kajian kes

Upload: lilians-foo

Post on 06-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kajian Kes

TRANSCRIPT

KAJIAN KES KE ATAS SEKOLAH X TENTANG MASALAH DAN ISU YANG DIHADAPI DALAM PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji tentang masalah dan isu yang dihadapi oleh pelbagai pihak dalam Program Pemulihan Khas, Sekolah X yang terletak di Johor Bahru. Seramai seorang guru, seorang murid pemulihan dan ibu kepada murid pemulihan telah terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan temu bual dan dapatan hasil kerja, didapati terdapat beberapa masalah dan isu yang dihadapi oleh beberapa pihak dalam Program Pemulihan Khas. Antara beberapa pihak yang berkaitan ialah pihak guru, pihak ibu bapa dan pihak murid. Dapatan kajian kes adalah berfokus kepada aspek Profesionalisme Guru, Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Program Pemulihan Khas, Isu Pengurusan Program Pemulihan Khas dan Penglibatan Ibu bapa dan Komunikasi dalam Program Pemulihan Khas.PENDAHULUANProgram Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM semenjak tahun 1960-an untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu menguasai kemahiran asas 3M, iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran mengira. Kajian BPPP (1973) menunjukkan ramai murid yang telah tamat sekolah rendah terutama di luar bandar masih tidak menguasai kemahiran asas membaca, di samping tidak menguasai kemahiran menulis dan mengira.

Sekolah X ini terletak kira-kira 5 km dari Pusat Bandar Johor Bahru. Pada masa ini sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan dengan menempatkan 25 bilik darjah termasuk 2 bilik darjah Pendidikan Khas dan sebuah Dewan Tertutup. Bilangan murid di sekolah ini pada masa ini seramai 813 orang terdiri daripada 51.92% Melayu, 31.9% Cina, 14.1% India dan 2.1% lain-lain bangsa. Bilangan guru pada masa ini seramai 45 orang terdiri daripada 35 orang Melayu, 2 orang Cina, 2 orang India, dan 4 orang bangsa lain-lain.

Fokus kajian adalah tentang masalah dan isu yang dihadapi dalam Program Pemulihan Khas oleh beberapa pihak yang berkaitan iaitu pihak guru, pihak ibu bapa dan pihak murid.TUJUAN KAJIAN

a) Mengenalpasti sejauhmana minat guru mempengaruhi pengajaran dalam penguasaan 3M bagi murid-murid program pemulihan khas.

b) Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kemahiran guru mempengaruhi pengajaran dalam penguasaan 3M bagi murid-murid program pemulihan khasc) Mengenalpasti sejauhmana beban tugas guru di sekolah mempengaruhi pengajaran dalam penguasaan 3M bagi murid-murid program pemulihan khas.

d) Mengenalpasti faktor paling dominan yang mempengaruhi pengajaran dalam penguasan 3M murid-murid program pemulihan khas.OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memastikan tentang masalah dan isu yang dihadapi dalam program pemulihan khas oleh sekolah X yang mana melibatkan aspek Profesionalisme Guru, Pelaksanaan Pengurusan dan Pembelajaran, Isu Pengurusan Program Pemulihan Khas dan Penglibatan Ibu bapa dan komuniti.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

2.1 PERANCANGAN TINDAKAN

Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, kami telah merancang beberapa cara untuk mengenalpasti tentang masalah dan isu yang dihadapi dalam program pemulihan khas oleh sekolah X yang mana melibatkan aspek Profesionalisme Guru, Pelaksanaan Pengurusan dan Pembelajaran, Isu Pengurusan Program Pemulihan Khas dan Penglibatan Ibu bapa dan komuniti.

Kami telah menemu bual dengan guru pemulihan tentang masalah dan isu yang dihadapi dalam program pemulihan khas oleh sekolah X yang mana untuk mengenalpasti sejauhmana minat guru mempengaruhi pengajaran dalam penguasaan 3M bagi murid-murid program pemulihan khas. Minat dan kecenderungan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Setiap individu yang berminat dalam perkara yang dipelajari akan menunjukkan pencapai yang tinggi dalam perkara yang diceburi. Dalam proses pemilihan, minat memainkan peranan yang sangat penting sebagaimana yang telah disarankan oleh Holland (1973), dalam kajiannya iaitu pemilihan kerjaya adalah dipengaruhi atau didorong oleh minat seseorang. Minat juga membawa kepada pengertian sebagai keinginan, kecenderungan kepada sesuatu. Menurut Thorndike, Weics dan Danis (1968), dalam Hashim (2000), minat secara keseluruhan dapat dianggap sebagai pembolehubah-pembolehubah motivasi.

Selain itu, berkenaan dengan isu yang berkaitan dengan mengenalpasti tahap pengetahuan dan kemahiran guru mempengaruhi pengajaran dalam penguasaan 3M bagi murid-murid program pemulihan khas. Menurut Magisos (1989), sebaik-baik guru adalah mereka yang berpengetahuan tinggi, mahir dalam bidang teknikal dan cekap menjalankan tugas sebagai seorang guru. Sementara Kauchak dan Enggan (1989), berpendapat pengajaran yang berkesan memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang luas terhadap mata pelajaran serta mempunyai kefahaman terhadap aspek pembelajaran murid. Guru merupakan elemen penting dalam pendidikan. Pengajaran yang berkualiti adalah hasil daripada mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan pada suatu disiplin ilmu tersebut. Kenyataan ini turut disokong oleh Ryan, D.G.(dalam Crow & Crow, 1983), iaitu guru yang efektif iailah guruguru yang mempunyai sifatsifat seperti mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam mata pelajaran yang diajarnya, mempunyai imaginasi yang tinggi untuk membolehkan ia membuat pelbagai contoh yang dapat membantu pelajar memahami suatu konsep dengan mudah dan dapat menggunakan alatan dan bahan pengajaran dengan baik dalam pengajarannya .Masalah dan isu yang dihadapi dalam program pemulihan khas oleh sekolah X yang mana untuk mengenalpasti sejauhmana beban tugas guru di sekolah mempengaruhi pengajaran dalam penguasaan 3M bagi murid-murid program pemulihan khas ialah guru pemulihan mempunyai beban tugas yang berat keranaselain dari mengajar di kelas pemulihan khas, guru terpaksa melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan pentadbiran, kurikulum dan juga aktiviti ko-kurikulum.Selain itu, masalah dan isu mengenalpasti faktor paling dominan yang mempengaruhi pengajaran dalam penguasan 3M murid-murid program pemulihan khas. Ketiadaan hubungan yang rapat khususnya dengan ibu bapa menyebabkan segala maklumat berkaitan murid pemulihan sukar atau gagal dikumpul. Akibatnya strategi ke arah memperbaiki juga menjadi sukar dan terbantut. (Haigh, 1977). Sebaliknya, kerjasama yang erat dan mantap daripada kedua belah pihak dapat mempertingkatkan perkembangan sosial, emosi dan kognitif murid (Crowl et.al 1997; Epstein,1992).Metodologi

Kajian ini menggunakan pemerhatian secara terbuka, temu bual untuk mengumpul maklumat daripada guru pemulihan, ibu bapa untuk mengesankan isu dan permasalahan dalam pelaksanaan program pemulihan. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah rendah iaitu sekolah kebangsaan dalam daerah Johor Bahru, Johor. Lokasi ini dipilih kerana pengkaji telah menjalani program praktikum di sekolah tersebut. Jumlah Responden ialah seramai 3 orang iaitu guru pemulihan, seorang ibu dan murid pemulihan.

Pengkaji menggunakan soalan seperti dilampirkan (lampiran 1) untuk mengenal pasti isu dan permasalahan yang dihadapi guru pemulihan dan ibu bapa dalam pelaksanaan program pemulihan.

Pengkaji juga menggunakan soal selidik sebagai satu instrument untuk meninjau perasaan diri murid pemulihan terhadap program pemulihan. Seperti borang soal selidik yang dilampir (lampiran 2), terdapat dua bahagian dalam soal selidik yang digunakan untuk mengumpul data seperti berikut:

Bahagian A:

Soal selidik mengenai latar belakang responden. Bahagian ini mengandungi 4 soalan.

Bahagian B:

Soal selidik mengenai perasaan diri murid terhadap kelas pemulihan, guru pemulihan dan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan oleh guru pemulihan.

Penganalisisan data dan maklumat diperolehi dalam temu bual akan disenaraikan dengan bentuk penulisan dalam dapatan kajian. Pengkaji akan membuat perbincangan dalam bentuk esei berdasarkan dapatan kajian.

Pengkaji menyenaraikan cadangan yang dapat mengatasi isu dan masalah tersebut selepas perbincangan dapatan kajian.

PROSEDUR:

1. Pengkaji membuat kajian di sekolah yang mempunyai kelas pemulihan semasa praktikum.

2. Pengkaji mengumpul maklumat tentang struktur organisasi, senarai nama murid, perancangan dan program yang dilaksanakan.

3. Pengkaji membuat kajian ini melaksanakan kaedah tinjauan dengan temu bual dan soal selidik untuk mengumpul maklumat tentang isu dan permasalahan yang dihadapi oleh guru pemulihan, ibu bapa dan murid pemulihan.

4. Pengkaji membuat perbincangan terhadap dapatan kajian.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan temu bual dan soal selidik yang telah kami jalankan, didapati bahawa guru pemulihan telah menghadapi pelbagai isu dan masalah yang berkaitan tentang Program Pemulihan Khas. Antara isu yang terpaksa dihadapi adalah murid-murid tidak mendapat sokongan pengajaran yang berterusan apabila mereka kembali ke kelas biasa dan diajar oleh guru lain. Dalam maksud yang lain, murid-murid seharusnya menerima pertolongan atau bantuan susulan dari guru pemulihan khas yang terlatih secara berterusan semasa berada di kelas-kelas biasa.

Selain daripada itu, guru pemulihan khas tidak mendapat sokongan moral daripada Guru Besar dan rakan-rakan guru yang lain juga merupakan salah satu isu yang amat penting. Sekiranya tanpa sokongan moral daripada Guru Besar dan rakan-rakan guru yang lain, guru pemulihan tersebut tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti dengan berjaya dan tiada rakan-rakan guru yang akan membantunya.

Kekurangan bahan-bahan sumber, penggunaan buku teks serta kaedah mengajar yang tidak dapat menarik minat murid-murid serta memperkayakan pengalaman murid-murid juga dikenalpasti mempengaruhi masalah pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu mengajar dengan betul akan mempengaruhi pengetahuan yang akan dibina oleh murid.

Isu yang melibatkan murid juga menjadi satu masalah yang harus menemui jalan penyelesaian secepatnya supaya dengan itu, contohnya murid kerap ponteng sekolah. Sekiranya murid kerap ponteng sekolah, secara tidak langsung mereka akan ketinggalan beberapa unit pembelajaran di dalam kelas mereka..

Selain itu, murid pemulihan tidak kurang yang memiliki sikap negatif terhadap pelajaran. Terdapat murid yang malas, malah ramai yang tidak berminat untuk belajar. Mereka adalah individu yang mempunyai motivasi yang kurang, kurang berusaha, tidak aktif dan tidak berani mencuba. Dengan motivasi yang kurang, kurang berusaha, murid akan menjadi rendah diri dan tidak mempunyai keyakinan diri semasa melakukan sebarang aktiviti serta akan mengakibatkan murid menjadi penakut dan mendiamkan dirinya.

Satu lagi masalah yang sering ditimbulkan oleh murid pemulihan adalah terdapat murid yang terlalu lemah untuk menguasai pelajaran. Dengan tahap pengusaan yang kurang baik, malah boleh dikatakan sangat lemah ini memaksa guru mengasingkannya daripada kumpulan pelajar yang lain.

Selain isu berkaitan guru, murid dan bahan bantu mengajar, isu peruntukan kewangan daripada kementerian untuk pendidikan pemulihan juga seringkali dijadikan isu. Kesukaran guru pemulihan untuk mendapat bantuan kewangan atau dana untuk membeli dan membina bahan-bahan pembelajaran. Biasanya guru menggunakan duit sendiri untuk menyediakan segala bahan bantu mengajar malah segala keperluan murid di dalam kelas mengggunakan duit sendiri. Kementerian tidak menyediakan peruntukkan yang spesfik untuk pendidikan pemulihan sebaliknya hanya bergantung kepada panitia bahasa melayu dan matematik yang memberikan sumbangan. Hal ini akan menyebabkan ketidaksudian guru untuk menghasilkan bahan bantu mengajar malah guru kena keluarkan duit sendiri untuk membeli bahan bantu mengajar. .

Isu yang seterusnya adalah penglibatan ibu bapa. Ibu bapa seharusnya mengambil bahagian yang penting dalam usaha memajukan anak-anak mereka. Membiarkan mereka di rumah tanpa hadir ke sekolah bukan satu cara yang harus diberikan pujian. Malah membiarkan anak ke sekolah kemudian balik ke rumah tanpa menelaah juga bukan satu cara yang baik. Anak harus diberikan pendidikan yang baik dari rumah. Sekiranya ibu bapa yang kurang pandai dijadikan satu alasan untuk mereka tidak mengajar anak-anak mereka, maka berilah perhatian serius ke atas kerja sekolah yang telah dibekalkan. Sekiranya ibu bapa asyik membiarkan anak mereka ponteng sekolah, maka sikap ponteng itu akan sentiasa diamalkan oleh murid tersebut dan ibu bapa akan menjadi susah untuk mengawal anak mereka.Peranan ibu bapa dalam program pendidikan pemulihan di sekolah adalah sangat penting. Tanpa sokongan ibu bapa, program pemulihan yang dilaksanakan sukar untuk dicapai. Manakala berdasarkan temu bual daripada ibu kepada responden, didapati ibu bapa responden tidak memainkan peranan dengan baik. Mereka kurang memberi kerjasama dalam usaha memajukan anak-anak mereka. Mereka jarang membuat ulangkaji dengan anak mereka dan membiarkan anak mereka di rumah tanpa hadir ke sekolah malah membiarkan anak ke sekolah kemudian balik ke rumah tanpa menelaah juga bukan satu cara yang baik. Pihak ibu bapa juga kurang mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah supaya dapat membantu anak mereka belajar dengan cara yang betul.

Berdasarkan tinjauan soal selidik yang didapati murid pemulihan tersebut suka dengan suasana pembelajaran dalam kelas pemulihan dan suka pada cikgunya. Mereka juga mendengar arahan yang disampaikan oleh cikgu tetapi bersikap negatif kerana kurang yakin dan tidak berani untuk mencuba sebarang aktiviti yang disediakan oelh guru pemulihan. Di sini didapati bahawa murid suka hadir ke kelas pemulihan cuma mereka selalu ponteng adalah disebabkan oleh sebab yang lain.CADANGAN

Di antara perkara-perkara yang boleh diberi perhatian untuk meningkatkan lagi mutu dan kompetensi guru-guru pemulihan khas yang dicadangkan hasil dari kajian ini ialah.

a. Pemilihan Calon Guru Pemulihan Khas Yang Berkualiti

b. Program Latihan Guru Pemulihan Khas

c. Penyelarasan Tugas dan Tanggungjawab Guru Pemulihan Khas

d. Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

e. Pengikhtirafan dan Elaun Insentif Khas

f. Peruntukan Kewangan (PCG) Program Pemulihan Khas

g. Pemantauan Pencerapan Dan Penilaian Program Pemulihan Khas

h. Keperluan Kemudahan Kelas Yang Kondusif

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, tahap minat, pengetahuan dan kemahiran guru, latihan guru dan

beban tugas guru di sekolah kebangsaan dalam daerah Pontian, Johor adalah pada tahap yang sederhana. Ini mungkin disebabkan terdapat beberapa aspek yang menyebabkan mereka kurang berminat dan kurang pasti akan kepentingan program ini untuk membantu murid-murid yang bermasalah dalam penguasaan 3M di sekolah. Oleh itu latihan guru bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seharusnya dilaksanakan segera supaya mereka dapat membantu murid-murid dengan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan lagi.

Tugas dan tanggungjawab di sekolah hendaklah diselaraskan agar guru pemulihan khas

dapat menumpukan tugasnya yang sebenar di kelas pemulihan khas. Usaha untuk

menarik minat guru lain menceburi dalam bidang program pemulihan khas seharusnya

dilakukan disamping menyelesaikan masalah dan isu-isu sedia ada seperti ganjaran yang tidak setanding dengan profesion lain serta ganjaran untuk tugas-tugas atau kerja lebih masa. Sewajarnya guru pemulihan khas diberikan elaun insentif seperti guru pendidikankhas agar bidang ini lebih diminati. Disamping itu usaha untuk meningkatkan kepakaran guru dengan mengadakan kursus dan latihan yang lebih kerap perlu dilaksanakan segera supaya pengetahuan dan kemahiran guru pemulihan khas lebih profesional dan berkesan.

8