penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

Upload: wardiyah-senik

Post on 07-Jul-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    1/31

     

    PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENYAMPAIAN

    PROSEDUR DAN PROSES CADANGAN PEMAJUAN

    SERTA

    PELAKSANAAN PUSAT SETEMPAT

    OLEH:

    DATO’ MOHD. FADZIL BIN HJ. MOHD KHIR  Ketua Pengarah

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung MalaysiaJalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur

    15 Januari 2007

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    2/31

     

    ii

    ABSTRAK

    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perancangan

    Bandar dan Desa telah mengambil inisiatif untuk membuat rombakan dan

    perekayasaan (re-engineering) ke atas sistem, prosedur dan proses kelulusancadangan pemajuan yang dilaksanakan melalui Pusat Setempat (OSC).

    Penambahbaikan ini merupakan salah satu inisiatif yang telah ditetapkan semasa

    Persidangan Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam pada 13

    April 2007. Penambahbaikan ini telah memperkenalkan satu halacara baru iaitu

    sistem memproses secara serentak bagi permohonan-permohonan cadanganpemajuan. Dalam halacara baru memproses secara serentak bagi projek-projek di

    bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), projek-projek impak tinggi, projek-projek

    pelaburan asing dan projek-projek kerajaan diproses dalam tempoh masa 4 bulan.

    Manakala permohonan secara serentak bagi projek-projek di bawah konsep JKB

    diproses dalam tempoh tidak lebih dari 6 bulan.

    Kelulusan sesuatu cadangan pemajuan melibatkan 4 proses permohonan utama iaitu

    permohonan perihal tanah, permohonan kebenaran merancang, permohonan pelan

    bangunan serta permohonan pelan jalan dan parit. Setiap kelulusan adalah

    sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa

    1976 (Akta 172), Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56), Akta Jalan, Parit danBangunan 1974 (Akta 133) serta Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

    Penubuhan OSC serta sistem halacara baru dalam memproses cadangan pemajuan

    kini telah dilaksanakan selama 6 bulan. Sejak dilaksanakan beberapa

    penambahbaikan dibuat hasil daripada maklum balas dari pihak-pihak yang terlibat.

    Kertas kerja ini akan membentangkan mekanisme dan prosedur memproses

    permohonan cadangan pemajuan secara serentak melalui Pusat Setempat dengan

    mengambil kira pindaan-pindaan dan penambahbaikan-penambahbaikan yang telah

    dibuat bagi memperjelas dan memperkukuhkan lagi pelaksanaan sistem halacara

    baru serta OSC yang ditubuhkan.

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    3/31

     

    iii

    ISI KANDUNGAN

    Muka

    Surat

    1.0 LATAR BELAKANG 1

    2.0 PROSEDUR DAN PROSES CADAGAN PEMAJUAN 3

    3.0 PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN MELALUI PUSATSETEMPAT

    7

    4.0 ALTERNATIF-ALTERNATIF PERMOHONAN SECARA SERENTAK 7

    5.0 PROSEDUR DAN PROSES PERMOHONAN CADANGANPEMAJUAN SECARA SERENTAK DALAM TEMPOH 4 BULAN(BAGI PROJEK DI BAWAH KONSEP BKJ, PROJEK IMPAKTINGGI, PROJEK PELABURAN ASING SERTA PROJEK-PROJEKKERAJAAN)

    10

    6.0 PROSEDUR DAN PROSES PERMOHONAN CADANGANPEMAJUAN SECARA SERENTAK DALAM TEMPOH 6 BULAN(BAGI PROJEK-PROJEKDI BAWAH KONSEP JKB)

    12

    7.0 PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PELAKSANAAN PUSATSETEMPAT 13

    7.1 Fungsi Pusat Setempat 147.2 Fungsi Jawatankuasa Pusat Setempat 147.3 Keahlian Jawatankuasa Pusat Setempat 157.4 Fungsi Urus Setia Pusat Setempat 177.5 Organisasi Urus Setia Pusat Setempat 187.6 Pasukan Inspektorat dan Kualiti Kementerian

    Perumahan dan Kerajaan Tempatan

    24

    8.0 KESIMPULAN 25

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    4/31

     

    iv

    Senarai Rajah :

    Rajah 1 Struktur Organisasi Urus Setia Pusat Tempat BagiPBT Bertaraf Majlis Bandaraya dan MajlisPerbandaran (Kategori 1)

    20

    Rajah 2 Struktur Organisasi Urus Setia Pusat Tempat BagiPBT Bertaraf  Majlis Perbandaran (Kategori 2)

    21

    Rajah 3 Struktur Organisasi Urus Setia Pusat Tempat BagiPBT Bertaraf Majlis Daerah (Kategori 3)

    23

    Rajah 4 Struktur Organisasi Urus Setia Pusat Tempat Bagi

    PBT Bertaraf Majlis Daerah Yang Kecil (Kategori 4)

    24

    Senarai Lampiran: Lampiran 1: Mekanisma Memproses Permohonan Secara

    Serentak Dalam Tempoh 4 Bulan

    Lampiran 2: Mekanisma Memproses Permohonan SecaraSerentak Dalam Tempoh 6 Bulan

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    5/31

     

    1

    1.0 LATAR BELAKANG

    Bidang hartanah merupakan sumbangan yang besar terhadap pertumbuhan

    ekonomi negara. Ini adalah kerana sektor hartanah telah menyumbang ke

    atas perkembangan sektor pembinaan dan lain-lain industri yang

    berkaitan. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan pada 13 April 2007

    melalui Persidangan Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan

    Kerajaan - Penambahbaikan Urusan Cadangan Pemajuan Serta

    Penyenggaraan dan Pengurusan Hartanah yang telah dilancar dan

    dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri. Dalam persidangan tersebut 4

    inisiatif telah ditetapkan:

    i.  Penubuhan Pusat Setempat (OSC) di setiap PBT bagi

    mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan dengan

    kelulusan dibuat di satu tempat sahaja;

    ii.  Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi menggantikan Perakuan

    Kelayakan Menduduki (CFO) di mana CCC dikeluarkan oleh Orang

    Utama yang Mengemukakan (Principle Submitting Person) iaitu

    arkitek profesioanal, jurutera profesional atau pelukis pelan

    bangunan;

    iii.  Penggubalan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan

    Pengurusan) 2007 [Akta 663] yang akan mewujudkan fungsi

    Pesuruhjaya Bangunan sebagai perantara di antara pemilik unit

    strata dengan pihak pengurusan bangunan; dan

    iv.  Pelancaran Konsep Bina Kemudian Jual (BKJ).

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    6/31

     

    2

    Lanjutan daripada penetapan tersebut, OSC telah ditubuhkan di setiap

    PBT. Jawatankuasa Pusat Setempat juga telah diwujudkan bagi

    menggantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Perancangan dalam

    memproses cadangan-cadangan pemajuan. Setelah 6 bulan dilaksanakan,

    pelbagai pihak yang terlibat dalam sektor pembinaan dan hartanah telah

    memberikan maklum balas terhadap pelaksanaan Pusat Setempat. Antara

    isu utama yang dibangkitkan ialah mengenai orang yang berkelayakan

    mengemukakan permohonan kebenaran merancang, proses pra-

    perundingan, permohonan secara berasingan/berturutan, permohonan

    yang perlu dirujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara, permohonan

    di luar kawasan PBT, jenis-jenis permohonan yang terima oleh Pusat

    Setempat, permohonan yang tidak lengkap dan sebagainya.

    Bagi tujuan memperjelaskan isu-isu pelaksanaan di atas, KPKT telah

    mengadakan beberapa perbincangan dengan jabatan/teknikal agensi,

    badan profesional dan badan bukan kerajaan untuk mendapatkan ulasan

    dan pandangan bagi memantapkan lagi prosedur dan proses cadangan

    pemajuan. Buku Panduan Edisi Kedua ini adalah hasil daripada maklum

    balas yang telah diperolehi melalui mesyuarat-mesyuarat dan sumber-

    sumber yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, Pentadbir Tanah, dan

    Jabatan/Agensi Teknikal serta Badan-badan Profesional. Buku Panduan

    Edisi Kedua ini bertujuan memberikan penjelasan yang lebih lanjut serta

    menambah baik beberapa aspek bagi memantapkan lagi prosedur dan

    proses cadangan pemajuan dan struktur organisasi Pusat Setempat itu

    sendiri.

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    7/31

     

    3

    2.0  PROSEDUR DAN PROSES CADANGAN PEMAJUAN

    Subseksyen 19(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

    memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh memula, mengusaha

    atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan kebenaran merancang

    berkenaan pemajuan itu telah diberikan. Akta 172 mentakrifkan pemajuan

    sebagai menjalankan apa-apa kerja bangunan, kejuruteraan,

    perlombongan, perindustrian atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya

    pada, di atas, di sebelah atas atau di bawah tanah, membuat apa-apa

    perubahan material mengenai penggunaan mana-mana tanah atau

    bangunan atau mana-mana bahagian daripadanya, atau memecah

    sempadan atau mencantumkan tanah; dan ‘memajukan’ hendaklah

    ditafsirkan sewajarnya.

    Keperluan mendapat kebenaran merancang adalah penting untuk

    menentukan bahawa cadangan pemajuan yang akan dibangunkan dapat

    mewujudkan persekitaran teratur, selamat dan terpelihara.

    Sesuatu cadangan pemajuan melibatkan empat proses permohonan utama

    yang memerlukan kelulusan iaitu :

    i.  Permohonan Perihal Tanah;

    ii.  Permohonan Kebenaran Merancang;

    iii.  Permohonan Pelan Bangunan; dan

    iv.  Permohonan Pelan Kerja Tanah serta Pelan Jalan dan Parit.

    Setiap proses permohonan adalah berdasarkan kepada beberapa

    peruntukan perundangan iaitu Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta

    Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan

    Bangunan 1974 (Akta 133) serta Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam

    1984 (UBKS 1984).

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    8/31

     

    4

    Dari segi pelaksanaan proses, ianya terletak di bawah tanggungjawab

    jabatan yang berlainan. Carta alir yang disediakan menunjukkan proses

    yang dijalankan oleh jabatan-jabatan berkenaan mengikut pengkhususan

    masing-masing.

    Bagi urusan perihal tanah, ianya diproses oleh Pejabat Tanah

    Daerah/Pejabat Tanah Galian berdasarkan kepada peruntukan KTN.

    Manakala bagi urusan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan

    kerja tanah serta pelan jalan dan parit diproses oleh pihak berkuasa

    tempatan yang melibatkan Jabatan Perancang, Jabatan Bangunan dan

    Jabatan Kejuruteraan berdasarkan kepada peruntukan Akta 172, Akta 133

    dan UBKS 1984.

    i.  Permohonan Perihal Tanah

    Di dalam permohonan secara serentak, permohonan perihal tanah

    melibatkan peruntukan di bawah seksyen 124A KTN iaitu permohonan

    serentak untuk pecah sempadan dan pengubahan syarat-syarat serta

    seksyen 204D KTN iaitu permohonan penyerahan balik dan pemberimilikan

    semula. Ini adalah kerana kedua-kedua peruntukan ini membolehkan

    pemohon mendapatkan dua kelulusan melalui satu permohonan sahaja. Ini

    sekaligus mempercepatkan proses permohonan.

    Urusan-urusan perihal tanah di bawah seksyen 124 KTN bagi permohonan

    pengubahan syarat-syarat, seksyen 135 KTN bagi permohonan pecah

    sempadan dan seksyen 146 KTN bagi permohonan penyatuan tanah, masih

    boleh dikemukakan mengikut amalan semasa.

    ii.  Permohonan Kebenaran Merancang

    Bagi sesuatu cadangan pemajuan, kelulusan kebenaran merancang

    merupakan perkara penting dan utama yang perlu diperolehi seperti yang

    diperuntukkan di bawah seksyen 20, Akta 172.

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    9/31

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    10/31

     

    6

    pelan bangunan dan pelan-pelan lain sebelum diangkat ke Mesyuarat

    Jawatankuasa Pusat Setempat.

    Oleh yang demikian, jabatan-jabatan dalaman PBT yang memproses

    permohonan hendaklah mengadakan perbincangan/rundingan bagi

    memastikan setiap permohonan diselaraskan mengikut keperluan-

    keperluan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

    iii.  Permohonan Pelan Bangunan

    Semua pelan bangunan hendaklah dikemukakan kepada pihak berkuasa

    tempatan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 70 Akta 133.

    Syarat-syarat mengemukakan pelan adalah seperti kehendak-kehendak

    Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

    Pelan bangunan hendaklah dikemukakan oleh orang yang berkelayakan

    mengikut Akta 133. Pelan bangunan yang dikemukakan hendaklah

    memenuhi kehendak-kehendak dari segi keselamatan dan keselesaan

    bangunan. Selain daripada peruntukan perundangan, syarat-syarat lain

    adalah seperti yang terkandung di dalam Spesifikasi Piawaian, Arahan

    Teknik Dasar atau garis panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

    iv.  Permohonan Pelan Kerja Tanah dan Pelan Jalan dan Parit

    Seksyen 70A, Akta 133 memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh

    memula atau menjalankan atau membenar supaya dimula atau dijalankan

    sesuatu kerja tanah tanpa terlebih dahulu mengemukakan dan mendapat

    kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

    Dalam hal ini, sekiranya permohonan dikemukakan secara serentak, pelan

    kerja tanah yang dikemukakan hendaklah selaras dengan pelan susun atur

    yang dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan. Bagi permohonan

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    11/31

     

    7

    secara berasingan pula, pelan kerja tanah hendaklah selaras dengan pelan

    susun atur yang telah diluluskan.

    Manakala seksyen 9, Akta 133 pula memperuntukkan bahawa tiada seorang

    pun boleh membuat apa-apa jalan tanpa mendapat kebenaran secara

    bertulis daripada pihak berkuasa tempatan.

    Seseorang yang bercadang hendak membuat sesuatu jalan baru hendaklah

    disertai dengan pelan yang menunjukkan aras dan pembinaan yang

    dicadangkan dan cara pemaritannya.

    3.0 PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN MELALUI PUSAT SETEMPAT

    Halacara baru memproses permohonan ini adalah fleksibel dan memberi

    kemudahan kepada semua pihak yang terlibat di dalam sektor hartanah.

    Sebelum ini, semua urusan permohonan dikemuka dan diproses secara

    berturutan dan dikemukakan di jabatan-jabatan yang berlainan oleh

    pemohon. Dengan adanya sistem ini, pemohon boleh memilih untuk

    mengemukakan permohonan cadangan pemajuan secara serentak

    mengikut kesesuaian/pilihan pemohon ataupun secara berturutan melalui

    Pusat Setempat yang ditubuhkan.

    Pusat Setempat yang ditubuhkan di setiap PBT berperanan untuk

    menerima dan menyelaras semua permohonan-permohonan cadangan

    pemajuan yang dikemukakan.

    4.0 ALTERNATIF-ALTERNATIF PERMOHONAN SECARA SERENTAK

    Penekanan terhadap permohonan secara serentak adalah merupakan

    intipati penting dalam halacara baru ini yang bertujuan untuk

    memendekkan norma masa memproses permohonan cadangan pemajuan

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    12/31

     

    8

    sekaligus meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam

    terutamanya di pihak berkuasa tempatan. Halacara baru ini adalah

    feksibel di mana pemohon dibenarkan mengemukakan permohonan secara

    serentak mengikut kesesuaian masing-masing.

    Bagi permohonan cadangan pemajuan secara serentak, terdapat beberapa

    alternatif yang boleh dipilih oleh pemohon iaitu :

    Alternatif I : Permohonan secara serentak bagi kesemua empat (4)

    proses permohonan iaitu permohonan perihal tanah,

    kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan kerja

    tanah serta pelan jalan dan parit;

    Alternatif II : Permohonan secara serentak bagi kombinasi tiga (3)

    proses permohonan. Contohnya :

    i.  permohonan perihal tanah, kebenaran merancang

    dan pelan bangunan; atau

    ii.  permohonan kebenaran merancang, pelan

    bangunan dan pelan kerja tanah;

    Alternatif III : Permohonan secara serentak bagi kombinasi dua (2)

    proses permohonan. Contohnya :

    i.  permohonan perihal tanah dan kebenaran

    merancang; atau

    ii.  permohonan kebenaran merancang dan pelan

    bangunan; atau

    iii.  permohonan pelan bangunan dan pelan kerja

    tanah; atau

    iv.  permohonan kebenaran merancang dan pelan

    kerja tanah.

    Norma masa memproses adalah berbeza mengikut ketiga-ketiga alternatif

    di atas. Bagi permohonan secara serentak yang melibatkan kesemua

    empat proses permohonan (Alternatif I) norma masa memproses adalah 4

    bulan. Ini melibatkan projek-projek di bawah konsep BKJ, projek impak

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    13/31

     

    9

    tinggi, projek-projek pelaburan asing serta projek-projek kerajaan. Bagi

    projek-projek di bawah kosep JKB, tempoh masa memproses adalah tidak

    lebih dari 6 bulan.

    Bagi permohonan secara serentak di bawah Alternatif II dan Alternatif III,

    tempoh masa memproses adalah bergantung kepada tempoh yang telah

    ditetapkan bagi setiap proses dan tarikh pemohon mengemukakan

    permohonan.

    Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian iaitu:

    i.  Semua jenis permohonan perlu dikemukakan kepada Unit Pusat

    Setempat oleh orang yang berkelayakan iaitu profesional berdaftar;

    ii.  Hanya permohonan yang lengkap mengikut senarai semak akan

    diproses oleh pihak berkuasa tempatan (PBT);

    iii.  Proses ‘pre-consultation’  di antara pemohon dengan mana-mana

    jabatan/agensi teknikal adalah merupakan proses yang tidak

    mandatori;

    iv.  Selepas mengemukakan permohonan, adalah menjadi

    tanggungjawab pemohon untuk mengadakan rundingan dengan

    jabatan/agensi untuk penjelasan atau pindaan pelan selanjutnya;

    v.  Permohon hendaklah mematuhi syarat-syarat dan membuat pindaan

    berdasarkan ulasan yang diberikan;

    vi.  Norma masa memproses permohonan yang ditunjukkan dalam carta

    alir adalah berdasarkan kepada permohonan yang telah mematuhi

    syarat-syarat yang ditetapkan dan semua pindaan telah dibuat;

    vii.  Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat hendaklah bermesyuarat 2

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    14/31

     

    10

    kali sebulan; dan

    viii.  Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat akan menimbang dan

    membuat keputusan ke atas permohonan kebenaran merancang,

    pelan bangunan dan pelan kerja tanah dan keputusan akan

    dimaklumkan di dalam Mesyuarat Majlis Penuh.

    5.0 PROSEDUR DAN PROSES PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN SECARA

    SERANTAK DALAM TEMPOH 4 BULAN (BAGI PROJEK-PROJEK DI BAWAH

    KONSEP BKJ, PROJEK IMPAK TINGGI, PROJEK PELABURAN ASING SERTA

    PROJEK-PROJEK KERAJAAN)

    Bagi permohonan secara serentak, pemohon dikehendaki mengemukakan

    permohonan-permohonan berikut secara serentak kepada urus setia Pusat

    Setempat iaitu:

    i.  permohonan serentak pecah sempadan dan pengubahan syarat,

    sekatan-sekatan dan kategori (seksyen 124A KTN) atau penyerahan

    balik dan pemberimilikan semula (seksyen 204D KTN)

    ii.  Permohonan kebenaran merancang;

    iii.  Permohonan pelan bangunan;

    iv.  Permohonan pelan kerja tanah; dan

    v.  Permohonan pelan jalan dan parit.

    Urus setia Pusat Setempat semasa menerima permohonan akan menyemak

    semua dokumen bagi permohonan-permohonan berdasarkan kepada

    senarai semak yang disediakan. Jika semua dokumen didapati lengkap,

    urus setia akan mendaftar, membuka fail seterusnya mengedarkan

    permohonan kepada jabatan-jabatan berkaitan untuk diproses.

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    15/31

     

    11

    Urus setia Pusat Setempat juga akan mengedarkan permohonan-

    permohonan tersebut kepada jabatan/agensi teknikal berkenaan untuk

    ulasan dan pandangan.

    Proses kerja memproses cadangan pemajuan adalah seperti berikut:

    Langkah 1 : Pemohon mengemukakan permohonan kepada urus setia

    Pusat Setempat

    Langkah 2 : Urus setia Pusat Setempat mengedar permohonan

    kepada jabatan-jabatan berkaitan

    Langkah 3A : Urusan memproses permohonan perihal tanah (seksyen

    124A dan 204D KTN dan ) oleh Pejabat Tanah

    Langkah 3B : Urusan memproses permohonan kebenaran merancang

    oleh Jabatan Perancangan Bandar PBT

    Langkah 3C : Urusan memproses permohonan pelan bangunan oleh

    Jabatan Bangunan PBT

    Langkah 3D : Urusan memproses permohonan pelan kerja tanah serta

    pelan jalan dan parit oleh Jabatan Kejuruteraan PBT

    Langkah 3E : Ulasan dan pandangan jabatan/agensi teknikal

    Lankah 4 : Urus setia Pusat Setempat mengumpul dan menyelaras

    kertas perakuan

    Langkah 5 : Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat

    Langkah 6 : Penyediaan dokumen pemakluman kelulusan kebenaran

    merancang kepada Pentadbir Tanah

    Langkah 7 : Pentadbir Tanah menyediakan kertas perakuan kepada

    Pengarah Tanah dan Galian untuk diangkat ke Mesyuarat

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    16/31

     

    12

    Majlis Kerajaan Negeri

    Langkah 8 : Pentadbir Tanah memaklumkan keputusan permohonan

    perihal tanah kepada pemohon

    Langkah 9 : Urus setia Pusat Setempat menyediakan kertas

    keputusan untuk diangkat ke Mesyuarat Majlis Penuh PBT

    Langkah 10 : Urus setia Pusat Setempat akan memaklumkan kelulusan

    kepada pemohon

    Norma masa memproses permohonan secara serentak di bawah konsep

    BKJ, Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing serta Projek-projek

    Kerajaan ini adalah selama 92 hari (3 bulan 2 hari). Jika pemajuan yang

    dicadangkan terletak dalam kawasan yang mempunyai rancangan

    tempatan, norma masa memproses permohonan adalah selama 67 hari (2

    bulan 7 hari). Sila rujuk Rajah 1. Sebagai piagam, tempoh yang

    ditetapkan adalah 4 bulan.

    6.0  PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN SECARA SERANTAK DALAM

    TEMPOH 6 BULAN (BAGI PROJEK-PROJEK DI BAWAH KONSEP JKB) 

    Bagi pemaju yang memilih untuk melaksanakan projek di bawah konsep

    JKB, prosedur dan proses permohonan adalah masih sama. Walau

    bagaimanapun, hanya jangka masa memproses permohonan adalah lebih

    panjang berbanding dengan permohonan di bawah konsep BKJ.

    Proses permohonan secara serentak bagi projek-projek di bawah konsep

    JKB akan mengambil masa selama 142 hari (4 bulan 22 hari). Sila rujuk

    Rajah 2. Sebagai piagam, tempoh yang ditetapkan adalah 6 bulan. 

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    17/31

     

    13

    7.0 PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PELAKSANAAN PUSAT SETEMPAT

    Penubuhan Pusat Setempat merupakan salah satu inisiatif bagi menyokong

    pelaksanaan sistem halacara baru dalam memproses permohonan

    cadangan pemajuan secara serentak.

    Pusat Setempat yang terdahulu telah diperluaskan fungsinya daripada

    memproses permohonan pelan bangunan dan sijil layak menduduki

    sebagaimana skop tanggungjawab mereka yang terdahulu, kepada

    memproses permohonan pembangunan perihal tanah, kebenaran

    merancang, pelan bangunan dan juga pelan-pelan lain yang berkaitan

    serta menerima notis penyiapan berperingkat dalam sistem CCC dan

    laporan ketidakpatuhan CCC.

    Setelah 6 bulan pelaksanaan Pusat Setempat di semua PBT, beberapa isu

    pelaksanaan telah dikenal pasti. Ini termasuk:-

    i.  penambahan bilangan Ahli Majlis di dalam Mesyuarat Jawatankuasa

    Pusat Setempat dan kedudukan Ahli Majlis lain selain daripada 4

    orang Ahli Majlis yang telah dilantik;

    ii.  Jawatan bagi Timbalan Pengerusi di dalam Mesyuarat Jawatankuasa

    Pusat Setempat dan tiada peranan Setiausaha Majlis dalam

    Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat; dan

    iii.  Keperluan Menempatkan Wakil-Wakil Jabatan/Agensi Teknikal di

    Kaunter Pusat Setempat.

    Bagi menyelesaikan isu di atas, didapati Pusat Setempat di PBT mengambil

    langkah penyelesaian yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, Buku

    Panduan Edisi Kedua ini akan menerangkan perkara-perkara yang telah

    dibincang dan dipersetujui oleh semua pihak dari segi fungsi Pusat

    Setempat, fungsi dan organisasi Jawatankuasa Pusat Setempat, fungsi dan

    organisasi urus setia Pusat Setempat dan Pasukan Inpektorat dan Kualiti. .

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    18/31

     

    14

    7.1  Fungsi Pusat Setempat

    Fungsi Pusat Setempat sering dibincangkan oleh pelbagai pihak. Di dalam

    Buku Panduan Edisi Kedua, fungsi Pusat Setempat yang ditubuhkan di PBT

    telah ditetapkan seperti berikut:

    i.  Menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan

    permohonan-permohonan lain yang diterima oleh Pusat Setempat;

    ii.  Memaklumkan keputusan kelulusan permohonan cadangan

    pemajuan kepada pemohon;

    iii.  Membuat perakuan permohonan perihal tanah kepada Pejabat

    Tanah; dan

    iv.  Menyediakan pelaporan berkala.

    7.2 Fungsi Jawatankuasa Pusat Setempat

    Intipati kepada halacara baru memproses permohonan cadangan pemajuan

    adalah melalui ‘empowerment’  kepada Jawatankuasa Pusat Setempat.

    Jawatankuasa ini diperturunkan kuasa untuk menimbang dan membuat

    keputusan ke atas permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan,

    serta memaklumkan kelulusan perancangan dan parakuan terhadap

    permohonan serentak pecah sempadan dan tukar syarat serta permohonan

    penyerahan balik dan pemberimilikan semula kepada Pentadbir Tanah.

    Antara perkara yang ditambah dalam Buku Panduan Edisi Kedua ialah

    Jawatankuasa Pusat Setempat bukan sahaja perlu menimbang dan

    membuat keputusan terhadap permohonan kebenaran merancang dan

    pelan bangunan sahaja tetapi kepada pelan kerja tanah, pelankejuruteraan dan pelan-pelan lain yang berkaitan seperti pelan landskap,

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    19/31

     

    15

    pelan cadangan nama taman, pelan cadangan nama jalan, pelan sanitari,

    pelan konkrit tetulang dan sebagainya.

    Selain itu, Jawatankuasa Pusat Setempat juga perlu menimbang dan

    membuat keputusan ke atas permohonan lain yang

    dipertanggungjawabkan kepada Pusat Setempat. Contohnya: permohonan

    dan pengeluaran CFO; notis penyiapan berperingkat dalam sistem CCC;

    laporan ketidakpatuhan CCC; permohonan kelulusan pelan untuk

    pembinaan kecil atau pengubahan/tambahan kecil; dan permit untuk

    bangunan atau struktur sementara.

    Fungsi Jawatankuasa Pusat Setempat adalah seperti berikut:

    i.  menimbang dan membuat keputusan terhadap permohonan

    kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan kejuruteraan,

    pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit;

    ii.  membuat perakuan dan memaklumkan keputusan ke atas

    permohonan perihal tanah berhubung cadangan pemajuan di bawah

    peruntukan Kanun Tanah Negara; dan

    iii.  menimbang dan membuat keputusan terhadap permohonan-

    permohonan lain yang diletakkan di bawah tanggungjawab Pusat

    Setempat.

    7.3 

    Keahlian Jawatankuasa Pusat Setempat

    Kejayaan Pusat Setempat bukan sahaja bergantung kepada tempoh masa

    ia dapat memproses permohonan yang dikemukakan kepadanya, tetapi

    yang lebih penting adalah kewibawaannya dalam membuat keputusan

    terhadap permohonan-permohonan yang diterima. Oleh yang demikian,

    peranan Jawatankuasa Pusat Setempat adalah sangat penting.

    Tanggungjawab utama terletak kepada pengerusi Jawatankuasa ini dalam

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    20/31

     

    16

    menggerak, memandu arah serta menjamin kelancaran mesyuarat dan

    integriti keputusan mesyuarat. Isu keahlian Jawatankuasa Pusat Setempat

    telah banyak dibangkitkan sejak pelaksanaannya. Antaranya adalah isu

    pelantikan jawatan timbalan pengerusi dalam keadaan ketiadaan

    pengerusi. Dalam keadaan ini, Setiauasaha Majlis di PBT adalah

    dicadangkan sebagai timbalan pengerusi. Bagi tujuan pelantikan tersebut,

    pengerusi hendaklah terlebih dahulu melantik setiausaha Majlis sebagai

    ahli Jawatankuasa Pusat Setempat.

    Setelah dipertimbang dan diperhalusi, keahlian Jawatankuasa Pusat

    Setempat telah ditetapkan seperti berikut:

    KEAHLIAN JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT

    Pengerusi : Datuk Bandar/Yang Dipertua Majlis

    Setiausaha : Ketua Unit Pusat Setempat

    Ahli : Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri

    Pengarah Pejabat Tanah dan Galian/ Pentadbir Tanah

    DaerahPengarah Jabatan Kerja Raya

    Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran

    Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri

    Pengarah Jabatan Bekalan Air*

    Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad*

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia*

    Pengurus Besar Telekom Malaysia Berhad*

    Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan

    Pengarah Jabatan Perancangan Bandar PBT

    Pengarah Jabatan Kesihatan di PBT*

    Pengarah Jabatan Bangunan di PBT*

    Pengarah Jabatan Kejuruteraan di PBT*

    4 Orang Ahli Majlis

    Jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan akan dijemput

    dari semasa ke semasa, tertakluk kepada keperluan.

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    21/31

     

    17

    Yang Dipertua PBT hendaklah mengeluarkan surat pelantikan rasmi kepada

    semua ahli jawatankuasa/wakil tetap yang dilantik. Selain daripada empat

    orang Ahli Majlis yang dilantik sebagai ahli mesyuarat, dua orang Ahli

    Majlis boleh dijemput untuk turut hadir sebagai pemerhati dalam

    Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat. Dalam keadaan yang perlu

    Perunding/pemohon akan dijemput untuk pembentangan dari semasa ke

    semasa. 

    7.4  Fungsi Urus Setia Pusat Setempat

    Dalam Buku Panduan Edisi Kedua, tiada perubahan terhadap fungsi urus

    setia Pusat Setempat. Fungsi Urus setia Pusat Setempat adalah seperti

    berikut:

    i.  menerima dan menyemak permohonan cadangan pemajuan iaitu

    permohonan perihal tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan,

    pelan kerja tanah dan pelan-pelan lain yang berkaitan daripadapemohon;

    ii.  meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas atau

    syarat-syarat yang ditetapkan;

    iii.  membuat edaran dokumen-dokumen cadangan pemajuan kepada

    jabatan-jabatan yang berkenaan untuk diproses dan jabatan/agensi

    teknikal yang berkenaan untuk ulasan dan pandangan;

    iv.  memantau permohonan-permohonan yang telah diedar kepada

    jabatan/agensi teknikal;

    v.  memaklumkan kepada Jawatankuasa Pusat Setempat mengenai

    permohonan yang telah diterima;

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    22/31

     

    18

    vi.  mendapatkan maklum balas lanjut daripada jabatan/agensi teknikal,

    sekiranya terdapat isu dan masalah;

    vii.  mengumpul dan menyelaras kertas perakuan yang disediakan oleh

    Jabatan Perancang, Jabatan Bangunan dan Jabatan Kejuruteraan

    untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat;

    viii.  mengedarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat

    terhadap kelulusan kebenaran merancang dan pelan pra-

    perhitungan kepada Pentadbir Tanah bagi permohonan perihal

    tanah di bawah Kanun Tanah Negara;

    ix. bertindak sebagai urus setia mesyuarat yang menetapkan tarikh dan

    memastikan mesyuarat diadakan 2 kali sebulan dan menyediakan

    minit mesyuarat serta maklum balas untuk edaran;

    x. mengumpul kertas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat

    Setempat untuk dimaklumkan ke Mesyuarat Majlis Penuh PBT; dan

    xi.  mengedarkan keputusan rasmi kepada pemohon, pembantah dan

    jabatan/agensi teknikal.

    7.5  Organisasi Urus Setia Pusat Setempat

    Pusat Setempat ini adalah merupakan satu unit berasingan di bawah

    Jabatan Perancangan di PBT dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada

    Yang diPertua. Urus setia Pusat Setempat diketuai oleh Pegawai

    Perancang Bandar dan Desa dan disokong oleh pegawai teknikal daripada

    perancangan bandar, senibina dan kejuruteraan awam.Bagi PBT yang tidak

    mempunyai Pegawai Perancang Bandar J41 di Jabatan Perancang, Ketua

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    23/31

     

    19

    Unit Pusat Setempat juga perlu menjalankan tugas-tugas berkaitan

    perancangan.

    Dalam Buku Panduan Edisi Kedua ini, Pusat Setempat telah diketegorikan

    kepada 4 mengikut taraf majlis bandaraya, majlis perbandaran, majlis

    daerah dan majlis daerah yang kecil dan setiap kategori mempunyai

    struktur organisasi yang berlainan memandangkan beban kerja adalah

    berlainan. 4 kategori bagi struktur organisasi Urus setia Pusat Setempat

    tersebut adalah:

    i.  Kategori 1 adalah struktur organisasi urus setia pusat setempat bagi

    PBT bertaraf Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran (rujuk Rajah

    1);

    ii.  Kategori 2 adalah struktur organisasi urus setia pusat setempat bagi

    PBT bertaraf Majlis Perbandaran (rujuk Rajah 2);

    iii.  Kategori 3 adalah struktur organisasi urus setia pusat setempat bagi

    PBT bertaraf Majlis Daerah (rujuk Rajah 3);

    iv.  Kategori 4 adalah struktur organisasi urus setia pusat setempat bagi

    PBT bertaraf Majlis Daerah yang kecil (rujuk Rajah 4).

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    24/31

     

    20

    Rajah 1:

    Struktur Organisasi Urus Setia Pusat Setempat Bagi PBT Bertaraf

    Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran (Kategori 1)

    KETUA UNIT

    J48

    PEGAWAI PERANCANG BANDAR

    DAN DESA

    J41

    PEMBANTU TEKNIK

    (SENIBINA)J29

    PEMBANTU TADBIR

    N17

    JURUTEKNIK

    (AWAM)J17

    PEMBANTU AM RENDAH

    N1

    PENOLONG PEGAWAI

    PERANCANG BANDARJ29

    JURUTEKNIK

    (SENIBINA)J17

    JURUTEKNIK PERANCANG

    BANDAR

    J17

    PEMBANTU TEKNIK

    (AWAM)J29

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    25/31

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    26/31

     

    22

    Rajah 3:

    Struktur Organisasi Urus Setia Pusat Setempat Bagi PBT Bertaraf

    Majlis Daerah (Kategori 3)

    PEGAWAI PERANCANG BANDAR

    DAN DESAJ41

    PEMBANTU TEKNIK

    (AWAM)

    J 29

    PEMBANTU AM RENDAH

    N1

    PEMBANTU TADBIR

    N 17

    PEMBANTU TEKNIK

    (SENIBINA)J 29

    PENOLONG PEGAWAI

    PERANCANG BANDAR

    J 29

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    27/31

     

    23

    Rajah 4:

    Struktur Organisasi Urus Setia Pusat Setempat Bagi PBT Bertaraf

    Majlis Daerah Yang Kecil (Kategori 4)

    *Unit ini akan dibantu oleh Bahagian Perancang, Bahagian Bangunan dan BahagianKejuruteraan PBT berkenaan.

    PEGAWAI PERANCANG BANDAR

    DAN DESAJ41

    PENOLONG PEGAWAI

    PERANCANG BANDAR

    J29

    PEMBANTU TADBIR

    N17

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    28/31

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    29/31

     

    25

    8.0 KESIMPULAN

    Dalam halacara baru memproses permohonan cadangan pemajuan ini,

    kerjasama semua jabatan/agensi yang terlibat dalam membuat keputusan

    adalah penting. Penambahbaikan dan pindaan-pindaan yang dimuatkan

    dalam Buku Panduan Edisi Kedua ini bertujuan memperjelas,

    memperkemas dan memantapkan lagi aspek-aspek pelaksanaan Pusat

    Setempat serta prosedur dan proses halacara baru ini agar ia dapat

    dihayati oleh semua pihak yang terlibat.

    Semua lapisan pegawai yang terlibat perlu diberi latihan yang mencukupi

    agar mempunyai kefahaman tentang perjalanan halacara kerja yang baru

    ini. Ini adalah kerana nadi kelancaran sistem ini dipertanggungjawabkan

    kepada Pusat Setempat, maka tenaga kerja perlu diperkukuhkan dan

    ditambah mengikut keperluan. Maklumat yang meluas juga perlu diberi

    kepada pelanggan-pelanggan, terutamanya para perunding dan pemaju-

    pemaju supaya sama-sama menyumbang ke arah mempercepatkan proses

    kelulusan terutamanya dari segi mematuhi keperluan-keperluan syarat

    permohonan serta memastikan permohonan adalah lengkap dan berkualiti.

    Halacara baru bagi memproses permohonan cadangan pemajuan ini adalah

    amat diperlukan dan tepat pada masanya. Ini adalah bagi menjamin satu

    sistem penyampaian perkhidmatan awam yang menyeluruh, cepat serta

    seragam serta dapat diguna pakai oleh semua Pihak Berkuasa Negeri dan

    PBT di dalam pemajuan pembangunan tanah. Perkhidmatan yang diberi

    oleh pegawai-pegawai di Pusat Setempat dan juga oleh jabatan-jabatan

    teknikal harus cekap. Matlamat utama adalah ke arah memenuhi kepuasan

    pelanggan dan sentiasa peka kepada kehendak mereka. Perkhidmatan

    Pusat Setempat haruslah ke arah memudahcara dan mesra kepada

    pelanggan. Tatacara yang dikemukakan dalam buku panduan ini adalah

    sebagai panduan sahaja. Pegawai-pegawai Pusat Setempat dan pelaksana-pelaksana lain harus bijak menyesuaikannya mengikut keadaan dan

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    30/31

     

    26

    kehendak setempat dengan tujuan utama ke arah penyampaian

    perkhidmatan yang cekap, telus dan berhemah.

    Halacara baru ini selain memenuhi kehendak para pemaju/pelabur

    tempatan dalam mempergiatkan industri pembinaan dan sektor hartanah,

    ia juga adalah menepati hasrat kerajaan ke arah mempercepatkan

    prosedur kelulusan projek pembangunan. Di samping itu ianya bertujuan

    mengurangkan karenah birokrasi di dalam perkhidmatan awam bagi

    memperkukuhkan lagi daya saing negara di peringkat global untuk menarik

    lebih ramai pelabur asing.

    KI/WS/LYS

    F:\persidangan KPKT 13 apr\kertas kerja sistem penyampaian.doc

  • 8/18/2019 Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

    31/31