kajian kes

22
ISI KANDUNGAN 1. Penghargaan 2. Abstrak 3. Pengenalan 4. Tajuk Kajian 5. Latar Belakang Masalah Kajian 6. Penyataan Masalah 7. Pendekatan penyelidikan 8. Alat pengutipan data 9. Sampel Kajian 10. Analisa data 11. Rumusan 1

Upload: pooranikannan

Post on 09-Dec-2015

84 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sains observation

TRANSCRIPT

Page 1: kajian kes

ISI KANDUNGAN

1. Penghargaan2. Abstrak

3. Pengenalan

4. Tajuk Kajian

5. Latar Belakang Masalah Kajian

6. Penyataan Masalah

7. Pendekatan penyelidikan

8. Alat pengutipan data

9. Sampel Kajian

10. Analisa data

11. Rumusan

1

Page 2: kajian kes

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu izinkan saya berdoa kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya,

saya dapat menyiapkan kajian kes ini.Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Dr.

Hajjah Fadzilah Amzah segala bimbingan, dorongan dan sokongan yang diberikan selama ini.

Seterusnya penghargaan diberikan kepada Tuan Guru Besar SJK (T) Sungai Bakap yang

telah memberi sokongan dan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian di sekolah

ini.Tidak lupa juga mengucapkan terima kasih kepada pelajar yang menjadi sampel kajian ini.

.Akhir sekali, saya amat berterima kasih rakan-rakan sejawat saya yang tidak jemu

memberi tunjuk ajar dan memberi dorongan untuk meneroka alam pengetahuan yang penuh

dengan cabaran.Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung membantu menjayakan kajian ini.

2

Page 3: kajian kes

ABSTRAK

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji sejauh mana penekanan kepada Kemahiran Proses

Sains terutamanya Pemerhatian dan Menginference merupakan medium yang terbaik dalam

memberikan pendedahan dalam memahami sesebuah experiment. Kajian ini bertujuan untuk

menentukan tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains Pemerhatian dan Menginference di

kalangan pelajar tahun 5 dalam mata pelajaran Sains. Tahap penguasaan kemahiran

pemerhatian dan menginference dapat membantu pelajar untuk memahami experiment

terutamanya soalan-soalan experiment di bawah soalan KBAT di kalangan pelajar tahun 5 di

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Bakap

dapatan yang diperolehi dianalisis secara manual dan dinyatakan dalam bentuk peratusan.

Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan tahap penguasaan kemahiran proses sains

pelajar dalam Pemerhatian dan inferens. Pembelajaran menggunakan Kaedah soal jawab dan.

Teknik Penyoalan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran merupakan teknik yang paling

lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam

pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar

i. membina konsep daripada experiment bergambar

ii. kesanggupan memberi pernyataan mengenai experiment bergambar

iii. melahirkan perasaan

iv. penglibatan dan percaya diri sendiri di kalangan pelajar.

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan

gambar experiment dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Kejayaan

penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan

guru untuk menguasai teknik menyoal. Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan

masalah kepada pelajar-pelajar sama ada dalam kelas KBSR , KBSM ataupun KSSR..

Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita mendapatkan sesuatu maklumat

tetapi dapat membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling

memahami dan bekerjasama. Secara umumnya teknik menyoal merupakan teknik yang penting

dalam aktiviti pengajaran guru kerana hampir kesemua proses pengajaran dan pembelajaran

melibatkan teknik penyoalan.

3

Page 4: kajian kes

PENGENALAN

Bidang pendidikan di Malaysia menggariskan beberapa matlamat yang termasuk dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini bertujuan untuk memperkembangkan lagi potensi

individusecara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan individu secara menyeluruh

dan bersepadu supaya dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek pelajar untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian Negara. Sains telah

diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di Tahap II dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) mulai Disember 1994. Menurut Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (1994), Sains akan dijadikan salah satu mata pelajaran yang akan diuji dalam

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Mulai 1997

Bidang : SAINS

TAJUK KAJIAN

Keberkesanan Penggunaan Kaedah Soal Jawab Dalam Pengajaran Mengkaji sejauh

manakah soalan pemerhatian dan inference dapat membantu pelajar untuk memahami

experiment terutamanya soalan-soalan experiment di bawah soalan KBAT di kalangan

pelajar Tahun 5 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Bakap

4

Page 5: kajian kes

LATAR BELAKANG KAJIAN

.

Kurikulum sains sekolah rendah  telah menekankan penguasaan kemahiran saintifik (kemahiran

proses dan manipulatif) serta kemahiran berfikir di samping pemahaman prinsip asas sains

serta sikap saintifik dan nilai murni. Ini bertujuan supaya sistem persekolahan di Malaysia dapat

melahirkan rakyat yang progresif dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Selain itu, ia juga bertujuan memberikan kesedaran kepadamurid tentang kepentingan

pengetahuan sains dan teknologi sebagai persediaan mereka melanjutkan pelajaran serta

bekerjaya dalam bidang pembangunan dan perindustrian.

Salah satu cabaran bagi guru sains sekolah rendah adalah bagaimana menerapkan kemahiran

proses sains dalam pengajaran pembelajaran mata pelajaran sains. Bagi melaksanakan

penerapan kemahiran proses sains ini, guru sains telah dilatih dan diberi kemahiran di Pusat

Pengajian seperti Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran sains yang dapat menerapkan kemahiran proses sains. Penguasaan kemahiran

proses sains ditekankan selain daripada penguasaan fakta-fakta dan prinsip sains. Ini adalah

kerana pengetahuan sains terhasil daripada aktiviti menyelesaikan masalah secara saintifik

bergantung kepada kemahiran murid terhadap proses sains(Harlen,2000). Langkah Kerajaan

Malaysia memperkenalkan mata pelajaran sains di tahun satu dalam pelaksanaan Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011 adalah satu langkah yang disokong oleh

semua warga pendidikan.  Ini dapat menggalakkan daya pemikiranyang kritis dan kreatif serta

memupuk perasaan ingin tahu murid terhadap persekitaran mereka. Justeru,guru yang mengajar

perlu menguasai kemahiran proses sains dengan sebaik-baiknya bagi menjamin pelaksanaan

kurikulum berkesan (Burns.et al,1985).

5

Page 6: kajian kes

Objektif Kajian

Kaedah Soal Jawab dan teknik penyoalan dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang

pendidikan. Walaupun kaedah yang diamalkan adalah lama, tetapi soalan-soalan yang

dirancang oleh guru adalah soalan yang membolehkan pelajar memahami soalan yang

berdasarkan gambar . Kaedah persoalan sebegini akan membantu  pelajar memahami

experiment bergambar .

Kaedah Soal Jawab dalam mata pelajaran sains Bahagian B merupakan kaedah pengajaran yang

memberi peluang kepada pelajar mengarah kehala yang betul . Penggunaannya adalah paling

bernilai terutamanya untuk mencerna pemikiran. Ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan

akan membantu pelajar menganalisa gambar experiment.

Objektif kajian ini adalah untuk :

1. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran membuat pemerhatian dalam Kemahiran

Proses Sains dalam kalangan pelajar Tahun 5

2. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran memberi inference dalam Kemahiran Proses

Sains dalam kalangan pelajar Tahun 5

3. Membantu murid dalam membezakan kemahiran memerhati, dan menginfer dalam sesebuah

experiment bergambar.

Kajian yang berbentuk kajian kes ini menggunakan enam orang pelajar Tahun 5 . Iaitu 2 orang

dari kumpulan cemerlang 2 orang dari kumpulan sederhana dan 2 orang dari kumpulan lemah .

Pendekatan kualitatif adalah dengan

1. pengumpulan data melalui pemerhatian guru.

2. Temu bual pelajar .

3. Menganalisa latihan pelajar.

4. Dan analisis dokumen RPH guru.

6

Page 7: kajian kes

Penyataan Masalah

1. Pelajar tidak dapat bezakan jawapan yang diberikan itu bagi soalan pemerhatian ataupun

inference ?

2.Pelajar keliru dalam memberi jawapan untuk soalan pemerhatian dan inference.

3. Pelajar merasa rumit dalam mendapatkan maklumat dari gambar.

4. Pelajar merasa lebih mudah untuk mendapatkan maklumat dari soalan experimen jenis

jadual ataupun jenis graf. Di mana maklumatnya tertera dalam soalan tersebut. Manakala

soalan experiment jenis gambar pula maklumatnya tersirat pada gambar.

5. Bagi menguasai kemahiran memberi jawapan , mereka perlulah menguasai kaedah dan juga

teknik bersoal jawab. Kemahiran memberi jawapan adalah berdasarkan pada penyedian soalan

oleh guru. Kemahiran mereka soalan aras tingi ini bukanlah sesuatu yang dibuat secara spontan,

malah untuk mencapai tujuan dan matlamat yang dikehendaki, maka ia hendaklah dirancang

dengan sebaik-baiknya.

Guru perlu mengamalkan beberapa teknik semasa dan sebelum mengaplikasi kaedah Soal

jawab. Berikut adalah aspek-aspek yang perlu diberi perhatian oleh guru

1.   Soalan yang dibentuk mestilah jelas, tepat dan ringkas

2.   Fokus kepada satu idea/ atau lebih daripada satu idea.

3.   Soalan ditujukan kepada semua pelajar. Ini dapat mengelakkan yang lain-lain berasa

'selamat'.

4.   Melayan semua jawapan pelajar dengan baik tanpa membuatkan pelajar terasa

didiskriminasi/ pilih kasih.

5.   Memberi petua/ petunjuk dan peluang yang secukupnya kepada pelajar yang tidak dapat

menjawab.

6.   Mencungkil pemikiran pelajar di dalam memberi pendapat dan idea baru.

7.   Jangan sesekali memarahi pelajar dengan kata-kata negatif apabila mereka gagal menjawab

soalan.

7

Page 8: kajian kes

Kaedah Soal - Jawab

1. Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang

pendidikan.

2. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang

berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.

3. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan

dengan soalan bergambar Sains bahagian B dan pelajar dikehendaki memberi

tindakbalas yang sewajarnya.

4. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menjawab

soalan pemerhatioan dan inference

5. Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

a. Untuk mengesan pengetahuan mengenai gambar

b. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.

c. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan maklumat dari soalan gambar

experiment.

d. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di

samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

8

Page 9: kajian kes

 

Pendekatan Penyelidikan

Ciri-Ciri Kaedah Penyelidikan Kualitatif ialah:

1.   Data dan maklumat

 Data dan maklumat yang diperlukan berkenaan dengan soalan apa, mengapa, dan bagaimana

dari gambar yang diberikan.  Apa yang dilakukan, mengapa dilakukan dan bagaimana cara

melakukannya memerlukan pendedahan suatu proses mengenai sesebuah fenomena. Proses

alamiah dibiarkan berlaku tanpa campur tangan penyelidik, sebab proses yang terkawal tidak

akan menggambarkan keadaan yang sebenarnya. Penyelidik tidak perlu mentaransformasi data

menjadi angka untuk menghindari kehilangan maklumat yang telah diperolehi. Makna suatu

proses dimunculkan konsep-konsepnya untuk menjadikan prinsip bahkan teori sebagai suatu

penemuan atau hasil kajian tersebut.

2.      Bersifat induktif

Penyelidikan kualitatif sifatnya induktif . Penyelidikan kualitatif tidak bermula dari potongan

teori, tetapi bermula dari lapangan yakni fakta pengalaman. Penyelidik terjun ke gelanggang,

mempelajari suatu proses atau penemuan yang tenjadi secara semula jadi, mencatat,

menganalisis, mentafsir dan melaporkan serta menarik kesimpulan-kesimpulan dari proses

tersebut. Kesimpulan atau generalisasi kepada lebih luas tidak dilakukan, sebab proses yang

sama dalam konteks persekitaran tertentu, tidak mungkin sama dalam konteks persekitaran yang

lain baik waktu maupun tempat. Penemuan kajian dalam bentuk konsep, prinsip, hukum, teori

dibina dan dikembangkan dari lapangan bukan dari teori yang telah ada. Proses induktif iaitu

dari data yang berasingan tetapi saling berkaitan.

3.       Mengutamakan makna

Penyelidikan kualitatif mengutamakan makna . Makna yang diungkap berkisar pada persepsi

pelajar mengenai suatu gambar experiment yang diberikan. Misalnya gambar lampu dan

9

Page 10: kajian kes

bayang-bayangnya pada skrin. Kajian tentang saiz dan bentuk yang beza pada skrin. Penyelidik

mencari maklumat dari sudut manakah lampu disuluhkan, berapa jauhkah lampu dan

skrin ,apakah bentuk dan saiz objeck yang disuluhkan. Ketepatan maklumat daripada gambar

experiment diungkap oleh penyelidik agar dapat mentafsirkan hasil kajian secara sahih dan

tepat.

Berdasarkan ciri di atas dapat disimpulkan bahawa penyelidikan kualitatif tidak bermula dari

teori yang dipersiapkan sebelumnya, tapi bermula dari lapangan berdasarkan persekitaran

semula jadi. Data dan maklumat lapangan ditarik maknanya dan konsepnya, melalui pendedahan

deskriptif analisis, tanpa perlu menggunakan nombor, sebab lebih mengutamakan proses

terjadinya suatu peristiwa dalam keadaan yang semula jadi. Generalisasi tak perlu dilakukan

sebab keterangan dan tafsiran berlaku dalam konteks dan situasi tertentu. Realiti yang kompleks

dan sentiasa berubah menuntut penyelidik cukup lama berada di lapangan.

Selaras dengan pendapat di atas, Bogdan dan Biklen (1992) menjelaskan bahawa penyelidikan

kualitatif mendeskripsikan suatu proses kegiatan pendidikan berdasarkan apa yang terjadi di

lapangan sebagai bahan kajian lebih lanjut untuk menemukenali kekurangan dan kelemahan

pendidikan sehingga dapat ditentukan upaya penyempurnaannyMenganalisis dan menafsirkan

suatu fakta, gejala dan peristiwa pendidikan yang terjadi di lapangan sebagaimana adanya dalam

konteks ruang dan waktu serta keadaan persekitaran pendidikan secara semula jadi.

a. Menyusun hipotesis berkenaan dengan konsep dan prinsip pendidikan berdasarkan data

dan maklumat yang berlaku di lapangan (induktif) untuk kepentingan ujian lebih lanjut

melalui pendekatan kuantitatif.

b. Bidang kajian penyelidikan kualitatif dalam pendidikan antara lain berkaitan dengan

proses pengajaran, bimbingan, pengurusan / pengurusan kelas, kepimpinan dan

pengawasan pendidikan, penilaian pendidikan, hubungan sekolah dan masyarakat, usaha

pembangunan tugas profesi guru, dan lain-lain. Selain kajian kualitatif yang digunakan

dalam bidang pendidikan adalah

10

Page 11: kajian kes

Sampel Kajian

Pelajar Cemerlang

Dokumen Kemahiran Menginferens dan Memerhati

Pelajar sederhana

11

Page 12: kajian kes

Pelajar Lemah

Analisa Kutipan Data

Semua data dianalisis secara manual. Hasil kajian menunjukkan di jadual seperti dibawah :-

Jadual :1

Bil Kategori

pelajar

Analisa dari Pengumpulan Data Melalui Pemerhatian Guru

1. Cemerlang Pelajar fokus pada pengajaran dan pembelajaran

2. Sederhana Tidak memberi sepenuh perhatian

3. Lemah Memberi perhatian hanya pada permulaan sahaja

Jadual: 2

Bil Kategori

pelajar

Analisa dari Temu bual pelajar

1. Cemerlang Pelajar memberitahu mereka faham pengajaran yang berdasarkan

12

Page 13: kajian kes

gambar semasa guru mengajar . Mereka juga dapat menjawab persoalan

guru dengan tepat . Namun tetapi , apabila menjawab soalan bergambar

yang lain, sebagai aktiviti mereka menghadapi kesukaran untuk

menjawab soalan pemerhatian dan inference.

2. Sederhana Pelajar memberitahu mereka faham pengajaran yang berdasarkan

gambar semasa guru mengajar . Ada kalanya mereka memberi jawapan

yang salah bagi persoalan guru . Namun tetapi , apabila menjawab

soalan bergambar yang lain, sebagai aktiviti mereka menghadapi

kesukaran untuk menjawab soalan pemerhatian dan inference. Mereka

berpendapat soalan jenis berjadual ataupun graf adalah lebih mudah

untuk menjawap soalan pemerhatian dan inference.

3. Lemah Pelajar memberitahu mereka faham pengajaran yang berdasarkan

gambar semasa guru mengajar . Tetapi mereka tidak berani untuk

menjawab soalan guru ,kerana takut ia salah. Apatah lagi bila

menjawab soalan bergambar yang lain, hanya sekali skala sahaja

mereka faham tentang persoalan pada gambar tersebut.

Jadual : 3

Bil Kategori

pelajar

Analisa dari Menganalisa latihan pelajar.

1. Cemerlang Analisa menunjukkan peratus pelajar mendapat dalam soalan

pemerhatian dan inference adalah - 50 % sahaja.

2. Sederhana Analisa menunjukkan peratus pelajar mendapat dalam soalan

pemerhatian dan inference adalah - 30 % sahaja.

3. Lemah Analisa menunjukkan peratus pelajar mendapat dalam soalan

pemerhatian dan inference adalah - 0 %

13

Page 14: kajian kes

Analisis Senarai Semak Tingkahlaku Positif

Bil Tingkahlaku Peratus

sebelum

intervensi(%)

Peratus

selepas

intervensi(%Ya Tidak Ya Tidak

1 Murid memberikan tumpuan sepanjang

pengajaran

60 40 100 0

2 Murid menunjukkan minat terhadap aktiviti yang

dijalankan

40 60 100 0

3 Murid memberikan respond kepada guru 60 40 100 0

4 Murid berangan-angan ketika aktiviti pengajaran 20 80 0 100

5 Murid mengantuk semasa aktiviti dijalankan 20 80 0 100

6 Murid melakukan kerja lain semasa aktiviti

dijalankan

40 60 0 100

7 Murid menganggu murid lain secara lisan 60 40 0 100

8 Murid bercakap perkara yang tiada kaitan dengan

tugasan

20 80 0 100

14

Page 15: kajian kes

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pengunaan intervensi Kaedah Soal-Jawab dapat

meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran proses sains memerhati dan

menginferens. murid dilatih mengunakan kaedah Kaedah Soal-Jawab bagi

memudahkan mereka dalam menjawab soalan berkaitan memerhati dan menginferens.

Pengunaan kaedah soal jawab dapat membantu murid dalam membezakan

kemahiran proses sains memerhati menginferens dengan betul disamping membantu

mereka dalam meningkatkan kefahaman mereka dalam kemahiran-kemahiran tersebut

sepanjang pengajaran sains di sekolah mahupun luar sekolah.

15

Page 16: kajian kes

1

Rujukkan

1. http://www.academia.edu/4655209/

UNIT_1_KEMAHIRAN_SAINTIFIK_KEMAHIRAN_PROSES_SAINS_DAN_KE

MAHIRAN_MANIPULATIF

2. http://psasir.upm.edu.my/330/

3. Noraini Yazib (2010), Meningkatkan Kemahiran Menulis Inferens Di Kalangan Murid

Tahun 5

4.  PENELITIAN KUALITATIF : Metode Penelitian Kualitatif