majlis konvokesyen ke- - penyampaian diploma lanjutan / diploma dan sijil - selingan - penyampaian...

Download Majlis Konvokesyen ke- - Penyampaian Diploma Lanjutan / Diploma dan Sijil - Selingan - Penyampaian Diploma

Post on 18-Jan-2021

1 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Majlis Konvokesyen ke-17

    Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

    9 - 10 Ogos 2015

    24 - 25 Syawal 1436H

    Dewan Serbaguna

    Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

  • Tertib Acara

    Sidang Pertama ( 9 Ogos 2015)

    8.00 pagi - Para jemputan mengambil tempat

    8.30 pagi - Perarakan masuk graduan

    9.00 pagi - Perarakan masuk Tetamu Kehormat diiringi Pengarah,

    Timbalan Pengarah (Akademik), Timbalan Pengarah

    (Sokongan Akademik), Ketua Jabatan dan Ketua Program

    - Bacaan Doa

    - Ucapan Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

    - Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat

    - Penyampaian Diploma Lanjutan / Diploma dan Sijil

    - Selingan

    - Penyampaian Diploma dan Sijil

    - Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik

    - Bersurai

    Sidang Kedua (9 Ogos 2015)

    2.15 petang - Para jemputan mengambil tempat

    2.30 petang - Perarakan masuk graduan

    2.45 petang - Perarakan masuk Tetamu Kehormat diiringi Pengarah,

    Timbalan Pengarah (Akademik), Timbalan Pengarah

    (Sokongan Akademik ), Ketua Jabatan dan Ketua Program

    - Bacaan Doa

    - Ucapan Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

    - Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat

    - Penyampaian Diploma Lanjutan/ Diploma dan Sijil

    - Selingan

    - Penyampaian Diploma dan Sijil

    - Bersurai

  • Tertib Acara

    Sidang Pertama ( 10 Ogos 2015)

    8.00 pagi - Para jemputan mengambil tempat

    8.30 pagi - Perarakan masuk graduan

    9.00 pagi - Perarakan masuk Tetamu Kehormat diiringi Pengarah,

    Timbalan Pengarah (Akademik), Timbalan Pengarah

    (Sokongan Akademik), Ketua Jabatan dan Ketua Program

    - Bacaan Doa

    - Ucapan Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

    - Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat

    - Penyampaian Diploma Lanjutan / Diploma dan Sijil

    - Selingan

    - Penyampaian Diploma dan Sijil

    - Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik

    - Bersurai

    Sidang Kedua ( 10 Ogos 2015)

    2.15 petang - Para jemputan mengambil tempat

    2.30 petang - Perarakan masuk graduan

    2.45 petang - Perarakan masuk Tetamu Kehormat diiringi Pengarah,

    Timbalan Pengarah (Akademik), Timbalan Pengarah

    (Sokongan Akademik ), Ketua Jabatan dan Ketua Program

    - Bacaan Doa

    - Ucapan Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

    - Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat

    - Penyampaian Diploma Lanjutan/ Diploma dan Sijil

    - Selingan

    - Penyampaian Diploma dan Sijil

    - Bersurai

  • Kata Alu-Aluan Ketua Pengarah

    Jabatan Pengajian Politeknik

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

    Bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita dapat meraikan para graduan

    di Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Kali Ke-17.

    Pertama sekali, syabas dan tahniah diucapkan kepada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz (PSA) kerana

    telah berjaya mengada Majlis Konvokesyen ini bagi meraikan para graduan yang menamatkan pengajian

    dengan jayanya dalam bidang pengkhususan masing-masing.

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi) menyaksikan bahawa kita perlu

    mendepani cabaran dalam menghadapi perkembangan pendidikan yang kian bertambah pesat. Kita juga

    bergerak di atas landasan Transformasi Politeknik yang baru tamat Fasa Kedua: Peningkatan. Tahun 2015

    merupakan bermulanya Fasa Ketiga: Pemerkasaan iaitu tahun penyediaan dan perencanaan semula

    inisiatif Transformasi Politeknik, dengan mengambil kira prestasi dan pencapaian sehingga kini.

    Oleh itu, para graduan seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi

    mempersiapkan diri sebagai graduan berinovasi tinggi selaras dengan keperluan industri dan membuktikan

    bahawa segala ilmu yang dicurahkan oleh tenaga pengajar tidak disia-siakan.

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga PSA yang bekerja keras dan

    komited dalam merealisasikan impian para graduan dan ibu bapa pada hari ini. Semoga PSA akan terus

    mencapai kecemerlangan dalam usaha menyumbang dalam melahirkan graduan bertaraf antarabangsa

    dengan kadar kebolehpasaran yang tinggi.

    Akhir kata, kepada para graduan, bertindaklah secara proaktif dan rancanglah perjalanan kerjaya anda

    sebaik mungkin. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang dicapai selama ini mampu menghasilkan masa

    hadapan yang lebih gemilang.

    Sekian, Selamat Maju Jaya.

    DATUK HAJI MOHLIS BIN JAAFAR

    Ketua Pengarah

    Jabatan Pendidikan Politeknik

    Kementerian Pendidikan Malaysia

  • Kata Alu-Aluan Pengarah

    Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera,

    Terlebih dahulu, marilah kita memanjat rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan

    izinNya dapat kita bersama lagi dalam Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

    (PSA) yang ke 17.

    Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada para graduan PSA yang

    telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang pengkhususan masing-masing. Hari ini merupakan

    hari yang bersejarah dalam kehidupan saudara saudari sekalian setelah penat bertungkus lumus

    mempelajari segala ilmu yang dicurahkan oleh para pensyarah dan kejayaan telah menjadi kenyataan.

    Tidak lupa juga, syabas diucapkan kepada ibu bapa yang tidak jemu menyokong dan berdoa untuk

    kecemerlangan anak masing-masing.

    Dalam memastikan kecemerlangan institusi, PSA sentiasa mengorak langkah seiring dengan keperluan

    semasa. PSA kini meneruskan kesinambungan daripada Pelan Strategik Negara (PSPTN) dengan

    mengorak langkah ke arah melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pengajian Tinggi

    (PPPM PT). Pelaksanaan PPPM PT ini bakal melahirkan graduan TVET berkualiti tinggi yang akan

    memenuhi keperluan industri. Sesuai dengan aspirasi negara sebagai negara maju, mampu melahirkan

    modal insan yang cemerlang dalam semua bidang yang diceburi.

    Kepada para graduan, teruskan semangat juang anda, dan buktikan bahawa anda adalah antara

    insan-insan terpilih yang telah mewarnai kegemilangan PSA. Diharapkan agar para graduan sekalian

    tidak cepat berpuas hati dengan ilmu yang diperolehi di bumi PSA. Teruskan perjuangan menimba ilmu

    ke peringkat yang lebih tinggi agar dapat menjadi warga yang berbakti kepada masyarakat, negara

    dan agama. Sekali lagi, tahniah dan syabas diucapkan kepada para graduan, ibubapa dan juga

    warga PSA atas kegigihan dan komitmen dalam menjayakan Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan

    Salahuddin Abdul Aziz Shah yang ke 17 ini.

    Tahniah dan Selamat Maju Jaya !

    HJ. KAMARUZAMAN BIN ISMAIL AMK

    Pengarah

    Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

  • Isi Kandungan

    Cokmar

    Visi, Misi, Dasar Kualiti dan Objektif

    Lagu

    Jawatankuasa Penasihat PSA

    Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PSA

    Ahli Lembaga Peperiksaan Dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik KPM

    Pengesahan Ahli Lembaga Peperiksaan Dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik KPM

    Statistik Graduan Konvokesyen ke 17

    Penerima Anugerah Kecemerlangan

    Senarai Graduan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM)

    Senarai Graduan Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)

    Senarai Graduan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)

    Senarai Graduan Jabatan Perdagangan (JPG)

    Jawatankuasa Induk Konvokesyen ke 17

    Penghargaan

  • Cokmar

    Konsep rekabentuk cokmar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul

    Aziz Shah (PSA) melambangkan simbol kebesaran PSA. Setiap

    elemen di dalam rekabentuk cokmar ini mempunyai maksudnya

    yang tersendiri.

    Cokmar PSA terdiri daripada tiga(3) bahagian utama:

    Kepala Cokmar Berbentuk glob kaca dan di dalamnya terdapat “emblem”

    Malaysia yang melambangkan PSA sebagai sebuah institusi

    pengajian tinggi yang telus dalam memberikan pendidikan. Glob

    di atas payung bermotifkan pucuk rebung kain songket

    melambangkan perlindungan kepada seluruh warga PSA.

    Badan Cokmar

    Mengandungi lambang PSA dan diselang selikan dengan

    lambang Kerajaan Negeri Selangor. Ini diikuti oleh ukiran 14

    tangkai padi di bawah Bunga Tanjung (lambang Negeri Selangor)

    sebagai peringatan kepada warga PSA supaya merendah diri

    walau telah berada di puncak kejayaan.

    Kaki Cokmar

    Terdiri daripada 6 batang buluh yang diikat sebagai