k - tajuk 9 edited

13
Prinsip Perakaunan KBSM Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 61 TAJUK 9 : PERAKAUNAN UNTUK PENGGAJIAN Penggajian ialah urusan menggaji. Setiap individu yang bekerja dengan orang lain akan mendapat ganjaran daripada majikannya. Ganjaran tersebut dipanggil gaji atau upah. a) Slip Gaji Slip gaji merupakan dokumen yang diterima oleh pekerja yang menerima gaji. Item- item yang biasa terdapat dalam slip gaji ialah i. Bahagian penerimaan Meliputi gaji pokok, elaun kerja lebih masa, bonus, imbuhan, elaun sara diri (COLA) dan lain-lain. ii. Bahagian potongan Meliputi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Potongan Cukai Berjadual (PCB), pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman bank dan lain-lain. iii. Gaji bersih Jumlah penerimaan tolak jumlah potongan. Contoh slip gaji ERICOOL ENGINEERING SDN. BHD. SALARY SLIP MONTH : SEPT 2009 ACCT : 12-5678-9123-5 NAME : AZLINA BINTI ABAS I/C NO : 590729-05-5384 POSITION : ADMIN CLERK EPF NO : SG 6178123 DEPARTMENT : ADMIN DEPARTMENT SOCSO NO : XXXXXXXXXXXXX EARNING DEDUCTION BASIC SALARY RM 600.00 ADVANCE RM - ALLOWANCE MOBILE RM 50.00 UNPAID LEAVE RM - OVERTIME RM 121.15 EPF RM 66.00 OUT-STATION RM - SOCSO RM 4.25 OTHERS RM 50.00 LOAN RM GROSS SALARY RM 821.15 TOTAL RM 70.25 NET SALARY RM 750.90 Date Join: 1st Sept 2005 Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat: Menyatakan maksud penggajian. Mengenalpasti kaedah pembayaran gaji. 9.1 Dokumen Penggajian

Upload: mohd-firdaus-muhamad-hanafi

Post on 15-Jun-2015

3.520 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: k - TAJUK 9 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM  

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 61  

TAJUK 9 : PERAKAUNAN UNTUK PENGGAJIAN

Penggajian ialah urusan menggaji. Setiap individu yang bekerja dengan orang lain akan

mendapat ganjaran daripada majikannya. Ganjaran tersebut dipanggil gaji atau upah.

a) Slip Gaji

Slip gaji merupakan dokumen yang diterima oleh pekerja yang menerima gaji. Item-

item yang biasa terdapat dalam slip gaji ialah

i. Bahagian penerimaan

Meliputi gaji pokok, elaun kerja lebih masa, bonus, imbuhan, elaun sara diri

(COLA) dan lain-lain.

ii. Bahagian potongan

Meliputi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan

Keselamatan Sosial (PERKESO), Potongan Cukai Berjadual (PCB), pinjaman

perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman bank dan lain-lain.

iii. Gaji bersih

Jumlah penerimaan tolak jumlah potongan.

Contoh slip gaji

ERICOOL ENGINEERING SDN. BHD. SALARY SLIP MONTH : SEPT 2009 ACCT : 12-5678-9123-5 NAME : AZLINA BINTI ABAS I/C NO : 590729-05-5384 POSITION : ADMIN CLERK EPF NO : SG 6178123

DEPARTMENT : ADMIN DEPARTMENT SOCSO NO :

XXXXXXXXXXXXX EARNING DEDUCTION BASIC SALARY RM 600.00 ADVANCE RM - ALLOWANCE MOBILE RM 50.00 UNPAID LEAVE RM - OVERTIME RM 121.15 EPF RM 66.00 OUT-STATION RM - SOCSO RM 4.25 OTHERS RM 50.00 LOAN RM GROSS SALARY RM 821.15 TOTAL RM 70.25 NET SALARY RM 750.90 Date Join: 1st Sept 2005

Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:

• Menyatakan maksud penggajian.

• Mengenalpasti kaedah pembayaran gaji.

9.1 Dokumen Penggajian

Page 2: k - TAJUK 9 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM  

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 62  

b) Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran gaji :

i. Tunai

Gaji dibayar kepada pekerja secara tunai.

ii. Cek

Gaji dibayar kepada pekerja dengan menggunakan cek.

Bagi kaedah (i) dan (ii), pekerja perlu menandatangani baucar pembayaran

sebagai bukti penerimaan gaji bagi bulan tersebut.

iii. Bayaran Automatik (Automated Payment)

Pekerja juga boleh menerima gaji melalui bank dengan cara bayaran

automatik. Bayaran automatik bermaksud majikan memberi arahan bertulis

kepada pihak bank untuk membayar sejumlah wang tertentu ke akaun

pekerjanya.

Page 3: k - TAJUK 9 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM  

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 63  

Kawalan dalam penggajian terbahagi kepada

i) Pemberian kuasa

ii) Kawalan dan keselamatan

Pemberian kuasa ialah satu surat kuasa yang dikeluarkan oleh majikan kepada

pihak yang bertanggungjawab untuk membayar gaji pekerja.

Kawalan dalaman penggajian merangkumi empat aktiviti:

(i) Pengambilan pekerja

(ii) Jadual masa bekerja

(iii) Menyedia dan menyimpan rekod pekerja

(iv) Pembayaran gaji kepada pekerja

Antara objektif Kawalan Dalaman Penggajian ialah

i) menjaga aset syarikat

ii) mengurangkan penyelewengan dan penipuan

iii) memastikan dokumen pembayaran gaji selamat.

iv) rekod-rekod penggajian memenuhi prosedur perakaunan

9.2 Kawalan Dalam Penggajian

Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:

• Mengenalpasti dokumen pemberian kuasa penggajian.

• Menerangkan maksud kawalan dalam penggajian.

• Menjelaskan objektif dan kepentingan Kawalan Dalaman

Penggajian.

Page 4: k - TAJUK 9 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM  

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 64  

Bidang Tugas Eksekutif Sumber Manusia : 

 

1. Bertanggungjawab dalam merancang dan pengrekrutan : 

- Temu duga, pengrekrutan, ujian, koordinasi pekerja sementara @ kontrak 

2. Bertanggungjawab dalam merancang latihan : 

- Orentasi, pengurusan prestasi, kemahiran, latihan, peningkatan produktiviti 

3. Bertanggungjawab dalam menyimpan rekod peribadi: 

- Sistem maklumat, rekod pekerja. 

4. Bertanggungjawab dalam perancangan strategik : 

- Membuat ramalan perancangan jumlah kakitangan syarikat untuk tahun 

seterusnya berdasarkan keutuhan dan keperluan syarikat. 

5. Bertanggungjawab dalam pampasan : 

- Mentadbir gaji dan upah sama ada harian/bulanan 

- Mereka bentuk kerja 

- Bayaran insentif yang bersesuaian dengan keperluan syarikat 

- Penilaian kerja  

- Membuat caruman bulanan pekerja bagi KWSP dan PERKESO 

- Menguruskan perkara yang berkaitan dengan pampasan KWSP dan PERKESO 

sekiranya berkaitan. 

Petikan  surat pemberian kuasa

Page 5: k - TAJUK 9 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM  

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 65  

a) Pengiraan Gaji Kasar Gaji kasar ialah gaji yang terdiri daripada gaji pokok, elaun kerja lebih masa,

bonus, elaun perumahan, elaun sara diri (COLA), elaun dobi, elaun makan, elaun

kritikal, elaun tanggungjawab dan lain-lain.

Gaji pokok ialah gaji sebenar yang ditawarkan kepada pekerja seperti dalam

kontrak kerja. Elaun ialah faedah sampingan yang dibayar kepada pekerja yang

diperuntukkan bagi sesuatu perjawatan.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah badan berkanun yang

ditubuhkan oleh kerajaan dengan tujuan menggalakkan tabungan sebagai

jaminan hari tua pekerja. Caruman KWSP bagi setiap pekerja terdiri daripada

dua bahagian iaitu caruman bahagian pekerja dan caruman bahagian majikan.

Kadar caruman berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada polisi

kerajaan. Kadar caruman terkini adalah sebanyak 12% bagi majikan dan 9%

bagi pekerja yang berasaskan gaji pokok.

Contoh pengiraan potongan KWSP :

Salmah menerima gaji pokok sebanyak RM2 000 sebulan. Dia mencarum dalam

KWSP sebanyak 9% sebulan dan majikannya mencarum 12%.

Caruman pekerja = RM2 000 x 9% = RM180

Caruman majikan = RM2 000 x 12% = RM240

Jumlah caruman KWSP bulanan = RM180 + RM240 = RM420

Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:

• Mengenalpasti butiran yang menjadi sumber gaji.

• Menerangkan maksud gaji pokok, elaun, KWSP dan

PERKESO.

• Mengenalpasti butiran yang menyebabkan pengurangan

gaji.

• Menghitung gaji bersih.

• Merekod pembayaran gaji dalam lejar.

9.3 Pengiraan Gaji

Page 6: k - TAJUK 9 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM  

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 66  

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

ialah sebuah badan berkanun yang bertujuan

untuk mentadbir skim keselamatan sosial dan

memberi perlindungan kepada pekerja terhadap beberapa kejadian luar jangka

seperti kemalangan semasa perjalanan, ilat dan kematian. Mengikut Akta

Keselamatan Sosial Pekerja 1969, semua majikan yang mempunyai seorang

atau lebih pekerja yang menerima gaji kurang daripada RM3 000, wajib

mendaftarkan pekerjanya dengan PERKESO. Caruman PERKESO perlu

dibayar oleh majikan dan pekerja (lihat jadual di bawah).

Perlindungan PERKESO adalah untuk pekerja warganegara Malaysia dan

pemastautin tetap sahaja. Kategori pekerja yang dikecualikan daripada caruman

PERKESO adalah seperti berikut :

• Kakitangan kerajaan

• Pekerja khidmat rumah

• Bekerja sendiri

• Pekerja asing

• Tuan punya dan pasangan syarikat persendirian atau perkongsian.

Laman web PERKESO : http://www.perkeso.gov.my/ 

Petikan jadual caruman PERKESO

Page 7: k - TAJUK 9 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM  

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 67  

Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji

yang layak dicarumkan dengan PERKESO. Antara pembayarannya ialah

• Gaji pokok

• Kerja lebih masa

• Komisen

• Elaun insentif, elaun sara hidup

• Caj perkhidmatan (service charge)

Contoh pengiraan gaji kasar :

Karen menerima gaji pokok sebanyak RM1 100 sebulan. Elaun sara hidup

sebanyak RM200 dan elaun perumahan sebanyak RM250. Kirakan jumlah gaji

kasar yang diterima oleh Karen.

Pengiraan : RM

Gaji pokok 1 100

Elaun sara hidup 200

Elaun perumahan 250

Gaji kasar 1 550

Caruman yang perlu dibayar oleh majikan kepada PERKESO ialah RM34.90,

manakala caruman yang perlu dibayar oleh pekerja ialah RM7.75 (rujuk jadual)

b) Jenis-jenis Potongan dalam Penggajian Jenis-jenis potongan dalam penggajian adalah seperti berikut:

i. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – caruman pekerja.

ii. Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) – Caruman pekerja.

iii. Potongan Cukai Berjadual (PCB).

iv. Pinjaman perumahan.

v. Pinjaman kenderaan.

vi. Lain-lain

• Yuran Koperasi

• Pinjaman Koperasi

• Zakat

Page 8: k - TAJUK 9 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM  

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 68  

Menghitung Gaji Bersih Gaji bersih ialah gaji kasar tolak dengan jumlah potongan gaji.

Gaji bersih = gaji kasar – jumlah potongan gaji

Contoh pengiraan gaji bersih:

Ramesh menerima gaji pokok sebanyak RM2 300 sebulan. Dia juga menerima elaun

sara hidup sebanyak RM250, elaun makan RM300 dan elaun dobi sebanyak RM50.

Dia mencarum dalam KWSP sebanyak 9% dan membayar PERKESO sebanyak

RM15 sebulan. Ramesh juga membayar pinjaman perumahan sebanyak RM750

dan yuran koperasi RM25.

Kirakan gaji bersih yang diterima oleh Ramesh.

Penerimaan

Gaji pokok 2 300.00

Elaun sara hidup 250.00

Elaun makan 300.00

Elaun dobi 50.00

2 900.00

Pembayaran

KWSP (2 300 x 9%) 207.00

PERKESO 14.75

Pinjaman perumahan 750.00

Yuran koperasi 35.00

996.75

Jumlah gaji bersih : RM2 900 – RM996.75 = RM1 903.25

Info: Potongan Cukai Berjadual PCB adalah satu mekanisma potongan cukai pendapatan daripada saraan bulanan semasa pekerja mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan atau kaedah-kaedah lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah LHDN. Potongan ini bertujuan untuk mengurangkan beban pekerja membayar cukai sekaligus apabila cukai dikira.

Page 9: k - TAJUK 9 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM  

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 69  

Merekod Pembayaran Gaji dalam Lejar

Contoh catatan dalam jurnal:

Sepanjang bulan Januari, Syarikat Seri Maju yang mempunyai pekerja seramai 10

orang membayar gaji sebanyak RM800 seorang. Caruman KWSP bagi pekerja

sebanyak 9% dan caruman PERKESO sebanyak RM140. Setiap pekerja perlu

mencarum dalam insurans nyawa sebanyak RM50 sebulan. Gaji bagi bulan januari

dibayar pada minggu pertama bulan Februari.

Sediakan catatan jurnal menunjukkan pembayaran gaji tersebut.

Jawapan

Lejar :

Akaun Gaji

RM RM

KWSP 720 Untung Rugi 8 000

PERKESO 140

Insuran 500

Gaji terakru 6 640

8 000 8 000

Akaun Gaji Terakru

RM RM

Bank 6 640 Gaji 6 640

Tarikh Butiran Debit Kredit

Feb 3

Gaji

KWSP

PERKESO

Insurans

Gaji terakru

(Merekod pembayaran gaji bagi bulan Januari)

8 000

720

140

500

6 640

Page 10: k - TAJUK 9 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM  

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 70  

Gaji ialah pendapatan tetap yang dibayar kepada golongan pengurusan dan

pentadbiran. Contohnya gaji guru, pengurus dan kerani. Manakala upah ialah

pendapatan tidak tetap yang dibayar mengikut jam bekerja, bilangan hari bekerja atau

jumlah unit pengeluaran.

Contoh 1:

Encik Aizat bekerja sambilan sebagai jurujual komputer. Upah yang diterima ialah RM20

sejam dan dia bekerja selama 5 jam sehari selama 20 hari.

Hitungkan upah yang diterima oleh Encik Aizat.

Upah = 20 hari x 5 jam x RM20

= RM2 000

Kesan gaji ke atas pendapatan individu adalah tetap. Kesan upah ke atas pendapatan

individu adalah berubah mengikut kadar upah yang diperoleh. Individu yang dibayar gaji

akan memperoleh pendapatan yang tetap.

Bagi individu yang dibayar upah, mereka akan menerima pendapatan yang tidak

tetap kerana bayaran adalah bergantung kepada kadar upah berasaskan tempoh masa

bekerja atau unit pengeluaran yang dihasilkan. Contoh tempoh masa ialah berasaskan

jam dan hari bekerja, manakala upah bagi penghasilan keluaran berasaskan unit atau

kuantiti yang dihasilkan.

Hasil Pembelajaran

Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:

• Menyatakan maksud gaji dan upah.

• Menyatakan kesan perbandingan antara gaji dan upah

terhadap pendapatan individu.

9.4 Kesan Penggajian Ke Atas Pendapatan

Page 11: k - TAJUK 9 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM  

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 71  

Contoh 2

Encik Parjo bekerja membuat kerusi di sebuah kilang perabot di pekan Banting. Bagi

setiap kerusi yang dihasilkan dia menerima upah sebanyak RM15. Hitung upah yang

diterima sekiranya dia telah menghasilkan 60 buah kerusi bagi bulan Januari tahun

2009.

Pengiraan :

Upah = 60 unit x RM15 = RM900

LATIHAN A Soalan Objektif 1. Antara berikut yang manakah kaedah pembayaran gaji?

I Tunai

II Cek

III Bayaran Automatik

IV Slip pindahan wang

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

2. Antara berikut, yang manakah merupakan butiran yang menjadi sumber pendapatan

gaji?

I Elaun

II Gaji pokok

III Caruman PERKESO

IV Potongan Cukai Berjadual (PCB)

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Page 12: k - TAJUK 9 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM  

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 72  

Soalan 3 dan 4 berdasarkan maklumat berikut

Encik Alwi seorang pekerja di sebuah syarikat multinasional. Berikut merupakan

butiran sumber dan potongan gaji Encik Alwi bagi bulan November 2009

RM

Gaji pokok 3 000

Elaun lebih masa 500

Elaun kritikal 300

KWSP (caruman majikan) 360

Pinjaman kenderaan 500

Pinjaman perumahan 600

KWSP (caruman pekerja) 330

Cukai Berjadual (PCB) 80

3. Hitung gaji kasar Encik Alwi bagi bulan November.

A RM3 800

B RM3 860

C RM4 130

D RM4 160

4. Hitung gaji bersih Encik Alwi bagi bulan November.

A RM3 060

B RM2 980

C RM2 650

D RM2 290

5. Puan Humaira bekerja sambilan sebagai jurujual kosmetik. Upah yang diterima ialah

RM20 sejam. Hitung upah sekiranya beliau bekerja sebanyak 15 jam bagi bulan

Disember 2009.

A RM350

B RM300

C RM250

D RM200

Page 13: k - TAJUK 9 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM  

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 73  

Jawapan 1. A

2. A

3. A

4. D

5. B

B Soalan subjektif 1. Apakah maksud penggajian?

2. Senaraikan 3 kaedah pembayaran gaji.

3. Nyatakan maksud Kawalan Dalaman Penggajian.

4. Nyatakan objektif dan kepentingan Kawalan Dalaman Penggajian.

5. Puan Premalatha bekerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat swasta dengan

gaji bulanan RM1 500. Elaun bulanan ialah RM300. Caruman kepada KWSP ialah

9% oleh pekerja dan 12% oleh majikan.

Anda dikehendaki menghitung:

i) Gaji kasar

ii) KWSP caruman pekerja dan majikan

Jawapan: (i) RM1 800 (ii) RM315

6. Encik Leong bekerja sebagai pegawai kewangan dengan gaji bulanan RM2 600 dan

elaun bulanan sebanyak RM500. Potongan Cukai Berjadual ialah RM55. Caruman

kepada KWSP ialah 12% oleh majikan dan 9% oleh pekerja.

Anda dikehendaki menghitung:

i) Gaji Kasar

ii) Gaji Bersih

Jawapan: (i) RM3 100 (ii) RM2 811