kerja khusus sejarah 2011
DESCRIPTION
Harap dapat membantu kalian, i upload this just to helpTRANSCRIPT
Sekolah Menengah Ibn Khaldun
Kerja Kursus Sejarah
Tajuk: Institusi pentakbiran tempatan
Nama: Ahmad Haizal Bin Ahmad Hamidi
I/C NO: 960214-10-5173
Nama Guru: Puan Nurulhusna Binti Nawawi
Isi Kandungan
PENGHARGAAN
OBJEKTIF KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
LAPORAN KAJIAN
LAMPIRAN
RUMUSAN
RUJUKAN
Setinggi-tingginya pujian dan kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah SWT kerana berkat dan
izinya maka dapat saya siapkan folio sejarah ini.
Di kesempatan ini saya inngin merakamkan ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah
Menengah Integrasi Masjid Darul Ehsan iaitu yang berusaha Encik Mezlan Bin Hamat atas
sokongan yang diberikan.Terima kasih juga kepada guru mata pelajaran sejarah iaitu Puan
Nurulhusna Binti Nawawi di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Tidak lupa juga
kepada keluarga saya serta guru-guru yang lain.
Sekali lagi buat rakan-rakan seperjuangan kerana berkongsi maklumat dalam membantu
melengkapkan folio sejarah ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menjalankan kajian ini.
Melalui kajian ini, saya berharap agar dapat memenuhi beberapa objektif kajian.
Antaranya ialah :-
1. Mewujudkan Shah Alam sebagai sebuah bandaraya yang indah, bersih dan selamat
2. Memastikan perancangan dan pembangunan yang teratur dan terkawal selaras dengan
pembangunan lestari
3. Merancang dan menyediakan kemudahan prasarana perbandaran yang lengkap dan berkualiti
4. Meningkatkan pembangunan kemasyarakatan seimbang dengan pembangunan fizikal
5. Mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam semua urusan perkhidmatan
6. Mengutamakan pelanggan dalam memberi perkhidmatan yang cekap, tepat, telus dan
berkesan secara berterusan
7. Memastikan warga kerja yang kompeten dan komited dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab
8. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pertumbuhan industri,
perdagangan dan pelancongan
9. Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang secara berhemah dan professional
1. Buku pengetahuan
Saya telah pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat tentang Institusi pentakbiran MBSA
2. Internet
Saya telah melayari internet untuk mencari maklumat tentang bangunan MBSA
3. Lawatan
Saya telah melawat ke bangunan MBSA untuk mencari maklumat tentang bangunan MBSA
SEJARAH
Sebelum 1963, Shah Alam dikenali sebagai Sungai Renggam dan merupakan ladang kelapa
sawit yang terletak di antara Petaling Jaya dan Bandar Diraja Klang serta dihubungkan melalui
satu-satunya lebuhraya pada ketika itu, Lebuhraya Persekutuan.
Kepesatan Malaysia semenjak merdeka pada tahun 1957 di bawah 'Bapa Permodenan', Perdana
Menteri Malaysia yang kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Shah Alam dibuka pada
tahun 1963 bertujuan untuk dijadikan pusat pentadbiran Selangor setelah Kuala Lumpur
dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Atas perkenan DYMM Sultan Selangor
ke-8, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada 7 Disember 1978, Shah Alam
diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor dengan keluasan kawasan 41.69 km persegi. Shah
Alam pernah mengalami beberapa kali proses perluasan kawasan dan yang terakhir adalah pada
1 Januari 1997. Melalui Pelan Warta 1190, Shah Alam diperluaskan kepada 293 km persegi.
Kepesatan pembangunan Shah Alam dan kepentingan yang semakin ketara telah membawa
kepada kenaikan taraf dengan pengisytiharannya sebagai sebuah bandar raya pada 10 Oktober
2000. Pengisytiharan ini disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Menteri
Besar Selangor yang ke-13. Shah Alam yang ditadbirkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Majlis
Perbandaran Shah Alam sejak 1978 secara automatiknya mendapat taraf Majlis Bandaraya Shah
Alam. Dengan kepadatan penduduk seramai 450,000 ribu Shah Alam mensasarkan pertambahan
penduduk sehingga 700,000 orang menjelang 2010 hasil dari penghijrahan rakyat seluruh negara
selain pertambahan bilangan kelahiran.
Maklumat Umum
KELUASAN 290.3 km persegi
DAERAH Petaling & Sebahagian Klang
PENDUDUK 584,340 orang
SEKSYEN 56 seksyen
SEKOLAH MENENGAH 15 Buah
SEKOLAH VOKASIONAL 2 Buah
SEKOLAH RENDAH 52 buah
TADIKA 121 buah
MASJID 22 buah
SURAU 57 buah
DEWAN 25 buah
STADIUM 5 buah
MASKOT Burung Undan
BUNGA RASMI Anggerik "Renantanda Shah Alam"
Misi,Visi dan slogan
Misi
Memberi dan memastikan semua aktiviti di setiap peringkat sentiasa ditahap tahap cemerlang
dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti
Visi
Menjadikan Shah Alam sebuah bandaraya bestari yang indah,berdaya maju, harmonis dengan
alam sekitar ke arah mewujudkan masyarakat madani melalui nilai-nilai pembangunan mampan
Slogan
Bersama Kearah Kegemilangan
CARTA ORGANISASI
Logo dan Bunga Rasmi
Elemen Rekabentuk
Elemen asas yang digunakan dalam rekabentuk adalah garisan, rupa, bentuk dan warna. Motif-
motif yang berbeza yang dihasilkan dari penggunaan elemen-elemen tersebut telah disusun
secara kreatif yang menghasilkan karya yang mempunyai nilai estetik disamping berfungsi untuk
menggambarkan imej korporat Majlis Bandaraya Shah Alam.
Rasional
Bulan sabit dan
bintang
: Melambangkan Islam sebagai agama rasmi serta kedaulatan raja-raja di
Malaysia.
Bintang pecah lima : Melambangkan 5 rukun islam yang menjadi pedoman untuk semua
manusia secara amnya dan khususnya untuk warga Majlis Bandaraya
Shah Alam dalam melakukan tanggungjawab seharian.
Harimau : Melambangkan peranan, fungsi dan tanggungjawab Majlis Bandaraya
Shah Alam sebagai pihak berkuasa yang merancang dan membangunkan
bandaraya Shah Alam disamping menguatkuasa undang-undang yang
berkaitan.
Rusa : Melambangkan kesetiaan rakyat jelata amnya dan warga Majlis
Bandaraya Shah Alam khasnya kepada raja dan negara.
Kedua-dua motif Harimau dan Rusa adalah kesinambungan dari logo
asal Majlis Perbandaran Shah Alam.
Lembing : Melambangkan kesediaan rakyat jelata amnya dan warga Majlis
Bandaraya Shah Alam khasnya mempertahankan kedaulatan raja-raja
Melayu dan menegakkan perlembagaan negara.
Rasional
Bunga Orkid: Bunga rasmi bandaraya Shah Alam (Renantanda Shah Alam)
Corak geometri
Arabesque
: Melambangkan 6 matlamat;
1. Mewujudkan bandaraya Shah Alam sebagai bandaraya yang beridentiti
2. Menjadikan Shah Alam sebuah bandar raya yang selesa melalui
perancangan pembangunan yang teratur dan terkawal;
3. Berusaha memelihara dan memulihara alam sekitar;
4. Mengutamakan pelanggan dalam memberi perkhidmatan yang cekap,
tepat dan berkesan secara berterusan;
5. Memastikan pembangunan kemanusiaan seimbang dengan
pembangunan fizikal;
6. Menjadi sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang unggul dan cemerlang
yang bertaraf dunia.
Warna : Keseimbangan keseluruhan rekabentuk telah dihasilkan dengan
menggabungkan warna panas (merah/oren) dan sejuk (putih/biru). Warna-
warna ini mencerminkan imej Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai sebuah
organisasi yang dinamik yang menyediakan perkhidmatan yang bersih,
cekap, amanah dan mesra.
Merah/kuning : Warna rasmi untuk negeri Selangor.
Putih : Memberi gambaran keadaan yang asli, bersih dan suci yang melambangkan
asas kepada budaya kerja yang diamalkan oleh warga kerja Majlis
Bandaraya Shah Alam yang menekankan kepada etika perkhidmatan dan
nilai-nilai kerohanian yang bersih, murni dan amanah.
Biru : Memberi gambaran keadaan yang tenang dan damai yang menyelubungi
persekitaran kerja di Majlis Bandaraya Shah Alam yang menghasilkan
penyediaan perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra.
Renantanda Shah Alam
Shah Alam terkenal sebagai bandaraya anggerik. Renantanda Shah Alam lahir pada tahun 1986
hasil dari kacukan Renanthere Kalsom dan Vanda Penang.
Bunga ini mula mengeluarkan bunga pada tahun 1990 dan didaftarkan di Queen Elizabeth
Botanical Garden, London.
MBSA bergiat aktif di dalam aktiviti anggerik mulai tahun 1990 dengan menganjurkan Festival
Anggerik Antarabangsa setiap tahun.
Pada 24 April hingga 2 Mei 2002, Kerajaan Negeri Selangor melalui MBSA diberi
penghormatan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Anggerik Sedunia ke-17 (17th. World
Orchid Conference 2002).
Persidangan tiga tahun sekali ini, menjadi lokasi pertemuan hampir 2,000 delegasi yang terlibat
di dalam industri anggerik seluruh dunia.
Lagu Rasmi
Pertama kali ku jejakkan kakiku
Terasa bagai kan kekal ku di sini
Bandaraya indah warisan budaya
Pasti kembalikan sinar yang gemilang
Istana kayangan junjungkan kasih duli
Wawasan jauh pembangunan nan megah
Masjid negeri kebanggaan kita
Bandaraya Anggerik mercu ilmuan
* Taman tasik, oh nyaman bandaraya maju,
Terkenal di sini hati ku tertawan indahnya
Keindahan kota tempat kunjungan
# shah alam indahnya
Anugerah / Kecemerlangan
1. Konvensyen KIK Peringkat Negeri oleh SUK pada 26 Julai 2010, Johan Teknikal
(Bahagian Pengurusan Hasil)
2. Anugerah Ceria Bahasa 2009, Kategori Pihak Berkuasa Tempatan, anjuran Dewan Bahasa
dan Pustaka sempena BUlan Bahasa Peringkat Kebangsaan
3. Bandaraya Mampan - Petunjuk Bandar Mampan Bandaraya Pihak Berkuasa Tempatan
Negeri Selangor 2009
4. Anugerah Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti dari Perbadanan Produktiviti Negara
(NPC), 2008
5. Anugerah Persijilan MS-ISO 9001 : 2000, 2008
6. Bandaraya Mapan – Petunjuk Bandar Mampan Bandaraya Pihak Berkuasa Tempatan
Negeri Selangor Tahun 2007
7. Anugerah Khas Bandaraya Lestari – Inisiatif Pentadbiran Alam Sekitar, 2006/2007
8. Hadiah Kecemerlangan bagi Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang
(APPC), Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, 2007
9. Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Selangor, 2007
10. Johan Kategori Pengurusan, Majlis Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)
ke-20 Peringkat Negeri Selangor, 2007
11. Johan Perbarisan (kategori Pihak Berkuasa Tempatan), Perbarisan Hari Kebangsaan 2007,
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-50 Peringkat Negeri Selangor, 2007
12. Pengiktirafan sebagai Bandaraya Selamat di Malaysia oleh Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, 2006
13. Juara Kategori A (Bandaraya/ Majlis Perbandaran), Anugerah Pengurusan Pejabat dan
Pentadbiran Cemerlang (APPC), 2006
14. Anugerah Inisiatif Persekitaran Fizikal 2005 bagi Perancangan Inovatif dan Kualiti
Kehidupan Seimbang : Kajian Kes Taman Wetland Kota Kemuning
15. Johan Perbarisan (Kategori Pihak Berkuasa Tempatan), Perbarisan Hari Kebangsaan 2005,
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-48 Peringkat Negeri Selangor
16. Johan Perbarisan (Kategori Pihak Berkuasa Tempatan), Perbarisan Hari Kebangsaan 2004,
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-47 Peringkat Negeri Selangor
17. Anugerah Persijilan Amalan 5S, 2004
18. Menerima Sijil Bersih daripada Ketua Audit Negara bagi Laporan Kewangan MBSA tahun
2001, 2002 dan 2003
19. Johan Keseluruhan (kali ketiga berturut-turut), Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa
Tempatan Selangor ke-3, 2004
20. Anugerah Persijilan MS-ISO 9001 : 2000
21. Johan, Anugerah Kualiti Kaunter Terbaik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor, 2003
22. Johan kategori Terbuka-Sektor Perkhidmatan, AMALAN 5S Antara Organisasi, 2003
23. Johan Perbarisan (Kategori Pihak Berkuasa Tempatan), Perbarisan Hari Kebangsaan 2003,
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-46 Peringkat Negeri Selangor
22. Johan Keseluruhan (kali kedua), Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Selangor ke-
2, 2003
23. Tempat Ketiga acara perbarisan, Perbarisan Minggu Wanita Peringkat Negeri Selangor
2002
24. Johan Perbarisan, Perbarisan Hari Kebangsaan 2002, Sempena Sambutan Hari Kebangsaan
ke-45 Peringkat Negeri Selangor
24. Tuan Rumah bagi Persidangan Anggerik Sedunia (WOC) ke-17 pada tahun 2002
25 Anugerah Inovasi ICT Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, 2002
26. Anugerah Kualiti Perkhidmatan Perancangan Terbaik 2001, daripada Pertubuhan
Perancang Malaysia (tiga tahun berturut-turut)
27. Tempat Kedua Anugerah Pameran Antarabangsa, Kongres Asia Pasifik ke-7 2001,
Nagoya, Jepun
28. Johan kategori Perkhidmatan, Pertandingan Amalan 5S Peringkat Kebangsaan, 2001
29. Anugerah Persijilan Amalan 5S Peringkat Kebangsaan, 2001
30. Pavilion Antarabangsa Terbaik (Pingat Perak), Pameran Anggerik Kebangsaan Afrika
Selatan ke-11, 2000, Pretoria, Afrika Selatan
31. Hibrid Terbaik (Pingat Emas) dan ‘Best Stand Judging' (Pingat Gangsa), Kongres
Anggerik Eropah ke-12, 2000, Copenhagen, Denmark
32. Pavilion Antarabangsa Terbaik dan Spesis Terbaik (Pingat Emas), Pameran Anggerik
Antarabangsa Miami ke-55, 2000, Florida, USA
33. Tuan Rumah Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan ke-43, 2000
34. Pengisytiharan Bandaraya Shah Alam, 10 Oktober 2000
35. Tuan Rumah Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Selangor 2001
36. Antara Lima pemenang pada Pertandingan Akhir Laman Web Terbaik Perkhidmatan
Awam Peringkat Kebangsaan, 2000
37. Tempat kedua pada Pertandingan Laman Web Terbaik Perkhidmatan Awam Peringkat
Negeri Selangor, 2000
38. Anugerah Ceria Bahasa 2000, kategori Pihak Berkuasa Tempatan, anjuran Dewan Bahasa
dan Pustaka
MS ISO 9001
Sebuah pertubuhan yang dinamakan sebagai " International Organization For Standardization"
telah diwujudkan di Geneva tahun 1949.
Pertubuhan yang mempunyai lebih daripada 100 keanggotaan ini bertanggungjawab untuk
membentuk panduan dan standard bagi pelbagai sektor sama ada perkilangan, pemasangan,
perkhidmatan dan lain-lain.
Ia termasuklah standard-standard kualiti seperti ISO 9001 yang terpakai secara global
diseluruh dunia.
Adakah Anda Tahu?
Perkataan "ISO" bukanlah akronim kepada "International Standard Organization" seperti
tanggapan kebanyakan orang tetapi ia adalah satu perkataan Latin yang bermaksud "sama"
atau "setara".
Ia menggambarkan semua agensi yang melaksanakan ISO 9001 mempunyai persamaan dari
segi standard dan sistem piawaiannya.
Prinsip ISO 9001
Sistem Pengurusan Kualiti
- Sebagai jaminan terhadap kualiti pengurusan dan perkhidmatan. ISO 9001 bukanlah suatu
jaminan pada produk. Ia bermaksud semua aktiviti yang dijalankan.
Prosedur Yang Di dokumentasikan
- Semua aktiviti yang terlibat dengan Sistem Kualiti hendaklah didokumentasikan.
Melaksanakan Prosedur Yang Didokumentasikan
- Semua aktiviti hendaklah dilaksanakan mengikut prosedur yang telah didokumentasikan.
Buktikan Apa Yang Dilaksanakan
- Iaitu aktiviti yang berkaitan hendaklah direkodkan secara bersistematik.
Memenuhi Kehendak Pelanggan
- Semua aktiviti yang berkaitan mestilah mempunyai Piagam Pelanggan masing-masing. Ia
adalah suatu jaminan kualiti perkhidmatan daripada organisasi kepada pelanggan.
Mengutamakan Langkah Pencegahan
- Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman merupakan satu mekanisme untuk mengenal pasti sama
ada aktiviti berkaitan dilaksanakan mengikut kehendak prosedur atau tidak. Hasilnya adalah
penambahbaikan yang berterusan terhadap Sistem Kualiti yang dibangunkan.
Kenapa MBSA Perlu Melaksanakan ISO 9001.
Memenuhi Kehendak Pelanggan
- Pelanggan ialah orang ramai yang berhubung dengan MBSA.Untuk memastikan
perkhidmatan yang sentiasa cekap dan efisien, Piagam Pelanggan dirangka sebagai suatu
janji /komitmen MBSA kepada para pelanggan mereka (orang ramai)
Memastikan Kualiti Perkhidmatan Sentiasa Konsisten
- Untuk mengelakkan double standard dalam perkhidmatan, semua aktiviti dijalankan
mengikut prosedur yang telahdidokumenkan. Kegagalan berbuat demikian dianggap sebagai
Ketidakpatuhan (Non-Conformance)
ISO 9001 Sebagai Asas Kepada Penambahbaikan Yang Berterusan
- Di dalam Sistem ISO 9001 terdapat beberapa mekanisme yang digunakan untuk mengukur
keberkesanan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Mekanisme ini akan dilaksanakan
daripada masa ke semasa untuk memastikan proses penambahbaikan akan berlaku secara
konsisten.
Skop pensijilan MS ISO 9001 : 2008 di MBSA 12 aktiviti iaitu:-
1. Kelulusan Lesen
2. Pengurusan Tender & Kontrak
3. Kelulusan CF
4. Kelulusan Pelan Susunatur
5. Pengurusan Cukai Taksiran
6. Kutipan Cukai Taksiran
7. Kelulusan Pelan Pendirian Pembangunan
8. Kelulusan Pelan Landskap
9. Kelulusan Pelan Infra
10. Kelulusan Pelan Bangunan
11 Pengurusan Bayaran
Bahagian Audit Dalam & Pengaduan Awam
Kembali
Fungsi
Memeriksa, menganalisa dan melapor kemajuan prestasi Jabatan/Unit berasaskan kepada:
o Pengurusan Sumber Manusia
o Pengurusan Sumber Kewangan
o Pengurusan Sumber Material dan Peralatan Sokongan
o Pentadbiran Am dan Merealisasikan Peraturan dan Undang-Undang Dasar dan Keputusan
o Produk Jabatan/Unit
Pemeriksaan kawalan hasil dan penjagaan wang awam .
Pemeriksaan kawalan dan pembayaran dan penggunaan wang awam.
Pemeriksaan sistem pengurusan stok.
Pemeriksaan pengendalian sistem perakaunan.
Pengurusan pengendalian vot-vot.
Mengujikaji dan pemeriksaan mengejut.
Piagam Pelanggan
Menjawab surat - surat balasan penerimaan yang bukan diterima di kaunter dalam tempoh 5
hari bekerja di semua jabatan/bahagian.
Menyediakan laporan audit dalam tempoh 3 minggu selepas sesuatu auditan dijalankan.
Memberi laporan/maklum balas ke atas arahan-arahan yang melibatkan siasatan daripada
pihak pengurusan atasan dalam tempoh 24 jam dari tempoh arahan diberi.
Memastikan semua aduan dapat disalurkan kepada jabatan-jabatan yang terlibat dalam tempoh
24 jam aduan diberi.
Membuat tindakan susulan ke atas tindakan yang dibuat oleh jabatan-jabatan dalam tempoh 10
hari.
Memberi maklumbalas kepada aduan-aduan yang lengkap kepada pengadu-pangadu dalam
tempoh 14 hari bekerja.
PERANAN DAN KUASA
MBSA ditubuhkan dibawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan. Ia
bertanggungjawab untuk mentadbir kesihatan umum dan kebersihan,
pengurusan sisa pepejal, perancangan bandar, kawalan alam sekitar dan
bangunan, pembangunan sosio-ekonomi dan penyelenggaraan infrastruktur.
Ibu Pejabat MBSA terletak di Persiaran Perbandaran, Shah Alam. 23
Selaras dengan pertukaran nama Majlis Perbandaran Shah Alam ke Majlis
Bandaraya Shah Alam, satu enakmen telah dibuat untuk membolehkan
Undang-Undang Kecil Sedia Ada digunapakai. Akta 171 ini memperuntukkan
MBSA mentadbir, memberikan perkhidmatan serta membangunkan
Bandaraya Shah Alam.
Diperingkat negeri, MBSA berada di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Tetap
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Diperingkat Kerajaan Persekutuan,
MBSA terletak dibawah penyeliaan dasar Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan Malaysia.
ORGANISASI
MBSA diterajui oleh seorang Datuk Bandar yang dilantik oleh Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan dan merupakan salah seorang daripada Ahli Majlis. Ahli
Majlis terdiri daripada 24 orang Ahli Majlis yang dilantik oleh Kerajaan
Negeri. Majlis beroperasi melalui beberapa buah jawatankuasa yang terdiri
daripada:
1. Jawatankuasa Kewangan;
2. Jawatankuasa Pusat Setempat;
3. Jawatankuasa Perjawatan dan Undang-Undang;
4. Jawatankuasa Pelesenan dan Perkhidmatan Bandar;
5. Jawatankuasa Landskap;
6. Jawatankuasa Penswastaan;
7. Jawatankuasa Rayuan Cukai Taksiran;
8. Jawatankuasa Mendengar Bantahan Nilai;
9. Lembaga Pelupusan Harta;
10. Jawatankuasa Kebudayaan dan Sukan;
11. Lembaga Tender; dan
12. Jawatankuasa Sebutharga.
Sebuah Jawatankuasa Rayuan juga dibentuk bagi mempertimbangkan
perayuan mengenai kadar taksiran yang dikenakan.
1. Buku Pengetahuan
Buku ilmiah dari perpustakaan Shah Alam
2. Internet
http://www.mbsa.gov.my
3 Lawatan
Perpustakaan Shah Alam
Bangunan Majlis Perbandaraan Shah Alam
4.1 Institusi Pentadbiran Tempatan
4.1.1:Nama rasmi/ Nama ringkas/ Nama lain
-Nama Rasmi: MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
-Nama ringkas: MBSA
-Nama Lain: Majlis Bandaraya Anggerik
4.1.2: Lokasi
*Dewan Jenjarum MBSA: 40 Jalan Cincin 11/6, Seksyen 11, 40100 Shah Alam, Selangor Darul
Ehsan
*Dewan Bankuet MBSA: Persiaran Sultan, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
*Wisma MBSA: Pesiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
*Dewan MBSA Seksyen 20:- Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
- Jalan Landak S20/1, Seksyen 20, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
*Dewan MBSA Kampung Baru Subang: Kampung Baru Subang, Shah Alam, Selangor Darul
Ehsan
*Dewan MBSA: Jalan Subang Perdana, Subang Perdana, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
4.1.3:Matlamat/ Objektif/ Misi/ visi Penubuhan
-Objektif:
Mewujudkan Shah Alam sebagai sebuah bandaraya yang indah, bersih dan selamat.
Mewujudkan Shah Alam sebagai sebuah Bandaraya yang berindentiti.
Memastikan perancangan dan pembangunan yang teratur dan terkawal selaras dengan
pembangunan lestari.
Merancang dan menyediakan kemudahan prasarana perbandaran yang lengkap dan berkualiti.
Meningkatkan pembangunan kemasyarakatan seimbang dengan pembangunan fizikal.
Mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam semua urusan perkhidmatan.
Mengutamakan pelanggan dalam memberi perkhidmatan yang cekap, tepat, telus dan berkesan
secara berterusan.
Memastikan warga kerja yang kompeten dan komited dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab.
Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pertumbuhan industri, perdagangan
dan pelancongan.
Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang secara berhemah dan professional.
Memelihara dan memulihara alam sekitar untuk keselesaan dan kesejahteraan warga shah alam.
Memastikan pembangunan kemanusiaan seimbang dengan pembangunan fizikal.
Menjadi sebuah PBT yang unggul dan cemerlang bertaraf dunia.
-Misi:
Memastikan Semua Aktiviti di setiap peringkat organisasi sentiasa ditahap-tahap yang cemerlang
dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti.
-Visi penubuhan:
Menjadikan Shah Alam sebuah bandaraya bestari yang indah,berdaya maju, harmonis dengan
alam sekitar ke arah mewujudkan masyarakat madani melalui nilai-nilai pembangunan mampan
4.1.3:Carta organisasi dan senarai pentadbiran
-Carta Organisasi:
Datuk Bandar menerajui jentera MBSA dibantu dengan setiausahadan 10 Pengarah Jabatan yang
terdiri dari pegawai-pegawai professional. Di samping itu, Majlis juga mempunyai 24 orang Ahli
Majlis yang dilantik 2 tahun sekali oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ahli majlis terdiri daripada
ahli-ahli politik yang memerintah, tokoh-tokoh professional, ahli akademik dan korporat.
Ahli-ahli Majlis bertanggungjawab membantu mentadbir Shah Alam dengan menganggotai
Jawatankuasa Tetap Majlis. Mesyuarat Penuh Majlis yang dipengerusikan Datuk Bandar
diadakan sebulan sekali bagi meluluskan hal-hal berkaitan bidang kuasa Pihak Berkuasa
Tempatan.
Senarai Jawatankuasa tetap:
1. Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan
2. Jawatankuasa Perancang dan Pelulus Pelan
3. Jawatankuasa Perkhidmatan Bandar, Pelancongan dan Hal Ehwal Awam
4. Jawatankuasa Perrancangan Tetap
5. Jawatankuasa Perjawatan dan Undang-Undang
6. Jawatankuasa Perlesenan dan Kesihatn
7. Jawatankuasa Menamakan Jalan
8. Jawatankuasa Mendengar Bantahan
9. Jawatankuasa Pembangunan Insan dan Perhubungan
10. Jawatankuasa Penswastaan
11. Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Peniaga-Peniaga Kecil
12. Jawatankuasa Pembangunan Kampung-Kampung Baru
13. Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Simpanan Melayu/Kampung
4.2 Latar Belakang
4.2.1:Sejarah Penubuhan
Shah Alam ditadbirkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang ditubuhkan serentak
dengan perisytiharan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor.
MBSA yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) ditubuhkan
pada 7 Disember 1978 serentak dengan perisytiharan bandar Shah Alam sebagai ibu negeri
Selangor Darul Ehsan. Bagaimanapun pentadbiran MBSA hanya mula beroperasi pada 1 Januari
1979.
Pada peringkat permulaan, pentadbiran MBSA beroperasi di rumah kedai, Seksyen 3 dan
kemudian di Kompleks PKNS pada tahun 1981. Hanya pada tahun 1988 kakitangan MBSA
berpindah ke sebuah bangunan 28 tingkat yang dikenali sebagai WISMA MBSA.
Bangunan berharga RM141 juta ini menempatkan keseluruhan jabatan MBSA. Ruang Wisma
juga disewakan kepada jabatan kerajaan dan sektor swasta.
4.2.1:Undang-Undang Tubuh/Undang-undang Kecil
Undang-Undang Tubuh
Majlis Bandaraya Shah Alam ditubuhkan di bawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan. Akta
tersebut memperuntukkan MBSA mentadbir, memberikan perkhidmatan serta membangunkan
bandaray Shah Alam, satu enakmen telah digubal untuk membolehkan Undang-Undang Kecil
ediaada diguna pakai.
Undang-Undang Kecil
Akta Jalan Parit dan Bangunan
Akta Kerajaan Tempatan
Perintah Pengangkutan Jalan 2007
Undang - undang Kecil Establisyemen Makanan 2007
Undang - undang Kecil Hotel 2007 (49 kb)
Undang - undang Kecil Iklan Pilihanraya 2007
Undang - undang Kecil Iklan 2007
Undang - undang Kecil Kerja Tanah 2007
Undang - undang Kecil Perlesenan Anjing dan Rumah Pembiakan 2007
Undang - undang Kecil Pengendali Makanan 2007
Undang - undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian 2007
Undang - undang Kecil Pungutan, Pembuangan dan Perlupusan Sampah Sarap 2007
Undang - undang Kecil Kecantikan dan Pejagaan Kesihatan 2007
Undang - undang Kecil Pusat Siber dan Kafe 2007
Undang - undang Kecil Taman 2005
Undang - undang Kecil Vandalisme 2005
4.2.3:Tanggungjawab Bidang Tugas Pentadbir
Ahli-ahli Majlis bertanggungjawab membantu mentadbir Shah Alam dengan menganggotai
Jawatan Tetap Majlis. Mesyuarat Penuh Majlis yang dipengerusikan Datuk Bandar diadakan
setiap bulan bagi meluluskan hal-hal berkaitan bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.
4.2.4 Cara Pelantikan Pentadbir Tempatan
Majlis Bandaraya Shah Alam diterajui oleh Datuk Bandar dengan dibantu oleh Setiausaha dan
10 Pengarah Jabatan yang terdiri daripada pegawai-pegawai professional. Di samping itu, Majlis
juga mempunyai 24 orang Ahli Majlis yang dilantik 2 tahun sekali oleh Kerajaan Negeri
Selangor. Ahli Majlis terdiri daripada ahli-ahli yang memerintah,tokoh-tokoh professional, ahli
akademik dan korporat.
4.3 Peranan
4.3.1: Pelancongan
MBSA berperanan sebagai peneraju utama sector pelancongan di Shah Alam. Bagi
meningkatkan aktiviti pelancongan di Shah Alam, MBSA telah menubuhkan Jawatankuasa
Pelancongan Shah Alam pada bulan September 1988. Pada tahun 2000, Kerajaan Negeri
Selangor telah melancarkan Tahun Melawat Selangor (TMS 2000). Dengan adanyaMBSA sector
pelancongan Shah Alam bertambah maju. Buktinya sekarang terdapat banyak tempat-tempat
menarik yang sering dikunjungi pelancong di Bandaraya Shah Alam. Antaranya ialah, Masjid
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Tasik Shah Alam dan lain-lain. Dalam sector pelancongan
Shah Ala mini, MBSA bertindak sebagai urusetia di bawah Jabatan Kemasyarakatan.
4.3.2: Pendidikan
Sebagai sebuah bandaraya yang bersepadu, Shah Alam mempunyai kemudahan pendidikan yang
seimbang dan sempurna bagi menampung keperluan penduduknya yang semakin bertambah.
Sehingga tahun 2000, terdapat 121 buah tadika, 42 sekolah rendah dan 14 sekolah menengah di
Shah Alam. Selain itu, pada tahun 1999 sebuah university yang dikenali sebagai Universiti
Teknologi MARA(UITM). Kini UITMmempunyai lebih kurang 30,000 pelajar. Setelah beberapa
tahun selepas itu, setelah mengetahui potensi Shah Alam sebagai pusat pendidikan yang utama,
beberapa lagi Institut Pengajian Tinggi ditubuhkan antaranya ialah Pusat Teknologi &
Pengurusan Lanjutan( PTPL ), Institut Pendidikan Selangor (Inpens) dan banyak lagi. Oleh itu,
jelaslah MBSA sememangnya memainkan peranan yang penting dalammemastikan perjalanan
pentadbiran pusat-pusat pendidikan di Shah Alam berjalan dengan lancer.
4.3.3 Ekonomi
Shah Alam merupakan antara kawasan yang masyur dengan kegiatan perindustrian moden akhir-
akhir ini. Shah Alam juga sebenarnya dikenali sebagai Bandar perindustrian di negara kita. Pada
hakikatnya, MBSA sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam urusan-urusan
seperti pelulusan piawaian kilang-kilang dan lain-lain. Rangkaian infrastruktur yang moden
dibantu oleh system pengangkutan yang efisyan menjadi penggalak kepada pertumbuhan sector
perindustrian di Shah Alam. Selain itu, kilang kereta nasional yang menjadi kebanggaan negara,
PROTON juga beroperasi di Shah Alam. Ini menunjukkan MBSA telah memainkan peranan
sebagai sebuah pentadbiran yang aktif dalam mengembangkan dan memodenkan infrastruktur di
Shah Alam khususnya sehingga syarikat- syarikat besar mahu beroperasi di Shah Alam.
4.3.4:Kebajikan
Kebajikan penduduk Shah Alam khasnya dan Kakitangan MBSA amnya dipelihara dengan baik
oleh pihak MBSA. Buktinya, pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah
Alam (MBSA) seperti aktiviti kesukanan, memanah, bola tampar, badminton dan lain-lain.
Aktiviti yang dikenali sebagai Kembara MBSA telah dianjurkan di bawah Kelab Rekreasi
MBSA dibentuk bagi membolehkan kakitangan MBSA yang menggemarkan aktiviti luar dan
lasak mendekati aktiviti ini. Selain itu, Kelab Remaja 1221 ditubuhkan pada tahun 1995 khas
untuk remaja yang berusia 12 hingga 21 tahun. Penumpuan keahlian diberikan kepada warga
Shah Alam. Aktiviti sebegini yang dianjurkan oleh pihak MBSA sedikit sebanyak dapat
membantu mengeratkan silaturrahim antara penduduk Shah Alam. Seterusnya, penubuhan
koperasi serbaguna pekerja pihak berkuasa tempatan Semenanjung Malaysia Berhad
(KOSPETA) yang merupakan sebuah koperasi hyang aktif dalam bidang perniagaan amnya dan
pinjaman khususnya. Pelbagai bentuk pinjaman disediakan kepada ahli-ahlinya yang terbuka
kepada semua kakitangan pihak berkuasa tempatan.
4.4 Perkembangan
4.4.1:Pembangunan Prasarana / Fizikal
Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang utama
di Shah Alam dan MBSA juga mentadbir ibu negeri Selangor Darul Ehsan perlu menyediakan
kemudahan-kemudahan seperti kawasan perumahan, tempat beribadat, pusat beli-belah, dan
infrastruktur yang lain. Penyediaan stesen-stesen Komuter ( Kereta Api) yang menghubungkan
Shah Alam dengan Bandar-bandar yang lain merupakan antara kemudahan atau prasarana yang
telah disediakan pihak MBSA dari dahulu. Kini,pusat beli-belah di Shah Alam tumbuh seperti
cendawan tumbuh selepas hujan. Pusat beli-belah yang baru termasuklah Plaza Alam Sentral,
Shah Alam City Centre Mall( SACC Mall), dan lain-lain dapat menarik ramai lagi pelancong dan
seterusnya meningkatkan pendapatan kerajaan negeri daripada sector pelncongn. Oleh itu, tidak
hairanlah sekiranya MBSA sekali lagi boleh dikatakan sebagai tulang belakang kejayaan
Kerajaan Negeri Selangor. Selain itu juga, penambahan kawasan perumahan di Shah
Alam,tempat-tempat beribadat bagi semua agama utama masyarakat di Shah Alam dapat
memastikan masyarakat yang menetap di Shah Alam dapat menikmati kemudahan-kemudahan
yang telah disediakan.
4.4.2: Kemajuan Yang Dicapai
Sekiranya kita membandingkan keadaan Shah Alam sepuluh tahun yang lalu, sudah pasti dapat
merasakan kemajuan yang telah dicapai oleh ibu negeri Selangor tersebut. Sebagai contoh, kira
sepuluh tahun yang lalu Shah Alam hanya dikenali sebagai sebuah pusat pentadbiran yang hanya
dipenuhi dengan bangunan-bangunan kerajaan sertakediaman orang-orang besar Kerajaan Negeri
Selangor. Shah Alam boleh dikatakan sebagai sebuah Bandar yang sunyi sepi tanpa sebarang
pembangunan yangutama dilakukan oleh pihak Majlis.
Walau bagaimanapun, Sekarang keadaan tersebut telah berubah dengan drastik. Semenjak
MBSA siterajui oleh Dato’ Kathiraven(Datuk Bandar Shah Alam 2002-2004), Shah Alam mula
menunjukkan perubahan yang agak drastik apabila kawasan tarikan pelancong mula dibina
seperti Dataran Shah Alam, Stadium Shah Alam dan Taman Tema Air Shah Alam. Pada tahun
1988, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang juga merupakan Masjid Negeri Selangor.
Apa yang bolehkita rumuskan di sini ialah, segala kemajuan yang telah dicapai oleh Bandaraya
Shah Alam ketika ini sememangnya ada berkait dengan usaha gigih para pentadbir MBSA.
4.4.3 Pengiktirafan dan Penghargaan
Setelah sekian lama mentadbir dan menguruskan Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah
Alam tidak terlepas daripada diberi pelbagai pengiktirafan dan perhargaan daripada pelbagai
pihak. Antara pengiktirafan dan penghargaan daripada pelbagai pihak. Antara pengiktirafan yang
baru diterima pihak MBSA ialah:
1) Anugerah Persijilan Amalan 5S dari Perbadanan Produktiviti Negara(NPC), 2008
2) Bandaraya Mampan- Petunjuk Bandar Mampan Bandaraya Pihak Berkuasa Tempatan Negeri
Selangor
3) Penarafan 4 Bintang Dalam Sistem Star Rating, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri
Selangor,2009.
4) Johan- Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Selangor.
(Kategori Teknikal),2010
5) Penarafan 5 Bintang bagi Penilaian Portal dan Laman Web Kerajaan Malaysia, Anjuran
MDEC, 2010
4.4.4: Perancangan Masa Depan
Majlis Bandaraya Shah Alam amat menitik beratkan kemajuan Shah Alam pada masa hadapan.
MBSA sebagai sebuah pusat pentadbiran yang berkuasa perlulah berfikir dan merancang aktiviti-
aktiviti sama ada dari segi pembangunan mahupun perancangan dalam menaikkan imej MBSA
tanpa berunsurkan elemen-elemen politik. Semua aktiviti yang akan dirancang perlulah
berinovatif dan kreatif agar akan lebih diterima oleh masyarakat setempat. MBSA merancang
untuk memastikan Shah Alam mempunyai keadaan persekitaran yang bermutu tinggi serta
menjadi sebuah bandaraya lengkap denghan kemudahan seimbang. Selain itu, MBSA juga
merancang untuk mewujudkan pembangunan yang bersistematik dan mengoptimumkan
penggunaan tanah dan sumber-sumber lain.