan unsur

tersebut berdasarkan novel yang telah anda baca.

18) Huraikan pengarajaran yang ingin disampaikan oleh pengarang berdasarkan novel yang telah

anda baca.

32

Page 34: Novel  Bukit Kepong

33