kaedah fiqh dalam sains teknologi dan kejuruteraan

27
Kaedah Fiqh Dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Normurni binti Mohamad Jabatan Pengajian Am Politeknik Banting

Upload: normurni-mohamad

Post on 20-Jun-2015

3.080 views

Category:

Education


10 download

DESCRIPTION

Membincangkan pengertian dan peranan kaedah Fiqh dalam sains dan teknologi dan kejuruteraan

TRANSCRIPT

Page 1: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Kaedah Fiqh Dalam Sains Teknologi Dan

Kejuruteraan

Normurni binti MohamadJabatan Pengajian Am

Politeknik Banting

Page 2: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Topik ini membincangkan pengertian dan peranan Kaedah Fiqh dalam sains teknologi dan kejuruteraan

Hasil Pembelajaran Kursus :

CLO 3 : Membincangkan prinsip syariah dan etika Islam dalam bidang Sains Teknologi dan Kejuruteraan

 

Page 3: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Objektif

4.1 Memahami Kaedah Fiqh dalam sains teknologi dan kejuruteraan

4.1.1 Menerangkan pengertian Kaedah Fiqh

4.1.2 Membincangkan peranan Kaedah Fiqh dalam sains teknologi dan kejuruteraan

4.1.3 Membincangkan konsep asas Kaedah Fiqh yang bertepatan dengan sains teknologi dan kejuruteraan

Page 4: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

4.1.1 Menerangkan pengertian Kaedah Fiqh

Page 5: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Definisi

• Tapak, asas rumah dan prinsip.

Kaedah

• suatu kefahaman

Fiqh

• Koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menyelesaikan isu-isu tertentu

Kaedah fiqh

Page 6: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

4.1.2 Membincangkan peranan Kaedah Fiqh dalam sains teknologi dan kejuruteraan

Page 7: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Peranan

• Kaedah fiqh menetapkan formula teras atau asas untuk digunapakai bagi menjadi rujukan sebelum memulakan penyelidikan.

Memudahkan pemahaman terhadap

hukum

• Kaedah-kaedah fiqh membantu dalam mengenalpasti isu berkaitan penyelidikan untuk diselesaikan agar mendapat rahmat dan berkat ilahi.

Membantu menyelesaikan persoalan yang

melibatkan isu-isu sains teknologi dan

kejuruteraan

Page 8: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

4.1.3 Membincangkan konsep asas Kaedah Fiqh yang bertepatan dengan sains teknologi dan kejuruteraan

Page 9: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Kaedah

ألمورابمقاصدها

ال اليقينيزال بالشك

المشقة تجلب التيسير

يزال الضرر

العادة محكمة

Page 10: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

1) Setiap sesuatu itu bergantung kepada tujuannya األمور بمقاصدها

Hadis riwayat Saidina Umar al-Khattab:

ا نوى ألانما ما امرء لكل وانما بالنيات عمال"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk kepada apa yang diniatkan".

Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati untuk melaksanakan sesuatu perkara

Page 11: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Fungsi disyariatkan niat

Membezakan ibadat dengan adat

Menahan diri dari makan kerana puasa atau menguruskan

badan

Menyembelih binatang untuk makan atau

ibadat korban

Membezakan ibadat dengan ibadat lain

Ibadat fardhu atau sunat

Memberikan wang sebagai sedekah atau

zakat

Page 12: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Amalan selain ibadat khusus, niat sangat diperlukan bagi tujuan mencapai status ibadat atau bernilai di sisi Allah SWT dengan memenuhi syarat-syarat berikut :

Kajian, rekaan dan penyelidikan hendaklah

bertujuan baik dan menepati syarak.

Contohnya: menghasilkan telefon

pintar yang boleh memudahkan dan membantu kerja

manusia.

Setiap perancangan dan pelaksanaan bagi

mencapai matlamat di atas hendaklah disusun

dengan baik dan menepati kualiti

syarak dan semasa.

Contohnya: menghasilkan sistem

pengurusan yang mampu menjadikan kerja tersusun dan

efektif.

Mendahulukan sesuatu yang terpenting

daripada yang penting sebagaimana yang

diminta oleh tujuan syariat.

Contohnya: menyelamatkan nyawa ramai manusia menjadi

keutamaan dalam menghasilkan kenderaan berbanding untuk tujuan

keuntungan.

Page 13: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

2) Keyakinan tidak boleh disingkirkan dengan syakاليقين ال يزال بالشك

Firman Allah SWT dalam surah Yunus : 36

“Dan kebanyakannya mereka tidak menurut melainkan suatu sangkaan sahaja. Pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak untuk menentukan sesuatu kebenaran”.

Keyakinan pada sesuatu perkara tidak boleh diubah kerana sesuatu keraguan. Kaedah fiqh menetapkan keyakinan yang dipegang oleh seseorang tidak boleh berubah dengan sewenang-wenangnya oleh gangguan syak atau keraguan yang tidak pasti status kebenarannya.

Page 14: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Pemakaian hukum Fiqh

Zann

Ghalabah al-

Zann

Yakin

Waham

Syak

Page 15: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Penerangan kaedah

Keyakinan mestilah berdasarkan sandaran atau sumber yang jelas dan tiada keraguan padanya.

keyakinan kepada ilmu yang dimiliki secara benar mampu menghasilkan keputusan dan tindakan yang benar dan penuh keyakinan.

segala usaha hendaklah memenuhi tujuan syariat iaitu untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia.

hasil kerja seharusnya dapat memberikan impak terbaik bagi keselesaan dan kesempurnaan hidup manusia.

Page 16: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

3) Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan المشقة تجلب التيسير

Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj : ayat 78

“Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama”.

Masaqqah atau kesukaran atau kesempitan yang dimaksudkan dalam kaedah ini adalah merujuk kepada beberapa keadaan kesukaran yang melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal.

Page 17: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Antara kesukaran yang boleh menjadi sebab berlakunya kemudahan dan keringanan

•Merujuk kepada kegilaan hingga siuman, kanak-kanak sehingga umur baligh dan orang yang tidur sehingga ia sedar.

Kekurangan

•Hilangnya kewarasan biasa sebagai seorang manusia

•Atau suatu keadaan tidak tahu perkara sebenar, namun diketahui selepas berlakunya sesuatu perkara tersebut.

Jahil

•Diberikan kemudahan untuk memilih kaedah lain untuk melunaskan kewajipan. Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk bertayammum kerana sakit yang boleh memudaratkan dirinya andai ia berwuduk.

Sakit

Page 18: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

•Seseorang yang bermusafir atas tujuan yang baik, dibenarkan untuk menyempurnakan kewajipan tertentu andai urusan musafir tersebut menimbulkan kesukaran baginya.

•Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk melakukan solat qasar dan jamak bagi menggantikan solat fardu secara penuh.

Musafir•Seseoran

g yang terlupa melaksanakan sesuatu ibadat atau apa jua perkara dianggap tidak menanggung apa-apa tanggungjawab.

•Contohnya tidak dianggap berdosa bagi seseorang yang puasa makan pada siang hari bila ia terlupa.

Kelupaan @ terlupa

•Paksaan yang diterima bagi melayakkan seseorang gugur memikul tanggungjawab dalam agama adalah untuk menyelamatkan agama, nyawa dan lain-lain maksud syariat.

Paksaan

•Suatu perkara yang telah diterima umum yang boleh dimaafkan bila berlakunya perkara tersebut.

•Contohnya percikkan tanah merah yang mengenai pakaian.

Umumul Balwa

Page 19: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Konsep Rukhsah (Kelonggaran) yang dibenarkan oleh syarak merangkumi perkara-perkara berikut :-

Pengguguran• Digugurkan sesuatu hukum atas sebab tertentu yang boleh

dianggap kesukaran. • Contohnya dibenarkan meninggalkan puasa ramadan disebabkan

kesakitan yang berat.

Pengurangan• Pengurangan dalam melaksanakan ibadat boleh berlaku apabila

kesukaran boleh mengganggu tujuan sesuatu perkara. • Contohnya dibenarkan mengurangkan solat fardu empat rakaat

menjadi dua rakaat sahaja.

Penggantian• Kesukaran bagi melakukan sesuatu ibadat atau kerja boleh

diganti dengan sesuatu yang lain.• Contohnya bertayyammum untuk menggantikan wuduk.

Page 20: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Pendahuluan• Seseorang dibenarkan untuk mendahulukan

sesuatu perkara pada masa hadapan atas sebab kesukaran yang tertentu.

• Contohnya solat asar dalam waktu zuhur atas sebab musafir.

Penangguhan atau melewatkan• Pengangguhan boleh dibuat dalam

melaksanakan ibadat apabila ia diperlukan untuk mengelakkan kesukaran.

• Contohnya melaksanaka solat zohur dalam waktu asar atas sebab bermusafir.

Page 21: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Penerangan kaedah

Sebarang kesukaran yang berlaku dalam proses penyelidikan hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat yang membolehkan rukhsah terpakai.

Pertimbangan untuk mencipta sesuatu bagi kepentingan manusia haruslah menjadi keutamaan untuk menggunapakai konsep rukhsah.

Kaedah ini digunakan apabila sesuatu tujuan yang sangat diperlukan oleh manusia di dunia terhalang oleh sesuatu kesukaran atau kepayahan.

Page 22: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Kebenaran untuk menggunakan segala rukhsah adalah berkuatkuasa selama mana kesukaran tersebut masih berlaku.

Kaedah ini bukan diambil mudah untuk menghalalkan segala bentuk rukhsah sebelum pelbagai pilihan lain diuji bagi mengelak atau mengatasi kesukaran tersebut.

Pemakaian kaedah ini tiada had dan sempadan waktu. Keutamaan diberikan kepada kes-kes yang boleh memudaratkan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta manusia.

Page 23: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

4) Kemudaratan Hendaklah Dihilangkanالضرر يزال

Hadis Rasulullah SAW oleh Imam Suyuti

“Tidak dibenarkan melakukan kemudaratan dan membalas sesuatu dengan kemudaratan”.

Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi tercapainya kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, maruah, keturunan, akal dan harta.

Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa kepada kemudaratan samada kepada diri, orang lain dan alam sekitar. Dalam masa yang sama, Islam melarang tindak balas kepada sesuatu tindakan daripada pihak lain yang boleh memberikan kemudaratan.

Page 24: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Penerangan Kaedah

kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang setaraf dengannya Penggunaan arak samada untuk diminum atau dimakan atau digunakan atas alasan

biasa masih dihukumkan haram. Namun jika digunakan untuk menjadi penawar terbaik setelah gagalnya ubatan yang lain, maka penggunaan itu dibenarkan.

membenarkan sesuatu yang asalnya terlarang atau haram untuk dilaksanakan atau digunakan.

Contohnya keharusan doktor lelaki memandang aurat wanita sekadar yang perlu

Menolak kerosakan menjadi keutamaan daripada mengambil kebaikan (mendahulukan tujuan menyingkirkan kemudaratan

berbanding kebaikan).

Page 25: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

5) Adat Dijadikan Sebagai Rujukan Hukumالعادة محكمة

Adat : sesuatu yang sudah menjadi satu kelaziman dilakukan oleh manusia.

Uruf : sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarakat hingga menjadi amalan kebiasaan.

Kaedah ini memberi maksud adat dan uruf boleh dijadikan rujukan bagi menetapkan sesuatu hukum bagi satu-satu isu atau kes dengan syarat ketiadaan nas syarak dalam permasalahan tersebut. Andai terdapat nas syarak, maka penggunaan kaedah ini akan terbatal.

Page 26: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Pembahagian Adat/Uruf

Adat Am

• kebiasaan yang diterima umum• Contohnya sembahyang merujuk kepada solat

bukan bermaksud yang lain seperti yang difahami oleh agama lain.

Adat Khusus

• sesuatu yang terpakai dan difahami oleh sesetengah masyarakat atau negeri atau di kalangan golongan tertentu.

• Contohnya kesarjanaan merujuk kepada kepandaian dan kecendekiawan seseorang.

Adat Sahih

• Sesuatu adat yang tidak bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat

• Contohnya pemberian hantaran dalam majlis perkahwinan tidak termasuk dalam mas kahwin.

Adat Fasid @ Rosak

• Sesuatu adat yang berlawanan atau bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat.

• Contohnya menjual barang secara bertangguh melebihi daripada bayaran secara tunai.

Page 27: KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Penerangan Kaedah

Asas pertimbangan utama untuk menerima adat sebagai rujukan hukum ialah mencegah berlakunya kemudaratan melebihi daripada menarik kemaslahatan untuk manusia.

Syarat utama ‘Uruf atau Adat diterima ialah :-Uruf tersebut menjadi satu amalan kebiasaan atau satu budaya yang diamalkan secara berskala besar oleh masyarakat, konsisten dan tidak mudah berubah-ubah dalam tempoh yang singkat. Contohnya amalan membaca Yasin setiap malam jumaat.Hendaklah amalan yang dikatakan sebagai adat tersebut tidak bercanggah dengan nas syarak atau mana-mana prinsip syariat yang putus [Qat’i]