kajian ilmiah bab 1

11
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH KRL3033 TAJUK: DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO.MATRIK NO.TELEFON ALINA BINTI SARMAN D20112052789 011-10769602 ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL DALAM PENULISAN KARANGAN MURID-MURID TAHAP 2

Upload: perodua1962

Post on 06-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Ilmiah Bab 1

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

KRL3033

TAJUK:

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO.MATRIK NO.TELEFON

ALINA BINTI SARMAN D20112052789 011-10769602

PENSYARAH: PROFESAR MADYA DR. ADENAN BIN AYOB

ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN HURUF BESAR DAN

HURUF KECIL DALAM PENULISAN KARANGAN

MURID-MURID TAHAP 2

Page 2: Kajian Ilmiah Bab 1

Bab 1

Pengenalan

Pendahuluan

Bab ini membincangkan latarbelakang Kajian dan Pernyataan Masalah. Selain itu,

membincangkan Objektif Kajian dan Soalan Kajian. Seterusnya, berkaitan Kepentingan Kajian,

Batasan Kajian dan Definisi Operasional.

Latar Belakang Kajian

Kajian yang saya jalankan di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Batu Pahat. Kajian

yang saya jalankan terdiri daripada murid melayu yang sederhana tahap penguasaan dalam

pelajaran. Terdapat beberapa orang murid di kelas ini yang masih belum menguasai dalam

penulisan karangan dengan baik. Masalah dalam penulisan karangan ialah penguasaan

penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada tempat yang sesuai masih lagi tidak dapat dikuasai

dan selalu diletakkan atau digunakan di tempat yang salah semasa menulis karangan.

Lebih ketara lagi jika murid menulis sendiri tanpa pemantauan guru seperti membuat

latihan membuat ayat atau membina sebuah karangan dalam buku latihan. Saya sebagai guru

Bahasa Melayu merasa sangat bimbang tentang masalah ini dan saya perlu membuat sesuatu

agar murid-murid ini tidak berlarutan membuat kesilapan. Oleh kerana itu, saya mengambil

keputusan untuk membuat kajian ini agar dapat membantu murid-murid ini tidak terus membuat

kesilapan dan akhirnya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.

Pernyataan Masalah

Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, saya mendapati ada beberapa

orang murid yang mempunyai masalah untuk membezakan penggunaan huruf besar dan huruf

kecil dalam penulisan karangan.

Page 3: Kajian Ilmiah Bab 1

Saya dapati ramai murid menghadapi masalah yang sama setiap tahun tetapi yang agak

membimbangkan murid yang belajar di tahap dua pun masih menghadapi masalah yang sama.

Perkara ini sepatutnya tidak boleh berlaku kerana kemahiran menulis huruf besar dan huruf kecil

ini sudah diajar dan dilatih tubi semasa mereka di tahap satu lagi. Malah sejak dari tahun satu

lagi sudah ada kemahiran menulis huruf besar dan huruf kecil.

Jika disemak dan dilihat di buku latihan murid-murid tersebut, memang boleh kita lihat

kelemahan mereka dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Mereka seolah-olah tidak

tahun di mana dan bagaimana ketika dan masanya untuk menggunakan hurf besar dan huruf

kecil tersebut.

Kelemahan ini jelas dilihat ketika guru meminta murid menghasilkan sebuah karangan.

Saya dapati tempat penggunaan huruf besar yang sepatutnya diletakkan, tidak digunakan dan

ditulis dengan huruf kecil sahaja. Manakala dalam ayat yang perlu ada huruf kecil tiba-tiba

kelihatan huruf besar di sana sini.

Berdasarkan rencana yang dipetik daripada Dewan Bahasa, Mei 2012 mengatakan dalam

penulisan ada dua jenis huruf yang selalu digunakan iaitu huruf besar dan huruf kecil dan

sebenarnya tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya. Dalam Bahasa Melayu ada

peraturan tertentu dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil ini.

Melalui rencana yang ditulis itu tadi, jelaslah murid-murid yang selalu melakukan

kesalahan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil itu memang tidak tahu peraturan

penggunaannya atau pun mereka selalu leka dan cuai semasa menulis. Murid-murid ini perlu

sedar bahawa kesalahan mereka dalam kemahiran ini boleh menyebabkan penolakkan markah

dalam penulisan karangan yang mereka hasilkan.

Page 4: Kajian Ilmiah Bab 1

Menurut Nik Safiah Karim Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdullah Hamid

Mahmood (2010), kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau perkara yang

umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am konkrit

dan kata nama am abstrak. Dari aspek penulisan kata nama am, huruf pertama tidak semestinya

huruf besar. Kata nama khas ialah kata yang mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu

nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan

seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.

Jika dilihat semula peraturan penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang telah

ditetapkan oleh pengkaji-pengkaji bahasa yang perlu kita patuhi demi menjaga kesempurnaan

bahasa tersebut. Di antara peraturan menggunakan huruf besar ialah yang pertama perlu

digunakan atau ditulis pada huruf pertama pada awal ayat dan ayat menyusul selepas noktah.

Kedua, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama dalam petikan langsung. Contohnya

guru berkata “ Tolong siapkan kerja rumah yang saya beri itu.” Yang ketiga, huruf besar

digunakan sebagai huruf pertama setiap unsur nama orang. Yang keempat, huruf besar

digunakan sebagai huruf pertama ganti nama untuk tuhan, iaitu Ku, Aku, Dia, Nya, Yang Maha

Pemurah dan Penyayang dan sebagainya.

Kelima, penggunaan huruf besar untuk gelaran atau jawatan seseorang. Yang keenam,

huruf besar akan digunakan sebagai huruf pertama nama jabatan, kementerian dan

seumpamanya. Hal ini juga merujuk kepada penggunaan huruf besar untuk kata ganti nama khas.

Keenam, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama setiap gelaran kehormat, rujukan

kehormat, nama gelaran pangkat atau keturunan dan nama gelaran agama yang diikuti leh

dengan nama orang. Ketujuh, huruf besar sebagai huruf pertama sapaan dalam surat rasmi dan

sapaan tersebut tidak perlu diikuti oleh nama orang.

Page 5: Kajian Ilmiah Bab 1

Yang kelapan, huruf besar juga digunakan sebagai huruf pertama nama tahun, bulan,

hari, hari perayaan dan kebesaran dan peristiwa sejarah. Yang kesembilan, penggunaan huruf

besar sebagai huruf huruf pertama nama bangsa, suku bangsa dan etnik.

Yang kesepuluh, penggunaan huruf besar sebagai huruf pertama nama atau judul buku,

majalah, akhbar, karangan atau artikel. Walau bagaimanapun kata hubung dan kata yang ada

dalam sesuautu judul atau tajuk tidak menggunakan huruf besar.

Itu adalah di antara contoh peraturan penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang perlu

diketahui oleh semua murid. Sebenarnya banyak lagi peraturan yang perlu diketahui semasa

menjalankan aktiviti penulisan. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil ini penting kerana

kemahiran ini adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid agar mereka menjadi

murid yang cemerlang dalam pelajaran khususnya dalam mata pelajaran Penulisan Bahasa

Melayu.

.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

i) Mengenalpasti cara murid melakukan kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf

kecil.

ii) Mengatasi kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan

karangan.

Soalan Kajian

Beberapa persoalan yang perlu difikirkan dalam mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid-

murid yang terlibat dalam penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam

penulisan ini.

Page 6: Kajian Ilmiah Bab 1

i) Bagaimanakah murid-murid melakukan kesalahan penggunaan huruf besar dan hurf

kecil dalam penulisan karangan?

ii)

Apakah halangan yang dihadapi oleh pelajar ketika menulis huruf besar dan huruf kecil dalam

perkataan dan ayat dalam pembelajaran Bahasa Melayu ?

ii) Sejauh manakah kefahaman dan kepatuhan pelajar untuk membezakan kedudukan huruf

kecil dan huruf besar di awal atau dipertengahan perkataan ?

iii) Adakah kaeadah yang digunakan dapat membantu murid meningkatkan kualiti dalam

penulisan ?

Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan kerana terdapat perkara-perkara penting yang perlu difokuskan supaya

murid tidak terus melakukan kesalahan dalam penulisan. Diantaranya ialah :

i) Meningkatkan kualiti penulisan dalam kalangan murid

ii) Mengurangkan kesilapan tatabahasa

iii) keperluan meningkatkan pencapaian penulisan pelajar sebagain persediaan

menghadapi peperiksaan

Page 7: Kajian Ilmiah Bab 1

Batasan Kajian

Dalam kajian ini saya hanya mengkaji masalah penguasaan kemahiran menulis dan mengeja

tulisan rumi sahaja. Menulis bermaksud kemahiran menyalin dan meniru kembali tulisan rumi

manakala mengeja bermaksud menulis kembali tulisan rumi melalui perkataan-perkataan yang

dilihat atau dipaparkan oleh guru di papan tulis atau dilembaran kerja mereka.

Kajian ini melibatkan empat orang murid tahun lima di salah sebuah sekolah di Daerah

Batu Pahat, Johor. Hasil kajian awal didapati empat orang responden yang menghadapi masalah

dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil semasa menyalin atau menulis perkataan dalam

ayat. Didapati juga ayat-ayat yang dibina dalam penulisan banyak kesalahan dan kesilapan yang

dilakukan. Maka masalah inilah yang akan saya kaji dalam kajian tindakan saya ini.

Definisi Operasional

Masalah yang dikaji adalah berkenaan dengan analisis kesalahan penggunaan menulis huruf

besar dan huruf kecil dalam penulisan, murid-murid Tahap Dua. Dalam penulisan kajian

analisis adalah penyelidikan sesuatu masalah dan persoalan secara terperinci berkaitan

penggunaan huruf besar dan huruf kecil.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, kesalahan pula ditakrifkan sebagai perihal salah,

iaitu tidak benar, tidak betul, tidak tepat, tidak baik, tidak layak atau perbuatan yang menyalahi

hukum. Oleh itu, kesilapan bahasa bermaksud kesalahan yang tidak disengajakan, manakala

kesalahan bahasa pula dimaksudkan sebagai tidak tepat atau tidak betul. 

Huruf pula selalunya berkaitan dengan satu fonem atau bunyi dalam bahasa lisan. Huruf

membolehkan manusia saling berhubung melalui surat-menyurat hingga ke merata dunia.

Page 8: Kajian Ilmiah Bab 1

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, huruf adalah merupakan lambang dalam sistem bunyi ( bahasa)

yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk.

Menulis adalah perlakuan menggunakan pen, pensel atau sebarang alat tulis bagi menulis

atau menaip dengan melahirkan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan

yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Menulis juga dapat

melahirkan perasaan dan fikiran dengan mencatat memakai huruf, membuat surat atau

mengarang.

Penulisan pula adalah melahirkan perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik.

Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan lagi bahasa yang dapat dibaca dan

difahami. Penulisan juga melalui proses pemilihan, menyatukan, menyusun dan mengembangkan

idea ke dalam ayat dan perenggan yang efektif.

1.9 Rumusan

Permasalahan yang dikemukan ini sangat perlu dibuat kajian untuk mengatasinya kerana

masalah ini selalu berlaku di kalangan pelajar-pelajar tidak kira pelajar yang pandai atau yang

lemah. Di dapati masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil ini masih lagi lemah di

kalangan pelajar sekolah rendah mungkin beberapa faktor yang akan dikaji seterusnya. Semoga

langkah-langkah yang telah dirangka dapat dilaksanakan kepada pelajar-pelajar agar

permasalahan ini tidak akan berulang lagi dan dapat memberi pengetahuan kepada guru untuk

mengatasinya pada masa hadapan.