kaedah penyampaian i qrar menurut ekmss

18
BIYH 8103 (UNDANG-UNDANG KEHAKIMAN DAN KETERANGAN ISLAM)

Upload: hafizuddinhussin

Post on 25-Jun-2015

1.590 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS 2003

TRANSCRIPT

Page 1: KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

BIYH 8103(UNDANG-UNDANG KEHAKIMAN DAN KETERANGAN

ISLAM)

Page 2: KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

Soalan A:

HURAIKAN KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

2003

 Kaedah penyampaian iqrar menurut EKMSS 2003 termaktub di

bawah seksyen 17, 18 dan 19. Di bawah seksyen 17 subseksyen(1) , (2), dan (3) menyatakan bahawa iqrar iaitu

pengakuan daripada seseorang secara bertulis,lisan atau isyarat. Iqrar itu hendaklah dibuat di hadapan hakim iaitu di dalam mahkamah dan jika dibuat di luar mahkamah, iqrar perlulah dilakukan di hadapan dua orang saksi lelaki yang baligh, aqil dan adil. Apa-apa sahaja fakta persoalan dan relevan,ianya

adalah qarinah.

Page 3: KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

Di bawah seksyen 18 pula menyatakan bahawa sesuatu iqrar yang tidak boleh diterima adalah iqrar daripada seseorang yang tidak aqil baligh, belum dewasa,orang gila atau terencat akal, penjaga atau wali yang membuat iqrar bagi pihak seseorang yang di bawah tanggungjawabnya, membuat iqrar bukan secara sukarela, dan iqrar yang dibuat oleh orang yang dihalang oleh undang-undang bertulis untuk mentadbir hartanya iaitu (Mahjur a’alaih). Di bawah subseksyen (2) juga dinyatakan bahawa iqrar yang dibuat oleh orang yang belum dewasa tetapi telah dibenarkan oleh walinya untuk menjalankan apa-apa perniagaan, maka iqrarnya boleh diterima hanya setakat yang berkaitan dengan urusan perniagaan itu sahaja. Di bawah subseksyen (3) pula menyatakan bahawa orang yang mendapat faedah daripada sesuatu iqrar itu tidak semestinya orang yang aqil baligh iaitu sesuatu iqrar yang dibuat untuk seseorang yang belum aqil baligh,maka iqrar itu masih sah dan boleh diterima. Di bawah seksyen 19 pula menyatakan bahawa sesuatu iqrar yang dibuat oleh oleh seseorang yang marad-al-maut yang berkaitan dengan tanggungan dan obligasinya terhadap orang lain boleh diterima.

Page 4: KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

Soalan B: TERANGKAN SYARAT PENERIMAAN IQRAR DALAM KES JENAYAH

SYARIAH. SOKONG JAWAPAN ANDA DENGAN SATU CONTOH KES BERKAITAN.

Syarat-syarat penerimaan iqrar di dalam kes jenayah syariah : Syarat orang yang beriqrar ialah berakal. Islam mensyaratkan

seseorang yang beriqrar mestilah berakal kerana orang yang tidak berakal tidak dikenakan beban ke atasnya.

Syarat seterusnya ialah baligh dan berakal. Baligh bererti cukup umur dan seseorang yang cukup umur tidak menjdadi syarat pada semua perkara secara mutlak. Seorang kanak-kanak tidak dibenarkan member iqrar. Akan tetapi kanak-kanak yang mumaiyiz boleh member iqrar setelah mendapat keizinan walinya. Namun ia ahanya boleh diterima di dalam kes muamalah sahaja.

Merdeka tidak menjad syarat mutlak dalam penerimaan iqrar. Iqrar seorang yang merdeka dalam semua perkara sah diterima.

Iqrar juga mestilah dibuat secara sukarela. Iqrar dengan paksaan adalah tidak diterima

Page 5: KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

Tiada toma dalam perkara yang diiqrarkan. Penerimaan iqrar hendaklah memastikan bahawa tiada tohmahan. Jika iqrar yang dibuat terdapat keraguan dan tohmah maka iqrar tersebut tidak boleh diterima.

Seterusnya, orang yang beriqrar mestilah bersungguh-sungguh. Iqrar yang dibuat secara bergurau dan tidak bersungguh-sungguh adalah tidak diterima.

Dalam memastikan sesuatu iqrar itu sah dan boleh diterima, orang yang membuat iqrar dan perkara yang diiqrarkan tersebut mestilah dimaklumi dan diketahui. Contoh di dalam kes berzina. Di dalam kes ini, penzina tidak dikenal pasti sangat, maka dengan itu, iqrar tersebut tidak diterima.

Iqrar mestilah dilakukan di hadapan hakim kerana sabitan sesuatu kesalahan itu adalah mengikut iqrar bukan syahadah.

Page 6: KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

Kes berkaitan : Nur Ashida binti Abu Hanipah lwn Ketua Pendakwa Kes berkaitan : Nur Ashida binti Abu Hanipah lwn Ketua Pendakwa Syarie SelangorSyarie Selangor

Fak t a Kes : Perayu telah melakukan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah yang disabitkan kesalahannya di bawah seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Perayu telah dijatuhkan hukuman oleh Hakim Bicara dengan hukuman RM2500.00 dan penjara selama lima hari. Perayu tidak berpuas hati dan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

Hakim Bicara telah berpuas hati dan menerima iqrar perayu yang dibuat secara sukarela di hadapan Mahkamah tanpa syarat dan mahkamah telah menerima sebagai pembuktian dan terus mensabitkan tuduhan yang dkenakan ke atas perayu.

Is u Ke s: Sama ada iqrar atau pengakuan boleh diterima dalam pensabitan sesuatu kes atau tanggungan.

Ke putusan: Mahkamah Rayuan mendengar hujah-hujah dar keterangan wakil perayu. Dan setelah mendengar alasan-alasan, hakim perintahkan hukuman penjara 5hari dibatalkan dan denda sebanyak RM2500.00 dipinda ke RM3000.00.

Page 7: KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

Soalan C:

SYARAT KESAKSIAN MENGIKUT HUKUM SYARAK DAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

HUKUM SYARAK

Terdapat 3 jenis kesaksian yang perlu dipenuhi oleh seseorang saksi sebelum kesaksiannya dapat diterima.

Pertama ialah syarat umum, kedua syarat penerimaan (syurut al-tahammul) semasa penyaksian dan ketiga syarat penyampaian atau semasa memberi kesaksian (syarat

al’ada’)..

Page 8: KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

Syarat Umum Kesaksian

1) Saksi hendaklah memenuhi syarat

2) Ada dakwaan terhadap sesuatu hak yang telah disaksikan

3) Ada permintaan daripada pihak yang mendakwa

4) Keizinan daripada hakim untuk memberi kesaksian

5) Saksi hendaklah menggunakan lafaz “aku naik saksi” apabila memberi keterangan

6) Memberi kesaksian dalam perkara-perkara yang didakwa

7) Menyampaikan kesaksian dengan jelas

8) Menceritakan kepada hakim apa-apa yang didengar atau dilihat olehnya sendiri

9) Tazkiah (penyiasatan terhadap saksi) jika perlu

Page 9: KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

Syarat penerimaan (syurut al-tahammul) semasa menyaksikan

1) Seorang yang berakal semasa menerima kesaksian

2) Saksi hendaklah boleh melihat (tidak buta)

3) Baligh, merdeka, Islam dan lelaki tidak menjadi syarat penerimaan tetapi hanyalah merupakan syarat penyampaian di mana apabila semasa menerima kesaksian kanak-kanak itu berakal, hamba itu merdeka, kafir itu Islam dan fasik itu bertaubat, lalu mereka memberikan kesaksian di hadapan hakim, Maka kesaksian mereka itu diterima.

Page 10: KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

Syarat Penyampaian@semasa Memberi Kesaksian

1) Islam – tidak diterima kesaksian orang kafir terhadap orang Islam

2) Sempurna akal

3) Baligh – kanak-kanak tidak boleh menjadi saksi

4) Adil

5) Kuat Ingatan

6) Tiada tohmahan

7) Berakhlak mulia@bermaruah

8) Merdeka

9) Boleh berkata-kata

10) Melihat

Page 11: KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

UNDANG-UNDANG

S.83(1) – saksi itu mestilah aqil, baligh dan adil.S.83(2) – IslamS.83(3) – AdilS.83(4) – Sempurna akalS.83(5) – mempunyai daya ingatan yang kuatS.83(6)(7) – tidak mempunyai hubungan buruk atau

hubungan baik dengan pihak menentang.S.84(1) – tidak bisu(boleh berkata-kata).

Page 12: KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

Soalan D:

MIAH YANG DITINGGALAKAN SUAMINYA SELAMA ENAM BULAN TANPA NAFKAH ZAHIR DAN BATIN DATANG BERJUMPA ANDA, SELAKU PEGUAM SYARIE BAGI KES TUNTUTAN PENGESAHAN LAFAZ TAKLIK. BELIAU HANYA MAMPU MENGEMUKAKAN DUA ORANG SAKSI IAITU TIRANA RAKAN SEKERJANYA DAB NUIN ABANGNYA. SELESAIKAN KES DI ATAS.

Nafkah zahir dan batin adalah pemberian wajib suami kepada isteri. Sekiranya suami meninggalkan isteri selama empat bulan Hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan maka isteri boleh membuat lafaz taklik kepada pihak mahkamah dan jika disabitkan maka gugurlah talaq terhadap isteri.

Di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 di bawah seksyen 50 (1) memperuntukkan seseorang perempuan yang bersuami boleh jika berhak mendapat penceraian menurut syarat-syarat surat perakuan ta’liq yang dibuat selepas berkahwin memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa penceraian yang demikian telah berlaku dan di dalam seksyen 50 (2) Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat suatu penyiasatan mengenai sahnya penceraian itu dan jika berpuas hati bahawa penceraian itu adalah sah mengikut Hukum Syarak. Hendaklah mengesahkan dan merekodkan penceraian itu dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

Page 13: KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

Di dalam kes di atas, Miah telah memohon pengesahan lafaz ta’liq dan isu yang berkaitan dalam kes ini adalah sama ada saksi-saksi yang dikemukakan boleh menyokong dakwaan Miah terhadap suaminya.

Miah perlu kemukakan saks-saksi yang kukuh bagi menyokong permohonan beliau. Akan tetapi di dalam kes ini, beliau telah kemukakan dua orang saksi iaitu Tirana selaku rakan sekerja dan Nuin pula sebagai abangnya.

Nuin tidak boleh memberi kesaksian tetapi dia adalah kompeten untuk memberikan bayyinah kerana Nuin merupakan abang kepada Mia. Ini adalah berdasarkan kepada seksyen 83(6) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 seseorang yang kebolehpercayaanya diragui kerana hubungan baiknya dengan dan mempunyai kepentingan dengan pihak menentang adalah kompeten untuk memberkan Bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.

Page 14: KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

Oleh yang demikian saksi daripada Nuin tidak dapat menyokong tuntutan itu. Hakim memutuskan oleh kerana tuntutan tidak dapat sokongan dari saksi, suami Mia dminta bersumpah Syar’ie menafikan tuntutan itu dan selepas dia bersumpah kes itu akan dibuang. Hukuman itu berdasarkan sebuah hadis, ‘al-bayyinah ala al-Muda’I wal al-Yamin ala Man Ankar’ dan telah diaplikasikan dalam kaedah Feqh.

Manakala Tirana pula boleh memberikan kesaksian seperti mana dalam seksyen 83(1) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003 tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, semua orang Islam adalah kompeten untuk memberikan syahadah atau Bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka ‘aqil, baligh, adil mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka. Di samping itu, Tirana juga bukan merupakan saksi tohmah. Oleh yang demikian, kesaksian Tirana boleh diterima di mahkamah.

Page 15: KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

Soalan E TAZKIAH AL-SYUHUD, PEMERIKSAAN SAKSI DAN TESTIMONI

SAKSI MERUPAKAN TIGA ISTILAH YANG BERBEZA DARI ASPEK PENTAFSIRAN DAN APLIKASINYA DI MAHKAMAH SYARIAH.BINCANGKAN.

Tazkiah al-syuhud ialah pemeriksaan saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah. Pemeriksaan ini biasanya dilakukannya secara sendiri atau wakil mahkamah untuk memastkan sama ada saksi yang memberikan keterangan yang berkaitan merupakan seorang yang adil atau sebaliknya.

  Manakala pemeriksaan saksi merangkumi temuduga terhadap saksi.

Pemeriksaan ini merujuk kepada pemeriksaan saksi tentang fakta yang disaksikan atau yang didengar atau diingati oleh para saksi yang berkaitan melalui pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula.

  Testimoni saksi pula merupakan pemeriksaan saksi untuk memilih saksi-

saksi yang adil untuk memberkan keterangan di mahkamah. 

Page 16: KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

Berdasarkan kepada ketiga-tiga istilah ini terdapat peruntukan mengena pemeriksaan saksi iaitu seksyen 89 mengenai pengemukaan dan pemeriksaan saksi, manakala seksyen 91 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003 adalah berkenaan pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula. Pemeriksaan saksi berdasarkan kepada ketiga-tiga peringkat ini berdasarkan kepada peruntukan ini.

 Manakala seksyen 119 EKMSNS 2003 adalah berkenaan

peruntukan khas berhubung dengan testimony saksi. Di bawah seksyen 119, EKMSS 2003 menyatakan bahawa saksi boleh diperiksa untuk menentukan bahawa dia adalah seorang yang adil. Seksyen 120 pula menyatakan bahawa seseorang saksi itu mestilah diperiksa melaui orang yang mempunyai hubungan dengannya sebagai contoh jika saksi itu adalah seorang murid,maka dia hendaklah diperiksa melalui gurunya.

Page 17: KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

Kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa seseorang saksi itu wajib diperiksa dan disiasat keadilannya dan pemeriksaan itu dikenali di kalangan ulama’ sebagai “tazkiah syuhud”. Cara melakukan penyiasatan saksi ini adalah selepas mendengar kesaksian seseorang saksi dan hakim akan memerintahkan pegawai mahkamah untuk mencatat nama,gelaran, keturunan, pekerjaan, alamat,warna kulit,ketinggiannya dan juga nama orang yang diberikan kesaksian untuknya serta hak yang didakwa untuk digunakan dalam penyiasatan memastikan keadilan saksi. Pemeriksaan saksi ini dilakukan oleh seorang muzakki yang adil dan zahid. Cara pemeriksaan boleh dibahagi kepada dua cara iaitu secara sulit (S.121) dan secara terbuka (s.123).

Di dalam konteks ini, ketiga-tiga istilah ini dilaksanakan di mahkamah syariah yang mana ia di buat terhadap pemeriksaan saksi dan dalam menentukan saksi tersebut adil. Dalam konteks

Mahkamah Syariah hanya melibatkan jenayah takzir dan kes sivil dalam ruang tertentu sahaja.

Page 18: KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS

SEKIAN TERIMA KASIH……