kajian kes

Upload: chellam-arjunan

Post on 03-Mar-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kes bnk

TRANSCRIPT

2.0 KAJIAN KESAliz adalah seorang guru bimbingan dan kaunseling yang hanya dilatih dalam bidang kaunseling selama 2 bulan. Cikgu Aliz seorang yang suka menjalankan sesi kaunseling dengan murid perempuan sahaja kerana dia berasa murid perempuan lebih bermesra dan mudah untuk meneroka perasaan. Seorang murid yang bernama Wahida dari tahun 4B meminta pertolongan kepada cikgu Aliz untuk membuat sesi dengan dia. Cikgu Aliz menganggap kes Wahida tidak begitu serius kerana Wahida adalah anak seorang pekerja buruh. Oleh itu, dia tidak menyediakan borang persetujuan termaklum dan hanya menyentuh secara ringkas tentang proses sesi. Selepas fasa penerokaan, Aliz mendapati bahawa Wahida pernah dirogol beberapa kali oleh abang kandungnya sendiri. Klien juga menyatakan perasaan yang dia ingin membunuh diri kerana tidak mempunyai pilihan lain. Ibu bapa Wahida pula tidak mengetahui tentang niat membunuh diri dia kerana dia tidak pernah memberitahu mereka atau sesiapa mengenai perkara ini. Oleh sebab itu, Wahida telah merancang beberapa pelan untuk membunuh diri tetapi belum berpeluang untuk melaksanakannya. Apabila mendengar luahan perasaan klien, cikgu Aliz menjadi sangat risau dan terus menghebohkan hal ini kepada cikgu lain tanpa berbincang terlebih dahulu dengan guru besarnya. Wahida berasa sangat malu dan tertekan kerana kebanyakkan guru bertanya tentang hal ini kepadanya. Perkara ini menyebabkan Wahida mengambil tindakan yang mengejutkan iaitu membunuh diri sebaik sahaja balik dari sekolah pada hari itu. Sebelum membunuh diri, Wahida menulis sepucuk surat bukti mengatakan bahawa cikgu Aliz penyebab utama kepada kematiannya. ( Adaptasi daripada Isu Profesional dan Etika dalam kaunseling dan psikoterapi oleh Rafidah dan Lau, 2013 )3.0 ISU YANG DITEMUI 1) Tidak bersikap adil GBK KPM : Bahagian A.72) Tidak menepati kerahsiaan GBK KPM : Bahagian A.23) Tidak membuat persetujuan termaklum (informed consent) Kod etika Lembaga Kaunselor : Bahagian A.24) Tidak menjaga kebajikan klien Kod etika Lembaga Kaunselor : Bahagian Bahagian A.1.a5) Tidak memberitahu tentang kes ini kepada majikan PERKAMA : Bahagian D.76) Tidak bertanggungjawab dalam Duty to Worn