08 kertas penerangan pendawaian konduit ms 14-18

6
KERTAS PENERANGAN TAJUK : SISTEM PENDAWAIAN KURSUS : WIREMAN PW 2 Sistem pendawaian konduit Dalam sistem pendawaian konduit ialah suatu sistem yang menggunakan konduit-konduit dan akan dipasang ke dinding atau sebagainya dan di dalamnya akan di salurkan kabel. Ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian konduit i. Sekiranya punca kerosakan mekanikal pada sesuatu bangunan terlalu banyak. ii. Memerlukan satu sistem pembumian yang baik. iii. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang. iv. Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa. v. Kadar kuasa beban yang dipasang lebih besar. Jenis-jenis kabel yang digunakan Semua jenis kabel boleh digunakan sama ada bersalut satu lapis atau dua lapis. Jenis-jenis konduit Terdapat tiga jenis konduit yang biasa digunakan iaitu : i. Konduit logam tolok berat – digunakan sebagai sistem pendawaian. ii. Konduit bukan logam – diperbuat daripada polivivinil klorid dan digunakan di luar bangunan seperti gerai-gerai makanan dan rumah kediaman. iii. Konduit boleh lentur - digunakan sebagai konduit penyambung di antara konduit tetap atau pengasing ke motor-motor elektrik. Saiz nominal konduit ialah 16mm, 20mm, 25mm dan 32mm. Pemilihan saiz nominal konduit bergantung kepada bilangan kabel yang perlu dipasang dan rujuk pada jadual yang diberi di bawah. Faktor konduit dilarian lurus pendek Garispusat konduit mm Faktor 16 2

Upload: saharizan-bin-che-mat

Post on 09-Aug-2015

434 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: 08 kertas penerangan pendawaian konduit ms 14-18

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : SISTEM PENDAWAIAN KURSUS : WIREMAN PW 2

Sistem pendawaian konduit

Dalam sistem pendawaian konduit ialah suatu sistem yang menggunakan konduit-konduit dan akan dipasang ke dinding atau sebagainya dan di dalamnya akan di salurkan kabel.

Ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian konduit

i. Sekiranya punca kerosakan mekanikal pada sesuatu bangunan terlalu banyak.ii. Memerlukan satu sistem pembumian yang baik.iii. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.iv. Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa.v. Kadar kuasa beban yang dipasang lebih besar.

Jenis-jenis kabel yang digunakan

Semua jenis kabel boleh digunakan sama ada bersalut satu lapis atau dua lapis.

Jenis-jenis konduit

Terdapat tiga jenis konduit yang biasa digunakan iaitu :

i. Konduit logam tolok berat – digunakan sebagai sistem pendawaian.ii. Konduit bukan logam – diperbuat daripada polivivinil klorid dan digunakan di luar bangunan

seperti gerai-gerai makanan dan rumah kediaman.iii. Konduit boleh lentur - digunakan sebagai konduit penyambung di antara konduit tetap atau

pengasing ke motor-motor elektrik.

Saiz nominal konduit ialah 16mm, 20mm, 25mm dan 32mm.

Pemilihan saiz nominal konduit bergantung kepada bilangan kabel yang perlu dipasang dan rujuk pada jadual yang diberi di bawah.

Faktor konduit dilarian lurus pendek

Garispusat konduit mm

Faktor

16 290

20 460

25 800

32 1400

KERTAS PENERANGAN

Page 2: 08 kertas penerangan pendawaian konduit ms 14-18

TAJUK : SISTEM PENDAWAIAN KURSUS : WIREMAN PW 2

Jadual faktor kabel larian lurus pendek dan faktor kabel dilarian lurus panjang atau larian yang mengandungi bengkok

Jenis pengalirLuas muka keratan rentas pengalir mm²

Faktor kabel dilarian lurus pendek

Faktor kabel dilarian panjang atau larian yang mengandungi bengkok

Faktor Faktor

Pejal

1 22 16

1.5 27 22

2.5 39 30

4 43

6 58

10 105

Lembar

1.5 31

2.5 41

4 58

6 88

10 146

KERTAS PENERANGAN

Page 3: 08 kertas penerangan pendawaian konduit ms 14-18

TAJUK : SISTEM PENDAWAIAN KURSUS : WIREMAN PW 2

KERTAS PENERANGAN

Page 4: 08 kertas penerangan pendawaian konduit ms 14-18

TAJUK : SISTEM PENDAWAIAN KURSUS : WIREMAN PW 2

Cara-cara pemilihan saiz nominal konduit

i. Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus dengan panjangnya tidak lebih 3 meter, perlu rujuk jadual yang diberi .a. Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual yang diberi.b. Campurkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan faktor konduit pada

jadual faktor konduit yang diberi.c. Saiz nominal konduit yang sesuai, sekiranya faktor konduit sama atau lebih daripada

jumlah faktor kabel.

ii. Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus dengan panjangnya lebih 3 meter atau sebarang panjang larian yang mengandungi bengkok atau offset.a. Pastikan faktor kabel yang diperlukan.b. Campurkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan faktor konduit mengikut

panjang larian dan jumlah bengkok serta offset dalam larian.c. Saiz nominal konduit yang sesuai sekiranya faktor konduit sama atau lebih daripada

jumlah faktor kabel.

Contoh soalan

1. Suatu konduit lurus 2 meter panjang diperlukan menyalur 6 x 2.5mm² kabel pvk teras tunggal berlembar. Buatkan satu anggaran bagi saiz nominal konduit yang sesuai digunakan.

Faktor kabel bagi kabel 2.5mm² ialah 43, oleh itu sekiranya 6 kabel faktornya ialah 43 x 6 = 258. Dengan berpandukan kepada jadual faktor konduit yang diberi konduit yang sesuai ialah faktornya 290 iaitu saiz nominal konduit adalah 16mm.

2. Sesuatu konduit dengan panjang lariannya 7 meter mengandungi 1 bengkokan 90º dan satu offset kembar. Konduit tersebut perlu membawa 7 x 1.5mm² dan 4 x 2.5mm² kabel pvk teras tunggal. Tentukan saiz nominal konduit yang sesuai digunakan.

Faktor kabel 1.5mm² ialah 22 dan kabel 2.5mm² ialah 30.Jumlah faktor kabel ialah ( 7 x 22 ) + ( 4 x 30 ) = 274.

Dengan berpandukan kepada jadual faktor konduit yang diberi konduit yang sesuai ialah faktornya 311 iaitu saiz nominal konduit adalah 25mm.

KERTAS PENERANGAN

Page 5: 08 kertas penerangan pendawaian konduit ms 14-18

TAJUK : SISTEM PENDAWAIAN KURSUS : WIREMAN PW 2

Kaedah pemasangan kabel

Konduit-konduit yang telah ditentukan saiz dan panjangnya akan dibebenangkan di kedua-dua penghujung. Apabila kerja-kerja bebenang siap pada kesemua konduit yang diperlukan, sambungkan konduit-konduit tersebut mengikut keperluan dengan mengunakan aksesori-aksesori tertentu (sesiku, tee dan sebagainya) dan pasangkan ke permukaan dinding atau siling dengan disokong oleh pelana dan bar. Jarak maksimum di antara pelana dan bar yang menyokong konduit bolehlah merujuk jadual di bawah. Setelah kesemua kerja pemasangan siap barulah kerja menyalurkan kabel dijalankan. Pastikan kabel-kabel daripada satu litar akhir dimasukkan atau disalurkan ke dalam konduit yang sama adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada terhasilnya aruhan disekeliling konduit.