kajian novel naratif ogonshoto

54
BAB PROLOG KAWAI MARU Kawai Maru sebuah kapal nelayan besar dimiliki oleh Tuan Kawai. Tuan Kawai seorang yang kaya raya sejak berumur awal tiga puluhan. Beliau cinta akan laut lebih daripada daratan. Nama kapal Kawai Maru mengambil sempena namanya. Seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang perikanan. Kawai Maru menempatkan dua ratus pekerja. Dua tingkat Kawai Maru dijadikan tempat tidur. Satu tingkat ruang dapur dan dewan makan . Dua tingkat tempat menyimpan ikan lengkap dengan bilik sejuk beku. Teknologi moden digunakan seperti komputer dan satelit dalam kapal Kawai Maru. Di Lautan Pasifik, Kawai Maru tiada saingannya. Perairan Ogonshoto merupakan tempat tangkapan ikan merah dan tuna yang berdaging enak, iaitu lubuk ikan luar biasa. Ogonshoto merupakan republik yang terdiri daripada enam buah pulau, lebih kurang 1500 batu di barat laut Pulau Easter milik Chile. Tatamanu merupakan ibu negara dan pelabuhan utamanya. Menurut Tuan Kawai, kepulauan ini telah dijumpai oleh pelayar-pelayar Jepun pada permulaan zaman Edo dan merekalah yang menamakannya Ogonshoto. Ogonshoto mempunyai hubungan dengan Jepun. Pengaruh Jepun terdapat di Ogonshoto, misalnya terdapat generasi kacukan Jepun di Futu-Ata. Pulau-pulau Ogonshoto menawarkan pemandangan yang menakjubkan. Di kepulauan ini, terdapat gunung-gunung berapi, seperti gunung berapi Gora-Gora, Rai-Rapa dan Futu-Ata. Terdapat pusat-pusat hiburan di sini, seperti di Malagana. Rakyat Ogonshoto ramah dan kaya dengan cerita. Kisah-kisah di Ogonshoto menjadi kutipan anak-anak kapal Kawai Maru dan menjadi lebih jelas dan lengkap selepas peristiwa pertemuan dengan nakhoda dan pengikut- pengikutnya di sebuah pulau asing selepas berlakunya Tsunami. PERSOALAN 1. Tentang penggunaan teknologi moden dalam perikanan. Contoh; Kawai Maru menggunakan teknologi satelit dalam kegiatan perikanannya. 2. Tentang keadaan geografi kepulauan Ogonshoto. Contoh; terdiri daripada pulau-pulau dan ibu negaranya ialah Tatamanu. PERWATAKAN TUAN KAWAI 1. Seorang yang memilki kapal Kawai Maru. 2. Seorang yang arif tentang perikanan. Contoh; tidak seorang pun daripada anak-anak kapal boleh mengatasinya tentang dunia laut dan isinya. 3. Seorang nelayan yang menggunakan teknologi moden. Contoh; dia menggunakan komputer dan satelit dalam kegiatan perikanannya.

Upload: zulinluv

Post on 15-Jul-2016

1.744 views

Category:

Documents


106 download

DESCRIPTION

NARATIF OGONSHOTO

TRANSCRIPT

BAB PROLOG

KAWAI MARU

Kawai Maru sebuah kapal nelayan besar dimiliki oleh Tuan Kawai. Tuan Kawai seorang yang kaya raya sejak berumur awal tiga puluhan. Beliau cinta akan laut lebih daripada daratan. Nama kapal Kawai Maru mengambil sempena namanya. Seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang perikanan. Kawai Maru menempatkan dua ratus pekerja. Dua tingkat Kawai Maru dijadikan tempat tidur. Satu tingkat ruang dapur dan dewan makan . Dua tingkat tempat menyimpan ikan lengkap dengan bilik sejuk beku. Teknologi moden digunakan seperti komputer dan satelit dalam kapal Kawai Maru. Di Lautan Pasifik, Kawai Maru tiada saingannya. Perairan Ogonshoto merupakan tempat tangkapan ikan merah dan tuna yang berdaging enak, iaitu lubuk ikan luar biasa.

Ogonshoto merupakan republik yang terdiri daripada enam buah pulau, lebih kurang 1500 batu di barat laut Pulau Easter milik Chile. Tatamanu merupakan ibu negara dan pelabuhan utamanya. Menurut Tuan Kawai, kepulauan ini telah dijumpai oleh pelayar-pelayar Jepun pada permulaan zaman Edo dan merekalah yang menamakannya Ogonshoto. Ogonshoto mempunyai hubungan dengan Jepun. Pengaruh Jepun terdapat di Ogonshoto, misalnya terdapat generasi kacukan Jepun di Futu-Ata. Pulau-pulau Ogonshoto menawarkan pemandangan yang menakjubkan. Di kepulauan ini, terdapat gunung-gunung berapi, seperti gunung berapi Gora-Gora, Rai-Rapa dan Futu-Ata. Terdapat pusat-pusat hiburan di sini, seperti di Malagana. Rakyat Ogonshoto ramah dan kaya dengan cerita. Kisah-kisah di Ogonshoto menjadi kutipan anak-anak kapal Kawai Maru dan menjadi lebih jelas dan lengkap selepas peristiwa pertemuan dengan nakhoda dan pengikut-pengikutnya di sebuah pulau asing selepas berlakunya Tsunami.

PERSOALAN

1. Tentang penggunaan teknologi moden dalam perikanan. Contoh; Kawai Maru menggunakan teknologi satelit dalam kegiatan perikanannya.

2. Tentang keadaan geografi kepulauan Ogonshoto. Contoh; terdiri daripada pulau-pulau dan ibu negaranya ialah Tatamanu.

PERWATAKAN

TUAN KAWAI

1. Seorang yang memilki kapal Kawai Maru.

2. Seorang yang arif tentang perikanan. Contoh; tidak seorang pun daripada anak-anak kapal boleh mengatasinya tentang dunia laut dan isinya.

3. Seorang nelayan yang menggunakan teknologi moden. Contoh; dia menggunakan komputer dan satelit dalam kegiatan perikanannya.

4. Seorang yang tidak pernah serik dalam melakukan sesuatu. Contoh; dia tetap ke perairan Ogonshoto walaupun terdapat gelombang-gelombang besar.

GAMBARAN MASYARAKAT

1. Masyarakat yang bekerja sebagai nelayan. Contoh ; Tuan Kawai dan anak-anak kapal Kawai Maru merupakan nelayan.

2. Masyarakat yang peramah. Contoh; rakyat Ogonshoto ramah-tamah dan kaya raya dengan cerita.

REPUBLIK OGONSHOTO

1. Sebuah republik terdiri daripada enam buah pulau lebih kurang 1500 batu di barat laut Pulau Easter milik Chile.

2. Kepulauan ini ditemui oleh pelayar-pelayar Jepun pada permulaan zaman Edo.

3. Terdapat pengaruh Jepun. Contoh; terdapat generasi kacukan Jepun di Ogonshoto.

4. Terdapat gunung-gunung berapi. Contoh; Gunung berapi Gora-Gora.

5. Mempunyai pemandangan yang menakjubkan. Contoh; puncak gunung berapi di Gora-Gora berwarna keemasan pada waktu pagi.

6. Ibu negaranya ialah Tatamanu, iaitu sebuah pelabuhan utama Ogonshoto.

7. Terletak di Teluk Pinavana yang sangat dalam.

8. Rakyatnya peramah dan kaya-raya dengan cerita. Contoh; mendengar cerita-cerita penduduk-penduduk Ogonshoto kami akan lupa segala perbualan yang menjadi kebiasaan kami.

BAB 1: KOLONIAL

Presiden seorang yang disanjungi dengan gelaran-gelaran yang baik seperti dewa-dewa bagi yang menyukainya. Namun bagi mereka yang tidak menyukainya memberikan gelaran-gelaran yang tidak baik, yang hodoh-hodoh dan busuk-busuk seperti ‘Belut Selat Morauka’ dan ‘Dewa Badak’. Dia di beri gelaran ‘kolonial’ atau ‘peribumi sebagai kolonial baharu’. Media masa di Ogonshoto adalah milik presiden. Riwayat Presiden dari kecil hingga sekarang tiada cacat-celanya, seperti kain putih yang dikeluarkan dari gedungnya kerana biografinya ditulis oleh pengarang yang mendapat imbuhan sangat lumayan daripada Presiden.

Riwayat sebenarnya ialah dia merupakan anak luar nikah Malagana. Pada usia tujuh tahun semasa merayap-merayap di pantai Tanjung Takatea dia berenang ke sebuah kapal besar menyeludup masuk ke sebuah kapal Eropah. Dia bersembunyi antara peti-peti kayu. Dia tidak mempedulikan perasaan ibu dan kawan-kawannya akan kehilangannya. Dia menjadi pencuri makanan yang licik, menyorok tanpa jejak dan tidur tanpa dengkur untuk mengelakkan dirinya dikesan. Namun akhirnya dia ditangkap. Apabila tiba di Eropah, dia dibawa ke rumah seorang kelasi tua. Dia dipaksa bersekolah. Dia tidak pernah mencapai kedudukan di atas nombor dua puluh di dalam kelasnya. Semasa di kolej, dia membuat kajian untuk semester pengajiannya tentang kumpulan haram di China dan Jepun. Kajiannya hilang dari bilik pensyarahnya setelah disemak dan diberi markah. Semasa di universiti pula, dia membuat tesis tentang kediktatoran. Seperti dahulu tesisnya hilang dari simpanan perpustakaan jabatan dan profesornya.

Namun mengikut catatan biografinya, seorang nakhoda Eropah sudah lama memerhatikan kepintarannya lalu memohon kebenaran ibunya membawanya ke Eropah. Nakhoda telah membawanya secara sembunyi kerana ibunya menghalang. Mengikut catatan, dia seorang yang pintar semasa kecilnya di seluruh kepulauan Pasifik. Sebaik tiba di Eropah, dia diambil sebagai anak angkat, dijaga dengan baik dan dikagumi nakhoda dengan mengatakan kekagumannya dengan seorang anak kecil dari Pasifik yang cepat belajar menyesuikan diri, pintar dan dihormati rakan-rakan sebayanya di sekolah. Di peringkat kolej, dia mendapat markah tertinggi atas kajiannya “Peranan Pihak Berkuasa Menghapuskan Pengaruh Kumpulan Haram di China dan Jepun”. Tesisnya di universiti, menurut biografinya adalah tentang kemunculan dan perkembangan fahaman demokrasi di Asia Pasifik.

Dia mendapat tawaran bekerja di sebuah firma Eropah namun dia ingin menghabiskan masa di laut selama dua minggu bersama-sama dengan tiga orang rakannya dengan menyewa sebuah kapal. Baru tiga hari belayar, kapalnya dilanda taufan. Di tengah ribut taufan, dia merasakan seperti menerima hukuman kerana kenakalannya pada masa lampau, iaitu mencuri makanan dan mencuri tesisnya. Setelah berminggu-minggu atau mungkin berbulan-bulan dia terdampar di pantai negaranya, Ogonshoto. Dia diselamatkan oleh penduduk Ogonshoto. Dia memeluk lutut ibunya di pantai untuk menunjukkan rasa hormat seorang anak yang tahu asal usulnya dan turut menghebohkan kepulangannya.

Dia mengambil keputusan tidak mahu pulang ke Eropah dan menyertai parti politik popular di Ogonshoto yang didukung pihak polis, tentera dan karyawan umum. Bintangnya naik cepat, iaitu selepas tiga tahun dia dilantik sebagai Timbalan Presiden dan seterusnya enam bulan kemudian menjadi Presiden baharu setelah kematian presiden sewaktu tidur.

Dia memilih corak pemerintahan demokrasi kapitalisme. Dalam ucapan utamanya dia berkata merekalah penentu masa depan Ogonshoto. Setiap penentangan dianggap kuman yang mesti dihapuskan. Dia mengatakan kapitalisme telah dipilih namun rakyat tidak mampu mencapai matlamat keuntungan dan tidak tahu erti pertandingan bebas, persaingan adil atau pemerintahan yang lebih baik. Baginya rakyat Ogonshoto lebih suka hidup dalam kesederhanaan. Konsep asrama universiti tempat mahasiswa berkumpul dan boleh membuat gerakan kolektif dihapuskan. Sebarang bentuk bantahan tidak dilayan malah akan dihukum. Penekanan baru bahawa tugas mahasiswa ialah berkuliah. Menurutnya lagi, terdapat gangguan di Ogonshoto kerana rakyatnya turun-temurun menganggap kemajuan membawa implikasi negatif terhadap nilai kekeluargaan, nilai moral dan alam sekitar, oleh itu tiada guna mereka memilih demokrasi dan kapitalisme.

Pembangunan telah merebak masuk ke kawasan-kawasan petani dan nelayan dengan bantuan Kapitalis seperti Jepun. Gaya hidup anggota dewan presiden telah berubah kepada menggunakan kedudukan dan peluang untuk berlumba-lumba mencari kekayaan. Isterinya sendiri di gelar 'Ju' kerana mesti menerima sepuluh peratus komisen kekayaan dalam setiap urus niaga pemerintah.

Kunjungan presiden sebuah republik Afrika untuk menjalinkan kerjasama pendidikan dan ekonomi. Presiden memberitahu kemewahan bukan matlamat rakyatnya oleh itu kemewahan diagihkan kepada orang-orangnya. Dia juga memberitahu presiden negara Afrika bahawa rakyatnya tidak menghormatinya tetapi takut akannya.

Kedudukan presiden di istana kukuh ibarat ada tujuh tembok ajaib mengelilinginya, iaitu setiap penentangnya seperti mahasiswa, nelayan, petani, wartawan radikal dan seniman telah dibelenggu oleh pemerintah dan ada antaranya menjadi mangsa penyeksaan dan pembunuhan misteri.

BAB 1: KOLONIAL

PERSOALAN1. Tentang pemerintahan diktator. Contoh; Semua media dimiliki kerajaan.2. Tentang pembohongan pemimpin negara. Contoh; dalam biografi presiden dia tidak

menyatakan fakta sebenar tentang sejarah kehidupannya .3. Tentang sistem pemerintahan kapitalis. Contoh; orang-orang presiden menggunakan kedudukan dan peluang untuk mengumpul kekayaan.4. Tentang pembangunan negara. Contoh; beberapa bulan kemudian pandang darat Ogonshoto telah berubah. Tapak-tapak pembangunan melangkah dan menginjak kawasan petani dan nelayan.5. Tentang sikap kolonialisme Eropah yang mengaut hasil negara yang dijajah. Contoh; Mereka

mencantas penentangan dan dalam masa yang sama memunggah hasil Ogonshoto untuk mereka.

PERWATAKANPRESIDEN1. Seorang yang diberikan gelaran yang baik-baik. Contoh; gelaran dewa-dewa.

2. Seorang yang diberikan gelaran buruk oleh yang tidak menyukainya. Contoh; terdapat empat lima gelaran seperti ‘Belut Selat Morauka’ , ‘Dewa Badak’ dan ‘kolonial’ atau ‘peribumi sebagai kolonial baharu’.

3. Seorang anak luar nikah Malagana. Contoh; Malagana dikenali sebagai pusat hiburan yang menyebabkan banyak anak luar nikah lahir.

4. Seorang yang tidak jujur. Contoh; pemergiannya ke Eropah dengan mencuri masuk ke dalam kapal tidak tercatat dalam buku biografinya tetapi perkara yang tercatat ialah dia dibawa ke

Eropah oleh nakhoda kapal Eropah kerana kepintarannya dan dijadikan anak angkat nakhoda.

5. Seorang anak angkat kelasi tua yang telah bersara. Contoh; Sesampainya ke Eropah, dia dibawa ke rumah seorang kelasi tua yang tidak mahu belayar lagi.

6. Seorang yang suka meninggi diri. Contoh; dalam buku biografinya tercatat dalam ucapan nakhoda kononnya nakhoda kagum dengannya yang cepat belajar menyesuaikan diri, pintar

dan dihormati rakan-rakan sebayanya di sekolah.

7. Seorang yang kurang pintar. Contoh; Tidak pernah mencapai kedudukan di atas nombor dua puluh di dalam kelasnya.

8. Seorang yang berjiwa diktator. Contoh; Sebenarnya tesis yang ditulisnya ialah tentang kediktatoran.

9. Seorang yang nakal semasa zaman remajanya. Contoh; mencuri makanan dan tesis.10. Seorang yang menghormati orang tuanya. Contoh; memeluk lutut ibunya di pantai setelah 20 tahun meninggalkan negaranya.

11. Seorang yang menyertai parti politik paling popular di Ogonshoto. Contoh; dia menyertai parti politik paling popular di Ogonshoto yang didukung pihak polis, tentera dan karyawan umum.

13. Seorang yang ditabalkan sebagai presiden setelah kematian presiden. Contoh; Setelah tiga tahun dalam kancah politik, dia dilantik sebagai Timbalan Presiden dan enam bulan kemudian dilantik sebagai presiden setelah presiden mati.

14. Seorang presiden yang mengamalkan fahaman kapitalisme dalam pemerintahannya. Contoh; Presiden menyatakan Ogonshoto telah memilih kapitalisme lalu membenarkan ajaran kapitalisme, iaitu setiap individu berlumba-lumba mengumpul kekayaan.

15. Seorang yang sukakan publisiti. Contoh; Sedozen wartawan dan ribuan penduduk membanjiri pantai menunggu saat dia memeluk lutut ibunya.

16. Seorang yang telah beristeri. Contoh; isterinya bergelar 'Ju' dalam bahasa Jepun bererti sepuluh, iaitu mesti menerima sepuluh peratus komisen dalam setiap urus niaga pemerintah.

GAMBARAN MASYARAKAT

1. Masyarakat yang tidak bebas bersuara. Contoh; Semua media massa dimiliki kerajaan.

2. Masyarakat yang mengalami gejala sosial. Contoh; Malagana dikenali sebagai pusat hiburan, iaitu punca lambakan anak luar nikah.

3. Masyarakat orang asing dari Eropah. Contoh; ramai orang-orang asing bekerja di pejabat-pejabat, menjadi polis dan tentera.

4 Masyarakat golongan mahasiswa, iaitu golongan penentang yang dianggap seperti kuman. Contoh; golongan pertama yang memberikan reaksi kritis terhadap ucapan presiden ialah mahasiswa.

5. Masyarakat yang mempunyai pemikiran bahawa masyarakat harus kaya, bukan individu. Contoh; mereka mahu membina masyarakat kaya melalui budaya dan gerak komunal. (pemilikan secara bersama)

6. Masyarakat yang tidak mementingkan kekayaan kerana kekayaan bukan matlamat akhir mereka. Contoh; mereka hidup secara sederhana sahaja kerana kekayaan tidak akan dibawa ke dunia selepas mati.

7. Masyarakat yang tidak mementingkan pembangunan. Contoh; Pemikiran rakyat Ogonshoto turun-temurun ialah kemajuan akan membawa implikasi negatif terhadap nilai kekeluargaan, nilai moral dan alam sekitar.

8. Masyarakat golongan pemerintah yang menyalahgunakan kedudukan dan peluang mengumpul kekayaan. Contoh; orang-orang presiden menggunakan kedudukan dan peluang digembleng untuk mengumpul kekayaan.

9. Masyarakat golongan rakyat biasa yang tidak mempunyai ilmu yang tinggi. Contoh; tidak boleh berfikiran objektif untuk meleraikan permasalahan demokrasi dan kapitalisme dan hanya mengikut gerak hati.

10. Masyarakat yang takut kepada ketua. Contoh; Presiden mengatakan kepada presiden dari Afrika bahawa rakyatnya tidak menghormatinya tetapi takut kepadanya.

11. Masyarakat yang suka akan pujian. Contoh; Presiden berkata rakyatnya tidak suka kritikan oleh itu dia selalu memuji mereka, hampir tanpa memberi apa-apa.

NILAI1. Keberanian. Contoh; Sewaktu berumur tujuh tahun, Presiden berani menaiki sebuah kapal ke Eropah.

2. Ketabahan. Contoh; Sewaktu kecil semasa di Eropah, Presiden tabah menjalani Kehidupannya walaupun menjadi bahan jenaka dan usikan.

3. Tolong-menolong. Contoh; Presiden dan tiga rakannya ditolong oleh penduduk Ogonshoto semasa perahu mereka dilanda ribut taufan.

4. Kasih sayang. Contoh; Presiden sayang akan ibunya, misalnya dia memeluk lutut ibunya.

5. Kesederhanaan. Contoh; Rakyat Ogonshoto lebih suka hidup dengan pelajaran sederhana, ada rumah kecil, cukup pakaian, cukup makanan.

MESEJ

1. Kita hendaklah menjadi pemimpin yang jujur. Contoh; Presiden tidak jujur dalam menulis biografinya.

2. Kita hendaklah menghindari gejala sosial. Contoh; Malagana dikenali sebagai pusat hiburan, iaitu akibatnya banyaklah anak luar nikah.

3. Kita janganlah terlalu mementingkan kekayaan. Contoh; Pemikiran rakyat Ogonshoto hidup secara sederhana sahaja kerana kekayaan tidak akan dibawa ke dunia selepas mati.

4. Kita hendaklah memberi kebebasan kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat. Contoh; rakyat Ogonshoto tiada kebebasan bersuara kerana semua media massa dimiliki kerajaan.

5. Kita janganlah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan sendiri. Contoh; orang-orang presiden menggunakan kedudukan dan peluang digembleng untuk mengumpul kekayaan begitu juga isteri presiden yang menerima sepuluh peratus daripada urus niaga pemerintah.

6. Kita hendaklah tolong-menolong. Contoh; Penduduk Ogonshoto menolong menyelamatkan presiden dan rakannya yang hanyut dilanda ribut.

7. Kita hendaklah menyayangi ibu bapa. Contoh; Presiden memeluk lutut ibunya di pantai walaupun ibunya sudah tua dan agak berkerepot.

8. Kita janganlah lupa asal usul kita.Contoh; Presiden Presiden memeluk lutut ibunya di pantai walaupun ibunya sudah tua dan agak berkerepot demi rasa hormat seorang anak yang tahu

asal usulnya.

9. Kita hendaklah menjaga alam sekitar daripada pencemaran. Contoh; Pemikiran rakyat Ogonshoto turun-temurun pembangunan akan membawa implikasi negatif terhadap alam sekitar.

10. Kita hendaklah mencintai negara sendiri. Contoh; Semasa pemerintahan kolonial peribumi Ogonshoto berjuang menghalau penjajah.

BAB 2: JENERAL

Seorang Jeneral bersara telah memilih untuk tinggal di Ture walaupun memiliki rumah besar di Tatamanu. Terdapat golongan tua yang mengatakan bahawa dia lahir di Pukana bukan di Ture. Jeneral telah menakluki hati penduduk Ture, iaitu setiap kali selepas sarapan, dia dan isteri akan ke kampung-kampung bertanya khabar dan menghulurkan bantuan kepada kenalan baru di kampungnya. Perpindahannya ke Ture bertepatan seminggu selepas beberapa ekor paus biru dilihat buat pertama kalinya berenang di mulut Selat Gareva yang tidak muncul selama empat tahun. Dia menganggap ini merupakan petanda baik baginya menetap di Ture.

Perpindahannya ke Ture merupakan petanda buruk bagi seorang Pegawai Kanan yang telah bertahun-tahun membina pengaruh di Ture. Pengikut-pengikut kanannya bergabung menentang Jeneral dengan menabur fitnah tentang kelahiran Jeneral dan menghina ibunya. Namun mereka kecewa kerana tidak dapat membuktikan kelahiran Jeneral. Jeneral telah melalui penghapusan identiti semasa misinya di Kiribati. Sebulan sebelum bersara, dia telah memilih Ture sebagai tempat kelahirannya semasa proses mengganti kartu tentera.

Jeneral bertindak balas dengan menyebarkan risalah tentang kelahiran Pegawai Kanan. Pegawai kanan dikatakan anak laut kerana dia lahir di atas kapal yang berada di antara Gora-Gora, Rai-Rapa dan Futu-Ata di Selat Morauka. Jeneral memilih Ture kerana peribadi dan pimpinan politik di Ture mulai lemah. Wakil Dewan Presiden di Ture sekarang sudah tua bangka, mula sakit-sakit dan tiada sebarang pembangunan yang dilakukannya. Dia telah membayangkan hasratnya untuk mengundur diri pada pemilihan akan datang. Bagi jeneral, musuh politiknya hanyalah Pegawai Kanan.

Jeneral menganggotai parti politik pemerintah. Matlamat jangka pendeknya ialah menggantikan wakil dalam pemilihan umum dan matlamat jangka panjangnya ialah mendapat penghormatan sebagai Jeneral dan imbuhan kewangan. Dia memilih parti politik kerajaan kerana dapat menyediakan kedudukan dan kemewahan. Jeneral dan Pegawai Kanan dipelawa ke restoran makanan laut di Ture. Wakil menyatakan hasratnya untuk bersara kerana sudah tua dan nyanyuk. Jeneral memberitahu dia belum bersedia bertanding dan mencadangkan Pegawai Kanan . Pegawai Kanan gembira kerana Tuan Wakil akan bersara dan Jeneral pula nampaknya belum bersedia menceburi bidang politik. Namun, bagi Jeneral, hati Pegawai Kanan telah berjaya digembirakan kerana dalam taktik ketenteraan, lebih baik menyerang ketika musuh leka. Pegawai Kanan meletak jawatan sebagai penjawat awam untuk membolehkannya mewakili parti pemerintah dalam pemilihan umum akan datang.

Dalam pada itu, orang-orang Jeneral terus berkempen, iaitu fokus utama ialah anggota-anggota komiti parti serta ahli keluarganya. Jeneral menjanjikan pembangunan dan pelancongan di Ture. Keuntungannya nanti akan dibahagi sama rata kepada anggota komiti dalam bentuk bot-bot mewah, kereta buatan Jerman dan sejumlah wang. Pegawai Kanan terkejut kerana mendapat tahu sokongan memihak kepada Jeneral. Orang kuatnya mencadangkan sogokan wang kepada anggota komiti supaya berpaling tadah kepadanya. Presiden ingin membuat penyelesaian antara mereka berdua. Mereka diberitahu Presiden ingin berjumpa tepat jam sembilan malam di dalam bot di hujung pangkalan Ture. Pegawai Kanan bertekad akan menyatakan taat setianya kepada Presiden, menganggap Tuan Wakil sekarang sebagai bapa penasihatnya dan menghormati Jeneral sebagai tokoh perang yang handal. Namun, sebaliknya berlaku di pangkalan tersebut semasa menunggu ketibaan Presiden, Pegawai Kanan telah dibunuh oleh Jeneral yang pada mulanya gagal menembak Jeneral kerana pistol tidak berpeluru. Mayatnya ditolak ke dalam laut dan Presiden tidak kunjung tiba.

Pada hari mesyuarat komiti, secara rasmi Jeneral menawarkan dirinya. Jeneral menganggap hari itu hari kemenangannya kerana sepuluh daripada tiga belas anggota komuniti memihak kepadanya. Namun, sebaliknya berlaku apabila dia ditangkap polis kerana membunuh Pegawai Kanan. Gambar-gambar bukti pembunuhan ditunjukkan kepadanya. Tuan Wakil diberi mandat untuk mengekalkan kerusinya dalam pemilihan umum akan datang kerana Presiden hanya mahu melihat hasil pemilihan umum.

PERSOALAN

1. Tentang perebutan mencari pengaruh dalam masyarakat. Contoh; Jeneral dan Pegawai Kanan masing-masing mencari pengaruh di Ture.

2. Tentang fitnah-memfitnah dalam menjatuhkan lawan. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan membuat fitnah terhadap Jeneral kononnya dia dilahirkan di Pukana. Jeneral pulameyebarkan cerita tentang Pegawai Kanan sebenarnya dilahirkan di atas kapal dalam pelayaran dari Tubua ke Ture.

3. Tentang mencari kemewahan dan kedudukan melalui politik. Contoh; Jeneral dan Pegawai Kanan berebut untuk mendapatkan pengaruh dan kedudukan dalam politik kerana parti

politik pemerintah menyediakan kedudukan dan kemewahan.

4. Tentang pembangunan kawasan. Contoh; Dalam kempen Jeneral, dia lebih fokus kepada pembangunan Ture seperti pembinaan pangkalan dan pelabuhan, pembinaan sekolah menengah, menaikkan taraf jalan Ture-Runakita dan membina kawasan pelancongan.

5. Tentang amalan rasuah dalam politik. Contoh; Dua orang kuat Pegawai Kanan mencadangkan hanya merasuah anggota komiti dapat membolehkan anggota komiti berpaling tadah memilihnya.

PERWATAKAN

JENERAL

1. Seorang pesara angkatan tentera. Contoh; Dia baru bersara dari angkatan tentera.

2. Seorang yang berasal dari Ture. Contoh; katanya dia dilahirkan di Ture, walaupun beberapa orang tua Futu-Ata mengatakan dia lahir di Pukana.

3. Seorang yang peramah. Contoh; Jeneral menjemput beberapa kacukan Jepun Futu-Ata, wartawan dan penduduk Ture yang dipilih semasa upacara memuja 'semangat rumah' dan bertanya khabar penduduk kampung selepas sarapan.

4. Seorang pemurah. Contoh; Jeneral dan isterinya ke kampung-kampung nelayan atau ke bandar Ture untuk bertanya khabar atau menghulurkan bantuan kepada teman-teman sekampung halaman yang baru dikenali.

5. Seorang yang bertubuh besar dan tinggi. Contoh; Tubuh besar tingginya mulai menjadi umang- umang yang mengenakan pakaian nelayan atau baju kebanyakan di Ture.

6. Seorang yang telah menjalani penghapusan identiti. Contoh; Empat bulan sebelum menjalankan misi di Kiribati, namanya ditukar dan tempat lahirnya juga dihapuskan dari rekod pendaftaran.

7. Seorang yang bijaksana mengatur strategi politik. Contoh; Dia memilih Ture kerana politiknya yang lemah, iaitu Wakil Dewan Presiden yang uzur dan tiada pembangunan. Dia juga menggembirakan hati Pegawai Kanan dengan mengatakan dirinya tidak bertanding sebaliknya itu semua hanya taktik ketenteraan kerana kegembiraan boleh melalaikan.

8. Seorang yang menganggotai parti politik pemerintah. Contoh; Sebaik sahaja bersara dan mendapat kad pengenalan awam, dia menganggotai parti politik pemerintah kerana parti politik pemerintah menyediakan kedudukan dan kemewahan.

9. Seorang yang berwawasan. Contoh; Mempunyai matlamat jangka pendek dan jangka panjang dalam karier politiknya.

10. Seorang yang menepati masa. Contoh; Jeneral telah dilatih menepati masa, iaitu dia tiba di restoran itu tiga puluh minit selepas matahari terbenam.

11. Seorang yang pandai berpura-pura. Contoh; Dia menggembirakan hati Pegawai Kanan dengan mengatakan dirinya tidak bertanding, sebaliknya itu semua hanya taktik ketenteraan kerana kegembiraan boleh melalaikan, iaitu lebih baik menyerang ketika musuh lalai. Sebaliknya, dia dan orang-orangnya terus berkempen memfokuskan kepada anggota komiti provinsi.

12. Seorang yang mementingkan pembangunan. Contoh; Dalam kempennya, dia lebih fokus kepada pembangunan Ture seperti pembinaan pengkalan dan pelabuhan, pembinaan sekolah menengah, menaikkan taraf jalan Ture-Runakita, membina kawasan pelancongan dan keuntungan akan dibahagi sama rata kepada anggota komiti.

13. Seorang pembunuh. Contoh; Jeneral telah ditangkap polis kerana membunuh Pegawai Kanan sewaktu menunggu ketibaan presiden di pengkalan, iaitu gambar perbuatannya telah dirakam.

PEGAWAI KANAN

1. Seorang yang berpengaruh di Ture. Contoh; Telah bertahun-tahun pegawai itu menanam pengaruhnya di Ture.

2. Seorang yang berjawatan pegawai kanan pemerintahan provinsi.

3. Seorang yang bersikap dengki. Contoh; Pegawai kanan tidak senang hati dengan kehadiran Jeneral di Ture yang telah mempengaruhi penduduk di situ.

4. Seorang yang suka membuat fitnah. Contoh; iaitu menyebarkan cerita kononnya Jeneral lahir di Pukana bukan di Ture.

5. Seorang yang suka menghina. Contoh; menghina ibu Jeneral dengan mengatakan ibunya mengerang melahirkan Jeneral kerana badannya terlalu besar. Bagi isteri Jeneral pula

deskripsi menghina ibu mertuanya , juga menghina kewanitaannya kerana badannya lebih montok berbanding wanita Ture.

6. Seorang yang mempunyai sumber kewangan terbatas. Contoh; Sebagai pegawai kerajaan pendapatannya terbatas.

7. Seorang yang berwajah buruk. Contoh; mata kiri tersembul keluar macam mata ikan merah, bibirnya paling tebal di seluruh Ogonshoto, apabila berucap tidak menarik kadang-kadang garau, kadang-kadang halus macam bapuk. Badannya juga berbau busuk ikan.

8. Seorang yang mudah diperdaya. Contoh; Kenyataan Jeneral tidak akan bertanding telah menyebabkan dia meletakkan jawatan sebagai pegawai kanan kerajaan dan akan menyertai parti politik kerajaan kerana yakin mendapat sokongan komiti parti kerana mendapat sokongan yang kian bertambah lebih-lebih lagi sokongan Jeneral.

9. Mengamalkan rasuah. Contoh; Apabila menyedari sokongan lebih memihak kepada Jeneral, dua orang kuat Pegawai Kanan mencadangkan hanya merasuah anggota komuniti bagi membolehkan anggota komiti berpaling tadah memilihnya lalu dipersetujuinya.

10. Seorang yang taat setia kepada pemerintah. Contoh; Pada malam perjumpaan dengan presiden dia akan menyatakan taat setia kepada presiden.

11. Seorang yang mati ditembak. Contoh; Jeneral menembak mati Pegawai Kanan setelah pegawai kanan gagal menembaknya kerana pistol tidak berpeluru.

PRESIDEN

1. Seorang yang prihatin. Contoh; Presiden mengikuti perkembangan antara Jeneral dan Pegawai Kanan di mana dia ingin mencadangkan satu penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.

2. Seorang yang suka menyamar. Contoh; Kononnya dia pernah menyamar sebagai pemandu van di Tatamanu membawa tokoh-tokoh gerakan non-pemerintah ke suatu seminar.

WAKIL DEWAN PRESIDEN

1. Seorang yang sudah tua bangka, mula sakit-sakit.

2. Seorang yang tidak amanah menjalankan tugas sebagai Wakil Dewan Presiden. Contoh; Selama menjadi Wakil Dewan Presiden menerajui Ture beberapa penggal lalu, Ture hampir tidak mendapat apa-apa pembangunan.

3. Seorang yang menghidapi penyakit hilang ingatan. Contoh; Pernah tidak masuk semula ke dewan mesyuarat setelah ke tandas atas alasan tidak tahu ada menyuarat di Malagana.

4. Seorang yang mendapat mandat baru dalam pemilihan umum akan datang. Contoh; Tuan Wakil mendapat mandat baru setelah Jeneral ditangkap kerana membunuh Pegawai Kanan.

GAMBARAN MASYARAKAT

1. Masyarakat yang percaya kepada petanda-petanda. Contoh; Jeneral dan isterinya percaya kunjungan paus-paus biru buat pertama kalinya di mulut Selat Gareva setelah tidak muncul selama empat tahun adalah petanda baik untuk mereka menetap di Ture.

2. Masyarakat yang suka membuat fitnah. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan membuat fitnah terhadap Jeneral kononnya dia dilahirkan di Pukana. Begitu juga Jeneral menyebarkan cerita tentang Pegawai Kanan sebenarnya dilahirkan di atas kapal dalam pelayaran dari

Tubua ke Ture.

3. Masyarakat yang mempunyai rasa simpati. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan simpati terhadapnya lalu bergabung kekuatan untuk melawan pengaruh Jeneral.

4. Masyarakat yang suka menghina. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan menghina ibu Jeneral.

5. Masyarakat Ture mempunyai pemimpin yang lemah. Contoh; Wakil Dewan Presiden Ture telah tua bangka, mulai sakit-sakit.

6. Masyarakat yang tidak mendapat pembangunan. Contoh; Selama Wakil Dewan Presiden menerajui Ture beberapa penggal lalu, Ture hampir tidak mendapat apa-apa pembangunan. Hanya terdapat dua deret kedai usang, pengkalan nelayan merupakan binaan tentera Jepun, jalan menyambungkan Ture dengan Runakita masih sebahagiannya merupakan lorong batu kerikil.

NILAI

1. Kemesraan. Contoh; Jeneral menjemput beberapa kacukan Jepun Futu-Ata, wartawan dan penduduk Ture yang dipilih semasa upacara memuja 'semangat rumah' dan bertanya khabar penduduk kampung selepas sarapan.

2. Pemurah. Contoh; Jeneral dan isterinya ke-kampung-kampung nelayan atau ke bandar Ture untuk bertanya khabar atau menghulurkan bantuan kepada teman-teman sekampung

halaman yang baru dikenali.

3. Keprihatinan. Contoh; Presiden mengikuti perkembangan antara Jeneral dan Pegawai Kanan di mana dia ingin mencadangkan satu penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.

4. Simpati. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan simpati terhadapnya lalu bergabung kekuatan untuk melawan pengaruh Jeneral.

5. Ketaatan. Contoh; Pegawai kanan taat kepada Presiden di mana pada malam perjumpaan dengan presiden dia akan menyatakan taat setia kepada presiden.

MESEJ

1. Kita janganlah suka menfitnah. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan membuat fitnah terhadap Jeneral kononnya dia dilahirkan di Pukana.

2. Kita janganlah suka menghina sesama manusia. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan menghina ibu Jeneral.

3. Kita hendaklah amanah menunaikan tanggungjawab sebagai wakil kerajaan. Contoh; Wakil Presiden tidak menjalankan tanggungjawabnya, iaitu tiada pembangunan di Ture.

4. Kita janganlah mengamalkan rasuah. Contoh; Untuk mendapatkan sokongan, Pegawai Kanan sanggup merasuah anggota komiti untuk memilihnya.

5. Kita hendaklah bersikap pemurah. Contoh; Jeneral dan isterinya ke kampung-kampung nelayan atau ke bandar Ture untuk bertanya khabar atau menghulurkan bantuan kepada teman-teman sekampung halaman yang baru dikenali.

6. Kita hendaklah bersikap prihatin sesama manusia. Contoh; Presiden mengikuti perkembangan antara Jeneral dan Pegawai Kanan dan dia ingin mencadangkan satu penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.

7. Kita hendaklah taat kepada pemerintah. Contoh; Pegawai Kanan taat kepada Presiden, iaitu pada malam perjumpaan dengan presiden, dia akan menyatakan taat setia kepada presiden.

8. Kita janganlah bersikap kepura-puraan. Contoh; Jeneral berpura-pura mengatakan dirinya tidak bertanding sebaliknya itu semua hanya taktik ketenteraan untuk menjatuhkan Pegawai Kanan.

9. Kita hendaklah menepati masa. Contoh; Jeneral telah dilatih menepati masa, iaitu dia tiba di restoran itu tiga puluh minit selepas matahari terbenam.

10. Kita hendaklah mementingkan pembangunan rakyat. Contoh; Selama Wakil Dewan Presiden menerajui Ture beberapa penggal lalu, Ture hampir tidak mendapat apa-apa pembangunan. Hanya terdapat dua deret kedai usang, pengkalan nelayan merupakan binaan tentera Jepun, jalan menyambungkan Ture dengan Runakita masih sebahagiannya merupakan lorong batu kerikil.

BAB 3: PENYAMARAN

Bertahun-tahun 'Peristiwa Tubua' menjadi persoalan penduduk di Ogonshoto tentang benarkah Presiden telah melakukan penyamaran dalam peristiwa tersebut. Tubua ialah sebuah pekan pelabuhan di barat Gora-Gora. Orang-orang Presiden telah mendapat restu untuk merancang pembangunan di pedalaman Ture. Kompleks hiburan dan perjudian akan dibina. Sekumpulan penduduk pedalaman Tubua memprotes rancangan Presiden. Mereka menubuhkan sebuah komiti yang menentukan tahap serta kaedah-kaedah protes. Protes mereka dalam bentuk sepanduk-sepanduk, bukan sahaja di pedalaman Tubua, malah di Tubua atau di perahu-perahu nelayan. Protes memuncak pada hari Presiden berangkat melakukan lawatan rasmi tiga minggu ke Guatemala, Brazil dan Peru.

Pada suatu petang seorang lelaki tua datang ke pedalaman Tubua . Lelaki tua itu berbadan bongkok sabut, berjambang, misai janggut hampir menutupi mukanya. Dia memakai cermin mata gelap. Dia mengatakan kedatangannya dari Kuri kerana mendengar bantahan penduduk. Baginya nasib penduduk Tubua lebih penting daripada ikan, sotong dan ketam. Dia diajak bermalam di rumah ketua protes. Dia disukai kerana sikapnya berani mengata presiden. Selepas makan malam, dia dijamu minuman seakan sake. Lelaki tua itu mengatakan waktu dahulu turun-temurun amalan berbincang dilakukan dalam menyelesaikan masalah tetapi sekarang tidak diamalkan lagi. Cadangannya supaya protes dihentikan supaya Tubua kembali aman. Namun jawapan anak muda mereka bukan tidak mahu berbincang tetapi sekarang perbincangan tradisional telah berpindah ke Dewan Presiden yang tertutup sehingga jarang-jarang keputusan dapat didengar. Kesan sake menyebabkan suara lelaki tua itu berubah-ubah.

Lelaki tua itu seterusnya ingin tahu kesan daripada pembangunan tersebut. Mengikut tuan rumah, kesan pembangunan tersebut ialah rumah tangga dan keluarga akan tunggang-terbalik, gondolan bukit-bukit, hakisan tanah dan merosakkan kolam air panas semula jadi. Kawasan tadahan hujan juga akan musnah menyebabkan Ogonshoto akan mengalami kekurangan air.

Keesokan harinya, lelaki tua itu mengepalai perarakan dengan penuh semangat menuju Tubua. Menjelang malam, mereka tiba di Tubua dan bermalam di sana. Mereka meneruskan perarakan ke Tatamanu keesokan harinya. Pemuda dua puluhan yang bersama lelaki tua mula menyedari perubahan pada lelaki tua itu. Lelaki tua itu beberapa kali menepuk dahinya, mengusap jambangnya dan menoleh ke belakang ke arah kumpulan ramai yang memekik memarahi presiden. Perubahannya amat nyata ketika perarakan menghampiri simpang tiga.

Apabila jarak antara para demonstran dengan tentera lebih kurang 500 meter, lelaki tua berhenti dan memberi isyarat supaya berdiri di tempat masing-masing. Lalu dia menapak 20 langkah ke hadapan kemudian tunduk berfikir. Tiba-tiba lelaki tua meluru ke arah tentera sambil menjerit, "dari Kuri". Bom asap berwarna kuning dilepaskan. Para demonstran bertempiaran lari menyelamatkan diri. Akhirnya, apabila bom asap hilang lelaki tua turut lenyap entah ke mana. Malam itu lelaki yang pernah menjadi ketua protes merenung bayangnya di cermin. Tatkala memandang cermin, terbayang wajah lelaki tua dari kuri itu sekiranya kaca mata ditanggalkan, janggut ,misai dan jambang dicukur lalu dipakaikan sut, kemeja dan tali leher, wajahnya menyerupai Presiden.

Keesokan harinya teori penyamaran tersebar luas di Tubua. Namun, akhbar tunggal Ogonshoto menyangkalnya dengan mengatakan presiden terus bertugas di pejabatnya empat jam selepas kembali daripada Peru. Begitu juga minggu berikutnya, beberapa orang daripada Malagana, Aitu, Ture, Pukana dan Runakita datang ke Tubua. Sambil minum-minum di kedai kopi, mereka bergaul dengan penduduk tempatan lalu memberi pendapat bahawa penyamaran Presiden itu karut kerana ada yang menyatakan terlibat menyambut dan menghantar Presiden ke istana.

Teori penyamaran tidak pernah luput daripada pemikiran lelaki ketua protes kerana dia masih ingat percakapan lelaki tua semasa mabuk sake. Lenggok bahasa Kurinya bercampur dengan lenggok bahasa yang agak baik di Tatamanu. Lelaki tua itu juga tidak pernah menanggalkan kaca mata hitamnya.

Ungkapan "dari Kuri" dari orang tua itu juga baginya merupakan kata-kata rahsia apabila memerlukan pertolongan segera. Misteri penyamaran tidak pernah terjawab kerana pentadbiran Presiden seperti tembok istananya yang tebal. Mungkin sake yang keras dapat memaksa seseorang bercakap benar.

BAB 3PENYAMARAN

PERSOALAN1. Tentang benarkah Presiden melakukan penyamaran dalam ' peristiwa Tubua'. Contoh;

berbulan-bulan malah bertahun-tahun setelah peristiwa itu terjadi penduduk Ogonshoto belum dapat menyelesaikan persoalan ini.

2. Tentang pembangunan yang mencemarkan alam sekitar dan keharmonian keluarga. Contoh; Orang-orang Presiden mendapat restu membangunkan pedalaman Tubua untuk dijadikan pusat pelancongan,kompleks hiburan dan perjudian. Pembangunan akan menyebabkan gondolan, hakisan, pencemaran air dan keluarga menjadi tunggang-terbalik kerana perjudian.

3. Tentang penentangan terhadap pembangunan. Contoh; Penduduk di pedalaman Tubua mengadakan protes dan menubuhkan sebuah komiti yang menentukan tahap serta kaedah-kaedah protes yang bukan sahaja demi penduduk Tubua dan Provinsi Gora-Gora malah menjangkau penghuni Rai-Rapa dan Futu-Ata juga.

4. Tentang peranan media milik kerajaan. Contoh; Akhbar tunggal Ogonshoto memainkan peranan dalam mengulas teori penyamaran dengan mengatakan Presiden bertugas di pejabatnya empat jam selepas kembali dari Peru di mana berita ini menyangkal penyamaran Presiden.

PERWATAKANLELAKI TUA1. Seorang yang berpakaian seperti nelayan Kuri.2. Seorang yang berbadan bongkok sabut, berjambang, bermisai dan janggutnya hampir

menutup wajahnya.3. Seorang yang berkaca mata gelap, yang murah, yang bisasnya dijual di kaki lima kedai di

Tatamanu.4. Seorang yang prihatin. Contoh; Dia lebih pentingkan nasib penduduk-penduduk Tubua

daripada ikan, sotong dan ketam.5. Seorang yang suka kepada perundingan dalam menyelesaikan masalah. Contoh; Dia

mengajak supaya protes dihentikan dan rundingan dijalankan supaya Tubua tenang semula.6. Seorang berperanan menjadi ketua demonstrasi. Contoh; Lelaki tua itu mengepalai

demonstrasi menuju Tatamanu.7. Seorang yang bijaksana. Contoh; Bijak berbicara dengan tuan rumah dan juga bijak

melepaskan diri semasa demonstrasi.8. Seorang yang berani. Contoh; berani mengepalai demonstrasi walaupun sudah tua.9. Seorang penyamar. Contoh; Lelaki tua itu sebenarnya penyamar sebagaimana yang

digambarkan oleh ketua protes dan lelaki pertama.

GAMBARAN MASYARAKAT1. Masyarakat yang menentang pembangunan. Contoh; Mereka menentang pembangunan di

Tubua dengan mengadakan protes dan menubuhkan komiti yang menentukan tahap serta kaedah-kaedah protes yang bukan sahaja demi penduduk Tubua dan Provinsi Gora-Gora malah menjangkau penghuni Rai-Rapa dan Futu-Ata juga.

2. Masyarakat yang mencintai alam sekitar. Contoh; Mereka menentang pembangunan yang akan menyebabkan gondolan, hakisan,dan pencemaran air.

3. Masyarakat yang mencintai keharmonian keluarga. Contoh; Kewujudan rumah perjudian akan menyebabkan keluarga menjadi tunggang-terbalik.

4. Masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi sebagai nelayan dan berdagang kecil-kecilan. Contoh; Selepas peristiwa Tubua kembalilah mereka ke laut menangkap ikan, berdagang kecil-kecilan di Tubua.

5. Masyarakat yang mesra melayan tetamu. Contoh; Kedatangan lelaki tua disambut dengan mesra.

6. Masyarakat yang menghormati tetamu. Contoh; lelaki tua diajak bermalam di rumah ketua protes dan dijamu dengan hidangan makan malam dan minuman sake.

7. Masyarakat nelayan yang terkenal dengan gelaran kaki botol. Contoh; Ada peribahasa di sana yang bermaksud 'nelayan Kuri hanya dapat mengenal jenis ikan ketika mabuk'.

8. Masyarakat yang tidak lagi mengamalkan adat turun-temurun. Contoh; Sekarang tidak ada lagi perbincangan antara penduduk dalam menyelesaikan masalah sebagaimana dulu mereka berkumpul di bawah pokok palma berbincang mencari penyelesaian.

9. Masyarakat yang mudah diperdaya. Contoh; Kumpulan penentang telah diperdayakan oleh orang tua yang sebenarnya penyamar.(Presiden)

NILAI1. Kemesraan. Contoh; penduduk Tubua mesra menyambut kedatangan lelaki tua.

2. Keprihatinan. Contoh; Lelaki tua prihatin dengan perjuangan memprotes pembangunan Tubua.

3. Kebijaksanaan. Contoh; Lelaki tua bijak melepaskan diri semasa demonstrasi.

4. Keberanian, Contoh; Lelaki tua berani mengepalai kumpulan demonstrasi.

5. Kasih sayang. Contoh; Penduduk Tubua menyayangi alam sekitar mereka di mana mereka membuat protes terhadap pembangunan yang akan dijalankan.

6. Tolong-menolong. Contoh; Ketua protes menolong orang tua dengan memberikannya tempat untuk bermalam di rumahnya.

MESEJ1. Kita hendaklah menerima tetamu dengan mesra. Contoh; penduduk Tubua mesra

menyambut kedatangan lelaki tua.2. Kita hendaklah bersikap prihatin kepada yang mengalami masalah. Lelaki tua prihatin

dengan perjuangan memprotes pembangunan Tubua.3. Kita hendaklah menolong orang yang berada dalam kesusahan;. Contoh; Ketua protes

mengajak lelaki tua bermalam di rumahnya.4. Kita hendaklah berani memperjuangkan kebenaran. Contoh; Lelaki tua berani mengepalai

kumpulan demonstrasi.5. Kita hendaklah mencintai alam sekitar daripada dicemari. Contoh; Pembangunan akan

menyebabkan berlakunya gondolan, hakisan dan pencemaran air.6. Kita hendaklah mencintai keharmonian keluarga. Contoh; Kewujudan rumah perjudian akan

menyebabkan keluarga menjadi tunggang-terbalik. 7. Kita hendaklah mengamalkan perundingan dalam menyelesaikan masalah. Contoh; Semasa

dulu dalam menyelesaikan masalah mereka duduk berkumpul di bawah pokok palma berbincang mencari penyelesaian.

8. Kita janganlah meminum arak kerana membawa kesan yang buruk. Contoh; Penyamaran lelaki tua hampir terbongkar akibat mabuk meminum arak (sake).

9. Kita hendaklah berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. Contoh; Akibat tidak berhati-hati, kumpulan protes terpedaya dengan penyamaran lelaki tua.

BAB 4: AISBERG

Tujuh buah kapal telah berjaya menarik aisberg raksasa ke utara. Aisberg kedua yang lebih besar digerudi, dipahat dan diikat. Lebih kurang pukul sembilan malam barulah aisberg kedua mula bergerak.

Aisberg ditarik ke Ogonshoto kerana dua bulan lagi akan mengalami kemarau keras sembilan bulan. Sejak beberapa minggu hujan tidak turun. Bukit-bukit Gora-Gora telah lama gondol dan sungai-sungai kering kontang. Siang hari di Ogonshoto begitu panas , kering membakar kulit bumi, manusia dan haiwan. Kejayaan menarik aisberg disampaikan ke Tatamanu. Radio dan TV menyiarkan ucapan Presiden dengan nada gembira dan menganggap 14 nakhoda itu pahlawan baharu Ogonshoto. Dia percaya di Pasifik, hanya Ogonshoto yang berani menarik aisberg. Ucapan Presiden menggembirakan Ogonshoto namun yang lebih gembira ialah 15 orang, iaitu ejen mendapatkan pakar aisberg dan 14 tuan kapal yang mendapat kontrak tersebut.

Namun, menurut wartawan TV Japan News Network saluran 6, Ogonshoto tidak perlu mengeluarkan belanja sekiranya bijaksana mengurus alam sekitar, terutamanya kawasan tadahan di Gora-Gora. Sejak berita penarikan aisberg tersebar, Teluk Pinavana sering dikunjungi penduduk. Antaranya, lelaki tua dari Runakita. Mereka membayangkan kapal-kapal dan gunung ais. Mereka lupa langit dan bumi Ogonshoto semakin kering, tanah mulai retak, pohonan mulai layu. Lelaki tua itu beranggapan mungkin benar suatu hari nanti gunung ais itu akan tiba. Dalam perjalanan ke perahu, dia membeli empat belas tong air di Tatamanu. Sepanjang perjalanan balik ke Runakita, dia akan berhenti mengambil air jika menemui sumbernya atau ada yang menjualnya.

Beberapa buah syarikat pembalakan dilantik memotong aisberg menjadi bongkah-bongkah. Tuan-tuan punya kren dipilih terus bertanggungjawab untuk mengangkat bongkah-bongkah ais ke atas geladak atau lori kelak. Lori-lori pula akan mengangkut bongkah-bongkah ais ke tangki-tangki air. Setiap orang boleh membawa pulang ais potong mengikut saiz yang terdaya dibawa. Catuan air tetap akan dikenakan selama sembilan bulan walaupun tangki-tangki utama akan dipenuhi air sehingga hujan lebat turun. Keputusan itu diumumkan di radio, televsyen dan akhbar. Buat pertama kalinya, akhbar menyiarkan gambar setiap aisberg yang ditarik oleh tujuh kapal. Berita itu sudah memenuhi setengah impian mereka tentang air dan setengah lagi harus ditunggu saat ketibaan aisberg di Teluk Pinavana.

Seminggu sesudah berita itu diumumkan, barulah lelaki tua itu mendengarnya melalui tetangganya kerana ketiadaan TV dan radio di rumahnya dan juga dia buta huruf. Lelaki tua itu menggali kolam di belakang rumahnya. Sambil menggali kolam, dia berfikir untuk mengisi tujuh tong airnya yang masih kosong. Dia menggali di bawah matahari membakar hampir tanpa henti sepanjang hari kecuali untuk makan dan minum. Tetangganya lelaki tua memberitahu bahawa kontraktor pemilik kren di pelabuhan dan pemilik gergaji raksasa telah memberi kata dua kepada administrator tinggi Ogonshoto supaya bayaran digandakan tiga kali dan dilunaskan sebelum aisberg tiba. Lelaki tua itu memagari kolamnya. Jirannya memberitahu bahawa pentadbir Ogonshoto bersetuju memenuhi tuntutan pemilik kren dan gergaji raksasa. Begitu juga pemilik lori dan kapal akan diberi bayaran tambahan.

Lelaki tua itu terus menggali. Sambil itu, dia berusaha memenuhi tujuh tong airnya dengan memasak air laut di mana harapannya titisan air daripada wap yang dihasilkan dapat memenuhi tong airnya. Dia bekerja siang dan malam mendalamkan kolamnya hingga sampai pada dasar yang pejal dan keras. Hampir tiga bulan jirannya tidak muncul untuk bercerita tentang aisberg membuatkan lelaki itu tertanya-tanya apa telah terjadi kepada aisberg. Lelaki tua itu lega kerana tujuh tong airnya telah penuh berisi air. Dalam kelegaannya itulah di dasar kolamnya terpancar mata air.

BAB 4: AISBERG

PERSOALAN

1. Tentang kegagalan mengurus alam sekitar menyebabkan berlakunya kemarau. Contoh; Mengikut wartawan Japan News Network Ogonshoto tidak perlu mengeluarkan biaya tinggi untuk menarik aisberg jika bijak menguruskan alam sekitar terutama kawasan tadahannya.

2. Tentang keghairahan menanti sesuatu yang tidak kunjung tiba. Contoh; keghairahan rakyat Ogonshoto menanti ketibaan Aisberg di Teluk Pinavana.

3. Tentang mementingkan kebendaan dalam masyarakat kapitalisme. Contoh; Pemilik-pemilik kren dan pemilik gergaji raksaksa memberi kata dua kepada administrator tentang bayaran tiga kali ganda dan mesti dilunaskan sebelum Aisberg tiba jika tidak mereka tidak akan bekerjasama.

PERWATAKAN

LELAKI TUA

1. Seorang yang berasal dari Runakita.

2. Seorang yang hidup sebatang kara. Contoh; Tiada anak isteri.

3. Seorang yang buta huruf. Contoh; Sudah seminggu berita tentang Aisberg ditarik tujuh kapal barulah dia mendengarnya itupun melalui jiranya kerana ketiadaan TV dan radio ditambah pula dengan buta huruf.

4. Seorang yang kurang pendengaran. Contoh; Cerita yang dibawa tetangganya tentang Aisberg kurang jelas didengarinya kerana telinganya mungkin mulai tuli di samping suara jirannya yang bertindih-tindih antara bercerita dengan ghairah yang meluap-luap.

5. Seorang yang rajin berusaha. Contoh; Rajin berusaha menggali kolam, mencari dan mengumpul kayu api, memagar kolam,membumbung dapur dan berulang-alik mengangkut air laut.

6. Seorang yang gigih berusaha. Contoh; Dia tetap gigih menggali kolam untuk mendapatkan air biarpun hingga seratus kaki.

7. Seorang yang sabar menanti. Contoh; Sabar menunggu dasar kolamnya digenangi air.

8. Seorang yang bijaksana. Contoh; Dia menggunakan kaedah memanaskan air laut hingga menjadi wap air lalu titisan air masuk kedalam tongnya.

9. Seorang yang mempunyai keazaman yang kuat. Contoh; Dia berazam tujuh tong air mesti penuh akhirnya.

GAMBARAN MASYARAKAT

1 Masyarakat yang tidak mahu menerima kebenaran. Contoh; Semua orang presiden menutup saluran enam yang menyiarkan berita tentang Ogonshoto tidak perlu mengeluarkan biaya tinggi untuk menarik aisberg jika bijak menguruskan alam sekitar terutama kawasan tadahannya.

2. Masyarakat yang mudah lupa. Contoh; Angan-angan kehadiran Aisberg menyebabkan mereka lupa langit dan bumi Ogonshoto yang mula kering di mana tanah mulai retak dan pohon-pohon mulai layu.

3. Masyarakat yang ghairah. Contoh; Mereka ghairah meluap-luap menanti ketibaan Aisberg.

4. Masyarakat yang mementingkan kebendaan. Contoh; Pemilik-pemilik kren dan pemilik gergaji raksasa memberi kata dua kepada administrator tentang bayaran tiga kali ganda dan mesti dilunaskan sebelum Aisberg tiba jika tidak mereka tidak akan bekerjasama.

NILAI

1. Kegigihan. Contoh; Lelaki tua tetap gigih menggali kolam untuk mendapatkan air biarpun hingga seratus kaki.

2. Kesabaran. Contoh; Lelaki tua sabar menunggu dasar kolamnya digenangi air.

3. Kerajinan. Contoh; Lelaki tua rajin berusaha menggali kolam, mencari dan mengumpul kayu api, memagar kolam,membumbung dapur dan berulang-alik mengangkut air laut.

4. Kebijaksanaan. Contoh; Lelaki tua menggunakan kaedah memanaskan air laut hingga menjadi wap air lalu titisan air masuk ke dalam tongnya.

5. Keazaman. Contoh; Lelaki tua berazam tujuh tong air mesti dipenuhi air.

MESEJ

1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. Contoh; Lelaki tua tetap gigih menggali kolam untuk mendapatkan air biarpun hingga seratus kaki akhirnya usahanya berjaya juga.

2. Kita hendaklah sabar dalam melakukan sesuatu supaya beroleh kejayaan.Contoh ;Lelaki tua sabar menunggu dasar kolamnya digenangi air di mana kesabarannya membawa kejayaan.

3. Kita hendaklah mempunyai keazaman yang kuat untuk berjaya. Contoh; Lelaki tua berazam tujuh tong air mesti dipenuhi air akhirnya keazamannya menjadi kejayaan.

4. Kita janganlah terlalu ghairah dalam sesuatu perkara. Contoh; Masyarakat Ogonshoto terlalu ghairah meluap-luap menanti ketibaan Aisberg namun sudah hampir tiga bulan tetangganya tidak muncul-muncul lagi untuk bercerita tentang Aisberg.

5. Kita janganlah terlalu mementingkan kebendaan. Contoh; Pemilik-pemilik kren dan pemilik gergaji raksasa memberi kata dua kepada administrator tentang bayaran tiga kali ganda dan mesti dilunaskan sebelum Aisberg tiba jika tidak mereka tidak akan bekerjasama.

6. Kita hendaklah bijak mengurus alam sekitar jika tidak akibatnya akan berlaku bencana alam seperti kemarau. Contoh; Mengikut wartawan Japan News Network Ogonshoto tidak perlu mengeluarkan biaya tinggi untuk menarik aisberg jika bijak menguruskan alam sekitar terutama kawasan tadahannya.

BAB 5: MAINAN

Telah sampai masa untuk memulakan permainan. Pemuda itu melambungkan tupai jantannya ke udara dan dengan pantas kedua-dua tangan memegang temiang, membidik tupai kerawak jantan namun tersasar. Begitu juga percubaan keduanya tersasar hanya seinci dari kaki belakang tupai. Dia terus mengejar tupai tersebut dan mulai memahami erti keseronokan permainan tersebut yang tidak terdapat di Kiribati dan Banaba tempat kelahirannya. Mustahil dia akan terlibat dalam permainan itu kalau telah maut ketika hanyut lebih enam puluh hari di lautan beberapa tahun dahulu. Dia berasa kesal kerana dua kali tersasar damaknya sedangkan sebelum ini damak-damaknya menusuk sasaran. Dia kembali mengingati sesalannya beberapa tahun lalu kenapa dia tidak berpatah balik ke pantai Banaba yang masih kelihatan. Kehilangannya akibat dipukul ombak ketika itu dicari oleh keluarganya. Ibunya bermimpi yang membawa alamat kematiannya tetapi sebaliknya mendapat berita gembira di mana dia telah dijumpai hampir maut di pantai barat Gora-Gora. Dia dirawat di hospital Tubua selama tiga minggu. Hampir setiap hari akhbar Ogonshoto menyiarkan kisah 'mati hidup semula' pemuda dari Banaba itu. Hasrat Presiden ingin mengambilnya sebagai anak angkat mendapat pujian media Ogonshoto. Tindakan itu atas dasar kemanusiaan dan persahabatan dua negara. Namun bagi pihak pembangkang, jika pemuda itu bukan dari Banaba mustahil Presiden mengambilnya sebagai anak angkat kerana Banaba mempunyai sejarah panjang untuk bebas daripada kolonial Kiribati . Secara simbolik Presiden menyokong idea pemisahan. Pemuda itu bingung untuk memulakan hidup baru di negara asing sebagai anak angkat Presiden. Lalu dia mengambil keputusan lebih banyak diam daripada berkata-kata. Dia diberikan tugas bekerja di stor sukan. Dia memperlihatkan disiplin serta dedikasi yang tinggi. Kemudian ditugaskan ke stor pemakanan istana. Beberapa tahun kemudian, namanya menjadi buah mulut para pekerja istana kerana kerajinannya, dedikasi dan amanah.

Lebih kurang sebulan lalu dia berjaya menangkap tupai kerawak dan membelanya dalam sangkar. Suatu hari, seorang pekerja istana menceritakan tentang permainan turun-temurun di Ogonshoto. Permainan itu diadakan sehari selepas gerhana matahari penuh, iaitu permainan memburu peliharaan. Pada zaman dahulu, penduduk asli dijadikan buruan sehinggalah dihapuskan oleh penjajah Eropah. Waktu permainan ialah dari matahari gelincir rembang sampai matahari terbenam. Setiap pemburu hanya dibenarkan menggunakan senjata tiga kali sahaja. Andai tiga kali senjata digunakan namun buruan tidak mati maka binatang itu dibiarkan lepas dan pemburu mesti pulang tanpa menoleh ke belakang. Jika pemburu melepaskan binatang peliharaan yang paling disayangi, semakin bermaknalah permainan itu. Tempat permainan sekitar kaki gunung berapi hingga ke pinggang gunung berhutan. Di pinggang gunung yang berhutan kata orang terdapat kediaman sejumlah kecil resi.(orang pertapa). Pemuda itu pun membeli sebatang temiang dan sejumlah damak. Dari minggu ke minggu dia berlatih menggunakan temiangnya hinggalah berjaya mengenai sasarannya. Menjelang gerhana matahari penuh, semua damaknya mengenai sasaran. Dia memanggil Presiden dengan panggilan ‘Papa’ atas permintaan Presiden sendiri. Menurut pekerja istana, ‘Papa’ tidak pernah ketinggalan berburu sempena dengan peristiwa gerhana matahari penuh. Binatang buruan ‘Papa’ seperti musang, babi hutan dan seekor beruk. Pemuda itu teringat semasa di Banaba dia mendapat keputusan cemerlang dan tergolong dalam sepuluh pelajar terbaik bagi seluruh Kiribati. Mengisi masa lapangnya sementara menunggu keputusan penempatan kolej serta biasiswa pemerintah Australia, dia berperahu menangkap ikan. Hari malangnya tiba apabila dia tidak berpatah balik ke Banaba lalu dilanda badai barat. Setelah menetap di Ogonshoto dan menjadi anak angkat Presiden, hidupnya bagai di syurga. Kemewahan dikecapi seperti bilik yang indah, perpustakaan menarik, makanan bermutu, pakaian cantik, elaun bulanan yang tinggi, beberapa buah kereta peribadi, beberapa pengiring, bergaul dengan orang ternama dan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat besar Ogonshoto. Dia berasa terhutang budi kepada Presiden.

Hari yang ditunggu pun tiba. Dia melihat ‘Papa’ tidak ada binatang di hadapannya. ’Papa” menyeluk saku, mengeluarkan tangan sambil menunduk mencecah tanah lalu membuka tapak tangan seolah-olah melepaskan sesuatu kemudian mengejar mainannya. Tupai kerawak pemuda berjaya mengelak dua bilah damak beracun lalu lari melompat lebih pantas daripada mainan Presiden. Pemuda Banaba sekarang mendahului presiden mengejar tupainya ke dalam belukar. Ketika bunyi gendang dan gong sayup-sayup, jauh di kaki gunung pemuda terdengar suara Presiden yang menyuruhnya tunggu. Dalam fikirannya adakah Presiden akan menolongnya menembak buruannya dan mereka akan kembali sebagai pemburu yang berjaya. Namun sebaliknya apabila Presiden mengacukan pistol ke arahnya. Das kedua tembakan menembusi lengan kanan pemuda Banaba. Das ketiga mengenai betis kirinya. Pemuda itu lari terjengket-jengket menjauhi Presiden. Apakah yang tersirat dalam hati presiden? Adakah dia mainan presiden. Itulah yang bermain dalam fikiran pemuda Banaba.

Apabila sampai di pinggang gunung berapi Gora-Gora, dia menunggu hingga matahari tenggelam untuk kembali ke istana. Tiba-tiba muncul Presiden lalu tembakan keempat dilepaskan yang menghancurkan tapak tangannya. Muncul pula tentera elit presiden memotong lidah dan kedua-dua pergelangan tangannya. Presiden memberi amaran supaya jangan kembali ke istana dan berada di Ogonshoto. Persoalan timbul dalam fikirannya adakah dia mangsa permainan? Jika benar, sepatutnya dia ditinggalkan sesudah tiga kali ditembak kerana itu peraturan permainan. Namun, peraturan permainan tidak dipatuhi Presiden. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan seterusnya kerana dia tidak mungkin kembali ke istana atau keluar dari Ogonshoto kerana tanpa lidahnya dia bisu. Dia terus meredah ke puncak dengan harapan bertemu resi. Tetapi akhirnya resi telah menemuinya dan merawat kakinya dahulu. Timbul persoalan dalam fikiran pemuda Banaba mengapa dia menjadi binatang buruan. Adakah kerana dia menyembunyikan kepintaran bahasa Inggerisnya di mana dengan kepintarannya dia telah membaca catatan-catatan peribadi serta novel-novel Presiden ataupun di saat-saat akhir presiden memilihnya sebagai buruan kerana tidak membawa apa-apa ke medan perburuan. Sekarang, dia mula menyesali betapa palsunya dunia warna-warni Ogonshoto. Pintu Ogonshoto sudah tertutup baginya. Dia menggerakkan jari kakinya berlatih menulis aksara demi aksara. Sekarang, barulah dia memahami sebab-sebab resi mengubati kakinya dahulu.

BAB 5: MAINAN

PERSOALAN

1. Tentang muslihat politik pemerintah. Contoh; Bagi pembangkang perbuatan Presiden mengambil pemuda Banaba sebagai anak angkat kerana secara simbolik Presiden menyokong idea pemisahan Banaba daripada KIribati.

2. Tentang kekejaman pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Contoh; presiden sanggup menjadikan anak angkatnya sebagai mainan dengan menembak lengan kanan, betis kiri, tembakan keempat menghancurkan tapak tangan kanannya dan seterusnya lidah dan kedua-dua pergelangannya dikerat oleh tentera elit presiden.

PERWATAKAN

PEMUDA

1. Seorang yang berasal dari Banaba. Contoh; Sambil mengejar, pemuda itu memahami erti keseronokan permainan ini yang tidak terdapat di Kiribati termasuk Banaba pulau kelahirannya.

2. Seorang yang terselamat setelah hanyut lebih enam puluh hari di lautan Pasifik beberapa tahun dahulu.

3. Seorang anak angkat Presiden Ogonshoto. Contoh; Sebaik sahaja pemuda itu pulih dia dijadikan anak angkat Presiden Ogonshoto sebagai tanda kemanusiaan dan tanda persahabatan dua negara tetangga.

4. Seorang yang mempunyai rupa paras nelayan totok. Contoh; Walaupun dipakaikan pakaian bersih namun wajahnya tetap nelayan totok.

5. Seorang yang tidak banyak bercakap. Contoh; Pemuda bingung untuk memulakan hidup baru sebagai anak angkat Presiden lalu dia mengambil keputusan untuk diam daripada berkata-kata.

6. Seorang yang berwajah hodoh. Contoh; Dia lebih banyak mendengar daripada bertanya, dan kelihatan lebih hodoh berbanding wajahnya yang memang tampak hodoh.

7. Seorang yang berdisiplin dan berdedikasi tinggi.Contoh; selama dia ditugaskan bekerja di stor istana dia telah memperlihatkan disiplin serta dedikasi yang tinggi.

8. Seorang yang rajin dan amanah. Contoh; Beberapa tahun kemudian Pemuda itu menjadi buah bibir para pekerja istana kerana sifat ringan tulangnya, dedikasi, disiplin serta amanah.

9. Seorang yang merendah diri. Contoh; Walaupun mendapat kebebasan dalam istana namun dia tetap mengekalkan sifat-sifat lamanya untuk kelihatan bodoh, pendiam dan wajah nelayan totok dari Banaba.

10. Seorang yang pandai menggunakan temiang. Contoh; Beberapa hari lagi sebelum gerhana matahari penuh, semua damak menusuk sasaran.

11. Seorang yang gigih berusaha. Contoh; Dalam masa beberapa minggu Pemuda Banaba berlatih menggunakan temiang akhirnya dia mahir menggunakannya.

12. Seorang yang bijak dalam pelajaran. Contoh;Pemuda itu mendapat keputusan cemerlang untuk Banaba, dan tergolong dalam sepuluh pelajar terbaik bagi seluruh Kiribati dan menunggu keputusan permohonan penempatan kolej serta biasiswa pemerintah Australia.

13. Seorang yang berjawatan sebagai ahli lembaga pengarah di beberapa buah syarikat besar di Ogonshoto.

14. Seorang yang mengenang budi. Contoh; Presiden telah memberikannya berbagai-bagai kemudahan dan kenikmatan kepadanya ,lalu timbul persoalan dalam dirinya bagaimanakah dia harus membalas budi Presiden yang menyayangi dan amat pemurah.

15. Seorang yang dijadikani bahan mainan presiden. Contoh; Menjadikan dirinya sebagai mainan dengan menembak lengan kanan, betis kiri,tembakan keempat menghancurkan tapak tangan kanannya dan seterusnya lidah dan kedua-dua pergelangannya dikerat oleh tentera elit presiden.

16. Seorang yang cacat anggota. Contoh; Dia telah menjadi bisu kerana lidahnya dipotong dan kudung kedua-dua belah tangan akibat dipotong tentera elit presiden.

17. Seorang yang insaf akan dirinya. Contoh; Selepas kejadian dirinya dijadikan mainan Presiden, dia mula menyesali betapa palsunya dunia warna-warni Ogonshoto yang terkenal itu.

PRESIDEN

1. Seorang yang beperikemanusiaan. Contoh; Mengambil pemuda Banaba yang hanyut itu sebagai anak angkatnya.

2. Seorang yang banyak muslihat. Contoh; Bagi pembangkang perbuatan Presiden mengambil pemuda Banaba sebagai anak angkat kerana secara simbolik Presiden menyokong idea pemisahan Banaba daripada Kiribati bukan atas dasar kemanusiaan.

3. Seorang yang bergelar 'Papa'. Contoh; Anak angkatnya dipinta oleh Presiden untuk memanggilnya 'Papa".

4. Seorang yang tidak pernah ketinggalan dalam permainan memburu peliharaan. Contoh; Mengikut pekerja istana, 'Papa" tidak pernah ketinggalan berburu sempena peristiwa gerhana matahari penuh. Binatang buruannya ialah seekor keluang, seekor musang, babi hutan dan seekor beruk.

5. Seorang yang kejam. Contoh; Menjadikan anak angkatnya sebagai mainan dengan menembak lengan kanan, betis kiri, tembakan keempat menghancurkan tapak tangan kanannya dan seterusnya lidah dan kedua-dua pergelangannya dikerat oleh tentera elit presiden.

6. Seorang yang tidak mematuhi peraturan permainan. Contoh; Sepatutnya Presiden meninggalkan anak angkatnya selepas tiga das tembakan dan pulang sebelum matahari terbenam kerana itu adalah peraturan permainan.

GAMBARAN MASYARAKAT

1. Masyarakat yang mengamalkan sikap tolong-menolong. Contoh; Penduduk Banaba bekerjasama mencari pemuda yang hilang di mana beberapa buah kapal pasukan pencari terus memulakan gerakan. Resi menolong Pemuda yang cedera parah.

2. Masyarakat yang percaya kepada mimpi. Contoh; Ibu pemuda dan keluarganya mempercayai mimpinya seekor camar terbang lesu di bawah bebola matahari yang sedang menyingsing membawa alamat anaknya telah mati lalu mereka ke gereja mengadakan upacara mengingati roh anaknya.

3. Masyarakat yang mengadakan permainan memburu peliharaan. Contoh; Turun-temurun selepas gerhana matahari penuh akan diadakan permainan memburu peliharaan. Permainan diadakan di sekitar kaki gunung berapi hingga ke pinggang gunung yang berhutan.

4. Masyarakat yang kejam. Contoh; Pada zaman dahulu, bangsawan Ogonshoto menangkap penduduk asli seminggu menjelang gerhana matahari penuh. Sehari sesudah gerhana itu penduduk asli dilepaskan kemudian diburu dan dibunuh.

NILAI

1. Tolong menolong. Contoh; Penduduk Banaba bekerjasama mencari pemuda yang hilang di mana beberapa buah kapal pasukan pencari terus memulakan gerakan.

2. Kasih sayang. Contoh; Ibu pemuda menyayangi anaknya di mana dia memarahi tentera yangtersenyum di mana pada sangkaannya bergembira atas kematian anaknya.

3. Mengenang budi. Contoh; Presiden telah memberikannya berbagai-bagai kemudahan dan kenikmatan kepada Pemuda Banaba, lalu timbul persoalan dalam dirinya bagaimanakah dia harus membalas budi Presiden yang menyayangi dan amat pemurah.

4. Merendah diri. Contoh; Walaupun mendapat kebebasan dalam istana, namun Pemuda Banaba tetap mengekalkan sifat-sifat lamanya untuk kelihatan bodoh, pendiam dan wajah nelayan totok dari Banaba.

5. Keinsafan. Pemuda insaf betapa palsunya dunia warna-warni Ogonshoto yang terkenal itu.

MESEJ

1. Kita hendaklah tolong-menolong sesama manusia. Contoh; Para Resi menolong menyelamatkan Pemuda Banaba yang cedera.

2. Kita hendaklah berkasih sayang sesama manusia. Contoh; Ibu Pemuda menyayangi anaknya yang hilang di laut.

3. Kita hendaklah mengenang budi orang yang telah berbudi kepada kita. Contoh; Presiden telah memberikannya berbagai-bagai kemudahan dan kenikmatan kepada Pemuda Banaba, lalu timbul persoalan dalam dirinya bagaimanakah dia harus membalas budi Presiden yang menyayanginya dan amat pemurah.

4. Kita hendaklah merendah diri walaupun berada dalam kemewahan. Contoh; Walaupun mendapat kebebasan dalam istana namun Pemuda Banaba tetap mengekalkan sifat-sifat lamanya untuk kelihatan bodoh, pendiam dan wajah nelayan totok dari Banaba.

5. Kita hendaklah menyesali perbuatan yang lalu. Contoh; Pemuda insaf betapa palsunya dunia warna-warni Ogonshoto yang dikenali itu.

6. Kita janganlah bersikap kejam sesama manusia. Contoh; Menjadikan anak angkatnya sebagai mainan dengan menembak lengan kanan, betis kiri, tembakan keempat menghancurkan tapak tangan kanannya dan seterusnya lidah dan kedua-dua pergelangannya dikerat oleh tentera elit presiden.

7. Kita janganlah menggunakan tipu muslihat untuk kepentingan diri. Contoh; Bagi pembangkang perbuatan Presiden mengambil pemuda Banaba sebagai anak angkat kerana secara simbolik Presiden menyokong idea pemisahan Banaba daripada Kiribati.

8. Kita hendaklah amanah dalam pekerjaan. Contoh; Beberapa tahun kemudian Pemuda itu menjadi buah bibir para pekerja istana kerana sifat ringan tulangnya, dedikasi, disiplin serta amanah.

9. Kita hendaklah gigih berusaha. Contoh; Dalam masa beberapa minggu Pemuda Banaba gigih berlatih menggunakan temiang di mana akhirnya dia mahir menggunakannya.

10. Kita hendaklah pentingkan pelajaran dalam kehidupan kita. Contoh; Pemuda itu mendapat keputusan cemerlang untuk Banaba, dan tergolong dalam sepuluh pelajar terbaik bagi seluruh Kiribati dan menunggu keputusan permohonan penempatan kolej serta biasiswa pemerintah Australia.

BAB 6: PENTAFSIR

Seorang lelaki tua yang gemar menyelam merupakan satu-satunya resi yang dikenali penduduk Aitu. Orang-orang Aitu percaya ketika menyelam, lelaki tua itu bukan sahaja memencilkan diri dalam lautan malah telah meninggalkan kekotoran di atas garis pantai. Dengan menyelam, dirinya dapat ‘menyelami’ erti kesucian dan kebenaran. Orang tua itu berwajah lembut dan tenang dengan sepasang mata jernih yang tidak sanggup ditentang. Dia enggan bercakap banyak. Kata-katanya terpilih dan tidak mempunyai makna tunggal. Terdapat seorang penduduk Aitu yang cuba mendampinginya di daratan selama sepuluh tahun lalu. Pendamping itu telah menerima dan belajar menggunakan bahasa resi tentang serpihan-serpihan kehidupan. Selama beberapa bulan pendamping cuba mencantumkan serpihan pelbagai warna dan makna. Akhirnya, dia berpendapat bahawa masanya telah tiba untuk memperagakan seluruh cantuman menurut tafsirannya sendiri.

Pada suatu petang, pendamping bercerita kepada rakannya yang tidak ke laut. Megikut katanya, sekarang dia bukan lagi pendamping tetapi sebagai seorang pentafsir. Pada masa dulu, di Aitu, terdapat hanya sebelas buah rumah termasuk keluarga resi. Aitu jauh terpencil di Ogonshoto di mana penduduknya cepat tidur dan lambat bangun. Pada suatu hari, perkampungan itu dilanda debu gunung berapi dan kematian seekor paus yang terdampar di pantai Aitu. Dua petanda buruk datang serentak, iaitu satu daripada puncak daratan dan satu lagi dari lantai lautan. Si resi muda mula melihat jiran tetangga mula menjadi pentafsir mencari jawapan punca Tuhan menghantar tanda-tanda buruk ini. Tafsiran bertambah dari hari ke hari. Pada hari kedelapan, resi muda menyelam untuk membersihkan dirinya daripada debu gunung berapi dan bau bangkai paus tetapi pada peringkat seterusnya, ketika sendirian dalam air, dia teringat akan pelajarannya dengan resi tua dahulu. Dia mula mentafsir tentang Tuhan mengutus tanda-tanda celaka di daratan.

Aitu didatangi sebuah kapal besar dari Tatamanu. Kelasi kapal memberitahu bahawa sejak sepuluh hari lalu, Ogonshoto mempunyai Presiden baharu. Penduduk Aitu begitu mengenali Presiden baru yang mempunyai riwayat hidup yang luar biasa, iaitu kepintarannya yang menjadi teladan anak-anak muda Eropah. Begitu juga rasa tidak malunya mempunyai ibu yang tua dan hodoh dengan memeluk kaki ibunya di pantai. Keesokan harinya, semasa resi menyelam, mata hatinya kembali merenung dua tanda petaka itu. Ketibaan tanda petaka itu menurut pemikirannya mengiringi detik pelantikan presiden Ogonshoto, iaitu dua tanda buruk dan satu peribadi luar biasa. Baginya sukar untuk memahami hubungan ini.

Presiden akan datang ke Aitu sempena seratus hari pertama Presiden berkuasa. Tujuan kedatangannya untuk merancang pembangunan Aitu serta mengadili satu sayembara. Sayembara itu tentang ‘ciptaan yang hidup’ dan hadiahnya sebutir kelapa emas. Penghuni Aitu kebingungan dalam membuat tafsiran ‘ciptaan yang hidup’. Hanya tiga orang yang berani menyertai sayembara itu. Seorang daripadanya resi muda. Si resi muda menyelam beberapa kali untuk mentafsir ‘ciptaan yang hidup’. Akhirnya dia berpendapat yang mampu dilakukan hanya menjadikan benda tidak hidup ciptaannya tampak seakan-akan hidup. Ciptaan itu mesti meniru sesuatu yang hidup. Resi mula menbuat ciptaannya dengan mengambil tanah liat, mengumpul beberapa helai daun tembakau, beberapa jenis buah dan daunan yang boleh direbus bagi menghasilkan warna. Akhirnya, siaplah ciptaannya.

Setelah tiba hari pertandingan, ketiga-tiga peserta membawa ciptaan masing-masing ke

tepi pantai. Namun demikian, tidak seorang pun dapat melihat ketiga-tiga ciptaan itu kerana semuanya dibungkus. Hanya Presiden yang boleh menghampiri ciptaan-ciptaan itu. Presiden turun dari kuda dan membuka kain penutup ciptaan peserta. Peserta pertama dan kedua tidak berjaya kerana ciptaan mereka menyalahi tafsiran. Apabila tiba pada ciptaan resi, Presiden melompat naik pelana lalu bergerak pada jarak yang agak jauh. Dari jarak yang agak jauh ciptaan resi menampakkan ikan-ikan daripada tanah liat memperagakan warna-warni tubuh sama ada berwarna tunggal atau pancawarna. Ikan-ikan itu tampak berkejaran berenang . Segalanya seperti hidup padahal yang sedang bergerak hanyalah air laut yang mulai pasang sedangkan ikan-ikan itu tetap tidak hidup di atas pasir putih pantai Aitu. Presiden mengeluarkan kelapa emas sebagai hadiah. Pada pandangan resi, buah kelapa itu bukan ditempa daripada emas. Mungkin sebuah kelapa kuning biasa yang dilumur minyak agar tampak berkilau. Presiden menghampiri ciptaan resi lalu dilontarkan kelapa itu menghentam segala ikan ciptaan resi sehingga hancur ditelan lautan. Bagi penduduk Aitu, mungkin begitu cara seorang presiden memberi hadiah namun bagi resi, cara Presiden itu menampakkan kebodohan seorang yang dianggap terpelajar. Kelapa emas dihanyutkan laut. Resi buat pertama kalinya mengarahkan semua penduduk balik, kecuali dirinya. Malam itu, resi melakukan ritual penyelaman sepanjang malam. Semasa timbul untuk kali penghabisan, terlihat olehnya sekumpulan ikan-ikan berwarna-warni berenang mengelilinginya. Ikan-ikan itu mengingatkannya kepada ikan-ikan daripada tanah liat ciptaannya. Pada fikirannya, mungkinkah Tuhan mengganti ciptaannya dengan ciptaan yang benar-benar hidup. Semasa penyelaman kali terakhir, dia ternampak beberapa ekor hidupan laut, bertubuh bulat , berduri tajam memamah karangan laut. Bentuk hidupan itu mengingatkannya kepada kelapa emas. Tafsiran resi muda itu, Tuhan telah menggantikan ciptaannya dan juga menggantikan hadiah Presiden itu di mana dua benda yang tidak hidup, sekarang menjadi sesuatu yang hidup. Yang satu indah pancawarna dan yang satu lagi kelabu merosak karang. Dia mulai berasa yakin bahawa kuasa baik sedang diintai oleh kuasa jahat. Perbandingan ini dapat mengaitkan dua tanda celaka itu dengan pelantikan Presiden. Bagi resi, Tuhan tidak pernah berlaku silap apabila menghantar isyarat-isyarat ke dunia.

Pada resi walaupun dia kerdil untuk melawan presiden namun dia tetap tidak boleh berdiam diri. Wajar baginya hidupan laut perosak karang itu dimusnahkan yang secara perlambangan merupakan pernyataan sikap terhadap pemerintahan Ogonshoto. Pada pemikiran resi, sesiapa yang melawan kuasa jahat akan diberi balasan nirwana. Sebab itulah hingga sekarang, mengikut pentafsir, resi itu sering bertapa di laut sambil membunuh hidupan laut perosak karang.

Dua puluh hari selepas pendedahan pendamping resi tentang tafsirannya, Aitu dikunjungi oleh seorang dari pejabat Presiden di Tatamanu. Dia bertanya pentafsir tentang benarkah lelaki tua itu ada menyebut tentang imbuhan nirwana kepada sesiapa yang membunuh hidupan laut perosak karang itu. Pentafsir mengiakan lalu disuruh membawanya berjumpa lelaki tua tersebut. Keesokan harinya, mereka pergi bertemu resi tua yang ketika itu bersiap-siap hendak ke laut. Orang dari Tatamanu itu mengatakan resi tua boleh dihukum kerana memberi pendapat yang mengelirukan, iaitu imbuhan nirwana kepada sesiapa yang membunuh hidupan laut perosak karang. Imbuhan nirwana hanya ditentukan Tuhan, jawab resi tua. Jawapan resi tua amat mudah bagi orang Tatamanu di mana dia tidak perlukan pentafsir untuk membuat tafsiran kerana baginya apa yang dikatakan resi itulah maknanya tanpa perlu tafsiran. Mendengar resi tua berkata " Akan tiba" orang Tatamanu menjawab dia akan menunggu ketibaannya. Dia membuat tafsirannya Tuhan akan datang dari laut. Dia menunggu ketibaan Tuhan kerana Tuhan yang hanya boleh memberi jawapan. Tafsirannya tidak dipercayai penduduk Aitu. Orang Tatamanu itu menunggu Tuhan setiap hari di pantai. Beberapa penduduk kasihan melihatnya lalu dibuatkan pondok kecil dan diberikan makanan kepadanya. Beberapa tahun kemudian, orang dari Tatamanu itu meninggal dunia dengan matanya terbuka memandang ke laut. Mayatnya dibawa pulang ke Tatamanu. Akhirnya, terjawab juga

maksud "akan tiba" di mana pentafsir membuat tafsiran, iaitu ada kebenaran yang hanya akan ditemui di dunia yang akan datang, iaitu di hadapan Tuhan. Resi menangis teresak-esak apabila mendengar tafsiran pentafsir tanpa berkata apa-apa lalu memegang lengannya berjalan seiring. Pada fikiran pentafsir itu, situasi ini menandakan resi tua menyetujui pendapatnya.

BAB 6: PENTAFSIR

PERSOALAN

1. Tentang erti kesucian dan kebenaran dalam kehidupan ini. Contoh; Ketika menyelam lelaki tua itu bukan sahaja memencilkan diri di lautan malah meninggalkan kekotoran Ogonshoto di atas garis pantai di mana dengan itu dia dapat menyelami erti kesucian dan kebenaran dalam kehidupan.

2. Tentang serpihan-serpihan kehidupan. Contoh; Kehidupan diibaratkan serpihan-serpihan yang berbagai-bagai warna dan bentuk di mana sukar untuk mencantumkannya membentuk jalinan kehidupan yang lengkap.

3. Tentang pembangunan di Aitu. Contoh; Kedatangan Presiden ke Aitu selain mengadili satu sayembara, dia juga merancang untuk melakukan pembangunan di Aitu.

4. Tentang kemusnahan hidupan laut kesan daripada pembangunan yang akan dijalankan. Contoh; Tafsiran resi kelapa emas yang dibawa oleh Presiden sebagai 'hadiah' kepada pemenang sayembara itu menyerupai hidupan perosak karangan laut .

5. Tentang kebenaran dapat menguasai kuasa jahat. Contoh; Mengikut pentafsir, maksud 'akan tiba' ialah apabila kebenaran dapat menguasai kuasa jahat kerana di dunia bukan mudah untuk manusia mencapai dan menegakkan kebenaran di mana kebenaran akan ditemui di dunia akan datang, iaitu di hadapan Tuhan.

PERWATAKAN

LELAKI TUA (RESI)

1. Seorang resi yang dikenali penduduk di Ogonshoto. Contoh; Kononnya terdapat sejumlah resi di seluruh Ogonshoto namun bagi penduduk Aitu mereka belum pernah melihat resi lain, kecuali lelaki tua itu.

2. Seorang yang gemar menyelam. Contoh; Kepercayaan orang-orang Aitu, ketika menyelam dia meninggalkan segala kekotoran Ogonshoto di atas garis pantai, iaitu dia menyelami erti kesucian dan kebenaran dalam kehidupan.

3. Seorang yang suka memencilkan diri. Contoh; Ketika menyelam lelaki tua itu memencilkan diri di lautan.

4. Seorang yang berwajah lembut dan tenang. Contoh; Semakin kerap dan lama dia menyelam, kebersihan akan menyaluti kulit luar jasmani dan inti terdalam rohaninya sebab itulah ujar penduduk Aitu dia berwajah lembut dan tenang.

5. Seorang yang mempunyai sepasang mata jernih yang tidak sanggup ditentang. Contoh; Sinar resi yang memancar di wajahnya setiap detik menyebabkan tidak ada seorang pun sanggup merenung matanya apabila berbicara dengan lelaki tua itu.

6. Seorang yang tidak banyak bercakap atau pendiam. Contoh; Mengikut penduduk Aitu antara bukti wujudnya resi dalam diri lelaki tua itu ialah dia enggan bercakap banyak.

7. Seorang yang berhati-hati ketika berkata-kata. Contoh; Jika dia harus bertutur, terlebih dahulu dia akan mengambil masa untuk berfikir lalu meluahkan kata-kata paling terpilih yang membawa makna berlapis-lapis serta perlambangan.

8. Seorang yang bijak mentafsir. Contoh; Setelah beberapa kali mentafsir ungkapan 'ciptaan yang hidup', akhirnya dia berjaya memenangi sayembara dengan ciptaannya sesuatu yang nampak seakan-seakan hidup, iaitu ikan-ikan daripada tanah liat yang berwarna-warni dilatari lautan yang menampakkan segala-galanya seolah-olah hidup sedangkan yang hidup ialah air laut yang mulai pasang.

9. Seorang yang mempercayai Tuhan. Contoh; Mengikut tafsirannya Tuhan mengganti ciptaannya dan juga hadiah presiden dengan benda hidup, iaitu ciptaannya dengan yang indah pancawarna dan 'hadiah' ciptaan Presiden dengan yang kelabu merosak karangan laut.

10. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh; Walaupun dia manusia kerdil tetapi dia tidak boleh berdiam diri sahaja membiarkan karangan laut dimusnahkan jadi wajarlah dia memusnahkan perosak karang yang secara perlambangan merupakan pernyataan sikapnya terhadap pemerintah Ogonshoto. Oleh itu, mengikut pentafsir hingga sekarang resi itu bertapa di laut sambil membunuh hidupan laut perosak karang itu.

11. Seorang yang mudah dibawa berbicara. Contoh; Lelaki dari Tatamanu mengatakan kepada pentafsir alangkah mudah berbicara dengan resi tua kerana tidak perlu penafsiran.

12. Seorang yang berjiwa sensitif. Contoh; Menangis teresak-esak apabila mendengar tafsiran pentafsir tentang maksud 'akan tiba'.

PENTAFSIR (PENDAMPING)

1. Seorang penduduk Aitu yang cuba mendampingi resi selama sepuluh tahun.

2. Seorang yang suka berjenaka. Contoh; Dia berjenaka ketika hendak mengisahkan cantuman-cantumannya kepada teman-temannya yang tidak ke laut menangkap ikan.

3. Seorang yang bijak membuat tafsiran. Contoh; Dapat mentafsir kata-kata resi yang berlapis-lapis maknanya, misalnya dia dapat membuat tafsiran tentang kata-kata resi tua 'akan tiba'.

4. Seorang yang suka menolong. Dia ingin menolong orang dari Tatamanu membuat tafsiran kata-kata resi tua namun orang tersebut menolaknya kerana katanya apa jua kata-kata resi tua itulah saja maknanya.

5. Seorang yang mempercayai kuasa Tuhan. Contoh; Dia percaya bahawa kebenaran akan ditemui di dunia akan datang, iaitu di hadapan Tuhan.

PRESIDEN

1. Seorang yang memperbodohkan dirinya. Contoh; Dia menghentam ciptaan resi muda dengan kelapa emas di mana perbuatannya itu bagi resi cara seorang yang berasa dirinya paling terpelajar memperbodohkan dirinya.

2. Seorang yang suka menghina. Contoh; menghina ciptaan resi muda dengan menghentamnya dengan kelapa emas.

GAMBARAN MASYARAKAT

1. Masyarakat yang terdiri daripada resi. Contoh; Kononnya ujar penduduk Aitu, terdapat sejumlah resi di Ogonshoto. Ada yang bertapa di dalam gua gelap, menyendiri di sela-sela batu lereng gunung, ada yang berkumpul di dalam hutan dan ada yang menjungkir-balik tubuh di pohonan.

2. Masyarakat yang percaya kepada petanda-petanda buruk. Contoh; Mereka percaya dua petanda buruk melanda Aitu, iaitu dari daratan, debu gunung berapi dan dari lautan, kematian seekor paus.

3. Masyarakat yang berubah menjadi pentafsir. Contoh; Si resi muda mula melihat para tetangga dan ahli keluarganya sendiri mula berubah menjadi pentafsir, iaitu mencari sebab dan akibat, mencari jawapan mengapakah Tuhan menghantar tanda-tanda seburuk itu.

4. Masyarakat menempatlkan golongan tua pada kedudukan yang tinggi. Contoh; Penduduk Aitu meramalkan resi muda akan tewas dalam sayembara. Mereka percaya peserta paling tualah yang akan memenangi kelapa daripada emas.

5. Masyarakat yang prihatin. Contoh; Mereka membuatkan sebuah pondok kecil untuk orang dari Tatamanu dan memberikan beberapa peralatan memasak makanan dan air. Dua tiga hari sekali mereka memberi ubi dan air kepadanya.

NILAI

1. Bertanggungjawab. Contoh; Walaupun resi tua manusia kerdil tetapi dia tidak boleh berdiam diri sahaja membiarkan karangan laut dimusnahkan jadi wajarlah dia memusnahkan perosaknya.

2. Tolong-menolong. Contoh; Pentafsir ingin menolong orang dari Tatamanu membuat tafsiran kata-kata resi tua.

3 Kebijaksanaan. Contoh; Pentafsir dapat mentafsir kata-kata resi yang berlapis-lapis maknanya.

4. Keprihatinan. Contoh; Penduduk Aitu membuatkan sebuah pondok kecil untuk orang dari Tatamanu dan memberikan beberapa peralatan memasak makanan dan air.

5. Kebenaran. Contoh; Kebenaran akan ditemui di dunia akan datang, iaitu di hadapan Tuhan.

6. Ketuhanan. Contoh; Resi tua dan pentafsir percaya kewujudan Tuhan di mana mereka percaya bahawa kebenaran akan ditemui di dunia akan datang, iaitu di hadapan Tuhan.

7. Hormat-menghormati. Contoh; Masyarakat Aitu menempatkan golongan tua pada kedudukan yang tinggi.

8. Kasih sayang. Contoh; Resi tua menyayangi karangan laut yang dirosakkan oleh perosak karang.

9. Ketegasan. Contoh; Orang Tatamanu tegas tidak mahu pulang ke Tatamanu untuk menunggu kedatangan Tuhan.

MESEJ

1. Kita hendaklah tolong-menolong antara manusia. Pentafsir ingin menolong orang dari Tatamanu membuat tafsiran kata-kata resi tua.

2. Kita hendaklah bertanggungjawab menyelamatkan alam sekitar yang tercemar. Contoh; Walaupun resi tua manusia kerdil tetapi dia tidak boleh berdiam diri sahaja membiarkan karangan laut dimusnahkan jadi wajarlah dia memusnahkan perosaknya .

3. Kita hendaklah percaya kepada kewujudan Tuhan. Contoh; Resi tua dan pentafsir percaya kewujudan Tuhan di mana mereka percaya bahawa kebenaran akan ditemui di dunia akan datang, iaitu di hadapan Tuhan.

4. Kita hendaklah menjaga alam sekitar dari dicemari. Contoh; Walaupun resi tua manusia kerdil tetapi dia tidak boleh berdiam diri sahaja membiarkan karangan laut dimusnahkan .

5. Kita hendaklah prihatin kepada golongan yang daif. Contoh; Penduduk Aitu membuatkan sebuah pondok kecil untuk orang dari Tatamanu dan memberikan beberapa peralatan memasak makanan dan air.

6. Kita hendaklah berhati-hati ketika berkata. Contoh; Resi tua jika dia harus bertutur, terlebih dahulu dia mengambil masa untuk berfikir lalu meluahkan kata-kata paling terpilih yang membawa makna berlapis-lapis serta perlambangan.

7. Kita janganlah menunjukkan kebodohan diri. Contoh; Presiden menghentam ciptaan resi muda dengan kelapa emas di mana perbuatannya itu bagi resi cara seorang yang berasa dirinya paling terpelajar memperbodohkan dirinya.

8. Kita janganlah suka menghina sesama manusia. Contoh; Presiden menghina ciptaan resi muda dengan menghentamnya dengan kelapa emas.

9. Kita hendaklah menghormati golongan tua. Contoh; Masyarakat Aitu menempatkan golongan tua pada kedudukan yang tinggi.

10. Kita hendaklah mendengar nasihat yang diberikan. Contoh; Orang dari Tatamanu tidak mahu mendengar nasihat pentafsir untuk membuat tafsiran ayat 'akan tiba' yang dicakapkan oleh resi tua. Akibatnya, dia mati dalam menunggu kedatangan Tuhan.

BAB 7: JARI

Seorang guru yang pernah menjadi guru sains sekolah Tinggi Tatamanu kini mengajar di

pedalaman Kuri. Perkara yang menarik perhatian rakan dan jiran tetangga ialah sepotong jari berendam cecair pengawet dalam sebuah tabung kaca turut dibawa pindah dari Tatamanu. Pada suatu hari, ketika guru kidal itu tidak ke sekolah, mereka ke rumahnya untuk bertanya tentang jari tersebut. Guru kidal itu mengisahkan riwayatnya kepada tetamunya. Beberapa tahun lalu, golongan pengkritik mengkritik pemerintahan Ogonshoto, terutamanya Presiden yang tidak lagi mahu mendengar pendapat orang lain, termasuklah peribumi. Namun reaksi Presiden ialah secara tegas menyebut sesiapa sahaja bebas untuk memberikan kritikan konstruktif, tanpa perlu berasa takut dan khuatir, tanpa tanggapan karut sang pengkritik konstruktif, atau keluarganya, atau saudara-maranya akan dikenakan tindak balas yang keras dari pemerintah. Lalu guru kidal itu memberitahu siswanya tentang kepincangan kerajaan. Walaupun memeranjatkan banyak pihak tetapi tiada sebarang tindakan ke atasnya. Guru kidal mulai yakin kata-kata presiden tentang demokrasi Ogonshoto akan menjadi contoh terbaik fahaman demokrasi moden di Pasifik.

Tidak lama kemudian, dia menyiapkan makalah yang agak panjang untuk akhbar Ogonshoto. Dia mempertaruhkan jari manisnya akan dikerat jika makalah itu diterbitkan dan tiada apa-apa tindakan dikenakan kepadanya dan keluarganya. Beberapa hari kemudian, makalahnya yang bertajuk "Daratan" diterbitkan. Makalah yang mengisahkan tentang Adam yang terapung di angkasa mencari daratan di dunia. Daratan yang dulunya milik peribumi Ogonshoto kini telah dibahagikan oleh Presiden kepada musuhnya untuk memenangi hati mereka dan kepada pengikut setianya tanpa mengkaji implikasinya. Tanah pemberian Presiden kepada bekas musuh politiknya membuatkan mereka lupa perjuangan asal dan membangunkannya dengan bantuan pelabur asing atau menjualkannya terus kepada orang Amerika dan Eropah. Kesannya, harga tanah berlipat ganda meningkat tidak mampu dimilki rakyat tempatan. Ponyokong kerajaan yang mendapat tanah juga akan terus menjualkan tanah masing-masing kerana sasaran mereka hanyalah lima tahun, atau lima tahun akan datang apabila pemilihan umum diadakan. Hal ini berlaku kerana, untuk mengukuhkan kedudukan, mereka perlu ada wang. Akibatnya Ogonshoto sedang mengecilkan daratan. Misalnya, tujuh puluh peratus daratan Futu-Ata dimiliki orang-orang Jepun. Begitu juga di tempat-tempat lain. Banyak kawasan daratan dimiliki orang-orang Inggeris, Amerika, Australia, New Zealand, Jerman, Itali, Switzerland dan Perancis. Sekali mereka mendapat tanah daratan, mereka tidak akan melepaskannya. Dia mengakhiri tulisannya dengan menyebut pembinaan stesen angkasa adalah kerana manusia ghairah mencari daratan baru di atas sana. Ogonshoto terus menyerahkan daratan kepada bangsa-bangsa lain, mengabaikan peribumi sendiri.

Setelah dua bulan berlalu tanpa apa-apa tindakan, dia mulai percaya bahawa demokrasi mulai segar kembali di Ogonshoto. Lalu guru kidal tersebut teringat akan janji-janjinya. Namun sukar baginya untuk memotong jarinya. Lalu dia pergi ke perumahan para lepra (penyakit kusta). Di sana dia menemui sahabatnya bekas tukang kayu yang telah dipindahkan ke kawasan perumahan tersebut kerana menghidap penyakit kusta. Di sana, sahabatnya memotong jari manisnya. Sahabatnya menganggap perbuatannya sebagai bodoh.

Hukuman datang lewat selepas dia mengorbankan sebatang jarinya di mana dua minggu kemudian, setelah lukanya kering barulah dia menerima surat mengarahkannya pindah dalam tempoh dua puluh empat jam. Jadi, dia telah dipindahkan ke pedalaman sebagai hukuman atas penulisan makalahnya. Begitu juga terjadi kepada saudara maranya yang menyalahkannya kerana mereka turut menerima hukuman atas perbuatannya.

Beberapa minggu kemudian, pedalaman Kuri gempar kerana gabungan tiga syarikat

Turki, Jepun dan Jerman akan datang menebang hutan di kawasan itu untuk dijadikan padang golf. Guru itu menganggap perbuatan itu gila kerana Ogonshoto pernah dilanda kemarau parah selama sembilan bulan akibat penebangan hutan dan kawasan tadahan dimusnahkan. Kesannya, ratusan orang telah mati malah ada yang terpaksa meminum air kencing sendiri. Guru itu berani mempertaruhkan jari hantunya dengan yakin bahawa projek itu tidak akan dilaksanakan kerana belum mendapat kelulusan kajian alam sekitar. Bagi penduduk Kuri, guru itu seorang yang mempunyai keyakinan luar biasa kerana setelah kehilangan jari manisnya atas pertaruhan yang sia-sia, sekarang dia mempertaruhkan jari hantunya pula. Keyakinan guru itu berdasarkan Ogonshoto telah belajar daripada peristiwa kemarau yang lalu. Dia yakin tidak akan kehilangan jari hantunya.

Projek di Kuri dibatalkan kerana bantahan kumpulan pencinta alam sekitar yang mengemukakan kajian ilmiah setebal tujuh puluh lima halaman. Berita itu tersiar di radio, guru itu menari-nari mengangkat tangan kanannya tanda kegembiraan lebih-lebih lagi jari hantunya terselamat. Orang-orang Presiden gembira kerana projek itu dibatalkan dan memarahi pegawai negeri itu lalu mengenakan tindakan terhadapnya kerana telah meluluskan projek bukan kepada orang-orang presiden. Presiden menyuruh orang-orangnya bersedia untuk mengambi alih projek itu pada waktu yang sesuai, iaitu ketika kemarahan pencinta alam telah reda kerana projek itu menguntungkan. Apa yang akan mereka lakukan ialah mewujudkan golongan pencinta alam bikinan mereka untuk menyediakan laporan balas lapan puluh halaman yang menyokong agar hutan pedalaman Kuri boleh ditebang.

Guru berhasrat ingin mengadakan jamuan thanksgiving petang esoknya kerana bersyukur hutan pedalaman Kuri terselamat dan lebih-lebih lagi jari hantunya terselamat tidak akan bercerai daripada tapak tangannya. Petang Sabtunya, jiran-jiran datang menolong dan jamuan itu berlangsung dengan meriahnya. Akan tetapi, kemudian berkumandang di radio pengumuman daripada pejabat Presiden tentang rancangan pembinaan di pedalaman Kuri diteruskan di mana dua buah syarikat antarabangsa dari Amerika dan Scotland terlibat dengan memindahkan konsep tradisional St. Andrews. Dengan itu, Ogonshoto akan memiliki padang golf bertaraf antarabangsa dan sekali gus Ogonshoto akan sedarjat dengan negara-negara kapitalis yang maju di dunia. Kerajaan mendapati laporan pencinta alam yang berpejabat di Kuri mengandungi banyak kesilapan fakta dan data. Berpegang kepada laporan golongan pecinta alam Tatamanu, projek itu tidak memudaratkan Kuri, Futu-Ata atau Ogonshoto dalam jangka masa pendek atau panjang.

Penduduk Kuri menasihati guru itu supaya tidak menunaikan janjinya kerana akan mencacatkannya nanti namun guru itu berkata dia bukannya seorang yang suka berdolak-dalik. Lalu dia menghubungi perumahan penghidap lepra dengan telefon untuk bercakap dengan rakannya. Jawapan yang diterima ialah rakannya telah meninggal dunia tiga hari yang lalu. Dia sugul lalu ke dapur menggunakan kapak kecil memotong jari hantunya. Para tetamu meluru ke dapur di mana mereka mendapati guru itu terjelepok di suatu sudut mungkin pengsan. Darah merah berhamburan di lantai. Jari kirinya memegang jari hantunya. Di dinding beberapa kaki atas kepala guru terlihat tulisan darah, TERRA FIRMA!

BAB 7: JARI

PERSOALAN

1. Tentang kebebasan bersuara rakyat terhadap pemerintah. Contoh; Golongan pengkritik demokrasi Ogonshoto mengatakan Presiden sudah tidak mahu mendengar pendapat orang lain termasuk peribumi. Namun disangkal Presiden dengan mengatakan sesiapa sahaja bebas memberikan kritikan konstruktif.

2. Tentang ahli politik yang berpandangan singkat melupakan daratannya. Contoh; Ahli politik Ogonshoto yang berpandangan singkat menjual tanah kurniaan Presiden kepada orang-orang asing.

3. Tentang pemilikan hartanah oleh orang-orang asing. Contoh; Tujuh puluh peratus daratan Futu-Ata dimiliki orang-orang Jepun, di Rai-Rapa lebih lima puluh peratus daratan dimiliki orang-orang Inggeris, Amerika, Australia dan New Zealand.

4. Tentang pembangunan yang merosakkan alam sekitar. Contoh; Pembinaan padang golf di Kuri ditentang oleh Guru kerana kawasan tadahan akan termusnah di mana Ogonshoto pernah mengalami kemarau parah selama sembilan bulan.

5. Tentang kronisme dalam melaksanakan sesuatu projek. Contoh; Pembatalan projek padang golf di pedalaman Kuri pada awalnya sebenarnya bertujuan mengambil alih projek tersebut untuk dibahagikan kepada orang-orang Presiden.

PERWATAKAN

SEORANG GURU

1. Seorang yang pernah berkhidmat sebagai guru sains di Tatamanu dan sekarang masih menjadi guru di pedalaman Kuri.

2. Seorang yang kidal.

3. Seorang yang cacat tangannya. Contoh; Jari manis tangan kanannya tiada.

4. Seorang yang berkelakuan ganjil. Contoh; Sepotong jari berendam cecair pengawet dalam sebuah tabung kaca turut dibawa pindah dari Tatamanu.

5. Seorang yang berani menyuarakan kritikan terhadap kerajaan. Contoh; Menyuarakan kepincangan pemerintah kepada para siswanya dan menulis makalah berkaitan kepincangan dalam kepimpinan negaranya.

6. Seorang yang menepati janji. Contoh; Mengerat jari manis tangan kanannya setelah dua bulan makalahnya diterbitkan tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

7. Seorang yang melakukan pengorbanan yang sia-sia. Contoh; Pengorbanannya memotong jari manis tangan kanannya sia-sia sahaja kerana dia menerima hukuman dua minggu kemudian

di mana dia dipindahkan ke pedalaman Kuri dan ahli keluarganya juga turut menerima hukuman.

8. Seorang yang suka membuat pertaruhan dalam sesuatu perkara. Contoh; Dia sanggup membuat pertaruhan jari hantunya sekiranya pendalaman Kuri tidak berubah menjadi padang golf walaupun jari manisnya telah hilang kerana pertaruhan yang lalu.

9. Seorang yang berkeyakinan tinggi. Contoh; Dia yakin Ogonshoto sudah belajar daripada kemarau panjang sembilan bulan. Tidak ada hutan akan dikorbankan lagi termasuk pedalaman Kuri, jadi tidak mungkin jari hantunya akan bercerai dari tapak tangannya.

10. Seorang yang bersyukur kepada Tuhan. Contoh; Dia berhasrat mengadakan jamuan thanksgiving kerana dia berasa wajar untuk bersyukur kerana hutan pedalaman Kuri selamat.

11. Seorang yang tidak suka berdolak-dalik. Contoh; Dia mengatakan kepada tetamunya yang telah dijadikan taruhan tetap akan dilepaskan.

GAMBARAN MASYARAKAT

1. Masyarakat yang tiada kebebasan bersuara, terutamanya golongan pengkritik demokrasi walaupun disangkal Presiden.

2. Masyarakat yang mempunyai pemimpin politik yang berpandangan singkat. Contoh; Ahli politik Ogonshoto yang berpandangan singkat menjual tanah kurniaan Presiden kepada orang-orang asing.

3. Masyarakat peribumi yang diabaikan haknya oleh pemerintah. Contoh; Ogonshoto terus menyerahkan daratannya kepada bangsa-bangsa asing.

4. Masyarakat pemimpin yang tidak menepati janji. Contoh; Janji Presiden siapa saja bebas untuk memberi kritikan konstruktif tidak ditunaikan di mana Guru yang mengkritik kepimpinan Ogonshoto telah diberikan hukuman.

5. Masyarakat yang mengamalkan tolong-menolong. Contoh; Mereka tolong-menolong membuat persiapan jamuan thanksgiving anjuran Guru.

6. Masyarakat yang mengamalkan kronisme dalam projek kerajaan. Contoh; Pembatalan projek padang golf di pedalaman Kuri pada awalnya sebenarnya bertujuan mengambil alih projek tersebut untuk dibahagikan kepada orang-orang Presiden.

NILAI

1. Menepati janji. Contoh; Guru mengerat jari manis tangan kanannya setelah dua bulan makalahnya diterbitkan tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

2. Keberanian. Contoh; Guru seorang yang berani mengkritik kerajaan.

3. Pengorbanan. Contoh; Guru sanggup mengorbankan jarinya.

4. Keyakinan. Contoh; Guru berkeyakinan tinggi pedalaman Kuri tidak akan dibangunkan.

5. Tolong-menolong. Contoh; Para tetamu menolong guru membuat persiapan jamuan thanksgiving .

MESEJ

1. Kita hendaklah memberikan kebebasan menyuarakan pendapat . Contoh; Golongan pengkritik demokrasi Ogonshoto mengatakan Presiden sudah tidak mahu mendengar pendapat orang lain termasuk peribumi. Namun disangkal Presiden dengan mengatakan sesiapa sahaja bebas memberikan kritikan.

2. Kita hendaklah menepati janji. Contoh; Guru sanggup mengerat jari manis tangan kanannya untuk menunaikan janji.

3. Kita hendaklah tolong-menolong dalam kehidupan kita. Contoh; Para tetamu menolong guru membuat persiapan jamuan thanksgiving .

4. Kita janganlah menjadi pemimpin yang berfikiran singkat. Contoh; menjual tanah negara kepada orang asing.

5. Kita janganlah melakukan pengorbanan yang sia-sia. Contoh; Guru melakukan pengorbanan yang sia-sia dengan memotong jarinya.

6. Kita hendaklah berani menyuarakan kritikan yang membina. Contoh; Guru berani menghadapi risiko dikenakan tindakan atas perbuatannya mengkritik pemerintah.

7. Kita janganlah mengamalkan kronisme.Contoh; Orang-orang Presiden membatalkan projek padang golf di pedalaman Kuri pada peringkat awal sebenarnya bertujuan mengambil alih projek tersebut untuk diberikan kepada orang-orang Presiden.

8. Kita hendaklah menjaga alam sekitar daripada tercemar. Contoh; Pembinaan padang golf di Kuri ditentang oleh Guru kerana kawasan tadahan akan termusnah di mana Ogonshoto pernah mengalami kemarau parah selama sembilan bulan kesan daripada kemusnahan hutan dan kawasan tadahan.

9. Kita janganlah mudah diperdaya oleh harta benda dalam memperjuangkan sesuatu. Contoh; bekas musuh-musuh politik Presiden setelah menerima kurniaan tanah terus melupakan perjuangan mereka.

BAB 8: KAMERA

Tentang seorang pemuda yang baru pulang dari Tokyo ke Tatamanu. Dia telah dipilih dan dihantar ke Tokyo di bawah program Penyelidik Muda Asia-Pasifik. Pada mulanya, dia tidak menaruh sebarang harapan kerana ada beberapa orang penyelidik muda lain yang berbakat di Tatamanu. Dia pula berasal dari Runakita, kota pambangkang dan lebih buruk lagi abang tuanya dahulu merupakan seorang aktivis hak asasi manusia yang telah menghilang diri hingga sekarang. Dia ditempatkan di sebuah politeknik pinggir Tokyo. Di Ogonshoto, sejak di sekolah dasar, dia tidak pernah dididik secara formal untuk memahami dan menikmati kesenian. Oleh itu, dia tidak meminati teater tradisional seperti teater Noh yang hanya melelapkan matanya. Cuma satu kesan daripada menonton teater Noh ialah topeng-topeng yang dipakai pelakonnya. Baginya, bagaimana kalau banyak manusia memakai beberapa topeng di dunia ini, hingga menenggelamkan peribadi sebenar.

Setelah empat bulan di Tokyo sebelum kembali ke Ogonshoto, dia ke Bandar Elektrik Akihabara membeli beberapa barangan untuk kamera eksperimentalnya, iaitu sebuah kamera hitam, perakam suara saiz mini, sebuah radio transistor, termometer elektronik, pengesan pergerakan udara elektronik, buku elektronik tentang jadual cuaca global, sebuah kalendar elektronik dan beberapa utas wayar yang sesuai.

Sayangnya, semasa penerbangan, dia hanya membawa kamera hitam ke kabin. Masanya terbuang. Andai kata dia membawa semua barangan elektronik itu ke kabin, bolehlah dia memasang kamera eksperimentalnya itu.

Semasa di dalam teksi dalam perjalanan pulang sewaktu menyelak akhbar, dia ternampak iklan akhbar seperempat halaman memuatkan foto seorang lelaki tua bekas komandan tentera yang memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya sepanjang berkhidmat dalam angkatan tentera Ogonshoto. Pemandu teksi memberitahu sejak dua minggu lalu, dia sakit dan meracau dan ramai orang ke rumahnya yang kemudian mendengar cerita tentangnya. Anak-anaknya tidak seorang pun datang untuk menjaganya. Hanya isteri tua yang lumpuh menjaganya. Dia menyuruh pemandu teksi membawanya ke rumah komandan tersebut. Sesampainya ke rumah lelaki tua bekas komandan itu, dia pun menghampiri pintu untuk masuk tetapi langkahnya terhenti kerana terdengar suara orang mengerang dan bercakap-cakap. Dia ke jendela yang terbuka memerhatikan keadaan rumah dari luar.

Seorang lelaki tua, bekas komandan terbaring dan mengerang di atas katil. Isterinya yang sudah tua dan lumpuh duduk di atas lantai simen di sisi katil. Ada seorang lelaki tegap sedang berdiri menentang bekas komandan itu. Lelaki tegap itu mengatakan bekas komandan itu bodoh kerana memohon maaf kerana betapa besar salah dan dosa bekas komandan, dia hanya perlu memohon maaf kepada Tuhan. Bekas komandan menjawab dengan mengatakan sejak beberapa minggu lalu, dia teringat semula kejahatan yang dilakukannya. Terbayang di matanya mayat-mayat mereka hidup semula datang membalas dendam. Lelaki tegap itu mengatakan bekas komandan itu tolol kerana sudah didoktrinkan dan diajar supaya tidak berasa berdosa demi Presiden dan Republik. Tiba-tiba bekas komandan menjerit sambil menuding siling rumah sambil berkata lelaki aktivis hak asasi menjelma di mana dia ingat lima tahun lalu di jurang gunung berapi Gora-Gora semuanya berlaku atas perintah sulit presiden. Lelaki tegap menyambar bekas komandan untuk dibawa ke hospital tentera dan tiga jam lagi isterinya pula akan dibawa ke rumah orang-orang tua.

Di dalam kamar rumah bujangnya di Tatamanu, dia memasang kamera eksperimentalnya. Akhirnya, kamera eksperimentalnya siap. Dia mencuba kamera eksperimentalnya. Hasilnya berjaya di mana dia dapat merakam peristiwa yang telah berlaku. Mengikut rakannya, ciptaan ini luar biasa. Dia menceritakan kepada sahabatnya tentang apa yang didengarnya semasa bekas komandan meracau, iaitu tentang peristiwa di kawah gunung berapi Gora-Gora dan tentang aktivis hak asasi. Baginya, mungkinkah lelaki aktivis itu abang tuanya. Dia mengajak rakannya mendaki gunung berapi Gora-Gora untuk mencari bukti. Setelah dua hari, mereka tiba di puncak. Mereka dapat melihat beberapa imej hitam putih di pemidang tilik kamera eksperimental lalu mengelik beberapa kali. Apabila dicuci filemnya, hanya tiga frame yang menjadi. Pencipta kamera eksperimental itu menjerit apabila mengenali wajah seorang lelaki yang matanya diikat dengan sehelai kain, iaitu abang tuanya sendiri. Foto pertama, mata abang tuanya diikat dengan sehelai kain dengan kedua-dua tangannya digari ke belakang. Melalui pita suara kedengaran abang tuanya merayu supaya jangan apa-apakan dia namun Komandan menyuruh membawa abang tuanya ke pinggir jurang. Foto kedua, tentera menjauhkan diri daripada abangnya dan abangnya sudah melutut betul-betul di tepi jurang gunung berapi Gora-Gora. Komandan berdiri tegak kira-kira lima kaki dari abang tuanya sambil mengacukan pistol ke arah kepala abang tuanya. Melalui pita suara, kedengaran abang tuanya merayu supaya dirinya tidak dibunuh dan dibawa ke pengadilan dan kedengaran bunyi letupan pistol. Foto ketiga, tentera menerajang mayat abang tuanya masuk ke dalam kawah gunung berapi. Kepala abang tuanya terjunam ke bawah dan Komandan menyarungkan pistolnya. Melalui pita suara, kedengaran bunyi angin malam dan gelegak bara yang mengerikan.

Pencipta kamera eksperimental ingin membawa perkara tersebut ke pengadilan. Walaupun tidak begitu yakin hasratnya akan berjaya namun dia akan mencuba. Dia menulis manual penggunaan kamera eksperimentalnya untuk ditinggalkan kepada rakannya sekiranya apa-apa terjadi kepada dirinya atau temannya kelak. Dia meninggalkan rakannya untuk pergi mencari keadilan.

Dalam sebuah bangunan, dia sedang menunggu salinan laporannya selama tiga jam. Baginya, keadilan mesti ditegakkan dengan membawa bekas komandan dan tentera ke muka pengadilan kerana hanya mereka yang tahu sama ada pembunuhan itu kehendak mereka sendiri atau atas arahan pihak lain. Dua orang tentera datang menahannya atas kesalahan yang amat besar kerana menggunakan kamera yang belum diluluskan penggunaannya di Ogonshoto. Tanpa pengetahuannya, salinan tiga keping foto dan pita suara telah dihantar ke hospital tentera tempat komandan itu diawasi. Apabila diperlihatkan foto dan diperdengarkan pita suara, komandan itu menjerit melolong dan pengsan. Begitulah yang berlaku kepada bekas komandan itu dua hari dua malam di mana akhirnya dia meninggal dunia.

Pencipta kamera eksperimental ditahan di lokap tentera . Dia belum lagi dimaklumkan hari perbicaraannya walaupun sudah dua hari ditahan kerana kebiasaannya, pada hari ketiga penangkapan, perbicaraan akan dilakukan. Anehnya, dia belum dimaklumkan bilakah kes pembunuhan abang tuanya akan dibawa ke muka pengadilan. Dia terbayang-bayang akan kamera eksperimentalnya. Entah di tangan siapa. Kamera itu mampu merakamkan masa lalu pada masa ini. Memasang dan menciptanya mudah, boleh diinovasi. Pendeknya, boleh didapati di mana-mana tidak lama lagi. Tiba-tiba, dia tercium bau belerang di mana dia mati ditembak.

BAB 8: KAMERA

PERSOALAN

1. Tentang penggunaan teknologi moden dalam mencari kebenaran. Contoh; Dia menggunakan kamera eksperimental dalam mencari kebenaran kehilangan abang tuanya.

2. Tentang kekejaman pemerintah terhadap golongan penentang. Contoh; Abang tua aku seorang aktivis hak asasi telah dibunuh oleh komandan atas perintah sulit presiden di jurang kawah gunung berapi Gora-Gora.

3. Tentang pemerintahan yang tidak adil. Contoh; Setelah mendapat bukti kematian abangnya dia ingin mendapatkan keadilan di mana bekas komandan dan tentera yang kelihatan dalam foto itu dibawa ke muka pengadilan. Namun sebaliknya berlaku apabila dia ditahan atas kesalahan memiliki kamera eksperimental yang belum diluluskan di Ogonshoto.

PERWATAKAN

DIA

1. Seorang yang berasal dari Runakita, iaitu kota pembangkang.

2. Seorang penyelidik. Contoh; Dia dipilih dan dihantar ke Tokyo di bawah program Penyelidik Muda Asia-Pasifik.

3. Seorang yang tidak suka membuang masa. Contoh; Dia mengutuk dirinya sendiri kerana masanya terbuang begitu saja kerana semua barangan elektronik yang dibelinya berada di kabin, jika tidak dia boleh memasang kamera eksperimentalnya.

4. Seorang yang bijaksana. Contoh; Dia mencipta kamera eksperimental yang berjaya merakam peristiwa yang telah berlaku.

5. Seorang yang berani menegakkan keadilan. Contoh; Setelah mendapat bukti kematian abangnya, dia ingin mendapatkan keadilan di mana bekas komandan dan tentera yang kelihatan dalam foto itu dibawa ke muka pengadilan di mana hanya mereka yang tahu pembunuhan abangnya angkara perbuatan mereka sendiri atau atas arahan pihak lain.

6. Seorang yang didapati bersalah kerana menegakkan keadilan. Contoh; Dia ditahan di lokap tentera kerana kesalahan memiliki kamera eksperimental walaupun yang dituntutnya ialah keadilan kematian abangnya .

7. Seorang yang mati ditembak tentera. Contoh; tiba-tiba dia tercium belerang.......lembaga bertopeng han'nya masih mencengkam kukuh lengan kirinya, sambil terus membawanya terbang di kolong langit malam.

GAMBARAN MASYARAKAT

1. Masyarakat yang hidup di bawah pemerintahan pemerintah yang zalim. Contoh; Aktivis kemanusiaan diarah bunuh oleh Presiden kerana menjadi penentang dasar pemerintahannyanya.

2. Masyarakat yang tidak mendapat keadilan pemerintah. Contoh; Dia ditahan dilokap tentera kerana kesalahan memiliki kamera eksperimental walaupun yang dituntutnya ialah keadilan kematian abangnya .

NILAI

1. Keinsafan. Contoh; Seorang lelaki bekas komandan memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapan sepanjang perkhidmatannya dalam angkatan tentera.

2. Kebijaksanaan. Contoh; Dia mencipta kamera eksperimental yang berjaya merakam peristiwa yang telah berlaku.

3. Kasih sayang. Contoh; Walaupun lumpuh isteri komandan menjaga komandan yang sedang sakit walaupun tidak dipedulikan anak-anaknya.

4. Ketuhanan. Contoh; Lelaki tegap berkata kepada komandan betapa besar pun salah dan dosa komandan dia hanya perlu meminta maaf kepada Tuhan kerana Tuhan pemaaf.

5. Keadilan. Contoh; Setelah mendapat bukti kematian abangnya dia ingin mendapatkan keadilan di mana bekas komandan dan tentera yang kelihatan dalam foto itu dibawa ke muka pengadilan.

6. Keberanian. Contoh; Setelah mendapat bukti kematian abangnya dia ingin mendapatkan keadilan atas kematian abangnya.

7. Bertanggungjawab. Contoh; Komandan bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan di mana dia memohon maaf atas kesalahannya.

MESEJ

1. Kita hendaklah tidak membuang masa kerana masa itu amat berharga. Contoh; Dia mengutuk dirinya sendiri kerana masanya terbuang begitu saja kerana semua barangan elektronik yang dibelinya berada di kabin, jika tidak dia boleh memasang kamera eksperimentalnya.

2. Kita hendaklah insaf akan perbuatan salah yang telah kita lakukan. Contoh; Seorang lelaki bekas komandan memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapan sepanjang perkhidmatannya dalam angkatan tentera.

3. Kita hendaklah menyayangi kedua-dua ibu bapa. Contoh; Anak-anak komandan seorang pun tidak mahu menjaganya yang sedang sakit.

4. Kita hendaklah menegakkan keadilan. Contoh; Setelah mendapat bukti kematian abangnya dia ingin mendapatkan keadilan atas kematian abangnya.

5. Kita janganlah menjadi pemerintah yang kejam. Contoh; Presiden mengarahkan komandan membunuh abang tua aku.

6. Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan. Contoh; Komandan bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan di mana dia memohon maaf atas kesalahannya.

BAB 9: BAHTERA

Mengikut perkiraan lelaki berumur akhir lima puluhan, bakal nakhoda bahtera itu, esok hari yang paling sesuai untuk diluncurkan bahtera ke laut. Dia sudah membuat perkiraan baik buruk tiap-tiap hari bulan mengikut cara perhitungan orang-orang tua Ogonshoto. Hampir setahun lalu ketika dia bersampan cadik di sebelah petang untuk pulang ke rumahnya, dia terlihat seekor penyu raksasa hijau lumut kehitam-hitaman menyusup di bawah sampan cadiknya. Sesampainya di pantai, dia ke warung lalu menceritakan tentang penyu raksasa itu. Tiada seorang pun mempercayainya. Ada yang mengejeknya dan carut-mencarut berpanjangan. Menurut lelaki tua itu, kedatangan penyu raksasa ke pulau karang itu tidak penting kerana ada gua besar tempat tinggalnya tetapi yang penting ialah bila penyu itu akan meninggalkan guanya. Menurutnya, hanya penyu raksasa yang dapat mengesan gegaran kerak bumi. Seribu tahun lalu, berlaku gempa bumi luar biasa di mana hilang lenyap beberapa buah pulau. Tinggallah Gora-Gora, Futu-Ata, Rai-Rapa dan pulau-pulau pasir karang. Jadi, mereka memerlukan bahtera yang boleh membawa sebanyak mana penduduk Ogonshoto. Penduduk Ogonshoto makin ramai mempercayainya. Mereka berbaris-baris mendaftar diri sebelum dibenarkan menaiki bahtera.

Pada peringkat awal dulu bukan sahaja tidak mempercayai kisah kemunculan penyu raksasa malah memperolok-olokkan usahanya membina bahtera. Penyu raksasa membawa alamat buruk, jadi mereka harus berpindah mencari daratan baharu. Bahtera besar perlu dibina. Berminggu-minggu kemudian barulah dia didatangi pengikut-pengikut yang percaya kepadanya termasuk lelaki pendiam dan beberapa orang resi yang mengasingkan diri di dalam hutan. Namun dia ditentang anak lelakinya yang tinggal di asrama di Tatamanu yang mengatakan Ogonshoto terletak jauh dari plat lingkaran gunung berapi pasifik. Namun dia faham pemikiran anak muda berbeza dengan orang tua. Sukar baginya yang buta huruf untuk memberi penjelasan kepada anaknya tentang ‘kebenaran’ daripada cita rasa dan deria lampau berbanding ilmu yang dipelajari.

Dia tidak faham birokrasi Ogonshoto, permohonannya ditolak dari satu jabatan ke satu jabatan. Akhirnya, dia meminta bantuan sebuah Firma Jepun dari Futu-Ata yang kagum dengan rancangannya. Peruntukan besar dikeluarkan untuk memberi rasuah kepada politikus dan birokrat tertentu di Ogonshoto. Seminggu kemudian barulah dia dan pengikutnya mendapat keizinan untuk membina bahtera. Kebenaran diberi untuk mengambil kayu di hutan seluas lima ratus ekar di Futu-Ata dalam tempoh maksimum dua tahun dan di puncak layar mesti dikibarkan bendera Ogonshoto. Itulah hutan terakhir di Ogonshoto. Dia mula mengarahkan pengikutnya bekerja seperti menggali perigi, membina bangsal,mendirikan gudang, dan membuat tapak galangan. Dia kembali mengingat ilmu bahtera yang dipelajarinya dulu. Siang malam pengikutnya bekerja menyiapkan bahtera. Dia mengejar masa, di mana sebaiknya biarlah bahtera sudah terapung apabila penyu raksasa mula tinggalkan pulau itu. Seseorang diperintah untuk memerhatikan penyu tersebut.

Terdapat seorang lelaki dan dua orang wanita yang sakit parah ingin menaiki bahtera namun dihalang pengikutnya. Nakhoda buat sementara waktu menyuruh mereka beristirehat di gudang alat utas. Nakhoda bertanya mereka sejak bila mereka sakit. Lelaki itu memberitahu sejak balik dari jamuan di istana Presiden dua hari lalu. Lelaki itu berharap nakhoda membenarkan mereka bertiga naik kapal namun ditolak nakhoda. Mereka memberitahu sebenarnya telah ada lima penumpang yang mereka kenal yang turut dalam jamuan Presiden berada dalam bahtera. Nakhoda ingin mengesan kelima-lima orang penumpang itu dengan mengatakan makanan dalam bahtera tidak seenak hidangan di istana Presiden namun tidak seorang pun menyambut umpanannya tentang hidangan di istana Presiden.

Nakhoda menatap mata dan bibir setiap orang. Sesiapa yang mata dan bibirnya layu diarahkan pindah ke geladak namun jumlahnya melebihi lima, iaitu lapan belas orang. Tiba-tiba lelaki yang bertugas di dulang-dulang melaung sambil melambai-lambai nakhoda. Nakhoda bergegas ke dulang-dulang lalu meneropong ke arah perairan pulau karang. Penyu raksasa dilihat telah meninggalkan pulau karang ke timur. Bahtera yang panjangnya seratus dua puluh meter, lebarnya dua puluh lima meter dan dalamnya lima belas meter diluncurkan ke laut. Menurut firasat Nakhoda, pelayaran akan bermula esok harinya mengikut penyu raksasa itu. Malam itu, nakhoda berasa lega kerana anaknya akan ikut bersamanya namun yang perlu difikirkan ialah nasib dua wanita dan seorang lelaki di gedung itu di mana membawa mereka seakan-akan sengaja menyebarkan wabak penyakit yang mungkin akan membunuh semua orang dalam bahtera tetapi meninggalkan mereka seolah-olah membiarkan mereka mati dalam malapetaka.

Dalam waktu yang sama, anak nakhoda menulis sesuatu dalam buku catatannya, iaitu bagaimana bapanya tahu malapetaka akan tiba. Sebenarnya, mereka yang berpenyakit itulah bagi anaknya yang akan membawa malapetaka besar dalam bahtera. Di mana bahtera bapanya ibarat sebuah pulau, sekali malapetaka melanda, semua akan mati di atas pulau binaan bapanya itu. Buku catatan itu diletakkan di sisi lampu Hurricane dalam kamar bapanya.

Akhirnya, nakhoda membenarkan mereka yang berpenyakit itu naik ke bahtera. Ketika dalam perahu tiba-tiba mereka didatangi seorang lelaki tinggi berpakaian serba putih merayu untuk naik ke bahtera. Nakhoda membenarkannya naik bersama-sama tiga orang yang berpenyakit tadi. Ketiga-tiga orang yang berpenyakit itu ditempatkan di buritan kapal. Sewatu Nakhoda menyebut masakan tidak seenak hidangan istana lelaki tinggi berpakaian putih itu bersuara menyatakan dia adalah ketua tukang masak. Nakhoda menyuruh lelaki itu mengikutinya ke dalam kamar. Sauh diangkat dan bahtera pun belayarlah. Sewaktu itulah anak Nahoda terjun berenang ke pantai.

Bahtera itupun belayarlah mengikut laluan penyu. Di dalam kamar nakhoda, lelaki itu menceritakan lebih sepuluh tahun dia menjadi tukang masak Presiden. Baru-baru ini, Presiden ingin memakan bubur tradisional Ogonshoto yang paling enak, iaitu bubur taro. Campurannya gandum, sotong, dan daging rusa, ditambah sayur-sayuran. Apa yang memeningkan tukang masak ialah ketiadaan daging rusa. Sehari sebelum jamuan besar itu, seorang lelaki datang ke rumahnya. Lalu dibunuhnya lelaki itu, dilapah dan dikisar dagingnya dan dijadikan ramuan bubur. Dua tiga hari tetamu mula sakit termasuk Presiden. Tukang masak akhirnya tahu bahawa lelaki itu penghidap sakit kelamin yang parah daripada surat mangsa yang terdapat dalam dompetnya. Mendengar cerita itu, Nakhoda mengarahkan tukang masak itu ke geladak. Suara tukang masak itu berubah menjadi halus, menarik lapisan atas rambutnya, lalu mengurailah rambutnya yang panjang hingga ke bahu. Apabila pakaian serba putihnya ditanggalkan, rupanya dia adalah seorang wanita lampai bergaun labuh. Wanita itu meninggalkan kamar nakhoda. Nakhoda menjumpai buku catatan anaknya yang ditinggalkan berhampiran lampu hurricane. Setelah membacanya, ketahuilah dia bahawa anaknya telah meninggalkan bahtera itu. Dia menjadi gementar dan longlai.

Tiba-tiba terdengar dentuman luar biasa seperti halilintar. Asap gunung berapi kian menebal. Gelombang besar lagi tinggi muncul di barat Ogonshoto melanyak kepulauan, bangunan dan semua yang hidup di atasnya. Gelombang itu bergerak ke timur. Bahtera Nakhoda dilanda gelombang dan terangkat enam ratus kaki ke udara dan perlahan-lahan menggelongsor menuruni lereng gelombang. Ogonshoto hilang tidak bersisa. Teringat dia akan anaknya. Pada fikirannya, dia akan menurunkan penumpang yang dijangkiti di pulau yang mula-mula ditemui namun dia membatalkan hajatnya kerana baginya biarlah dia menyelamatkan mereka kerana dia telah kehilangan seorang anak lelaki. Setelah berminggu-minggu belayar akhirnya pada suatu pagi, kedengaran laungan 'Tuan nakhoda! Daratan'.

EPILOG: TSUNAMI

Bahtera dari Ogonshoto mendahului Kawai Maru berlabuh di pulau itu. Kedua-dua kapal itu datang dari arah yang berlainan. Apabila mereka bertemu di darat buat pertama kalinya, peristiwa tsunamilah yang mula-mula mereka perkatakan. Gora-gora, Rai-rapa, dan Futu-Ata hancur luluh. Mujurlah Kawai Maru dan bahtera itu tidak turut ditelannya. Sepuluh penumpang bahtera terbunuh. Yang sakit dimasukkan ke dalam wad dan yang lain ditempatkan di khemah-khemah khas sementara menunggu keputusan pemerintah pulau itu. Nakhoda menyerahkan nasibnya dan para pengikutnya kepada pemerintah pulau itu sama ada menerima mereka tinggal di situ atau meneruskan perjalanan mencari daratan lain.

Berminggu-minggu lamanya Kawai Maru berlabuh di sana, jadi keraplah mereka bertemu dengan nakhoda dan pengikutnya. Perhubungan mereka menjadi akrab. Di sanalah juga watak-watak yang masih hidup dalam semua Naratif Ogonshoto ditemui. Daripada tokok tambah merekalah naratif-naratif Ogonshoto ini menjadi lengkap seperti seekor ikan yang lengkap.

Semua itu telah berlalu berpuluh-puluh tahun yang lampau. Aku berumur lapan puluh tahun dan sudah dua puluh tahun meninggalkan Kawai Maru. Semua rakan-rakannya memilih jalan sendiri. Peristiwa pertemuan dengan nakhoda dan pengikutnya terjadi ketika umurku empat puluh tahun lima bulan.

Kawai Maru telah digantikan dengan tenaga-tenaga muda lepasan sekolah tinggi. Mereka tidak pasti sama ada Tuan Kawai masih hidup atau meninggal dunia.

Kebanyakan teman-teman aku telah pulang ke kampung masing-masing. Kehidupan di kampung halaman membingungkan kerana tidak ada teman masa kecil atau kenalan akrab. Kehidupan menjadi sunyi tidak seperti hiruk-pikuk di Kawai Maru. Tidak semua isteri dapat menerima kehadiran suami mereka yang tiba-tiba muncul di hari tua. Kebingungan berada di rumah yang sempit dan berdua-duaan sahaja dengan isteri membuatkan lelaki tua mulai mengikut ke mana sahaja isterinya pergi. Akhirnya, pergerakan yang merimaskan ini menyebabkan berlakunya penceraian.

Aku tidak pulang ke kampung halamannya. Isteri aku di kampung telah meninggal dunia tiga puluh tahun yang lalu ketika Kawai Maru berada di Jurang Marianas. Perkahwinan mereka tidak mendapat zuriat, jadi sebaik sahaja berhenti dari Kawai Maru, aku memilih tinggal di sebuah rumah orang tua di Daerah Kita, Tokyo. Kompleks kediamannya terletak di sudut sebuah taman yang luas. Persekitarannya amat sunyi sedangkan di luar taman di kota Tokyo hiruk-pikuk.

Tatkala membuka mata, aku berada di wad hospital. Jururawat memberitahu pembedahan sangat berjaya dan mungkin hujung minggu ini aku boleh pulang ke rumah. Telah lama aku merahsiakan penyakit ini daripada pengetahuan keluarga dan sahabat. Ketika menjalankan tugas di sebuah organisasi Asia-Pasifik di Tokyo, penyakit semakin serius lalu terpaksalah aku menyerah untuk dibedah. Aku memejamkan matanya mengingati kampung halamannya.