kajian kuantitatif ciri pengetua

15
1 PENYEDIAAN INSTRUMEN KAJIAN CIRI-CIRI PENGETUA YANG BAIK Oleh Azlina binti Awi Sri Dewi binti Rahimi 1.1 Pendahuluan Setiap organisasi memerlukan pemimpin yang berperanan untuk menggerakkan organisasi tersebut ke arah kecemerlangan. Bagi institusi pendidikan contohnya sekolah, individu terpenting di peringkat sekolah ialah pengetua yang berperanan sebagai pentadbir, pemimpin dan juga pengurus di sesebuah sekolah. Pengetua merupakan jawatan yang tertinggi di peringkat sekolah menengah yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan bertanggung jawab ke atas apa yang berlaku di sekolah dan persekitarannya. Kepentingan ciri-ciri pengetua yang baik mampu memberi impak ke arah kecemerlangan sekolah. Tugas-tugas pengetua sekolah di Malaysia merangkumi penyediaan khidmat bantu yang secukupnya bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran, mewujudkan dan memajukan iklim budaya sekolah, berusaha bagi mencapai dasar pendidikan sekolah, mengurus dan mentadbir sekolah, kurikulum, ko-kurikulum, kebajikan pelajar, guru dan staf sokongan (Hussein, 1993). Pengetua berperanan besar dalam menggerakkan staf-staf di bawah pimpinan beliau untuk sama-sama berganding bahu dalam memajukan sekolah. Pengetua merupakan ejen perubahan terhadap sekolah yang berupaya menjadi pemangkin terhadap kecemerlangan sekolah dan seterusnya boileh mengubah tingkah laku guru-guru dan staf sokongan untuk sama-sama berganding bahu mencapai matlamat sekolah. Menurut Hussein (1997), kepimpinan seseorang pengetua itu perlu berkesan untuk meningkatkan daya pengeluaran guru-

Upload: azlina-awi

Post on 08-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kajian Kuantitatif Ciri Pengetua

TRANSCRIPT

12

PENYEDIAAN INSTRUMEN KAJIAN

CIRI-CIRI PENGETUA YANG BAIKOleh

Azlina binti Awi

Sri Dewi binti Rahimi

1.1 PendahuluanSetiap organisasi memerlukan pemimpin yang berperanan untuk menggerakkan organisasi tersebut ke arah kecemerlangan. Bagi institusi pendidikan contohnya sekolah, individu terpenting di peringkat sekolah ialah pengetua yang berperanan sebagai pentadbir, pemimpin dan juga pengurus di sesebuah sekolah. Pengetua merupakan jawatan yang tertinggi di peringkat sekolah menengah yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan bertanggung jawab ke atas apa yang berlaku di sekolah dan persekitarannya. Kepentingan ciri-ciri pengetua yang baik mampu memberi impak ke arah kecemerlangan sekolah.

Tugas-tugas pengetua sekolah di Malaysia merangkumi penyediaan khidmat bantu yang secukupnya bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran, mewujudkan dan memajukan iklim budaya sekolah, berusaha bagi mencapai dasar pendidikan sekolah, mengurus dan mentadbir sekolah, kurikulum, ko-kurikulum, kebajikan pelajar, guru dan staf sokongan (Hussein, 1993). Pengetua berperanan besar dalam menggerakkan staf-staf di bawah pimpinan beliau untuk sama-sama berganding bahu dalam memajukan sekolah.

Pengetua merupakan ejen perubahan terhadap sekolah yang berupaya menjadi pemangkin terhadap kecemerlangan sekolah dan seterusnya boileh mengubah tingkah laku guru-guru dan staf sokongan untuk sama-sama berganding bahu mencapai matlamat sekolah. Menurut Hussein (1997), kepimpinan seseorang pengetua itu perlu berkesan untuk meningkatkan daya pengeluaran guru-guru. Kenyataan ini disokong oleh Levin dan Lockheed (1993), yang menyatakan bahawa pengetua yang berkesan boleh menerajui sesebuah sekolah ke arah kemajuan.1.2 Penyediaan Instrumen Kajian1.2.1 Menemubual responden bagi mendapatkan maklumat yang tepu tentang ciri ciri pengetua yang baikPada 4 hingga 6 Ogos 2014 , pengkaji telah menemubual guru-guru SMK Tun Perak bagi mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai ciri-ciri pengetua yang baik. Seramai 8 orang guru yang telah terlibat dalam proses pengkaji mendapatkan maklumat. Pemilihan responden adalah secara rawak. Temubual yang dialakukan adalah temubual yang tidak berstruktur. Data yang diperolehi dianalisa secara manual dan semua langkah ini dilakukan secara berulang-ulang sehinggalah proses pengumpulan data mencapai tahap data tepu. Semasa temubual, pengkaji akan menyalin respon jawapan guru di atas kertas. Ini bagi memudahkan pengkaji membuat penyediaan item bagi proses yang berikutnya.

1.2.2 Menyediakan item-item yang sesuai berpandukan kepada dapatan temubualSelepas mendapat maklumat yang tepu berkenaan tajuk yang ingin dikaji, pengkaji seterusnya melakukan proses penyediaan item. Item-item ini dibina berdasarkan maklumat yang diberikan oleh respoden semasa temubual. Semasa proses membina item, pengkaji telah menggunakan penyampaian bahasa yang mudah supaya responden tidak terkeliru. Sekiranya terdapat maklumat yang membawa maksud yang sama, pengkaji akan sisihkan salah satu maklumat tersebut dan seterusnya membina item yang terbaik.

Soalan yang pengkaji sediakan juga menjurus kepada responden yang ingin dikaji iaitu guru. Disamping itu, pengkaji juga mengelakkan daripada menggunakan item yang sukar serta item yang boleh mempengaruhi jawapan responden agar hasil dapatan yang diperolehi lebih telus. Item yang telah pengkaji bina juga adalah item yang berarah positif, jelas dan tidak terlalu panjang.

1.2.3 Membina, memurnikan dan menamakan dimensi yang bersesuaian bagi soal selidik tersebutProses seterusnya ialah membina dan menamakan dimensi yang bersesuaian bagi soal selidik. Setelah kajian dilakukan secara mendalam dan teliti, item-item yang bersesuaian dikelompokkan dalam dimensi yang sama. Sebanyak 5 dimensi yang telah dikenalpasti untuk mengelaskan item-item yang telah dibina. Dimensi-dimensi tersebut ialah Sikap, Intelektual, Kepimpinan, Personaliti dan Jalinan Hubungan.

Item-item dalam soal selidik ini telah melalui proses kesahan muka atau face validity dengan beberapa orang yang mahir dan pengubahsuaian telah dibuat seperti yang dikehendaki.1.2.4 Menyediakan soal-selidik dalam format double-fold yang kemas untuk kajian pilot.

Terdapat 2 bahagian dalam dalam borang soal selidik ini iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi 4 soalan berkaitan demografi responden manakala Bahagian B mengandungi soalan-soalan yang berkaitan ciri-ciri pengetua yang baik. Item-item dalam Bahagian B dibahagikan kepada 5 dimensi yang berbeza iaitu Sikap, Intelektual, Kepimpinan, Personaliti dan Jalinan Hubungan. Kandungan item dalam borang soal selidik adalah seperti dalam jadual 1.1 berikut:Jadual 1.1 : Kandungan Borang Soal SelidikBahagianKandungan item borang soal selidik

AData demografi

B SikapMengenalpasti penilaian terhadap ciri-ciri pengetua yang baik

(Item 1-6)

Intelektual

Mengenalpasti penilaian terhadap ciri-ciri pengetua yang baik

(Item 7-12)

Kepimpinan

Mengenalpasti penilaian terhadap ciri-ciri pengetua yang baik

(Item 13-18)

Personaliti

Mengenalpasti penilaian terhadap ciri-ciri pengetua yang baik

(Item 19-24)

Jalinan hubungan

Mengenalpasti penilaian terhadap ciri-ciri pengetua yang baik

(Item 25-30)

Bahagian A : Data Demografi

Bahagian A mengandungi 4 soalan iaitu berkaitan jantina, umur, bangsa dan pengalaman mengajar responden.Bahagian B : Ciri-ciri pengetua yang baik

Dalam bahagian B, responden dikehendaki membulatkan pilihan mereka berdasarkan skala likert pada item-item tersebut. Item-item yang terdapat dalam Bahagian B ini terdiri daripada 30 soalan dan setiap dimensi mempunyai 6 soalan.Untuk memudahkan responden memberikan maklum balas dalam kajian ini, kesemua item dalam bahagian ini menggunakan pengukuran skala likert. Skala Likert yang digunakan adalah seperti dalam jadual 1.2 di bawah.

Jadual 1.2 : Skala Likert lima mataSkorTahap Penerimaan

1

2

3

4

5Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Agak Setuju

Setuju

Sangat Setuju

(Sumber: Mohd Najib, 1999)Dengan menggunakan skala Likert ini, responden dikehendaki menandakan jawapan tentang sesuatu kenyataan berdasarkan pada satu skala likert daripada satu ekstrem kepada ekstrem yang lain (Mohd Najib, 1999). Soal selidik disediakan dalam format double fold dan contoh soal selidik ada dilampirkan dalam bahagian Lampiran.1.2.5 Melaksanakan kajian rintis bagi soal selidikSebelum kajian sebenar dijalankan, pengkaji telah melakukan satu kajian rintis untuk memastikan ketekalan atau kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik. Menurut Mohd Najib (1999), kajian rintis dijalankan bagi menentukan ciri-ciri soalan yang perlu diubah atau dikekalkan. Saiz sampel yang dipilih tidak perlu besar. Ini sesuai dengan pernyataan oleh Alreck dan Settle (1995) yang menyatakan bahawa kajian hanya perlu melibatkan bilangan responden yang kecil sahaja. Bagi kajian rintis ini, seramai 15 orang guru yang terdiri daripada 4 lelaki dan 11 perempuan telah dipilih secara rawak untuk menjawab soalan soal selidik ini.

1.2.6 Melaksanakan analisis bagi mendapatkan nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach (total dan setiap dimensi) dan nilai Alpha if Item Deleted bagi setiap itemBagi memastikan konsistensi semua item dalam soal selidik, analisis kebolehpercayaan instrumen dijalankan menggunakan data daripada kajian rintis. Analisis dijalankan untuk mendapatkan pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang menentukan kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik dengan menggunakan perisian SPSS 22.0. Jadual 1.3 di bawah menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan item dan mengikut dimensi.Jadual 1.3 : Analisis Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach (total dan setiap dimensi) dan nilai Alpha if Item Deleted bagi setiap item dalam Soal SelidikItemDimensiJumlah ItemNilai alpha

1 - 6Sikap60.919

7 - 12Intelektual60.828

13 - 18Kepimpinan60.856

19 - 24Personaliti60.789

25 - 30Jalinan hubungan60.844

Total300.930

Pengkaji menggunakan interpretasi julat nilai Alpha Cronbach antara 0.0 hingga 1.0 untuk menguji tahap kesahihan dan kebolehpercayaan instrumen. Menurut Zaidatun dan Mohd Salleh (2003), nilai pekali alpha yang menghampiri nilai maksimum iaitu 1.0 menunjukkan tahap kesahihan dan kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi dan nilai pekali alpha kurang daripada 0.6 menunjukkan tahap kesahihan dan kebolehpercayaan instrumen yang rendah. Menurut Chua (2012) pula, nilai pekali Alpha Cronbach 0.65 hingga 0.95 dianggap memuaskan kerana nilai yang terlalu rendah menunjukkan keupayaan pengukuran item-item instrumen adalah rendah manakala nilai alpha yang terlalu tinggi menunjukkan item-item adalah bertindih dan serupa. Hasil daripada analisis yang telah dijalankan, Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach untuk keseluruhan item dalam soal selidik ialah 0.930. Instrumen ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi untuk digunakan1.2.7 Memperbaiki item yang kurang baik berdasarkan nilai Alpha if Item Deleted yang diperolehi

Berdasarkan kepada nilai analisis bagi setiap dimensi, didapati terdapat 4 item yang menunjukkan nilai Alpha Cronbach if Item Deletedyang tinggi iaitu. Penambahbaikan item dilakukan sebelum soal selidik untuk kajian sebenar dijalankan. Item-item yang ditambahbaik adalah seperti dalam jadual 1.4 yang berikut:

Jadual 1.4 : Skala Likert lima mataItemItem DibinaItem Ditambahbaik

17Pengetua menggalakkan penglibatan guru dalam menyelesaikan masalahPengetua menerima idea guru dalam menyelesaikan sesuatu masalah di sekolah

22Pengetua bersifat keibubapaanPengetua mempunyai sifat ketua keluarga yang baik

27Pengetua amat menghargai guruPengetua memberi penghargaan kepada guru

30Pengetua seorang pendengar yang baikPengetua bersedia mendengar keluhan / masalah guru

1.2.8 Menyediakan soal selidik akhir final yang telah ditambah baik (double fold format)Soal selidik akhir dalam bentuk double fold dengan penambahbaikan item telah dilakukan dan hasil soal selidik adalah seperti yang ditunjukkan pada muka surat berikutnya. Soal selidik dalam bentuk double fold disertakan dalam bahagian Lampiran.FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIABORANG SOAL SELIDIK CIRI-CIRI PENGETUA YANG BAIK Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Fokus kajian ini adalah mengenai ciri-ciri pengetua yang baik.

2. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri pengetua yang baik daripada aspek penilaian guru. Ciri-ciri ini diharapkan dapat menjadi panduan dan seterusnya akan memberi kesan positif terhadap kemajuan sekolah.

3. Segala maklumat diri dan jawapan tuan/puan adalah RAHSIA dan SULIT serta tidak akan didedahkan.

4. Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian dan mohon kerjasama tuan/puan untuk melengkapkan soal selidik ini dengan jujur dan ikhlas. Terima kasih.

5. Jika ada sebarang kemusykilan, tuan/puan boleh hubungi:

Pengkaji : Azlina binti Awi (013-3888065) Sri Dewi binti Rahimi (019-7281286)

Pensyarah : Dr M Al-Muz-zammil bin Yasin (012-7985398)BAHAGIAN A : DEMOGRAFI

Sila tandakan ( ) di dalam kotak yang berkaitan sahaja di bahagian ini.1. Jantina

Lelaki( )

Perempuan( )2. Umur

< 30 Tahun( )

31 40 Tahun( )

41 50 Tahun( )

51 60 Tahun( )3. Bangsa

Melayu( )

Cina

( )

India

( )

Lain-lain_____________4. Pengalaman mengajar

< 10 Tahun( )

11 20 Tahun( )

21 30 Tahun( )

> 31 Tahun( )BAHAGIAN B

Arahan:

Bahagian ini mengandungi keterangan ciri-ciri pengetua dalam beberapa aspek. Sila bulatkan mana-mana skala yang difikirkan tepat mengenai ciri-ciri pengetua yang baik.

Skala:

1.Sangat Tidak Setuju (STS)

2.Tidak Setuju(TS)

3.Tidak Pasti (TP)

4.Setuju (S)

5.Sangat Setuju (SS)

ItemPerkaraSTSTSTPSSS

Sikap

1Pengetua seorang yang menepati masa12345

2Pengetua seorang yang berdedikasi dan bersemangat tinggi dalam kerjaya12345

3Pengetua mengambil berat dan bertanggung jawab tentang hal sekeliling sekolah12345

4Pengetua bertimbang rasa terhadap masalah guru-guru12345

5Pengetua professional terhadap kerjayanya12345

6Pengetua jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggung jawabnya12345

Intelektual

7Pengetua berfikir sebelum bertindak12345

8Pengetua seorang yang kreatif12345

9Pengetua berfikiran terbuka12345

10Pengetua berpengetahuan luas dalam urusan pentadbiran12345

11Pengetua menangani masalah menggunakan logik dan fakta12345

12Pengetua mempunyai visi dan misi yang jelas12345

Kepimpinan

13Pengetua memberi arahan kepada guru dengan cara yang paling berkesan12345

14Pengetua turun padang dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan12345

15Pengetua bijak membuat keputusan12345

16Pengetua mewujudkan suasana sekolah yang harmoni12345

17Pengetua menerima idea guru dalam menyelesaikan sesuatu masalah di sekolah12345

18Pengetua memberikan sokongan kepada guru dalam melaksanakan tugas12345

Personaliti

19Pengetua seorang yang mudah mesra12345

20Pengetua merupakan role-model kepada guru12345

21Pengetua seorang yang berpenampilan kemas12345

22Pengetua mempunyai sifat ketua keluarga yang baik12345

23Pengetua mementingkan tahap kesihatan yang baik12345

24Pengetua perlu bijak tangani stress12345

Jalinan Hubungan

25Pengetua mengambil berat kebajikan guru dan staf12345

26Pengetua menegur kesalahan guru dengan cara yang lembut dan berkesan12345

27Pengetua memberi penghargaan kepada guru12345

28Pengetua tidak bersikap pilih kasih12345

29Pengetua seorang yang boleh di bawa berbincang12345

30Pengetua bersedia mendengar masalah guru12345

Soal Selidik Tamat

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan1.3 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, penyediaan instrumen dalam soal selidik ini telah melalui proses yang teliti dan hasil daripada proses penyediaan instrumen yang dijalankan, didapati bahawa item-item yang digunakan dalam soal selidik ini mempunyai nilai kesahan dan kobolehpercayaan yang tinggi. Diharapkan soal selidik ini boleh digunakan untuk kajian sebenar dan boleh ditambahbaik lagi pada masa akan datang.