sains kejuruteraan 1 kertas penerangan

Download Sains Kejuruteraan 1 Kertas Penerangan

Post on 10-Jul-2015

2.344 views

Category:

Documents

34 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

TERHAD

KERTAS PENERANGAN

SAINS KEJURUTERAAN 1( ELEKTRIKAL / ELEKRONIK / MEKANIKAL / BUKAN LOGAM / SIVIL )

TERHAD

Cetakan Kedua Mac 2011 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia http ://www.jtm.gov.my/kurikulum

Hak Cipta Terpelihara. Dokumen ini diklasifikasikan sebagai TERHAD. Tidak dibenarkan mengeluar mana-mana bahagian dalam kandungan Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) dalam apa jua bentuk tanpa keizinan daripada Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Bahan Pembelajaran SEMESTER SATU ini dibangunkan bagi kursus sepenuh masa di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) oleh Ahli Jawatankuasa

Pembangunan WIM dan disemak serta diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Kurikulum untuk tujuan gunapakai bagi semua ILJTM yang terlibat.

Kod Pengesahan WIM Kod Pengesahan Silibus Tarikh Pengesahan WIM

: WIM/SK1021/12011/S01/P1 : SFB/SK 1021/12009/PI : 11 Mac 2011

KANDUNGANSENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIM ................................................ i SENARAI SINGKATAN ...................................................................................................... i KERTAS PENERANGAN MODUL 1 .................................................................................1 SK 1021 SAINS KEJURUTERAAN 1 ............................................................................1 GROUP CLUSTERING MODULE 1 ..............................................................................3 LE1 ASAS FIZIK 3 LE2 STATIK 17 LE3 ASAS ELEKTRIK 39

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIMKLUSTER SUBJEK UMUM - SAINS KEJURUTERAAN 1 (SEMUA BIDANG)

Ahli Jawatankuasa : 1. 2. 3. 4. Ainin Nisak binti Ahmad Asnawi (Pengerusi Kluster Subjek Umum) Mohamad Hisam bin Mohd Adam (Penolong Pengerusi Kluster Subjek Umum) Azmi Bin Mohamad (Ketua Penyalaras) Normahazan Bin Mohamed ADTEC Shah Alam ADTEC Kulim ILP Bukit Katil ILP Pedas

Urusetia : 1. 2. 3. 4. 5. Pn. Norpisah binti Jumin En. Norhasni bin Dakie Cik Norida binti Othman En Ismail bin Taha Cik Sazurani binti Abdul Zabil BKT, Ibu Pejabat BKT, Ibu Pejabat BKT, Ibu Pejabat BKT, Ibu Pejabat BKT, Ibu Pejabat

Tarikh dibangunkan Tempat

: :

6 9 Julai 2010 ADTEC Taiping, Perak

i

SENARAI SINGKATANIS WS AS INFORMATION SHEET WORK SHEET ASSIGNMENT SHEET

KOD KURSUS SEMESTER NO. MODUL NO. LE JENIS WIM

SK

1 01 LE1 IS

ii

KERTAS PENERANGAN MODUL 1SK1021 SAINS KEJURUTERAAN 1

GROUP CLUSTERING MODULE 1

SK1021- LE1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

ASAS FIZIK

Pengenalan fizik Kuantiti fizik (Unit SI) sistem unit antarabangsa Unit dan simbol SI Pertukaran unit Pengukuran

SK1021- LE2 2.1 2.2

STATIK

Statik zarah Paduan daya bagi statik zarah ASAS ELEKTRIK

SK1021- LE3 3.1 3.2

Prinsip elektrik Litar asas

MUKASURAT 2

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA

KERTAS PENERANGANNAMA KLUSTER KOD DAN NAMA MODUL PENGALAMAN PEMBELAJARAN NO. TUGASAN BERKAITAN SUBJEK UMUM - SAINS KEJURUTERAAN 1 SK1021 SAINS KEJURUTERAAN 1

LE1 ASAS FIZIK 1.0 PENGENALAN FIZIK

FAHAM ASAS-ASAS FIZIK, KEJURUTERAAN STATIK DAN ELEKTRIK DENGAN MENGGUNAKAN SAINS KEJURUTERAAN SUPAYA:1. OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) KUANTITI ASAS, UNIT SI DAN DIMENSI DIIKUTI.

OBJEKTIF MEMBOLEH (EO)

DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :MENGETAHUI KONSEP DAN PRINSIP KUANTITI ASAS, UNIT SI DAN DIMENSI DIIKUTI.

SK 1021-LE1-IS (semua bidang)

PINDAAN : 1

MUKASURAT 3

1.0

ASAS FIZIK 1.1 Pengenalan fizik Fizik ialah cabang sains yang mengkaji kejadian-kejadian dan fenomena-fenomena di alam sekeliling. Untuk memudahkan kajian, ilmu fizik telah dikategorikan kepada beberapa bidang seperti ; a. b. c. Ukuran Mekanik Gelombang Kajian alat-alat Pengukuran Kajian gerakan Kajian bunyi, penghantaran

maklumat dan telekomunikasi d. e. f. Optik Nuklear Elektrik & Elektromagnetan g. Elektronik Kajian cip-cip elektronik dan sistem komputer Kajian cahaya Kajian tindak balas dalam nukleas atom Kajian penggunaan elektrik dan magnet

Bidang fizik telah banyak menyumbang ke arah kemajuan dan mengubah dunia kita.Antara teknologi fizik telah diaplikasikan termasuk pengangkutan, sistem komunikasi, internet, industri perubatan, pertanian, penerokaan angkasa lepas dan sebagainya. Daripada hukum fizik yang diterbitkan ahli fizik, pelbagai alat dapat dicipta seperti termometer gas, motor, telefon, laser dan banyak lagi. Melalui kajian fizik juga pelbagai kerjaya yang berorentasikan sains dan teknologi telah terbuka luas seperti bidang kejuruteraan, penyelidikan, pendidikan, perindustrian, perubatan dan

sebagainya. 1.2 Kuantiti fizik Kuantiti fizik ialah kuantiti yang boleh diukur. Contohnya laju, panjang, jisim, momentum, suhu, arus elektrik dan sebagainya.Kuantiti Bukan Fizik ialah sesuatu yang tidak boleh diukur. Contoh kecantikan, kesetiaan, perasaan dan sebagainya. Setiap kuantiti fizik mesti terdiri daripada Nilai Berangka (Magnitud) dan Unit. Kuantiti fizik terbahagi pula kepada 2 iaitu Kuantiti Asas dan Kuantiti Terbitan.SK 1021-LE1-IS (semua bidang) PINDAAN : 1 MUKASURAT 4

1.2.1 Kuantiti asas

Fizik melibatkan pemerhatian yang teliti, termasuk pengukuran tepat.Kuantiti yang boleh diukur dikenali sebagai kuantiti fizik.Kuantiti asas ialah kuantiti fizik bukan gabungan seprti dalam jadual 1-1.

BIL 1 2 3 4 5

KUANTITI ASAS Panjang Jisim Masa Suhu Arus Elektrik

SIMBOL UNIT UNIT ASAS ASAS l m t T I (Unit S.I) Meter Kilogram Saat Kelvin Ampere

SIMBOL UNIT SI m kg s K A

Jadual 1-1

1.2.2 Kuantiti terbitan Kuantiti terbitan ialah yang bukan kuantiti asas seperti jadual 1-2. Suatu kuantiti terbitan boleh diungkap dalam sebutan kuantiti-kuantiti asas contoh laju ialah kuantiti terbitan. Ungkapan yang menghubungkan laju kepada kuantiti asas panjang dan masa.

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6.

KUANTITI TERBITAN Daya Tenaga Cas Elektrik Kuasa Halaju (v) Momentum RUMUS Jisim x pecutan Daya x Sesaran Arus x Masa Kerja / Masa Jarak / masa Jisim x Halaju

SIMBOL UNIT UNIT N J C W (Nama Khas) Newton Joule Coulomb Watt -

UNITUNIT ASAS Kg m s-2 Kg m2 s-2 As Kg m2 s-3 m s-1 Kg m s-1

Jadual 1-2

SK 1021-LE1-IS (semua bidang)

PINDAAN : 1

MUKASURAT 5

Perbezaan Kuantiti Asas dan Kuantiti Terbitan

Kuantiti Asas

Kuantiti Terbitan

Tidak boleh ditakrif oleh kuantiti asas yang Diungkapkan daripada kuantiti2 asas secara lain pendaraban/pembahagian/kedua-duanya

Unit kuantiti asas dinamai unit asas

Unit kuantiti terbitan dinamai unit terbitan

Unit hanya terdiri daripada unit2 asas Unit bukan sahaja terdiri daripada unit asas sahaja tetapi unit2 yang kompleks dengan nama khas

Jadual1-3: perbezaaan kuantiti asas dan terbitan 1.3 (Unit SI) sistem unit antarabangsa Penyelarasan unit antarabangsa bermakna bahawa satu sistem unit oleh semua negara untuk kegunaan sains, perdagangan, dan komunikasi. Pada tahun 1960 dalam persidangan Berat dan Ukuran Antarabangsa di Paris, negara-negara yang menghadiri persidangan itu telah mempersetujui bahawa System antarabangsa, SI digunakan sebagai unit antarabangsa seumpamanya N,J,Pa,W, dan lain-lain. Kelebihan-kelebihan ialah: i. ii. Untuk memudahkan urusan perdagangan dan perindustrian import-eksport di antara negara Membolehkan pertukaran dan pemindahan teknologi. Contoh teknologi dalam industri berat di Jepun dan Jerman boleh digunakan di Malaysia iii. Membolehkan pertukaran data dan maklumat sains antara badan-badan penyelidik. Contoh pertukaran formula atau ramuan sesuatu jenis ubat yang komposisi kandunganya dalam unit tertentu. Kerja atau penyiasatan saintifik seseorang ahli sains dapat dikongsi oleh ahli-ahli sains yang lain. iv. Memudahkan komunikasi antarabangsa seperti ketinggian kapal terbang di langit, pergerakan ombak dan angin, telekomunikasi telefon bimbit dan gelombang radio.

SK 1021-LE1-IS (semua bidang)

PINDAAN : 1

MUKASURAT 6

1.4 Unit dan simbol SI 1.4.1 Bentuk piawai Nilai berangka sangat besar ditulis dalam bentuk piawai A X 10n dimana 1 A 10 dan n ialah intiger positif atau negatif. Penggunaan bentuk piawai adalah untuk mewakili data supaya kelihatan kemas, ringkas dan mudah dibuat perbandingan. Magnitud kuantiti fizik biasanya dibundarkan kepada 3 atau 4 angka bererti. Contoh tinggi gunung = 8,848 m dalam bentuk piawai 8.848 X 103 m. (A=8.848, n=3) 1.4.2 Imbuhan

Imbuhan digunakan untuk mewakili kuantiti fizik sangat besar atau sangat kecil. Jadual 1-4 menunjukkan senarai imbuhan dan faktor pendaraban masing-masing. Contoh 1,000 m boleh dinyatakan sebagai 1 km. 1 cm dapat dinyatakan sebagai 0.01 m atau dalam bentuk piawai 1 X 10-2 m.

Imbuhan Tera Giga Mega Kilo Hekto Deka Desi Senti Mili Mikro Nano Piko

Simbol T G M K h da D C m n p

Nilai 1 000 000 000 000 1 000 000 000 1 000 000 1 000 100 10 0.1 0.01 0.001 J a d u a

Bentuk Piawai 1012 109 106 103 102 101 10-1

Contoh 1 Tm = 1 x 1012m 2.2 GW = 2.2 x 109W 1.6 MJ = 1.6 x 106J 5 kg = 5 x 103g 4 hg = 4 x 102g 3 dag = 3 x 10g 2 dm = 2 x 10-1m 100cm = 1 x 10-2m 3.2 mg = 3.2 x 10-3g 7 m = 7 x 10-6m 8 nm = 8 x 10-9m 2 pm = 2 x 10-12m

10-2 10-3 10-6 10-9 10-12

l 0.000 001 0.000 000 001 1 0.000 000 000 001 -

Jadual 1-4: imbuhan dan faktor pendaraban

SK 1021-LE1-IS (semua bidang)

PINDAAN : 1

MUKASURAT 7

1.5

Pertukaran unit Apabila imbuhan ditukar kepada unit asas, faktor pendaraban setara digunakan.

Contoh 1 ;

Pertukaran imbuhan kepada unit asas, nyatakan jawapan dalam bentuk piawai a). 0.07 cm tukar kepada unit (m) b). 0.43 ns tukar kepada unit (s)

Penyelesaian ;

Imbuhan