kajian kes saratha

15
1 Konsep disiplin bilik darjah Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi serta interaksi di kalangan pelajar dan guru. Pengurusan bilik darjah yang berkesan melibatkan ciri-ciri seorang guru, iklim bilik darjah, dan kaitan antara pengurusan dan pengajaran. (Abdul Ghafar Mohd.Din , 2003 ). Dalam konteks bilik darjah, disiplin bermaksud satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Pendidik pada masa lalu menganggap pengajaran dan disiplin adalah dua perkara yang berbeza. Sekarang konsep bilik darjah sudahpun berubah kerana disiplin merupakan satu aspek dalam pengajaran. Oleh itu, disiplin bilik darjah yang merupakan sebahagian daripada pengajaran merangkumi arahan, komunikasi, struktur dan pengurusan bilik darjah. ( Charles , 2008) . Manakala, disiplin merupakan satu set peraturan atau norma- norma perlakuan bilik darjah yang diterima sama ada dikenakan oleh guru atau murid atau persetujuan keduanya. Ini merupakan satu bentuk kawalan sosial dan kebanyakan peraturan dibuat untuk

Upload: shalu-shetty

Post on 13-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

asdfgjkl;'

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kes Saratha

1

Konsep disiplin bilik darjah

Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru

mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran pembelajaran yang berkesan dapat

dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak

fizikal dan mewujudkan komunikasi serta interaksi di kalangan pelajar dan guru.

Pengurusan bilik darjah yang berkesan melibatkan ciri-ciri seorang guru, iklim bilik

darjah, dan kaitan antara pengurusan dan pengajaran.

(Abdul Ghafar Mohd.Din , 2003 ).

Dalam konteks bilik darjah, disiplin bermaksud satu set peraturan yang

dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang

diingini. Pendidik pada masa lalu menganggap pengajaran dan disiplin adalah dua

perkara yang berbeza. Sekarang konsep bilik darjah sudahpun berubah kerana disiplin

merupakan satu aspek dalam pengajaran. Oleh itu, disiplin bilik darjah yang merupakan

sebahagian daripada pengajaran merangkumi arahan, komunikasi, struktur dan

pengurusan bilik darjah. ( Charles , 2008) .

Manakala, disiplin merupakan satu set peraturan atau norma-norma perlakuan

bilik darjah yang diterima sama ada dikenakan oleh guru atau murid atau persetujuan

keduanya. Ini merupakan satu bentuk kawalan sosial dan kebanyakan peraturan dibuat

untuk mengatur perhubungan dan interaksi di antara seseorang, antara guru dan

murid, antara murid dengan murid untuk mengelakkan konflik.

(Rosni Abu & Rosni Abu Ramlah Hamsah ,1998).

Disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti,

keadaan tempat bekerja yang teratur, urusan yang sistematik, cara yang menetapkan

peraturan atau hukuman dengan berkesan.

( P.F.Oliva, 1956).

Page 2: Kajian Kes Saratha

2

Discipline as “ control gained by enforcing obedience or order” and “ to punish or

penalize for the sake of discipline”. It’s latin root disciplina ( teaching) shows the

interesting link between instruction and discipline as two sides of the same coin.

( Myint Swe Khine & A. Lourdusamy )

1.0 Latar belakang kes - sinopsis & perwatakan

Aman merupakan seorang murid Tahun 2 yang berumur 8 tahun. Disebabkan

kedua dua ibu bapanya sibuk dengan pekerjaan masing-masing, maka Aman dijaga

oleh seorang pembantu rumah yang memenuhi segala keperluan harian dari segi

pembungkusan beg sekolah, memberi makan sehingga mengikat tali kasutnya. Ketika

berada di tahun 1, Aman akan berpaut kepada kerusi atau meja untuk menolak pergi

sekolah, kemudian berada di sekolah dia akan meraung dengan kuat jika tidak dapat

melihat pembantu rumah. Apabila selesa berada dengan guru kelasnya, dia akan

berpaut kepada guru kelasnya sehingga meninggalkan kelas. Guru kelas tahun 1

mendapati bahawa kelakuan Aman membingunkan dan sanggup meluangkan masa

bagi menyelesaikan masalahnya.

Pada awal permulaan tahun 2, tingkah laku Aman pada tahun pertama bertimbul

semula. Guru kelas tahun 2 berasa Aman perlu berdikari dan mengabaikan dia apabila

memerlukan pertolongan. Gurunya mendapati bahawa Aman mempunyai masalah

komunikasi dengan guru kerana dia tidak akan memulakan sesuatu perbualan dan

jarang memberi respon semasa perbualan. Dia jarang membuat “ eye contact” dan

mengasingkan diri serta bermain dengan penselnya. Aman juga mengetuk jarinya di

atas meja dan ketukannya berterusan terutamanya sewaktu mata pelajaran Matematik.

Apabila dimarahi dia akan melukis gambar kereta diatas sekeping kertas kosong dan

enggan berhenti.

Kadang-kala, Aman cuba bercakap dengan rakannya dengan berdiri terlalu dekat

menyebabkan rakannya kurang selesa lalu menjauhkan diri. Dia seolah-olah

mempunyai fobia dengan gelung getah. Seterusnya, Aman sering diusik oleh rakannya.

Keusikkan itu meningkat selepas dia memberikan perhatian terhadap kerjanya dan

Page 3: Kajian Kes Saratha

3

menyedari tidak sempat berlari ke tandas. Oleh itu, dia pun membuang air kecilnya ke

dalam longkang dan mendapat gelaran “ urine boy ” oleh rakan-rakannya.

Watak & Perwatakan

Watak utama yang terlibat dalam kes ini ialah guru kelas Tahun 2 dan Aman selaku

murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Watak sampingan dalam kes ini

termasuklah pembantu rumah dan guru kelas Tahun 1.

Perwatakan watak utama :

Guru kelas Tahun 2 yang mempunyai sifat keibuan dalam mengendalikan masalah

Aman. Gurunya juga seorang yang prihatian, peka terhadap masalah murid dan pandai

mengawal pengurusan kelas dengan baik.

Manakala Aman pula seorang yang memerlukan kasih sayang, mengalami kesusahan

dalam menyesuaikan diri keadaan baru, kesukaran untuk berkomunikasi dan kegagalan

mengawal emosi diri.

2.0 Masalah-masalah kes dan faktor-faktor pencetus masalah

Masalah pertama ialah Aman berpaut kepada kerusi atau meja dan menolak untuk

pergi ke sekolah. Setelah selesa dengan guru kelasnya, dia akan berpaut kepada

beliau atau cuba untuk mengikutinya ketika meninggalkan kelas. Faktor pencetus

masalah ini adalah kesunyian dalam dirinya yang timbul akibat keseorangan diri.

Masalah kedua pula Aman tidak akan memulakan sesuatu perbualan dan jarang

membuat eye contact dengan orang lain. Dia sering menjengkelkan mereka dalam

proses perbincangan dan mengetuk jarinya di atas meja dan ketukannya

berterusan.Apabila dimarahi dia akan melukis gambar kereta di atas sekeping kertas

kosong.Faktor pencetus masalah ini disebabkan untuk memaparkan kekurangan dan

menarik perhatian dari guru kelasnya.

Page 4: Kajian Kes Saratha

4

Masalah ketiga pula Aman cuba untuk bercakap dengan rakan-rakannya tetapi

rakannya kurang selesa lalu menjauhkan diri mereka mendekati Aman. Jika dia

bercakap tentang kereta retro, rakannya menyuruh Aman diam. Hal ini menyangka

bahawa Aman ingin menunjukkan kekayaan keluarga. Faktor pencetus masalah ini

adalah Aman memerlukan kasih sayang supaya dapat berkongsi segala masalah yang

dihadapinya.

Masalah keempat pula, Aman sering diusik oleh rakannya dan keusikkan itu

meningkat apabila salah seorang rakan sekelasnya telah menyaksikan Aman telah

membuang air kecilnya ke dalam longkang. Melalui kejadian itu , rakan sekelasnya

memanggilnya sebagai “ urine boy ”. Aman menarik dirinya ke satu sudut dan

menangis. Faktor pencetus masalah ini adalah sifat kebudakkan yang terdapat dalam

diri Aman yang menyebabkan tidak mengambil seirus tentang sesuatu perkara.

3.0 Huraian model secara umum

Model pengurusan disiplin memberikan panduan tentang pengurusan disiplin dan

tingkah laku dengan menggunakan pendekatan yang berbeza. Model Displin Asertif

Canter berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan

murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Manakala Model Akibat

Logikal Dreikurs pula menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan

tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam

bilik darjah. Seterusnya Model Terapi Realiti menekankan tingkah laku manusia yang

didorong oleh keperluan untuk memenuhi empat keperluan psikologi asas.

4.0 3 Model pengurusan disiplin yang berkaitan dengan kes

Model pertama yang berkaitan dengan kes ialah Model Disiplin Asertif oleh Lee dan

Marlene Canter. Canter percaya guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan di

dalam bilik darjah. Mengikut Canter, guru perlu memastikan murid-murid mematuhi

peraturan yang telah ditetapkan dengan tegas.

Page 5: Kajian Kes Saratha

5

Guru juga menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan. Sesuai dengan

model ini, selaku guru kelas tahun 2 telah menetapkan satu set peraturan untuk

mendapatkan tingkah laku yang diingini dalam kalangan pelajar. Guru kelas Aman telah

mendapati Aman mempunyai masalah berpaut kepada beliau atau cuba untuk

mengikuti beliau ketika beliau ingin meninggalkan kelas. Pada masa itu, guru kelasnya

sanggup meluangkan masanya untuk Aman menyelesaikan masalahnya. Menurut

Canter , guru asertif membantu murid-muridnya untuk memahami tingkah laku yang

dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan.

Beliau dalam kes ini tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas.

Pada tahun 2 pula, beliau telah mengabaikan Aman apabila memerlukan sebarang

pertolongan. Model Asertif Disiplin Canter mengatakan bahawa guru asertif

memberikan peluang kepada guru itu sendiri dan murid untuk memenuhi keperluan

masing-masing. Guru kelas tersebut menggalakkan telah bertindak konsisten, adil dan

boleh memenuhi kehendak murid. Melalui cara ini Aman dapat berdikari dan bergerak

sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Apabila beliau mengabaikan Aman apabila dia

memerlukan sebagai penggalak kepada tingkah laku diingini dan boleh membina

persekitaran kondusif.

Model seterusnya yang berkaitan dengan kes ini ialah Model Akibat Logikal

Dreikurs. Menurut model ini, salah laku sering berpunca daripada murid-murid yang

ingin mendapatkan perhatian guru. Salah satu bentuk tingkah laku yang ingin mendapat

perhatian ialah apabila murid sering membuat tingkah laku yang mengundang

kemarahan guru. Dalam kes ini, Aman telah menjengkelkan mereka dalam proses

perbincangan. Dia juga mengetuk jarinya di atas meja dan ketukannya berterusan

sehingga merengsangkan guru-gurunya. Kelakuannya berterusan sehingga melukis

gambar kereta di atas sekeping kertas kosongnya dan enggan berhenti lukis walaupun

diminta berhentikannya. Tindakan sebegini bakal mengundang kemarahan guru kelas

Aman dan sakit hati guru dan rakan sekelas. Model ini juga menekankan motif

menunjukkan kekurangan apabila murid gagal mendapat pengiktirafan. Selalunya

murid sebegini suka dibiarkan berseorangan, mengelak daripada membuat sebarang

gerak kerja kumpulan, tidak bercampur dengan rakan sekelas yang lain dan tidak

Page 6: Kajian Kes Saratha

6

memgambil bahagian dalam mana-mana aktiviti yang lain. Ciri-ciri ini ditunjukkan oleh

Aman melalui tingkah laku dia tidak akan memulakan perbualan dan jarang memberi

respon semasa perbualan. Aman juga akan mengasingkan diri dan bermain dengan

penselnya supaya tidak dihiraukan dan dibiarkan dengan dunia sendiri. Dalam kajian

kes ini , Aman cuba mencapai matlamat ini dengan menunjukkan kekurangan diri.

Dengan ini, dia akan cuba untuk menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti yang

melibatkan mereka dengan rakan sekelas yang lain.

Model seterusnya yang berkaitan dengan kes ini ialah Model Terapi Realiti oleh

William Glasser. Perasaan kasih sayang dan dipunyai menjadi sebahagian daripada

keperluan asas individu. Di dalam bilik darjah, murid-murid perlu mempunyai perasaan

yang mereka memerlukan adalah sebahagian daripada komuniti bilik darjah. Dalam kes

ini, Aman cuba untuk bercakap dengan rakan-rakannya sekelasnya dan berdiri terlalu

dekat dengan mereka. Tetapi tingkah laku Aman ini telah menyebabkan rakannya

kurang selesa lalu menjauhkan diri mereka daripada mendekati Aman. Selain itu, jika

Aman bercakap tentang kekayaan keluarganya dan pengetahuan tentang kereta retro

menyebabkan rakan sekelasnya menyuruh dia diam kerana berangappan perbuatan

Aman menjengkelkannya. Sebenarnya situasi sebegini berlaku kepada Aman

disebabkan dia berasa keseorangan di rumah disebabkan ibu bapanya sibuk degan

tugasan masing-masing. Walaupun Aman dijaga oleh pembantu rumah tidak

semestinya dia dapat berkongsi segalanya. Maka, Aman memerlukan kasih sayang dan

cuba untuk berbual denga rakan sekelasnya. Melalui perbualan sebegini dia berasa

dapat memiliki kasih sayang.

5.0 Strategi penyelesaian berdasarkan 3 model

Strategi penyelesaian masalah kepada kajian kes Aman ini adalah pertama sekali

boleh menyelesaikan masalah ini dengan merujuk Model Disiplin Asertif Canter.

Tingkah laku Aman yang berpaut kepada guru kelasnya setiap kali beliau meninggalkan

kelas dapat diselesaikan melalui cadangan Canter tentang langkah yang boleh diambil

oleh guru kelasnya. Sebagai guru kelasnya, Canter menerangkan bahawa tindakan

Page 7: Kajian Kes Saratha

7

pembetulan murid dapat memberikan kesan yang baik kepada seseorang murid. Guru

kelas Aman harus bertindak dengan tenang dan berkonsisten dalam menangani

masalah yang berlaku kepada Aman. Konsisten , iaitu, tindakan yang sama dikenakan

pada kesalahan yang sama yang ditunjukkan oleh mana-mana murid. Apabila Aman

telah mengubah sikap berkenaan dan menunjukkan tingkah laku yang diingini, berikan

peneguhan. Apabila Aman telah mantap akhir permulaan Tahun 1, guru kelas harus

memberikan peneguhan positif seperti galakan, pujian agar dapat mendapatkan tingkah

laku yang diingini. Kemudian guru kelasnya harus memberikan peluang untuk Aman

meluahkan perasaan . Kemungkinan Aman melakukan kesilapan akibat tekanan dalam

dirinya sendiri atau faktor luaran seperti masalah keluarga. Kemudian teguran secara

langsung boleh diberikan Aman supaya mengubah tingkah laku berpaut kepada

beliaunya setiap kali meninggalkan kelasnya.

Strategi kedua dapat dilihat melalui kajian kes ini adalah Model Akibat Logikal

Dreikurs. Dalam kes ini, Aman telah menjengkelkan mereka dalam proses

perbincangan. Dia juga mengetuk jarinya di atas meja dan ketukannya berterusan

sehingga merengsangkan guru-gurunya. Kelakuannya berterusan sehingga melukis

gambar kereta di atas sekeping kertas kosongnya dan enggan berhenti lukis walaupun

diminta berhentikannya. Apabila berhadapan dengan situasi begini adalah penting bagi

guru kelas Aman untuk menganalisa dan mencari punca kepada salah laku tersebut.

Sekiranya perhatian yang salah diberikan kepada salah laku, kemungkinan besar salah

laku tersebut akan meningkat. Guru kelas Aman perlu mencari cara untuk memberikan

perhatian kepada Aman yang mendatangkan kesan positif. Guru kelasnya tidak

memberikan perhatian kepada tingkah laku yang tidak diingini tetapi memberikan

perhatian kepada tingkah laku yang diingini. Kemudian, secara langsung guru kelas

Aman memberikan pilihan Aman sama ada untuk terus membuat perkara yang tidak

sepatutnya dan tidak mendapat perhatian atau membuat sesuatu yang disukai guru

serta mendapat perhatian.Seterusnya guru bimbing murid untuk memilih cara mendapat

perhatian yang betul.

Page 8: Kajian Kes Saratha

8

Strategi ketiga yang boleh dijalankan untuk masalah Aman iaitu tidak akan

memulakan perbualan dan jarang memberi respon semasa perbualan. Aman juga akan

mengasingkan diri dan bermain dengan penselnya supaya tidak dihiraukan dan

dibiarkan dengan dunia sendiri. Dreikurs telah mencadangkan beberapa langkah untuk

menangani masalah ini. Cikgu Aman perlu peka apabila terdapat murid seperti Aman di

dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Secara perlahan,

tarik perhatian Aman dalam bilik darjah. Guru kelasnya patut belajar cara untuk

mengenal pasti matlamat Aman yang salah ini dan cara untuk menanganinya. Apabila

guru melihat tanda-tanda berlakunya salah matlamat, guru kelasnya harus

menyedarkan Aman dan berbincang dengan Aman tindakan salah yang telah diambil

dalam suasana yang mesra dan tidak terancam. Kemudian, guru kelasnya boleh

bimbing Aman untuk bertanggungjawab atas matlamat baharu yang dipilih.

Strategi keempat yang didapati dalam kes ini, Aman yang selalu cuba untuk

bercakap terlalu dekat dengan rakan sekelasnya dan sentiasa bercakap tentang kereta

retro untuk menunjukkan pengetahuannya tentang kekayaan keluarga. Merujuk kepada

Model Terapi Realiti menyatakan guru kelas boleh memenuhi keperluan Aman yang

teringinkan kasih sayang dengan mengamalkan pengurusan demokratik di dalam bilik

darjah. Pandangan dan pendapat Aman perlu diambil kira dalam pembentukan

persekitaran bilik darjah. Selain itu, guru kelasnya harus memberikan peneguhan yang

positif kepada Aman supaya dia tidak berasa merendahkan diri dengan memaparkan

kekurangan dalam diri. Peneguhan positif ini dapat membantu Aman untuk

menyesuaikan diri di dalam bilik darjah dan mengekalkan keharmonian bilik darjah.

Guru juga harus menunjukkan sikap prihatian dan mengambil berat terhadap kebajikan

murid. Dengan cara ini, Aman akan berasa disayangi dan dipunyai di dalam

persekitaran bilik darjahnya.

Strategi-strategi lain yang boleh digunakan secara umum dalam kes ini adalah kita

boleh menyelesaikan melalui Model Pengurusan Kelompak Kounin yang menyatakan

bahawa Kesan Gelombang yang membolehkan tindakan guru ke atas mana-mana

murid juga mendatangkan kesan terhadap murid-murid lain. Kesan gelombang akan

lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius. Kounin

Page 9: Kajian Kes Saratha

9

mencadangkan untuk kesan gelombang ini berlaku secara efektif guru harus

mempunyai tiga ciri semasa menjalankan tindakan mendisiplinkan murid, iaitu jelas,

tegas dan serius. Merujuk kepada kes ini,, apabila guru kelas Aman memberikan

teguran, guru kelasnya perlu menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang hendak

dibetulkan. Elakkan daripada memberikan teguran secara umum. Sekiranya, Aman

melakukan tingkah laku yang tidak diingini, maka perlulah memberikan arahan atau

teguran terhadap salah laku Aman dengan memberikan akibat kepada salah laku

tersebut dalam arahan. Hal ini memberikan teladan kepada murid-murid lain bahawa

guru serius dengan mendisiplinkan murid. Tambahan lagi model ini mengatakan

bahawa guru kelas Aman mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa.

Apabila timbul masalah salah laku di dalam bilik darjah, guru kelas Aman perlu pilih

masa yang sesuai untuk memberikan teguran. Sebaiknya, teguran perlu diberikan

ketika salah laku tersebut dijalankan. Hal ini dapat ditentukan sekiranya guru

mengawasi murid-muridnya pada setiap masa. Guru dapat mengenal pasti siapakah

yang menjadi punca kepada masalah tersebut.

Selain itu, seorang guru harus kurangkan gangguan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Pengurusan bilik darjah yang mengutamakan

kewujudan suasana yang kondusif untuk mengajar dan belajar. Proses pengajaran dan

pembelajaran tidak akan berjalan lancar sekiranya kelas kerap diganggu oleh perkara-

perkara yang berkaitan dengan pengurusan kelas atau disebabkan oleh perlakuan

pelajar yang negatif. Guru perlu memastikan bahawa gangguan-gangguan ini dapat

dikurangkan . Di samping itu, ganjaran bagi perlakuan yang baik di dalam kelas perlu

diberikan. Guru akan memberi perhatian yang lebih kepada murid yang berkelakuan

baik. Pujian yang sederhana dan berpatutan merupakan satu ganjaran yang mudah dan

berkesan. Merujuk kepada kes ini, guru kelas harus menyebut nama dan menghampiri

jika perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Semasa konteks

penyampaian pelajaran, guru kelasnya juga boleh menyebut nama Aman agar memberi

kesedaran bahawa pelakuannya telah diperhatikan oleh guru. Semasa mengajar, guru

sebaik- baiknya bergerak secara perlahan dan teratur di hadapan kelas. Sekiranya

terdapat Aman tidak memberi tumpuan kepada guru, guru kelasnya perlu menghampiri

Page 10: Kajian Kes Saratha

10

dia tanpa memperhentikan penyampaian. Dengan cara ini, Aman akan sedar bahawa

perlakuannya tidak diingini oleh guru.

6.0 Penutup

Kesimpulannya, Pengurusan Disiplin Bilik Darjah yang berkesan harus meliputi

asas pengurusan disiplin yang kukuh. Oleh itu, guru harus mengambil langkah untuk

merancang satu bentuk pengurusan disiplin bilik darjah yang berkesan, iaitu sesuai

dengan persekitaran bilik darjah masing-masing. Kesemua teori ini merupakan satu

panduan untuk merangka satu bentuk pengurusan yang sesuai dengan situasi guru di

dalam bilik darjah masing-masing. Pengetahuan yang luas di dalam pengurusan disiplin

bilik darjah membantu guru untuk satu pengurusan yang kondusif.