09 kertas penerangan pencahayaan ms 126-133

8
KERTAS PENERANGAN TAJUK : PENCAHAYAAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI) Lampu Pijar (Incandescent Lamp) Elemen lampu ini akan menjadi panas dan mengeluarkan cahaya apabila arus dialirkan. Filamennya biasa dibuat daripada Tungsten. Ini kerana bahan tersebut mempunyai tekad suhu lebur yang tinggi sehingga 3400 C dan ianya boleh dihasilkan dalam bentuk dawai- º dawai yang halus. Lampu seperti ini di dalamnya diisikan dengan Gas Argon dan Nitrogen supaya filamennya lebih tahan dan menegeluarkan cairwapan yang mana mudah sekali mengambil tempat di dalam hampagas. Filamennya kebanyakan dibuat dalam bentuk gelung atau coil. Jangka masa usia 1000 jam. Kecekapan lampu ini lebih kurang 12 lumen / watt tetapi bergantung juga kepada ukuran lampu, usia lampu dan operasi voltan. Kebaikan kenapa ia dibuat bergelung-gelung. a. Filamen mempunyai pembentukan dan susunan yang padat. b. Kehilangan haba boleh dikurangkan berdasarkan perpindahan arus dalam gas dan memberi keupayaan yang tinggi. 126

Upload: saharizan-bin-che-mat

Post on 09-Aug-2015

1.158 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 09 kertas penerangan pencahayaan ms 126-133

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : PENCAHAYAAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Lampu Pijar (Incandescent Lamp)

Elemen lampu ini akan menjadi panas dan mengeluarkan cahaya apabila arus dialirkan. Filamennya biasa dibuat daripada Tungsten. Ini kerana bahan tersebut mempunyai tekad suhu lebur yang tinggi sehingga 3400ºC dan ianya boleh dihasilkan dalam bentuk dawai-dawai yang halus. Lampu seperti ini di dalamnya diisikan dengan Gas Argon dan Nitrogen supaya filamennya lebih tahan dan menegeluarkan cairwapan yang mana mudah sekali mengambil tempat di dalam hampagas. Filamennya kebanyakan dibuat dalam bentuk gelung atau coil. Jangka masa usia 1000 jam. Kecekapan lampu ini lebih kurang 12 lumen / watt tetapi bergantung juga kepada ukuran lampu, usia lampu dan operasi voltan.

Kebaikan kenapa ia dibuat bergelung-gelung.

a. Filamen mempunyai pembentukan dan susunan yang padat.b. Kehilangan haba boleh dikurangkan berdasarkan perpindahan arus dalam gas dan memberi

keupayaan yang tinggi.

LAMPU PIJAR

KERTAS PENERANGAN

126

Page 2: 09 kertas penerangan pencahayaan ms 126-133

TAJUK : PENCAHAYAAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Lampu Karbon (Carbon Filament Lamp)

Lampu jenis ini menghasilkan banyak haba dan digunakan untuk tujuan tertentu. Filamennya dibuat daripada karbon dan dimasukkan di dalam keluli kaca dan mempunyai tekanan yang rendah. Kecekapan lampu ini bertambah mengikut suhu kerana kita ketahui bahawa karbon jika dipanaskan rintangannya akan bertambah. Suhu yang biasa ialah 1750ºC dan sekiranya melebihi dengan banyak ini akan menyebabkan keluli akan pecah.

LAMPU KARBON

Lampu Filamen Incondescent

Operasi asas : Tenaga cahaya dihasilkan oleh laluan arus elektrik melalui pengalir (biasanya tungsten) disertakan di dalam tiub gas dengan ketahanan suhu mlebihi 2000ºC. Kecekapan lampu ditambah oleh kaedah-kaedah berikut :

i. Diisi dengan gas nitrogen atau argon di dalam bebuli kaca (bulb) yang boleh bekerja pada suhu lebih kurang 2500ºC memberikan lebih cahaya, mengurangkan kehilangan filamen disebabkan cair serapan (evaporation).

ii.Jangka usia lampu ditambah lebih kurang 1000 jam.iii. Lilitan berganda filamen (coiled-coil lamp). Ini mengurangkan panas yang

disebabkan perolakan arus.iv. Kecekapan lampu lebih kurang 12 lumen/watt, tetapi bergantung juga

kepada:

a. Ukuran lampub. Usia lampuc. Operasi voltan

Kecekapan lampu akan kurang sekiranya nilai voltan kurang dari kadar voltan yang diberi.

KERTAS PENERANGAN

127

Page 3: 09 kertas penerangan pencahayaan ms 126-133

TAJUK : PENCAHAYAAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

BINAAN LAMPU FILAMENT INCANDESCENT

Lampu Filamen Tungsten (Incondescent)

Filamennya berbentuk seperti sangkar. Diisikan di dalam buli yang mempunyai hampagas dan mempunyai kecekapan 8 lumens/watt. Selalunya direka tidak melebihi dan takad 40 watt kadarnya.

LAMPU FILAMEN TUNGSTEN (INCONDESCENT)

KERTAS PENERANGAN

128

Page 4: 09 kertas penerangan pencahayaan ms 126-133

TAJUK : PENCAHAYAAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Lampu Tungsten Iodine

Biasanya lampu ini digunakan untuk pencahayaan banjiri (flood lighting), photocopying dan pencahayaan kawasan (area lighting) seperti padang bola. Biasanya lampu ini mempunyai sarung yang kecil. Gas iodin adalah untuk mengelakkan cahayawapan. Kecekapannya ialah 30 lumen/watt dan ianya sesuai dipasang secara melintang.

LAMPU DIS CAS (Discharge Lamp)

Jenis-jenis lampu dis cas ialah :

i. Lampu Wap Sodium.ii. Lampu Mercury Tekanan Tinggi.iii. Lampu Kalimantang.iv. Lampu Neon.

i. Lampu Wap Sodium.

Prinsip kendalian lampu wap sodium.

Lampu ini menghasilkan cahaya kekuningan (yellow glow). Ianya bekerja pada tekanan wap sodium yang rendah. Tiub dalam mengandungi 2 elektrod. Gas neon digunakan untuk memulakan Dis cas dan warna permulaan ialah merah jambu. Kemudian diambil alih oleh wap sodium dengan bertambahnya tekanan dan warna lampu bertukar menjadi kuning dalam masa 3 atau 4 minit dari masa ia dihidupkan. Ini menunjukkan bahawa ia mencapai Discharge penuh. Sekiranya lampu ini di OFF kan dan dipasang semula dengan jangkamasa yang pendek ia akan menyala dengan warna kuning kerana wap sodium telah sampai pada peringkat yang penuh. Biasanya ia dipasang dengan alat ubah auto yang mana menghasilkan voltan kira-kira 470 – 480 volt pada punca keduanya. Kecekapan lampu jenis ini ialah 75 lumen/watt. Lampu ini biasa digunakan untuk lampu jalan dan terdapat dalam kadaran yang biasa 45 watt, 60 watt, 85 watt, 140 watt, dan 200 watt.

KERTAS PENERANGAN

129

Page 5: 09 kertas penerangan pencahayaan ms 126-133

TAJUK : PENCAHAYAAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

ii. Lampu Wap Raksa Tekanan Tinggi

Prinsip kendalian

Peringkat permulaan

Letrod ke 2 dan letrod tambahan digunakan untuk permulaan Discharge apabila bekalan dimasukkan. Pada masa ini hanya sedikit sahaja arus yang mengalir masuk di dalam litar tersebut. Discharge di antara letrod ke 2 dan letrod tambahan menyebabkan raksa menjadi panas dan menyempitkan keadaan–keadaan tiub serta ianya menjadikan tekanan tiub menjadi tinggi.

Peringkat kedua

Kira-kira 4 atau 5 minit lampu ini akan mencapai takad tepu terang. Letrod akan mengalir dengan banyaknya di antara E1 dan E2 dibandingkan dengan letrod tambahan. Ini adalah disebabkan rintangan tinggi yang dipasang siri dengan letrod tambahan. Suhu pada tiub dalam adalah kira-kira 600ºC dan mempunyai faktor kuasa yang rendah iaitu 0.6 dan biasanya kehilangan dari choke dan kapasitor adalah 5%. Manakala susutan voltan adalah 1.5%.

kadaran watt kecekapan Lumens/watt80 44125 42250 45400 48500 501000 62.5

KERTAS PENERANGAN

130

Page 6: 09 kertas penerangan pencahayaan ms 126-133

TAJUK : PENCAHAYAAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

iii. Lampu Kalimantang

Binaan Lampu Kalimantang

i. Kapasitor (condenser)

a. Memperbaiki faktor kuasa bagi sistem bekalan.b. Menyimpan cas.c. Menghindar gangguan frekuensi (gelombang).

ii. Choke (ballast).

a. Mengujudkan voltan yang tinggi bagi tindakan discharge semasa tiub dipermulaan penyalaan.

iii. Pemegang lampu (holder).

a. Pemegang tiub kalimantang.

iv. Tiub kalimantang.

a. Memanaskan bagi gerakan elektron untuk mengujudkan cahaya.b. Gas argon dan raksa menolong dan mengujudkan arka pada permulaan

penyalaan pergerakan elektron.c. Salutan pendaflour pada kalimantang mengadakan cahaya yang terang dan

sejuk.

v. Starter (penghidup).

a. Untuk memulakan atau menghidupkan lampu pada peringkat permulaan.

KERTAS PENERANGAN

131

Page 7: 09 kertas penerangan pencahayaan ms 126-133

TAJUK : PENCAHAYAAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Prinsip Kendalian Lampu Kalimantang

Untuk penyalaan lampu kalimantang ia memerlukan voltan yang tinggi untuk permulaan discas berlaku di dalam starter. Apabila bekalan dimasukkan di antara dua punca bekalan arus ulang-alik, arus akan mengalir melalui choke, letrod, starter dalam tiub dan balik melalui neutral. Dalam keadaan biasa, alat-alat ini menerima voltan yang sama dan adalah sukar untuk elektron mengalir terus ke dalam tiub kerana terlalu jauh dan memerlukan voltan yang tingggi untuk permulaan discas berlaku di dalam starter.

Arus yang masuk itu melalui choke dan starter. Di masa ini bimetalic pada starter masih bersentuh dan apabila sampai ke tahap tertentu bimetalic pada starter akan menjadi panas dan akan membukakan atau membengkokkan bimetalic pada starter.

Tindakan ini menyebabkan pengaliran arus terganggu dan terputus dan mengganggu perjalanan arus pada choke menghasilkan voltan yang tinggi buat seketika. Voltan yang tinggi ini menyebabkan letrod tiub bertambah panas dan proses discas penuh terjadi di dalam tiub.

Apabila discas penuh tercapai arus akan lebih melalui tiub kerana tekanan yang rendah di dalam tiub (tekanan yang rendah ini disebabkan oleh wap raksa yang telah dipanaskan tadi dan kurang arus yang mengalir melalui litar starter). Starter tidak bekerja setelah discas penuh tercapai.

Arus yang tinggi ini menyebabkan pergerakan elektron dari hujung tiub dan menerbitkan cahaya. Cahaya ini ditapis oleh debu kalimantang yang menyebabkan terhasilnya cahaya yang terang dan sejuk. Proses ini berlaku dengan cepat.

Nota : Choke akan memberi aruhan yang tinggi apabila arus berhenti dengan tiba-tiba.

L N

KERTAS PENERANGAN

132

Page 8: 09 kertas penerangan pencahayaan ms 126-133

TAJUK : PENCAHAYAAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Jenis-jenis kerosakan dan sebab yang berlaku pada litar lampu kalimantang.

Jenis kerosakan Sebab-sebab kerosakan

Fius terbakar bila suis di ON kan Litar pintas berlaku antara L dan N

ELCB trip bila suis di ON kan Choke atau litar dalam keadaan kebocoran ke bumi

Elektrod tiub terbakar setelah di tukar baru Choke litar pintas

Lampu tidak hidup langsung Tiada bekalan, elemen tiub terputus, starter rosak, litar terbuka atau choke sudah terbakar

Lampu berkelip-kelip sahaja Voltan kurang, tiub lemah, starter rosak atau choke sudah terbakar sebahagian sahaja

Hujung tiub merah sahaja Starter litar pintas

Perbezaan di antara lampu kalimantang dengan lampu tungsten

Lampu tungsten Lampu kalimantang

1. Murah 1. Mahal

2. Hitung panjang hidup 1000 jam 2. Hitung panjang hidup 2000 jam

3. Tiada kesan stroboskopik 3. Ada kesan stroboskopik

4. Kurang terang 4. Lebih terang

133