kajian ilmiah - nurul ain

Upload: asmawi-bin-abdullah

Post on 08-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    1/27

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PURUN

    28330 TRIANG,

    PAHANG DARUL MAKMUR.

    TAJUK KAJIAN:

    PUNCA,KESAN DAN LANGKAH-LANGKAH

    MENGATASI STRES DALAM KALANGAN

    PELAJAR:

    KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH DI

    DAERAH BERA,PAHANG

    DISEDIAKAN OLEH:

    NURUL AIN BINTI ASHARI

    NO I/C:

    921030-03-6378

    DISELIA OLEH:

    EN.ASMAWI ABDULLAH

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    2/27

    Tajuk kajian:punca,kesan dan langkah-langkah mengatasi stres dalam kalangan

    pelajar:kajian di sebuah sekolah di Daerah Bera,Pahang.

    PENGHARGAAN

    Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan segala urusan saya dalam

    menyiapkan kajian ini.

    Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengetua Sekolah Menengah

    Kebangsaan Purun,Tuan Haji Syed Nooh bin Syed Abdullah kerana memberi

    sokongan dalam usaha saya menyiapkan kajian ini.Sokongan dan kerjasama pihak

    tuan amat saya hargai.

    Saya juga berterima kasih kepada Guru Penolong Kanan Tingkatan

    Enam,Puan Roshaida binti Kamaruddin kerana sentiasa memberi kerjasama kepada

    saya dalam menyiapkan kajian ilmiah ini.Sokongan dan kerjasama yang diberikan

    membolehkan saya menjalankan kajian ini dengan lebih lancar.

    Penghargaan juga ditujukan kepada En.Asmawi bin Abdullah kerana banyak

    membantu dan memberi tunjuk ajar dalam proses saya melengkapkan kajian

    ini.Tunjuk ajar yang diberikan memudahkan lagi tugas saya menyiapkan kajian ini

    khususnya daripada aspek kaedah dan penulisan laporan kajian.

    Sokongan dan kerjasama rakan-rakan juga turut saya hargai.Sokongan dan

    kerjasama rakan-rakan dalam kajian ini banyak membantu saya dalam proses

    menjalankan kajian ilmiah ini.Rakan-rakan juga banyak membantu saya daripada

    aspek pertukaran maklumat dan saling berkongsi idea dan maklumat khususnya

    dalam memantapkan lagi kajian ini.

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    3/27

    Kerjasama pelajar-pelajar aliran sains amat dihargai khususnya sebagai

    responden untuk melengkapkan kajian ini.Kerjasama dan sokongan yang diberikan

    oleh pelajar banyak membantu saya dalam melengkapkan kajian ini.

    Akhir sekali,sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang

    terlibat dalam menyiapkan kajian ini.

    SEKIAN.

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    4/27

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk melihat dan mengkaji masalah stres dalam kalangan

    pelajar.Selain daripada itu,kajian ini bertujuan untuk melihat punca,kesan dan langkah-

    langkah mengatasi stres dalam kalangan pelajar bagi membentuk pelajar yang

    baik,berdedikasi dan berfikiran matang dalam melakukan sesuatu perkara atau membuat

    keputusan.Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah

    Bera,Pahang.Subjek kajian yang telah dipilih adalah seramai 60 orang pelajar.Para pelajar

    yang terpilih adalah terdiri daripada sekelompok pelajar aliran sains daripada pelbagai

    peringkat pencapaian.Instument kajian adalah menggunakan borang soalselidik.Hasil kajian

    mendapati daripada punca masalah stres tersebut,didapati sebahagian besar pelajar

    mengalami stres yang berpunca daripada diri sendiri.Kajian ini juga menunjukkan tanda-

    tanda stres yang sering dialami oleh pelajar adalah berasa marah dan tidak gembira.

    Manakala perkara utama yang akan dilakukan oleh pelajar apabila mengalami stres adalah

    menjerit.Dalam kajian ini juga didapati sebahagian besar pelajar berpendapat bahawa

    mereka kerap mengalami stres apabila tiba musim peperiksaan.Selain daripada itu,kajian

    ini juga menjelaskan bahawa sebahagian besar pelajar akan hilang tumpuan akibat

    daripada masalah stres.Tambahan lagi,hampir kesemua pelajar mengatakan ya bahawa

    stres mampu mempengaruhi tahap pencapaian akademik mereka.Pada masa yang sama,

    para pelajar mengatakan mereka mengatasi stress dengan melancong ke tempat yang

    menghiburkan bagi mengurangkan tekanan yang mereka alami.kajian ini merupakan

    sebahagian daripada usaha yang diambil bertujuan untuk meningkatkan kecermelangan

    pelajar khususnya dalam peperiksaan SPM yang bakal mereka duduki.

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    5/27

    ISI KANDUNGAN

    perkara Muka surat

    penghargaan i

    abstrak iii

    pendahuluan 1

    Penyataan masalah 2

    Tujuan kajian 3

    Soalan kajian 3

    Skop kajian 4

    Kaedah kajian 4

    Kepentingan kajian 5

    Dapatan kajian 6

    perbincangan 16

    lampiran 17

    kesimpulan 21

    rujukan 22

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    6/27

    PENDAHULUAN

    Stres merupakan salah satu sebab mengapa pelajar kurang memberikan tumpuan

    dalam sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) serta pelajar juga sering bertindak

    mengikut perasaan.Malahan di dalam islam itu sendiri,masalah stres amat

    membimbangkan.Stres adalah satu tekanan yang boleh mengakibatkan gangguan

    kepada simtom-simtom saraf otak.seterusnya boleh mengakibatkan seseorang itu

    mengalami gangguan mental dan bertindak negatif kepada diri sendiri.Menurut

    seorang doktor falsafah iaitu Datuk Fadhilah Kamsah,stres merujuk kepada tindak

    balas (badan),emosi (perasan) dan mental kepada perubahan.Stres juga berlaku

    apabila seseorang itu risau atau berasa tidak selesa terhadap sesuatu

    perkara.Masalah stres ini amat membimbangkan pihak sekolah terhadap

    pencapaian akademik pelajar tersebut.

    Usaha pelbagai pihak termasuk kerajaan bagi membendung masalah stres

    adalah seperti mengadakan program motivasi diri untuk pelajar,sesi beramah mesra

    bersama pelajar dan memberi kaunseling kepada pelajar secara percuma bagi

    membendung masalah ini terus menular dan sebagainya mungkin kurang berkesan

    kerana kurangnya inisiatif daripada pihak pelajar itu sendiri.Hal ini mungkin

    disebabkan beberapa faktor yang kurang diambil berat oleh pelajar itu sendiri.Oleh yang

    demikian kajian seperti berikut akan dijalankan bagi mengatasi masalah stres ini.

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    7/27

    PENYATAAN MASALAH

    Masalah stres bukan sahaja dapat di kesan dalam kalangan pelajar di

    peringkat pra-universiti semata-mata tetapi juga dalam kalangan pelajar menengah

    aliran sains.Persepsi masyarakat tentang masalah stres yang amat rendah bakal

    memberi kesan terhadap pencapaian akademik mereka khususnya di dalam

    peperiksaan yang dijalankan oleh pihak sekolah.Sebahagian pencapaian pelajar di

    dalam peperiksaan juga dipengaruhi oleh masalah stres.Ini kerana masalah stres

    yang dihadapi akan mengakibatkan pelajar kurang konsentrasi dalam sesi

    pembelajaran dan pengajaran.

    Di peringkat menengah,pelajar-pelajar seharusnya mempunyai persepsi yang

    tinggi untuk mengelakkan diri daripada mengalami stres.Ini kerana melalui

    pengurusan masalah stres yang berkesan akan membantu pelajar untuk berjaya.Oleh

    yang demikian,masalah stres tidak dapat diatasi sekiranya hanya

    bergantung kepada diri sendiri.Pelajar juga harus mendapatkan nasihat daripada

    guru kaunseling sekolah.Stres mempunyai kaitan dengan kesedaran psikologi untuk

    meningkatkan semangat belajar (Datuk Fadhilah Kamsah ).

    Memandangkan betapa pentingnya masalah stres dalam kalangan pelajar

    Menengah aliran sains di sekolah,kajian ini dijalankan bagi meninjau sejauh

    manakah masalah ini sering berlaku.

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    8/27

    TUJUAN KAJIAN

    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis punca pelajar stres.Kajian ini juga

    bertujuan Untuk meninjau bilakah pelajar sering berasa stres.Kajian ini akan dapat

    memberi gambaran secara empirikal tentang masalah stres dalam kalangan para

    pelajar.Selain itu, tujuan kajian ini adalah meninjau adakah stres mampu mempengaruhi

    tahap pencapaian akademik pelajar.Tahap pencapaian akademik amat penting kepada

    pihak sekolah mahupun pelajar itu sendiri.Kajian ini juga dijalankan dengan tujuan untuk

    mengenalpasti kesan daripada berlakunya stres.Pelbagai kesan negatif akan berlaku

    akibat stress.Selain daripada itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji langkah

    mengatasi stres melalui pandangan pelajar.

    SOALAN KAJIAN

    Berlandaskan tujuan kajian diatas,maka kajian ini akan cuba menjawab tujuh

    soalan kajian yang berikut.

    1.Apakah yang menyebabkan pelajar menjalami stres?

    2.Antara tanda-tanda stres yang pernah pelajar alami?

    3.Apakah yang pelajar akan lakukan apabila mengalami stres?

    4.Bilakah kekecapan pelajar mengalami stres?

    5.Kesan stres terhadap diri pelajar?

    6.Adakah stres mampu mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar?

    7.Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi stres?

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    9/27

    SKOP KAJIAN

    Kajian ini melibatkan 60 orang pelajar dari kelas aliran sains di sebuah Sekolah

    Menengah di Daerah Bera,Pahang.Sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan

    Purun(SMP).Kajian ini turut dijalankan di sekolah berkenaan dan tidak dapat memberi

    gambaran di sekolah lain.Kajian ini dijalankan kepada pelajar aliran sains sahaja tanpa

    melibatkan semua pelajar mahupun guru sekolah tersebut.Kajian ini juga hanya dijalankan

    dalam kawasan sekolah tersebut tanpa mempengaruhi keadaan di sekeliling mahupun luar

    sekolah.

    KAEDAH KAJIAN

    Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik bagi menjawab soalan-soalan kajian di

    di atas.Sekumpulan pelajar yang terdiri daripada pelajar aliran sains dari sebuah

    sekolah telah digunakan sebagai sampel yang menjawab soal selidik yang

    diedarkan.Seramai 60 orang sampel telah digunakan bagi mendapat data yang

    diperlukan bagi menjawab ketujuh-tujuh solan tersebut.

    Jumlah sampel yang dipilih merangkumi 57.7% peratus dari keseluruhan pelajar

    aliran sains di sekolah yang dipilih.Lebih kurang 53.6% pelajar tingkatan 5 dan 62.5%

    pelajar tingkatan 4.Antara sampel yang digunakan adalah seramai 15 orang dari setiap

    kelas.11 orang perempuan dan 4 orang lelaki dari kelas 5 sains 1,10 orang perempuan

    dan 5 orang lelaki dari kelas 5 sains 2,12 orang perempuan dan 3 orang lelaki dari

    kelas 4 sains 1 serta 10 orang perempuan dan 5 orang lelaki dari kelas 4 sains 2.

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    10/27

    KEPENTINGAN KAJIAN

    Kajian ini penting kepada beberapa pihak antaranya adalah kepaada pelajar itu

    sendiri.Dengan adanya kajian seperti ini pelajar dapat mengetahui jenis dan tanda-tanda

    awal stres dan kesan daripada berlakunya stres supaya tidak mempengaruhi tahap

    pencapaian akademik mereka.Selain itu,pelajar juga dapat mengetahui langkah bagi

    mengatasi masalah stres tersebut.

    Seterusnya,kajian ini juga dapat membantu pihak sekolah dalam mengenalpasti

    punca ,kesan dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut.Kajian ini juga dapat

    memberikan langkah-langkah mengatasi stres melalui pandangan pelajar itu

    sendiri.

    Tambahan lagi,kajian ini dapat membantu pihak pengurusan sekolah khususnya

    kepada unit kaunseling dan disiplin.Bagi unit kaunseling kajian ini boleh dijadikan

    sumber rujukan manakala bagi unit disiplin pula kajian ini dapat membantu mereka

    dalam mengatasi masalah tingkah laku pelajar.

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    11/27

    DAPATAN KAJIAN

    Kajian ini telah cuba menjawab tujuh soalan utama kajian. Bahagian ini akan cuba

    menterjemahkan daftar dan empirikal bagi menjawab ketujuh-tujuh soalan kajian.

    1. Apakah yang menyebabkan anda mengalami stres ?Jadual 1: Punca yang menyebabkan pelajar stress

    Kelas Diri sendiri Keluarga Sekolah Persikitaran

    4 sains 1 960 %

    320 %

    16.7 %

    213.3 %

    4 sains 2 8

    53.3 %

    2

    13.3 %

    3

    20 %

    2

    13.3 %

    5 sains 1 1066.7 %

    213.3 %

    320 %

    00 %

    5sains 2 10

    66.7 %

    3

    20 %

    2

    13.3 %

    0

    0 %

    Graf 1 : Peratusan punca pelajar mengalami stress

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    4 sains 1 4 sains 2 5 sains 1 5 sains 2

    diri sendiri

    sekolah

    keluarga

    persekitaran

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    12/27

    Jadual 1 menunjukkan punca yang menyebabkan pelajar stress. Dapatan kajian ini

    menunjukkan bahawa punca pelajar stress yang datangnya daripada diri sendiri iaitu 60 % dari

    kelas 4 sains 1, 53.35 dari kelas 4 sains 2, 66.7% dari kelas 5 sains 1 dan 5 sains 2.

    Sementara itu,terdapat juga masalah stress yang berpunca daripada keluarga. Dapatan

    kajian menunjukkan kelompok ini mewakili 20% dari kelas 4 sains 1 dan 5 sains 2, 13.3% dari

    kelas 4 sains 2 dan 5 sains 1.

    Seterusnya, masalah stress yang berpunca daripada sekolah. Dapatan kajian mendapati

    bahawa sebanyak 6.7% daripada kelas 4 sains 1, 20% dari kelas 4 sains 2 dan 5 sains 1serta

    13.3% dari kelas 5 sains 2. Kelompok pelajar yang mengalami stress berpunca daripada

    persekitaran adalah agak kecil iaitu 13.3% dari kelas 4 sains 1 dan 4 sains 2 dan 0% mewakili

    kelas aliaran sains tingkatan 5.

    2. Antara tanda-tanda stress yang pernah anda alamiJadual 2 menunjukkan tanda-tanda stress yang pernah dialami/oleh pelajar. Berdasarkan

    soal selidik yang dijalankan seramai 20% pelajar dari kelas 4 sains 1 pernah mengalami

    tanda-tanda stres sepaerti jantung pelajar berdegup kencang dan pelajar sukar bernafas,

    manakala 20% juga dari kelas 4 sains 2, 6.7% dari kelas 5 sains 1 dan 33.3% dari kelas 5

    sains 2.

    Bagi tanda-tanda seperti pelajar tidak selera makan dan tidak cukup tidur pula

    menunjukkan 13.3% dari kelas 4 sains 1 pernah mengalaminya , 0% dari kelas 4 sains 2,

    6.6% dari kelas 5 sains 1dan 6.7% dari kelas 5 sains 2. Selain itu, hilang minat terhadap

    belajar juga salah satu tanda stres yang sering di alami pelajar. Jadula menunjukkan 13.3%

    dari kelas 4 sains 1 akan mengalami tanda tersebut, 26.7% dari kelas 4 sains 2 dan 5 sains 2,

    6.7% dari kelas 5 sains 1

    Seterusnya, pelajar akan berasa marah dan tidak gembira. Dari kelas 4 sains 1, 6.7%

    pelajar akan mengalami tanda tersebut , 13.3% dari kelas 4 sains 2 dan 5 sains 2, 46.7% dari

    kelas 5 sains 1. Sehubungan itu, pelajar juga akan membaling sesuatu dan cuba

    mengasingkan diri. Berdasarkan soal selidik 40% dari kelas 4 sains 1 dan 20% dari kelas 5

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    13/27

    sains 2.

    Yang terakhir sekali, pelajar yang mengalami tanda lain daripada yang dinyatakan adalah

    6.7% dari kelas 4sains 1 dan 4 sains 2, 6.6% dari kelas 5 sains 1 dan 0% dari kelas 5 sains 2.

    Jadual 2 : Bilangan dan peratusan tanda-tanda stress yang pernah dialami olehpelajar

    Pilihan Tanda-tanda stress Bilangan / peratusan

    4 sains 1 4 sains 2 5 sains 1 5 sains 2

    1 Jantung anda

    berdegup kencang

    ,sukar bernyawa

    3

    20%

    3

    20%

    1

    6.7%

    5

    33.3%

    2 Anda tidak selera

    untuk makan, andatidak cukup tidur

    2

    13.3%

    0

    0%

    1

    6.6%

    1

    6.7%

    3 Anda hilang minat

    belajar

    213.3%

    426.7%

    16.7%

    426.7%

    4 Anda rasa ingin

    membaling sesuatu ,

    anda cuba

    mengasingkan diri

    1

    6.7%

    2

    13.3%

    7

    46.7%

    2

    13.3%

    5 Anda berasa marah,anda tidak gembira

    640% 533.3% 426.7% 320%

    6 Lain-lain 16.7%

    16.7%

    16.6%

    00%

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    14/27

    Graf 2 : peratusan tanda-tanda stress yang dilami oleh pelajar

    3. Apakah yang anda akan lakukan apabila mengalami stres?Jadual 3 : perkara yang akan dilakukan oleh pelajar apabila mengalami stres.

    Aktiviti 4 sains 1 4 sains 2 5 sains 1 5 sains 2

    Bersiar 0 org(0.0%)

    2 org

    (13.3%)

    1 org

    (6.7%)

    3 org

    (20.0%)

    Menjerit 5 org(33.3%)

    6 org(40.0%)

    2 org(13.3%)

    3 org(20.0%)

    Menangis 1 org(6.7%)

    0 org

    (0.0%)

    1 org

    (6.7%)

    1 org

    (6.7%)

    Mendengar

    muzik

    2 org(13.3%)

    1 org

    (6.7%)

    0 org

    (0.0%)

    0 org

    (0.0%)

    Merokok 3 org(20.0%)

    5 org(33.3%)

    3 org(20.0%)

    4 org(26.7%)

    Serius 0 org(0.0%)

    0 org(0.0%)

    1 org(6.7%)

    2 org(13.3%)

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    35

    40

    45

    50

    4 sains 1 4 sains 2 5 sains 1 5 sains 2

    pilihan 1

    pilihan 2

    pilihan 3

    pilihan 4

    pilihan 5

    pilihan 6

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    15/27

    Mengasingkan

    diri

    0 org

    (0.0%)

    0 org

    (0.0%)

    2 org

    (13.3%)

    0 org

    (0.0%)

    Beribadat 1 org(6.7%)

    1 org(6.7%)

    2 org(13.3%)

    0 org(0.0%)

    Mengeluarkan

    Kata-kata

    kesat

    1 org

    (6.7%)

    0 org

    (0.0%)

    2 org

    (13.3%)

    1 org

    (6.7%)

    Tidur

    berlebihan

    2 org

    (13.3%)

    0 org

    (0.0%)

    1 org

    (6.7%)

    1 org

    (6.7%)

    Graf 3:perkara yang akan dilakukan oleh pelajar apabila mengalami stres.

    Jadual 3 menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar akan menjerit dan merokok

    apabila mengalami stres.Berdasarkan soal selidik yang dijalankan majoriti kelas 4 sains 1

    dan 4 sains 2 akan menjerit apabila mengalami stres yang mencatatkan seramai 33.3%

    dan 40%.Manakala kelas 5 sains 1 dan 5 sains 2 pula mencatatkan sebanyak 20% dan

    26.7% akan merokok apabila mengalami stres.Ini membuktikan bahawa kebanyakan

    pelajar akan melakukan perkara yang sedemikian apabila stres.

    0%

    10%

    20%

    30%

    40%

    50%

    60%

    70%

    80%

    90%

    100%

    4 sains 1 4 sains 2 5 sains 1 5 sains 2

    Tidur berlebihan

    Mengeluarkan kata-kata kesat

    Beribadat

    Mengasingkan diri

    Serius

    Merokok

    Mendengar muzik

    Menangis

    Menjerit

    Bersiar

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    16/27

    4. Bilangan kekerapan anda mengalami stres?Jadual 4 : kekerapan pelajar mengalami stres.

    Kelas Musim

    peperiksaan

    Diberi

    kerja

    sekolahyang

    banyak

    Bergaduh

    dengan

    rakansekelas

    Menngalami

    masalah

    keluarga

    Masalah

    kewangan

    yangberlarutan

    4 sains 1 3

    20%

    5

    33.3%

    4

    26.7 %

    3

    20%

    0

    0%

    4 sains 2 2

    13.3%

    4

    26.7%

    3

    20%

    2

    13.3%

    0

    0%

    5 sains 1 8

    53.3%

    3

    20%

    1

    6.7%

    2

    13.3%

    0

    0%

    5 sains 2 7

    46.7%

    3

    20%

    2

    13.3%

    3

    20%

    1

    6.7%

    Graf 4 : kekerapan pelajar mengalami stress

    Jadual 4 menunjukkan kekerapan pelajar mengalami stres . berdasarkan dapatan kajian ,

    kelas 5 sains 1 dan kelas 5 sains 2 menunjukkan kekerapan pelajar mengalami stres dalah

    ketika musim peperiksaan iaitu 53.3% dan 46.7% . kelas 4 sains 1 menunjukkan kekerapan

    pelajar stres adalah kerana diberi kerja sekolah yang banyak , manakala kelas 4 sains 2

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    4 sains 1 4 sains 2 5 sains 1 5 sains 2

    musim peperiksaan

    diberi kerja sekolah yang

    banyak

    bergaduh dengan rakan

    sekelas

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    17/27

    terdapat dua kekerapan pelajar mengalami stres iaitu diberi kerja sekolah yang banyak dan

    masalah kewangan yang berlarutan.

    5. Kesan stres terhadap diri anda?Jadual 5 : kesan stres terhadap pelajar.

    Kelas Hilang

    dorongan

    Hilang

    tumpuan

    Keletihan Tidakbersemangat

    Kemurungan Lain-lain

    4 sains 1 640%

    320%

    213.3%

    320%

    16.7%

    00%

    4 sains 2 1

    6.7%

    4

    26.7%

    6

    40%

    1

    6.7%

    2

    13.3%

    1

    6.7%

    5 sains 13

    20%8

    53.3%1

    6.7%2

    13.3%1

    6.7%0

    0%

    5 sains 2 00%

    213.3%

    533.3%

    00%

    533.3%

    320%

    Graf 5 : kesan stres terhadap pelajar.

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    120

    4 sains 1 4 sains 2 5 sains 1 5 sains 2

    lain-lain

    kemurungan

    tidak bersemangat

    keletihan

    hilang tumpuan

    hilang dorongan

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    18/27

    Jadual 5 menunjukkan kesan stres terhadap pelajar. Berdasarkan data yang di kumpul

    dari soal selidik, kesan utama stres terhadap pelajar adalah hilang tumpuan. Kelas 5 sains 1

    menunjukkan sebahagian besar palajarnya hilang tumpuan ketika stres dengan peratusan 53.3%.

    Keadaan ini berbeza dengan kelas 4 sains 1, 4 sains 2 dan 5 sains 2 yang menunjukkan

    sebahagian besar pelajar akan hilang dorongan, keletihan ketika stres. Berdasarkan soal selidik

    yang dijalankan 40 % pelajar mengalami kesan tersebut ketika stres.

    6. Adakah stres mampu mempengaruhi tahap pencapaian akademik anda?Jadual 6:stres mampu mempengaruhi tahap pencapaian akademik ya atau tidak

    Kelas Ya Tidak

    4 sains 1 13

    86.6%

    2

    13.3%

    4 sains 2 10

    66.7%

    5

    33.3%

    5 sains 1 15

    100%

    0

    0%

    5 sains 2 960%

    640%

    Graf 6 : stres mampu mempengaruhi tahap pencapaian akademik ya atau tidak

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    80

    90

    100

    4 sains 1 4 sains 2 5 sains 1 5 sains 2

    tidak

    ya

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    19/27

    Jadual 6 ialah jadual yang manunjukkan adakah stres mampu mempengaruhi tahap

    pencapaian akademik. Sebahagian besar keempat-empat kelas menyatakan stres mampu

    mempengaruhi tahap pencapaian akademik mereka.

    86.6 % dari kelas 4 sains 1 menyatakan ya , manakala 66.7 % dari kelas 4 sains 2 ,100 % dari

    kelas 5 sains 1 dan 60 % dari kelas 5 sains 2.

    7. Antara cadangan atau langkah yang bolah diambil bagi mengatasi stres.Jadual 7 : langkah mengatasi stres.

    kelas Melancong ke

    tempat yang

    menghiburkan

    Bersendirian Mendapatkan

    nasihat

    kaunselor

    Mendekatkan

    diri kepada

    tuhan

    4 sains 1 3

    20%

    6

    40%

    4

    26.7%

    2

    13.3%

    4 sains 2 5

    33.3%

    4

    26.7%

    1

    6.7%

    5

    33.3%

    5 sains 1 3

    20%

    2

    13.3%

    3

    20%

    7

    46.7%

    5 sains 2 853.3%

    16.7%

    233.3%

    426.7%

    Jadual 7 menunjukkan cadangan atau langkah bagi mengatasi masalah stres yang boleh

    diambil oleh setiap pelajar yang mengalami stres. Bersendirian menjadi pilihan utama

    pelajar bagi mengatasi stres yang mencatatkan 40 % pelajar dari kelas 4 sains 1

    memilihnya, menakala 4 sains 2 sebanyak 33.3 % pelajar memilih melancong ketempat

    yang menghiburkan dan mendekatkan diri kepada tuhan. Bagi kelas 5 sains 1 , mereka

    akan mendekatkan diri kepada tuhan iaitu mencatatkan 46.7% pelajar memilihnya.

    Terakhir, bagi kelas 5 sains 2 seramai 53.3 % pelajar memilih melancong ketempat yang

    Menghiburkan.

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    20/27

    Graf 7 : langkah mengatasi stres

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    4 sains 1 4 sains 2 5 sains 1 5 sains 2

    melancong ke tempat yang

    menghiburkan

    bersendirian

    mendapatkan nasihat kaunselor

    mendekatkan diri kepada tuhan

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    21/27

    PERBINCANGAN

    Kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah stres dalam kalangan

    pelajar.Data yang diperolehi daripada 60 orang pelajar telah digunakan bagi

    menjawab tujuh soalan utama kajian ini.Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai

    rujukan masalah stres dalam kalangan pelajar sekolah.

    Dapatan kajian ini yang pertama telah menjawab soalan pertama kajian

    iaitu punca masalah stres dalam kalangan pelajar.Hasil kajian mendapati bahawa

    hampir kesemua pelajar mempunyai masalah stres yang berpunca dari diri sendiri.

    Kajian ini juga digunakan untuk melihat tanda-tanda awal stres yang

    pernah dialami oleh pelajar.Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar pelajar

    akan berasa marah dan tidak gembira ketika stres.Ini berkait rapat dengan kesan

    stres terhadap diri pelajar.Oleh kerana kebanyakan pelajar mengalami tanda stres

    seperti berikut mereka juga kebanyakannya akan hilang tumpuan dalam kelas.

    Dari segi perkara yang akan mereka lakukan ketikan stres mengikut

    keutamaan,didapati pelajar-pelajar tersebut memilih menjerit sebagai pilihan utama

    mereka.Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa para pelajar juga akan memilih

    bersiar,menangis,mendengar muzik,serius,mengasingkan diri,beribadat,mengeluarkan

    kata-kata kesat dan merokok sebagai pilihan mereka.

    Seterusnya,pelajar kerap mengalami stres di musim peperiksaan.Ini

    membuktikan bahawa stres mampu mempengaruhi tahap pencapaian akademik

    mereka.Soalan kekerapan pelajar mengalami stres ini berkait rapat dengan tahap

    pencapaian akademik mereka.Oleh yang demikian hampir kesemua pelajar

    mengatakan ya bahawa stres mampu mempengaruhi tahap pencapaian akademik.

    Akhir sekali,ramai pelajar berpendapat bahawa dengan melancong ke

    tempat yang menghiburkan dapat mengurangkan stres yang mereka alami.

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    22/27

    L

    A

    M

    P

    I

    RA

    N

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    23/27

    Borang soal selidik ini adalah berkaitan dengan punca,kesan dan langkah mengatasi

    stres dalam kalangan pelajar.Semoga saya mendapat respon yang positif daripada

    anda semua.Segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan.

    BAHAGIAN A:MAKLUMAT RESPONDEN

    Pilih satu jawapan dan tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan.

    Kelas: a) 4 sains 1 ( ) c) 5 sains 1 ( )

    b) 4 sains 2 ( ) d) 5 sains 2 ( )

    Jantina: a) perempuan ( ) b) lelaki ( )

    BAHAGIAN B:PUNCA KESAN DAN LANGKAH MENGATASI STRES.

    Jawab semua soalan.Pilih satu jawapan dan tandakan ( / ) pada ruang yang

    Disediakan,

    1. Apakah yang akan menyebabkan anda mengalami stres?Diri sendiri ( )

    Contoh:anda ketakutan tidak dapat menyiapkan kerja sekolah,anda tidak

    cemerlang dalam peperiksaan.

    Keluarga ( )

    Contoh:ibu bapa anda kerap bergaduh,anda tidak mampu memenuhi harapan

    mereka

    Sekolah ( )

    Contoh:cikgu marah anda,rakan tidak mahu bercakap dengan anda,anda dibuli

    Oleh rakan sekelas.

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    24/27

    Persekitaran ( )

    Contoh:jiran,tiada teman rekreasi.

    2. Antara tanda-tanda stres yang pernah anda alami?( ) Jantung anda berdegup kencang,anda sukar bernafas

    ( ) anda tiada selera untuk makan,anda tidak cukup tidur.

    ( ) anda hilang minat hendak belajar.

    ( ) anda cepat marah,anda berasa tidak gembira.

    ( ) anda rasa ingin membaling sesuatu,anda cuba mengasinkan diri.

    ( ) lain-lain

    3. Apakah yang anda akan lakukan apabila mengalami stres mengikut keutamaan?( ) bersiar ( ) serius

    ( ) menjerit ( ) mengasingkan diri

    ( ) menangis ( ) beribadat

    ( ) mendengar muzik ( ) mengeluarkan kata-kata kesat

    ( ) merokok ( ) tidur berlebihan

    4. Bilakah kekerapan anda mengalami stres?( ) musim peperiksaan

    ( ) diberi kerja sekolah yang banyak

    ( ) mengalami masalah keluarga

    ( ) masalah kewangan yang berlarutan

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    25/27

    5. Kesan stres terhadap diri anda?( ) hilang dorongan ( ) tidak bersemangat

    ( ) hilang konsentrasi ( ) kemurungan

    ( ) keletihan ( ) lain-lain

    6. Adakah stres mampu mempengaruhi tahap pencapaian akademik anda?( ) ya ( ) tidak

    BAHAGIAN C:SOALAN TERBUKA

    7. Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi stres?( ) melancong ke tempat yang menghiburkan

    ( ) bersendirian

    ( ) mendapatkan nasihat kaunselor

    ( ) mendekatkan diri kepada tuhan

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    26/27

    KESIMPULAN

    Stres merupakan salah satu sebab mengapa pelajar kurang memberikan tumpuan dalam

    kelas dan bersikap negatif.Bagi seseorang pelajar,untuk berjaya dalam hidup mereka tidak

    seharusnya terdedah kepada faktor-faktor yang akan menyebabkan mereka stres

    khususnya bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan besar.Oleh yang demikian

    ibubapa,guru mahupun rakan-rakan pelajar itu sendiri haruslah memainkan peranan yang

    dominan agar perkara seperti berikut tidak terjadi.Pelajar itu sendiri juga haruslah pandai

    untuk mengawal emosi mereka agar tidak terjerumus ke dalam masalah berikut.Kajian ini

    telah cuba untuk mendedahkan kepada pelajar bahawa masalah stres tidak boleh

    dianggap remeh kerana ia boleh menimbulkan kesan negatif yang akan berlarutan.

  • 8/7/2019 Kajian Ilmiah - Nurul Ain

    27/27

    RUJUKAN

    1. Puan Hasfizah Hanim:Guru Kaunseling Sek.Men.Keb.Purun2. En.Asmawi:Guru geografi ting.63. Datuk DR.Fadhilah Kamsah:Pengurusan stres4. http://www.wikipedia.com/pelajar