juruteknik elektrik: kertas penerangan ini bertujuan...

Download Juruteknik Elektrik: Kertas Penerangan ini bertujuan …galaxyelectrical.blogspot.com/2012/10/kertas-penerangan-ini...Kertas Penerangan ini bertujuan menerangkan pengenalan rekabentuk

If you can't read please download the document

Upload: ngothuan

Post on 12-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Juruteknik Elektrik: Kertas Penerangan ini bertujuan menerangkan pengenalan rekabentuk dan fungsi aksesori peralatan yang terdapat pada sub papan suis voltan dan papan suis rendah bekalan tiga fasa untuk sesuatu pepasangan industry.

Juruteknik Elektrik

Wednesday, 31 October 2012

Kertas Penerangan ini bertujuan menerangkan pengenalan rekabentuk dan fungsi aksesori peralatan yang terdapat pada sub papan suis voltan dan papan suis rendah bekalan tiga fasa untuk sesuatu pepasangan industry.

PENERANGAN

Sub papan suis dan papansuis utama adalah sebuah peti kawalan pepasangan tiga fasa voltan rendah dimana sumber bekalan yang disalurkan daripada papan suis utama voltan rendahdapat diagihkan ke dalam pemasangan di bahagian papan agihan atau terus kepanel kawalan motor. Manakala papan suis utama ( PSU ) adalah satu komponenatau perkakas pemasangan elektrik yang mula-mula sekali menerima bekalanelektrik sebelum ianya diagih-agihkan ke bahagian-bahagian beban lain ataubangunan. Ia juga merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan pemasangan voltanrendah

1.Spesifikasi Penggunaan Sub Papan Suis.

a. Petisub papan suis biasanya akan diletakkan di tiap-tiap tingkat bagi bangunanbertingkat atau tiap-tiap bahagian didalam sesuatu kilang. Cabang-cabang litarseperti litar kuasa, litar lampu, kawalan motor, litar-litar pencegah kebakaranakan mengambil bekalan daripada sub papan suis utama.

b. Sekiranyapapan suis utama terletak jauh daripada sesuatu beban, sub papan suis hendaklahdipasang bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan mengadakan sistemkawalan ke beban tersebut.

c. Subpapan suis direka bagi mengelakkan gangguan bekalan sekiranya terdapatmana-mana bahagian pepasangan dalam bangunan mengalami gangguan bekalan atauterdapat aktiviti penyelenggaraan pepasangan.

d. Iajuga dapat menjimatkan kos pemasangan kabel dan mengurangkan susutan voltansekiranya terdapat beban baban besar dalam pepasangan elektrik.

e. Subpapan suis adalah papan suis yang mendapat bekalan utamanya dari PSU. Perkataansub adalah relatif sebab ada papan suis yang saiznya lebih besar dari PSU ditempat lain. Sub di sini bermakna lebih kecil dari Papan Suis Utama.

f. Subpapan suis digunakan untuk bangunan atau beban yang berada agak jauh danterasing dari papan suis utama. Ini adalah untuk menjimatkan kabel danmemudahkan kerja-kerja kawalan senggaraan.

g. Didalam sub papan suis (sub-switch board) terdapatnya perkakas suis untuk tujuankawalan dan perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFFdi Sub-SB. Alat dan komponen perlindungan utama yang mengawal dan melindungikeseluruhan pemasangan ditempatkan di sini.

h. Peranan,saiz fizikal dan fungsi sub papan suis adalah bergantung kepada keupayaanmembawa arus, kegunaan Sub-SB itu sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya.Ada sesetengah Sub-SB hanya mengawal beban elektrik yang tertentu sahajamisalnya motor-motor elektrik.

2.SpesifikasiPenggunaan Papan Suis Utama.

a.Di dalam PSU inilah terdapatnya perkakas suisuntuk tujuan kawalan dan perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaituON atau OFF di PSU. Alat dan komponen perlindungan utama yang mengawal danmelindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan di sini.

b.Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalahbergantung kepada keupayaan membawa arus. Ada sesetengah PSU hanya mengawalbeban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik.

3.Jenis-Jenis Rekabentuk Sub Papan SuisDan Papan Suis.

Umumnya ada terdapat duajenis sub papan suis dan papan suis utama yang biasa digunakan iaitu

a.Jenis melekat di dinding ( wall mounted ).

b.Jenis Cubicle.

Jenis melekat di dindingbiasanya untuk pemasangan kecil iaitu kurang daripada 150 ampere, manakalajenis cubicle untuk pepasangan sederhana dan pemasangan besar.

4.Binaan Sub Papan Suis Dan Papan SuisUtama

Bagi jenis cubicle binaansub papan suis dan papan suis utama menggunakan rangka utama yang akanmenyokong berat segala peralatan yang terdapat di dalam papan suis. Kekuatanrangka hendaklah minima 10G berbentuk U section channel. Rangka yang baikadalah dari jenis berlubang-lubang dengan saiz yang sesuai dan dengan jarak25mm supaya tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini dipanggil jenismodular di mana ia boleh ditambah dan dibesarkan dengan mudah iaitu denganmenyambung sahaja rangka tambahan.

Di sekeliling bahagian luarditutup dengan kepingan logam dengan tebal tertentu (tebal minima 14G dibahagian belakang dan tepi papan suis). Palang bas pembumian dengan keratanrentas yang mencukupi dipasang di bahagian bawah sebelah dalam papan suismeliputi keseluruhan sistem pembumian.

5.Terdapat Tiga Bentuk Binaan Sub Papan Suis Dan Papan Suis Utama

a.Tiada kompartmen iaitu tiada dinding pemisahdi antara bahagian-bahagian dalam sub papan suis dan papan suis utama

b.Sebahagian berkompartmen iaitu sebahagiansahaja dipisahkan daripada yang lain.

c.Sepenuhnya berkompartmen iaitu semua bahagiandiasingkan.

Jenis mana yang kita mahukanbergantung kepada keperluan, kesesuaian, tahap keselamatan dan harga yang perlukita bayar. Jenis yang paling baik dan mahal ialah setiap komportmen dalam PSUdiasingkan dengan dinding logam supaya apabila berlaku percikan api bahagianlain tidak terlibat.Selain mahal ianya juga berat.

Jenis sederhana baik hanyamemisahkan sebahagian sahaja kompartmen terutama bahagian yang menempatkanpemutus litar udara (ACB), kerana disinilah selalunya berkemungkinan besarberlaku percikan api elektrik.

Jenis yang paling mudah danmurah ialah tiada langsung pemisah di antara kompartmen di dalam PSU tersebut.

Rajah1: Gambarajah pendawaian sesentuh dan suis kecemasan.

6.Litar Sub Papan Suis Dan Papan Suis Utama.

Terdapat beberapa litarpendawaian sub papan suis seperti:-

a.Litar kemasukan utama

b.Litar Keluaran ke beban

c.Litar sekunder

d.Litar kawalan perlindungan

e.Litar lampu penunjuk satu fasa

Rajah2 : Gambarajah sub papan suis jenis cubicle

Rajah3 : Gambarajah skematik sub papan suis 3 fasa

Rajah4 : Gambarajah papan suis utama jenis cubicle.

7Jenis-JenisKemasukan Bekalan

Rekabentuk papan suis adalahmengikut kemasukan bekalan dan keperluan beban pepasangan. Ini adalah betujuanmemudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan keselamatan. Berikut adalahrekabentuk jenis kemasukan papan suis utama:-

a.Papan Suis Utama Satu Kemasukan.

b.Papan Suis Utama Dua Kemasukan.

c.Papan Suis Utama Satu Kemasukan dari bekalanpihak pembekal serta satu Papan Suis Utama Kecemasan Automatik .( EMS Board).

8.LokasiPapan Suis

Di antara lokasi yang sesuaiuntuk bilik suis adalah:

a.Berhampiran dengan penempatan beban yangtinggi bagi mengurangkan perbelanjaan submains dan kabel.

b.Terhindar daripada banjir atau dekat denganpunca-punca air.

c.Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatusupaya kerja-kerja operasi dan senggaraan mudah dijalankan.

d.Ditempatkan didalam bilik khas dan mempunyaipintu yang berkunci

9.KeperluanBilik Suis

Diantara keperluan biliksuis adalah:

a.Bilik suis hendaklah menerima pengedaranudara yang baik.

b.Semua pintu dan lubang udara dipasang dengananti vermin proff netting supaya serangga tidak dapat masuk.

c.Ruang kosong berukuran minima 2.5kakidibahagian belakang dan minima 4.5 kaki dibahagian hadapan PSU untukkerja-kerja senggaraan .

d.Mempunyaisaluran-saluran yang mencukupi untukkemasukan dan keluar kabel.

e.Bilik suis hendaklah dilengkapkan dengan alatpemadam api jenis gas yang dibenarkan seperti CO2.

f.Lampu biasa,lampu kecemasan dan soket alirkeluar dengan jumlah yang mencukupi hendaklah disediakan di dalam bilik suis.

g.Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yangsesuai hendaklah dipaparkan didalam bilik PSU.

10. Pembumian Sub Papan Suis Dan Papan SuisUtama

Pembumian merupakansambungan yang dibuat antara logam sub papan suis dan bumi. Ia bertujuan untukmemberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik di manaarus rosak dapat mengalir terus kebumi dan memudahkan pelantikan serta mertaalat geganti rosak kebumi semasa berlaku kerosakan arus kebumi. Sistempembumian yang dijalankan adalah jenis sistem TN-S dimana pengalir bumi daripapan suis disambungkan terus ke bahagian rangka sub papan suis.

11.Ujian Penyelenggaraan Sub Papan Suis DanPapan Suis Utama.

Mengikut Peraturan-PeraturanElektrik 1994 beberapa ujian perlu dijalankan pada papan suis untuk memastikanpemasangan itu betul-betul selamat semasa digunakan. Ujian semasapenyelenggaraan yang dijalankan seperti ujian semasa tanpa bekalan dan ujiansemasa ada bekalan.

a.Ujianujian tersebut adalah :-

b..Ujianketerusan alat-alat

c..Ujianketerusan pengalir

d.Ujianketerusan pengalir bumi

e.Ujianketerusan litar kawalan dan litar sekunder.

f.Ujianrintangan penebatan

g.Ujiansuntikan utama

h.Ujiansuntikan sekunder

i.Ujiantekanan

j.Ujianbekalan 3 fasa

k.Ujianturutan fasa

12.Kabel kemasukan utama dan keluaran

Terdapat beberapa kaedahpemasangan kabel pada sub papan suis seperti penyediaan sesalur kabel bawahtanah dan dulang kabel atau trunking. Sekiranya rekabentuk pepasangan sub papansuis dan papan suis utama jenis cubicle terdapat banyak kabel keluaran,penggunaan kabel berperisai dan pelbagai teras adalah amat sesuai dipilihdengan menggunakan sesalur kabel bawah tanah. Saiz dan keupayaan kabel bolehdirujuk pada kertas penerangan kabel atau jadual pepasangan kabel elektrik (MSIEC-60364) atau buku manual pengilang kabel.

RUJUKAN:

KERTASPENERANGAN WIM INSTITUT LATIHAN JABATANTENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN SUMBERMANUSIA

MALAYSIA

Posted by

mohamad hilmi

at03:38

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Blog Archive

2012

(3)

November

(2)

October

(1)Kertas Penerangan ini bertujuan menerangkan pengen...

About Me

mohamad hilmi

View my complete profile

Powered by Blogger.