jurnal reflektif.docx
TRANSCRIPT
Jurnal reflektif
Di sesebuah sekolah tandas menjadi tempat yang sangat penting kepada
murid, guru dan kakitangan sekolah. Perkara ini tidak boleh dinafikan oleh mana –
mana pihak. Terutamanya pembersihan kawasan tandas ini perlu diambil kira oleh
pihak sekolah supaya dapat mewujudkan persekitaran yang nyaman dan ceria.
Sebenarnya, tempat ini menjadi tempat untuk membersihkan diri, dan bersalin
pakaian. Boleh juga dikatakan tandas merupakan tempat yang dikunjungi oleh murid
– murid, guru – guru di sekolah dan kakitangan sekolah sekurang – kurangnya sekali
dalam sehari. Oleh sebab itu, tandas perlu dikekalkan dengan baik dan standard
yang tinggi. Disini kebersihan dan keindahan tandas amat penting supaya kuman
tidak mudah merebak. Dalam persepsi saya setiap orang yang menggunakan
kemudahan tandas adalah bertanggungjawab untuk mengekalkan kebersihan dan
keindahan.
Projek yang saya telah jalankan bagi membentuk kawasan tandas sekolah
saya bersih dan indah ini telah membuahkan hasil yang baik. Dengan pelaksanaan
projek ini memberi kesedaran kebersihan dan keindahan tandas kepada para guru
dan pelajar. Dalam meneliti bangunan – bangunan dan kawasan persekitaran
sekolah didapati keceriaan dan kebersihan tandas sekolah saya tidak begitu
memuaskan. Perkara ini menjadi rasa tidak puas hati dalam diri saya dan saya mula
untuk berusaha membuat sesuatu yang baru dalam meningkatkan lagi keceriaan
tandas sekolah. Oleh sebab itu, selaku guru Kesihatan saya telah mengajurkan satu
akvitivi khidmat masyarakat iaitu projek “Tandas Bersih dan Indah’. Projek ini telah
dijalankan selama satu minggu supaya kerja pembersihan dan keceriaan dijalankan
dengan sepenuhnya.
Tambahan pula, semasa menjalankan projek membersihkan tandas ini
dengan guru – guru dan murid sekolah, saya amat gembira dan rasa berpuas hati
kerana dapat membuat sesuatu projek yang bermanfaat kepada pihak sekolah.
Dalam pada ini saya telah mengambil pelbagai langkah dengan AJK projek ini bagi
mewujudkan tandas yang bersih dan selesa menggunakannya. Antaranya ialah
guru-guru sekolah SJK(T) Ladang Elaeis telah mengecat dan melukis mural di
bahagian luar tandas. Selain itu, saya juga telah membuat jadual pembersihan
tandas supaya tugasnya dijalankan dengan lancar. Saya berasa gembira kerana
guru – guru sekolah saya begitu rajin dan besemangat dalam menjalankan projek ini
dengan jayanya. Mujur ada rakan sekerja saya yang membantu untuk menjayakan
projek khidmat masyarakat ini. Sebelum, memulakan projek ini saya telah
menyediakan kertas kerja dengan bantuan Guru Besar dan PIBG sekolah untuk
mencari bantuan modal bagi membeli barang – barang untuk kerja – kerja
pembersihan tandas sekolah dijalankan dengan baik dan sistematik. Sebelum
memulakan projek ini, saya juga telah memberi taklimat kepada guru-guru dan
murid-murid menngenai kerja – kerja pembersihan dan keceriaan.
Selain daripada itu, semasa menjalankan projek pembersihan tandas ini kerja
– kerja seperti menampal gambar tanda menunjukkan tandas lelaki dan tandas
perempuan telak dilekat pada pintu tandas supaya dapat dilihat dengan lebih jelas.
Selain itu, guru juga telah melekatkan sifir di bahagian dalam pintu tandas supaya
murid dapat membaca dan menghafalnya sementara menggunakan tandas.Selain
itu, telah menghiaskan tandas dengan bunga yang hidup dalam pasu. Peruntukkan
yang diberi dapat juga digunakan untuk memasang paip dan singki berdekatan
dengan tandas bagi memudahkan dan menggalakkan murid mencuci tangan
selepas menggunakannya. Sebelum ini, murid menggunakan singki yang terletak
berdekatan dengan makmal yang agak jauh sikit daripada tandas. Pemasangan
singki ini telah memudahkan murid-murid untuk mencuci tangan.
Selain itu, saya juga berasa terharu dengan guru – guru dan murid-murid
yang dapat memberi komitmen yang baik untuk melaksanakan kerja dalam projek
‘Tandas Bersih dan Indah’. Mereka telah mengeluarkan pelbagai idea-idea yang
kreatif semasa melakukan kerja penambahbaikan tandas. Mereka juga berasa
berpuas hati dengan pelaksanaan projek seperti ini. Dengan berbincang dengan
mereka saya mendapat thu bahawa projek seperti ini menanamkan sikap yang
positif dalam kalangan guru-guru dan murid-murid SJK(T) Ladang Elaeis. Melalui
aktiviti khidmat masyarakat ini guru telah mendidik amalan penggunaan tandas dan
dapat membentuk sikap yang terpuji. Projek tandas ini dapat membuka minda setiap
orang murid yang terlibat. Saya juga berasa berbangga kerana melalui aktiviti ini
para murid dapat mencurahkan bakti dalam usaha mengindahkan kawasan sekolah
yang tercinta ini.
Dari segi refleksi individu dalam membentuk generasi yang akan datang,
antara pengalaman yang diperolehinya iaitu individu tersebut mendapat pengalaman
baru dalam menyediakan dan menceriakan tandas sekolah. Individu tersebut dapat
meningkatkan lagi semangat kerjasama antara rakan – rakan apabila melibatkan
secara aktif dalam aktiviti seperti ini. Sebagai contoh apabila, melukis mural di
dinding tandas akan membantu individu tersebut dapat menonjolkan bidang
keseniannya secara langsung. Tambahan pula, individu akan berasa bangga apabila
dipanggil untuk menjayakan projek pembersihan tandas ini. Secara tidak langsung,
nilai – nilai murni dapat dipupuk dalam kalangan individu. Ini membentuk individu
yang rajin dan berkhidmat untuk masyarakat pada masa yang akan datang.
Untuk refleksi ibu dan bapa, ibu bapa berasa gembira dengan projek
pembersihan dan keceriaan tandas ini. Dengan ini, ibu bapa berpendapat bahawa
keceriaan sesebuah sekolah akan ditingkatkan dan dapat juga berlakunya
kerjasama antara semua pihak apabila menjalankan aktiviti khidmat masyarakat
seperti ini. Selain itu, melalui projek ini ibu bapa berpendapat bahawa anak –anak
mereka dapat memahami kepentingan kebersihan dan keindahan tandas .
Sekiranya tandas tidak diuruskan dengan baik, pelbagai penyakit berjangkit akan
dihidapi oleh pengguna seperti taun, demam kepialu, cirit-birit dan jangkitan cacing.
Selain itu, sekiranya tandas tidak diberi penjagaan yang khusus ianya akan menjadi
tempat pembiakan atau gangguan serangga terutamanya lalat. Tandas merupakan
tempat untuk kita membuang sisa makanan dan minuman dalam badan. Pada masa
yang sama, tandas dapat membantu pengguna menjaga kesihatan diri. Sehubungan
itu, ibu bapa berpuas hati dengan projek ini dapan menjadikan keadaan tandas
yang bersih dan menyenangkan.
Manakala refleksi dari seorang anak pula, dia berasa bangga kerana dapat
melibatkan diri dalam projek “Tandas Bersih dan Indah’. Penglibatan seorang anak
sebenarnya amat penting dalam menjayakan projek seperti ini. , projek ini dapat
mengamalkan satu nilai persahabatan di antara-murid-murid. Projek tandas bersih
dan indah ini dapat memberi banyak manfaat kepada sekolah. Dapat juga
memupuk semangat kerja berpasukan di antara anak – anak. Sebenarnya,
seseorang anak berpendapat iaitu dengan melibatkan diri membersihkan kawasan
tandas dapat juga meningkatkan kebersihan dan keindahan standard tandas
sekolah. Ini juga merupakan satu pengalaman yang berharga untuk semua anak
yang terlibat bagi menunjukkan peningkatan kesedaran mengenai kepentingan
tandas yang bersih. Melalui projek ini juga dapat melahirkan anak yang seimbang
dari segi JERIS.
Saya juga mendapat respon refleksi dari ahli masyarakat majmuk di negara
kita berkaitan projek ini adalah sesuatu projek yang menghubungkan hubungan
silaturahim antrara masyarakat. Antaranya, kakitangan sekolah iaitu kerani dan
pengawal keselamatan yang berbangsa Bumiputra berpendapat bahawa projek ini
membantu menceriakan lagi kawasan sekolah. Bukan sahaja dari segi menceriakan
sahaja manakala ia juga dapat mewujudkan suasana yang nyaman dan memupuk
nilai – nilai moral yang tinggi terdapat pihak pentadbir dan kakitangan sekolah.
Mereka juga berasa rasa gembira kerana dapat turut sertai dalam projek ini.
Kegunaan tandas sekolah ini bukannya digunakan oleh guru dan murid yang
berbangsa India sahaja manakala ia turut digunakan oleh kakitangan sekolah yang
berbangsa Melayu. Dengan ini, pembersihan tandas amat memerlukan dan projek
seperti ini Mewujudkan tandas sekolah yang lebih bersih dan indah untuk
menyedarkan warga sekolah dan juga pentingnya pelbagai kemudahan di kawasan
sekolah.
Akhir sekali, refleksi terakhir yang saya perolehi dari seorang guru di SJK(T)
Ladang Elaeis adalah beliau berpendapat bahawa projek ini membantu semua pihak
memperoleh manfaat seterusnya memenuhi dan mencapai matlamat 3K. Guru juga
lebih mengatakan bahawa wujudnya pula iklim yang kondusif serta identiti sekolah
sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria. Tambahan pula, sifir yang
ditampal di belakang pintu tandas membantu murid menghafal dan mengingat
kembali sifir yang diajar di dalam bilik darjah. Beliau berpendapat idea ini merupakan
suatu idea yang inovatif yang membantu meningkatkan pencapaian murid dalam
subjek Matematik. Guru juga tidak menafikan bahawa projek seperi ini mewujudkan
dan meningkatkan kejasama yang padu antara murid, ibu bapa, pendidik dan warga
sekolah.
Oleh itu, kita semua masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab
dalam membentuk suasana tandas yang ceria di sesebuah sekolah. Sekiranya kita
tidak merancang dan membbersihkannya kesan yang buruk yang akan ditimpa
susah untuk dilalui. Dengan projek seperti ini secara tidak langsungnya, semua
pihak menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan
keberkesanan projek seperti ini.