1
SEMESTER I - 2014/2015
PGA 101-PELAJAR DAN KEPERLUAN PEMBELAJARAN
SOALAN 3 : KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI
PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK
PELAJAR UNIVERSITI.
Disediakan oleh:
Nur Adilah binti Harun (123***)
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (Sastera dengan Pendidikan)
Disediakan untuk:
Dr. Zarina binti Mustafa
Tutor PGA 101
Tarikh Penghantaran:
25 November 2014
2
1.0 Pengenalan
Setiap pelajar memiliki tahap pencapaian akademik yang berbeza-beza dan
keadaan ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pada dasarnya terdapat
banyak faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar tidak kiralah pelajar
pada peringkat sekolah mahupun universiti. Menurut Khalid (2002), kecerdasan intelek,
daya usaha yang berlebihan, tumpuan yang lebih ketika proses pengajaran dan
pembelajaran serta gaya pembelajaran yang berkesan mempengaruhi tahap pencapaian
akademik pelajar.
Kajian literatur ini lebih mengfokuskan kepentingan atau hubungan faktor
psikologi pendidikan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar di peringkat
universiti. Psikologi merujuk kepada satu kajian secara mendalam berkaitan tingkah laku
yang merangkumi perasaan, sikap serta pemikiran manusia dan haiwan secara nyata dan
yang terselindung (Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur,1998). Bukan itu sahaja bidang
psikologi amat penting bagi mengenal pasti perubahan yang berlaku terhadap individu
serta faktor-faktornya semasa awal kelahiran higgalah dewasa. Pendidikan pula
bermaksud usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan secara formal melalui sekolah
mahupun secara tidak formal dalam kehidupan seharian. Dalam proses mendapatkan ilmu
pengetahuan khususnya dalam pendidikan formal sudah pasti memerlukan pelbagai
pemboleh ubah untuk memudahkan lagi proses pembelajaran berjalan dengan berkesan
sekali gus menentukan pencapaian akademik pelajar. Antara faktor yang dinilai dalam
proses pembelajaran ialah konsep kendiri, gaya kognitif yang diamalakan, motivasi diri
dan personaliti.
3
Oleh itu, bidang psikologi pendidikan merupakan aplikasi terhadap pendekatan-
pendekatan psikologi bagi menyelidik secara terperinci proses pendidikan dan
pembelajaran itu berlaku serta sejauh mana pemboleh ubah tersebut berkesan dalam
pencapaian akademik pelajar. Dalam kajian literatur ini akan disertakan contoh-contoh
spesifik berkaitan keberkesanan faktor-faktor psikologi pendidikan dalam pencapaian
akademik pelajar peringkat universiti.
2.0 Faktor-faktor psikologi yang mempengaruhi pencapaian akdemik pelajar
universiti.
2.1 Personaliti
Menurut Shahabuddin et al (2003), personaliti boleh didefinikan sebagai
perwatakan, keterampilan, keperibadian seseorang yang merangkumi daya
penarik dan corak pertuturan yang dimiliki. Dalam skop pendidikan personaliti
dikatakan turut mempengaruhi pencapaian akademik seseorang. Kajian berkaitan
personaliti dalam kalangan pelajar amat penting kerana, ramai yang beranggapan
pelajar yang mendapat pencapaian akademik yang cemerlang merupakan pelajar
yang baik berbanding pelajar yang lemah. Menurut Boon Pong Ying dan Ragbir
Kaur (1998), terdapat tiga jenis personaliti yang dapat dikaitkan dengan
pencapaian akademik pelajar, antaranya ialah personaliti introvert, personaliti
ekstrovert dan personaliti ambivert.
Secara umumnya setiap individu memiliki kedua-dua ciri personaliti
yang dikenali sebagai personaliti ambivert yang mana terdapat gabungan kedua-
4
dua ciri tersebut. Hal ini demikian kerana seseorang akan berubah sikap mengikut
keperluan. Sebagai contoh, seseorang pelajar menunjukkan personaliti ekstrovert
terhadap kursus yang diminati seperti Kursus Pengurusan, Pendidikan dan
Kominikasi yang melibatkannya berinteraksi dengan orang lain dan cenderung
kepada respon umum. Pelajar seperti ini suka untuk bersosial, peramah, kreatif,
suka bekerja dengan orang lain dan rajin bertanya. Sikap konservatif dan
keterbukaan yang dimilikinya itu dia mampu memperoleh pelbagai pengetahuan
dan pengalamannya akan bertambah. Kesannya ia akan mempengaruhi
pencapaian akademik bagi kursus yang dia minati.
Pada masa yang sama seseorang pelajar itu juga memiliki personaliti introvert
apabila berada dalam situasi pembelajaran topik yang dia tidak minat. Sebagai
contoh, pelajar yang suka bercakap dan memiliki kelancaran bertutur akan
berubah personaltinya kepada introvert apabila mengikuti kelas Sains dan
Matematik kerana bidang ini lebih merlukan pelajar membuat pemerhatian dan uji
kaji terhadap konsep Sains yang dipelajari. Kesan daripada itu, mungkin dia
kurang mengambil bahagian atau menonjolkan diri semasa proses pembelajaran
dan mengakibatkannya ketinggalan. Seperti yang dikatakan oleh Allport (1961),
personaliti individu adalah bersifat dinamik supaya seseorang itu dapat
menyesuaikan tingkah lakunya dengan persekitaran yang berubah-ubah mengikut
keadaan.
Namun begitu bukan secara keseluruhan personaliti yang baik atau
positif serta kursus yang diminati ini menjadi penentu kepada pencapaian
akademik pelajar. Dalam situasi lain, tidak semestinya pelajar yang mesra, aktif
5
dan kreatif mampu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam akademiknya.
Berdasarkan kajian Mohd Zuri Ghani, Rahimi, Nik Rosila dan Aznan (2008),
mengatakan pelajar yang berpersonaliti introvert lebih menonjol dalam
pencapaian akademik kerana mereka cenderung berlajar sendiri daripada
berkumpulan. Hal ini demikian kerana, pelajar yang lebih banyak berdiam diri
sering menilai dan membetulkan kesilapan dirinya dan membuat perbandingan
dengan orang lain secara peribadi. Bukan itu sahaja, pelajar seperti ini melakukan
sesuatu perkara atas dasar kepuasan diri bukannya untuk dapatkan perhatian orang
lain.
2.2 Konsep kendiri
Konsep kendiri yang diperkenalkan oleh William James pada tahun 1988
merujuk kepada ‘saya’ yang melibatkan perspektif dan tanggapan terhadap diri
kita. Ia merangkumi aspek fizikal diri, pemikiran, pemakaian serta apa-apa yang
berkaitan dengan diri sendiri. Dalam skop pendidikan konsep kendiri lebih
berkaitan kepada perkara yang difikirkan oleh pelajar atau keseluruhan pandangan
berkaitan dirinya termasuklah kelemahan dan kelebihannya dalam proses
pembelajaran. Menurut Shahabudin et al (2003), konsep kendiri memiliki kaitan
dengan pembelajaran kerana ia dianggap sebagai pemboleh ubah untuk seseorang
pelajar memikirkan mengenai dirinya kemudian bertindak sebaik mungkin bagi
meningkatkan perkembangan diri dalam mencapai akademik yang cemerlang.
Konsep kendiri individu akan terbentuk melalui gaya didikan ibu bapa,
6
pengalaman yang diperoleh semasa berinteraksi dengan persekitaran, pengaruh
rakan sebaya, status sosioekonomi dan pendidikan. Oleh itu semakin banyak
pengalaman semakin tinggi konsep kendiri seseorang.
Sebagai contoh, dalam satu perbincangan berkumpulan seseorang pelajar
yang sentiasa terbuka menerima kritikan rakannya dan menghomati pandangan
rakan lain serta memberi respon yang positif dianggap memiliki konsep kendiri
positif yang tinggi. Pelajar seperti ini mudah diterima umum kerana berfikiran
positif serta menghormati pendapat rakan-rakan yang lain. Sikap yang ada pada
pelajar ini sekali gus mempengaruhi kelancaran proses pembelajarannya. Hal ini
demikian kerana, respon positif rakan terhadapnya akan meningkatkan lagi
semangat atau motivasi untuk dia fokus dan terus memberi komitmen dalam kerja
yang ditugaskan sekali gus turut mempengaruhi pencapaian akademiknya. Di
samping itu, pelajar yang memiliki konsep kendiri positif tidak mudah putus asa
dan menghadapi cabaran dengan tabah. Sekiranya, pelajar ini gagal atau
melakukan kesilapan semasa belajar dia akan cepat-cepat dan berusaha untuk
perbetulkan kesalahannya. Kesan daripada usaha yang gigih tersebut akan
membantunya dalam mencapai akademik yang cemerlang. Sebaliknya, pelajar
yang tidak mengambil peduli terhadap perkara yang dibincangkan dalam
kumpulan dan mementingkan diri sendiri dianggap sebagai konsep kendiri yang
negatif. Pelajar seperti ini sukar diterima umum, dipandang serong serta akan
ketinggalan dalam pembelajaran kerana lebih suka meminta simpati orang tanpa
berusaha sendiri.
7
2.3 Motivasi
Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa motivasi merupakan motif-motif
yang menyebabkan proses membangkitkan, mengekalkan dan menyealurkan
tingkah laku kearah mencapai matlamat. Manurut Kamus Dewan Edisi keempat,
motivasi merujuk kepada keinginan yang keras dan semangat yang ada pada diri
seseorang mendorongnya untuk berusaha bagi mencapai sesuatu matlamat. Oleh
itu bagi mencapai sesuatu kejayaan, semangat yang tinggi(motivasi) diperlukan
supaya dapat mengerakkan tingkah laku yang bersesuaian. Bukan itu sahaja,
motivasi seseorang terbentuk melalui minatnya terhadap sesuatu perkara,
keperluan, sikap diri sendiri, dan aspirasi. Oleh itu, dalam proses pembelajaran,
motivasi merupakan pemboleh ubah yang penting bagi mendorong dan
mengerakkan seseorang pelajar itu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
keputusan yang cemerlang.
Pelajar yang memiliki kesedaran dalam pendidikan, misalnya mengetahui
kepentingan dalam pendidikan mampu mengubah gaya hidup serta sosioekonomi
seseorang akan berusaha keras tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran yang
serta merta. Pelajar seperti ini dapat dikelaskan sebagai pelajar yang mempunyai
motivasi instrinsik. Bruner (1966) menyifatkan motivasi interinsik ini kepada
naluri ingin tahu yang didorong dengan minat terhadap sesuatu tanpa
mengharapkan ganjaran. Motivasi ini akan mengerakkan tingkah laku yang sesuai
untuk pelajar tersebut mencapai matlamat yang diharapkannya. Oleh itu, pelajar
seperti ini pencapaian akademiknya akan lebih menonjol kerana dia akan sentiasa
tingkatkan usahanya tanpa memikirkan ganjaran yang bakal diperoleh sebaliknya
8
melakukan sesuatu untuk kepuasan jangka masa panjang. Sebaliknya, pelajar
yang sering mengharapkan pujian atau balasan berbentuk kebendaan semasa
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah lebih memiliki motivasi
ekstrinsik. Besar kemungkinan, pelajar seperti ini akan menonjol dan belajar
dengan lebih seronok apabila diberi ganjaran atau hadiah jadi dia akan berusaha
supaya apa-apa yang ditawarkan menjadi miliknya. Namun begitu, usahanya
mungkin kurang berbanding pelajar yang bermotivasi instrinsik kerana usaha
pelajar bermotivasi ekstrinsik tidak berterusan.
Tidak seratus peratus faktor motivasi mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Saemah Rahman dan
Philips, J.A. (2007), menyatakan bahawa motivasi tidak berkait secara langsung
dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Sebaliknya motivasi akan
dibantu dengan pemboleh ubah atau konstruk lain seperti metakognisi untuk
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Hal ini demikian kerana, terdapat
banyak kajian telah membuktikan seseorang yang mempunyai motivasi yang
tinggi tetapi mengamalkan kaedah pembelajaran yang salah tidak akan
membantunya mencapai keputusan yang cemerlang. Sebagai contoh,
penganugerahan dekan yang diberikan akan bertindak sebagai motivasi luaran
bagi mendorong pelajar untuk memoeroleh keputusan yang cemerlang namun
begitu cara belajar dan gaya kognisi pelajar yang salah tidak akan membantu
pelajar tersebut memperoleh anugerah dekan. Kesimpulannya, motivasi luaran
dan dalaman ini amat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar di peringkat
universiti dan akan lebih berhasil apabila dibantu dengan pemboleh ubah lain.
9
2.4 Gaya Kognisi
Menurut Habibah dan Rahil (1990), gaya kognisi atau kognitif ialah
organisasi proses pemikiran dan pembelajaran. Seterunya menjurus kepada cara
sesuatu maklumat itu, diperoleh, disusun, disimpan dan dikeluarkan untuk
digunakan oleh individu. Menurut Azizi Yahya et al. (2005), gaya kognitif
membezakan tahap kecerdikan dan kecerdasan individu yang turut mempengaruhi
pembelajaran seseorang. Sebagai contoh, tindak balas terhadap sesuatu perkara
atau situasi adalah berbeza mengikut individu walaupun masing-masing
mempunyai pengetahuan yang sama terhadap sesuatu perkara. Keadaan ini
bergantung kepada pemilihan strategi yan digunakan untuk memproses maklumat
(gaya kognitif). Dalam pembelajaran, pencapaian akademik pelajar sering
dikaitkan dengan gaya kognitif field dependent(FD) dan Field independent(FI)
yang diperkenalkan oleh Heman Witkin. Gaya kognitif ini menunjukkan
perbezaan ciri-ciri atau sikap pelajar yang mempengaruhi gaya mereka
memproses maklumat dan sering diaplikasikan berdasarkan bidang-bidang
tertentu.
10
Jadual 1: Perbezaan Gaya Kognisi Pembelajaran FI dan FD Pelajar.
Berdasaran Jadual 1, dapat dirumuskan bahawa individu FD akan cenderung
kepada matapelajaran berbentuk fakta seperti Sejarah , Geografi dan Pengajian Am
kerana memiliki sikap menerima maklumat tanpa menganalisis atau bentuk semula
maklumat yang diterima. Buka itu sahaja, pelajar FD juga lebih suka mempelajari perkara
yag sudah disediakan terleih dahulu daripada membina sendiri struktur pembelajaran.
Manakalah peljar FI pula akan cenderung dalam matapelajaran Sains, Matematik dan
lukisan teknik. Hal ini demikian kerana memiliki kemahiran membina struktur daripada
sesuatu yang tidak berstruktur serta boleh menganalisis sesuatu yang rumit. Sebagai
contoh menyelesaikan soalan Matematik dan melakar atau membina model enjin. Oleh
itu, apabila pelajar diperingkat universiti memilih bidnag mengikut kemampuannya
berdasarkan gaya kognitif FD atau FI ia akan mempengaruhi cara belajar serta
pencapaian akademik yang cemerlang dalam bidang tertentu.
Pelajar field independent Pelajar field dependent
Situasi belajar syarahan dan tidak
demokratik
Situasi belajar melibatkan interaksi
dan perbincangan
Individualistik dan perlu bantuan
dalam aktiviti sosial
Kelebihan dalam aktiviti sosial
Berkemampuan menganalisis dan
mengorganisasi situasi.
Tidak mampu mengorganisasi
situasi
Berkemahiran membina sturuktur
daripada seseuatu yang tidak
berstruktur.
Tidak berkemahiran membina
struktur.
11
3.0 Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan kajain literatur ini ialah setiap
pemboleh ubah atau faktor psikologi pendidikan yang telah dijelaskan di atas amat
mempengaruhi pencapaiaan akademik pelajar peringkat universiti. Namun begitu tidak
seratus peratus faktor tersebut menjadi konstruk utama dalam menentu pencapaian
akademik pelajar. Sebagai contoh, keberkesanan gaya kognisi atau kognitif dalam
pembelajaran turut bergantung kepada bantuan pemboleh ubah yang lain seperti tahap
motivasi pelajar. Bukan itu sahaja, dalam perbentukan personaliti seseorang amat berkait
rapat dengan konsep kendiri yang dibawa. Hal ini demikian kerana personaliti dan
konsep kendiri terbentuk melalui gaya didikan ibu bapa, interaksi sosial dan pengalaman
pelajar tersebut. Kajian berkaitan psikologi pendidikan haruslah ditingkatkan agar
mampu mengenalpasti masalah yag dihadapi oleh guru dan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, langkah yang terbaik juga boleh diambil
setelah kajian dan analisis diajlankan bagi menigkatkan lagi mutu pendidikan Negara.
Oleh itu, jelaslah bahawa faktor-faktor psikologi seperti personaliti, motivasi, konsep
kendiri dan dan gaya kognisi memiliki hubungan antara satu sama lain dalam
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar universiti.