kadazan notes

14
Adat dan Kepercayaan Pada awalnya,Kaum kadazandusun di Sabah mengamalkan kepercayaan animisme. kepercayaan ini diwarisi berasaskan fahaman dan adat "pagan" kaum. Bagi masyarakat kadazandusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" yang bersemayam di dunia lain. Mengikut kepercayaan kaum kadazandusun, Kinorohingan merupakan tuhan di mana mereka meminta sesuatu seperti keselamatan dan perlindungan dari sebarang penyakit. Kinorohingan juga dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti "Roogon" atau syaitan. Masyarakat kadazandusun mempercayai bahawa roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau neraka. Setiap tahun selepas menuai padi, masyarakat kadazandusun mengadakan upacara "Magavau" iaitu upacara kesyukuran bagi menghormati semangat padi. Upacara ini dijalankan oleh "Bobohizan" atau ketua bomoh dengan membaca mentera.Namun demikian,pada hari ini semakin ramai masyarakat kadazandusun yang telah memeluk agama Kristian dan agama Islam. Mitos & Lagenda Nunuk Ragang Diceritakan orang bahawa, pada zaman dahulu kononnya ada sepohon pokok kayu ara yang besar dan luar biasa keadaannya tumbuh dekat dengan sebuah danau yang dalam. Danau itu letaknya dekat dengan tempat yang sekarang ini bernama Kampung Tampias di daerah Lubuk Sugut, Sandakan. Pokok kayu ara yang disebutkan tadi, keseluruhannya berwarna merah, termasuk daunnya. Dalam bahasa orang-orang Dusun atau Kadazan pokok kayu ara itu disebutnya 'Nunuk Ragang'. 'Nunuk' bererti pokok kayu ara dan 'ragang'

Upload: rtamyiz

Post on 26-Jul-2015

163 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kadazan Notes

Adat dan Kepercayaan

Pada awalnya,Kaum kadazandusun di Sabah mengamalkan kepercayaan animisme. kepercayaan ini diwarisi berasaskan fahaman dan adat "pagan" kaum. Bagi masyarakat kadazandusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" yang bersemayam di dunia lain.

Mengikut kepercayaan kaum kadazandusun, Kinorohingan merupakan tuhan di mana mereka meminta sesuatu seperti keselamatan dan perlindungan dari sebarang penyakit. Kinorohingan juga dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti "Roogon" atau syaitan. Masyarakat kadazandusun mempercayai bahawa roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau neraka.

Setiap tahun selepas menuai padi, masyarakat kadazandusun mengadakan upacara "Magavau" iaitu upacara kesyukuran bagi menghormati semangat padi. Upacara ini dijalankan oleh "Bobohizan" atau ketua bomoh dengan membaca mentera.Namun demikian,pada hari ini semakin ramai masyarakat kadazandusun yang telah memeluk agama Kristian dan agama Islam.Mitos & Lagenda Nunuk Ragang

Diceritakan orang bahawa, pada zaman dahulu kononnya ada sepohon pokok kayu ara yang besar dan luar biasa keadaannya tumbuh dekat dengan sebuah danau yang dalam. Danau itu letaknya dekat dengan tempat yang sekarang ini bernama Kampung Tampias di daerah Lubuk Sugut, Sandakan. Pokok kayu ara yang disebutkan tadi, keseluruhannya berwarna merah, termasuk daunnya. Dalam bahasa orang-orang Dusun atau Kadazan pokok kayu ara itu disebutnya 'Nunuk Ragang'. 'Nunuk' bererti pokok kayu ara dan 'ragang' bererti merah.

 

 

 

 

Diceritakan juga bahawa pada masa itu tempat tersebut belum lagi didiami oleh manusia. Pada umumnya, kawasan di mana terdapatnya Nunuk Ragang itu dipenuhi oleh hutan belantara yang hanya didiami oleh binatang-binatang buas dan liar sahaja. Pada masa itu terdapat seekor ayam jantan yang sangat besar, kira-kira sebesar seekor kerbau tinggal di situ. Ayam jantan tersebut dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa. Ikuti kisah di bawah ini..

Kelahiran manusia

Pada suatu hari ayam jantan itu mengais-ngais tanah untuk mencari makanan. Dengan tidak mena-mena terkeluarlah seorang anak muda yang kacak dari bawah tanah yang dikaisnya itu. Ayam jantan tersebut terus juga mengais-ngais dan mencakar tanah. Tidak lama kemudian keluar pula seorang gadis yang sangat jelita. Kedua-dua orang manusia itu diambil dan dipelihara oleh

Page 2: Kadazan Notes

ayam jantan tersebut. Selang beberapa lama, maka kedua manusia itu pun dikahwinkan. Hasil perkahwinan itu lahirlah beberapa orang putera dan puteri. Keturunan mereka ini akhirnya beranak pinak dan berkembang biak pula, lalu mendiami kawasan yang pada mulanya tiada berorang itu. Lama kelamaan tempat itu menjadi semakin ramai penghuninya.Keturunan kedua manusia yang ditemui daripada knisan tanah oleh ayarn jantan itu disebut sebagai 'Orang-orang Nunuk Ragang' yang 'dipercayai' nenek moyang dan keturunan orang-orang Dusun atau Kadazan sekarang ini.

Lelaki yang pertama muncul dari bawah tanah itu dilantik oleh ayam jantan sebagai penghulu di tempat itu. Dia memerintah dengan adil atas bantuan ayam jantan tersebut. Ayam jantan itu tinggal di pokok kayu ara merah tadi. Bersama-sama pokok kayu ara merah tersebut ayam jantan itu menjadi pelindung kepada manusia yang tinggal di situ. Tempat itu juga akhirnya dinamakan Nunuk Ragang mengambil sempena nama pokok kayu ara merah yang istimewa itu.Nunak Ragang dari hari ke hari kian bertambah maju dan penduduknya semakin ramai. Di sekitarnya terdapat beberapa batang anak sungai dan ini menjadikannya suatu kawasan pertanian yang subur dan lumayan. Sejak itu, hiduplah penduduk-penduduk Nunuk Ragang dalam suasana aman dan damai buat beberapa lama.

Ragang Tie

Menurut ceritanya, pada suatu masa Nunak Ragang telah 'diserang' dan diganggu oleh 'Ragang Tie' (tahi merah). Ragang Tie ini tidak dapat digambarkan keadaannya yang sebenar. Ia kelihatan seperti air yang mengalir apabila dilihat dari jauh dan kadang-kadang orang yang melihatnya seolah-olah seperti manusia sifatnya. Anehnya Ragang Tie itu telah membawa wabak penyakit kepada sesiapa yang tersentuh dan menyentuhnya, bahkan ia sering membawa maut. Di samping itu, Ragang Tie juga memusnahkan hasil-hasil tanaman dan membunuh binatang-binatang ternakan yang terkena padanya.

Oleh yang demikian, ramailah penduduk di situ yang menderita sakit dan mati,binatang ternakan dan tanaman pun turut musnah terkena wabak itu. Hal ini menjadikan orang-orang Nunuk Ragang berasa amat sedih dan bimbang. Akhirnya, ramai di antara mereka meninggalkan tempat itu dan berpindah ke kawasan lain yang lebih selamat untak didiami. Dengan itu, berpecah dan 'bersepahlah' mereka ke serata daerah dan kawasan seperti yang terdapat pada masa ini.

Kehadiran Orang Bawah Tanah

Pada suatu masa yang lain, tibalah musim menanam padi bagi penduduk Nunuk Ragang. Pada suatu hari, sedang orang-orang kampung itu sibuk menugal padi di huma mereka terdengar suara manusia lain memanggil dan datangnya dari bawah tanah pula. Orang-orang Nunak Ragang berasa hairan bercampur takut, lalu mereka mengadukan kejadian itu pada penghulu mereka. Akhirnya mereka mengadakan mesyuarat dan mencapai kata sepakat, lalu mereka mengorek tanah dari mana terdengarnya suara memanggil itu. Apabila dikorek, maka terbukalah sebuah lubang bawah tanah yang besar. Di dalamnya penuh sesak dengan manusia yang kelihatannya bengis-bengis belaka.

Orang-orang Nunuk Ragang menjadi bertambah takut lebih-lebih lagi apabila mendengar suara percakapan manusia bawah tanah itu sangat kuat dan kasar. Kemudian ketua manusia bawah tanah pun berkata dengan suara yang amat kuat macam halilintar, katanya, "Terima kasih tuan-tuan ......kerana melepaskan kami dan tempat ini sungguh baik rasanya untuk kami kerana kami sudah lama berkurung di bawah tanah. Sekarang kami mahu tinggal di sini pula. Kamu mestilah pergi dari sini kalau tidak kami akan musnahkan kamu semua!........."

Mendengar amaran manusia dari bawah tanah itu, maka orang Nunuk Ragang pun lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Peristiwa ini juga menyebabkan orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asal mereka, lalu mendiami daerah-daerah lain di Sabah. Dua peristiwa di atas adalah daripada dua cerita yang berlainan yang menyatakan sebab orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asalnya.

Page 3: Kadazan Notes

Kumpulan manusia dari bawah tanah itu pun mendiami kawasan yang telah ditinggalkan oleh orang Nunuk Ragang. Namun begitu, manusia bawah tanah masih percaya bahawa ayam sakti dan penghulu orang Nunuk Ragang masih ada. Mereka akan membalas dendam terhadap mereka bila-bila rnasa, jadi manusia bawah tanah terus berazam untuk menghapuskan kedua-duanya yang dianggap sebagai musuh mereka. Orang-orang Nunuk Ragang bersama penghulu dan ayam jantan saktinya sentiasa diburu oleh manusia bawah tanah itu.

Setelah beberapa lama manusia bawah tanah masih juga tidak berjaya menghapuskan penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Akhirnya manusia bawah tanah itu pun tinggal menetap di sekitar kawasan tersebut yang sekarang ini dikenali sebagai orang Tampias, mereka terdapat di kawasan-kawasan perkampungan di daerah Labuk Sugut, Sandakan. Diceritakan orang juga bahawa orang-orang Tampias itu hingga ke hari ini tidak begitu berbaik-baik dengan orang-orang Dusun/Kadazan yang berasal daripada orang-orang Nunuk Ragang.

Manusia bawah tanah itu menurut ceritanya adalah manusia biasa tetapi telah disumpah oleh dewa tanah kerana terlalu banyak membuat kerosakan di muka bumi lalu mereka dihantar mendiami kawasan lubang yang besar di bawah tanah. Di sanalah mereka hidup dan beranak-pinak beberapa lama sehingga mereka dikeluarkan oleh orang Nunuk Ragang.

Perpindahan Suku Kaum Kadazan/Dusun ke Merata Tempat

Perasaan marah dan dendam manusia bawah tanah tidak habis-habis terhadap penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Perkara ini membuatkan ayam jantan sakti menerbangkan penghulu tersebut jauh ke suatu kawasan pergunungan yang sekarang ini dikenali sebagai Ranau. Dengan kuasa sakti ayam jantan tersebut, ia meratakan tanah yang berlumpur itu dengan kaki dan kepakuya, menguis-nguiskannya sehingga tempat itu menjadi rata untak didiami. Oleh kerana kawasan itu berlumpur dan mengambil sempena keadaan asalnya, maka tempat itu pun dinamakan 'Ranau' yang bermaksud 'lumpur' dalam bahasa Dusun/Kadazan.

Setelah tanah di situ diratakan, maka orang-orang yang mengikut penghulu berpindah itu pun terus membuka tempat kediaman di situ. Mereka menumpukan kegiatan dengan bercucuk tanam dan memelihara binatang ternakan seperti ayam, itik dan babi.

Adapun manusia bawah tanah tadi masih terus berasa tidak senang dan khuatir kalau-kalau orang-orang Nunuk Ragang datang menuntut bela dan menyerang mereka. Lalu orang dari bawah tanah menyiasat dan akhirnya mereka mendapat tahu bahawa orang-orang Nunuk Ragang berada di Ranau. Maka, mereka pun bergerak pula ke sana untuk membinasakan orang-orang Nunuk Ragang ini. Kedatangan manusia bawah tanah ini telah dapat dikesan oleh ayam jantan sakti, lalu sebelum sempat mereka tiba ke Ranau, ayam jantan sakti telah pun menerbangkan penghulu Nunuk Ragang ke suatu tempat lain bersama pengikutnya dan tempat itu kemudiannya dikenali sebagai Tambunan.

Di tempat baru itu seperti juga sebelumnya ayan jantan sakti tadi membantu penghulunya dengan menguis-nguis dan meratakan tanah untuk dijadikan kawasan tempat tinggal orang-orang Nunuk Ragang. Hal ini diketahui juga akhirnya oleh manusia dari bawah tanah dan mereka menjadi semakin marah terhadap orang Nunuk Ragang, lebih-lebih lagi terhadap ayam jantan sakti itu dan mereka terus berazam untak menghapuskannya.

Seperti kebiasaan perangai ayam jantan setiap pagi ia akan berkokok, begitu juga ayam jantan sakti ini. Bunyi kokokannya pula amat kuat hingga terdengar ke Ranau dan tempat-tempat lain yang agak jauh dari tempatnya berkokok itu. Menurut ceritanya, bunyi kokokan ayam jantan inilah yang membolehkan manusia dari bawah tanah itu menjejak kedudukan ayam tersebut dan penghulu Nunuk Ragang. Lalu kumpulan manusia dari bawah tanah itu bergerak pula ke Tambunan. Seperti dahulu juga ayam jantan sakti itu telah mengetahui kedatangan mereka lebih awal dan terus menerbangkan penghulu itu ke satu tempat lain bernama Apin-apin. Di situ mereka membuka pula tempat kediaman yang baru.

Oleh kerana manusia dari bawah tanah tadi hanya mendendami penghulu Nunuk Ragang dan ayam jantan saktinya sahaja, maka

Page 4: Kadazan Notes

hanya sebahagian sahaja manusia bawah tanah yang ikut memburunya. Sementara yang lainnya terus tinggal menetap di tempat-tempat yang telah dibuka oleh ayam jantan dan orang-orang Nunuk Ragang itu.

Disebabkan penghulu Nunuk Ragang tidak lama mendiami Tambunan kemudian terpaksa berpindah ke Apin-apin, maka dia melantik seorang penolongnya yang bernama 'Gombunan' sebagai ketua orang-orang Nunuk Ragang yang menetap di situ. Maka nama Tambunan adalah mengambil sempena nama ketua mereka yang dilantik oleh penghulu tadi. Lagipun tempat baru (Tambunan) itu belum mendapat namanya lagi pada ketika itu.

Di Apin-apin, seperti tempat-tempat lain yang dibukanya sebelum itu, penghulu Nunuk Ragang dan ayam jantan saktinya tidak dapat tinggal lama kerana manusia dari bawah tanah terus mengesannya. Seperti biasa, ayam jantan sakti tadi menerbangkan pula penghulu Nunuk Ragang ke suatu tempat lain yang lebih jauh di kawasan pedalaman yang kemudiannya disebut sebagai Keningau. Seperti selalunya ayam jantan itu meratakan kawasan tersebut untuk dibuat tempat kediaman. Di tempat tersebut ketika itu banyak terdapat pokok 'kayu manis', maka tempat itu lalu dinamakan 'Keningau' dalam bahasa Dusun/ Kadazan yang bererti 'kayu manis'.

Kematian Penghulu & Ayam Jantan Sakti

Tidak berapa lama di Keningau ayam jantan sakti itu pun jatuh sakit dan terus menemui ajalnya kerana sudah tua lalu ditanamkan di suatu tempat di situ. Selang tidak berapa lama kemudian, penghulu Nunuk Ragang pula menghembuskan nafas juga kerana penyakit tua. Dengan kematian kedua-dua makhluk yang sentiasa diburu oleh manusia dari bawah tanah itu, maka mereka pun berhentilah memburu dan memusuhi orang-orang Nunuk Ragang.

Kematian ayam jantan sakti dan penghulu orang-orang Nunuk Ragang itu menyebabkan orang-orangnya merasakan sesuatu yang berharga telah hilang daripada mereka. Ini merupakan satu kehilangan yang amat besar buat mereka. Sesungguhnya ayam jantan sakti amat banyak jasanya kepada suku kaum Momogun dalam membuka beberapa kawasan tempat kediaman mereka. Jika diperhatikan, (malah hingga ke hari ini) kebanyakan tempat yang didiami oleh orang-orang Momogun ( Dusun/Kadazan) adalah di kawasan bukit dan pergunungan yang seakan-akan telah diratakan. Orang-orang Momogun khususnya kaum Rungus mempercayai akan kisah ini.

Pokok Nunuk Ragang yang ditinggalkan oleh orang-orang Momogun berdekatan dengan danau itu dikatakan telah ditebang dan dimusnahkan oleh manusia dari bawah tanah yang dipercayai sekarang ini sebagai nenek moyang orang Tampias di Sabah.

 http://www.sabah.edu.my/itls07013/agamadankepercayaan_nunukragang.html

epercayaan

Page 5: Kadazan Notes

Kesemua etnik kecil ini menggunakan Bahasa Kadazandusun. Pada zaman puntung berasap, mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Kinorohingan adalah satu-satunya tuhan mereka. Pada masa kini, kebanyakan masyarakat Kadazandusun adalah penganut agama Kristian. Sebahagian daripada mereka juga beragama Islam. Bomoh bagi masyarakat Kadazandusun dikenali sebagai Bobohizan.

Masyarakat Orang Dusun/Kadazan masih berpegang kepada ada t resam ,undang-

undang adat yang penuh dengan pantang larang yang dipusakai dari nenek moyang

mereka.Mereka masih mengutamakan ajaran Kinorohigan hukuman Sogithingga hari

ini.Dari segi kepercayaan pula Orang Kadazan mempunyai kepercayaan asa l

mereka ia i tu tahu dan yak in akan adanya syurga dan neraka d i

akh i ra t yang mesti dialami oleh seseorang.setiap orang akan menerima balasannya

bergantung kepada amalan baik atau buruknya.Bagi hukum ada t o rang

Kadazan,mereka mempunyai tujuan untuk mewujudkan ketenteraman dan harmonis

setiap anggota masyarakat setempat.Disini peranan Sogit adalah penting untuk tujuan

ini.Sogit merupakan denda yang dikenakan ke atas seseorang atas sebab-sebab

kesalahan yang agak kec i l a taupun r ingan .

1.1 Adat Resam dan Tradisi:

Kaum Dusun di Sabah mempunyai banyak amalan adat resam dan tradisi yang diwarisi berasaskan fahaman dan agama adat "Pagan" kaum Dusun. Prof. Madya Abu Hassan Sham (1987) melaporkan Prof. Dr. Mohd. Taib Osman menyatakan tradisi ialah suatu yang diwarisi daripada nenek moyang. Antara ciri-ciri fahaman tradisi masyarakat Dusun yang dianggap baik ialah kaum ini mempercayai adanya alam ghaib seperti Tuhan dan setiap perbuatan mempunyai balasan baik buruknya. Bagi masyarakat Dusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" dan mempunyai kuasa tertinggi dari segala sesuatu. Tuhan tempat mereka mengkomunikasi atau meminta sesuatu khususnya kesihatan, keselamatan dan meminta perlindungan daripada sebarang penyakit serta kinorohingan dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti syaitan atau "Roogon" dalam bahasa Dusun. Ini jelas terbukti dalam upacara-upacara masyarakat Dusun, contohnya apabila membuka tanah baru untuk pertanian, membina rumah dan masuk rumah

Page 6: Kadazan Notes

baru, mengubati orang sakit, upacara memulakan menuai padi dan sebagainya, semuanya dimulai dengan mentera dan pemujaan kepada Kinorohingan. Menurut Ismaily Bungsu(1988) kepercayaan kaum Dusun atau Kadazan tentang kinorohingan ialah kinorohingan bersemayam di luar sebagai Tuhan dan dikaitkan dengan beberapa lagenda khususnya hal-hal berkaitan dengan mentera pemujaan.

1.2 Istilah Dusun:

Menurut Dr. Jacqueline (dipetik Prof. Mohd. Taib Osman, 1987) Alliston melaporkan mubaligh-mubaligh Roman Katholik mula-mula sekali mendapati nama kadazan digunakan di kalangan Dusun Laut. Istilah ini dikatakan berasal daripada perkataan "kakadazan" atau " kakadayan" yang bererti bandar atau penduduk bandar dan perkataan ini luas digunakan apabila timbulnya parti-parti politik tempatan pada tahun 1960an manakala Melayu Brunei dan Bajau menggunakan istilah Dusun untuk penduduk bumiputera yang mengamalkan penanaman padi secara besar-besaran daripada memburu dan berhimpun menurut Dr. Jacqueline (dipetik Prof. Mohd. Taib Osman, 1987).

1.3 Sistem Sosial:

Masyarakat Dusun mempunyai asas kesamaan sistem sosial (Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan, 1987). Antaranya, sistem dari aspek budaya objektif dan budaya subjektif . Budaya objektif terdiri daripada bahasa, pakaian, pekerjaan malah dalam bidang budaya pemuzikan seperti tarian sumazau dan alat -alat muzik Sompoton, Turali, Tongkungon, Tagunggak, Bakokong, Kulintangan Tring, Bungkau dan Gong (Ismaily Bungsu, 1988) manakala budaya subjektif ialah upacara pemujaan seperti pembacaan doa atau "megendi" dengan menggunakan "komborongoh" adalah satu kemestian dalam masyarakat Dusun ketika memulakan sesuatu perkara seperti masuk rumah baru "Rumesod", mengubati pesakit, menghindari gangguan syaritan, hari keluarga "meginakan" dan sebagainya.

1.4 Bahasa:

Bahasa ialah satu wahana perhubungan dan komunikasi antara manusia. Sebagai keperluan sosial, bahasa adalah alat penting untuk menyampai maksud, ia juga sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan manusia sebagai alat untuk berhubung manakala dialek ialah satu variasi bahasa yang ditentukan mengikut wilayah dan ditutur bergantung kepada tempat seseorang itu dilahirkan (S.Nathesan, 1995). Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) keluarga Dusun menggunakan empat belas bahasa pertuturan. Antara bahasa Dusun ialah Liwan, Tagas, Dusun Tambunan, Tuhauwon dan Kuruyou. Bahasa Dusun Liwan tertumpu di daerah Ranau.

Page 7: Kadazan Notes

1.5 Agama:

Menurut M.Abdul Muieb, Mabruri Tolhah & Syaf’ah Am (1997: 5), agama ialah ajaran atau kepercayaan. Mempercayai satu atau beberapa kekuatan ghaib yang mengatur dan menguasai alam, manusia dan jalan hidupnya. Baik kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Menurut istilah fiqh, agama terdiri daripada agama Samawi yang bersumberkan wahyu dan agama Ardli bersumberkan hasil pemikiran dan ciptaan manusia serta kebudayaan (M.Abdul Mujieb, Marburi Tholhah & Syafi’ah Am, 1997:4). Sejarah melaporkan sebelum tamadun Islam mula berpusat di Pasai pada 1250 - 1524 M dan Islam di Melaka pada 1400-1511M, tamadun Sriwijaya muncul lebih awal iaitu pada 650-1200M. Islam dipercayai sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-5 dan ke-16 melalui pedagang Arab, India dan hasil pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei.

1.6 Sistem Etika dan Peraturan:

Menurut hasil temuramah dengan Tuan Haji Maslin Abdul Fatah pada 23 Disember 2001, masyarakat Dusun mempunyai norma kehidupan yang melibatkan sistem etika dan peraturan yang perlu dipatuhi. Sistem norma ini tidaklah seperti undang-undang bertulis tetapi sistem ini lebih merupakan kontrak sosial. Sistem ini merupakan nilai, panduan dan kawalan dalam kehidupan bermasyarakat. Sesiapa juga yang didapati melanggar norma-norma ini akan dihukum menurut adat masyarakat Dusun yang berupa fizikal dan deraan emosi. Bentuk hukuman fizikal ialah pesalah dikehendaki membayar dengan ayam, babi, lembu atau kerbau manakala deraan emosi pula ialah menjadi celaan dan cemuhan masyarakat sekeliling atau sinonim dengan buah mulut.

KESIMPULAN

Page 8: Kadazan Notes

Sebagai kesimpulan , apabila kita memperkatakan sesuatu bangsa agak ramai yang agak fanatik tentang perkara itu. Hal ini amat jelas menerusi pelbagai nada ungkapan seperti "Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa Jeti Diri, Bahasa Citra Bangsa, Bahasa Identiti Bangsa, Islam Melayu, Kaum/etnik Cina, India, Bajau, kaum Dusun dan sebagainya. Jika ditanya suatu ahli masyarakat mengenai kaum dan agama sudah tentu mereka mengatakan "inilah bangsa ku atau inilah agama ku". Nada-nada mereka menunjukkan satu kebanggaan malah bagi mereka yang fanatik kadangkala kaum lain dianggap rendah berbanding dengannya serta agak sukar menerima kaum lain dalam lingkungan masyarakat mereka dan akhirnya konflik berlaku seperti pertikaian. Sejarah dunia telah menunjukan kebenaran ini. Contoh konflik kaum peristiwa 13 Mei 1969 dan konflik agama BOSNIA dan sebagainya.

Namun situasi ini tidak menggambarkan di tempat kajian, jika kaum Cina fanatik tentang bahasanya tetapi kaum Dusun berada di sebaliknya. Hal ini dapat digambarkan melalui ungkapan bahasa dan cara hidup harian mereka yang kini hampir tidak lagi menggambarkan identiti kaum itu sendiri. Masyarakat ini telah banyak mengadaptasi dan melakukan modifikasi cara dan gaya kehidupan mereka. Contohnya bahasa pertuturan harian dalam ahli keluarga sebagai sistem komunikasi sosial mereka, lebih banyak berbahasa Melayu berbanding dengan bahasa ibunda atau bahasa sendiri. Situasi yang mengejutkan lagi apabila lebih ramai golongan muda meraka yang tidak tahu berbahasa ibunda manakala agama Islam yang mereka anuti telah merubah budaya warisan daripada datuk moyang mereka sama ada dari segi aspek upacara dan penampilan.

Antara faktor-faktor perubahan ini, kebanyakan golongan tua adalah dipengaruhi (penyesuaian) persekitaran dan pendakwa agama yang sudah tentu mempunyai pelbagai latarbelakang budaya khususnya aspek bahasa dan agama serta menjadi antara angkubah yang bertanggungjawab terhadap perubahan ini, sementara golongan muda pula adalah berada dalam situasi pengaruh golongan tua . Tambahan pula, golongan tua sejak awal-awal lagi boleh disifatkan kurang prihatin tentang budaya sendiri tetapi lebih senang dengan budaya luar seperti pengucapan bahasa. Situasi ini ditujukkan oleh ketua keluarga yang banyak menggunakan bahasa Melayu bila berinteraksi dengan anak berbanding dengan bahasa ibunda. Sesungguhnya pengadaptasian bahasa lain dengan meminggirkan bahasa ibunda menjadi suatu kerugian yang besar tetapi perubahan agama ardli kepada agama samawi Islam adalah suatu kesadaran yang tinggi bahawa hanya Allah sahaja yang patut disembah dan bukan lainnya dan akhirnya menjalani suatu kehidupan menurut syara’ yang diredai oleh Allah.

BIBLIOGRAFI

Page 9: Kadazan Notes

Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987). Muzik Instrumental Dan Alat-alat Muzik Dusun Tambunan. (Prof. Dr. Mohd. Taib Osman, Editor 1987). Muzik dan Puisi Rakyat Malaysia Kumpulan Kertas-Kerja Seminar. Kota Kinabalu: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Kitingan, Joseph Pairin (1982) General Introduction to the Culture anda Custom of the Natives of Sabah – the Kadazan (Dusun)". Our Cultural Heritage. Kota Kinabalu: Sabah Kadazan Cultural Association.

Ismaily Bungsu (1988), Beberapa Muzik Sabah. Kota Kinabalu:Jabatan Cetak Kerajaan Datuk Liew Sak Siong, Pencetak Kerajaan Negeri Sabah.

Profesor Mohamed Ghouse Nasuruddin (September 24, 1994). Siri Syarahan Pelantikan Profesor 1994/Bil. 6, Seni Persembahan Tradisi Menjelang Awal Abad ke-21. Pulau Pinang, di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia http://www.lib.usm.my/press/SSU/ghouse.html.

Prof.Madya Abu Hassan Sham (1987). Definisi, Bentuk Dan Fungsi Puisi Rakyat Melayu. (Prof. Dr. Mohd. Taib Osman, Editor 1987). Muzik dan Puisi Rakyat Malaysia Kumpulan Kertas-Kerja Seminar. Kota Kinabalu: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah.

S.Nathesan (1995) Laras Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.

M.Abdul Mujieb, Mabruri Tholhah & Syafi’ah Am(1997). Kamus Istilah Fiqh.Selangor Darul Ehsan:Penerbit PT Pustaka Firdaus.

Sejarah Moden Sabah

http://www.sbh.lib.edu.my/clh/sejarah/kenali_sejarah.htm.

Syed Arabi Idid (1998). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penduduk (Termasuk Penduduk Penghitungan Sendiri) mengikut daerah pentadbiran, Kumpulan Etnik Dan Jantina, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, 1991. http://www.sabah.org.my/kenal_sabah/penduduk_1.htm.

Penduduk (Termasuk Penduduk Penghitungan Sendiri) mengikut daerah pentadbiran, Kumpulan Etnik Dan Jantina, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, 1991. http://www.sabah.org.my/kenal_sabah/penduduk_2.htm.

Taburan Peratus penduduk dan Kepadatan Mengikut Daerah Pentadbiran, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. http://www.sabah.org.my/kenali sabah/padat.htm.

Page 10: Kadazan Notes

Penduduk Sabah

http://www.sabah.org.my/kenal_sabah/penduduk.htm.

Siti Hawa Munji & Ma’rof Redzuan (1990). Pengantar Psikologi. Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Steven A.Beebe, Susan J.Beebe & Mark V.Redmond (Second Edition 1999).Interpersonal Communication. Needham Heights, MA 02494: Allyn & Bacon.

L.E.Sarbaugh (1995). Komunikasi Antara Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohd.Taib Osman dan Wan Kadir Yusof (1986). Kajian Budaya dan Masyarakat Di Malysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Kementerian pelajaran Malaysia.

Werner J.Severin & James W.Tankard JR (1988). Teori Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Noran Fauziah Yaakub (1987). Pengantar Sosiologi.

Petaling jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nunuk Ragang

http://www.sabah.org.my/kenali_sabah/lagenda_stories/lagenda_nunuk.htm.

Mustafah Hj.Daud (1993). Perkahwinan Menurut Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kenneth D. Bailey (1984). Kaedah Penyelidikan Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.