kajian tindakan.bm docx

41
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bahagian ini mengandungi refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu iaitu mengenai situasi pengajaran lepas yang dilaksanakan oleh guru ketika di dalam kelasnya dan masalahmasalah pengajaran yang turut dihadapi ketika pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. 1.2 RefleksiPengalamanPdP Yang Lalu Padaharipertamasayamengajarsubjek Bahasa MelayuTahun 3 Arif, sayatelahmelakukanaktivitiimlakuntukmelihatdanmenilaitahapp enguasaan murid-murid dalamaspekejaan.Sayatelahmenyenaraikan 10 perkataanuntukdiejaoleh murid-murid dansebanyakenamdaripada

Upload: adip-anuar

Post on 20-Dec-2015

54 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kajian tindakan bm

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan.bm Docx

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bahagian ini mengandungi refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu iaitu

mengenai situasi pengajaran lepas yang dilaksanakan oleh guru ketika di dalam

kelasnya dan masalah–masalah pengajaran yang turut dihadapi ketika pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran.

1.2 RefleksiPengalamanPdP Yang Lalu

Padaharipertamasayamengajarsubjek Bahasa MelayuTahun 3 Arif,

sayatelahmelakukanaktivitiimlakuntukmelihatdanmenilaitahappenguasaan murid-murid

dalamaspekejaan.Sayatelahmenyenaraikan 10 perkataanuntukdiejaoleh murid-murid

dansebanyakenamdaripada 10 perkataantersebutmerupakanperkataan yang

mempunyaihurufdigraf.Perkataan-perkataantersebutialah :

Page 2: Kajian Tindakan.bm Docx

i. musang

ii. nganga

iii. nyanyi

iv. syarat

v. tarikh

vi. ghaib

Daripada 34 orang murid di dalamkelastahun 3 Arif yang

merupakankelaspertamabagitahuntiga di sekolahini, hanyalapan orang sahaja yang

berjayamengejakeenam-enamperkataandigraftersebutdengantepat.

Selebihnya, murid-murid melakukansekurang-

kurangnyasatukesalahanejaanpadaperkataandigraftersebut.Pencapaian murid paling

minimum dalamaktivitiiniialah murid

berjayamengejasebanyakduaperkataansahajadenganbetul.Situasiinimenunjukkanbahawa

terdapat murid-murid dalamkelastersebut yang

gagalmengejaperkataandigrafdenganbetulwalaupunsatuperkataansahaja.

Hal inicukupmembimbangkansayakeranamerekainimerupakan murid-murid di

kelas yang pertama.Seharusnya, murid-murid

kelaspertamainisudahmampumenguasaikemahiranmengejaperkataanhuruf-

hurufdigrafkeranaiamerupakan standard pembelajaranbagitahundua.

Olehsebabitu, adalahpentingbagi guru Bahasa

Melayuuntukmengatasimasalahinikeranakemahiranmengejaamatberkaitrapatdengankem

Page 3: Kajian Tindakan.bm Docx

ahiranmenulisdanmembaca.Melaluipenguasaankemahiranmengejaperkataan yang

mempunyaihurufdigraf, murid-murid akanberupayamenambahkosa kata

danmampumenghasilkanpenulisan yang baikkelak.

Page 4: Kajian Tindakan.bm Docx

FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1 Pengenalan

Bahagian fokus kajian ini memfokuskan kepada masalah–masalah yang

dinyatakan oleh guru dalam refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Dalam

bahagian ini, tinjauan masalah akan dilakukan iaitu bertujuan untuk menganalisis dan

mendalami situasi masalah yang dihadapi dengan lebih terperinci. Tinjauan masalah ini

boleh dilaksanakan melalui pemerhatian, soal selidik, temu bual dan pemeriksaan

dokumen murid–murid. Kemudian, berdasarkan keputusan yang diperoleh melalui hasil

tinjauan masalah ini, guru akan melakukan analisis yang terperinci dan membuat

kesimpulan mengenai masalah yang dipilih.

Kemudian, berdasarkan masalah yang dipilih dan dikenal pasti, penentuan fokus

kajian akan dilaksanakan iaitu menentukan kajian yang akan dilakukan untuk mengatasi

masalah yang dihadapi ini dan melakukan penghuraian mengapa kajian ini dipilih iaitu

pada bahagian keprihatinan.

Page 5: Kajian Tindakan.bm Docx

2.2 Tinjauan Awal Masalah

Berdasarkan masalah yang dialami oleh saya pada pengajaran dan pembelajaran

yang lalu, saya telah melakukan tinjauan awal terhadap masalah-masalah tersebut bagi

mengenal pasti situasi dan keadaan sebenar yang berlaku. Antara tindakan yang saya

laksanakan dalam proses tinjauan masalah ini ialah pemerhatian dan analisis hasil kerja

murid.

2.2.1 Pemerhatian

Dalam tinjauan masalah ini, saya telah melaksanakan pemerhatian kepada kelas

sasaran saya. Dalam proses ini saya telah memilih untuk melaksanakan pemerhatian

iaitu saya akan menilai murid dari segi markah aktiviti imlak yang diperoleh serta

bentuk kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

Oleh itu, bagi menganalisis masalah ini dengan lebih lanjut, saya telah

menjalankan kaedah pemerhatian ini terhadap kumpulan sasaran saya iaitu dengan

berpandukan kepada beberapa perkara yang telah saya tetapkan sebelum aktiviti

tersebut. Perkara–perkara yang ditekankan oleh saya ialah :

Page 6: Kajian Tindakan.bm Docx

Jadual 1 : Jadual Pemerhatian Tinjauan Masalah.

BIL ISU KEPUTUSAN

1Murid yang berjaya mengeja semua perkataan

digraf dengan tepat.8 daripada 34

2Murid yang berjaya mengeja sekurang-kurangnya

tiga perkataan digraf dengan tepat.17 daripada 34

3Murid yang berjaya mengeja kurang daripada tiga

perkataan digraf dengan tepat.9 daripada 34

2.2.2 Analisis Hasil Kerja Murid

Saya juga menjalankan analisis hasil kerja murid bagi membuat tinjauan

masalah. Proses ini dijalankan apabila respondenselesai melaksanakan aktiviti yang

dirancang, saya akan menilai kesalahan ejaan mereka berdasarkan beberapa aspek yang

akan dititikberatkan seperti yang terdapat dalam jadual di bawah.

Page 7: Kajian Tindakan.bm Docx

Jadual 2 : Jadual Penilaian Ejaan.

Senarai PerkataanBilangan Responden Yang Berjaya

Mengeja Dengan Tepat

Musang 28 daripada 34

Nganga 15 daripada 34

Nyanyi 10 daripada 34

Syarat 9 daripada 34

Tarikh 26 daripada 34

Ghaib 16 daripada 34

2.3 Analisis Tinjauan Masalah

Selepas saya melaksanakan proses tinjauan masalah yang telah dirancang, saya

telah memperoleh pelbagai keputusan berdasarkan tindakan yang saya lakukan pada

proses tinjauan masalah.

2.3.1 Pemerhatian

Page 8: Kajian Tindakan.bm Docx

Semasa proses pemerhatian terhadap kelas sasaran saya ini, saya mendapati

bahawa hanya sebilangan kecil murid sahaja yang mampu mengeja kesemua perkataan

yang diujarkan oleh guru dengan betul termasuklah perkataan-perkataan yang

mempunyai huruf digraf. Selain daripada murid-murid tersebut, kesemuanya melakukan

kesalahan-kesalahan tertentu seperti terlupa menulis sesuatu huruf dalam perkataan dan

kesilapan menggunakan huruf digraf sewaktu mengeja. Misalnya, perkataan “syarat”

dieja sebagai “sharat.”

2.3.2 Analisis Hasil Kerja Murid

Analisis terhadap hasil kerja murid (ejaan) juga turut

dilaksanakan. Hasil analisis yang dapat dinyatakan ialah kebanyakan

murid melakukan kesalahan ejaan terhadap perkataan-perkataan

yang jarang didengari atau digunakan oleh mereka dalam urusan

seharian. Hal ini juga mungkin disebabkan mereka kurang membaca

bahan-bahan yang bermanfaat termasuklah buku cerita yang

menyebabkan perkembangan kosa kata mereka dalam Bahasa

Melayu menjadi terhad. Selain itu, faktor kelemahan guru juga turut

boleh dipertikaikan. Hal ini mungkin disebabkan sebutan atau

lontaran suara guru kurang jelas dan mengelirukan pendengaran

murid-murid sehingga menyebabkan mereka melakukan kesalahan

ejaan sewaktu menulis.

Page 9: Kajian Tindakan.bm Docx

Kesimpulannya, berdasarkan keputusan analisis tinjauan masalah ini, saya

mendapati bahawa hanya sebilangan kecil murid sahaja yang gagal mengeja perkataan-

perkataan dengan betul iaitu perkataan yang dieja itu hanya betul kurang daripada tiga

perkataan.Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor tertentu seperti yang telah

dinyatakan di atas.

2.4 Penentuan Fokus Kajian

Berdasarkan hasil keputusan analisis tinjauan masalah yang diperoleh, saya

memutuskan untuk melaksanakan kajian yang berfokuskan kepada meningkatkantahap

penguasaan murid dalam mengeja perkataan yang mempunyai huruf digraf

menggunakan Kaedah FOKUPEN.Saya memilih untuk melaksanakan fokus kajian ini

berdasarkan kepada beberapa aspek penting iaitu :

i. Kepentingan

ii. Kebolehgunaan

iii. Kawalan

iv. Kolaborasi

v. Relevan

2.5 Kepentingan Kajian / Isu Keprihatinan

Page 10: Kajian Tindakan.bm Docx

Tujuan utama saya memilih untuk melaksanakan kajian mengenai

MeningkatkanTahap Penguasaan Murid Dalam Mengeja Perkataan Yang Mempunyai

Huruf Digraf Menggunakan Kaedah FOKUPEN ialah saya hendak memastikan murid-

murid saya mampu menulis perkataan-perkataan yang mempunyai huruf digraf dengan

tepat.

Hal ini demikian kerana, dalam Bahasa Melayu terdapat banyak perkataan yang

menggunakan huruf-huruf digraf termasuklah imbuhan seperti imbuhan awalan meng-...

dan sebagainya.

Di samping itu, amat penting kepada murid-murid untuk menguasai kemahiran

ini kerana mereka akan mula belajar untuk menulis pelbagai jenis karangan apabila

mereka belajar pada tahun 4 kelak. Bagi menulis sebuah karangan yang baik, mereka

perlu mengelakkan daripada melakukan kesalahan ejaan seperti kesalahan mengeja

huruf-huruf digraf. Salah satu ciri sebuah karangan yang cemerlang adalah bebas

daripada kesalahan ejaan.

Kajian ini boleh juga digunakan bagi mata pelajaran yang lain yang melibatkan

ejaan huruf-huruf digraf seperti Bahasa Inggeris dan Pendidikan Agama Islam

(Jawi).Hal ini demikian kerana setiap guru pasti akan menggunakan aktiviti menulis

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.

Kajian ini juga dapat membantu guru meningkatkan daya inovasi dan kreativiti

guru.Hal ini demikian kerana guru perlu memikirkan pelbagai alternatif dan kaedah

untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran ini. Oleh sebab itu,

Page 11: Kajian Tindakan.bm Docx

dalam kajian tindakan ini saya akan menggabungkan kaedah sebutan fonik, aktiviti

pengukuhan dan penilaian. Gabungan kaedah dan aktiviti ini telah saya namakan

sebagai Kaedah FOKUPEN.

Oleh itu, dengan menjalankan kajian ini, saya berharap agar dapat meningkatkan

tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran mengeja perkataan-perkataan yang

mempunyai huruf digraf sama ada melalui lisan mahu pun tulisan. Kemahiran ini perlu

dikuasai sejak awal kerana kosa kata murid akan sentiasa bertambah sepanjang masa

sesuai dengan pertambahan usia. Namun, kosa kata murid yang luas itu adalah tidak

berguna sekiranya mereka tidak mampu mengejanya dengan tepat.Maka dengan itu,

saya amat berharap agar kajian tindakan ini dapat mengelakkan situasi tersebut daripada

berlaku kelak.

Page 12: Kajian Tindakan.bm Docx

MODEL KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bahagian model kajian ini memfokuskan kepada model kajian tindakan yang

digunakan dalam membina kajian tindakan ini. Terdapat pelbagai model kajian tindakan

yang telah dibangunkan oleh para penyelidik. Namun begitu, model kajian tindakan

yang dipilih ialah Model Kajian Tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis &

McTaggart (1998).

3.2 Model Kajian

Model kajian tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis & McTaggart (1998)

adalah model kajian tindakan yang paling sesuai digunakan dalam kajian tindakan ini.

Ini kerana, model ini menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan

gelungan (cycle) seperti berikut:

i. Mereflek (Reflect);

ii. Merancang (Plan);

iii. Bertindak (action); dan

Page 13: Kajian Tindakan.bm Docx

iv. Memerhati (Observe).

Langkah-langkah ini boleh dirumuskan seperti yang ditunjukkan pada rajah :

Page 14: Kajian Tindakan.bm Docx

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis & McTaggart (1998).

Rajah menunjukkan kajian tindakan dijalankan berpandukan proses-proses berikut:

Page 15: Kajian Tindakan.bm Docx

i. guru membuat refleksi bagi isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak

ditangani;

ii. guru menyediakan satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah

yang dihadapinya; dan

iii. guru melaksanakan rancangan yang dihasilkan dan dalam proses

pelaksanaannya guru memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan.

Keseluruhan pelaksanaan kajian tindakan ini disifatkan sebagai Gelungan

Pertama (Cycle 1) dan jika masalah tidak dapat ditangani, maka guru bolehlah

memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehingga masalah dapat

diselesaikan.

Kelebihan model ini adalah ia sentiasa berlanjutan dan tiada pengakhiran dalam

sesuatu proses yang hendak dilaksanakan. Hal ini demikian kerana jika objektif yang

ditetapkan masih tidak tercapai, gelungan yang seterusnya akan dijalankan. Model

kajian tindakan ini juga mudah bagi saya untuk melakukan sebarang penambahbaikan

terhadap proses-proses yang seterusnya.

OBJEKTIF KAJIAN

Page 16: Kajian Tindakan.bm Docx

4.1 Pengenalan

Bahagian objektif kajian ini mengandungi beberapa perkara iaitu objektif kajian

yang terbahagi kepada dua objektif iaitu Objektif Umum dan Objektif Khusus.

Bahagian ini juga merangkumi bahagian soalan kajian iaitu perkara yang hendak dikaji

semasa proses kajian tindakan ini berlaku.

4.2 Objektif Kajian

Dalam kajian ini terdapat dua jenis objektif yang dapat disenaraikan bagi

menjelaskan tujuan kajian ini dijalankan. Antara objektif yang disenaraikan ialah

objektif umum dan objektif khusus.

4.2.1 Objektif Umum

Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mengeja perkataan yang

mempunyai huruf-huruf digraf dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

4.2.2 Objektif Khusus

Berikut merupakan objektif-objektif khusus bagi kajian tindakan yang

dijalankan:

i. meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mengeja perkataan yang

mempunyai huruf-huruf digraf secara tulisan ;

Page 17: Kajian Tindakan.bm Docx

ii. merancang kaedah bagi meningkatkan tahap penguasaan murid dalam

mengeja perkataan yang mempunyai huruf-huruf digraf secara tulisan ; dan

iii. menilai keberhasilan penggunaan kaedah bagi meningkatkan tahap

penguasaan murid dalam mengeja perkataan yang mempunyai huruf-huruf

digraf secara tulisan.

4.3 Soalan Kajian

Bagi mencapai objektif kajian ini, beberapa soalan kajian telah dibina untuk

melaksanakan kajian ini. Berdasarkan kepada objektif kajian, maka tiga persoalan

kajian dibina seperti berikut:

1. Apakah peningkatan tahap penguasaan murid dalam mengeja perkataan yang

mempunyai huruf-huruf digraf secara tulisan?

2. Bagaimanakah cara saya melaksanakan kaedah yang telah dirancang untuk

meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mengeja perkataan yang

mempunyai huruf-huruf digraf secara tulisan?

3. Apakah keberhasilan penggunaan kaedah yang dirancang bagi

meningkatkantahap penguasaan murid dalam mengeja perkataan yang

mempunyai huruf-huruf digraf secara tulisan?

SOROTAN KAJIAN

Page 18: Kajian Tindakan.bm Docx

5.1 Pengenalan

Di dalam bahagian ini menceritakan tentang hasil pembacaan

kajian yang lepas berkenaan dengan tahap penguasaan murid dalam

mengeja perkataan yang mempunyai huruf-huruf digraf. Kajian lepas yang

telah dikenalpasti mempunyai kaitan dengan meningkatkantahap

penguasaan murid dalam mengeja perkataan yang mempunyai huruf-huruf

digraf adalah seperti berikut:

i. PermasalahanKemahiranMembaca Dan Menulis Bahasa Melayu

Murid-Murid SekolahRendah Di Luar Bandar.

ii. Kecelaruan Murid SemasaMembacaDalam Program KIA2M.

5.2 Sorotan Kajian

Permasalahan mengenai kemahiran mengeja melalui aspek

tulisandalam kalangan murid telah banyak diperkatakan. Hal ini dapat

dilihat melalui kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan dalam

pelbagai bidang dan matapelajaran. Peningkatan tahap penguasaan

kemahiran ini adalah perlu bagi melahirkan murid yang mampu

menulis dengan baik tanpa melakukan kesalahan ejaan bagi

perkataan-perkataan yang mudah.

Page 19: Kajian Tindakan.bm Docx

5.2.1 Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu

Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar oleh Abdul Rasid

Jamian.

Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas BahasaMelayu

untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai

kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, kajian ini

bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran membaca dan menulis

Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Responden

kajian terdiri daripada 161 murid sekolah rendah tahun 4 dan 5 di luar bandar di Negeri

Sembilan, Pahang dan Sarawak. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dengan

menggunakan borang soal selidik yang merangkumi maklumat latar belakang serta

masalah yang murid-murid alami dalam kemahiran membaca dan menulis. Sehubungan

itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat masalah dalam diri murid untuk

menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu, antaranya

pengetahuan asas membaca dan menulis, persekitaran dan kaedah pengajaran guru.

Dapatan kajian dalam masalah kemahiran membaca menunjukkan bahawa kegagalan

murid -murid memahami kandungan maklumat dalam teks yang dibaca (min = 3.40; sp

= .71) dan tidak memahami maksud ayat yang dibaca (min = 3.24; sp = .60) . Manakala

dapatan kajian tentang masalah kemahiran menulis menunjukkan bahawa murid-murid

tidak dapat membezakan huruf besar atau huruf kecil melalui pengecaman (min = 3.62;

sp = .62), di samping itu, gagal mengeja huruf digraf dengan tepat (min = 3.42; sp

Page 20: Kajian Tindakan.bm Docx

= .80). Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah ini, pendidikan pemulihan merupakan

satu wadah yang dapat membantu meningkatkan potensi murid-murid yang mengalami

masalah dalam kemahiran membaca dan menulis. Program pemulihan peringkat awal

akan memberi kesan yang lebih efektif dalam usaha memperkasakan pendidikan di

negara kita.

5.2.2 Kecelaruan Murid Semasa Membaca Dalam Program KIA2M oleh Syaidatul

Nadzrah Abd. Jamil.

Kajian ini dibuat berikutan masalah yang dialami oleh tenaga pendidik tahun

satu di sebuah sekolah rendah di Gombak. Bermula daripada Penyata Razak (1956),

Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961), Akta Bahasa Kebangsaan (1963

serta pindaan 1967 dan 1990) dan akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (1996)

memperlihatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan

sentiasa terpelihara. Bermula daripada akar umbi pihak Kementerian Pelajaran telah

membuat perancangan awal agar setiap pelajar tidak tercicir daripada kecelaruan

berbahasa Melayu dengan betul lebih lagi dalam keupayaan murid untuk membaca.

Perkembangan ini menunjukkan perlaksanaan penuh bahasa Melayu di semua

peringkat persekolahan dan institusi pendidikan telah dijalankan. Kementerian melalui

Pusat Perkembangan Kurikulum telah menggubal Sukatan Pelajaran serta Huraian

Sukatan Pelajaran bahasa Melayu bagi menentukan standard ukuran seperti yang

dikehendaki pihak kementerian. Bukan sahaja menekankan kemahiran asas mendengar,

Page 21: Kajian Tindakan.bm Docx

membaca dan menulis tetapi lebih daripada itu. Kandungan sukatan pelajaran lebih

menjurus kepada rangsangan dan galakan murid supaya berfikir secara kreatif dan

kritis, berkomunikasi dan berinteraksi seterusnya mempelajari bahasa Melayu dalam

konteks yang lebih bermakna. Tiga bidang yang hendak digarapkan adalah bidang

interpersonal, maklumat dan estetika melalui pelbagai kemahiran dalam bahasa

sewajarnya dapat meningkatkan aspek kemahiran berbahasa murid.

Berdasarkan standard yang digariskan, murid sepatutnya menguasai kemahiran

yang digariskan namun terdapat murid yang lambat atau tercicir daripada landasan

menyebabkan pelbagai program dirancang bagi membantu murid berkenaan. Program

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis diwujudkan menggantikan Kelas Transisi

yang dijalankan sebelum ini. Bagaimanapun Kelas Intervensi Awal Membaca dan

Menulis juga telah terhapus rentetan program Literasi dan Numerasi (LINUS) sejak

awal 2011, kajian tetap dijalankan bagi membantu tenaga pengajar mengesan

kecelaruan membaca dalam kalangan murid.

Page 22: Kajian Tindakan.bm Docx

KUMPULAN SASARAN

6.1 Pengenalan

Bahagian ini adalah menceritakan tentang latar belakang

individu yang terlibat dalam proses perlaksanaan kajian ini. Pemilihan

individu dan kumpulan ini adalah dengan mengambil kira keputusan

ujian imlak Bahasa Melayu yang lepas, tahap penguasaan kemahiran

menulis, jantinaserta latar belakang keluarga.

6.2 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada 26orang murid Tahun

3Arif bagi Sekolah Kebangsaan Kg. Serdang, Tambun Tulang, Perlis

yang gagal mengeja kesemua perkataan yang mempunyai huruf-

huruf digraf dengan tepat. Mereka terdiri daripada 16 orang murid

perempuan dan 10 orang muridlelaki. Kelas ini merupakan kelas

pertama daripada dua buah kelas bagi tahun 3 di sekolah ini. Mereka

berumur dalam lingkungan sembilan tahun. Semua murid di dalam

kelas ini berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Page 23: Kajian Tindakan.bm Docx

CADANGAN TINDAKAN

7.1 Pengenalan

Di dalam bahagian ini akan dibincangkan mengenai

perancangan tindakan dalam meningkatkan tahappenguasaan murid

dalammengejaperkataan yang mempunyaihurufdigraf.Tindakan yang dirancang

ini diberi nama “Kaedah FOKUPEN”. Di dalam bahagian ini juga akan

turut membincangkan tentang perancangan cara pengumpulan data

yang bakal dilaksanakan dan perancangan cara menganalisis hasil

pengumpulan data. Perancangan jadual perlaksanaan tindakan dan

kos kajian juga akan diterangkan dibawah tajuk ini.

7.2 Perancangan Tindakan

Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan, didapati

bahawa lebih sebahagian daripada murid tahun 3 Arif melakukan

kesalahan ketika menulis perkataan yang mempunyai huruf-huruf

digraf. Keadaan persekitaran yang kurang membantu juga dilihat

sebagai salah satu faktor timbulnya masalah ini kerana pendidikan di

Page 24: Kajian Tindakan.bm Docx

Malaysia amat dipengaruhi oleh keadaan latar belakang keluarga. Jika

murid itu mempunyai keluarga yang kaya-raya, kebiasaannya mereka

tidak akan menghadapi masalah untuk menulis perkataan-perkataan

yang mudah seperti ini kerana keupayaan keluarga untuk membiayai

kelas tambahan, membeli buku-buku latihan dan sebagainya. Oleh

hal yang demikian, murid-murid sayatidak dapat mengeja kesemua

perkataan yang mempunyai huruf digraf dengan tepat. Oleh itu, saya

merasakanamat penting sekiranya saya dapat mendidik murid-murid

saya dalam meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam mengeja

perkataan yang mempunyaihurufdigrafkeranaaspekejaanmerupakansalahsatuaspek yang

penting yang perludititikberatkansemasamenulissesebuahkarangan.

Untuk mengatasi masalah ini, saya telah merancang satu

kaedah dalam meningkatkan tahap penguasaan murid semasa

mengeja perkataan yang mempunyaihurufdigraf. Kaedah yang telah saya

rancang untuk digunakan dalam kajian tindakan pada kali ini ialah

“Kaedah FOKUPEN”.

Kaedah FOKUPEN ini merupakan satu kaedah yang

menggabungkan tiga cara untuk mengajarkan kemahiran berbahasa

kepada murid-murid. “FO” merujuk kepada Kaedah Fonetik iaitu salah

satu kaedah yang digunakan untuk mengajar murid membunyikan

Page 25: Kajian Tindakan.bm Docx

huruf dan membaca perkataan. Kaedah fonetik sebenarnya telah

lama dipraktikkan di negara-negara maju. Kaedah fonetik

memfokuskan kepada bunyi simbol huruf, berbeza dengan kaedah

tradisional yang menekankan teknik penghafalan nama huruf. Kaedah

ini sedikit sebanyak mengurangkan beban murid-murid untuk

menghafal. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang paling sesuai

untuk murid-murid kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik

sebagai kaedah otak manusia membaca.

Kaedah fonetik mensyaratkan murid untuk mengenal dan

mengingat bentuk huruf serta bunyinya tanpa mengingat nama huruf.

Kaedah ini adalah berasaskan teori bahawa belajar membaca

melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara

bunyi dan lambang yang dilihat.

Kaedah ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang

terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi

tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu

bunyi terutamanya dalam bahasa Inggeris. Kaedah ini boleh

dimulakan dengan pengenalan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan

seperti berikut:

Page 26: Kajian Tindakan.bm Docx

a. Bunyi vokal

a - aaa e – eee i - iii o - ooo u -uuu

b. Bunyi konsonan

b - beh c – ceh d - deh f - feh g – geh

h – heh j – jeh k – keh l – leh m - emm

n – enn p – peh q – qeh r – rer s – sss

t – teh v – veh w – weh y – yeh z - zzz

Bunyi-bunyi tersebut kemudian digabungkan untuk membentuk

suku kata dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang

bermakna. Guru boleh menggunakan gambar-gambar ilustrasi untuk

menarik minat murid-murid sebagai sokongan.

Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar

bunyi-bunyi huruf. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf

dengan bunyinya, sukukata pula boleh dibina, kemudian baru

Page 27: Kajian Tindakan.bm Docx

digabungkan suku kata-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan.

Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah

yang menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari.

Apabila murid sudah boleh membaca dengan baik, maka secara tidak

langsung mereka akan mampu untuk mengeja secara bertulis dengan

baik.

“KU” pula merujuk kepada aktiviti pengukuhan. Setelah murid-

murid didedahkan dengan kaedah fonetik, guru akan membuat

aktiviti pengukuhan bagi memastikan bahawa perkara yang telah

dipelajari murid benar-benar dikuasai dengan baik. Semasa aktiviti

pengukuhan ini, guru akan menggunakan kad imbasan perkataan

yang mengandungi huruf-huruf digraf. Guru juga akan menggunakan

kad imbasan perkataan yang tidak mempunyai huruf-huruf digraf

namun mempunyai sedikit persamaan dengan perkataan yang

mempunyai huruf digraf. Tujuannya adalah untuk menerangkan

kepada murid perbezaan bunyi perkataan yang mempunyai huruf

digraf dengan perkataan yang tidak mempunyai huruf digraf.

Misalnya, perkataan “nganga” mengandungi huruf digraf “ng.”

Manakala, perkataan “naga” yang sering dieja oleh murid jika diminta

untuk mengeja perkataan “nganga” merupakan perkataan yang tidak

Page 28: Kajian Tindakan.bm Docx

mempunyai huruf digraf. Jika murid mampu membezakan bunyi huruf

dan membaca perkataan, maka sudah pasti mereka akan mampu

mengeja (menulis) dengan betul.

“PEN” merujuk kepada aktiviti penilaian. Setelah kedua-dua

aktiviti di atas telah dilaksanakan terhadap murid, maka guru akan

menjalankan aktiviti penilaian untuk mengukur peningkatan tahap

penguasaan murid dalam mengeja perkataan yang mempunyaihurufdigraf.

Aktivitiiniakandijalankanmelaluiaktivitiimlak, iaitu guru akanmenyebutperkataan-

perkataan yang mempunyaihurufdigrafdan murid dikehendakimenulisnya di

atassehelaikertas. Setelahitu, guru akanmenyemakdanmenilaitahappenguasaan murid

seterusnyamembuatkesimpulanterhadapkeberhasilanKaedah FOKUPEN.

Dalam melaksanakan kaedah ini , langkah yang telah dirancang

adalah seperi berikut:

1. Murid-murid yang telah dikenal pasti akan diajar dan

didedahkan dengan cara membaca menggunakan kaedah

fonetik.

2. Setelah murid menguasai kaedah tersebut dengan baik, guru

akan menunjukkan kad imbasan yang mengandungi perkataan

yang mempunyai huruf digraf dan perkataan yang tidak

mempunyai huruf digraf.

Page 29: Kajian Tindakan.bm Docx

3. Murid dikehendaki mengikut guru menyebut perkataan-

perkataan yang tertera pada kad imbasan tersebut.

4. Guru menerangkan kepada murid perbezaan perkataan-

perkataan yang hampir serupa daripada aspek ejaannya.

5. Setelah murid memahami penerangan yang telah diberikan

oleh guru, barulah aktiviti penilaian (imlak) dilaksanakan bagi

menilai tahap penguasaan murid selepas didedahkan dengan

Kaedah FOKUPEN.

7.3 Perancangan Cara Mengumpul Data

Perancangan cara pengumpulan data telah dirancang bagi

menilai keberkesanan penggunaan kaedah yang dirancang. Ini adalah

penting bagi memastikan matlamat tindakan yang telah dilaksanakan

selaras dengan objektif kajian. Dalam Kaedah FOKUPEN ini, kaedah

pengumpulan data yang dirancang ialah :

i. Pemerhatian secara berstruktur.

ii. Temubual secara separa berstruktur.

iii. Analisis hasil kerja murid.

7.3.1 Pemerhatian Secara Berstruktur

Page 30: Kajian Tindakan.bm Docx

Pemerhatian secara berstruktur ini akan memperlihatkan

perubahan prestasi murid serta masalah lain yang dihadapi oleh

murid ketika Kaedah FOKUPEN ini dilaksanakan. Catatan yang ditulis

oleh guru amat berguna bagi pemerhatian ini. Kod “X” dan kod “O”

juga digunakan bagi pemerhatian ini. Kod “X” bermaksud tidak

dikuasai dengan baik dan kod “O” dikuasai dengan baik.

Pemerhatian ini akan direkodkan di dalam satu jadual iaitu jadual

pemerhatian prestasi murid. Cadangan penghasilan jadual adalah

seperti Jadual 4 berikut:

Jadual 4 :Jadual pemerhatian prestasi murid.

Nama murid

Senarai huruf-huruf

digraf

Tahap Penguasaan Catatan

ng

ny

sy

kh

gh

7.3.2 Temu Bual Secara Separa Berstruktur

Page 31: Kajian Tindakan.bm Docx

Perancangan pengumpulan data kaedah temubual secara

separa berstruktur adalah dengan melakukan temubual bersama

murid sebelum dan selepas Kaedah FOKUPEN ini dilaksanakan. Dalam

melaksanakan temubual ini, soalan akan disediakan terlebih dahulu

dan soalan susulan akan diberikan berdasarkan jawapan yang

diberikan oleh murid.Perancangan ke atas soalan yang akan

ditanyakan adalah seperti berikut:

Sebelum pelaksanaan Kaedah FOKUPEN :

1. Apakah pekerjaan ibu dan ayah kamu?

2. Adakah kamu boleh membaca dan menulis dengan baik?

3. Berapakah markah yang selalu kamu peroleh bagi subjek

Bahasa Melayu dalam ujian yang lepas?

4. Adakah kamu suka membaca?

Selepas pelaksanaan Kaedah FOKUPEN :

1. Apakah pandangan kamu terhadap cara bacaan kaedah fonetik

yang telah kamu pelajari?

2. Adakah kamu faham dengan penerangan yang telah diberikan

oleh guru?

3. Adakah kamu menghadapi masalah ketika guru melaksanakan

aktiviti imlak?

Page 32: Kajian Tindakan.bm Docx

Berdasarkan soalan-soalan tersebut, saya akan mengambil

beberapa orang murid secara rawak sebagai responden dalam

mendapatkan data dan maklumat tentang keberkesanan penggunaan

Kaedah FOKUPEN.

7.3.3 Analisis Hasil Kerja Murid

Saya akan menggunakan hasil kerja responden semasa aktiviti imlak sebagai

salah satu cara untuk mengumpul data. Apabila selesai sahaja responden melaksanakan

aktiviti penilaian, pengkaji akan menilai hasil kerja mereka berdasarkan aspek ejaan

sahaja.

Jadual 5: Jadual penilaian hasil kerja murid

Nama Murid

Senarai Perkataan √ / X Catatan / Masalah

1.

2.

3.

4.

Page 33: Kajian Tindakan.bm Docx

5.

7.4 Perancangan Cara Menganalisis Data

Perancangan analisis data adalah satu tindakan yang

memerlukan data yang dikumpul dalam kajian penggunaan Kaedah

FOKUPEN ini akan dianalisis dan ditafsir. Dalam penggunaan Kaedah

FOKUPEN ini, data yang dikumpul akan dianalisis bagi melaporkan

hasil kajian berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh daripada

responden iaitu murid-muridtahun 3 Arif. Perancangan analisis data

menggunakan kaedah pengumpulan data secara pemerhatian secara

berstruktur dan temubual secara separa berstruktur serta analisis

hasil kerja murid.

7.4.1 Pemerhatian Secara Berstruktur

Kaedah pemerhatian secara berstruktur dilaksanakan secara

individu dengan memperlihatkan perubahan prestasi murid serta

masalah lain yang dihadapi oleh murid ketika Kaedah FOKUPEN ini

dilaksanakan. Guru perlu mencatat perkara-perkara yang dirasakan

Page 34: Kajian Tindakan.bm Docx

penting untuk tujuan rujukan dan semakan pada masa hadapan. Skor

yang diperolehi murid semasa aktiviti penilaian juga akan turut

dicatat bagi menilai tahap penguasaan murid secara keseluruhan.

Hasil pemerhatian ini akan direkodkan di dalam Jadual 6, jadual

analisis pemerhatian prestasi murid.

Jadual 6 : Jadual analisis pemerhatian prestasi murid

Nama Murid Skor Catatan

1.

2.

3.

4.

Ini bermakna pemerhatian bagi setiap ejaan perkataan yang

mempunyai huruf digraf semasa Kaedah FOKUPEN ini dilaksanakan

akan direkodkan. Sebagai contoh, jika sebelum ini murid gagal

mengeja perkataan yang mempunyai huruf digraf dengan betul dan

selepas menjalani Kaedah FOKUPEN murid berjaya mengejanya

dengan betul, maka guru akan memberikan 1 skor untuk setiap satu

perkataan.

Page 35: Kajian Tindakan.bm Docx

Bagi murid yang berjaya memperoleh skor penuh atau

sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah keseluruhan skor,

murid tersebut telah berjaya meningkatkan tahap penguasaan dalam

mengeja perkataan yang mempunyai huruf-huruf digraf. Ini secara

tidak langsung akan memperlihatkan keberhasilan kaedah yang saya

gunakan selaras dengan objektif yang ditetapkan pada awal kajian

ini. Namun begitu, murid yang gagal memperoleh sekurang-

kurangnya separuh daripada jumlah keseluruhan skor tidak dapat

meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran ini.

7.4.2 Temu Bual Secara Separa Berstruktur

Kaedah temu bual secara separa berstruktur ini dijalankan

dengan menemu bual sebilangan murid secara rawak. Perancangan

analisis data bagi pengumpulan data secara separa berstruktur ini

adalah secara manual. Dalam melaksanakan analisis data,

berdasarkan soalan yang disoal kepada murid, saya akan

merekodkan transkrip temu bual yang dilakukan oleh murid yang

telah saya temui. Transkrip temu bual akan direkodkan seperti contoh

di dalam jadual 7, contoh transkripsi temu bual guru bersama murid.

Page 36: Kajian Tindakan.bm Docx

Jadual 7 :Contoh transkripsi temu bual.

Soalan Apakah pekerjaan ibu dan ayah kamu?

Murid Respons Murid

Murid 1

Murid 2

Murid 3

Murid 4

Murid 5

Murid 6

7.4.3 Analisis Hasil Kerja Murid

Cara menganalisis data yang digunakan oleh pengkaji untuk menilai

keberkesanan Kaedah FOKUPEN ialah melalui hasil kerja murid itu sendiri. Tujuan

analisa hasil kerja murid dilakukan adalah untuk menilai perbezaan dan keberkesanan

Kaedah FOKUPENdalam meningkatkan tahap penguasaan murid semasa

mengeja perkataan yang mempunyai huruf digraf.Rasional analisis hasil kerja murid ini

Page 37: Kajian Tindakan.bm Docx

adalah jika murid dapat mengeja kesemua perkataan dengan tepat atau pun berlakunya

sedikit peningkatan terhadap tahap penguasaan murid dalam kemahiran ini, maka ia

membuktikan keberhasilan kaedah ini. Ini dapat dilihat daripada aspek-aspek yang telah

dinyatakan dalam Jadual 8 : Analisis hasil kerja murid.

Jadual 8: Jadual penilaian hasil kerja murid

Nama Murid

Senarai Perkataan √ / X Tahap Penguasaan Catatan / Masalah

1.

2.

3.

4.

5.

Petunjuk : √ - perkataan yang dieja dengan betul.

: X – perkataan yang dieja dengan salah.

Page 38: Kajian Tindakan.bm Docx

7.5 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

7.5.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Jadual 9 menunjukkan jadual perancangan dalam

melaksanakan kajian tindakan meningkatkan tahap penguasaan murid dalam

mengeja perkataan yang mempunyai huruf digraf dalam Bahasa Melayu.

Jadual 9 : Jadual Pelaksanaan Tindakan

BIL PERKARA TARIKH CATATAN

1.Kuliah BMM3113 berjalan mengikut jadual IPG

4 Jan - 21 Jan 2014

2.

Penyediaan proposal Kajian Penyelidikan Tindakan 1 mengikut Format penulisan IPGM

Tajuk, masalah PdP, tindakan menyelesaikan masalah

Pelajar membuat pembacaan – kajian literatur

Menjalankan tinjauan masalah kajian

Menyediakan alat kajian yang sesuai

Menganalisis data tinjauan awal Mengenal pasti fokus kajian Menjalankan tindakan Mendapatkan data tindakan

penyelesaian masalah.

4 Feb – 16Mac 2014

Cuti Tahun Baru Cina (29 Jan - 4 Feb 2014)Penyeliaan kali pertama (11 - 15 Feb 2014)Penyeliaan kali kedua (18 – 22 Feb 2014) Penyeliaan kali ketiga (3 – 7 Mac 2014)Penyeliaan kali keempat (10– 14 Mac 2014)

3. Penyerahan oleh pelajar kepada penyelia 17 Mac 2014 Tindakan :

Page 39: Kajian Tindakan.bm Docx

untuk penyemakan penulisan proposal bagi tujuan pentaksiran.

Pelajar

7.5.2 Kos Kajian

Bahan – bahan yang akan digunakan semasa menjalankan

kajian tindakan ini adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual

10 : Kos perbelanjaan kajian.Kos kajian ini adalah meliputi kos

perkhidmatan.

Jadual 10 : Kos Perbelanjaan Kajian

BIL BAHAN UNIT RM (seunit) JUMLAH (RM)

1. Kertas A4 1 rim 11.90 11.90

2 Dakwat Mesin Pencetak 2 botol 37.00 74.00

3. Halaman pelapik tugasan 2 keping 1.00 2.00

4.Alat Tulis – Pen dan

pensel5 batang 2 10

JUMLAH RM 88.90

Page 40: Kajian Tindakan.bm Docx

SENARAI RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2008). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Abdul Rasid Jamian (2012). Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. IPG Kampus Bahasa Melayu : Penyelidikan Tindakan PISMP.

Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan. Kementerian PelajaranMalaysia (2006). Manual Kajian Tindakan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Panduan Penyediaan Laporan Penyelidikan Tindakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kartini Abdul Mutalib, Ahmad Shabudin Yahaya, Rosli Sahat, & Badrul Hisham, Alang Osman. (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan:Untuk PISMP dan DPLI. Ipoh. IPG KPM, Kampus Ipoh.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Ahmad. (2009). Murid Dan Alam Belajar. Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syaidatul Nadzrah Abd. Jamil (2011). Kecelaruan Murid Semasa Membaca Dalam Program KIA2M. Universiti Kebangsaan Malaysia : Kajian Tindakan ISMP

Zaharatul Laili Abdul Rahim dan Ramlee Mustapha. (2010). Belajar Membaca Bahasa MelayuDengan Kaedah Fonetik : Satu Kajian Tindakan Di Sekolah Jenis Kebangsaan.

Page 41: Kajian Tindakan.bm Docx