p~rliss~ringkali ~k~fp~k

3
ama seperti pokok kelapa, pokok nipah dan beberapa pokok lain lagi, pokok pi sang juga menyumbang banyak jasakepada cmanusia khususnya di Malaysia, negeri Perlis. Boleh dikatakan setiap penduduk di negeri ini menanam pokok pisang. Kalau tidak banyak pun, sekurang- kurangnya sepokok mesti ada . Bukan sahaja mereka yang tinggal di kampung-kampung, malah para penghuni di kawasan taman perumahan juga turut menanam pokok pisang pada tanah lapang persekitaran taman. Pokok pisang mempunyai pelbagai jenis. Ada pisang emas, pisang awak, pisang bunga, pisang restali, pisang mentalun , pisang kelat, pisang menggala, pisang raja, pisang tanduk, pisang hutan, pisang ambon dan banyak lagi nama-nama yang hanya lebih diketahui oleh pakar- pakar pisang sahaja. Biar apa nama sekalipun yang ada pada pokok pisang, namun paling penting peranan pokok tersebut kepada manusia memang banyak sekali. Bermula dari akarnya, kegunaan akar pokok pisang lebih kepada bidang perubatan. Masyarakat Melayu khususnyadi mengambil .. pisang atas batu asahan ' diambiJ airnya untuk disapu pada tempat gigitan lipan atau serangga berbisa lain. Insya-Allah, dengan kesejukan airnya dikatakan mampu mengurangkan sakit mangsa- mangsa sengatan atau gigitan. Air asahan daripada akar pokok pisang juga dikatakan boleh menyembuhkan penyakit cirit-birit khususnya di kalangan bayi. Bagaimanapun tidak semua akar pokok pisang boleh dijadikan ubat, sebaliknya ada jenis-jenis tertentu sahaja yang benar-benar mujarab terutama akar pisang kelat. Pokok pi sang ditanam anaknya dengan asalnya panjang batang anak pokok pisang kira-kira setengah meter, hanya dalam tempoh beberapa bulan sahaja anak pokok pisang tersebut membesar dan meninggi hingga akhirnya mengeluarkan jantung dan buah. PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERllS I I Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Upload: doanliem

Post on 12-Aug-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: P~rliss~ringkali ~k~fp~k

ama seperti pokok kelapa, pokok nipah dan

beberapa pokok lain lagi, pokok pi sang juga

menyumbang banyak jasakepada cmanusia

khususnya p~~duduk di Malaysia, ap~t~hla9idl ' negeri Perlis.

Boleh dikatakan setiap penduduk di negeri ini menanam

pokok pisang. Kalau tidak banyak pun, sekurang­

kurangnya sepokok mesti ada. Bukan sahaja mereka

yang tinggal di kampung-kampung, malah para penghuni

di kawasan taman perumahan juga turut menanam pokok

pisang pada tanah lapang persekitaran taman.

Pokok pisang mempunyai pelbagai jenis. Ada pisang

emas, pisang awak, pisang bunga, pisang restali, pisang

mentalun, pisang kelat, pisang menggala, pisang raja,

pisang tanduk, pisang hutan, pisang ambon dan banyak

lagi nama-nama yang hanya lebih diketahui oleh pakar­

pakar pisang sahaja. Biar apa nama sekalipun yang ada

pada pokok pisang, namun paling penting peranan

pokok tersebut kepada manusia memang banyak sekali.

Bermula dari akarnya, kegunaan akar pokok pisang

lebih kepada bidang perubatan. Masyarakat Melayu

khususnyadi P~rliss~ringkali mengambil .. ~k~fp~k<?k pisang untukdia.~an ; d"i atas batu asahan ' ~an diambiJ

airnya untuk disapu pada tempat gigitan lipan atau

serangga berbisa lain. Insya-Allah, dengan kesejukan

airnya dikatakan mampu mengurangkan sakit mangsa­

mangsa sengatan atau gigitan.

Air asahan daripada akar pokok pisang juga dikatakan

boleh menyembuhkan penyakit cirit-birit khususnya di

kalangan bayi. Bagaimanapun tidak semua akar pokok

pisang boleh dijadikan ubat, sebaliknya ada jenis-jenis

tertentu sahaja yang benar-benar mujarab terutama akar

pisang kelat.

Pokok pi sang ditanam anaknya dengan asalnya panjang

batang anak pokok pisang kira-kira setengah meter,

hanya dalam tempoh beberapa bulan sahaja anak pokok

pisang tersebut membesar dan meninggi hingga akhirnya

mengeluarkan jantung dan buah.

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERllS I

I

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 2: P~rliss~ringkali ~k~fp~k

JURN A L JAWATANKUA SA G E RAKAN M EMB A CA NEGERI PERLI S

Batang pokok pisang juga mempunyai kegunaan

untuk manusia. Suatu masa dahulu masyarakat

Islam di negeri ini menggunakan batang pisang

yang dikembar dua atau tiga sebagai tempat

mandi jenazah.

Para petani pula menggunakan batang pisang

sebagai salah satu alat untuk meratakan tanah

sawah mereka yang dibajak menggunakan alat

pembajak tradisional dan ditarik menggunakan

lembu atau kerbau. Semasa hendak meratakan

tanah sawah tersebut, para petani menggunakan

sejenis alat dipanggil penyisir yang bergigi buluh

tajam di bahagian bawahnya. Gigi buluh itulah

digunakan untuk dicucuk pada batang pisang dan

kemudian ditarik oleh lembu atau kerbau untuk

meratakan tanah sawah mereka sebelum ditabur

benih padi.

Semasa banjir atau bagi penduduk yang tinggal

berhampiran sungai, batang pisang digunakan

untuk dibuat rakit. Empat atau lima batang pisang

dikembarkan dengan menggunakan buluh sebagai

'paku' pengembar dan diikat pula dengan akar tali

untuk dijadikan rakit tersebut.

Kulit batang pisang yang sejuk seringkali digunakan

sebagai tempat menyimpan sesuatu supaya tahan

lama. Oi antara kegunaan penyejuk kulit batang

pisang ialah bagi menyimpan daun sireh, pekasam

ikan atau udang dan bunga-bungaan supaya tidak

cepat kering.

Jika dikoyak pada kulit batang pisang itu pula, boleh

mendapatkan tali seperti benang. Masyarakat zaman dahulu

menjadikan tal i kulit batang pisang sebagai benang jahitan,

atau benang tali kail pancing sementara kanak-kanak

menjadikannya sebagai tali layang-Iayang yang disambung­

sambung menjadi panjang.

Oaun pisang juga banyak kegunaannya kepada man usia. Pada

masa lalu, masyarakat tempatan menggunakan daun pisang

sebagai payung ketika hujan. Ini disebabkan daun pisang tidak

telus air sama seperti daun keladi. Penggunaannya mudah

sahaja. Memadai dengan memotong pada bahagian pangkal

pelepahnya, dan terus dijadikan payung dengan memegang

bahagian hujung pelepah tersebut sebagai 'kaki' payung.

Pal ing banyak penggunaan daun pisang dari dahulu hingga

sekarang ialah sebagai pembalut makanan. Oaun pisang

digunakan untuk membalut pulut udang, pulut panggang,

lepat pisang, lepat manis, lepat liat dan banyak lagi jenis­

jenis makanan tradisiona l Melayu.

Pada masa dahulu, kanak-kanak sekolah juga menggunakan

batang pelepah pi sang sebagai pengecop membuat reka

bentuk bunga pada lukisan mereka. Ini disebabkan bahagian

dalam batang pelepah tersebut mempunyai corak-corak

menarik dan boleh dihasilkan lukisan menarik kepada mereka

yang kreatif menghasilkannya.

Sebelum berbuah, pokok pisang mengeluarkan jantung.

Jantung pisang juga digunakan oleh manusia untuk dijadikan

ulam. Ada yang memakannya secara mentah dan ada yang

merebusnya sebelum dijadikan ulam yang dicecah dengan air

asam atau sambal.

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 3: P~rliss~ringkali ~k~fp~k

JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI PERLlS

Di samping dijadikan ulam, jantung pisang juga

digunakan sebagai bahan campuran untuk masakan

kari. Seringkali jantung pisang dicampur dengan tulang

ikan kering, tulang daging atau telur untuk masakan

tersebut. Masakan itu bukan sahaja untuk makanan

sekeluarga, malah selalu juga dimasak untuk hidangan

di majlis-majlis kenduri perkahwinan atau berkhatan.

Penggunaan buah pisang tidak usah dinyatakan lagi.

Semua kita sedia mengetahui tentang penggunaan buah

pisang tersebut. Selain untuk dimakan mentah buahnya,

buah pisang juga digunakan untuk masakan goreng

pisang, cucur kodok, lepat pisang, kerepek pisang,

serawa pisang, dan sesetengah jenis pisang yang belum

masak boleh digunakan untuk masakan kari.

Masyarakat Melayu zaman

dahulu, malah hingga sekarang

terutama mereka yang tinggal

di kampung-kampung suka

menanam pokok pisang bukan

sahaja kerana penjagaannya

mudah, malah himpunan

pokok-pokok pisang yang

banyak ditanam di sekeliling

rumah juga boleh membantu

menahan tiupan angin kencang

yang mengancam keselamatan

rumah.

Demikianlah banyaknya penggunaan pokok pisang

tersebut kerana walaupun batangnya lembut dan

mudah sahaja ditebang, tetapi jasanya yang begitu

besar kepada manusia, sudah semestinyalah ia wajar

dijagai sepanjang masa. Justeru tidak hairanlah kenapa

sekarang banyak di antara mereka yang berkemampuan

modal mewujudkan tanaman pokok pisang sebagai

ladang komersial yang juga boleh menambah rezeki.

" " ' .' PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS . '

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis