kajian kes bill gates

6
GMGM 3013 : HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN KAJIAN KES : BILL GATES 1 KAJIAN KES : BILL GATES SOALAN KES SOALAN 1 Bagaimana anda menggambarkan sifat keperibadian (sikap, perrsonaliti, konsep diri) yang terdapat pada Bill Gates? JAWAPAN Keperibadian Bill gates semenjak dari kecil lagi dikatakan adalah kurang bersosial dan kurang berinteraksi. Ini bukanlah disebabkan beliau bersikap pemalu sebaliknya beliau merasakan tiada keperluan untuk bercakap-cakap tentang hal-hal yang tidak bermanfaat. Walaupun beliau mempunyai keperibadian introvert, beliau sangat suka meluangkan masa dengan membaca pelbagai buku-buku ilmiah terutamanya yang berkaitan dengan pemprograman dan perkomputeran. Ramai yang mengenali beliau ketika di alam persekolahan menceritakan bahawa adalah sesuatu yang sangat sukar untuk menang dalam sebarang perdebatan dengan beliau kerana beliau mempuni banyak pengetahuan. Suman a/l Suparmaniam (S216264)

Upload: nur-afifah-kamarudin

Post on 30-Sep-2015

59 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

hubungan bill gates

TRANSCRIPT

KAJIAN KES : BILL GATES

GMGM 3013 : HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

KAJIAN KES : BILL GATES4

KAJIAN KES : BILL GATESSOALAN KES

SOALAN 1

Bagaimana anda menggambarkan sifat keperibadian (sikap, perrsonaliti, konsep diri) yang terdapat pada Bill Gates?

JAWAPAN

Keperibadian Bill gates semenjak dari kecil lagi dikatakan adalah kurang bersosial dan kurang berinteraksi. Ini bukanlah disebabkan beliau bersikap pemalu sebaliknya beliau merasakan tiada keperluan untuk bercakap-cakap tentang hal-hal yang tidak bermanfaat. Walaupun beliau mempunyai keperibadian introvert, beliau sangat suka meluangkan masa dengan membaca pelbagai buku-buku ilmiah terutamanya yang berkaitan dengan pemprograman dan perkomputeran. Ramai yang mengenali beliau ketika di alam persekolahan menceritakan bahawa adalah sesuatu yang sangat sukar untuk menang dalam sebarang perdebatan dengan beliau kerana beliau mempuni banyak pengetahuan.

Semasa mengendalikan Microsoft bersama dengan Paul Allen, rakan baiknya di Harvard, Gates digambarkan sebagai seorang yang kurang sopan, sarcastik dan kurang tahap kesabaran apatah lagi apabila kakitangan yang lain tidak mencapai jangkaannya dalam sesuatu tugasan yang diberikan. Oleh kerana itulah, beliau sendiri tidak bercadang untuk mempunyai ramai pekerja kerana pada Gates, adalah lebih mudah untuk mengawal, berinteraksi dan membuatkan semua orang menjadi penting.SOALAN 2

Jelaskan penggunaan kuasa yang terdapat di dalam kes yang dinyatakan?

JAWAPAN

Ramai yang menyatakan Bill gates menggunakan kuasa monopoli di dalam perniagaannya dan juga sebagai pemimpin. Beliau dilihat sebagai seorang yang tidak suka untuk dikalahkan lebih-lebih lagi oleh pesaing beliau. Beliau mempunyai impian bahawa suatu hari nanti,setiap rumah akan memiliki computer peribadi mahupun computer riba yang mana perisiannya adalah Microsoft, Impian beliau kini hampir menjadi kenyataan.

Sungguhpun begitu, ramai yang marah dengan tindakan monopoli Gates kerana Gates akan menjual sejumlah besar kuantiti produk dengan harga yang sangat rendah dan apabila permintaan semakin meningkat, beliau akan menaikkan harga. Dan apabila ada persaingan, beliau akan sanggup menurunkan harga produk beliau pada kadar yang tidak rasional sehinggakan pesaingnya menarik diri daripada sebarang bida. Dek kerana cara Gates ini, ramai yang marah dengan beliau terutamanya pesaing-pesaing beliau. Namun, apa yang dilakukan Gates itu tidak menyalahi undang-undang, tapi ianya adalah satu perkara yang tidak beretika untuk mencapai kekayaan dan kejayaan.SOALAN 3

Jika anda adalah seorang jurutera yang bekerja di bawah Bill Gates, adakah anda akan merasa tertekan? Jelaskan.

JAWAPAN

Ya, saya akan merasa tertekan. Ini kerana tekanan bukan sahaja dirasai daripada bebanan kerja malahan daripada persekitaran tempat kerja terutamanya daripada seorang ketua seperti Bill Gates. Sikap beliau yang sentiasa mahukan tugasan dilaksanakan bukan sahaja cepat malah tepat berkemungkinan akan memaksa untuk bekerja lebih masa. Ini secara tidak lansung akan mempengaruhu kehidupan social saya seperti hubungan dengan keluarga dan juga teman-teman. Ini akan menyebabkan motivasi saya terjejas dan akan menjadikan kerja-kerja semakin tidak konsisten dan kelihatan seolah-olah saya tidak berkemampuan untuk melaksanakan tugasan. Selain itu, keperibadiandan kelantangan Gates setiap kali bermesyuarat menambahkan lagi tekanan kepada saya. Jika Gates merasakan saya sudah tiada kepentingan di dalam syarikat saya mungkin akan diberhentikan. Ini secara tidak langsung akan menejejaskan peluang saya untuk bekerja di tempat lain kerana mereka pasti akan beranggapan negative terhadap saya kerana saya telah diberhentikan dari syarikat terbaik di dunia di mana tidak mungkin untuk sesorang dengan sengaja mahu berhenti kerja. Oleh yang demikian, saya terpaksa melupakan kehidupan social saya bagi menjami kelansungan saya di syarikat ini dan saya harus sentiasa berhadapan dengan kerenah dan tekanan dari Gates.

SOALAN 4

Berdasarkan pengetahuan anda, cadangkan jenis kepimpinan yang sepatutnya digunakan oleh Bill Gates?

JAWAPAN

Terdapat 2 jenis kepimpinan yang boleh digunakan oleh Bill gates iaitu seperti berikut :(a) Kepimpinan Berperikemanusiaan

Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya. Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan permuafakatan.(b) Kepimpinan Demokrasi Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.

Suman a/l Suparmaniam (S216264)