k. khusus krp3013

Upload: acikanewa-acigedup

Post on 03-Apr-2018

229 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    1/23

    1

    KRP 3013

    KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    MOHD YATIN YAZIX BIN AHMAD D20111049935 017 4343407

    NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. IKHSAN OTHMAN

    TARIKH SERAH :

    Bahagian A : Analisis Kesepaduan Dalam Kurikulum dan Pengajaran

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    2/23

    2

    KANDUNGAN

    PERKARA MUKA SURAT

    A. Laporan Analisis Kesepaduan Matematik 3 - 8

    B. Laporan Analisis Kesepaduan Sains 9 - 13

    C. Laporan Analisis Kesepaduan Dunia Seni Visual 14 - 18

    D. Laporan Analisis Kesepaduan Bahasa Melayu 19 - 22

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    3/23

    3

    A. Laporan Analisis Kesepaduan Matematik

    Nama Mata Pelajaran : Matematik

    Tahun : 2

    Dokumen Dianalisis : Modul/Panduan P&P

    Tajuk : Wang Hingga RM100

    1. Kesepaduan Pengetahuan

    a. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran

    yang dipilih:

    i. Warnaii. Nama wang mengikut negara.

    b. Rasional/ Kepentingan

    Dalam proses P&P murid perlu diperkenalkan dengan warna wang kertas yang terdapat di

    Malaysia. Murid dapat difahamkan bahawa menetukan nilai wang selain dari nombor atau

    simbol pada wang, wang juga dapat dibezakan nilai berdasarkan warna. Sebagai contoh

    RM 10 (merah), RM 5 (hijau) dan RM 1 (biru).

    c. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat

    dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Dalam set induksi, guru boleh mempamerkan wang kertas yang ada dalam mata wang

    Malaysia. Guru menyoal murid sama ada pernah atau tidak melihat wang kertas yang di

    pamerkan. Jika ya, murid diminta menyata nilai wang mengikut warna yang ditunjukkan.

    Aktiviti ini dapat mengesan pengetahuan sedia ada murid untuk kepentingan guru merangka

    aktiviti seterusnya.

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    4/23

    4

    2. Kesepaduan Kemahiran

    a. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata pelajaran

    yang dipilih:

    I. MembacaII. Menulis

    III. Menaakul

    b. Rasional/ Kepentingan.

    Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran nilai wang hingga RM 100 bagi tahun 2,

    kesepaduan dalam pelbagai kemahiran diperlukan untuk membantu murid menguasai

    kemahiran asas 4M. Di samping kemahiran mengira, pemantapan kepada kemahiran

    membaca dalam pengenalan suku kata dan ejaan boleh digabungkanjalinkan agar

    murid boleh mengenal perkataan-perkataan seperti sepuluh ringgit, lima puluh ringgit

    Sembilan puluh Sembilan sen, tujuh puluh lima ringgit dan sebagainya. Ini bermakna

    penggabungjalinan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia telah diketengahkan

    c. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat

    dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Kaedah dan aktiviti lakonan merupakan satu kaedah pengajaran yang berpusatkan

    murid. Melalui cara ini, murid-murid akan bergerak dalam kumpulan dan memainkan

    watak-watak yang terdapat di persekitaran mereka. Bagi tajuk ini, set lakonan jual beli

    adalah kaedah terbaik dalam pengajaran guru memantapkan kefahaman murid bagi

    tajuk ini. Melalui proses jual beli, beberapa kios diwujudkan bagi penjualan barangan

    keperluan seharian. Beberapa murid dipilih sebagai penjual barangan ini dan terdapat

    murid lain yang akan melakonkan watak pembeli. Secara tidak langsung, murid-murid

    akan mengadaptasikan persekitaran kehidupan seharian mereka dalam proses P&P.

    Contoh :

    Harga barang :

    Minyak masak RM 25.90 Sebotol besar

    Milo RM 35.00 Satu tin besar

    Beras RM 29.99 Sekampit

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    5/23

    5

    Murid A dibekalkan dengan wang seratus ringgit, A akan membeli barangan seperti di

    atas,. Guru akan menyoal murid :

    Apakah pembelian yang telah dibuat?

    Berapakah harga bagi setiap barangan?

    Berapakah jumlah pembelian?

    Berapakah baki yang tinggal?

    Secara tidak langsung penaakulan secara induktif telah berlaku, murid menjawab soalan

    guru dan memberi kesimpulan ke atas pembelian barang. Bagi penaakulan secara

    deduktif, murid akan diberi nilai wang yang berbeza untuk membuat pembelian bagi

    barang yang sama atau berbeza. Melalui cara ini, murid akan cuba membelanjakan

    wang mengikut kemampuan dan proses P&P menjadi lebih bermakna apabila

    penglibatan murid yang tersusun ke dalam kaedah lakonan ini.

    3. Kesepaduan Nilai

    a. Nilai-nilai lain yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang dipilih:

    I. Jujur

    II. Kerjasama

    III. Jimat cermat

    IV. Teliti

    V. Mendengar arahan

    VI. Berani mencuba

    VII. Nilai keusahawanan

    VIII. Ketelusan

    IX. Keadilan

    b. Rasional/ Kepentingan

    Penerapan aspek keusahawanan secara merentas kurikulum di Tahap Satu peringkat

    sekolah rendah bertujuan membolehkan murid memperoleh kemahiran asas dan

    pengetahuan berasaskan perniagaan dan keusahawanan supaya mereka dapat

    menjalankan kerjabuatsendiri, merekacipta dan cenderung berurusniaga serta

    mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    6/23

    6

    c. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut dapat

    dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Penyerapan nilai jimat cermat amat perlu diterapkan kepada pelajar. Pelajar perlu dilatih

    agar tidak boros dalam berbelanja. Amalan menabung perlu dijadikan kebiasaan kepada

    pelajar. Penyerapan nilai ini dapat dibuat selepas aktiviti lakonan jual beli. Guru

    menerangkan bahawa wang yang ada perlu dibelanja mengikut kemampuan dan hanya

    membeli barang-barang yang perlu sahaja.

    4. Pendapat/ Pandangan/Cadangan serta Justifikasi

    a. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi.

    Kesepaduan ialah kaedah pengajaran dan cara mengelola program pengajaran agar

    pelbagai mata pelajaran dan kemahiran dalam kurikulum boleh dihubungkaitkan antara satu

    sama lain. Pendekatan ini memberi kesepaduan kepada pengalaman sekolah murid.

    Pendekatan ini merupakan strategi induktif yang direkabentuk untuk membolehkan murid

    meningkatkan pemahaman mereka terhadap pelbagai bentuk pengetahuan,disamping

    mengamalkan pemikiran aras tinggi tentang maklumat yang sedang mereka pelajari.Model

    kesepaduan ini melihat murid sebagai seorang yang secara aktif membentuk fahaman

    mereka tentang topik yang dipelajari.

    Tujuan pendekatan kesepaduan ialah untuk mengajar murid berdikari dan menjadi

    penyelesai masalah yang bergantung kepada dir sendiri. Untuk membantu murid

    memahami dan menghayati sejauhmana mata pelajaran dan kemahiran di sekolah

    berhubung-kait satu sama lain dan bukan nya wujud berasingan. Disamping itu kesepaduan

    juga untuk mewujudkan minat murid yang tinggi terhadap pembelajaran yang berbentuk

    peribadi dan individu. Pendekatan ini membentuk situasi dimana murid boleh belajar

    tentang apa mereka mahu dan ingin mengetahui berbanding dengan apa yang ditentukan

    dalam kurikulum dan untuk menekankan proses pembelajaran dan bukan isi kandungan

    mata pelajaran dan kemahiran semata-mata. Pendekatan ini mementingkan nilai sosial

    pembelajaran dimana pelajar digalakkan belajar secara koperatif dengan pelajar lain.

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    7/23

    7

    5. Lampiran

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    8/23

    8

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    9/23

    9

    B. Laporan Analisis Kesepaduan Sains

    Nama Mata Pelajaran : Sains

    Tahun : 2

    Dokumen Dianalisis : Modul/Panduan P&P

    Tajuk : Jalan-Jalan Cari Makan

    1. Kesepaduan Pengetahuan

    d. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran

    yang dipilih:

    i. Hukum halal dan haram

    e. Rasional/ Kepentingan

    Dalam proses P&P murid perlu didedahkan pengetahuan agama tentang hukum halal dan

    haram dalam makanan terutamanya daging binatang. Murid perlu mengetahui binatang-

    binatang yang dagingnya halal dimakan orang penganut Islam. Binatan-binatang yang hidup

    di dua alam seperti yang disebut murid, contohnya katak dan binatang yang menjadikan

    bangkai sebagai makanan, perlu diperjelaskan kepada pelajar bahawa haram dimakan

    dagingnya oleh orang yang beragama islam.

    f. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat

    dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Selepas aktiviti dimana murid menyenaraikan nama-nama binatang yang pernah dilihat

    maka guru boleh mengambil beberapa contoh binatang yang disebut murid dengan

    menjelaskan mengapa binatang tersebut haram dimakan dagingnya. Murid boleh diminta

    sekali lagi menamakan binatang-binatang yang sama sifat seperti yang dijelaskan oleh

    guru. Oleh yang demikian pengetahuan dalam kontek pendidikan islam dapat diserapkan

    kepada semua pelajar.

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    10/23

    10

    2. Kesepaduan Kemahiran

    d. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata pelajaran

    yang dipilih:

    i. Melukis

    ii. Mengajuk

    iii. Menulis perkataan dan menyebut

    e. Rasional/ Kepentingan.

    Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini selain daripada murid

    membayangkan serta menamakan binatang-binatang, murid juga harus mengenali dari

    segi bentuk binatang yang disebut. Oleh itu pelajar bolehlah diminta melukis gambar

    binatang tersebut. Selepas mengenal rupa atau bentuk murid seharusnya diminta

    mengajuk bunyi binatang tersebut.

    f. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat

    dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Di dalam set induksi guru, bunyi-bunyi binatang boleh dimainkan melalui audio dan

    murid diminta mengajuk bunyi tersebut. Selepas itu murid diminta mengajuk bunyi

    binatang lain yang pernah didengar.

    3. Kesepaduan Nilai

    d. Nilai-nilai lain yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang dipilih:

    i. Kasih sayang

    ii. Nilai keusahawanan

    e. Rasional/ Kepentingan

    Kepentingan menerapkan nilai-nilai moral kepada pelajar bahawa kasih sayang bukan

    hanya perlu ada sesame manusia tetapi manusia juga perlu ada sifat kasih dan sayang

    kepada binatang. Contohnya seperti binatang peliharaan (kucing, arnab dan dll.). Bahkan

    binatang liar seperti buaya, singa dan harimau perlu dikasih dan dipelihara agar tidak

    berlaku pembunuhan untuk tujuan keuntungan kewangan. Hal ini penting agar generasi

    akan datang dapat melihat binatang ini.

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    11/23

    11

    Nilai keusahawanan juga dapat diperkembangkan kepada murid. Binatang-binatang yang

    dinyatakan tadi boleh dijadikan punca pendapatan, jika diternak dan diusahakan secara

    sistematik.

    f. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut dapat

    dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Penyerapan nilai kasih sayang dan nilai keusahawanan ini dapat diserap semasa

    langkah terakhir dalam P&P iaitu rumusan. Guru menerangkan kepada murid tentang

    mengapa nilai-nilai sebegini perlu ada dalam diri manusia.

    4. Pendapat/ Pandangan/Cadangan serta Justifikasi

    b. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi.

    Kesepaduan ialah kaedah pengajaran dan cara mengelola program pengajaran agar

    pelbagai mata pelajaran dan kemahiran dalam kurikulum boleh dihubungkaitkan antara satu

    sama lain. Pendekatan ini memberi kesepaduan kepada pengalaman sekolah murid.

    Pendekatan ini merupakan strategi induktif yang direkabentuk untuk membolehkan murid

    meningkatkan pemahaman mereka terhadap pelbagai bentuk pengetahuan,disamping

    mengamalkan pemikiran aras tinggi tentang maklumat yang sedang mereka pelajari.Model

    kesepaduan ini melihat murid sebagai seorang yang secara aktif membentuk fahaman

    mereka tentang topik yang dipelajari.

    Tujuan pendekatan kesepaduan ialah untuk mengajar murid berdikari dan menjadi

    penyelesai masalah yang bergantung kepada dir sendiri. Untuk membantu murid

    memahami dan menghayati sejauhmana mata pelajaran dan kemahiran di sekolah

    berhubung-kait satu sama lain dan bukan nya wujud berasingan. Disamping itu kesepaduan

    juga untuk mewujudkan minat murid yang tinggi terhadap pembelajaran yang berbentuk

    peribadi dan individu. Pendekatan ini membentuk situasi dimana murid boleh belajar

    tentang apa mereka mahu dan ingin mengetahui berbanding dengan apa yang ditentukan

    dalam kurikulum dan untuk menekankan proses pembelajaran dan bukan isi kandungan

    mata pelajaran dan kemahiran semata-mata. Pendekatan ini mementingkan nilai sosial

    pembelajaran dimana pelajar digalakkan belajar secara koperatif dengan pelajar lain.

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    12/23

    12

    5. Lampiran

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    13/23

    13

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    14/23

    14

    C. Laporan Analisis Kesepaduan Dunia Seni Visual

    Nama Mata Pelajaran : Dunia Seni Visual

    Tahun : 2

    Dokumen Dianalisis : Modul/Panduan P&P

    Tajuk : Gasing Mudah (Mengenal Kraf Tradisional)

    1. Kesepaduan Pengetahuan

    a. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang

    dipilih:

    i. Sejarah permainan gasing.

    ii. Jenis-jenis kayu untuk dijadikan gasing

    b. Rasional/ Kepentingan

    Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu. Jesteru itu sudah

    semestinya pelajar mengetahui sejarah asal-usul permainan gasing. Contohnya

    mengetahui dari mana asal permainan ini, cara pembuatan dan bagaimana dimainkan.

    Kefahaman pelajar tentang permainan tradisional ini dapat menarik minat pelajar untuk

    terus mengekalkan tradisi permainan ini agar tidak pupus ditelan permainan moden

    ketika ini.

    c. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat dilaksanakan

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Penyerapan dapat dilakukan dalam langkah set induksi. Guru menyoal pelajar untuk

    mengetahui sejauhmana pengetahuan sedia ada pelajar. Selepas mendengar cerita

    pelajar, guru memberi tambahan pengetahuan kepada apa yang telah murid nyatakan.

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    15/23

    15

    2. Kesepaduan Kemahiran

    a. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata pelajaran

    yang dipilih:

    i. Bercerita

    ii. Memberi respon

    b. Rasional/ Kepentingan.

    Murid perlu mengetahui sedikit sebanyak tentang asal-usul permainan gasing, cara

    pembuatannya dan cara permainannya. Pengetahuan ini dapat membantu murid untuk

    membuat lkaran atau binaan gasing dengan lebih sempurna.

    c. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat

    dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Pengabungjalinannya dapat dilaksanakan dalam langkah set induksi. Peringkat

    permulaan guru menyoal murid tentang permainan gasing yang pernah mereka lihat

    atau tonton melalui talivesyen. Seterusnya secara rambang memilih pelajar yang

    mempunyai pengalaman bermain gasing untuk bercerita secara ringkas pengalaman

    bermain gasing.

    3. Kesepaduan Nilai

    a. Nilai-nilai lain yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang dipilih:

    i. Menghargai

    ii. Berani mencuba.

    b. Rasional/ Kepentingan

    Selain daripada mendedahkan pelajar tentang sejarah permainan gasing, pelajar perlu

    diterapkan rasa atau nilai menghargai permainan tradisional Melayu seperti permainan

    gasing, wau bulan, dan congkak. Jika nilai ini dapat diterapkan maka sudah tentu

    permainan tradisional ini tidak akan hilang begitu sahaja atau ditenggelami oleh

    permainan moden.

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    16/23

    16

    c. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut dapat

    dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Penyerapan nilai menghargai ini dapat dilakukan dalam aktiviti rumusan. Guru

    mempamerkan peralatan permainan sebenar seperti gasing. Pelajar diberi peluang

    untuk mencuba permainan ini. Keseronokan pelajar bermain akan menimbulkan rasa

    menghargai terhadap permainan ini. Seterusnya guru member penerangan ringkas

    tentang perlunya permainan-permainan tradisional ini dipertahankan untuk generasi

    yang akan datang.

    4. Pendapat/ Pandangan/Cadangan serta Justifikasi

    a. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi.

    Kesepaduan ialah kaedah pengajaran dan cara mengelola program pengajaran agar

    pelbagai mata pelajaran dan kemahiran dalam kurikulum boleh dihubungkaitkan antara satu

    sama lain. Pendekatan ini memberi kesepaduan kepada pengalaman sekolah murid.

    Pendekatan ini merupakan strategi induktif yang direkabentuk untuk membolehkan murid

    meningkatkan pemahaman mereka terhadap pelbagai bentuk pengetahuan,disamping

    mengamalkan pemikiran aras tinggi tentang maklumat yang sedang mereka pelajari.Model

    kesepaduan ini melihat murid sebagai seorang yang secara aktif membentuk fahaman

    mereka tentang topik yang dipelajari.

    Tujuan pendekatan kesepaduan ialah untuk mengajar murid berdikari dan menjadi

    penyelesai masalah yang bergantung kepada dir sendiri. Untuk membantu murid

    memahami dan menghayati sejauhmana mata pelajaran dan kemahiran di sekolah

    berhubung-kait satu sama lain dan bukan nya wujud berasingan. Disamping itu kesepaduan

    juga untuk mewujudkan minat murid yang tinggi terhadap pembelajaran yang berbentuk

    peribadi dan individu. Pendekatan ini membentuk situasi dimana murid boleh belajar

    tentang apa mereka mahu dan ingin mengetahui berbanding dengan apa yang ditentukan

    dalam kurikulum dan untuk menekankan proses pembelajaran dan bukan isi kandungan

    mata pelajaran dan kemahiran semata-mata. Pendekatan ini mementingkan nilai sosial

    pembelajaran dimana pelajar digalakkan belajar secara koperatif dengan pelajar lain.

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    17/23

    17

    5. Lampiran

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    18/23

    18

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    19/23

    19

    D. Laporan Analisis Kesepaduan Bahasa Melayu

    Nama Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

    Tahun : 2

    Dokumen Dianalisis : Modul/Panduan P&P

    Tajuk : Kebudayaan : Makanan Kita

    1. Kesepaduan Pengetahuan

    a. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang

    dipilih:

    i. Makanan seimbang

    ii. Keusahawanan

    b. Rasional/ Kepentingan

    Mengetahui tentang makanan yang boleh membina kesihatan amat perlu kepada

    seorang pelajar. Pelajar yang pandai memilih makanan yang seimbang dapat membantu

    membina minda yang sihat.

    c. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat dilaksanakan

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Dalam set induksi guru memperlihatkan kepada pelajar gambar-gambar makanan yang

    digemari oleh rakyat Malaysia. Pelajar diminta untuk memilih makanan yang mereka

    gemari. Pelajar diminta menjelaskan mengapa menggemari makanan tersebut.

    2. Kesepaduan Kemahiran

    a. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata pelajaran

    yang dipilih:

    i. Menambah dua nilai wang yang melibatkan ringgit dan sen.

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    20/23

    20

    b. Rasional/ Kepentingan.

    Di dalam P&P pelajar dibimbing membuat permintaan yang betul dalam lakonan jual

    beli. Pelajar juga dapat menguasai kemahiran dalam matematik iaitu mengetahui nilai

    barang dan dapat mengetahui jumlah barangan yang dibeli melaui kemahiran

    menambah nilai kesemua barangan yang dibeli.

    c. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat

    dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Kaedah dan aktiviti lakonan merupakan satu kaedah pengajaran yang berpusatkan

    murid. Dalam P&P ini beberapa orang pelajar menjalankan aktiviti main peranan berjual

    beli di kantin sekolah. Pelajar akan berkomunikasi sebagai pelanggan dan penjual.

    Dalam urusan itu pelajar akan menyebut jenis barangan berserta dengan harga. Pelajarakan menambah semua harga barangan yang dibeli untuk mengetahui jumlah

    keselurahan. Secara tidak langsung selain daripada berkomunikasi pelajar juga

    menguasai kemahiran dalam matematik.

    3. Kesepaduan Nilai

    a. Nilai-nilai lain yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang dipilih:

    i. Jimat cermatii. Nilai keusahawanan

    iii. Teliti

    b. Rasional/ Kepentingan

    Penyerapan nilai jimat cermat amat perlu diterapkan kepada pelajar. Pelajar perlu dilatih

    agar tidak boros dalam berbelanja. Amalan menabung perlu dijadikan kebiasaan kepada

    pelajar. Penyerapan nilai ini dapat dibuat selepas aktiviti lakonan jual beli. Guru

    menerangkan bahawa wang yang ada perlu dibelanja mengikut kemampuan dan hanya

    membeli barang-barang yang perlu sahaja.

    c. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut dapat

    dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    21/23

    21

    Aktiviti lakonan jualbeli yang dilakukan murid seperti dalam langkah 2, melatih murid

    berurusan sebagai seorang penjual/peniaga. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat

    memupuk semangat dan berminat untuk menjadi seorang usahawan.

    4. Pendapat/ Pandangan/Cadangan serta Justifikasi

    a. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi.

    Kesepaduan ialah kaedah pengajaran dan cara mengelola program pengajaran agar

    pelbagai mata pelajaran dan kemahiran dalam kurikulum boleh dihubungkaitkan antara satu

    sama lain. Pendekatan ini memberi kesepaduan kepada pengalaman sekolah murid.

    Pendekatan ini merupakan strategi induktif yang direkabentuk untuk membolehkan murid

    meningkatkan pemahaman mereka terhadap pelbagai bentuk pengetahuan,disamping

    mengamalkan pemikiran aras tinggi tentang maklumat yang sedang mereka pelajari.Model

    kesepaduan ini melihat murid sebagai seorang yang secara aktif membentuk fahaman

    mereka tentang topik yang dipelajari.

    Tujuan pendekatan kesepaduan ialah untuk mengajar murid berdikari dan menjadi

    penyelesai masalah yang bergantung kepada dir sendiri. Untuk membantu murid

    memahami dan menghayati sejauhmana mata pelajaran dan kemahiran di sekolah

    berhubung-kait satu sama lain dan bukan nya wujud berasingan. Disamping itu kesepaduanjuga untuk mewujudkan minat murid yang tinggi terhadap pembelajaran yang berbentuk

    22/23

    22

    5. Lampiran

  • 7/28/2019 K. Khusus KRP3013

    23/23