bab 2 kajian teoritis

34
BAB 2 KAJIAN TEORITIS 2.1 PENGENALAN Bahagian ini akan membincangkan hasil penyelidikan lampau yang berkaitan tajuk kajian oleh pengkaji iaitu Kajian Mengenai Aspirasi Kerjaya Sebagai Usahawan dalam Kalangan Belia : Satu Tinjauan Terhadap Belia di Tanjung Malim. Kajian teoritis merupakan kajian mengenai konstruk, konsep, definisi dan proposisi yang berfungsi untuk melihat sesuatu fenomena secara sistematik melalui hubungan antara pembolehubah-pembolehubah. Kajian teoritis juga disebut kajian kepustakaan di mana ia menjadi jambatan kepada pengkaji untuk mendapatkan landasan kontruksi dan konsep sebagai pedoman dalam kajian yang bakal dijalankan nanti. Selain itu pengkaji juga akan membuat analisa tentang karya penyelidik sebelumnya bagi mendapatkan pemahaman tentang teori-teori yang relevan berhubung masalah yang dikaji. Menurut Sabitha Marican (2005), ulasan karya dilakukan sebelum mendefinisi sesuatu masalah dan ia dilakukan di sepanjang kajian. Hasil daripada pembacaan dan penelitian mendalam, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa kelompongan dalam penyelidikan yang lalu. Di dalam kajian bakal yang dijalankan ini, pengkaji mengambil kira peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan, agensi-agensi terlibat dan juga persatuan-persatuan

Upload: encik-syed-saifullah

Post on 15-Jan-2016

88 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

FYP

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 Kajian Teoritis

BAB 2

KAJIAN TEORITIS

2.1 PENGENALAN

Bahagian ini akan membincangkan hasil penyelidikan lampau yang berkaitan tajuk

kajian oleh pengkaji iaitu Kajian Mengenai Aspirasi Kerjaya Sebagai Usahawan

dalam Kalangan Belia : Satu Tinjauan Terhadap Belia di Tanjung Malim.

Kajian teoritis merupakan kajian mengenai konstruk, konsep, definisi dan

proposisi yang berfungsi untuk melihat sesuatu fenomena secara sistematik melalui

hubungan antara pembolehubah-pembolehubah. Kajian teoritis juga disebut kajian

kepustakaan di mana ia menjadi jambatan kepada pengkaji untuk mendapatkan

landasan kontruksi dan konsep sebagai pedoman dalam kajian yang bakal

dijalankan nanti. Selain itu pengkaji juga akan membuat analisa tentang karya

penyelidik sebelumnya bagi mendapatkan pemahaman tentang teori-teori yang

relevan berhubung masalah yang dikaji. Menurut Sabitha Marican (2005), ulasan

karya dilakukan sebelum mendefinisi sesuatu masalah dan ia dilakukan di

sepanjang kajian.

Hasil daripada pembacaan dan penelitian mendalam, pengkaji mendapati

bahawa terdapat beberapa kelompongan dalam penyelidikan yang lalu. Di dalam

kajian bakal yang dijalankan ini, pengkaji mengambil kira peranan yang dimainkan

oleh pihak kerajaan, agensi-agensi terlibat dan juga persatuan-persatuan belia

dalam memberi bentuk sokongan dan bantuan kepada golongan belia yang

menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan yang tidak menjadi fokus

penyelidikan yang lalu. Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan sekarang ini

adalah untuk melengkapkan dapatan-dapatan daripada kajian lalu serta melakukan

penambahbaikan terhadap hasil dapatan tersebut.

2.1 DEFINISI-DEFINISI USAHAWAN

Dalam bahasa Melayu, perkataan usahawan adalah berasal dari kata dasar “usaha”

yang berhubungkait dengan ikhtiar, perbuatan dan tindakan untuk melaksanakan

Page 2: Bab 2 Kajian Teoritis

sesuatu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), usahawan ialah orang yang

mengusahakan sesuatu perusahaan. Dari perspektif etimologi pula, perkataan

”usahawan” adalah berasal daripada perkataan “Entrepreneur” yang berakar umbi

daripada perkataan Perancis iaitu “Entreprendre”. Ia membawa maksud “to

undertake” atau memikul tugas atau mencuba. Perkataan ”Entrepreneur” digunakan

pada asalnya oleh Richard Clinton (1725) yang melihat usahawan sebagai

pengambil risiko ekonomi iaitu “buy a certain price-sell at uncertain price” (Mohani

Abdul et al., 2008).

Menurut Mohani Abdul et al. (2008) di dalam bukunya Pembudayaan

Keusahawanan, usahawan dan keusahawanan sebenarnya boleh dilihat daripada

beberapa perspektif sains sosial; iaitu ekonomi, sosiologi dan psikologi. Pandangan

ini turut sama dinyatakan oleh Hoe Chee Hee et al.(2005) yang mana beliau

menulis di dalam bukunya Asas Keusahawanan bahawa ahli ekonomi, sosiologi dan

psikologi merupakan tiga golongan utama dalam sains sosial yang menjadikan

keusahawanan dan usahawan sebagai bidang kajian mereka.

Menurut Mohani Abdul et al. (2008) lagi, perkataan usahawan digunakan

oleh Richard Clinton pada waktu itu untuk merujuk kepada “agen yang membeli

alat-alat pengeluaran bagi menghasilkan barangan yang dapat dipasarkan”. Individu

yang bergelar usahawan berperanan menggabungkan faktor-faktor pengeluaran

seperti buruh, tanah dan modal untuk mendapat manfaat keuntungan. Mohani Abdul

et al.(2008) juga berpandangan waktu membeli faktor pengeluaran tersebut,

seorang usahawan tidak pasti akan harga yang bakal diterimanya. Menurutnya lagi,

di situlah wujudnya elemen risiko dan spekulasi yang sememangnya sinonim

dengan alam keusahawanan.

Jean Baptiste Say telah memperluaskan makna usahawan kepada

“organizer” firma perniagaan di mana usahawan berperanan dalam mengfungsikan

output dan pengedaran. Menurut Dr Kathleen Aleen, seorang profesor

keusahawanan di University of Southern California (2001), di dalam bukunya

Entrepreneurship for Dummies mendefinisikan usahawan sebagai “someone who

creates a new opportunity in the world of business and assembles that resources

necessary to successfully exploit that opportunity – money, people and organization.

Ab.Aziz Yusof (2013) di dalam bukunya Strategi Usahawan Cemerlang :

Modul Garis Panduan Keusahawanan berpendapat bahawa masyarakat yang

Page 3: Bab 2 Kajian Teoritis

mempunyai ramai usahawan adalah masyarakat yang terbaik. Semakin ramai

usahawan dalam sesebuah masyarakat, semakin maju dan berjaya masyarakat

tersebut. Usahawan adalah merupakan nadi penggerak dan juga pemangkin

kepada perkembangan ekonomi sesebuah negara. Peningkatan jumlah usahawan

yang berjaya akan mampu untuk menukar status sesebuah negara dari negara

membangun kepada status negara maju. Oleh itu, adalah amat penting bagi kerjaan

untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan agar dapat

merangka strategi dan pelan pembangunan agar bilangan usahawan berjaya dapat

ditingkatkan jumlahnya dari setahun ke setahun.

Menurut Ab. Aziz Yusof juga, usahawan merupakan individu yang dinamik,

kreatif dan inovatif. Mereka bersedia mengharungi senario ketidaktentuan melalui

senjata kreativiti dan perisai kesungguhan sehingga mencapai kejayaan. Semangat

ini menyebabkan mereka melihat hari esok dengan penuh peluang dan

berkeyakinan untuk merebut peluang berkenaan (Ab. Aziz Yusof, 2013).

Manakala menurut Chiew Tung Moi et al. (2011) di dalam bukunya Asas

Keusahawanan yang dinyatakan oleh Hisrich et al. (2010), usahawan adalah

seorang yang berinisiatif untuk mengumpulkan sumber-sumber secara inovatif dan

sanggup untuk mengambil risiko atau berani bertindak dalam keadaan

ketidakpastian. Menurutnya definisi berkenaan menekankan empat aspek sebagai

seorang usahawan iaitu melibatkan proses penciptaan sesuatu yang baharu dan

bernilai, menyumbangkan masa dan usaha, ganjaran kepada usahawan dan

mengambil risiko.

Menurut Mohani Abdul (2008), terdapat perbezaan yang signifikan antara

seorang usahawan dengan peniaga walaupun perkataan peniaga dan usahawan

ditanggapi sebahagian orang sebagai sama erti. Pandangan ini turut disokong oleh

Chiew Tung Moi et al. (2011) yang menyebut di dalam bukunya Asas

Keusahawanan di mana menurutnya usahawan adalah lebih kepada seseorang

individu yang bermatlamatkan kepuasan diri sendiri dalam menerajui peluang

perniagaan berbanding keuntungan. Manakala peniaga menurut Chiew Tung Moi et

al. (2011) adalah memfokus pencapaian keuntungan yang maksimum. Pendek kata,

semua usahawan adalah peniaga, sebaliknya tidak semua peniaga adalah

usahawan.

Perbezaan ketara antara seorang usahawan dengan peniaga adalah dari

segi tahap kesediaan dan kesanggupannya menentang risiko. Seorang usahawan

Page 4: Bab 2 Kajian Teoritis

berani mengambil risiko demi memajukan perniagaannya biarpun berdepan dengan

ketidaktentuan pasaran. Namun seorang peniaga adalah konservatif (Mohani Abdul,

2008). Selain itu perbezaan lain adalah dari segi sistem pengurusan perniagaan.

Seorang usahawan mengamalkan sistem pengurusan tidak formal – “Hands On”

serta menggunakan strategi berinovatif dalam perniagaannya. Manakala seorang

peniaga pula menggunakan sistem kawalan sekali gus kurang berinovatif dalam

menjalankan perniagaanya.

Barjoyai Bardai & Mohd. Fairuz Md. Salleh (1998) di dalam bukunya Peluang

Perniagaan, memberi pandangan bahawa istilah usahawan masih menjadi

perbahasan dalam kalangan pengkaji kerana tidak wujud persetujuan tentang siapa

yang sebenarnya boleh dipanggil usahawan. Menurutnya, suatu ketika dahulu

begitu ramai orang menggunakan istilah usahawan dengan agak ‘longgar’ sehingga

golongan peniaga berjaya tidak suka jika diri mereka dipanggil usahawan. Tambah

Barjoyai Bardai & Mohd. Fairuz Md. Salleh, ia khususnya berlaku di Malaysia

apabila usahawan dikaitkan dengan peniaga kecil yang sentiasa mengharapkan

bantuan kerajaan untuk memajukan perniagaannya.

Usahawan boleh diterjemahkan secara longgar sebagai golongan yang

berusaha kuat. Ia merangkumi golongan peniaga, pengurusan kakitangan di sektor

awam dan swasta malah melibatkan juga ahli politik. (Barjoyai Bardai & Mohd.

Fairuz Md. Salleh, 1998). Walau bagaimanapun menurut Barjoyai Bardai & Mohd.

Fairuz Md. Salleh (1998), ia berbeza dengan istilah yang digunakan di Indonesia. Di

sana golongan usahawan digelar wiraniaga yang membawa maksud golongan yang

berjaya dalam perniagaan. Tambahnya istilah berkenaan adalah lebih bertepatan

dengan matlamat keusahawanan.

Usahawan adalah terdiri daripada para peniaga, tetapi bukan semua

peniaga adalah usahawan. Usahawan boleh disamakan dengan peneroka yang

mempunyai peranan meneroka sumber alam untuk kegunaan masyarakat.

Sebaliknya usahawan pula berperanan meneroka peluang ekonomi untuk memberi

manfaat sosial kepada masyarakat dan negara. Usahawan dan keusahawanan

boleh dilihat dari pelbagai perspektif. Menurut Ab. Aziz Yusof (2013) dalam

bukunya Strategi Usahawan Cemerlang : Modul Garis Panduan Keusahawanan,

beliau menyatakan terdapat lapan perspektif yang boleh digambarkan daripada

individu atau kumpulan yang bergelar usahawan. Pertamanya usahawan

membangunkan kekayaan melalui keuntungan hasil daripada kesulitan yang

Page 5: Bab 2 Kajian Teoritis

ditempuhi. Keduanya usahawan juga membangunkan perniagaan melalui

penubuhan syarikat dengan menggabungkan kekuatan antara mereka. Seterusnya

usahawan juga membangunkan inovasi melalui penciptaan produk atau idea baharu

berasaskan kekuatan daya fikir yang dimiliki. Keempatnya, usahawan

membangunkan perubahan melalui penyesuaian kehendak manusia, situasi dan

persekitaran. Kelima usahawan membangunkan pekerjaan melalui pengwujudan

peluang pekerjaan. Keenam usahawan membangunkan pertumbuhan ekonomi

melalui perkembangan jualan dan pendapatan dengan pembinaan keyakinan.

Ketujuh usahawan membangunkan nilai melalui penumpuan kepada persoalan

sosial yang tidak sepatutnya diabaikan. Kelapan usahawan mencapai mencapai

keredaan Allah SWT melalui amal makruf dan mencegah kemungkaran berasakan

sifat tawadduk, tawakal dan istiqamah.

.

Sesungguhpun begitu, banyak pihak yang mempunyai tanggapan bahawa

seseorang usahawan adalah dilahirkan bukannya dibangunkan. Namun ia

dibuktikan sebaliknya. Kajian secara ilmiah mendapati bahawa usahawan

dibangunkan melalui proses keusahawanan yang melibatkan pelbagai peringkat

yang dilalui oleh seseorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan (Ab.

Aziz Yusof, 2013). Menurut beliau lagi, peringkat tersebut bermula dari

impian,kesedaran, persediaan, keyakinan dan akhirnya konsisten. Usahawan

membangun bersama dengan pemupukan kemahiran dan pengetahuan melalui

pelbagai pengalaman yang berbeza.

Manakala menurut Kamarulzaman Ismail & Amaludin Ab. Rahman (2009), di

dalam bukunya Melangkah ke alam Keusahawanan, kerjaya sebagai usahawan

memerlukan individu untuk mempunyai ciri-ciri yang diperlukan seperti inovatif,

kreatif, berani mengambil risiko dan bijak mengambil peluang. Tambahnya,

keusahawanan merujuk kepada perilaku atau gaya usahawan bertindak terhadap

peluang, memulakan pengiraan, mengembang dan mempertahankan daya maju

perniagaan yang diterokainya. Beliau juga ada menyatakan kemajuan teknologi

telah menampakkan peningkatan bilangan usahawan baru yang menghasilkan

produk, terutamanya berasaskan bioteknologi serta perhidmatan lain yang

ditawarkan oleh usahawan muda.

Wan Liz Ozman Wan Omar & Sulzari Mohamed di dalam bukunya

Memperkasakan Usahawan : Panduan Lengkap Pengurusan Perniagaan dan

Penjanaan Usahawan yang dinyatakan oleh Marshall (1920) menyebut usahawan

adalah seseorang yang membahagikan dan mengurus faktor-faktor pengeluaran

Page 6: Bab 2 Kajian Teoritis

dan menanggung risiko. Selain itu Cole (1959) pula berpendapat, usahawan ialah

seseorang yang mempunyai keupayaan untuk melihat peluang-peluang ekonomi

dan merangka langkah-langkah untuk mengeksploitasinya. Di dalam buku yang

sama, Hugen (1968) menyatakan usahawan adalah individu yang mencetuskan

idea-idea perniagaan, membentuk organisasi syarikat, menambah modal, menggaji

pekerja, menjalinkan hubungan dengan pembekal, pelanggan dan pemerintah serta

menukarkan konsep menjadi sebuah organisasi yang berfungsi. Di dalam buku

yang sama juga, Cortes (1972), dipetik dalam Technomet Asia (1984) pula

mengemukakan pandangan usahawan adalah pembekal sumber-sumber, penyelia

dan penyelaras dan pembuat keputusan yang muktamad.

2.2 DEFINISI-DEFINISI KEUSAHAWANAN

Mohani Abdul (et.al) (2008) di dalam bukunya Pembudayaan Keusahawanan

menyatakan kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam

ekuiti, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk

atau perkhidmatan. Ia selari dengan definisi keusahawanan yang diutarakan Hisrich

dan Peter (1998) di mana menurut beliau keusahawanan adalah suatu proses

dinamik untuk mencipta kekayaan. Kuratko dan Hodgetts (2004) pula menerangkan

keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi

iaitu individu, organisasi, alam sekitar dan proses dengan kerjasama rangkaian

dalam kerajaan, pendidikan dan perlembagaan.

Menurut Kamarulzaman Ismail (2009) di dalam bukunya Melangkah ke Alam

Keusahawanan, beliau mendefinisikan keusahawanan sebagai suatu proses yang

melibatkan aktiviti-aktiviti usahawan. Hal ini bermakna keusahawanan adalah

segala aktiviti, kegiatan dan tindak-tanduk yang bakal memberi manfaat jangka

pendek dan jangka panjang oleh seorang usahawan dalam menjalankan agendanya

dalam perniagaan. Keusahawanan juga merupakan aktiviti perniagaan yang

diwujudkan oleh seseorang yang mentafsirkan keadaan persekitaran, mengenal

pasti peluang, menggunakan bahan-bahan, menjalankan idea-idea, membesarkan

kekayaan dan menggalakkan kebajikan sosial (Kamarulzaman Ismail, 2009).

Menurut Hisrich et al. (2010) yang dinyatakan oleh Tam Yin Ling Adeline et

al. (2014) di dalam bukunya Asas Keusahawanan Edisi Kedua, keusahawanan

merupakan satu proses penciptaan sesuatu yang baru dengan penambahan nilai

yang memerlukan usaha dan masa serta mengambil kira faktor kewangan, psikik

Page 7: Bab 2 Kajian Teoritis

dan risiko sosial serta menghadapi ketidakpastian, dan seterusnya menerima

pulangan dalam bentuk kewangan dan kepuasan peribadi. Van Aardt et al. (2008)

pula mendefinisikan keusahawanan sebagai satu tindakan permulaan, mencipta,

membina dan memperluaskan satu perusahaan atau organisasi, mewujudkan satu

pasukan keusahawanan serta mengumpul sumber-sumber untuk mencari peluang

dalam pasaran jangka panjang.

2.3 PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

Semua usahawan adalah peniaga, namun tidak semua peniaga adalah usahawan.

Sesetengah masyarakat mungkin mempunyai pandangan usahawan itulah peniaga,

dan peniaga itulah usahawan. Namun sebenarnya ia bukanlah begitu. Walaupun

perkataan usahawan mempunyai kaitan dengan peniaga, namun sekiranya dikaji

secara mendalam, usahawan dan peniaga adalah dua entity yang berbeza. Insan

yang bergelar usahawan adalah sentiasa ingin memajukan diri serta lebih dinamik

berbanding dengan seorang peniaga yang kurang menunjukkan kemahuan untuk

berkembang serta mempelbagaikan kegiatannya.

Perbezaan antara seorang usahawan dengan peniaga dapat diperhatikan

dengan jelas jika dikaji secara teliti. Menurut Mohani Abdul et al. (2008) di dalam

bukunya Pembudayaan Keusahawanan, beliau menyebut seorang usahawan

adalah individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan manakala peniaga

didefinisikan sebagai orang yang berniaga. Selain itu, dari segi skala dan orientasi

perniagaan, menurut Mohani Abdul et al. (2008), usahawan menjalankan

perniagaan dengan skala yang lebih besar berbanding peniaga. Dari segi sistem

pengurusan pula, usahawan adalah menggunakan sistem pengurusan yang berupa

tidak formal – “Hands On” di mana strategi perniagaanya lebih inovatif. Manakala

peniaga lebih delegasi serta menggunakan sistem kawalan dan kaedah-kaedah

yang tidak inovatif. Mohani Abdul et al. (2008) turut menyatakan perbezaan ketara

antara usahawan dengan peniaga adalah dari segi sifat mereka. Menurutnya

seorang usahawan seorang yang tegar mengambil risiko demi memajukan

perniagaannya. Usahawan tidak pasti tentang keuntungan atau kerugian yang bakal

dihadapinya asalkan dapat mengembangkan lagi perniagaanya. Manakala seorang

peniaga lebih konservatif, statik dan berhati-hati dalam sikap terhadap

perniagaannya.

2.4 SEJARAH KEUSAHAWANAN

Page 8: Bab 2 Kajian Teoritis

Sejarah adalah penyelidikan atau pengetahuan yang diperolehi melalui penelitian

yang mana ia melibatkan kajian ke atas masa lalu. Ibn Khaldun (1332-1406)

menyatakan Sejarah didefinisikan sebagai catatan tentang masyarakat umum

manusia atau peradaban manusia yang terjadi pada watak/sifat masyarakat itu.

Pada zaman awal, kebanyakan usahawan adalah terdiri daripada saudagar.

Mereka merupakan pengembara dari satu tempat ke tempat yang lain untuk

menjual hasil produk mereka. Mohani Abdul et al. (2008) dalam bukunya

Pembudayaan Keusahawanan menceritakan Marco Polo merupakan seorang

pengembara yang telah memperkenalkan istilah “go-between” di mana beliau cuba

mewujudkan “laluan perniagaan” bagi menjual produk ke Timur. Dalam proses ini

menurut Mohani Abdul, para pedagang akan menandatangani kontrak dengan

pemilik wang (kapitalis) bagi menjual produknya.

Menurut Mohani Abdul et al. (2008) lagi, pada zaman pertengahan, konsep

usahawan dihuraikan sebagai individu yang mengelola projek pengeluaran yang

besar tetapi ia tidak akan menanggung apa-apa risiko dalam projek pengeluaran.

Individu ini hanya akan menggunakan sumber yang ada sahaja yang telah

diperuntukkan oleh pemodal. Usahawan hanya berperanan ke atas kerja-kerja seni

bina seperti membina bangunan kota dan kubu pertahananan, rumah ibadat dan

bangunan awam. Pada abad ke-17, usahawan telah mula terlibat dengan kontrak

bersama golongan pemerintah. Untung atau rugi projek akan dibahagi berdasarkan

komitmen para usahawan. Di sini usahawan telah berperanan sebagai penanggung

risiko dalam menjalankan perniagaanya.

Pada abad ke-18, keusahawanan dapat dilihat dari sudut individu yang

mempunyai modal dan dibezakan dengan individu yang membekalkan modal

(venture capitalist). Pada masa berkenaan, sektor perindustrian telah menuntut

usahawan agar berusaha bagi merebut peluang demi kemajuan diri dan negara

(Mohani Abdul et al., 2008). Di sini dapat dilihat peranan signifikan yang dimainkan

oleh para usahawan dalam membangunkan masyarakat dan negara. Pada

pertengahan abad ke-20 pula, transformasi keusahawanan berlaku apabila

usahawan yang dulu dilihat sebagai pengembara, pengurus kemudian pengembang

ekonomi kini telah dianggap sebagai agen perubahan masyarakat. Mohani Abdul et

al. (2008) menyebut di sini berlakunya apa yang kita panggil sebagai inovasi ke atas

produk, proses atau sistem yang baharu. Usahawan juga berkeupayaan memenuhi

Page 9: Bab 2 Kajian Teoritis

kehendak-kehendak masyarakat melalui penciptaan produk baharu di pasaran.

Mohani Abdul et al. (2008) memberi contoh terbinanya pyramid daripada ketulan

batu di Mesir.

Senario keusahawanan pada abad ke-21 pula menurut Mohani Abdul et al.

(2008) mengalami kekompleksitian dan kepelbagiaan dalam menjalankan

agendanya. Seiiring dengan peredaran zaman, usahawan kini dilihat sebagai

pengurus bersifat heterogeneti tenaga kerja yang semakin meningkat. Selain itu,

kemajuan dalam teknologi juga turut mempengaruhi corak dan orientasi

keusahawanan. Usahawan perlu lebih bermobiliti serta sentiasa bergerak bagi

melaksanakan tugasnya. Menurut Kuratko dan Hodgetts (1996) yang dinyatakan

oleh Mohani Abdul et al. (2008), usahawan merupakan perintis atau pelopor dalam

mencipta perniagaan baharu.

2.5 KEUSAHAWANAN DALAM KONEKS ISLAM

Islam mengiktiraf kerjaya sebagai usahawan sebagai salah satu cabang ibadat di

mana 9/10 daripada sumber rezeki adalah datangnya dari perniagaan. Mohd Adib

Abd Muin et al(2014) di dalam kajiannya Pengurusan Keusahawanan Sosial Islam :

Model Usahawan Berjaya Dalam Amalan Nilai-Nilai Murni menyebut bahawa bidang

pengurusan keusahawanan sosial Islam adalah salah satu cabang penting di bawah

konteks Muamalah yang dikenal pasti sebagai pemangkin yang berpotensi besar

membangunkan ekonomi ummah sejagat.

Menurut al-Ghazali (2000) dalam kitab ihya’Ulumuddin yang dinyatakan oleh

Mohd Adib Abd Muin et al (2014) dalam kajiannya Pengurusan Keusahawanan

Sosial Islam : Model Usahawan Berjaya Dalam Amalan Nilai-Nilai Murni, hadis Nabi

Muahammad SAW menceritakan tentang keusahawanan. Hadis tersebut yang

bermaksud

“Usaha yang paling baik sekali ialah usaha seseorang dengan tangannya,

dan semua jual beli yang diredhai oleh Tuhannya”.

2.6 TEORI-TEORI KEUSAWANAN

Ahli sains sosial telah mempelopori kajian secara mendalam mengenai usahawan.

Ahli eknomi adalah golongan pertama yang membicangkan mengenai ilmu

Page 10: Bab 2 Kajian Teoritis

keusahawanan.Ditinjau dari sudut ekonomi, Joseph A. Schumpeter yang dinyatakan

oleh Mohani Abdul (2008) di dalam bukunya Pembudayaan Keusahawanan telah

membina satu model keusahawanan dalam tahun 1934 yang meletakkan inovasi

sebagai inti pati kepada kegiatan keusahawanan. Menurutnya, usahawan boleh

dianggap sebagai seorang pengubahsuai yang tidak akan membiarkan sistem

ekonomi berada dalam suasana statik, stabil dan tidak mengalami perubahan.

Schumpeter juga turut membincangkan mengenai soal “equilibrium” atau

keseimbangan. Menurut Schumpeter juga, ketidakseimbangan berlaku disebabkan

oleh tindakan usahawan melalui inovasi dan kreativiti mereka. Di dalam buku “The

Theory of Economic Develepment” , Schumpeter juga memberi pendapat bahawa

usahawanlah yang membawa perubahan kepada ekonomi.

Dari perspektif sosiologi, Ibn Khaldun bapa sosiologi yang dinyatakan oleh

Mohani Abdul (2008) dalam bukunya Pembudayaan Keusahwanan menerangkan

tentang konsep sosialisasi di mana pertemuan individu-individu dengan kemahiran

yang dibawa akan melahirkan satu “bandar” atau “city-state”. Tambahnya, Ibn

Khaldun melihat pembangunan masyarakat sebagai suatu proses pembentukan

yang melihat keusahawan sebagai salah satu cara hidup segolongan ahli dalam

masyarakat “city-state” tersebut. Max Veber (1958) yang dinyatakan oleh Mohani

Abdul (2008) dalam bukunya Permbudayaan Keusahawanan menyebut bahawa

keusahawanan terdiri daripada elemen-elemen keagamaan yang dijadikan landasan

untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti ekonomi. Ia disebut di dalam bukunya “The

Prostant Ethics and The Spirit of Capitalism” bahawa kejayaan golongan Protestant

dalam kegiatan ekonomi adalah disebabkan oleh ajaran yang terdapat dalam

agama Prostestan. Gibbs (1972) yang dinyatakan oleh Mohani Abdul (2008) telah

mengemukakan model pembangunan sosial. Menurut Gibbs, proses yang dilalui

serta perhhubungan sosial yang dilakukan oleh seseorang memaksa diri mereka

untuk melakukan perubahan dengan mengambil keputusan untuk menceburkan diri

dalam bidang perniagaan.

Dari perspektif psikologi pula, Mohani Abdul (2008) dalam bukunya

menjelaskan model baka di mana menurutnya “usaha wan” mempunyai identiti

tersendiri yang dapat membezakan di antara usahawan dengan buka usahawan.

Menurutnya, antara sifat yang perlu ada oleh usahawan ialah inisiatif, keupayaan

merancang, mengambil risiko, kecekalan dan sedia mengambil peluang.

Keusahawan adalah ciri-ciri eksklusif yang unik dimiliki oleh individu tertentu yang

membolehkannya mendepani cabaran dengan menukarkan cabaran menjadi

Page 11: Bab 2 Kajian Teoritis

sebuah peluang. Oleh itu individu yang mempunyai ciri-ciri usahawan ini mampu

berjaya dalam lapangan kerjaya yang diceburinya.

Hoe Chee Hee et al. (2005) di dalam bukunya Asas Keusahawanan

mennulis bahawa keusahawanan boleh dilihat dari dua sudut yakni sudut makro dan

sudut mikro. Dari sudut makro, pemikiran keusahawanan boleh dipecahkan kepada

tiga iaitu pertamanya aspek persekitaran. Menurut Hoe Chee Hee et al.(2005) lagi,

pandangan dari perspektif persekitaran menekankan betapa pentingnya faktor

persekitaran ke atas keusahawanan sama ada faktor ini boleh membantu atau

membantutkan pembangunan keusahawanan (Van de Ven,1993). Faktor

persekitaran termasukalah pengaruh institusi sokongan, budaya dan individu

tertentu serta faktor persekitaran lain yang boleh mempengaruhi kejayaan

usahawan.

Selain itu, menurut Hoe Chee Tee et al.(2005) juga, faktor kedua iaitu aspek

kewangan dan modal turut berhubungkait dengan kegiatan keusahawanan.

Pandangan berkenaan menurutnya menekankan sokongan kewangan dan modal

untuk menjamin kejayaan dan pembangunan keusahawanan. Sokongan tersebut

merangkumi bantuan pinjaman untuk pembelian aset atau sumber, modal kerja atau

modal teroka. Hoe Chee Tee et al.(2005) juga menulis aspek ketiga keusahawanan

iaitu aspek anjakan. Menurut beliau, seseorang individu akan menceburi bidang

keusahawanan apabila terasa diketepikan daripada memilih atau mengikuti sesuatu

kerjaya. Anjakan berkenaan boleh berupa anjakan politik, ekonomi dan budaya.

Hoe Chee Tee et al. (2005) menjelaskan lagi, jika seseorang dihalang atau

mendapati sukar untuk menceburi sesuatu kerjaya atau industri akibat daripada

sesuatu peraturan daripada kerajaan, individu itu akan cenderung untuk menceburi

bidang perniagaan atau keusahawanan sebagai jalan keluar dalam pembangunan

kerjayanya. Selain itu, perbezaan unsure budaya seperti ras, etnik dan jantina juga

boleh menghalang seseorangg menceburkan diri dalam sesuatu pekerjaan. Maka

menurut Hoe Chee Tee et al. (2005) individu berkenaan terpaksa memilih kerjaya

keusahawanan sebagai kerjaya jangka panjangnya. Tambahnya lagi, selain faktor

tersebut, faktor kemelesetan ekonomi juga boleh mendorong seseorang menceburi

bidang keusahawanan terutamanya apabila individu tersebut terlibat dengan

perbehentian pekerja bagi menjimatkan kos firma.

Page 12: Bab 2 Kajian Teoritis

Menurut Hoe Chee Tee et al. (2005) lagi, keusahawanan juga boleh dilihat

dari sudut mikro. Melalui sudut ini, keusahawanan dimiliki oleh indiidu yang

mempunyai personaliti keusahawananan. Ciri-ciri motivasi individu usahawan

adalah seperti motivasi ke arah kejayaan, kreativiti, kesungguhan dan pengetahuan

teknikal. Menurut Shaver & Scott (1991) yang dinyatakan oleh Hoe Chee Tee et al.

(2005) dalam buku Asas Keusahawanan, ciri-ciri berkenaan amat ketara dalam

kalangan ushaawan yang berjaya.

2.7 FAKTOR TARIKAN DAN TOLAKAN KE ARAH KEUSAHAWANAN

Terdapat banyak faktor yang menjadi pendorong kecenderungan mendekat atau

menjauhi seseorang individu untuk menceburi bidang keusahawanan. Menurut

Mohani Abdul et al.(2008), terdapat dua faktor yang mempengaruhi individu untuk

menceburi bidang keusahawanan iaitu; faktor daya tarikan dan daya tolakan.

Menurut Mohani Abdul et al. (2008), daya tarikan secara umumnya didasari

oleh dorongan psikologi seseorang yang menentukan tahap minatnya terhadap

bidang keusahawanan. Mohani Abdul et al. (2008) memberi contoh keegoan

seseorang untuk membuat sesuatu yang dirasakan merupakan ciptaannya sendiri.

Selain itu, sikap tidak suka diperintah dan suka menjadi ketua juga mampu menarik

minat seseorang ke arah keusahawanan. Selan itu, seseorang yang cenderung ke

arah keusahawanan akan mendapat kepuasan diri dalam bentuk kebebasan berfikir

dan bertindak.

Faktor tolakan pula menurut Mohani Abdul et al.(2008) adalah disebabkan

kekecewaan. Beliau mengumpamakan seseorang yang mengalami kehampaan

seseorang terhadap situasi kerja lamanya, gaji yang tidak setimpal dan sebagainya.

Selain itu, kekurangan peluang pekerjaan akibat kegawatan ekonomi akan memberi

impak pengangguran yang mana peluang pekerjaan akan berkurangan. Hal ini

menurut Mohani Abdul et al. (2008) akan menolak individu berkenaan untuk masuk

ke alam keusahawanan.

2.8 PETUA KEJAYAAN USAHAWAN

Kesediaan seseorang untuk menceburi bidang keusahawanan adalah bergantung

kepada banyak faktor. Norashidah Hashim, Norasmah Othman & Noraishah Buang

Page 13: Bab 2 Kajian Teoritis

(2009) dalam kajiannya Konsep Kesediaan Keusahawanan Berdasarkan Kajian Kes

Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia menunjukkan bahawa

kejayaan seseorang usahawan adalah bergantung kepada dua sebab; pertamanya

kemahuan, dan keduanya kebolehan. Kajian telah dijalankan terhadap enam orang

usahawan yang terlibat dengan IKS menggunakan kaedah kualitatif. Setiap

responden telah ditemual bual antara sejam setengah hingga dua jam

menggunakan soalan temu bual separa berstruktur. Beliau telah menggunakan

Teori Tindakan Bertujuan dan Teori Tingkah Laku Terancang Fishben dan Ajzen

(1980). Sebanyak 13 soalan dikemukakan kepada setiap responden. Hasil dapatan

kajian yang diperoleh menunjukkan daripada enam orang responden tersebut,

hampir semua mempunyai latar belakang keluarga yang terlibat dalam perniagaan

kecuali seorang. Selain itu kemahiran dan pengetahuan dalam perniagaan adalah

diperoleh secara formal atau melalui pengalaman kerja sebelum menceburi bidang

keusahawanan. Secara umumnya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor

kesediaan seorang usahawan menceburi bidang keusahawanan adalah didorongi

faktor latar belakang keluarga dan pengalaman sendiri.

Mohd Hassan bin Mohd Osman (2007) dalam kajiannya Faktor-faktor yang

Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Kredit Mikro di Negeri Johor pula

menunjukkan tiga faktor utama kejayaan usahawan ialah kemahiran dalam

pengurusan, pengkhususan dalam membuat kerja dan juga sikap tidak mudah

berputus asa dalam mengharungi cabaran perniagaan. Kajian telah dijalankan

menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Seramai 233 usahawan kecil di

bawah skim kredit mikro telah dijadikan responden kajian melalui pengedaran

borang soal selidik. Temu bual dengan Pegawai Yayasan TEKUN Nasional turut

dijalankan. Hasil dapatan kajian menunjukkan taburan pencapaian akademik

usahawan paling ramai adalah tamat sekolah menengah iaitu seramai 98 orang

diikuti sekolah rendah, peringkat diploma/ijazah dan seterusnya lain-lain. Hal ini

bermaksud hampir kesemua usahawan mempunyai pendidikan asas. Selain itu,

dapatan kajian juga menunjukkan faktor minat adalah faktor dominan yang

mencederungkan usahawan untuk menceburi bidang keusahawanan. Faktor

motivasi lain adalah seperti warisan keluarga, mempunyai modal, cepat mendapat

keuntungan dan lain-lain. Kemahiran dalam bidang pengurusan dan penggunaan

masa dikenalpasti sebagai faktor utama yang menentukan kejayaan seseorang

usahawan. Dapatan ini menyokong pendapat Mohd Shafie Ariffin & Mohamad Azim

Shafeeyullagan (2009) dalam bukunya Teras Keusahawanan yang menyatakan

seorang usahawan menitikberatkan mutu kerja yang tinggi. Tambahnya seorang

Page 14: Bab 2 Kajian Teoritis

usahawan tidak semata-mata ingin menyelesaikan sesuatu tugas sebaliknya

menyelesaikannya dengan cemerlang dan bermutu.

Ahmad Zabani Morad (2014) dalam kajiannya Usahawan Berjaya dan

Peranan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Negeri Kedah

menunjukkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya lapan faktor kritikal yang

menentukan kejayaan seeorang usahawan. Kajian ini dijalankan di kawasan

Parlimen Pokok Sena, Kota Setar dan Kubang Pasu yang melibatkan seramai 300

orang usahawan dan firma. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif.

Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor kritikal utama yang melahirkan kejayaan

usahawan ialah faktor diri sendiri, sanggup kerja kuat dan tabah dalam perniagaan.

Hal ini menyokong pandangan Ab. Aziz Yusof (2013) di dalam bukunya Strategi

Usahawan Cemerlang: Modul Garis Panduan Keusahawanan yang menyatakan

peringkat pertama yang dialami seseorang usahawan adalah bermula dengan

sebuah impian. Menurut beliau lagi, impian seorang usahawan ini mempunyai

hubungkait dengan khayalan seseorang untuk mencapai kejayaan yang mana

seseorang usahawan akan memikirkan kejayaan, kesenangan dan kemewahan

yang bakal diraih apabila menceburi bidang keusahawanan. Selain itu menurut

beliau juga usahawan adalah percaya dengan diri sendiri serta sentiasa mencari

peluang tanpa mengenal penat dan lelah.

Hasil dapatan kajian Ahmad Zabani Morad (2014) ini juga turut disokong

oleh kajian Hasnah Ali, Norhafizah Abdul Razak & Sanep Ahmad Faktor

Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Peruncitan Melayu : Satu Kajian Kes yang

menemukan bahawa faktor keyakinan diri sendiri merupakan faktor yang signifikan

dalam mempengaruhi kejayaan usahawan. Menurutnya lagi, faktor-faktor lain turut

ada namun tidak menunjukkan hubungan yang signifikan.

Menurut Khursiah binti Ahmad Zainudin dalam kajiannya Kesan Penerimaan

Pembudayaan Teknologi Hijau dalam keusahawanan di Kalangan Belia di Sekitar

Lembah Klang mendapati bahawa terjadinya perhubungan yang positif antara faktor

yang mendorong usahawan belia dengan kejayaan usahawan belia.. Kajian tersebut

dijalankan di sekitar Lembah Klang yang melibatkan seramai 150 orang responden

yang telah dipilih. Kajian telah menggunakan kaedah kuantitatif di mana penyelidik

telah mengedarkan borang soal selidik tentang isu kejayaan usahawan belia. Hasil

dapatan kajian menunjukkan terdapat empat faktor kritikal yang mendorong belia

berjaya dalam bidang keusahawanan. Faktor tersebut ialah sikap belia, bantuan

Page 15: Bab 2 Kajian Teoritis

kerajaan, penggunaan teknologi hijau dan perkembangan sains dan teknologi.

Berdasarkan kajian ini, didapati terdapat bantuan dan galakan daripada kerajaan

kepada golongan belia untuk menceburi bidang keusahawanan. Agensi-agensi

tertentu yang ditubuhkan berperanan memotivasikan usahawan dan bertindak

dengan cekap untuk membantu mereka dari segi pemasaran, modal, latihan dan

lain-lain (Kamarulzaman Ismail, 2009).

Suhaini Mat Daud, Nurhasyila Minhat & Yuslina Salleh dalam kajiannya

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Kecil MARA di Negeri Perlis

mendapati bahawa terdapat sekurang-kurangnya empat faktor utama yang

mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA iaitu minat, bantuan kewangan,

kemahiran dan latihan dan perkembangan teknologi. Kajian dijalankan melibatkan

seramai 81 orang usahawan kecil MARA yang mendapat pembiayaan daripada

MARA. Kajian tersebut menggunakan pendekatan kuantiatif dan instrumen kajian

untuk mengutip data adalah menggunakan borang soal selidik. Hasil dapatan kajian

menunjukkan faktor utama yang mendorong kejayaan usahawan kredit MARA

adalah faktor kemahiran dan latihan diikuti faktor minat, bantuan kewangan dan

perkembangan teknologi. Dapatan kajian ini menyokong hasil dapatan kajian yang

dijalankan Zaidatol Akmaliah et al (1994) yang mendapati pendidikan keusahawan

amat penting sama ada yang bakal menjadi usahawan ataupun yang telah

menceburi bidang tersebut (Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias, 1997).

Menurut Norbaiti binti Tukiman & Ghazali bin Semil@Ismail (2010) di dalam

kajiannya Cabaran dan Faktor Kejayaan Usahawan Wanita Bumiputera Perusahaan

Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri Melaka, faktor utama yang mempengaruhi

kejayaan usahawan wanita bumiputera adalah minat yang tinggi terhadap bidang

keusahawanan. Kajian dilakukan mengambil masa selama setahun ke atas 110

orang usahawan wanita bumiputera PKS di tiga buah daerah di negeri Melaka iaitu

Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin. Kajian menggunakan gabungan kaedah

kuantitatif dan kualitatif. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor minat yang

mendalam dalam bidang keusahawanan menjadi pendorong utama usahawan

wanita bumiputera PKS untuk berjaya. Selain itu didapati hubungan perniagaan

usahawan wanita bumiputera PKS dengan faktor-faktor kejayaan adalah lemah dan

ini seterusnya menunjukkan prestasi perniagaan tidak dipengaruhi atau bersandar

sepenuhnya oleh faktor-faktor kejayaan yang dikenalpasti.

Page 16: Bab 2 Kajian Teoritis

Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin & Muhammad Firdaaus Muhammad

Sabri (2014) dalam kajiannya Faktor-faktor Penyumbang kepada Kejayaan dan

Kegagalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera di Malaysia

mendapati bahawa terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi kejayaan atau

kegagalan seseorang usahawan. Hasil dapatan kajian membuktikan faktor dalaman

dan faktor luaran amat mempengaruhi kejayaan atau kegagalan perniagaan PKS di

Malaysia. Faktor dalaman meliputi ciri-ciri keusahawanan dan orientasi

keusahawan. Selain itu penyelidik juga mendapati terhadap elemen ketaatan

kepada agama dalam memberi pengaruh ke atas kejayaan usahawan.

2.9 CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

Menurut Ahmad Zabani Morad (2014) dalam kajiannya Usahawan Berjaya dan

Peranan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Negeri Kedah,

terdapat lapan ciri usahawan yang boleh menentukan kejayaan seseorang

usahawan. Kajian ini dijalankan di kawasan Parlimen Pokok Sena, Kota Setar dan

Kubang Pasu yang melibatkan seramai 300 orang usahawan dan firma. Kajian

dijalankan menggunakan kaedah kuatitatif. Hasil dapatan kajian menunjukkan skor

min tertinggi dicatatkan oleh ciri yakin terhadap diri sendiri, sanggup kerja kuat dan

tabah dalam perniagaan. Dapatan kajian ini disokong oleh Kamarulzaman Ismail

(2009) di dalam bukunya Melangkah ke Alam Keusahawanan, yang mana beliau

berpendapat dorongan peribadi berjaya menarik seseorang individu untuk menjadi

seorang usahawan. Tambahnya, terdapat individu yang suka melakukan kerja yang

mencabar dan mempunyai risiko yang tinggi. Selain itu, sifat keegoan seseorang

untuk melaksanakan sesuatu yang dirasakan merupakan ciptaannya sendiri, di

samping sikap yang tidak suka diperintah juga berjaya menarik individu tersebut ke

arah keusahawanan (Kamarulzaman Ismail & Amaludin Ab. Rahman, 2009).

Kajian Ahmad Zabani Morad (2014) juga menunjukkan ciri-ciri lain yang ada

pada seseorang juga boleh menentukan ia mampu menjadi seorang usahawan

yang berjaya. Ciri tersebut ialah tidak mudah berputus asa, cekal menghadapi

cabaran, sanggup berdikari dan berdaya maju, tahu membuat pengkhususan,

sanggup menentang risiko, tidak gentar mendepani persaingan dan mampu

bersaing. Selain itu faktor keturunan keluarga juga menjadi motivasi kepada

seorang usahawan untuk berjaya. Pandangan ini disokong oleh Zaidatol Akmaliah

Lope Pihie & Habibah Elias (1997) di dalam bukunya Keusahawanan & Motivasi Diri

yang menyatakan sesetengah usahawan telah disemai semangat keusahawanan

Page 17: Bab 2 Kajian Teoritis

semasa mereka masih kanak-kanak lagi. Menurutnya, kesan pengalaman awal

seperti bekerja keras, rajin, berdikari dan gigih ini akan memupuk diri mereka

supaya lebih cenderung ke arah memperolehi sifat keusahawanan.

Mohani Abdul et al.(2008) di dalam bukunya Pembudayaan Keusahawanan

pula menyamakan usahawan yang berjaya dengan seorang pemimpin yang

berjaya. Menurutnya, personaliti pemimpin yang berjaya adalah percaya kepada

perkembangan berterusan (continous growth), peningkatan kecekapan (improved

efficiency) dan kejayaan yang berterusan kepada organisasinya. Selain itu, seorang

usahawan yang berjaya sentiasa memberi galakan kepada pekerjanya serta mahir

dalam berkomunikasi serta membawa diri dalam lapangan kerjaya yang

diceburinya. Seorang usahawan yang berjaya juga mempunyai matlamat yang jelas

dan khusus serta menyelidiki maklumat. Menurut Mohani Abdul et al.(2008) juga,

usahawan berjaya akan sentiasa memperbaik tindakan serta berusaha menjaga

maruah orang bawahannya.

Seorang usahawan yang berjaya memiliki sikap merancang dan

bertanggungjawab terhadap kerjayanya serta bersedia berubah. Usahawan juga

sanggup belajar daripada pengalaman sendiri dan juga pengalaman orang lain

supaya dapat memantapkan pengetahuan dan kemahirannya. Mohani Abdul et al

(2008) menulis di dalam bukunya itu bahawa usahawan berjaya sentiasa berhati-

hati terhadap kaedah baharu yang terdapat dalam pasaran untuk meningkatkan

produktiviti. Mohani Abdul et al (2008) merumuskan ciri usahawan berjaya adalah

percaya kepada diri, berkebolehan menanggung risiko, cekal, fleksibel, kreatif,

berdisiplin, jujur dan sentiasa berinisiatif.

2.10 PERANAN USAHAWAN

Usahawan adalah agen perubahan masyarakat dan negara. Semakin ramai

usahawan dalam sesebuah negara, maka semakin maju dan pantas sesebuah

negara itu berkembang dan berjaya. Usahawan merupakan rakan pembangunan

negara serta berkolaborasi dengan pihak kerajaan bagi membangunkan ekonomi

masyarakat.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias (1997) di dalam bukunya

Keusahawanan & Motivasi Diri menyebut, kehadiran usahawan akan menggalakkan

penggunaan sumber-sumber ekonomi dengan lebih berkesan. Menurutnya,

Page 18: Bab 2 Kajian Teoritis

usahawan menyumbang kepada kemakmuran sosial serta mengorbankan

tenaganya demi pembangunan ekonomi dan sosial. Setiap masalah ekonomi yang

dihadapi oleh penduduk sesebuah negara adalah berkait dengan kemampuan

penduduknya mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi dengan baik. Zaidatol

Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias (1997) juga menyebut di negara-negara maju,

terdapat ramai usahawan yang bergiat secara aktif untuk memajukan negara. Beliau

menambah, kekuatan sesebuah negara bergantung pada pembangunan

industrinya. Dalam hal ini, usahawanlah yang berperanan mengelolakan projek-

projek pembangunan serta mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

Mohani Abdul et al. (2008) di dalam bukunya Pembudayaan Keusahawanan

pula menyenaraikan antara peranan usawan adalah dalam mempertingkatkan

pendapatan per kapita negara. Pendapatan per kapita adalah pendapatan negara

dibahagikan dengan jumlah penduduk semasa. Menurut Mohani Abdul et al.(2008),

peranan usahawan ini dapat dilihat dari sudut mikro dan makro. Dari sudut mikro

usahawan bertangggungjawab dalam mengurus dan mengeluarkan barangan untuk

digunakan oleh masyarakat. Selain itu, usahawan juga menggembleng segala

sumber ekonomi untuk menghasilkan output seperti makanan, pakaian, barangan

elektrik, hasil pertanian dan lain-lain. Dari sudut makro pula, Mohani Abdul et al.

(2008) menyebut, usahawan berperanan menyediakan peluang pekerjaan kepada

masyarakat serta menyajikan pelbagai pilihan produk untuk digunakan oleh

masyarakat. Selain itu, usahawan juga menyumbang kepada peningkatan teknologi

serta penemuan dan inovasi baharu dalam penciptaan sesuatu produk.

Menurut Tam Yin Ling Adeline et al.(2014) dalam bukunya Asas

Keusahawanan, usahawan berperanan mencipta kekayaan di sampping turut

mendorong pembahagian kekayaan serta menyumbang kepada kemakmuran

ekonomi negara. Dari segi ekonomi, menurut Tam Yin Ling Adeline et al. (2014),

cukai yang dibayar oleh usahawan dapat membantu kerajaan membina prasarana

kepada rakyat. Peranan usahawan juga dalam pengeluaran barangan dapat

memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna dalam memilih produk yang

diingininya. Malah menurut Tam Yin Ling Adeline et al.(2014) juga, usahawan

berperanan mengurangkan kadar pengangguran dalam negara melalui penawaran

peluang pekerjaan. Pendapat ini berpedanan dengan pandangan yang

dikemukakan Mohani Abdul et al (2008) sebelum ini yang menyatakan usahawan

menyumbang kepada penyediaan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Page 19: Bab 2 Kajian Teoritis

2.11 KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

Keusahawanan di Malaysia sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Ia

sebenarnya telah bermula seawall zaman kesultananan Melaka lagi apabila

penduduk tempatan berurus niaga dengan pedagang asing. Setelah British

mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu, mereka telah menjalankan dasar “pecah

dan perintah” yang mengasingkan sama sekali setiap kaum mengikut sektor

ekonomi. Selepas kemerdekaan dicapai, pelbagai dasar ekonomi dilaksanakan

seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional

(DPN) (1990-2000) dan Wawasan 2020. DEB diperkenalkan adalah rentetan

daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan pertumpahan darah antara kaum

kesan daripada dasar “pecah dan perintah” British. Kajian oleh W.A. Lewis dalam

Racial Conflict and Economic Development yang dinyatakan oleh Abdul Razak

Omar (1998) dalam bukunya Menjaring Usahawan Bumiputera, beliau menulis

bahawa apabila sesuatu kaum mendominasi bidang perniagaan, ketegangan atau

konflik antara etnik biasanya berlaku. Pada tahun 1995 Kementerian Pembangunan

Usahawan ditubuhkan sebagai badan yang mengawal dan mempromosikan

pembangunan keusahawanan di Malaysia. Pada 2005 pula, Kementerian tersebut

dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia.

Pemupukan budaya keusahawanan di Malaysia juga melibatkan agensi-

agensi kerajaan yang berperanan memberi latihan kepada para usahawan. Menurut

Mohani Abdul et al.(2008) di dalam bukunya Pembudayaan Keusahawanan

memberi contoh agensi tersebut ialah seperti MARDI, MARA, NPC, SIRIM, MIDA

dan MIDF. Beliau juga menulis bahawa program pembangunan vendor dan

pembangunan francais turut diperhebatkan dan menjadi insentif kepada usahawan

dalam sektor IKS. Bumiputera. Pada tahun 2009, kementerian yang terlibat dengan

keusahawanan telah diambil alih oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Bidang

keushawanan dilihat sebagai berprospek untuk menyumbang kepada hasil negara.

Salah satu bidang keberhasilan utama yang telah ditetapkan kerajaan adlaah

Pengukuhan Keupayaan dan Pembudayaan Keusahawanan (Tam Yin Ling Adeline,

2014).

Page 20: Bab 2 Kajian Teoritis

2.12 PERBEZAAN PENGURUSAN PERNIAGAAN ABAD KE-20 DENGAN ABAD

KE-21

Menurut Mohani Abdul et al. (2008) di dalam bukunya Pembudayaan

Keusahawanan, perbezaan pengurusan perniagaan pada kedua- dua abad ini dapat

dibahagikan kepada tiga aspek iaitu; pengaruh persekitaran perniagaan, pengaruh

persaingan dan pengaruh teknologi. Beliau menjelaskan, pada abad ke 20,

persekitaran perniagaan telah menyebabkan usahawan tidak mudah meletakkan

tanggungjawab kepada pekerja kerana mempunyai tanggapan yang rendah

terhadap kemampuan mereka. Walaubagaimanpun menurut Mohani Abdul, pada

abad ke-21, usahawan lebih mempercayai kebolehan pekerja serta meletakkan

tanggungjawab yang besar ke atas bahu mereka.

Selain itu, pengaruh persaingan menurut Mohani Abdul turut mengubah

fenomena keusahawanan di kedua-dua abad ini. Pada abad ke-20, pengaruh

liberalisasi dan globalisasi dalam alam perniagaan tidaklah begitu rumit seperti

mana abad ke-21. Keterbukaan pasaran serta fenomena dunia tanpa sempadan

telah memberi kesan kepada senario keusahawanan di mana ia telah mendedahkan

syarikat-syarikat usahawan kepada persaingan global yang sengit. Kebolehan

kompetitif akan menentukan kelangsungan syarikat (Mohani Abdul et al., 2008).

Menurutnya, usahawan abad ke-21 perlu bersedia menangani masalah-masalah

luar jangka dan kepelbagaian ketidakpastian yang bakal dihadapi

Pengaruh teknologi juga memberi pengaruh yang signifikan kepada budaya

keusahawanan. Menurut Mohani Abdul et al. (2008), peningkatan dalam

penggunaan mikro komputer, komunikasi data, imej dan grafik adalah antara

contoh-contoh yang dapat diperkatakan. Transformasi teknologi yang berlaku pada

era kini sudah tentunya lebih pantas berbanding dahulu. Perubahan ini akan

memberi kesan yang pelbagai dari segi teknologi atua sinergi (Mohani Abdul et

al.2008).

2.13 CABARAN DIHADAPI USAHAWAN DI ABAD KE-21

Senario keusahawanan pada zaman kini adalah lebih kompleks berbanding dahulu.

Norbaiti binti Tukiman dan Ghazali bin Semil@Ismail (2010) dalam kajiannya

Cabaran dan Faktor Kejayaan Usahawan Wanita Bumiputera Perusahaan Kecil dan

Sederhana (PKS) di Negeri Melaka mendapati bahawa cabaran utama yang

Page 21: Bab 2 Kajian Teoritis

dihadapi golongan tersebut adalah keyakinan diri dan cabaran dari keluarga

terdekat. Selain itu menurut Mohani Abdul et al.(2008) dalam bukunya

Pembudayaan Keusahawanan, beliau menyenaraikan cabaran-cabaran yang

dihadapi usahawan pada abad ke-21. Antaranya kepelbagaian tenaga kerja di mana

beliau menjelaskan tenaga kerja dalam dunia perniagaan kini adalah lebih

heterogen dan berbagai-bagai-bagai latar belakang. Selain itu, kesetiaan pekerja

yang menurun, kekurangan tenaga buruh, kekurangan pekerja berkemahiran,

peningkatan kualiti yang berterusan, gerak balas terhadap globalisasi dan

kesementaraan menjadi cabaran utama kepada usahawan dalam mengharungi

cabaran alam perniagaan pada abad ke-21.

2.14 USAHAWAN DAN RISIKO

Usahawan dan risiko tidak dapat dipisahkan. Hal ini kerana usahawan itu sendiri

bersifat menanggung risiko serta bertanggungjawab terhadap keputusan yang

dibuatnya. Menurut Mohani Abdul et al.(2008) di dalam bukunya menulis bahawa

perkataan risiko berasal daripada perkataan Arab “risq” atau perkataan Latin

“risicum”. Risiko merupakan tanggungan yang dihadapi oleh seseorang dalam

perjalanan untuk mendapatkan hasil di mana hasil yang bakal diperoleh tidak

diketahui sama ada hasil yang baik atau sebaliknya.

Mohani Abdul et al.(2008), menggambarkan risiko sebagai keadaan

ketidakpastian. Beliau memberi analogi seorang usahawan yang terpaksa membuat

satu pilihan terbaik di antara pilihan-pilihan yang terbaik. Sekiranya keputusan yang

dibuat itu betul, hasil yang diperoleh adalah berupa keuntungan. Namun jika

keputusan yang diambil itu salah, hasil yang diterima adalah mendukacitakan. Oleh

sebab itu, usahawan perlu mengenal pasti risiko yang bakal diambil sama ada

dengan melihat kepada peratusan kejayaan dibandingkan dengan peratusan

kegagalan. Usahawan yang sejati memandang risiko sebagai peluang dan bukanya

halangan untuk perusahaannya lebih maju berkembang.

Menurut Mohani Abdul et al (2008) lagi, terdapat beberapa jenis risiko yang

akan dihadapi para usahawan dalam menjalankan perniagaanya. Pertamanya risiko

perniagaan seperti kebakaran, kecurian harta perniagaan, kecederaan pekerja,

perbehentian pekerja, kualiti barangan dan kerosakan jentera. Walau

bagaimanapun risiko-risiko berkenaan menurut Mohani Abdul boleh dikawal atau

dipindahkan kepada pihak lain. Fenomena kegawatan ekonomi dan kejatuhan nilai

Page 22: Bab 2 Kajian Teoritis

mata wang pula adalah bentuk risiko yang tidak boleh dikawal oleh usahawan dan

usahawan terpaksa memikul risiko berkenaan. Keduanya risiko kewangan yang

mana usahawan berhadapan dengan risiko tahap kecairan tunai, risiko pinjaman,

kredit dan tukaran asing .

Selanjutnya Mohani Abdul et al.(2008) menerangkan tentang pengurusan

risiko melalui pengurangan impak ke atasnya. Dalam dunia moden, usahawan tidak

semestinya dapat menghapuskan semua risiko, sebaliknya boleh meminimakan

impak risiko dengan memindahkanya kepada penanggung-penanggung risiko.

Tam Yin Ling Adeline et al (2014) dalam bukunya Asas Keusahawanan

menjelaskan usahawan perlu menghadapi risiko dalam perniagaan tanpa mengira

industri yang diceburi. Risiko merujuk kepada kemungkinan mengalami kerugian

atau menghadapi bahaya (Kamus Dewan,2010). Beliau menulis bahawa

pengurusan risiko penting kepada seorang usahawan demi menjumatkan sumber,

melindungi reputasi syarikat, mencegah liability undang-undang dan perlindungan

kepada orang ramai dan alam sekitar.

Menurut Tam Yin Ling Adeline et al (2014) lagi, proses pengurusan risiko

bermula dengan mengenal pasti risiko perniagaan, mengkaji dan menilai risiko,

merancang pengurusan risiko, melaksanakan pengurusan risiko dan akhirnya

menilai dan mengawal keberkesanan pengurusan rsiko. Beliau juga memberi

contoh risiko yang bakaldihadapi usahawan dalam kerjayanya sebagai usahawan

termasuklah risiko kekurangan aliran tunai, hutang lapuk, kerugian, pengeluaran

tergendala stok terjejas dan risiko kemalangan. Selain itu beliau juga melanjutkan

tentang cara-cara pengurusan risiko yang boleh digunakan oleh usahawan. Hal ini

kerana pengurusan risiko yang baik dapat meminamkan kesan risiko tersebut ke

atas perusahaan. Beliau memberi contoh risiko kekurangan aliran tunai boleh

diatasi dengan menjual produk secara tunai dan mengurangkan perbelanjaan yang

tidak perlu.

2.15 USAHAWAN DAN KREATIVITI

Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan

menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran

imaginasi. Menurut Mohani Abdul et al. (2008) dalam bukunya Pembudayaan

Keusahawanan, kreativiti adalah kebolehan kompetitif yang perlu ada dalam diri

Page 23: Bab 2 Kajian Teoritis

setiap usahawan. Dengan adanya kreativiti, seorang usahawan dapat berinovasi

melalui penciptaan produk yang lain dari yang lain serta tidak dikeluarkan oleh

usahawan lain.

Pemikiran kreatif adalah berbeza dengan pemikiran konvensional yang

sering diguna pakai sekarang. Pemikiran kreatif akan menidakkan logik dan rasional

demi mencipta sesuatu yang baru yang tidak terjangkau oleh pemikiran logik.

Misalnya penciptaan “aiskrim pasu” yang menjadi fenomena sekarang adalah

bertitik tolak daripada pola pemikiran kreatif oleh individu tertentu. Selain itu,

pengenalan produk mesra alam seperti “polisterina yang diperbuat daripada ubi

kayu” juga adalah rentetan daripada pemikiran kreatif yang berimaginasi tentang

perkara berkenaan.

Dollinger (1995) yang dinyatakan oleh Mohani Abdul et al.(2008) dalam buku

Pembudayaan Keusahawanan berpandangan,kreativiti mempunyai hubungan yang

rapat dengan revolusi, perubahan dan dinamisme. Kreativiti merupakan leupayaan

berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan

seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian.

Menurut Chermerhorn, Hunt dan Osborn (2003) yang dinyatakan dalam

buku Asas Pembudayaan Keusahawanan (2007),kreativiti melibatkan

perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan merupakan jawapan kepada

sesuatu masalah yang bakal diperoleh.

2.16 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, usahawan dan keusahawanan adalah dua entiti yang

berbeza. Usahawan adalah orang yang terlibat dalam bidang keusahawanan

sebaliknya keusahawanan adalah proses yang dilalui usahawan dalam kerjayanya

dalam bidang tersebut. Selain itu, usahawan dan peniaga mempunyai peranan yang

berbeza antara satu sama lain. Keusahawan juga telah berlaku bukan pada hari ini

sebaliknya bertahun-tahun yang lalu, namun dengan nama yang lain. Usahawan

dan kreativiti adalah tidak boleh dipisahkan. Usahawan juga perlu bijak dalam

pengurusan risko perniagaan. Oleh itu, langkah-langkah yang betul perlu dicari

suapay dapat melahirkan usahawan berjaya setersunya menyumbang kepada

kemammuran negara.

Page 24: Bab 2 Kajian Teoritis

BIBLIOGRAFI

Buku

Ab. Aziz Yusof (2013). Strategi Usahawan Cemerlang : Modul Garis Panduan

Keusahawanan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Barjoyai Bardai & Mohd. Fairuz Md. Salleh (1998). Peluang Perniagaan. Kuala

Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Chiew Tung Moi, Tam Yin Lin@Adeline, Mansur Tola & Chang Mui Ling@Dyana

(2011). Asas Keusahawanan. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Hoe Chee Hee, Mohd Salleh Din, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, Shuhymee

Ahmad, Habshah Bakar, Norita Deraman, Rosli Mahmood, Armanurah

Mohamad, Lily Julienti Abu Bakar, Muhammad Nasri Md Hussain (2005).

Asas Keusahawanan. Singapore : Thomson Learning

Kamarulzaman Ismail & Amaludin Ab. Rahman (ed) (2009). Melangkah ke Alam

Keusahawanan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kathleen Aleen,Ph.D (2001). Entrepreneurship for Dummies. United States of

America : IDG Books Worldwide, Inc.

Mohani Abdul, Kamarulzaman Ismail, Zainal Abidin Mohamed & Abdul Jumaat

Mahajar (2008). Pembudayaan Keusahawanan. Petaling Jaya : Prentice Hall

Mohd Shafie Ariffin & Mohamad Azim Shafeeyullagan (2009). Teras

Keusahawanan. Shah Alam : Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

Sabitha Marican (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya : Prentice

Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Tam Yin Ling Adeline, Chiew Tung Moi, Dyana Chang Mui Ling, Bonaventure

Boniface & Mansur Tola (2014). Asas Keusahawanan Edisi Kedua. Puchong

: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Wan Liz Ozman Wan Omar & Sulzari Mohamed (2002). Memperkasa Usahawan :

Panduan Lengkap Pengurusan Perniagaan dan Penjanaan Usahawan.

Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Page 25: Bab 2 Kajian Teoritis

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias (1997). Keusahawanan dan Motivasi

Diri. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia

Jurnal

Norashidah Hashim, Norasmah Othman & Noraishah Buang (2009). Konsep

Kesediaan Keusahawanan Berdasarkan Kajian Kes Usahawan Industri Kecil

dan Sederhana (IKS) di Malaysia. Dalam Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1) ,

187-203.

PROSIDING PERBINCANGAN

Hasnah Ali, Norhafizah Abdul Razak dan Sanep Ahmad (2010). Memberikan

pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan. Dalam

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke V (PERKEM V)

Inovasi dan Pertumbuhan Ekonomi (m.s. 141-151) Port Dickson Negeri

Sembilan.

Ahmad Zabani Morad (2014). Memberikan pendapat yang bernas sebagai

sumbangan dalam perbincangan. Dalam Prosiding Persidangan

Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-9 (PERKEM-9) “Urus Tadbir Ekonomi

yang Adil : Ke arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi” (459-466). Kuala

Terengganu : Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Adib Abd Muin, Muhmmad Fakhirin Che Majid & Shhairimi Abdullah (2014).

Memberikan pendapat yang beranas sebagai sumbangan dalam

perbincangan. Dalam Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2014:

Memartabatkan Kesarjanaan Melalui Penyelidikan. : Universiti Utara

Malaysia

TESIS

Mohd Hassan bin Mohd Osman (2007). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kejayaan

Usahawan Kredit Mikro di Negeri Johor. Johor : Universiti Teknologi Malaysia

Norbaiti binti Tukiman & Ghazali bin Semil@Ismail (2010). Cabaran dan Faktor

Kejayaan Usahawan Wanita Bumiputera Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di

Negeri Melaka. Melaka : Universiti Teknologi Mara.

Page 26: Bab 2 Kajian Teoritis

Norsida Man & Azimi Hamzah (2007). Keperluan Program Pendidikan Pertanian Di

Kalangan Beliatani Di Kawasan Luar Bandar. Malaysia : Universiti Putra Malaysia

KERTAS KERJA

Mohamed Khaled Nordin, Januari 2009. “Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3)”.

Kertas kerja yang Dibentangkan dalam Kongres Ekonomi Islam Ketiga

(KEI-3) di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.