kajian literatur keberkesanan faktor psikologi pendidikan dalam mempengaruhi pencapaian akademik...

11
1 SEMESTER I - 2014/2015 PGA 101-PELAJAR DAN KEPERLUAN PEMBELAJARAN SOALAN 3 : KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR UNIVERSITI. Disediakan oleh: Nur Adilah binti Harun (123***) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (Sastera dengan Pendidikan) Disediakan untuk: Dr. Zarina binti Mustafa Tutor PGA 101 Tarikh Penghantaran: 25 November 2014

Upload: malaysia

Post on 18-Jul-2015

273 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR UNIVERSITI

1

SEMESTER I - 2014/2015

PGA 101-PELAJAR DAN KEPERLUAN PEMBELAJARAN

SOALAN 3 : KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI

PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK

PELAJAR UNIVERSITI.

Disediakan oleh:

Nur Adilah binti Harun (123***)

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (Sastera dengan Pendidikan)

Disediakan untuk:

Dr. Zarina binti Mustafa

Tutor PGA 101

Tarikh Penghantaran:

25 November 2014

Page 2: KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR UNIVERSITI

2

1.0 Pengenalan

Setiap pelajar memiliki tahap pencapaian akademik yang berbeza-beza dan

keadaan ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pada dasarnya terdapat

banyak faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar tidak kiralah pelajar

pada peringkat sekolah mahupun universiti. Menurut Khalid (2002), kecerdasan intelek,

daya usaha yang berlebihan, tumpuan yang lebih ketika proses pengajaran dan

pembelajaran serta gaya pembelajaran yang berkesan mempengaruhi tahap pencapaian

akademik pelajar.

Kajian literatur ini lebih mengfokuskan kepentingan atau hubungan faktor

psikologi pendidikan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar di peringkat

universiti. Psikologi merujuk kepada satu kajian secara mendalam berkaitan tingkah laku

yang merangkumi perasaan, sikap serta pemikiran manusia dan haiwan secara nyata dan

yang terselindung (Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur,1998). Bukan itu sahaja bidang

psikologi amat penting bagi mengenal pasti perubahan yang berlaku terhadap individu

serta faktor-faktornya semasa awal kelahiran higgalah dewasa. Pendidikan pula

bermaksud usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan secara formal melalui sekolah

mahupun secara tidak formal dalam kehidupan seharian. Dalam proses mendapatkan ilmu

pengetahuan khususnya dalam pendidikan formal sudah pasti memerlukan pelbagai

pemboleh ubah untuk memudahkan lagi proses pembelajaran berjalan dengan berkesan

sekali gus menentukan pencapaian akademik pelajar. Antara faktor yang dinilai dalam

proses pembelajaran ialah konsep kendiri, gaya kognitif yang diamalakan, motivasi diri

dan personaliti.

Page 3: KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR UNIVERSITI

3

Oleh itu, bidang psikologi pendidikan merupakan aplikasi terhadap pendekatan-

pendekatan psikologi bagi menyelidik secara terperinci proses pendidikan dan

pembelajaran itu berlaku serta sejauh mana pemboleh ubah tersebut berkesan dalam

pencapaian akademik pelajar. Dalam kajian literatur ini akan disertakan contoh-contoh

spesifik berkaitan keberkesanan faktor-faktor psikologi pendidikan dalam pencapaian

akademik pelajar peringkat universiti.

2.0 Faktor-faktor psikologi yang mempengaruhi pencapaian akdemik pelajar

universiti.

2.1 Personaliti

Menurut Shahabuddin et al (2003), personaliti boleh didefinikan sebagai

perwatakan, keterampilan, keperibadian seseorang yang merangkumi daya

penarik dan corak pertuturan yang dimiliki. Dalam skop pendidikan personaliti

dikatakan turut mempengaruhi pencapaian akademik seseorang. Kajian berkaitan

personaliti dalam kalangan pelajar amat penting kerana, ramai yang beranggapan

pelajar yang mendapat pencapaian akademik yang cemerlang merupakan pelajar

yang baik berbanding pelajar yang lemah. Menurut Boon Pong Ying dan Ragbir

Kaur (1998), terdapat tiga jenis personaliti yang dapat dikaitkan dengan

pencapaian akademik pelajar, antaranya ialah personaliti introvert, personaliti

ekstrovert dan personaliti ambivert.

Secara umumnya setiap individu memiliki kedua-dua ciri personaliti

yang dikenali sebagai personaliti ambivert yang mana terdapat gabungan kedua-

Page 4: KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR UNIVERSITI

4

dua ciri tersebut. Hal ini demikian kerana seseorang akan berubah sikap mengikut

keperluan. Sebagai contoh, seseorang pelajar menunjukkan personaliti ekstrovert

terhadap kursus yang diminati seperti Kursus Pengurusan, Pendidikan dan

Kominikasi yang melibatkannya berinteraksi dengan orang lain dan cenderung

kepada respon umum. Pelajar seperti ini suka untuk bersosial, peramah, kreatif,

suka bekerja dengan orang lain dan rajin bertanya. Sikap konservatif dan

keterbukaan yang dimilikinya itu dia mampu memperoleh pelbagai pengetahuan

dan pengalamannya akan bertambah. Kesannya ia akan mempengaruhi

pencapaian akademik bagi kursus yang dia minati.

Pada masa yang sama seseorang pelajar itu juga memiliki personaliti introvert

apabila berada dalam situasi pembelajaran topik yang dia tidak minat. Sebagai

contoh, pelajar yang suka bercakap dan memiliki kelancaran bertutur akan

berubah personaltinya kepada introvert apabila mengikuti kelas Sains dan

Matematik kerana bidang ini lebih merlukan pelajar membuat pemerhatian dan uji

kaji terhadap konsep Sains yang dipelajari. Kesan daripada itu, mungkin dia

kurang mengambil bahagian atau menonjolkan diri semasa proses pembelajaran

dan mengakibatkannya ketinggalan. Seperti yang dikatakan oleh Allport (1961),

personaliti individu adalah bersifat dinamik supaya seseorang itu dapat

menyesuaikan tingkah lakunya dengan persekitaran yang berubah-ubah mengikut

keadaan.

Namun begitu bukan secara keseluruhan personaliti yang baik atau

positif serta kursus yang diminati ini menjadi penentu kepada pencapaian

akademik pelajar. Dalam situasi lain, tidak semestinya pelajar yang mesra, aktif

Page 5: KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR UNIVERSITI

5

dan kreatif mampu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam akademiknya.

Berdasarkan kajian Mohd Zuri Ghani, Rahimi, Nik Rosila dan Aznan (2008),

mengatakan pelajar yang berpersonaliti introvert lebih menonjol dalam

pencapaian akademik kerana mereka cenderung berlajar sendiri daripada

berkumpulan. Hal ini demikian kerana, pelajar yang lebih banyak berdiam diri

sering menilai dan membetulkan kesilapan dirinya dan membuat perbandingan

dengan orang lain secara peribadi. Bukan itu sahaja, pelajar seperti ini melakukan

sesuatu perkara atas dasar kepuasan diri bukannya untuk dapatkan perhatian orang

lain.

2.2 Konsep kendiri

Konsep kendiri yang diperkenalkan oleh William James pada tahun 1988

merujuk kepada ‘saya’ yang melibatkan perspektif dan tanggapan terhadap diri

kita. Ia merangkumi aspek fizikal diri, pemikiran, pemakaian serta apa-apa yang

berkaitan dengan diri sendiri. Dalam skop pendidikan konsep kendiri lebih

berkaitan kepada perkara yang difikirkan oleh pelajar atau keseluruhan pandangan

berkaitan dirinya termasuklah kelemahan dan kelebihannya dalam proses

pembelajaran. Menurut Shahabudin et al (2003), konsep kendiri memiliki kaitan

dengan pembelajaran kerana ia dianggap sebagai pemboleh ubah untuk seseorang

pelajar memikirkan mengenai dirinya kemudian bertindak sebaik mungkin bagi

meningkatkan perkembangan diri dalam mencapai akademik yang cemerlang.

Konsep kendiri individu akan terbentuk melalui gaya didikan ibu bapa,

Page 6: KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR UNIVERSITI

6

pengalaman yang diperoleh semasa berinteraksi dengan persekitaran, pengaruh

rakan sebaya, status sosioekonomi dan pendidikan. Oleh itu semakin banyak

pengalaman semakin tinggi konsep kendiri seseorang.

Sebagai contoh, dalam satu perbincangan berkumpulan seseorang pelajar

yang sentiasa terbuka menerima kritikan rakannya dan menghomati pandangan

rakan lain serta memberi respon yang positif dianggap memiliki konsep kendiri

positif yang tinggi. Pelajar seperti ini mudah diterima umum kerana berfikiran

positif serta menghormati pendapat rakan-rakan yang lain. Sikap yang ada pada

pelajar ini sekali gus mempengaruhi kelancaran proses pembelajarannya. Hal ini

demikian kerana, respon positif rakan terhadapnya akan meningkatkan lagi

semangat atau motivasi untuk dia fokus dan terus memberi komitmen dalam kerja

yang ditugaskan sekali gus turut mempengaruhi pencapaian akademiknya. Di

samping itu, pelajar yang memiliki konsep kendiri positif tidak mudah putus asa

dan menghadapi cabaran dengan tabah. Sekiranya, pelajar ini gagal atau

melakukan kesilapan semasa belajar dia akan cepat-cepat dan berusaha untuk

perbetulkan kesalahannya. Kesan daripada usaha yang gigih tersebut akan

membantunya dalam mencapai akademik yang cemerlang. Sebaliknya, pelajar

yang tidak mengambil peduli terhadap perkara yang dibincangkan dalam

kumpulan dan mementingkan diri sendiri dianggap sebagai konsep kendiri yang

negatif. Pelajar seperti ini sukar diterima umum, dipandang serong serta akan

ketinggalan dalam pembelajaran kerana lebih suka meminta simpati orang tanpa

berusaha sendiri.

Page 7: KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR UNIVERSITI

7

2.3 Motivasi

Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa motivasi merupakan motif-motif

yang menyebabkan proses membangkitkan, mengekalkan dan menyealurkan

tingkah laku kearah mencapai matlamat. Manurut Kamus Dewan Edisi keempat,

motivasi merujuk kepada keinginan yang keras dan semangat yang ada pada diri

seseorang mendorongnya untuk berusaha bagi mencapai sesuatu matlamat. Oleh

itu bagi mencapai sesuatu kejayaan, semangat yang tinggi(motivasi) diperlukan

supaya dapat mengerakkan tingkah laku yang bersesuaian. Bukan itu sahaja,

motivasi seseorang terbentuk melalui minatnya terhadap sesuatu perkara,

keperluan, sikap diri sendiri, dan aspirasi. Oleh itu, dalam proses pembelajaran,

motivasi merupakan pemboleh ubah yang penting bagi mendorong dan

mengerakkan seseorang pelajar itu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai

keputusan yang cemerlang.

Pelajar yang memiliki kesedaran dalam pendidikan, misalnya mengetahui

kepentingan dalam pendidikan mampu mengubah gaya hidup serta sosioekonomi

seseorang akan berusaha keras tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran yang

serta merta. Pelajar seperti ini dapat dikelaskan sebagai pelajar yang mempunyai

motivasi instrinsik. Bruner (1966) menyifatkan motivasi interinsik ini kepada

naluri ingin tahu yang didorong dengan minat terhadap sesuatu tanpa

mengharapkan ganjaran. Motivasi ini akan mengerakkan tingkah laku yang sesuai

untuk pelajar tersebut mencapai matlamat yang diharapkannya. Oleh itu, pelajar

seperti ini pencapaian akademiknya akan lebih menonjol kerana dia akan sentiasa

tingkatkan usahanya tanpa memikirkan ganjaran yang bakal diperoleh sebaliknya

Page 8: KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR UNIVERSITI

8

melakukan sesuatu untuk kepuasan jangka masa panjang. Sebaliknya, pelajar

yang sering mengharapkan pujian atau balasan berbentuk kebendaan semasa

menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah lebih memiliki motivasi

ekstrinsik. Besar kemungkinan, pelajar seperti ini akan menonjol dan belajar

dengan lebih seronok apabila diberi ganjaran atau hadiah jadi dia akan berusaha

supaya apa-apa yang ditawarkan menjadi miliknya. Namun begitu, usahanya

mungkin kurang berbanding pelajar yang bermotivasi instrinsik kerana usaha

pelajar bermotivasi ekstrinsik tidak berterusan.

Tidak seratus peratus faktor motivasi mempengaruhi pencapaian

akademik pelajar. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Saemah Rahman dan

Philips, J.A. (2007), menyatakan bahawa motivasi tidak berkait secara langsung

dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Sebaliknya motivasi akan

dibantu dengan pemboleh ubah atau konstruk lain seperti metakognisi untuk

mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Hal ini demikian kerana, terdapat

banyak kajian telah membuktikan seseorang yang mempunyai motivasi yang

tinggi tetapi mengamalkan kaedah pembelajaran yang salah tidak akan

membantunya mencapai keputusan yang cemerlang. Sebagai contoh,

penganugerahan dekan yang diberikan akan bertindak sebagai motivasi luaran

bagi mendorong pelajar untuk memoeroleh keputusan yang cemerlang namun

begitu cara belajar dan gaya kognisi pelajar yang salah tidak akan membantu

pelajar tersebut memperoleh anugerah dekan. Kesimpulannya, motivasi luaran

dan dalaman ini amat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar di peringkat

universiti dan akan lebih berhasil apabila dibantu dengan pemboleh ubah lain.

Page 9: KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR UNIVERSITI

9

2.4 Gaya Kognisi

Menurut Habibah dan Rahil (1990), gaya kognisi atau kognitif ialah

organisasi proses pemikiran dan pembelajaran. Seterunya menjurus kepada cara

sesuatu maklumat itu, diperoleh, disusun, disimpan dan dikeluarkan untuk

digunakan oleh individu. Menurut Azizi Yahya et al. (2005), gaya kognitif

membezakan tahap kecerdikan dan kecerdasan individu yang turut mempengaruhi

pembelajaran seseorang. Sebagai contoh, tindak balas terhadap sesuatu perkara

atau situasi adalah berbeza mengikut individu walaupun masing-masing

mempunyai pengetahuan yang sama terhadap sesuatu perkara. Keadaan ini

bergantung kepada pemilihan strategi yan digunakan untuk memproses maklumat

(gaya kognitif). Dalam pembelajaran, pencapaian akademik pelajar sering

dikaitkan dengan gaya kognitif field dependent(FD) dan Field independent(FI)

yang diperkenalkan oleh Heman Witkin. Gaya kognitif ini menunjukkan

perbezaan ciri-ciri atau sikap pelajar yang mempengaruhi gaya mereka

memproses maklumat dan sering diaplikasikan berdasarkan bidang-bidang

tertentu.

Page 10: KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR UNIVERSITI

10

Jadual 1: Perbezaan Gaya Kognisi Pembelajaran FI dan FD Pelajar.

Berdasaran Jadual 1, dapat dirumuskan bahawa individu FD akan cenderung

kepada matapelajaran berbentuk fakta seperti Sejarah , Geografi dan Pengajian Am

kerana memiliki sikap menerima maklumat tanpa menganalisis atau bentuk semula

maklumat yang diterima. Buka itu sahaja, pelajar FD juga lebih suka mempelajari perkara

yag sudah disediakan terleih dahulu daripada membina sendiri struktur pembelajaran.

Manakalah peljar FI pula akan cenderung dalam matapelajaran Sains, Matematik dan

lukisan teknik. Hal ini demikian kerana memiliki kemahiran membina struktur daripada

sesuatu yang tidak berstruktur serta boleh menganalisis sesuatu yang rumit. Sebagai

contoh menyelesaikan soalan Matematik dan melakar atau membina model enjin. Oleh

itu, apabila pelajar diperingkat universiti memilih bidnag mengikut kemampuannya

berdasarkan gaya kognitif FD atau FI ia akan mempengaruhi cara belajar serta

pencapaian akademik yang cemerlang dalam bidang tertentu.

Pelajar field independent Pelajar field dependent

Situasi belajar syarahan dan tidak

demokratik

Situasi belajar melibatkan interaksi

dan perbincangan

Individualistik dan perlu bantuan

dalam aktiviti sosial

Kelebihan dalam aktiviti sosial

Berkemampuan menganalisis dan

mengorganisasi situasi.

Tidak mampu mengorganisasi

situasi

Berkemahiran membina sturuktur

daripada seseuatu yang tidak

berstruktur.

Tidak berkemahiran membina

struktur.

Page 11: KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR UNIVERSITI

11

3.0 Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan kajain literatur ini ialah setiap

pemboleh ubah atau faktor psikologi pendidikan yang telah dijelaskan di atas amat

mempengaruhi pencapaiaan akademik pelajar peringkat universiti. Namun begitu tidak

seratus peratus faktor tersebut menjadi konstruk utama dalam menentu pencapaian

akademik pelajar. Sebagai contoh, keberkesanan gaya kognisi atau kognitif dalam

pembelajaran turut bergantung kepada bantuan pemboleh ubah yang lain seperti tahap

motivasi pelajar. Bukan itu sahaja, dalam perbentukan personaliti seseorang amat berkait

rapat dengan konsep kendiri yang dibawa. Hal ini demikian kerana personaliti dan

konsep kendiri terbentuk melalui gaya didikan ibu bapa, interaksi sosial dan pengalaman

pelajar tersebut. Kajian berkaitan psikologi pendidikan haruslah ditingkatkan agar

mampu mengenalpasti masalah yag dihadapi oleh guru dan pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, langkah yang terbaik juga boleh diambil

setelah kajian dan analisis diajlankan bagi menigkatkan lagi mutu pendidikan Negara.

Oleh itu, jelaslah bahawa faktor-faktor psikologi seperti personaliti, motivasi, konsep

kendiri dan dan gaya kognisi memiliki hubungan antara satu sama lain dalam

mempengaruhi pencapaian akademik pelajar universiti.