contoh jawapan kajian novel pmr (edisi percuma)

15
DISUSUN OLEH: HAJI MOHD. NIZAR BIN YUSOFF GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU, SMK GURUN, KEDAH DARUL AMAN, Sinopsis Tema Persoalan Watak & Perwatakan Latar Nilai & Pengajaran Plot Contoh jawapan pmr KAJIAN NOVEL

Upload: li-khai-oon

Post on 09-Feb-2016

2.124 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Contoh Jawapan Kajian Novel PMR

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Jawapan Kajian Novel Pmr (Edisi Percuma)

DISUSUN OLEH:

HAJI MOHD. NIZAR BIN YUSOFF

GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU,

SMK GURUN, KEDAH DARUL AMAN,

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Nilai & Pengajaran

Plot

Contoh jawapan pmr

KAJIAN NOVEL

Page 2: Contoh Jawapan Kajian Novel Pmr (Edisi Percuma)

ISI KANDUNGAN

Novel “Hikmah”

Contoh 1 – Tema

Contoh 2 – Persoalan

Contoh 3 – Perwatakan watak utama

Contoh 4 – Latar tempat

Contoh 5 – Latar masa

Contoh 6 – Latar masyarakat

Contoh 7 – Nilai

Contoh 8 – Pengajaran

Novel “Erti Sebuah Pengorbanan”

Contoh 9 – Tema

Contoh 10 – Persoalan

Contoh 11 – Perwatakan watak utama

Contoh 12 – Latar tempat

Contoh 13 – Latar masa

Contoh 14 – Latar masyarakat

Contoh 15 – Nilai

Contoh 16 – Pengajaran

Novel “6:20”

Contoh 17 – Tema

Contoh 18 – Persoalan

Contoh 19 – Perwatakan watak utama

Contoh 20 – Latar tempat

Contoh 21 – Latar masa

Contoh 22 – Latar masyarakat

Contoh 23 – Nilai

Contoh 24 – Pengajaran

Page 3: Contoh Jawapan Kajian Novel Pmr (Edisi Percuma)

CONTOH 1 Soalan:

Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tema bagi

novel ini. Berikan tiga contoh peristiwa yang sesuai yang dapat

menggambarkan tema tersebut.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.

Tema novel ini ialah kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak

memberontak dan berubah tingkah laku.

Peristiwa yang berkaitan dengan tema ini ialah Amri merupakan anak

yang baik dan bertanggungjawab kepada keluarganya. Malangnya, sikap

ayahnya yang berubah menjadi kejam dan tidak bertanggungjawab terhadap

keluarga menyebabkan Amri yang berubah sikap.

Ekoran daripada itu, Amri menjadi murid yang bermasalah disiplin di

sekolah. Dia sering membuli murid lain di sekolahnya.

Selain itu, Amri juga tidak suka akan Sapura, seorang pengawas

sekolah yang selalu melaporkan salah lakunya kepada guru. Dia juga pernah

mengganggu ketika Sapura sedang berbasikal sehingga Sapura terjatuh ke

dalam bendang berlumpur.

CONTOH 2 Soalan:

Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga

persoalan yang terdapat dalam novel ini. Berikan juga contoh peristiwa yang

sesuai bagi menggambarkan persoalan tersebut.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.

Dalam novel ini terdapat beberapa persoalan.

Antaranya ialah tanggungjawab bapa terhadap kesejahteraan

keluarga. Bapa Amri tidak bertanggungjawab dan kejam sehingga sanggup

memukul ibunya. Keadaan ini menyebabkan Amri berubah sikap menjadi

budak nakal.

Persoalan seterusnya adalah kasih sayang ibu terhadap anaknya. Emak Amri sangat sayang dan mengambil berat terhadap Amri. Segala keperluan Amri sedaya upaya dipenuhi walaupun dia sendiri dalam keadaan lemah.

Di samping itu, prihatin dan simpati terhadap insan yang memerlukan

juga merupakan satu daripada persoalan yang dapat ditampilkan daripada

novel ini. Sapura dan ayahnya bersimpati dengan nasib yang menimpa Amri

dan ibunya. Mereka menghantar ibu Amri yang demam dan cedera di dahi dan

Amri yang cedera dipukul ke hospital.

Page 4: Contoh Jawapan Kajian Novel Pmr (Edisi Percuma)

CONTOH 3 Soalan

Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan watak utama

dalam novel ini. Nyatakan juga tiga perwatakannya dan berikan contoh

peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan setiap perwatakan

tersebut.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.

Watak Utama dalam novel ini ialah Amri.

Perwatakan Amri ialah dia seorang yang berani. Contohnya, Amri

berani meminta ayahnya memulangkan semula gelang emaknya walaupun

akhirnya dia ditampar oleh ayahnya.

Selain itu, Amri juga seorang anak yang bertanggungjawab. Hal ini

dibuktikan apabila ibunya cedera akibat dipukul oleh ayahnya, Amri pergi ke

pekan untuk membeli ubat demam dan ubat luka bagi merawat luka emaknya.

Di samping itu, Amri juga merupakan anak yang baik dan mentaati

emaknya. Walaupun Amri nakal di sekolah tetapi dia sangat baik ketika di

rumah. Amri juga akan mematuhi setiap arahan ibunya.

CONTOH 4 Soalan:

Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga latar

tempat. Bagi setiap latar tempat tersebut, berikan contoh peristiwa yang

berlaku.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.

Dalam novel ini terdapat beberapa latar tempat.

Antara latar yang terdapat dalam novel ini ialah di dalam

kelas/sekolah. Contohnya murid-murid lain tidak berani mengangkat muka

apabila Amri masuk ke dalam kelas selepas dia dirotan oleh Cikgu Salman

kecuali Siva seorang sahaja yang berani berbual-bual dengannya.

Seterusnya di tempat letak basikal sekolah. Amri menunggu Sapura di

tempat letak basikal sekolah dan berpura-pura baik sebelum balik bersama-

sama dan mengenakan Sapura sehingga terjatuh ke dalam lumpur bendang.

Seterusnya di farmasi di pekan. Amri membeli ubat demam dan luka

untuk ibunya di farmasi, di pekan berhampiran kampungnya.

Page 5: Contoh Jawapan Kajian Novel Pmr (Edisi Percuma)

CONTOH 5 Soalan:

Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga latar

masa. Bagi setiap latar masa tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.

Terdapat beberapa latar masa dalam novel tersebut.

Latar masa dalam novel ini adalah pada waktu siang. Masa ini ialah

ketika Amri dan Sapura pulang dari sekolah bersama-sama dan Amri telah

mengenakan Sapura sehingga terjatuh ke dalam bendang yang berlumpur.

Seterusnya, pada waktu malam, iaitu apabila ayah Amri pulang untuk

meminta wang daripada isterinya. Ayahnya telah menyelongkar gerobok baju

dan seterusnya apabila wang yang diperoleh agak sedikit, ayahnya telah

meragut rantai yang dipakai oleh ibunya.

Selain itu, pada waktu tengah hari. Hal ini digambarkan ketika Amri

berbasikal dalam cuaca yang panas terik ke pekan sejauh 10 kilometer semata-

mata untuk membeli ubat demam dan luka untuk ibunya.

CONTOH 6 Soalan:

Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga latar

masyarakat. Bagi setiap latar masyarakat tersebut, berikan contoh peristiwa

yang berlaku.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.

Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ialah masyarakat

yang mengalami tekanan hidup, Contohnya Amri mengalami tekanan hidup

kerana keadaan keluarganya yang porak-peranda, ayahnya hanya tahu pulang

meminta duit dan berjudi.

Seterusnya, terdapat juga masyarakat yang mengabaikan

tanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya ayah Amri yang terlibat dengan

kegiatan perjudian dan penyalahgunaan dadah telah mengabaikan

tanggungjawabnya kepada keluarga.

Selain itu, latar masyarakat yang lain pula ialah masyarakat yang suka

membantu. Contohnya Sapura telah membantu Amri semasa diperas ugut di

satu lorong semasa hendak pulang daripada membeli ubat untuk ibunya di

farmasi.

Page 6: Contoh Jawapan Kajian Novel Pmr (Edisi Percuma)

CONTOH 7 Soalan:

Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga nilai.

Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai dengan setiap nilai

tersebut.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.

Terdapat beberapa nilai dalam novel ini.

Nilai yang pertama adalah bertanggungjawab. Contoh peristiwa yang terdapat dalam novel ialah ibu Amri telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan menyediakan makan tengah hari dan wang saku untuk persekolahan anaknya walaupun hidupnya susah.

Nilai yang seterusnya adalah berani. Contohnya, Sapura berani melaporkan tindakan Amri membuli murid-murid lain di sekolah kepada guru disiplin.

Dalam pada itu, nilai yang lain pula adalah tolong-menolong. Contoh peristiwa yang menunjukkan nilai ini ialah Sapura dan ayahnya menolong membawa ibu Amri yang demam mendapatkan rawatan di hospital.

CONTOH 8 Soalan:

Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga

pengajaran. Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai dengan

setiap pengajaran tersebut.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.

Terdapat beberapa pengajaran yang dapat kita peroleh daripada novel ini.

Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah amanah dalam

menjalankan tanggungjawab. Contoh peristiwa yang berlaku ialah Sapura

menjalankan tugas sebagai pengawas dengan amanah dan bertanggungjawab.

Dia sanggup melaporkan kepada guru disiplin perbuatan Amri yang selalu

membuli murid-murid lain.

Selain itu, kita juga haruslah membantu orang yang sedang dalam

kesusahan. Sebagai contoh, Sapura dan ayahnya telah membantu membawa

ibu Amri yang demam dan Amri yang cedera dipukul penjahat ke hospital

untuk mendapatkan rawatan.

Di samping itu, kita juga patutlah menyayangi ibu kita. Amri sangat

sayang akan ibunya, dia sanggup berbasikal sejauh 10 kilometer semata-mata

membeli ubat untuk ibunya yang demam dan luka.

Page 7: Contoh Jawapan Kajian Novel Pmr (Edisi Percuma)

CONTOH 9 Soalan:

Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin,

nyatakan tema bagi novel ini. Berikan tiga contoh peristiwa yang sesuai yang

dapat menggambarkan tema tersebut.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya

Zaihanim Zainal Abidin. Tema bagi novel ini ialah kasih sayang.

Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku yang dapat memperlihatkan

tema ini. Sebagai contoh, kasih sayang Iman terhadap kedua ibu bapanya.

Iman melakukan pelbagai usaha dan masih berharap untuk menyatukan

kembali ibu dan bapanya yang telah terpisah.

Selain itu, walaupun terpisah dengan ibu bapanya, Iman sering

menghubungi ibunya yang berada di New Zealand. Iman dan ibu kerap

berbalas e-mel bertanyakan khabar dan perkembangan masing-masing.

Selain itu, Iman juga amat sayang akan datuk dan neneknya. Setelah

ibu dan bapanya bercerai, Iman ditinggalkan bersama-sama datuk dan

neneknya di kampung. Hubungan mereka sangat erat dan Iman amat

menyayangi datuk dan neneknya.

Page 8: Contoh Jawapan Kajian Novel Pmr (Edisi Percuma)

CONTOH 10 Soalan:

Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin,

nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam novel ini. Berikan juga contoh

peristiwa yang sesuai bagi menggambarkan persoalan tersebut.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya

Zaihanim Zainal Abidin. Dalam novel ini terdapat beberapa persoalan.

Persoalan yang pertama ialah pengorbanan seorang ayah. Ayah Iman

dan ibu Adif Danial terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin

kerana anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut. Ayah Iman

akur dengan permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya

semula.

Persoalan yang kedua pula ialah ketabahan menghadapi dugaan dan

cabaran. Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya.

Setelah ditinggalkan oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand,

dia menyesuaikan dirinya tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung.

Segala masalah dihadapinya tanpa merungut malahan dia lebih berazam untuk

berjaya.

Seterusnya, persoalan yang ketiga ialah berkaitan dengan hubungan

persahabatan antara dua insan berlainan bangsa. Iman dan Pei Wen

bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta sama-sama menyelesaikan

masalah yang dihadapi oleh mereka.

CONTOH 11 Soalan

Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin,

nyatakan watak utama dalam novel ini. Nyatakan juga tiga perwatakannya

dan berikan contoh peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan setiap

perwatakan tersebut.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya

Zaihanim Zainal Abidin. Watak Utama dalam novel ini ialah Iman Zulaikha.

Perwatakan Iman ialah dia seorang yang penyayang. Iman amat

menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai.

Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula. Iman juga

sering menghubungi ibunya melalui e-mel

Selain itu, Iman juga seorang yang gigih. Iman gigih berlatih untuk

memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah.

Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan.

Di samping itu, perwatakan Iman yang seterusnya ialah dia seorang

yang pemaaf. Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya

sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum

pertandingan.

Page 9: Contoh Jawapan Kajian Novel Pmr (Edisi Percuma)

CONTOH 12 Soalan:

Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin,

nyatakan tiga latar tempat. Bagi setiap latar tempat tersebut, berikan contoh

peristiwa yang berlaku.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya

Zaihanim Zainal Abidin. Berdasarkan novel tersebut, terdapat beberapa latar

tempat.

Latar tempat pertama ialah di rumah nenek . Buktinya , Iman yang baru pulang dari sekolah , menceritakan hal Pei Wen iaitu kawan karibnya kepada nenek di rumah neneknya. Selain itu , latar tempat yang seterusnya ialah di tangga sekolah . Hal ini terbukti apabila Linda bertemu dengan Iman di tangga sekolah dan meminta Iman menarik diri daripada menyertai pertandingan pidato.

Akhir sekali, latar tempat yang lain ialah di dalam kelas Tingkatan Satu

Dinamik . Buktinya, Iman dimalukan oleh Linda dengan menyatakan bahawa

dia tidak mahu berada dalam satu kumpulan dengan Iman untuk Tugasan

Kerja Kursus Sejarah, peristiwa ini berlaku di dalam kelas Tingkatan Satu

Dinamik.

CONTOH 13 Soalan:

Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin,

nyatakan tiga latar masa. Bagi setiap latar masa tersebut, berikan contoh

peristiwa yang berlaku.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya

Zaihanim Zainal Abidin. Dalam novel ini terdapat beberapa latar masa.

Latar masa yang pertama adalah pada waktu pagi. Pada suatu pagi,

guru kelas Satu Dinamik , Cikgu Julia membawa dan memperkenalkan seorang

pelajar baru, iaitu Adif Danial yang baru berpindah dari Kuala Lumpur.

Di samping itu, latar masa yang seterusnya adalah pada waktu tengah

hari. Iman Zulaikha yang baru pulang dari sekolah pada suatu tengah hari telah

bercerita kepada neneknya bahawa dia bersimpati dengan Pei Wen yang

menghadapi masalah dengan ibu tirinya.

Selain itu, latar masa yang lain pula adalah pada waktu malam. Pada

suatu malam, Encik Yusri, iaitu ayah Iman Zulaikha telah membawanya makan

malam di sebuah restoran sebagai meraikan kemenangan anaknya dalam

pertandingan pidato.

Page 10: Contoh Jawapan Kajian Novel Pmr (Edisi Percuma)

CONTOH 14 Soalan:

Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin,

nyatakan tiga latar masyarakat. Bagi setiap latar masyarakat tersebut, berikan

contoh peristiwa yang berlaku.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya

Zaihanim Zainal Abidin. Terdapat beberapa latar masyarakat yang dapat dilihat

dalam novel ini.

Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang penyayang.

Iman Zulaikha amat menyayangi ibu dan bapanya. Dia cuba menyatukan

kembali mereka yang telah bercerai kerana dia amat sayang akan kedua-

duanya.

Selain itu, latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang

bersabar menerima dugaan. Iman Zulaika masih boleh bersabar walaupun

diari yang mengandungi teks pidato dan nota-nota kecilnya hilang. Dia tetap

meneruskan penyertaan dalam pertandingan pidato dan akhirnya berjaya

menjadi johan.

Di samping itu, latar masyarakat yang lain pula yang terdapat dalam

novel ini ialah masyarakat yang bertanggungjawab. Sebagai bukti, ibu Iman

merupakan seorang yang bertanggungjawab. Walaupun dia berada jauh

daripada Iman, dia amat mengambil berat akan Iman dengan selalu mengirim

e-mel kepada Iman memberikan nasihat dan perangsang,

CONTOH 15 Soalan:

Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin,

nyatakan tiga nilai. Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai

dengan setiap nilai tersebut.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya

Zaihanim Zainal Abidin. Dalam novel ini terdapat beberapa nilai.

Nilai pertama ialah hormat-menghormati. Iman amat menghormati ibu, bapa, datuk dan neneknya. Dia tidak pernah meninggikan suara terhadap mereka, malah berbicara dengan sopan dan tingkah lakunya juga menyenangkan. Begitulah juga sikap Iman terhadap rakan-rakan dan guru-gurunya. Nilai kedua ialah saling membantu. Adif Danial, Zulkarnain, dan Pei Wen sentiasa membantu Iman membuat rujukan mengenai tajuk pidato yang bakal dipertandingkan. Mereka juga sering menjadi pengkritik ketika Iman berlatih pidato demi mendapatkan hasil yang terbaik. Nilai terakhir ialah kasih sayang. Sungguhpun ibu dan bapa Iman telah berpisah, namun Iman tidak pernah disisihkan. Ibu bapa Iman amat menyayangi Iman dan mengambil berat akan keadaannya meskipun anak tunggal mereka itu tinggal berjauhan

Page 11: Contoh Jawapan Kajian Novel Pmr (Edisi Percuma)

CONTOH 16 Soalan:

Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin,

nyatakan tiga pengajaran. Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai

dengan setiap pengajaran tersebut.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya

Zaihanim Zainal Abidin. Dalam novel ini terdapat beberapa pengajaran yang

dapat dijadikan iktibar.

Pengajaran pertama ialah kita hendaklah bersemangat waja demi mencapai impian. Contohnya, Iman telah bulat hati untuk berjaya dalam bidang akademik mahupun kokurikulum, meskipun terlalu banyak perkara yang harus dikorbankan. Pengajaran kedua ialah kita hendaklah menyayangi kedua-dua orang tua. Contohnya, Iman sangat menyayangi kedua-dua orang tuanya meskipun mereka telah berpisah. Begitu juga dengan Yusri, bapa Iman. Yusri sering bertanya khabar dan mengunjungi mertuanya meskipun dia sudah bercerai dengan isterinya. Pengajaran terakhir ialah kita janganlah menyimpan perasaan dendam terhadap orang lain. Contohnya, Iman tidak berdendam terhadap Linda meskipun Linda banyak melukakan hatinya selama ini. Malah, Iman bersedia memaafkan Linda asalkan Linda bersedia mengubah sikapnya

Page 12: Contoh Jawapan Kajian Novel Pmr (Edisi Percuma)

CONTOH 17 Soalan:

Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tema bagi

novel ini. Berikan tiga contoh peristiwa yang sesuai yang dapat

menggambarkan tema tersebut.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Novel

ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-

anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka.

Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih

untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan

universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang

menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’

yang telah dilakukan oleh Jerry.

Selain itu, Sukma dan rakan-rakannya berusaha untuk menyiasat

aktiviti yang dilakukan di Kelab WX2 itu, walaupun mungkin ada bahaya yang

menanti.

Seterusnya, kegigihan Sukma dan rakan-rakannya itu berhasil apabila

usaha mereka itu berjaya dengan kerjasama anggota keselamatan.

CONTOH 18 Soalan:

Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga persoalan

yang terdapat dalam novel ini. Berikan juga contoh peristiwa yang sesuai bagi

menggambarkan persoalan tersebut.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim.

Terdapat beberapa persoalan yang menunjangi novel ini.

Satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah kasih

sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya. Ibu Sukma berasa sangat bimbang

apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan

rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa

bahaya kepada dirinya.

Selain itu, persoalan yang lain ialah konflik dalam keluarga.

Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara Puan Delia

dengan anaknya Sukma. Puan Delia beranggapan Sukma mengalami tekanan

perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan

masalahnya.

Di samping itu, tanggungjawab seorang sahabat juga merupakan

satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel 6:20 ini. Sebagai contoh,

Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab

WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya akan terancam.

Page 13: Contoh Jawapan Kajian Novel Pmr (Edisi Percuma)

CONTOH 19 Soalan

Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan watak utama

dalam novel ini. Nyatakan juga tiga perwatakannya dan berikan contoh

peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan setiap perwatakan

tersebut.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim.

Watak Utama dalam novel ini ialah Nur Sukma binti Haji Shakir.

Perwatakan Sukma ialah dia seorang yang taat kepada ibunya. Sebagai

contoh, Sukma akur dengan arahan ibunya yang melarangnya berjumpa

dengan tetamu misteri yang hadir di hadapan rumah pada setiap jam 6:20

pagi.

Selain itu, Sukma juga seorang yang berani. Hal ini terbukti ketika

Sukma secara berseorangan pergi ke Kelab WX2 semata-mata hendak

menyiasat aktiviti yang dilakukan di kelab tersebut.

Di samping itu, Sukma juga seorang yang bijak. Hal ini jelas dilihat

apabila Sukma sering dipuji oleh pensyarahnya, Profesor Darul atas

kebijaksanaannya mengemukakan pendapat dalam dewan kuliah.

CONTOH 20 Soalan:

Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga latar

tempat. Bagi setiap latar tempat tersebut, berikan contoh peristiwa yang

berlaku.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Dalam

novel ini terdapat beberapa latar tempat.

Latar tempat yang pertama ialah di hadapan pagar rumah Sukma.

Sukma berasa pelik apabila menerima tetamu yang tidak dikenali di hadapan

rumahnya pada jam 6:20 pagi.

Seterusnya, latar tempat yang kedua ialah di dalam bilik Sukma.

Sukma membawa Aim balik ke rumahnya lalu menyembunyikan Aim di dalam

biliknya kerana bimbang dimarahi oleh ibunya.

Di samping itu, latar yang lain ialah di dalam dewan kuliah di universiti

tempat Sukma belajar. Sukma sering mendapat pujian daripada Profesor Darul

yang kagum dengan kebijaksanaannya memberikan pendapat dan menjawab

soalan yang dikemukakan dalam kuliah.

Page 14: Contoh Jawapan Kajian Novel Pmr (Edisi Percuma)

CONTOH 21 Soalan:

Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga latar

masa. Bagi setiap latar masa tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim.

Terdapat beberapa latar masa yang dipaparkan dalam novel ini.

Satu daripadanya ialah pada jam 6:20 setiap pagi. Sukma berasa pelik

apabila menerima tetamu yang tidak dikenali di hadapan rumahnya pada jam

6:20 pagi.

Selain itu, latar masa yang lain ialah pada waktu pagi. Sukma biasanya

akan menghadiri kuliah di universiti pada waktu pagi.

Seterusnya, latar masa yang juga terdapat dalam novel ini ialah pada

waktu petang. Pada suatu petang, Aim telah mengejutkan Sukma daripada

tertidur. Sukma tertidur dalam biliknya kerana keletihan dan kesedihan

mengenangkan keadaan dirinya sekarang berbanding ketika dia masih kecil.

CONTOH 22 Soalan:

Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga latar

masyarakat. Bagi setiap latar masyarakat tersebut, berikan contoh peristiwa

yang berlaku.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Dalam

novel ini terdapat beberapa latar masyarakat yang dipaparkan.

Pertama, latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah

masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda. Peristiwa yang

berkaitan latar masyarakat ini ialah Puan Delia iaitu ibu kepada Sukma

menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi

pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan

kumpulan tersebut.

Selain itu, latar masyarakat yang lain pula ialah masyarakat yang

tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Sebagai contoh, Nenek dan Aim

tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara

kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia,

ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.

Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang mudah

terpengaruh oleh golongan pemikiran Barat. Hal ini dapat dilihat apabila

Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang

memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran Barat.

Page 15: Contoh Jawapan Kajian Novel Pmr (Edisi Percuma)

CONTOH 23 Soalan:

Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga nilai.

Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai dengan setiap nilai

tersebut.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim.

Terdapat beberapa nilai dalam novel ini.

Nilai yang pertama ialah kasih sayang. Ibu Sukma menghadiahkan

Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan

mengalami tekanan perasaan. Hal ini menunjukkan kasih sayang seorang ibu

terhadap anaknya.

Selain itu, nilai yang lain ialah bantu-membantu. Tuan Haji Syaqir berjaya membantu Ehsan dengan mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.

Di samping itu, nilai seterusnya ialah setia kawan. Sukma dan Rafiq sanggup menasihati dan menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi pemikiran barat melalui penglibatan mereka dalam “ruang sepi” di Kelab WX2.

CONTOH 24 Soalan:

Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga

pengajaran. Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai dengan

setiap pengajaran tersebut.

Jawapan:

Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Dalam

novel ini terdapat beberapa pengajaran yang dapat diambil iktibar.

Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah menghormati golongan

yang lebih tua daripada kita. Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi

menemui tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia

ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.

Kedua, seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setia kawan. Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat. Ketiga, kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.