kajian ilmiah bab 2.docx

Upload: perodua1962

Post on 06-Jan-2016

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB DUA : TINJAUAN LITERATUR______________________________________________________

Bab 2

Tinjauan Literatur

PendahuluanBab ini membincangkan mengenai teori dan konsep kajian. Selain itu, dalam bab ini juga membincangkan berkaitan dengan kajian-kajian lepas yang berkaitan. Perbincangan dalam bahagian ini berdasarkan kajian literature yang melibatkan pembacaan buku-buku jurnal, tesis, kertas kerja dan bahan-bahan bacaan lain yang bersifat akademik.

Kajian literatur ini mengandungi penulisan berkaitan perkembangan dan kekeliruan murid dalam mengenal dan mengecam huruf berdasarkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan masalah ini.

Teori dan KonsepFokus utama masalah yang dikenalpasti antaranya adalah kanak-kanak lebih menguasai kemahiran mengenali huruf besar berbanding huruf kecil. Kajian ini disokong oleh Worden dan Boettcher (1990). Implikasi ini merupakan akibat daripada pendedahan yang lebih kerap penggunaan huruf besar didalam media cetak dan media hiburan yang sedia ada didalam era 21 ini yang merujuk pada sekeliling seperti pengiklanan dan seumpamanya menurut Bowmen dan Treiman (2004.).

Menurut Azman Wan Chick (1994) kemahiran menulis merupakan kemahiran yang sangat kompleks. Malahan menurut beliau, kemahiran menulis telah dipersetujui oleh ramai pendidik bahasa bahawa ia harus bermula hanya apabila kemahiran yang lain sudah sebati dengan pelajar, terutama sekali pelajar-pelajar muda.Kamarudin Hj Husin (1988) meyatakan bahawa tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambing-lambang bunyi. Ketika tulisan itu dibunyikan semula, ia dikatakan bahasa (ms 178)

Oleh sebab itu, kemahiran menulis mestilah dikuasai oleh murid semenjak daripada sekolah rendah lagi sebelum masuk ke alam sekolah menengah untuk mengelakkan permasalahan yang berkaitan dengan kemahiran menulis berlaku seperti kekeliruan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul disamping tulisan jelas, cantik dan kemas.Permasalahan ini boleh diatasi dengan menempatkan huruf di dalam buku bergaris dan menempatkan 26 huruf kecil dan besar seperti teknik tradisi yang diamalkan sebelum ini. Teknik gambar dan meniru bunyi turut diperkenalkan melalui program Letterland diterbitkan oleh Wendon yang menawarkan teknik mengingati. Di dalam teknik ini pelajar akan diberi satu kad gambar dan meminta murid membunyikan gambar tersebut berdasarkan huruf diberi. Antara contoh dalam pembelajaran bahasa Inggeris, ular (Snake) yang menggunakan abjad pertama S dan menggabungkan bunyi Ssss sebagai desir ular dapat menghubungkan kreativiti dalam pembelajaran kanak-kanak dengan bunyian.Roselan Baki (2003) berpendapat, menghasilkan penulisan merupakan suatu proses yang kompleks. Oleh sebab itu, penulisan perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara sistematik.Menurut Suhaimi Yunus (2009) ternyata kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana ia mesti dikuasai oleh murid-murid untuk menduduki peperiksaan bertulis. Kemahiran menulis yang efektif amatlah penting untuk kejayaan akademik dalam sistem persekolahan di seluruh dunia.Manakala mengikut pendapat Zailan Jemat (2005) menyatakan bahawa huruf besar tidak boleh dituliskan ditengah sesuatu perkataan kerana perbuatan itu merupakan sesuatu kesalahan tanda baca. Hal tersebut merupakan masalah yang dihadapi oleh segelintir murid menggunakan huruf kecil pada huruf pertama perkataan pertama sesebuah ayat, menggunakan huruf kecil pada Kata Nama Khas dan menggunakan huruf besar pada Kata Nama Am. Melalui jurnal Falkulti Pendidikan Universiti Malaya, Jilid 11, (1984/85) yang bertajuk Masalah Kanak-kanak Mengenal Abjad satu analisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk kanak-kanak tadika oleh Popp (1964) melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran memadankan bentuk huruf kecil seperti u,q,d,h,p,v,b,c,f,l,j dan k. Menurut beliau, kekeliruan memadankan bentuk huruf kecil seperti b-q d-p yang dinamakan masalah pembalikan huruf. Kegagalan untuk mengenalpasti huruf diawal pembelajaran permulaan akan mengakibatkan kegagalan selanjutnya di peringkat yang seterusnya. Permasalahan lebih ketara adalah kecelaruan untuk mengenal dan mengecam perbezaan huruf khususnya antara huruf b, d dan l. Permasalahan ini bertambah dengan pengecaman huruf besar dan huruf kecil yang sukar dibezakan. Bagi menangani masalah ini terpaksa menggunakan pelbagai teknik dan cara. Kesukaran mengenalpasti bentuk dan abjad ini menyebabkan kelemahan pada bacaan yang lemah dan akhirnya membantutkan kelajuan vvv membaca hanya kerana terpaksa memikirkan setiap ayat dan kekeliruan abjad seperti b dan d.

Kajian-Kajian Lepas Yang Berkaitan Dengan Pembolehubah Yang Dikaji

Fisher (1991) mengutarakan kanak-kanak khususnya cenderung untuk memahami pembelajaran melalui persekitaran yang disenanginya dan lebih mudah belajar dengan orang yang mereka kenali dan dampingi. Pendekatan yang perlu diambil oleh guru dan pendidik melalui teori ini perlu dipandang berat untuk menyumbang kepada titik perubahan pembelajaran awal kanak-kanak.

Terdapat dua faktor utama yang merupakan faktor asas kepada penulisan tangan. Ianya boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu, faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman ialah kebolehan yang didapati di dalam diri pelajar itu sendiri. Kebolehan itu merangkumi kemahiran visiomotor, persepsi visual, perancangan motor ( iaitu keupayaan merancang tingkah laku motor baru), dan kesedaran kinestetik. Faktor luaran pula ialah merujuk pada prosedur pengajaran dan bahan yang digunakan semasa menulis.

Semenjak awal tumbesaran dan bermula dari rumah lagi kanak-kanak telah diajar mengenai teknik penulisan. Ibu dan bapa berperanan memupuk kanak-kanak dalam mendidik dan mendisiplinkan mereka. Selepas itu, ia harus diteruskan oleh guru tadika untuk mempertimbangkan kurikulum yang menawarkan semula latihan tulisan tangan dan motivasi untuk peringkat umur ini.

Rohaizah Ahmad (2008), turut menyokong pada permasalahan kanak-kanak didalam membandingkan huruf besar dan kecil terutama huruf Bb, Dd, Gg, Hh, Qq dan Rr. Objektif dari kajian ini membantu kanak-kanak memahami perbezaan huruf besar dan kecil serta mencadangkan kaedah menangani masalah ini melalui pengenalan permainan Ketinting Abjad.

Beberapa pemerhatian melalui senarai semak, ujian akhir serta analisis dokumen digunakan sebagai instrumen menyokong kajian. Pemilihan enam orang kanak-kanak sebagai respondan dari kajian yang dijalankan mendapati kanak-kanak lebih tertarik dan menyukai aktiviti pembelajaran melalui teknik permainan sambil belajar. Justeru, permainan ketinting abjad direka berteraskan kecerdasan kinestetik dalam membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial mereka.

Mengaplikasi kaedah METASI (multimedia, permainan tapak kaki huruf, latih tubi melalui soalan teka silang kata) disarankan dapat membantu kemahiran murid untuk mengecam huruf kecil, melalui kajian oleh Muhammad Fareez Hj. Mazlan (2008). Kajian ini bertujuan membantu kanak-kanak mengenalpasti huruf kecil dalam teknik METASI. Subjek merupakan dua orang kanak-kanak yang dinamakan sebagai Subjek A dan Subjek B, dimana kedua ibu dan bapa masing-masing menghadapi kekangan masa terhadap pembelajaran masing-masing. Keputusan kajian yang menjurus pada data analisis dokumen, senarai semak, dan temu bual diinterpretasi kepada graf bar dan peratusan. Peningkatan yang diperolehi setelah intervensi dijalankan kepada subjek tersebut menunjukkan bahawa kaedah METASI dapat membantu kemahiran murid mengecam huruf kecil, khususnya.

Menurut Carmelya (2010), telah menggunakan imej visual untuk membantu mengurangkan masalah murid dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan yang mana beliau menggunakan keluarga ayam sebagai bahan bantu utama untuk mengatasi masalah penggunaan huruf kecil pada huruf pertama dalam perkataan pertama pada sesebuah ayat dalam penyelidikan beliau. Penyelidikan beliau berakhir dengan sebuah kejayaan yang bermakna kerana beliau berjaya mengatasi masalah yang murid beliau hadapi.Individu yang berada dalam lingkungan umur 12 hingga 18 tahun berkeupayaan membentuk gaya belajar mereka sendiri yang kadang-kala tidak sama dengan yang dipraktikkan sebelum ini. Mereka berusaha sendiri memperoleh kemahiran belajar dan mengejar pengetahuan tanpa terikat dengan pertunjuk orang dewasa.Kajian ini bertujuan untuk memastikan murud-murid sentiasa ingat untuk menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul mengikut penggunaan kata nama am dan kata nama khas yang betul dan menulis huruf besar pada setiap huruf pertama dalam perkataan awal bagi sesebuah ayat serta menggunakan tanda baca yang betul.

Mengikut Model Gardner (1983), setiap individu mempunyai kesemua lapan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan. Salah satu kecerdasan yang terdapat dalam Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner ialah Kecerdasan Visual Ruang yang berkait rapat dengan kajian ini:kecerdasan visual ruang yang ada pada manusia membolehkan manusia mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual, peka terhadap warna, garis, bentuk dan ruang.Gabungan elemen warna, visual dan simbol amat sesuai untuk menarik perhatian murid serta daya ingatan mereka yang lebih kuat selain mampu meningkatkan daya ingatan mereka.

Kenyataan yang dipetik oleh Mohammad Nasir Ibrahim dan Ibrahim Hassan (2003) menyatakan bahawa melalui seni visual, kita dapat menggambarkan proses, membuat hubung kait dan membayangkan prinsip-prinsip teori yang tidak dipertimbangkan ataupun dialami sebelum ini. Ini bermakna, seni visual dapat memperkembangkan kognitif manusia dan memudahkan proses mengingat.

Selain meningkatkan perhubungan antara tenaga pengajar dan murid ini memudahkan para pengajar menyelami emosi dan perasaan anak murid mereka. Jurang antara pengajar dan anak murid perlu ditingkatkan dalam memudahkan sesi pembelajaran. Antara kaitan soalan yang boleh disoalkan kepada anak murid adalah memberi dan menanyakan soalan berbentuk temu bual seperti:1. Adakah awak faham tentang imej yang saya digunakan?1. Apakah yang awak faham tentang imej yang saya gunakan?

Untuk menangani masalah ini, Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak. Murid yang sudah dapat menggunakan pensil boleh disuruh melatih tangan mereka dengan menggunakan Latihan berikut sebagai panduan.

Huruf-huruf yang lebih kurang sama harus diajar bersama, kecuali huruf b dan d yang harus jangan diajar bersama, kerana kedua huruf ini mudah dibalikkan oleh murid. Begitu juga dengan huruf p dan b. Huruf q harus diajar lewat sedikit, bersama-sama dengan huruf u. Sebaik-baiknya beberapa kumpulan huruf harus diajar berturutan supaya setiap bentuk baru dapat dikaitkan dengan huruf yang baru dipelajari.Manakala Cambell (1989) menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai teknik bagi menarik perhatian murid-murid dalam pengajaran dan pemeblajaran dalam bilik darjah. Hasil daripada kajian beliau mendapati murid-murid menunjukkan kemajuan yang baik dalam pelajaran termasuklah dari segi kemahiran dan disiplin. Selain daripada membantu murid-murid untuk belajar, Cambell telah memperkembangkan pelbagai kemahiran murid.Menurut Carmelya (2010), telah menggunakan imej visual untuk membantu mengurangkan masalah murid dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan yang mana beliau menggunakan keluarga ayam sebagai bahan bantu utama untuk mengatasi masalah penggunaan huruf kecil pada huruf pertama dalam perkataan pertama pada sesebuah ayat dalam penyelidikan beliau. Penyelidikan beliau berakhir dengan sebuah kejayaan yang bermakna kerana beliau berjaya mengatsi masalah yang murid beliau hadapi.

2.4Rumusan

Berdasarkan huraian di atas, pengkaji berpendapat bahawa kemahiran menulis dan mengelakkan kesilapan ejaan dan penulisan huruf amat penting dan tidak dapat dipisahkan daripada mkemahiran yang lain, malah ia berada pada kedudukan terakhir anatara kemahiran-kemahiran yang lain.

Seseorang tidak dapat menulis sekiranya tidak tahu bagaimana untuk menuturkan sebutan huruf tersebut. Begitu juga seseorang tidak dapat menulis dengan betul sekiranya tidak dapat membezakan sebutan antara huruf-huruf tersebut serta masih melakukan kesalahan tatabahasa.Dewasa ini, penggunaan bahasa yang baik dalam bidang penulisan amat kurang diambil perhatian. Penggunaan bahasa yang betul bukanlah semestinya dengan melontarkan kata-kata atau bicara dengan puisi dan bahasa-bahasa yang indah, tetapi cukup sekadar menulis dengan menggunakan hukum-hukum penulisan dengan betul. Penggunaan tatabahasa yang betul, penggunaan huruf besar atau huruf kecil di tempat yang sewajarnya perlu diambil kira.