kepimpinan berorientasikan nilai oleh mahathir-soeharto value-oriented leadership by...

19
78 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2018) Kepimpinan Berorientasikan Nilai Oleh Mahathir-Soeharto Value-Oriented Leadership By Mahathir-Soeharto Lutfan Jaes 1 , Shahidah Hamzah 2 , Abdul Rahman Abdul Aziz 3 ABSTRAK Selepas tamat Perang Dingin, ahli sains politik meramalkan bahawa “peperangan” berikutnya merupakan peperangan peradaban yang merupakan nilai tertinggi dalam satu-satu budaya. Sumber konflik di pasca-Perang Dingin bukanlah kerana ekonomi, ideologi atau kepentingan negara-bangsa tetapi adalah berkaitan dengan persaingan identiti sesuatu peradaban. Oleh yang demikian, kajian cuba menelusuri gaya kepimpinan Mahathir dan Soeharto yang telah berjaya menggerakkan agenda pembangunan dinamik dengan sentuhan istimewa nilai budaya tempatan. Kajian satu (1) penggal pemerintahan mereka dijalankan bagi mengkaji gaya kepimpinan, sumber nilai budaya tempatan dan “set nilai” yang mereka gunakan untuk menggerakkan agenda pembangunan. Analisis kandungan digunakan bagi mengkaji himpunan teks dan kandungan “Ucapan Tahun Baru”, “Ucapan Kemerdekaan” dan “Ucapan Parti”. Ia dimulakan dengan mengenal pasti kecenderungan pada rangkaian teks. Kemudian setiap “perenggan teks” dikelompokkan kepada “Dimensi Nilai” yang telah ditetapkan. Analisis ke atas “perenggan teks” dilakukan (sekali lagi) secara teliti bagi memahami maksud sebenar serta mengenal pasti nilai-nilai khusus yang ingin disampaikan. Kajian ini mendapati bahawa Mahathir meletakkan rangkaian ucapan parti sebagai rangkaian teks utama. Manakala Soeharto pula menjadikan rangkaian ucapan kemerdekaan (Pidato Kenegaraan) sebagai pilihan utama. Dimensi nilai ”Etika Kerja” pula merupakan dimensi dominan bagi Mahathir manakala dimensi nilai ”Berorientasikan Kuasa” mendominasi nilai Soeharto. Kesimpulannya, pemimpin dengan agenda pembangunan dinamik yang di perkasa dengan sikap yang betul dan penghayatan nilai masyarakat menjadi aspek terpenting kejayaan. Ia dapat dilakukan dengan pemugaran nilai budaya tempatan yang menjadi faktor penggerak kemajuan signifikan kepada kelestarian pembangunan rantau ini. Dicadangkan agar kajian seumpama ini diperluas pula kepada penggal-penggal pemerintahan mereka yang lain bagi menyokong dapatan yang sedia ada atau menghasilkan penemuan-penemuan baru yang menarik. Kata Kunci : Mahathir, Soeharto, Nilai budaya tempatan, Pembangunan 1 Lutfan Jaes, PhD (Pentadbiran Awam), UTHM, [email protected] 2 Shahidah Hamzah, PhD (Teknologi Sosial), UTHM, [email protected] 3 Abdul Rahman Abdul Aziz, PhD (Sosiologi Pembangunan), UUM, [email protected]

Upload: dangtu

Post on 28-Mar-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

78

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Kepimpinan Berorientasikan Nilai Oleh Mahathir-Soeharto

Value-Oriented Leadership By Mahathir-Soeharto

Lutfan Jaes1, Shahidah Hamzah2, Abdul Rahman Abdul Aziz3

ABSTRAK

Selepas tamat Perang Dingin, ahli sains politik meramalkan bahawa “peperangan”

berikutnya merupakan peperangan peradaban yang merupakan nilai tertinggi dalam

satu-satu budaya. Sumber konflik di pasca-Perang Dingin bukanlah kerana ekonomi,

ideologi atau kepentingan negara-bangsa tetapi adalah berkaitan dengan persaingan

identiti sesuatu peradaban. Oleh yang demikian, kajian cuba menelusuri gaya

kepimpinan Mahathir dan Soeharto yang telah berjaya menggerakkan agenda

pembangunan dinamik dengan sentuhan istimewa nilai budaya tempatan. Kajian satu (1)

penggal pemerintahan mereka dijalankan bagi mengkaji gaya kepimpinan, sumber nilai

budaya tempatan dan “set nilai” yang mereka gunakan untuk menggerakkan agenda

pembangunan. Analisis kandungan digunakan bagi mengkaji himpunan teks dan

kandungan “Ucapan Tahun Baru”, “Ucapan Kemerdekaan” dan “Ucapan Parti”. Ia

dimulakan dengan mengenal pasti kecenderungan pada rangkaian teks. Kemudian setiap

“perenggan teks” dikelompokkan kepada “Dimensi Nilai” yang telah ditetapkan.

Analisis ke atas “perenggan teks” dilakukan (sekali lagi) secara teliti bagi memahami

maksud sebenar serta mengenal pasti nilai-nilai khusus yang ingin disampaikan. Kajian

ini mendapati bahawa Mahathir meletakkan rangkaian ucapan parti sebagai rangkaian

teks utama. Manakala Soeharto pula menjadikan rangkaian ucapan kemerdekaan

(Pidato Kenegaraan) sebagai pilihan utama. Dimensi nilai ”Etika Kerja” pula

merupakan dimensi dominan bagi Mahathir manakala dimensi nilai ”Berorientasikan

Kuasa” mendominasi nilai Soeharto. Kesimpulannya, pemimpin dengan agenda

pembangunan dinamik yang di perkasa dengan sikap yang betul dan penghayatan nilai

masyarakat menjadi aspek terpenting kejayaan. Ia dapat dilakukan dengan pemugaran

nilai budaya tempatan yang menjadi faktor penggerak kemajuan signifikan kepada

kelestarian pembangunan rantau ini. Dicadangkan agar kajian seumpama ini diperluas

pula kepada penggal-penggal pemerintahan mereka yang lain bagi menyokong dapatan

yang sedia ada atau menghasilkan penemuan-penemuan baru yang menarik.

Kata Kunci : Mahathir, Soeharto, Nilai budaya tempatan, Pembangunan

1 Lutfan Jaes, PhD (Pentadbiran Awam), UTHM, [email protected] 2 Shahidah Hamzah, PhD (Teknologi Sosial), UTHM, [email protected] 3 Abdul Rahman Abdul Aziz, PhD (Sosiologi Pembangunan), UUM, [email protected]

79

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

ABSTRACT

After the end of the Cold War, political scientists predicted that the next "battle" was the

civilization battle. The source of conflict in the post-Cold War is related to the identity of

a civilization. Therefore, the study attempts to trace the style of Mahathir and Soeharto's

leadership that has successfully mobilized the development agenda with a special touch

of local wisdom. Their single (1) term of their rulings was conducted to examine

leadership characters, sources of local value and set of values which have been adopted

towards materializing developmental agenda. Content analysis method was extensively

used to study texts and contents of “New Yew Speech”, “Nationhood Speech” and “Party

Speech”. Initially, the research focused on the tendencies in each series of speeches.

Then, each “quotation” in every paragraph was used as unit of analysis based on

“Values Dimension” that had been predetermined. Efforts were taken to comprehend the

true meaning of a text and subsequently identified “Derived Values” that were tried to be

imparted. The study found that Mahathir placed the “Party's Speech” as a major textual

network. Meanwhile, Soeharto made the “Nationhood Speech” as the main choice. The

dimension of "Work Ethics" value is also a dominant dimension for Mahathir while the

"Power-Oriented" dimension dominates the value of Soeharto. In conclusion, leaders

with dynamic agenda of development, enhanced with right attitudes and deep

understanding of societal values emerged as crucially important success factor. This

could be carried out by revitalizing cultural values and local wisdom that will spur

significant development towards sustainable development of the region. This study also

recommends that subsequent research can be expended to other terms of their rulings to

support the existing findings and may lead to other new interesting findings.

Keywords: Mahathir, Soeharto, local wisdom, Asian values, development

Pengenalan

Penulisan kajian ini bertitik tolak dari agenda pemimpin dan kepimpinan yang menerajui

pembangunan negara serta masyarakat dengan berorientasikan nilai. Aspek

“pembangunan” merupakan konsep yang berpengaruh dan begitu signifikan kepada

banyak negara-negara baru merdeka pasca Perang Dunia Ke 2. Maka “pembangunan”

menjadi slogan kepada satu rancangan perubahan ekonomi dan sosial besar-besaran

untuk tujuan pemodenan. Antara mekanisme utama ke arah usaha ini ialah agenda

pembangunan dinamik seorang pemimpin yang di perkasa dengan sikap dan nilai yang

betul. Sehubungan dengan itu penulisan ini mengusahakan kajian perbandingan dua (2)

orang pemimpin serumpun yang telah menggunakan falsafah nilai budaya setempat

dalam mengurus pembangunan negara masing-masing.

Satu kajian yang dijalankan di Malaysia oleh Noor (1999) mendapati, pengaruh

Islam dalam kerangka nilai masyarakat Malaysia (Melayu terutamanya) paling besar

berbanding negara lain di Asia termasuk Indonesia. Di Indonesia, elemen Pancasila

adalah berasaskan kepada budaya Jawa yang kemudiannya diharmonikan dengan nilai-

80

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

nilai Islam berbanding Malaysia yang mendahulukan nilai-nilai Islam sebelum budaya

(Zurina Mahadi & Hukil Sino, 2007). Ini memberikan gambaran bahawa Mahathir di

Malaysia dan Soeharto di Indonesia masing-masing melaksanakan nilai budaya setempat

dalam kejayaan pembangunan.

Di Malaysia, peranan agama Islam dilihat sangat penting oleh Mahathir dalam

mempengaruhi masyarakatnya. Nasionalisme Malaysia pada asasnya adalah berteraskan

Islam. Masa depan ekonomi Malaysia adalah sangat bergantung kepada aspek-aspek

produktif seperti pragmatis, rajin, kadar tabungan yang tinggi dan berorientasikan

pencapaian. Manakala di Indonesia, nilai-nilai jawa yang terterap dalam kepimpinan

Soeharto tidak menjadi satu hal yang besar kerana kebanyakan nilai serta prinsip Jawa

mahupun nilai suku-suku yang lain itu diterima umum sebagai satu nilai sejagat di

peringkat budaya Timur amnya dan di Indonesia khasnya. Malah tindakan-tindakan

Mahathir dan Soeharto di sepanjang pemerintahan mereka mendapat kepercayaan negara-

negara luar sekali gus mendapat kerjasama dan bantuan pembangunan sewajarnya.

Peluang tersebut digunakan sebaik mungkin untuk pembangunan Malaysia dan Indonesia

yang lebih gemilang.

Kesimpulan awalnya ialah terdapat pandangan alternatif yang berpendapat

bahawa berlakunya proses “Asianisasi Semula” (Asianization) khususnya di sebelah Asia

Timur. Ia adalah satu usaha percubaan “penjenamaan semula” nilai-nilai tradisi seperti

nilai Melayu Islam, Nilai Konfusius serta Nilai Jawa yang membentuk nilai serumpun

yang dipanggil “nilai Asia”. Nilai-nilai ini digerakkan oleh kepimpinan masing-masing di

Asia seperti Mahathir dan Soeharto dalam menerajui proses pembangunan negara.

Permasalahan Kajian

Pertumbuhan ekonomi sering kali menjadi prasyarat kepada pembangunan sesebuah

negara. Isu kemiskinan masih merupakan isu penting dan diusahakan di kebanyakan

negara membangun. Namun bagi negara-negara bekas jajahan yang agak ke hadapan

seperti Malaysia dan Indonesia, suatu transformasi nasional sedang diusahakan bagi

menyerap tekanan dan kesan globalisasi. Usaha ke arah negara berpendapatan tinggi

menjadi tumpuan utama selari dengan kehendak rakyat yang lebih realistik. Dalam

banyak perbincangan ilmiah, globalisasi (khususnya ekonomi) membawa lebih banyak

“ancaman” berbanding “peluang”. Walaupun petunjuk pemulihan ekonomi dan data

Keluaran Negara Kasar (KNK) memperlihatkan tanda-tanda positif namun ia tidak

diterjemahkan dengan kuasa beli rakyat.

Maka pemimpin politik atau kerajaan yang pintar serta berkemampuan perlu

dipilih dan menjalankan amanah dan tanggungjawab berkesan. Pemimpin sepatutnya

memiliki gagasan ilmu, pemikiran yang mantap dalam menjayakan visi untuk mencapai

matlamat bagi meningkatkan norma-norma kemanusiaan, nilai-nilai kerohanian dan

kemudahan prasarana dalam era kepemimpinan mereka. Ramai pengkaji menyatakan

nilai budaya dalam konteks pembangunan adalah sesuatu yang diberi keutamaan dalam

81

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

kehidupan kerana di situlah tumpuan usaha dilakukan (Ahmad Fawzi dan Abdul Rahman,

2002).

Dalam hal tersebut penulisan ini cuba membuktikan bahawa nilai yang betul

menjadi elemen terpenting kepada pemimpin dalam usaha menuju kesejahteraan

pembangunan negara dan masyarakat. Pembangunan yang dilaksanakan oleh sebuah

negara tidak boleh terlepas dari corak budaya yang diamalkan. Nilai-nilai yang berakar

umbi dari budaya tempatan (local wisdom) sosiobudaya yang diwarisi oleh masyarakat

sebuah negara mendefinisikan bentuk pembangunan yang dirancangkan. Dalam

penulisan ini Mahathir dan Soeharto masing-masing berjaya menggerakkan tindakan-

tindakan pragmatik dengan gaya kepimpinan dan penerapan nilai berkesan. Mereka

mengambil semangat demokrasi barat namun pelaksanaannya cukup terbatas mengikut

acuan sendiri. Kedua-duanya membawa masyarakat berkembang maju dari satu tahap ke

satu tahap yang sukar ditandingi oleh mana-mana pemimpin sezaman nya mahupun pada

masa kini.

Maka penulisan ini adalah untuk cuba menjawab persoalan berikut

i. Apakah Dimensi Nilai yang digunakan Mahathir dan Soeharto dalam

menggerakkan pembangunan?

ii. Apakah Nilai Terbitan yang digunakan Mahathir dan Soeharto dalam

menggerakkan pembangunan?

Sorotan Karya – Nilai dan Pembangunan

Nilai budaya dan pembangunan adalah dua (2) wacana yang saling berkaitan dalam

kehidupan manusia. Nilai merupakan dimensi yang amat relevan dengan sikap dan

amalan masyarakat dan ini menjadikannya amat penting dalam proses pembangunan.

Manakala pembangunan merupakan satu proses yang berterusan untuk meningkatkan

kualiti dan membangunkan kehidupan dalam masyarakat. Pembangunan juga adalah

proses berterusan yang mencakupi berbagai-bagai dimensi ke arah perubahan sosial yang

lebih baik daripada sebelumnya. Oleh itu, perubahan sosial yang berlaku merupakan

transformasi budaya dan institusi sosial yang terhasil dalam jangka masa berterusan

(Rahimah dan Mohamed Yusoff, 2000).

Nilai mempunyai peranan yang besar bagi menjayakan proses dan tindakan dalam

pembangunan sesebuah masyarakat termasuk negara. Ini menunjukkan bahawa nilai akan

memberi fokus yang lebih jelas terhadap matlamat yang hendak dicapai dalam

pembangunan. Mahathir menegaskan bahawa,

“Kita harus sedar akan betapa pentingnya, kita mengamalkan nilai-

nilai dan cara-cara yang boleh menjayakan kita”. Berjaya atau

tidaknya seseorang, atau sesuatu kaum, atau bangsa, bergantung

kepada sifat-sifat yang ada kepada individu, kaum, ataupun bangsa itu.

Jika pihak-pihak ini tidak rajin, tidak jujur, tidak mempunyai

82

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

pandangan yang jauh, tidak tertib dan tidak mempunyai etika yang

mulia, mereka tetap akan gagal”

(Zainul Ariff, 2002).

Nilai adalah titik tolak kepada perubahan yang hendak dilakukan dalam masyarakat. Ini

menunjukkan bahawa nilai yang bersesuaian dengan kemajuan hendaklah dipupuk dan

dipertahankan supaya dapat membantu menjayakan agenda pembangunan pada masa

depan. Justeru, nilai merupakan perkara asas yang akan memastikan sesuatu perubahan

berlaku dalam sesebuah komuniti atau masyarakat.

Oleh yang demikian, nilai yang bersandarkan budaya tempatan mampu

membentuk dan menjustifikasikan kepercayaan, tindakan serta matlamat individu dan

kumpulan. Ia juga mengatur dan mendasari norma dan amalan harian institusi nilai

budaya sesebuah masyarakat. Penekanan kepada nilai budaya kompetitif menuju

kejayaan pula akan menggalakkan sistem ekonomi yang kompetitif, konfrontasi sistem

undang-undang, dan amalan tekanan terhadap kanak-kanak untuk mencapai kejayaan

(Schwartz, 2006).

Sehubungan dengan itu idealisme ke pemerintahan yang berasaskan nilai dan

budaya dikatakan menjadi tunjang kepada gaya kepimpinan Mahathir dan Soeharto.

Kepentingan sistem nilai budaya ini diterjemahkan melalui fikiran, ucapan dan tindakan

masing-masing dengan cara dan gaya yang berbeza-beza.

Vatikiotis (1996) dalam Hilley (2008) menyatakan:

Kesemua ideologi politik moden yang didukung oleh negara Asia

Tenggara sezaman, adalah berasaskan tradisi tetapi memperlihatkan

dirinya sebagai moden, dan berfikir ke arah masa hadapan. Pancasila

di Indonesia, Prinsip Asas di Singapura dan Rukun Negara di

Malaysia, kesemuanya menyokong prinsip masyarakat awam Barat

seperti kebebasan, keadilan dan kehormatan manusia. Ia juga

menekankan tradisi dan juga masyarakat kolektif: keperluan untuk

bersikap toleransi, kesedaran komuniti yang teguh, disiplin bersama,

menghormati pemimpin dan kerohanian.

Oleh yang demikian, aplikasi nilai yang bersandarkan budaya tempatan dalam kerja-kerja

pembangunan seseorang pemimpin sememangnya tidak boleh di pisahkan. Tanpa acuan

nilai yang kompetitif, pembangunan negara akan menjadi tidak jelas dan tiada arah.

Dalam banyak situasi, pembangunan dan estetika negara yang mapan tidak dapat

dipertahankan. Terjemahan inilah yang menggambarkan keperluan budaya tempatan

setiap masyarakat dalam menerajui pembangunan.

Dalam melakukan kajian ini, penulisan telah merujuk kepada satu kajian

empirikal yang dilakukan oleh So Young Kim bertajuk Do Asian Values Exist? Empirical

Tests of the Four Dimension of Asian Values di dalam Journal of East Asian Studies 10

(2010). Beliau menyatakan bahawa terdapat empat (4) dimensi nilai dalam konteks Nilai

Asia (Asian Values) yang sering di perkatakan iaitu,

83

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

i) Dimensi Nilai Kekeluargaan (Familism),

ii) Dimensi Nilai Perkauman dan Kemasyarakatan (Communalism/

Communitarianism),

iii) Dimensi Nilai Berorientasikan Kuasa (Authority Orientation),

iv) Dimensi Nilai Etika Kerja (Work Ethic).

Nilai dan Pembangunan Cita Sempurna

Syed Hussein Alatas (2000) dalam satu kertas kerjanya di Seminar Kebangsaan Falsafah

dan Peradaban di Alaf 21 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyimpulkan

lima (5) syarat untuk memenuhi sebuah konsep “pembangunan”. Ciri pertama

pembangunan hendaklah mengandungi sifat insaniah (kemanusiaan). Manusia ingin

mengubah keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik pada fikirannya. Unsur

insaniah jauh lebih besar dan lebih ragamnya pada masa kini berbanding pada masa yang

lepas. Manakala ciri kedua setiap pembangunan dalam masyarakat ialah mesti

dilaksanakan oleh pemimpin yang jujur. Pimpinan yang jujur akan menganggap

pembangunan sebagai matlamat manakala pemimpin tidak jujur akan memperalatkan

kekuasaan untuk kepentingan masing-masing atau golongan tertentu sahaja.

Seterusnya ciri ketiga yang digariskan ialah tentang kefahaman dan kesedaran

pembangunan itu sendiri oleh masyarakat. Pembangunan akan terjejas sekiranya “jiwa”

pembangunan tidak wujud di kalangan masyarakat itu sendiri. Ciri keempat, setiap usaha

pembangunan mesti didasarkan kepada ilmu. Tidak ada pembangunan tanpa ilmu dalam

sebarang lapangan sekalipun.

Akhir sekali ciri kelima yang paling kurang/tidak dibincangkan oleh pelopor-

pelopor pembangunan menurut Syed Hussein Alatas ialah pembangunan yang

memerlukan unsur estetika. Sebagai contoh, pembangunan di Eropah dan Jepun begitu

mementingkan sifat estetika. Mereka membangunkan taman bunga, bangunan yang

mempunyai sifat estetik dan organisasi serta peraturan yang teliti. Malah dalam sejarah

Islam umum mengetahui bahawa raja Islam menyelenggarakan pembinaan taman untuk

rakyat dan membina berbagai-bagai tempat berteduh yang ditumbuhi pokok. Bangunan

yang dibina dihiasi dengan ukiran-ukiran seni. Semua ini merupakan nilai estetik dengan

unsur teknologi yang sangat penting.

Oleh yang demikian, selain daripada mengusahakan persoalan kajian utama di

atas, penulisan ini juga mencuba secara tidak langsung mengenal pasti adakah ciri dan

syarat pembangunan seperti yang digariskan oleh Syed Hussein Alatas (2000) dengan

artikel bertajuk “Pembangunan dan Cita Sempurna” terdapat pada kepimpinan Mahathir

dan Soeharto.

Sistem Nilai Asas Mahathir dan Soeharto

Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ke 4 dilahirkan pada 20

Disember 1925 di Seberang Perak, Alor Setar Kedah. Beliau merupakan anak bongsu

84

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

daripada sembilan orang adik beradik. Mahathir menggambarkan kehidupan awalnya

seperti berikut;

“Keluarga saya merupakan golongan kelas menengah rendah dan kami

hidup di kawasan yang dikenali sebagai kawasan setinggan pada hari

ini. Bapa saya bekerja sebagai seorang guru sekolah dan kemudiannya

sebagai seorang juruaudit kerajaan. Beliau mengasuh keluarganya

menjadi cukup ortodoks, cukup berdisiplin dan cukup mementingkan

pendidikan”

(Mahathir, 1999)

Ibu beliau menekankan aspek ajaran Islam sejak kecil. Mahathir mempelajari

agama dan Al-Quran dari ibunya sendiri dan guru agama di sekolah. Beliau mengakui

bahawa ibunya telah membentuk peribadinya dengan mengajar nilai-nilai yang selama ini

beliau pertahankan seperti bersikap sederhana dan tidak mengangkat diri sendiri.

Mahathir mendapat didikan awal (1932) selama dua tahun di Sekolah Melayu sebelum

meneruskan pelajaran di sebuah sekolah Inggeris kerajaan yang kini dikenali sebagai

Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau sering berada dengan buku-bukunya dan penguasaan

Bahasa Inggeris nya sangat baik. Di samping itu beliau mempunyai pengetahuan am yang

tinggi kerana di rumahnya banyak buku dan akhbar (Zahidi Zainol Rashid, 1999).

Pengalaman berniaga nya bermula ketika meletusnya Peperangan Dunia Kedua

(1941-1945). Beliau terpaksa berhenti sekolah dan menjual nasi serta kari bersama rakan-

rakan di kantin pejabat Kerajaan yang menjadi markas kempeitai Jepun. Beliau turut

memulakan perniagaan menjual air halia dan kuih muih, buah-buahan dan hasil kraf

tangan di Pekan Rabu, Alor Setar. Beberapa nilai penting dipelajarinya sepanjang tempoh

ini dan ia diterjemahkan dalam bukunya The Malay Dilemma dan Panduan Peniaga

Kecil. Apabila perang tamat, Mahathir menyambung semula pelajarannya sehingga

memperoleh Cambridge School Certificate. Beliau ditawarkan biasiswa bagi jurusan

perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura dan memperoleh ijazah pada

tahun 1953. Sistem pendidikan aliran Inggeris ini memberi ruang kepada beliau untuk

mengetahui dan memahami situasi semasa dan pegangan British ketika itu. Di samping

itu, pendedahan beliau dalam bidang kepimpinan dan penulisan bermula sejak di alam

persekolahan. Dalam hal ini, Mahathir melalui satu permulaan hidup yang baik iaitu

sebuah keluarga yang kukuh, pendidikan yang mantap dan asas agama yang kuat. Asas

agama yang kuat merupakan satu faktor yang penting bagi orang Melayu tradisional

dalam mendidik anak-anak mereka walaupun mereka mendapat sistem pendidikan

Inggeris ketika itu (Rumaizuddin, 2011).

Manakala seorang pemimpin serumpun di Indonesia iaitu Soeharto (Presiden

Indoensia ke 2) dilahirkan pada 8 Jun 1921 di Kemusuk, Argomulyo, Yogyakarta. Beliau menerima pelbagai jenis asuhan dari sanak saudara dalam keluarga besar berbudaya

Jawa. Kehidupan tani telah mendedahkannya kepada pengalaman dan nilai pertama

dalam kehidupan. Manakala pendidikan agama yang kukuh turut dibekalkan di sepanjang

kehidupannya. Ketika beliau dibesarkan bersama pak cik dan makcik nya, beliau dilayan

sebagai “anak sulung” yang perlu bertanggungjawab dalam segala hal.

85

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Setelah berusia 14 tahun, Soeharto kembali ke kampung asalnya, Kemusuk untuk

melanjutkan pelajaran Sekolah Menengah Pertama (SMP) Muhammadiyah di

Yogyakarta. Kerjaya tenteranya bermula pada pada 1 Jun 1940 apabila diterima sebagai

siswa di sekolah militer di Gombong, Jawa Tengah. Setelah enam bulan menjalani latihan

asas, beliau tamat daripada sekolah tentera sebagai lulusan terbaik (pelatih teladan)

dengan pangkat koperal. Beliau secara rasmi menjadi anggota Tentera Nasional Indonesia pada 5 Oktober 1945. Dalam hal ini secara jelas pengalaman Soeharto sangat dekat

dengan elemen seorang petani dan tentera.

Namun nilai paling awal yang mendasari kehidupan beliau adalah nilai dalam

keluarga dan masyarakatnya iaitu nilai Jawa. Menurut Totok Sarsito (2010), Soeharto

menggunakan dan memanipulasikan nilai-nilai pembudayaan dan falsafah Jawa sebagai

panduan sama ada untuk kepentingan peribadi atau di dalam melaksanakan

pemerintahan. Beliau percaya bahawa beberapa pemikiran Jawa tradisional yang

berbentuk panduan atau “pituduh” dan larangan atau “wewaler” apabila dilaksanakan

akan menjadikan bangsa Indonesia “berbudi bowo leksono” iaitu berperi laku bijak dan

bermurah hati atau “becik sajatining becik” iaitu baik dalam makna yang sesungguhnya.

Soeharto mempunyai komitmen penuh untuk melaksanakan nilai-nilai pembudayaan dan

falsafah Jawa.

Metodologi Kajian

Metodologi kajian melibatkan pendekatan kualitatif. Analisis data dan pengekodan data

menggunakan konsep Computer Analysis Qualitative Data Analysis (CAQDAS). Perisian

Archive for Technology, the Life World and Everyday Language. Text Interpretation

(ATLAS).ti versi 7 adalah digunakan bagi tujuan ini.

Berikut adalah Dokumen Teks Ucapan Mahathir seperti pada Jadual 1.

Jadual 1: Dokumen Teks Ucapan Mahathir

Bil Kod Dokumen Teks Ucapan / Tajuk Jenis Teks Tarikh / Tempat

1 M1 “Satu Tanggungjawab dan

Amanah”

Ucapan Parti

(Amanat

Presiden di

Perhimpunan

Agung

UMNO)

26, 27 dan 28 Jun 1981/ Hotel

Hilton, Kuala Lumpur

2 M2 “Negara Yang Bermaruah” 10, 11 dan 12 September

1982 / Hotel Hilton, Kuala

Lumpur

3 M3 “Malaysia Bahagia”

19, 20 dan 21 Ogos 1983

Hotel Hilton, Kuala Lumpur

4 M4 “Parti Yang Bertanggungjawab”

25, 26 dan 27 Mei 1984/

Hotel Hilton, Kuala Lumpur

5 M5 “Masyarakat dan Nasionalisme”

27, 28 dan 29 September

1985 / Dewan Merdeka Pusat

86

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Bil Kod Dokumen Teks Ucapan / Tajuk Jenis Teks Tarikh / Tempat

Dagangan Dunia Putra, Kuala

Lumpur

6 M6 “Tegas Menghadapi Serangan”

18, 19 dan 20 September

1986 / Dewan Merdeka, Pusat

Dagangan Dunia Putra, Kuala

Lumpur

7 M7 Perutusan Tahun Baru Perdana

Menteri Y.A.B. Dato’ Seri Dr.

Mahathir Bin Mohamad (1982)

Ucapan

Tahun Baru

(Perutusan

Tahun Baru)

31 Disember 1981 /

Radio Dan Televisyen

Malaysia

8 M8 Perutusan Tahun Baru Perdana

Menteri Y.A.B. Dato’ Seri Dr.

Mahathir Bin Mohamad (1983)

31 Disember 1982 /

Radio Dan Televisyen

Malaysia

9 M9 Perutusan Tahun Baru Perdana

Menteri Y.A.B. Dato’ Seri Dr.

Mahathir Bin Mohamad (1984)

31 Disember 1983 /

Radio Dan Televisyen

Malaysia

10 M10 Perutusan Tahun Baru Perdana

Menteri Y.A.B. Dato’ Seri Dr.

Mahathir Bin Mohamad (1985)

31 Disember 1984 /

Radio Dan Televisyen

Malaysia

11 M11 Perutusan Tahun Baru Perdana

Menteri Y.A.B. Dato’ Seri Dr.

Mahathir Biin Mohamad (1986)

31 Disember 1985 /

Radio Dan Televisyen

Malaysia

12 M12 Perutusan Tahun Baru Perdana

Menteri Y.A.B. Dato’ Seri Dr.

Mahathir Biin Mohamad (1987)

31 Disember 1986 /

Radio Dan Televisyen

Malaysia

13 M13 Perutusan Hari Kebangsaan Yang

Ke 25 oleh Dato' Seri Dr. Mahathir

Bin Mohamad

Ucapan

Kemerdekaa

n

(Perutusan

Hari

Kebangsaan

)

30 Ogos 1982 / Televesyen

Malaysia (RTM)

14 M14 Perutusan Hari Kebangsaan Yang

Ke 26 oleh Dato' Seri Dr. Mahathir

Bin Mohamad

30 Ogos 1983 / Televesyen

Malaysia (RTM)

15 M15 Perutusan Hari Kebangsaan Yang

Ke 27 oleh Dato' Seri Dr. Mahathir

Bin Mohamad

30 Ogos 1984 / Televesyen

Malaysia (RTM)

16 M16 Perutusan Hari Kebangsaan Yang

Ke 28 oleh Dato' Seri Dr. Mahathir

Bin Mohamad

30 Ogos 1985 / Televesyen

Malaysia (RTM)

17 M17 Perutusan Hari Kebangsaan Yang

Ke 29 oleh Dato' Seri Dr. Mahathir

Bin Mohamad

30 Ogos 1986 / Televesyen

Malaysia (RTM)

18 M18 Perutusan Hari Kebangsaan Yang

Ke 30 oleh Dato' Seri Dr. Mahathir

Bin Mohamad

30 Ogos 1987 / Televesyen

Malaysia (RTM)

Berikut pula adalah Dokumen Teks Ucapan Soeharto seperti pada Jadual 2.

87

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Jadual 2: Dokumen Teks Ucapan Soeharto

Bil Kod Dokumen Teks Ucapan / Tajuk Jenis Teks Tarikh / Tempat

1. S1 Pidato Amanat Presiden Republik

Indonesia Jeneral Soeharto pada

Mesyuawarah Kerja Nasional ke II

bersama Golongan Karya

Ucapan Parti

(GOLKAR/

PNI/PNU)

2 November 1967 /

Djibogo Jakarta

2 S2 Pidato Amanat Presiden Republik

Indonesia pada sambutan Mesyuwarah

Kerja Kordinasi Pemuda Sekreteriat

Bersama (SEKBER) Golongan Karya

28 September 1968

/

Jakarta

3 S3 Pidato Amanat Presiden Republik

Indonesia pada sambutan Pembukaan

Sidang Majlis Pemesyuaratan Parti

Nasional Indonesia (PNI) ke IV

03 April 1969 /

Jakarta

4 S4 Pidato Amanat Presiden Republik

Indonesia pada Sambutan Pembukaan

Kongress ke XII Parti Nasional Indonesia

(PNI)

11 April 1970/

Semarang

5 S5 Pidato Amanat Presiden Republik

Indonesia pada Sambutan Pembukaan

Mukatamar Parti Nahdatul Ulama (PNU)

ke XXV

20 Disember 1971 /

Surabaya

6 S6 Pidato Amanat Presiden Republik

Indonesia pada sambutan Peringatan Hari

Ulang Tahun ke 45 Parti Nasional

Indonesia (PNI)

17 Julai 1972 /

Jakarta

7 S7 Menjelang Hari Raya Idul Fitri 1387

Hijrah dan Tahun Baru 1968 Masihi :

Amanat Pejabat Presiden

Ucapan

Tahun Baru

(Pidato Akhir

Tahun)

31 Disember 1967 /

Jakarta

8 S8 Laporan Akhir Tahun 1968 Kepada

Seluruh Rakyat Indonesia : Presiden

Republik Indonesia

31 Disember 1968 /

Jakarta

9 S9 Pidato Akhir Tahun 1969: Presiden

Republik Indonesia

31 Disember 1969 /

Jakarta

10 S10 Pidato Akhir Tahun 1970: Presiden

Republik Indonesia

31 Disember 1970 /

Jakarta

11 S11 Ucapan Sambutan Pada Penutupan Akhir

tahun 1971: Presiden Republik Indonesia

31 Disember 1971 /

Jakarta

12 S12 Pidato Akhir Tahun 1972: Presiden

Republik Indonesia

31 Disember 1972 /

Jakarta

13 S13 Pidato Kenegaraan 1967 Presiden

Republik Indonesia: Di depan Sidang

Dewan Perwakilan Rakyat Gotong

Royong (DPR-GR)

16 Ogos 1967 /

Jakarta

14 S14 Presiden Republik Indonesia Pidato

Kenegaraan 1968: Di depan Sidang

Dewan Perwakilan Rakyat Gotong

16 Ogos 1968 /

Jakarta

88

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Royong (DPR-GR)

Ucapan

Kemerdekaa

n (Pidato

Kenegaraan)

15 S15 Presiden Republik Indonesia Pidato

Kenegaraan 1969: Di depan Sidang

Dewan Perwakilan Rakyat Gotong

Royong (DPR-GR)

16 Ogos 1969 /

Jakarta

16 S16 Presiden Republik Indonesia Pidato

Kenegaraan 1970: Di depan Sidang

Dewan Perwakilan Rakyat Gotong

Royong (DPR-GR)

16 Ogos 1970 /

Jakarta

17 S17 Presiden Republik Indonesia Pidato

Kenegaraan 1971: Di depan Sidang

Dewan Perwakilan Rakyat Gotong

Royong (DPR-GR)

16 Ogos 1971 /

Jakarta

18 S18 Presiden Republik Indonesia Pidato

Kenegaraan 1972: Di depan Sidang

Dewan Pewakilan Rakyat Gotong Royong

(DPR-GR)

16 Ogos 1972 /

Jakarta

i) Teks Ucapan Parti, ii) Teks Ucapan Tahun Baru dan iii) Teks Ucapan Kemerdekaan

adalah teks rasmi yang paling luas liputannya kepada masyarakat serta konsisten

penyampaiannya dari tahun ke tahun. Ia menyatakan hasrat seseorang pemimpin serta

menggariskan agenda-agenda umum pembangunan negara kepada sebahagian besar

masyarakatnya. Ketiga-tiga teks ucapan tersebut adalah saling melengkapi apabila

berkaitan dengan dasar dan pendekatan yang ingin disampaikan oleh Mahathir dan

Soeharto sebagai ketua badan eksekutif atau ketua dalam sesebuah parti.

Kajian ini hanya melibatkan rangkaian teks ucapan pemimpin selama 5 atau 6 tahun

kepimpinan yang dikisahkan kepada 1 penggal pemerintahan. Ia mampu melihat

kecenderungan awal aplikasi nilai-nilai dalam budaya tempatan Mahathir dan Soeharto

dalam menerajui pembangunan. Melaluinya nilai-nilai yang terbit maka satu kefahaman

tentang idea ke pemerintahan dan tindakan mereka dapat di jangkakan dan difahami.

Kecenderungan “Dimensi Nilai” Pemimpin

Selepas kajian dilakukan dan direkodkan maka berikut adalah kecenderungan “Dimensi

Nilai” setiap pemimpin yang diterjemahkan melalui statistik kedudukan serta ranking

keutamaan seperti Rajah 1 dan Jadual 3 berikut:

89

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Rajah 1: Statistik Kedudukan “Dimensi Nilai” Berdasarkan Teks Ucapan

Pemimpin

Jadual 3: Ranking Keutamaan “Dimensi Nilai” Berdasarkan Jumlah Petikan

Kedudukan

Nilai 1 2 3 4

Jumlah Petikan

Soeharto

Berorientasikan

Kuasa (320)

Etika Kerja

(246)

Perkauman/

Kemasyarakat

an (211)

Kekeluarga

an (94) 871

Mahathir

Etika Kerja

(190)

Perkauman/

Kemasyarak

atan (144)

Berorientasi

Kuasa (137)

Kekeluarga

an (41) 512

Jumlah Petikan 510 390 348 135 1383

Merujuk kepada Rajah 1 dan Jadual 3 di atas, didapati sebanyak satu ribu tiga ratus lapan

puluh tiga (1383) “kali” petikan telah dipilih sebagai kajian dan sekali gus digunakan

oleh kedua-dua pemimpin. Jumlah keseluruhan “kali” petikan teks Soeharto ialah

sebanyak 871 kali petikan. Ia mengatasi keseluruhan jumlah petikan teks Mahathir yang

sekadar mencatat 512 kali petikan. Jumlah statistik Soeharto yang besar berkait rapat

dengan isi kandungan teks ucapannya yang panjang lebar. Soeharto cenderung

menyampaikan ucapan yang komprehensif dan menyeluruh. Ucapannya sangat teliti serta

terperinci dalam menyeru pembangunan ekonomi, sosial dan politik berlatarkan nilai-

nilai Pancasila dan kedaulatan Undang-Undang Dasar 1945 (UUD45). Setiap agenda

pembangunan disampaikan dengan langkah-langkah yang praktikal satu persatu

bersandarkan kepada kearifan setempat.

90

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Manakala statistik kedudukan dan keutamaan Dimensi Nilai yang lebih rendah oleh

Mahathir dilihat signifikan dengan jumlah isi kandungan teks yang agak sederhana tetapi

disampaikan dengan komprehensif. Ucapan Mahathir sering menggunakan latar sejarah

serta menjadikan aspek nilai dan etika sebagai penggerak pembangunan. Ucapannya

lebih tegas, tidak berselindung dan berterus terang berbanding ucapan Soeharto. Ini

menjadikan mesejnya sangat jelas, mudah difahami dan lebih ringkas jika dibandingkan

dengan ucapan Soeharto.

Nilai Terbitan Dominan Mahathir dan Soeharto

Berikut Jadual 4 merupakan nilai-nilai terbitan Mahathir dan Soeharto berdasarkan

dimensi-dimensi nilai yang telah di tetapkan.

Jadual 4: Nilai-Nilai Terbitan Mahathir dan Soeharto

SOEHARTO MAHATHIR

Dimensi Nilai Nilai Terbitan Dimensi Nilai Nilai Terbitan

Berorientasikan Kuasa

(1)

Kedaulatan Undang-

Undang (Rules of Lawa)

– Pancasila & UUD 45 -

-68 petikan

Berorientasikan Kuasa

(3)

Kepimpinan/

Kepemimpinan – 28

petikan

Kedaulatan Negara

(National Sovereignty)

(Waspada/Amaran/

Ancaman) - 53 petikan

Kuasa/Menguasai/

Kekuasaan – 27 petikan

Kestabilan Nasional

(National Stability)

(politik/ekonomi/sosial)

– 46 petikan

Perjuangan/Patriotisme

/Kebangsaan – 25

petikan

Etika Kerja (2)

Kerja (Keras/Baik / Giat

/Sungguh2/Tekun) – 60

petikan

Etika Kerja (1)

Kerja (Kuat / Keras) /

Rajin /Kesungguhan –

42

Berpengetahuan (sikap

mental/pola berfikir) –

46 petikan

Amanah – 35 petikan

Tertib/Disiplin – 33

petikan

Dedikasi (Jiwa/Raga) –

31 petikan

Perkauman/

Kemasyarakatan (3)

Aman/Damai/Makmur

Sejahtera/Harmonis – 43

petikan

Perkauman/

Kemasyarakatan (2)

Pengorbanan/

Perjuangan/

(Patriotisme/

Kebangsaan/

Nasionalisme) – 30

petikan

Kesatuan/Persatuan – 43

petikan

Maruah – 23 petikan

91

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Kebersamaan (Sederap)

– 38 petikan

Kepimpinan Kebapaan

(Paternal Leadership) –

22 petikan

Kekeluargaan (4)

Pedoman/Panduan/

Pegangan/Pandangan

Hidup (Pancasila) – 55

petikan

Kekeluargaan (4)

Hubungan (Rangkaian)

– 10 petikan

Tanggungjawab – 13

petikan

Kerjasama – 9 petikan

Sikap/Perangai

(Fizikal & Mental) – 11

petikan

Kesetiaan / Setia – 6

petikan

Mentor (Pembimbing /

Penasihat) "Paternal

Leadership – 6 petikan

Dalam konteks Dimensi Nilai Berorientasikan Kuasa, nilai terbitan yang paling dominan

dan sering kali diulang-ulang oleh Soeharto adalah berkaitan dengan nilai “Kedaulatan

Undang-Undang” (Rule of Law). Kedaulatan merujuk kepada kuasa yang tertinggi yang

perlu dipatuhi oleh setiap masyarakat. Manakala undang-undang pula merupakan sesuatu

peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti

dipatuhi oleh masyarakatnya. Dalam hal ini Soeharto sering kali merujuk undang-undang

tersebut sebagai Pancasila dan Undang-Undang Dasar 1945 (UUD45). Manakala

Mahathir pula menekankan kepada nilai “Kepimpinan” dan “Kepemimpinan” yang

merujuk kepada keupayaan memimpin serta menuntut kebolehan dan pencapaian

seseorang sebagai pemimpin dengan daya dan tindak tanduk yang cekap.

Dalam Dimensi Nilai Etika Kerja pula, kedua-dua pemimpin ini berkongsi kata kerja

yang sama iaitu nilai “kerja” itu sendiri. Soeharto merujuk kan ia sebagai bekerja dengan

keras, baik, giat, bersungguh-sungguh dan tekun dalam mengusahakan pembangunan.

Mahathir pula sering mengungkapkan nilai “Kerja Kuat”/ “Kerja Keras”/ “Rajin” dan

“Kesungguhan”. Semua nilai ini menyeru agar bekerja dengan penuh bertenaga, berdaya

maju, kuat dan padu, giat, tekun dan melakukan dengan segenap hati.

Manakala dalam konteks Dimensi Nilai “Perkauman/Kemasyarakatan”, nilai terbitan

yang sering kali diulang-ulang nilainya oleh Soeharto ialah nilai “Kesatuan” dan

“Persatuan” dalam masyarakat. Nilai “Kesatuan” merujuk kepada harapan Soeharto

terhadap keadaan masyarakatnya yang satu (sama) dalam kehidupan bernegara. Ia di

perkukuhkan dengan nilai “Persatuan” yang mengarahkan kepada usaha gabungan dan

ikatan dalam kumpulan masyarakat. Sedangkan kepada Mahathir, nilai “Pengorbanan”

dan “Perjuangan” adalah melebihi segala-galanya dalam konteks ini. Mahathir merujuk

kepada kesanggupan melakukan sesuatu, situasi mempertahankan suasana dan rasa cinta

kebaktian kepada negara. Nilai ini juga sering diterjemahkan dengan semangat

“nasionalisme”, “patriotisme” dan “kebangsaan” dalam kebanyakan teks ucapannya.

Akhir sekali dalam Dimensi Nilai “Kekeluargaan”, Soeharto menekankan nilai seerti

“Pedoman”/ “Panduan”/ “Pegangan”/ “Pandangan Hidup”. Adalah penting masyarakat

Indonesia mempunyai kompas yang dijadikan asas dalam melakukan sesuatu. Kompas

tersebut ialah Pancasila yang selama ini menjadi ideologi dasar kepada negara dan

92

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

bangsa. Mahathir pula lebih menekankan nilai “Hubungan”. Dalam ucapannya, beliau

sering menekankan nilai hubungan sama ada sesama pemimpin, sesama masyarakat

mahupun hubungan di kalangan sesama negara serantau. Hubungan penting sebagai satu

cara mengenang jasa dan sebagai satu jenis tanggungjawab dalam sistem kekeluargaan

dan masyarakat.

Mahathir dan Soeharto : Interaksi Nilai dan Kepimpinan

Persamaan paling asas antara Mahathir dan Soeharto ialah kedua-duanya bukan dari

kalangan aristokrat atau bangsawan. Mereka terdiri dari rakyat kelas biasa yang

dibesarkan dalam persekitaran nilai masyarakat yang paling dasar (grass root). Oleh itu

mereka lebih berjaya berasimilasi dengan budaya tempatan dan persekitaran. Mereka

mengalami, memahami serta menerima nilai-nilai sekeliling sehingga membentuk

kefahaman yang jelas pada setiap permasalahan dan keperluan dalam menuju

pembangunan. Kemahiran profesional mereka sebagai seorang doktor perubatan

(Mahathir) dan tentera (Soeharto) telah melengkapkan pandang sudut serta metode

pembangunan yang harus dilakukan. Ia sekali gus menyediakan mereka sebagai

pemimpin yang benar-benar memahami dan menjiwai keperluan rakyat.

Dalam hal manipulasi nilai, mereka sangat tekun mempromosikan kewujudan nilai-nilai

tempatan yang dikelompokkan secara umum sebagai Asian Values dalam pembangunan

negara masing. Kedua-duanya bersungguh-sungguh menunjukkan bahawa gaya

pengurusan dan kepimpinan berteraskan nilai dan budaya tempatan adalah yang paling

sesuai untuk masyarakat di Asia. Prestasi ekonomi dan kemakmuran masyarakat telah

menjadi bukti bagi menutup kritikan Barat yang menuduh mereka sebagai tidak liberal

dan melanggar hak asasi kemanusiaan.

Dalam banyak keadaan, Soeharto dilihat lebih berdiam dan tenang serta menumpukan

sepenuh perhatian kepada urusan pembangunan negara. Berbanding Mahathir dilihat

lebih lantang dan vokal sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Malah, impak pembangunan Indonesia yang berlandaskan gaya Order Baru Soeharto

telah menyediakan Malaysia yang lebih dinamik untuk dipimpin oleh Mahathir.

Kepimpinan Soeharto boleh dijadikan contoh bagaimana kepimpinan ketenteraan boleh

berubah kepada kepimpinan sivil untuk mengurus sesebuah negara.

93

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Rajah 2: Set Serumpun Nilai Budaya Tempatan

94

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Hubungan antara keduanya begitu rapat. Soeharto merupakan sosok tubuh yang sangat

disegani oleh Mahathir. Malah kunjungan pertama luar negeri Mahathir sebagai Perdana

Menteri adalah dengan melakukan lawatan kerja ke Indonesia bertemu Soeharto. Rasa hormat

yang tinggi oleh Mahathir kepada Soeharto bukanlah semata-mata kerana seorang Presiden

tetapi juga disebabkan faktor keperibadian dan tingginya nilai akal budi. Soeharto seorang

pemimpin besar yang sangat beradab dan menghormati tetamu. Dalam satu catatan oleh

Mahathir, beliau mencatatkan Soeharto menyambut beliau di lapangan terbang dengan

upacara kehormatan, duduk bersama dalam sebuah kereta dan mengiringi beliau hingga ke

penginapannya. Layanan seorang Presiden (Soeharto) kepada seorang Perdana Menteri

(Mahathir) ini menjadi satu kenangan mendalam pada Mahathir.

Mahathir menyimpulkan Soeharto sebagai seorang yang selesa berbahasa Indonesia dan

benar-benar menunjukkan kualiti seorang pemimpin. Memiliki latar belakang tentera tetapi

tidak bersikap sombong dengan berkata keras. Sering berperi laku (quite central Javanese

ways) Jawa dan mengetengahkan peribahasa Jawa. Seorang pendengar yang baik dan sangat

faham sejarah bangsanya. Manakala Mahathir pula mempunyai sikap berani, tidak

berselindung dan berterus terang kepada pihak lawan. Tidak ada apa-apa yang perlu beliau

santuni sekiranya melibatkan kedaulatan negaranya.

Kesimpulan

Mahathir dan Soeharto terbukti merupakan pemimpin hebat (strong leadership) yang begitu

menyerlah pemikirannya melalui kata-kata yang bernas dengan tindakan yang berhasil.

Mereka adalah “petugas pembangunan” yang cemerlang dalam sebuah Negara Penbangun.

Tugas terpenting mereka ialah “membangunkan manusia” dengan mengeluarkan masyarakat

dari kepompong kemiskinan melalui agenda-agenda pembangunan yang terancang. Aplikasi

nilai kepada budaya tempatan dalam pengurusan pembangunan mereka merupakan tindakan

yang menyumbang kepada kejayaan pantas dan besar kepada pembangunan negara. Mereka

melihat bahawa negara harus berubah dengan “acuan sendiri” sekiranya mahu maju dan

dihormati pihak luar. Oleh yang demikian, agenda pembangunan pragmatik khususnya

dukungan perubahan sikap dan nilai masyarakat menjadi aspek penting. Kejayaan demi

kejayaan yang diperoleh juga membuktikan mereka berdua adalah pemimpin yang

berorientasikan matlamat dan pencapaian.

Tumpuan mereka adalah dengan mewujudkan suasana stabil, selamat dan berdaya saing

dalam mekanisme pembangunan globalisasi. Masing-masing sangat berjaya memastikan agar

negara mampu menekad dalam persekitaran geografi dan politik yang “mengancam”.

Pelaksanaan undang-undang yang ketat, birokrasi yang cekap dan berkesan, semi - demokrasi

terpimpin, sentiasa bersemangat waja dan penekanan terhadap nilai-nilai budaya tempatan

dan keutamaan dasar keselamatan merupakan antara resipi utama gaya pengurusan

pembangunan mereka dalam membentuk masyarakat majmuknya. Ia seterusnya membentuk

satu sistem “Ketahanan Nasional” yang ampuh dan menyeluruh.

Sebagai seorang yang realistik, pragmatik dan “Father Know Best” (kebapaan), mereka

sangat risaukan masa depan masyarakatnya yang relatif muda dari segi minda tetapi di asak

dengan nilai-nilai globalisasi. Masyarakat harus sentiasa mempertahankan apa yang telah

mereka peroleh iaitu kemerdekaan. Untuk mempertahankan kemerdekaan, masyarakat

diminta tidak mengulangi kesilapan yang lama dan mengubah sikap dan nilai kompetitif

tanpa meninggalkan kerangka budaya sendiri.

95

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Sama ada suka atau benci, memuja atau mengeji, tokoh berdua ini merupakan Gergasi Asia

dan masyarakat Asia masih memerlukan kepimpinan semacam ini. Idea pelaksanaan

pembangunan yang lebih baik dapat dilakukan jika menggunakan acuan sendiri. Ia mampu

mengembangkan kepesatan pertumbuhan ekonomi melalui penyederhanaan kehidupan

berpolitik serta kesaksamaan sosial terpilih. Adakah formula yang sama ini masih diperlukan

oleh kepimpinan baru alaf 21 di Asia Tenggara khususnya? Yang hampir pasti ia hampir

memenuhi cita-cita pembangunan yang sempurna. Mungkin kesimpulan umum dapat dibina

iaitu seorang pemimpin di Asia harus bijak memanipulasi kebijakan-kebijakan lokalnya demi

bertahan dan berjaya memimpin masyarakat di Asia.

RUJUKAN

Abdul Gafur. (1987). Pak Harto pandangan dan harapannya. Jakarta: Pustaka Kartini.

Abdul Rahman Abdul Aziz. (2006). Nilai dan etika dalam pembangunan. Sintok: Penerbit

Universiti Utara Malaysia.

Ahmad Fawzi Basri dan Abdul Rahman Abdul Aziz. (2002). Dilema Melayu: Satu Kupasan

Pemikiran Tun Dr. Mahathir Tentang Permasalahan Melayu. Kertas kerja yang

dibentangkan dalam Kolokium Pemikiran Dr. Mahathir Mohamad anjuran Institut

Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). 21-22 April 2002. Melaka.

Bourchier, David & Hadiz, Vedi R. (Editor) (2006). Pemikiran Sosial dan Politik Indonesia

Periode 1965-1999. Jakarta: PT Pustaka Utama Grafiti.

Elson, R. E. (2001). Suharto a political biography. Australia: Cambridge University Press.

Fukuyama, Francis. (2009). Penamat Sejarah dan Manusia Terakhir. (Penterjemah:

Shamsiah Md Said). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Huntington, S. P. (1993). The Clash of Civilization? Foreign Affairs, 72:3 (Summer 1993),

pp. 22-49.

Hussein Alatas, S. (2001). Cita Sempurna Warisan Sejarah. Bangi. Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Koentjaraningrat. (1985). Kebudayan, mentalitas dan pembangunan. Jakarta: Penerbit PT

Gramedia.

Loveard, Keith. (1999). Suharto: Indonesia’s last sultan. Singapore: Horizon Books Pte Ltd.

Low, K. C. P. (2006). Father Leadership: The Singapore Case Study. Managemnet Decision,

44(1), hal 89-104. Doi 10.1108/002517406 10641481.

Mahathir, M. (1999). Kebangkitan Semula Asia. Kelana Jaya: Pelanduk Publication.

Misran Rokimin. (2002). Falsafah dan Peradaban Pembangunan. Bangi. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

96

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Mohd Rumaizuddin Ghazali. (2011). Pembangunan Islam di Malaysia Dalam Era Mahathir.

Negeri Sembilan: Penerbit USIM.

Mohd Tap Salleh, Zakaria Ahmad & Syed Zulflida Syed Mohd Noor. Penyunting. (1993).

Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam

Negara (INTAN).

Noor, F. A. (1999). Values in the dynamics of Malaysia's internal and external political

relations, in Sung-Jo, H (Ed), Changing Values in Asia: Their Impact on Governance

and Development. pp: 146-176. Japan Centre for International Exchange.

Noor, F. A. (2002). The Other Malaysia: Writing on Malaysia’s Subaltern History. Kuala

Lumpur: Silverfish Books.

Othman Talib. (2013). ATLAS.ti Pengenalan Analisis Data Kualitatif 140 Ilustrasi Langkah

Demi Langkah. Serdang: MPWS Resources.

Roeder, O. G. (1969). The smiling general president Soeharto of Indonesia. Jakarta: Gunung

Agung Ltd.

So, Y. K. (2010). Do asian values exits? Empirical test of the four dimension of Asian values.

Journal of East Asian Studies. 10, pp. 315-344.

Soeharto. (1989). Soeharto: Pikiran, ucapan dan tindakan saya (seperti dipaparkan kepada

G. Dwipayana dan Ramadhan K.H. Jakarta: PT. Citra Lamtoro Gung Persada.

Vatikiotis, M. R. J. (1995). Indonesian politics under Suharto: Development and pressure for

change. New York: Routledge.

Yayasan Idayu. (1985). Amanat kenegaraan: Kumpulan pidato kenegaraan di depan sidang

Dewan Perwakilan Rakyat. (Jilid 1 – 1967-1971). Jakarta: Inti Idayu Press.

Yayasan Idayu. (1985). Amanat kenegaraan: Kumpulan pidato kenegaraan di depan sidang

Dewan Perwakilan Rakyat. (Jilid 2 – 1972-1976). Jakarta: Inti Idayu Press.

Zurina Mahadi & Hukil Sino. (2007). Hubungan nilai masyarakat & pembangunan: satu

analisa. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 8. pp 77-94. ISSN 1511-

8393..