jurnal refleksi praktikum

4
JURNAL REFLEKSI MINGGUAN MINGGU 8 DEKORASI BERMAKNA DALAM TASKA NAMA : ASMAWATI BINTI MOHD RAPA UNIT : PDPLI PERMATA AMBILAN JUN 2014 TARIKH : 17 OGOS 2015 – 21 OGOS 2015 Masalah Refleksi minggu kelapan saya di PAPN Bukit Katil ini, ingin saya ketengahkan isu dekorasi yang bermakna di dalam taska iaitu PAPN Bukit Katil. Berdasarkan kamus dewan, dekorasi bermaksud hiasan atau gambar hiasan yang diletakkan dalam sesuatu ruang. Dekorasi yang bermakna bermaksud hiasan tersebut mempunyai makna kepada kanak-kanak iaitu dapat membantu dalam meningkatkan pelbagai perkembangan kanak-kanak seperti perkembangan bahasa dan literasi awal. Setiap PAPN mempunyai ruang dan sudut yang berbeza mengikut pihak pentadbiran masing-masing. Di PAPN Bukit Katil, saya mendapati dekorasi di dalam ruang PAPN begitu padat dan tidak berfokus tanpa memberi makna yang bersesuaian kepada kanak-kanak seawal usia 2 hingga 4 tahun. Walaupun dekorasinya nampak cantik dan kreatif pada pandangan orang dewasa tetapi pada pandangan kanak-kanak ia terlalu padat sehingga kanak-kanak sukar untuk mencari titik fokus bagi membantu tahap perkembangan mereka. Analisis Pada pemerhatian saya, terdapat banyak gambar atau tulisan yang dihias pada dinding PAPN tetapi bukan pada pandangan kanak-kanak. Gambar yang dihias terlalu tinggi dan kanak-kanak tidak dapat melihatnya secara jelas seperti tulisan atau gamar kecil. Mobile iaitu objek bergantung juga terdapat di PAPN. Mobile seperti roket, rama-rama dan burung, logik dihias dibahagian atas tetapi jika mobile yang tidak bermakna seperti bentuk hati kurang sesuai digantung dan menyebabkan

Upload: meamr27

Post on 06-Dec-2015

498 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pendidikan awal kanak-kanak

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal refleksi Praktikum

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN MINGGU 8

DEKORASI BERMAKNA DALAM TASKA

NAMA : ASMAWATI BINTI MOHD RAPA

UNIT : PDPLI PERMATA AMBILAN JUN 2014

TARIKH : 17 OGOS 2015 – 21 OGOS 2015

Masalah

Refleksi minggu kelapan saya di PAPN Bukit Katil ini, ingin saya ketengahkan isu

dekorasi yang bermakna di dalam taska iaitu PAPN Bukit Katil. Berdasarkan kamus dewan,

dekorasi bermaksud hiasan atau gambar hiasan yang diletakkan dalam sesuatu ruang.

Dekorasi yang bermakna bermaksud hiasan tersebut mempunyai makna kepada kanak-kanak

iaitu dapat membantu dalam meningkatkan pelbagai perkembangan kanak-kanak seperti

perkembangan bahasa dan literasi awal.

Setiap PAPN mempunyai ruang dan sudut yang berbeza mengikut pihak pentadbiran

masing-masing. Di PAPN Bukit Katil, saya mendapati dekorasi di dalam ruang PAPN begitu

padat dan tidak berfokus tanpa memberi makna yang bersesuaian kepada kanak-kanak seawal

usia 2 hingga 4 tahun. Walaupun dekorasinya nampak cantik dan kreatif pada pandangan

orang dewasa tetapi pada pandangan kanak-kanak ia terlalu padat sehingga kanak-kanak

sukar untuk mencari titik fokus bagi membantu tahap perkembangan mereka.

Analisis

Pada pemerhatian saya, terdapat banyak gambar atau tulisan yang dihias pada dinding

PAPN tetapi bukan pada pandangan kanak-kanak. Gambar yang dihias terlalu tinggi dan

kanak-kanak tidak dapat melihatnya secara jelas seperti tulisan atau gamar kecil. Mobile iaitu

objek bergantung juga terdapat di PAPN. Mobile seperti roket, rama-rama dan burung, logik

dihias dibahagian atas tetapi jika mobile yang tidak bermakna seperti bentuk hati kurang sesuai

digantung dan menyebabkan ruang menjadi sempit dan sesak dengan hiasan yang tidak

Page 2: Jurnal refleksi Praktikum

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN MINGGU 8

bermakna. Saya juga mendapati di sini, banyak menggunakan mural yang kekal seperti di

dalam bilik. Pada pengetahuan saya, hiasan mural tidak digalakkan untuk diaplikasikan di

PAPN kerana ia bersifat kekal.

Oleh itu, apabila terlalu banyak dekorasi di dalam PAPN keadaan akan menjadi lebih

sesak dan kanak-kanak menjadi kurang tumpuan pada pembelajaran yang dijalankan. Oleh

yang demikian, menjadi tanggungjawab pendidik untuk mewujudkan suasana pembelajaran

yang dapat merangsang pemikiran kanak-kanak dengan lebih baik.

Berdasarkan kajian Anna V. Fisher, yang bertajuk Heavily Decorated Classrooms

Disrupt Attention And Learning In Young Children, beliau mendapati kelas yang mempunyai

dekorasi yang penuh dan sesak akan menyebabkan tumpuan kanak-kanak terganggu semasa

pembelajaran berbanding dengan kelas yang mempunyai dekorasi yang kurang. Selain itu,

beliau juga menambah kanak-kanak sememangnya belajar dalam kedua-kedua medium kelas

berkenaan tetapi tahap tumpuan mereka di dalam kedua-dua kelas berbeza. Beliau juga

menasihat supaya guru mengurangkan atau mengeluarkan dekorasi yang tidak bermakna di

dalam kelas.

Cadangan

Kanak-kanak sangat suka melihat hiasan atau objek yang berwarna-warni. Tetapi,

pendidik perlu bijak mengatur dan menyusun dekorasi supaya ia lebih bermakna dan memberi

rangsangan kepada kanak-kanak.

Maka, langkah pertama yang boleh diambil pendidik untuk mengatasi masalah ini ialah

membuat hiasan yang lebih bermakna dan pada aras pandangan kanak-kanak seperti gambar

panduan menggosok gigi. Dengan melihat gambar langkah demi langkah tersebut, kanak-kanak

dapat memberus gigi dengan lebih baik tanpa arahan daripada pendidik.

Selain itu, hiasan yang dihasilkan juga boleh bersifat mudah alih seperti gambar yang

dapat ditanggalkan dan dilekatkan kembali seperti suai padan. Contohnya seperti gambar

Page 3: Jurnal refleksi Praktikum

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN MINGGU 8

anggota badan. Dengan itu, kanak-kanak juga dapat belajar kemahiran motor halus selain

mengenali anggota badan mereka.

Pendidik juga digalakkan untuk menerangkan hiasan yang terdapat pada dinding PAPN

supaya kanak-kanak dapat belajar dan mengambil berat apa yang terdapat di PAPN.

Contohnya, jika pendidik menghias dinding berkenaan dengan taman bunga dan serangga,

pendidik perlu menerangkan tentang serangga dan bunga yang terdapat pada hiasan dekorasi

itu. Oleh itu, kanak-kanak dapat belajar tentang ciri-ciri fizikal, sifat dan kuantitu bunga dan

serangga dengan lebih baik dengan bimbingan daripada pendidik. Kanak-kanak juga mendapat

lebih banyak pengetahuan yang bermakna daripada penerangan tambahan daripada pendidik.

Tempoh masa

Selama dua minggu 17 Ogos 2015 hingga 20 Ogos 2015

Tindakan susulan

Justeru, saya cuba memberi pendapat kepada para pendidik PAPN Bukit Katil untuk

dalam membuat dekorasi yang bermakna kepada kanak-kanak. Dekorasi yang dihasilkan perlu

pada aras pandangan kanak-kanak dan juga bermakna. Pendidik juga digalakkan

menggunakan ruang hiasan yang telah dihasilkan untuk dijadikan sumber atau bahan

pembelajaran kanak-kanak supaya ia menjadi lebih bermakna dan bukan sekadar hiasan

semata.

Selain itu, saya juga turut membuat dekorasi di PAPN Bukit Katil atas pemintaan

daripada ketua pendidik. Saya dan rakan praktikum telah bersetuju untuk membuat tema yang

bertajuk negara kita Malaysia sebagai hiasan. Setakat ini kami masih menyiapkan dekorasi

tersebut. Dalam perancangan kami, bendera Malaysia dan dan permainan interaktif mudah alih

akan menghiasi sudut tersebut. Oleh yang demikian, kanak-kanak dapat memanfaatkan apa

yang dihias dan juga dapat menggunakan hiasan tersebut untuk aktiviti pembelajaran.

Page 4: Jurnal refleksi Praktikum

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN MINGGU 8

Kesimpulan

Dekorasi yang bermakna amat penting bagi sebuah taska. Jika dekorasi taska tersebut

terlalu sesak dengan gambar dan tulisan yang tidak mempunyai makna, tumpuan pembelajaran

kanak-kanak akan terganggu. Oleh yang demikian, setiap pendidik perlu bijak dalam menghias

sudut di PAPN supaya kanak-kanak dapat belajar dengan lebih menyeluruh lagi.

Rujukan

Anna V. Fisher, (2014). Published in Psychological Science.

http://www.cmu.edu/news/stories/archives/2014/may/may27_decoratedclassrooms.html