k lia

12
SINOPSIS Mengisahkan Puan Ainun yang hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Pada suatu hari, Puan Ainun memberi setiap orang jirannya semangkuk daging masak Minang. Semua jirannya memuji keenakan masakannya kecuali Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam dengan Cik Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau bali pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.

Upload: nur-rahim

Post on 17-Aug-2015

33 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: K lia

SINOPSIS

Mengisahkan Puan Ainun yang hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Pada suatu hari, Puan Ainun memberi setiap orang jirannya semangkuk daging masak Minang. Semua jirannya memuji keenakan masakannya kecuali Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam dengan Cik Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau bali pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.

Page 2: K lia

TEMA

Kepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian

Page 3: K lia

PERSOALAN

i. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.Contoh: Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita yang tinggal di satu taman perumahan.

ii. Larangan dalam agama.Contoh: Cik Punita mengembalikan semangkuk daging pemberian Puan Ainun kerana amalan agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci.

Page 4: K lia

PERSOALAN

iii. Dendam yang berpanjangan.Contoh: Puan Ainun berdendam terhadap Cik Punita yang mengembalikan semangkuk daging pemberiannya.

iv. Tolong- menolong dalam hidup bermasyarakat.Contoh: Anak- anak Puan Ainun menyiram pokok- pokok bunga Cik Punita ketika dia balik ke kampung.

Page 5: K lia

PLOT

i. PermulaanMengisahkan Puan Ainun seorang yang suka memasak dan mencuba resipi baharu, iaitu daging masak Minang.

ii. PerkembanganPuan Ainun meminta anak-anaknya menghantar masakan tersebut kepada tiga orang jirannya iaitu Puan Cheng, Cik Punita dan Puan Salbiah.

iii. PuncakPuan Ainun akhirnya mengetahui punca Cik Punita mengembalikan masakannya melalui penjelasan suaminya. Rupa-rupanya Cik Punita tidak makan daging kerana penganut agama Hindu tidak boleh makan daging lembu.

iv. PeleraianAkhirnya Puan Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar sendiri bubur kacang kepada Cik Punita.

Page 6: K lia

TEKNIK PENCERITAAN

i. PemerianContoh: Memerihalkan peristiwa Puan Ainun mencuba resepi baharu, iaitu daging masak Minang.

ii. DialogContoh: Perbualan antara Puan Ainun dengan Puan Cheng tentang masakan Puan Ainun di halaman rumah mereka.

iii. Imbas KembaliContoh: Puan Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan kesihatan yang dijual oleh Cik Punita.

Page 7: K lia

TEKNIK PENCERITAAN

iv. SaspensContoh: Pembaca tertanya-tanya sebab Cik Punita tidak menerima masakan pemberian Puan Ainun.

v. Monolog DalamanContoh: Sewaktu Puan Ainun tertanya-tanya di dalam hati sebab Cik Punita tidak menerima pemberiannya.

vi. MonologContoh: Puan Ainun mengeluh sendirian memikirkan perbuatan Cik Punita yang menolak pemberiannya.

Page 8: K lia

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA (PUAN AINON)

1. Isteri kepada Encik Hilal.

2. Ibu kepada Shafiq dan Hanif.

3. Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan Puan Salbiah.

4. Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong jiran

5. Seorang yang mudah kecil hati dan pendendam.

6. Puan Ainun kecil hati dan berdendam dengan Cik Punita kerana mengembalikan masakan

pemberiannya.

7. Insaf akan kesilapannya.

Page 9: K lia

WATAK DAN PERWATAKAN

CIK PUNITA ENCIK HILALI. Jiran Puan Ainun yang berketurunan

India dan beragama Hindu.II. Berusia 30-an tetapi belum berkahwin.III. Fasih berbahasa Melayu.IV. Berasal dari Ipoh.V. Menjual barangan kesihatan keluaran

syarikat jualan langsung.VI. Patuh pada ajaran agamanya .

Contoh : Cik Punita tidak makan daging lembu.

VII.Mempunyai semangat kejiranan. Contoh : Cik Punita memberikan buah limau bali kepada keluaga Puan Ainun

I. Suami kepada Puan Ainun.II. Bapa kepada Shafiq dan Hanif.III. Menasihati isterinya yang menghadapi

masalah dengan jirannya.IV. Memahami adat dan budaya masyarakat

kaum lain. Contoh: Dia menjelaskan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.

Page 10: K lia

GAYA BAHASA

1. Diksi. Contoh: Penggunaan bahasa Inggeris - best.

2. Perlambangan. Contoh: hatinya berasa kembang.

3. Sinkope. Contoh : “ Tak ada. Semuanya saya dah beli semalam,” jawab Puan Ainun

4. Simile. Contohnya : Sakit hati Puan Ainun makin bertambah bagai dicucuk dengan duri.

5. Peribahasa. Contoh : Penggunaan pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

6. Kata Ganda. Contoh: Berhari-hari selepas itu Punita tidak juga pulang.

Page 11: K lia

NILAI

1. Nilai tolong- menolong.Contoh: Puan Ainun menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita sewaktu ketiadaan jirannya itu.

2. Nilai bertanggungjawab.Contoh: Puan Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hak-hak jiran seperti menolong mengangkat kain sewaktu ketiadaan Cik Punita.

3. Nilai kepatuhan.Contoh: Anak-anak Puan Ainun patuh pada arahannya supaya menghantar juadah kepada jiran-jirannya.

4. Nilai keinsafan.Contoh: Puan Ainun insaf akan kesilapannya berburuk sangka terhadap Cik Punita.

5. Nilai prihatinContoh: Encik Hilal prihatin terhadap adat dan budaya agama lain. Misalnya dia memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.

Page 12: K lia

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menghormati jiran dan adat budaya kaum lain. Contohnya, Encik Hilal memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.

2. Kita mestilah tolong-menolong sesama jiran. Contohnya, anak-anak Puan Ainun menolong Cik Punita menyiram pokok-pokok bunga dan Puan Cheng menawarkan diri untuk menolong Puan Ainun membeli barang-barang kerana dia hendak ke kedai.

3. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa. Contohnya, Puan Ainun menyangka Cik Punita memulangkan makanan kerana marah terhadapnya yang tidak membeli barangan yang dijual oleh Cik Punita.

4. Kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik. Contohnya, Puan Ainun mendidik Shafiq dan Hanif agar bertimbang rasa dan tolong-menolong sesama jiran.