matematik strategi penyelesaian masalah disediakan oleh : farah izziani binti sudin

12
MATEMATIK STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH DISEDIAKAN OLEH : FARAH IZZIANI BINTI SUDIN NORHAMIZAH BINTI ZAINUDIN

Upload: zlhna

Post on 23-Feb-2016

186 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

MATEMATIK STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH DISEDIAKAN OLEH : FARAH IZZIANI BINTI SUDIN NORHAMIZAH BINTI ZAINUDIN. MEMUDAHKAN MASALAH. PERBANDINGAN ANTARA MODEL POLYA DENGAN MODEL LESTER. STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH. PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK. MODEL POLYA. JENIS MASALAH. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: MATEMATIK STRATEGI  PENYELESAIAN MASALAH DISEDIAKAN OLEH : FARAH IZZIANI BINTI SUDIN

MATEMATIKSTRATEGI PENYELESAIAN

MASALAH

DISEDIAKAN OLEH :FARAH IZZIANI BINTI SUDIN

NORHAMIZAH BINTI ZAINUDIN

Page 2: MATEMATIK STRATEGI  PENYELESAIAN MASALAH DISEDIAKAN OLEH : FARAH IZZIANI BINTI SUDIN

JENIS MASALAH

PERBANDINGAN ANTARA MODEL POLYA DENGAN

MODEL LESTER

PENYELESAIAN MASALAH

MATEMATIK

STRATEGI PENYELESAIAN

MASALAH

MASALAH RUTIN MASALAH BUKAN RUTIN

MEMUDAHKAN MASALAH

MODEL POLYA

Page 3: MATEMATIK STRATEGI  PENYELESAIAN MASALAH DISEDIAKAN OLEH : FARAH IZZIANI BINTI SUDIN

JENIS MASALAH

MASALAH RUTIN MASALAH BUKAN RUTIN

Page 4: MATEMATIK STRATEGI  PENYELESAIAN MASALAH DISEDIAKAN OLEH : FARAH IZZIANI BINTI SUDIN

Masalah rutin Masalah bukan rutinMaksud Merupakan salah satu daripada

jenis masalah matematik secara

mekanikal atau dalam bahasa

mudahnya, pengiraan juga

melibatkan aplikasi secara terus

yang menggunakan formula

matematik mengikut prinsip

matematik sama ada secara teori

atau persamaan.

Kaedah penyelesaian masalah

bukan rutin dalam matematik

tidak boleh dihafal atau dicongak

tidak sepertimana menjawab

soalan yang berbentuk

pengiraan. Proses penyelesaian

masalah ini memerlukan satu set

aktiviti yang sistematik dan

mempunyai perancangan yang

logik termasuk strategi yang

hendak digunakan serta

pemilihan kaedah yang sesuai

untuk melaksanakannya.

Page 5: MATEMATIK STRATEGI  PENYELESAIAN MASALAH DISEDIAKAN OLEH : FARAH IZZIANI BINTI SUDIN

Masalah rutin Masalah bukan rutinTujuan Melatih pelajar menguasai kemahiran

asas terutamanya kemahiran aritmetik

yang melibatkan empat operasi dalam

matematik iaitu penambahan, penolakan,

pendaraban dan pembahagian serta

memudahkan pelajar menguasai konsep

algoritma.

Mengembangkan penggunaan strategi-

strategi penyelesaian masalah,

mendorong pelajar untuk menikmati

keindahan dan logik yang wujud dalam

matematik, mengembangkan

kemahiran-kemahiran berfikir secara

kritis berbanding dengan hafalan petua,

peraturan dan fakta tanpa kefahaman

serta memberi peluang kepada pelajar

untuk memikirkan pelbagai cara

penyelesaian, berkongsi kaedah-

kaedah penyelesaian masalah dengan

pelajar-pelajar lain dan

mengembangkan keyakinan diri dalam

penyelesaian masalah matematik.

Page 6: MATEMATIK STRATEGI  PENYELESAIAN MASALAH DISEDIAKAN OLEH : FARAH IZZIANI BINTI SUDIN

PERBANDINGAN ANTARA MODEL POLYA DENGAN

MODEL LESTER

Page 7: MATEMATIK STRATEGI  PENYELESAIAN MASALAH DISEDIAKAN OLEH : FARAH IZZIANI BINTI SUDIN

Bil Ciri-ciri Model Polya Model Lester1. Definisi penyelesaian

masalah

- Sebagai suatu usaha mencari

jalan keluar dari suatu kesulitan

bagi mencapai suatu tujuan yang

tidak segera dapat dicapai- Meliputi dua aspek iaitu masalah

untuk menemukan(problem to find)

dan masalah untuk

membuktikan(problem to prove)- Penemuan langkah-langkah untuk

mengatasi kesukaran yang ada

- Suatu tugasan

dimana individu yang

menghadapinya perlu

melakukan prosedur

atau percuban untuk

mendapatkan

penyelesaiannya

2. Langkah pertama - Memahami masalah - Kesedaran masalah

- Pemahaman

masalah

- Analisis matlamat

Page 8: MATEMATIK STRATEGI  PENYELESAIAN MASALAH DISEDIAKAN OLEH : FARAH IZZIANI BINTI SUDIN

Bil Ciri-ciri Model Polya Model Lester3. Langkah kedua - Merancang strategi - Rancangan

pembangunan

4. Langkah ketiga - Melaksanakan strategi - Pelaksanaan pelan

atau aplikasikan strategi

5. Langkah keempat - Semak semula - Prosedur dan

penilaian penyelesaian

Page 9: MATEMATIK STRATEGI  PENYELESAIAN MASALAH DISEDIAKAN OLEH : FARAH IZZIANI BINTI SUDIN

MODEL POLYA

Diasaskan oleh pakar matemaik Hungari, George

Polya(1885-1987)

Prinsip penyelesaian masalah :

1) Memahami masalah

2) Merancang strategi

3) Melaksanakan strategi

4) Semak semula

Page 10: MATEMATIK STRATEGI  PENYELESAIAN MASALAH DISEDIAKAN OLEH : FARAH IZZIANI BINTI SUDIN

STRATEGI MEMUDAHKAN MASALAH

Kaedah ini merujuk kepada transformasi ayat matematik kepada bentuk

bahasa matematik yang paling mudah dan ringkas. Apabila kita

menghadapi sesuatu masalah yang rumit dan melibatkan nombor-nombor

bernilai besar, kita enggan menyelesaikannya kerana takut dengan nilai

besar. Bagaimana jika nilai besar itu digantikan dengan nilai kecil? Ini dapat

memudahkan masalah dan senang diselesaikan. Cara penyelesaian yang

lebih mudah ini kemudiannya digunakan untuk menyelesaikan masalah

asal.

Page 11: MATEMATIK STRATEGI  PENYELESAIAN MASALAH DISEDIAKAN OLEH : FARAH IZZIANI BINTI SUDIN

Contoh soalan :

Berapakah biji guli yang terdapat dalam 4 kotak sekiranya setiap

kotak tersebut mengandungi 5 biji guli?

Langkah 1 : Memahami masalah

Setiap kotak mengandungi 5 biji guli

4 kotak guli bersamaan dengan ‘y’, (4 kotak guli = y)

Langkah 2 : Merancang strategi

Menggunakan strategi persamaan matematik untuk memudahkan

masalah. Bagi menyelesaikan masalah matematik di atas kita perlu

tukarkan soalan dalam bentuk ayat berikut kepada bentuk persamaan

matematik.

Page 12: MATEMATIK STRATEGI  PENYELESAIAN MASALAH DISEDIAKAN OLEH : FARAH IZZIANI BINTI SUDIN

Langkah 3 : Melaksanakan strategi

Dalam strategi ini soalan tersebut ditukarkan kepada bentuk

persamaan matematik.

4 = y ÷ 5

4 kotak guli = y

4 kotak guli = y ÷ 5 biji guli

4 kotak guli × 5 biji guli = y

20 biji guli = y

y = 20 biji guli

Langkah 4 : Semak semula

Menyemak semula pengiraan untuk menentukan sama ada jawapan tersebut

munasabah atau terdapat kaedah lain yang lebih mudah.

Jika 1 kotak = 5 biji guli

4 kotak = 5 x 4

4 kotak = 20 biji