contoh jurnal praktikum

56
Bilangan Jurnal : Ke-1 Minggu Praktikum : Pertama Tarikh Peristiwa / Kejadian : Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK Pada hari pertama, saya bersama 3 lagi rakan seperjuangan melapor diri kepada Pn. Zaimah, selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan .... Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Kedatangan kami disambut dengan baik sekali. Keramahan beliau menjadikan kami tidak gugup untuk berdiskusi tentang apa yang terlahir di fikiran. Bersama beliau, kami membincangkan beberapa perkara: 1) Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah 2) Perkara atau aktiviti yang akan kami sepanjang wakti persekolahan 3) Program atau aktivit yang perlu kami laksanakan di sekolah 4) Cara lapor diri dan kedatangan setiap hari di sekolah Selepas itu, kami diperkenalkan kepada Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas yang mana akan bertanggungjawab ke atas pencapaian objektif praktikum kami di sekolah ini. Bersama beliau, kami mendapatkan beberapa maklumat. Antaranya: 1) Aktiviti yang akan kami lakukan di sekolah 2) Program yang perlu kami laksanakan semasa berpraktikum 3) Mendapatkan maklumat tentang PPKI dan sekolah 4) Berbincag tentang subjek yang bakal diajar 5) Mendapat draf jadual Di samping itu juga, beliau sendiri menjadi guru pembimbing kepada saya dan seorang lagi rakan praktikum. Manakala rakan yang akan menerima seorang lagi guru pembimbing yang berpengalaman.

Upload: arengahhh

Post on 27-Sep-2015

2.435 views

Category:

Documents

64 download

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal : Ke-1Minggu Praktikum : PertamaTarikh Peristiwa / Kejadian :Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK

Pada hari pertama, saya bersama 3 lagi rakan seperjuangan melapor diri kepada Pn. Zaimah, selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan .... Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Kedatangan kami disambut dengan baik sekali. Keramahan beliau menjadikan kami tidak gugup untuk berdiskusi tentang apa yang terlahir di fikiran. Bersama beliau, kami membincangkan beberapa perkara:1)Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah2)Perkara atau aktiviti yang akan kami sepanjang wakti persekolahan3)Program atau aktivit yang perlu kami laksanakan di sekolah4)Cara lapor diri dan kedatangan setiap hari di sekolahSelepas itu, kami diperkenalkan kepada Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas yang mana akan bertanggungjawab ke atas pencapaian objektif praktikum kami di sekolah ini. Bersama beliau, kami mendapatkan beberapa maklumat. Antaranya:1)Aktiviti yang akan kami lakukan di sekolah2)Program yang perlu kami laksanakan semasa berpraktikum3)Mendapatkan maklumat tentang PPKI dan sekolah4)Berbincag tentang subjek yang bakal diajar5)Mendapat draf jadualDi samping itu juga, beliau sendiri menjadi guru pembimbing kepada saya dan seorang lagi rakan praktikum. Manakala rakan yang akan menerima seorang lagi guru pembimbing yang berpengalaman.Pada hari kedua kami berada di sekolah tersebut, kami berasa gentar untuk berhadapan dengan guru-guru yang mana mempunyai banyak pengalaman dalam menghadapi karenah seterusnya mendidik kanak-kanak istimewa ini. Bagaimanapun, semua guru kelihatan baik-baik belaka dan menerima kami dengan hati yang terbuka. Mereka juga memberikan kerjasama yang baik terhadap diri kami yang mana kurang pengalaman secara praktikal dalam menghadapi situasi sebenar. Mereka juga sudi berkongsi cerita, pengalaman, tingkah laku murid serta bagaimana mahu menarik perhatian murid.Pada hari ketiga, saya mengambil kesempatan untuk meneliti jadual yang diterima dengan teliti. Saya diminta untuk mengambil alih subjek Matematik sebagai subjek major dan Bahasa Melayu sebagai subjek minor. Dengan itu, saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang apa yang diperlukan dan maklumat-maklumat yang perlu saya kumpulkan. Antaranya:1)Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Matematik dan Bahasa Melayu2)Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Matematik dan Bahasa Melayu3)Mengumpul maklumat mengenai sekolahPada hari ini juga, kami mendapat peluang untuk memasuki kelas pra PPKI. Di sini, subjek pengurusan diri lebih ditekankan sehinggakan ada murid yang masih membunag hajat tanpa memberitahu kepada guru.Pada hari keempat iaitu 23 Julai 2012, kami telah diminta oleh Guru Penolong Kanan untuk mengganti kelas bagi guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah. Keadaan ini memberikan kami peluang untuk mengenali murid-murid yang bakal kami ajar dengan lebih dekat. Kami juga dapat mengetahui karenah masing-masing dan bagaimana mahu mengatasi masalah yang bakal kami hadapi. Kami juga meminta pendapat guru-guru lain bagi menambahkan idea dalam mengatasi masalah tersebut. Pada waktu-waktu terluang, saya melengkapakan fail praktikum yang mana memasukkan bahanbahan yang telah diperolehi mengikut susunan yang betul. Pensyarah pembimbing kami telah datang pada hari ini. Kedatangan beliau ke sekolah sebagai lawatan sosial adalah untuk mendapatkan maklumat serta mengetahui perkembangan terkini kami semua sepanjang berada di sekolah tersebut. Beliau turut mengadakan perbincangan dengan guru pembimbing mengenai subjek, peruntukan masa dan projek yang bakal kami laksanakan untuk memnuhi keperluan dalam praktikum ini di samping hal-hal yang lain.Akhir sekali, pada hari kelima, saya mengemaskinikan fail buat kesekian kalinya. Kami juga diminta untuk mengganti kelas bagi mana-mana guru yang tidak hadir. Peluang ini kami gunakan sebaiknya sekali lagi untuk mencuba cadangan ataupun cara-cara yang dirasakan sesuai untuk menghadapi situasi mereka. Selama seminggi berada di sekolah, kami secara beransur-ansur dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sekolah ini. Tambahan pula, guru pembimbing sentiasa membuat pemerhatian dan memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada kami agar dapat menjadikan diri kami lebih baik dari sehari ke sehari.

Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan:Nama :Tarikh :Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan:Nama :Tarikh

Bilangan Jurnal : Ke-2Minggu Praktikum : KeduaTarikh Peristiwa / Kejadian :Tajuk Jurnal : Masalah menghadapi Tingkah Laku Murid

1.Masalah / PeristiwaDi sepanjang minggu ini, saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas K1bagi subjek Matematik dan K3 bagi subjek bahasa Melayu. Setiap murid mempunyai tingkah laku masing-masing. Agak sukar untuk mereka mematuhi arahan saya. Malah, mereka juga menjawab setiap apa yang saya katakan. Selain itu, mereka juga suka bermain jika ada peluang walaupun masih berada dalam waktu pengajaran dan pembelajaran. Malah, ada yang sanggup mengaku ke tandas walhal dalam keadaan sebenar mereka tidak ke sana.2.AnalisisMasalah ini mungkin timbul kerana sikap saya yang tidak tegas pasa minggu pertama berkenalan dengan mereka. Hal ini kerana, pada minggu pertama berkenalan dengan mereka, saya banyak menunjukkan sikap mesra berbanding ketegasan yang perlu ada pada seorang guru. Ini menjadikan mereka hilang hormat kepada guru.3.Cadangan Tindakan Susulana.Saya perlu lebih tegas semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dalam mengatasi masalah tingkah laku muridb.Saya perlu menyediakan aktiviti hands on yang melibatkan murid agar mereka kurang masa untuk leka dan bermainc.Saya perlu menyediakan token agar murid lebih bersemangat untuk menunjukkan tingkah laku yang positif dan takut untuk kehilangan token jika ganjaran ditarik balikd.Saya patut mengulangkaji buku-buku yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti untuk menjalankan proses pengajaran yang lebih menarik dan bermakna kepada murid.e.Penggunaan token yang perlu dijaga sendiri oleh murid agar dapat memupuk sikap amanah dan percaya diri dalam diri murid.

4.Tempoh Masa Tindakan SusulanSaya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu yang akan datang. Saya perlu menguruskan tingkah laku murid dengan lebih baik agar mereka dapat menjalani proses pembelajaran yang lebih berkesan dan memberi makna kepada mereka. Jika tiada langsung tumpuan yang dapat diberikan oleh mereka, maka pengajaran saya pada hari tersebut tiada maknanya kepada mereka seterusnya menjadikan mereka tidak berminat dengan subjek ini.

Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan:Nama :Tarikh :Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan:Nama :Tarikh

Nama :Bilangan Jurnal : Ke-3Minggu Praktikum : KetigaTarikh Peristiwa / Kejadian :Tajuk Jurnal : Membuat Mural

Pada minggu ini, saya bersama-sama rakan yang lain merancang untuk menyiapkan projek mural di sekolah. Kami dikehendaki untuk melukis mural sifir iaitu sifir 7, 8 dan 9 pada tiang di blok Pendidikan Khas. Antara peralatan yang diperlukan untuk membuat mural ialah cat mural, berus cat dan bekas kosong.Mula-mula, kami perlu membuat ukuran saiz kawasan yang digunakan. Hal ini bertujuan agar mural sifir yang kami siapkan ini seragam dengan mural sifir yang sebelumnya. Dua orang telah ditugaskan untuk membuat ukuran manakala saya bersama rakan lain menyediakan peralatan yang diperlukan iaitu cat mural dan berus cat. Bekas kosong diperlukan untuk kami mencampurkan dua warna cat yang berlainan seperti kuning dan putih untuk menghasilkan warna baru iaitu kuning bata. Saya membancuh warna latar iaitu kuning bata sementara menunggu rakan-rakan membuat ukuran pada tiang. Setelah siap semua ukuran dibuat, kami terus mewarnakan latar.Antara kebaikan kami menjalankan projek ini ialah kami berpeluang untuk berkolaborasi dengan guru-guru. Mereka banyak membantu dalam memberikan maklumat tentang di mana-mana bahan-bahan boleh diperoleh, memberi pinjam mana-mana bahan seperti berus cat. Malah mereka juga turut menegur dan berkongsi maklumat tentang warna latar yang kami bancuh iaitu warna kuning terlalu terang serta memberitahu tentang langkah-langkah awal sebelum proses mengecat dimulakan. Saya sangat gembira dengan keprihatinan yang mereka tunjukkan.

Terdapat beberapa kelemahan semasa kami mewarnakan latar ini iaitu pertama, warna yang dibancuh kurang seragam dengan contoh iaitu warna kuning kelihatan masih terang. Jadi, kami membuat bancuhan kedua dengan menambahkan warna putih agar ia kelihatan lebih lembut. Masing-masing memberikan kerjasama yang baik dalam proses mengecat agar ia dapat disiapkan sebelum tamat waktu persekolahan . Tetapi, proses mengecat akhirnya tamat sebelum jam 2 petang. Ini kerana. kami perlu mengecat latar dua kali agar warna latar yang dihasilkan lebih cantik dan berkualiti.Kedua, kami tidak menyediakan surat khabar lama untuk dilapik pada bawah tiang. Keadaan ini menyebabkan banyak titik cat yang jatuh dan meningglkan kesan pada lantai luar. Terdapat juga kesan cat yang meleleh dari tiang ke lantai. Seterusnya, lantai menjadi kotor dan mural kami tidak kemas untuk dilihat. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah membasahkan sehelai kain buruk dan mengelap mana-mana kesan yang tidak diperlukan. Saya tidak mahu projek yang kami buat tidak kemas dan cantik seperti contoh sebelumnya.Justeru, saya berharap projek ini dapat disiapkan secepat mungkin dan lebih banyak masa diperuntukkan untuk menyiapkan mural ini. Ini kerana, kami memerlukan masa yang lebih sekurang-kurangnya sehari untuk menunggu cat tersebut betul-betul kering untuk membuat langkah yang seterusnya iaitu mengukur ruang untuk nombor dan menulis sifir di atas latar tersebut.

Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan:Nama :Tarikh :Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan:Nama :Tarikh

Nama :Bilangan Jurnal : Ke-4Minggu Praktikum : KeempatTarikh Peristiwa / Kejadian :Tajuk Jurnal : Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya Ramadhan

Pada 15 Ogos 2012, telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya Ramadhan 2012 di ruang terbuka Kantin Sekolah. Majlis ini diadakan bersempena menandakan tamatnya kami membaca kitab Al-Quran.Bagi menjayakan majlis ini, pihak Pendidikan Khas telah memperuntukkan masa setengah jam pada awal pagi iaitu daripada jam 8.00 hingga 8.30 pagi untuk mengaji Al-Quran. Kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan akan membaca juzuk-juzuk yang berlainan. Dalam kumpulan saya, ketua kami telah memperuntukkan beberapa muka surat yang akan kami habiskan dalam masa sehari. Bagi memudahkan lagi pengurusan, beliau turut meminta kami membaca secara bergilir-gilir. Cara pengurusan beliau amat saya kagumi. Manakala murid pendidikan khas juga akan duduk di dalam kumpulan masing-masing yang telah ditentukan beliau dan mendengar bacaan daripada guru-guru. Bagi guru yang tidak dapat mengaji, mereka diminta untuk mengawal murid agar lebih berdisiplin dan menumpukan perhatian terhadap bacaan guru.Untuk menyempurnakan majlis ini lagi, saya dan rakan-rakan ditugaskan sebagai ahli jawatankuasa backdrop dan hiasan pentas. Oleh itu, tugas kami bermula pada sebelum majlis berlangsung dan selepas majlis berlangsung. Pada hari berlangsungnya majlis, kami diminta untuk datang lebih awal agar segala persiapan dapat disiapkan sebelum majlis dimulakan. Kami diminta untuk menyusun bunga-bunga hiasan dan karpet di atas pentas.Bagaimanapun, kelemahan kami di sini ialah kami tidak sempat untuk membuat perhiasan pentas. Ini kerana, kehadiran kami terlewat untuk proses menghias kerana ia telah dilakukan pada awal pagi sedangkan maljlis dijalankan pada waktu petang. Dengan itu, kami mengambil tugas untuk mengemas pentas selepas majlis berakhir. Di sini, dapat saya pelajari bahawa kerja secara bergotong-royong dan bertolak ansur amat mudah dipraktikkan dengan hati yang terbuka. Kerja yang dilakukan dapat disiapkan dengan cepat dan tersusun.Majlis ini juga membuka peluang kepada kami untuk berkolaborasi dengan guru-guru dari kelas normal dan semuanya memberikan kerjasama yang baik kepada kami. Malah, ketua jawatankuasa kami juga merupakan seorang guru kelas normal. Walaupun baru berkenalan, kami dapat bekerjasama dengan baik. Dalam suasana sebegini, saya perlu lebih banyak meningkatkan komunikasi serta mencari idea untuk berkomunikasi dengan mereka. Ibarat kata, malu bertanya, sesat jalan.Diharapkan majlis sebegini dapat terus diadakan untuk mengeratkan ukhuwah sesama guru dan juga murid.

Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan:Nama :Tarikh :Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan:Nama :Tarikh :

Bilangan Jurnal : Ke-5Minggu Praktikum : KelimaTarikh Peristiwa / Kejadian :Tajuk Jurnal : Aktiviti Kokurikulum Kelab Kebudayaan

kami telah diminta oleh guru bertugas untuk menguruskan aktiviti Kelab Kebudayaan yang akan diadakan pada esok. Kami diminta bersedia dan merancang aktiviti yang akan dilaksanakan kepada murid pada hari esok.Memandangkan ini merupakan kali pertama kami untuk menguruskan aktiviti kelab dan persatuan, kami telah mendapatkan maklumat daripada guru penasihat persatuan dan beliau sudi membantu kami dalam memberikan beberapa idea serta cadangan aktiviti yang sesuai dengan murid.Pada hari tersebut, sesuai dengan Kelab Kebudayaan, kami telah melaksanakan aktiviti nyanyian lagu nasyid. Kami telah menyediakan 3 video lagu nasyid beserta seni katanya untuk dinyanyikan oleh murid. Tajuk nasyid tersebut ialah Teman Sejati Brothers, Pergi Tak Kembali Rabbani dan Damai yang Hilang Nowseeheart. Manakala seni kata pada lagu berfungsi agar murid yang dapat mengeja dan membaca dapat mengaplikasikan kemahiran tersebut semasa menyanyikan lagu. Setiap lagu yang dinyanyikan akan diulang 3 kali agar murid dapat mengikut lagu dengan baik. Di samping itu juga, kami turut mencelah dengan menyoal murid agar murid terus peka dengan lagu yang dinyanyi serta video yang ditayangkan. Murid juga diminta untuk melakukan pergerakan mudah seperti menepuk tangan sebagai terapi pergerakan motor kasar semasa menyanyikan lagu. Setelah lagu diulang sebanyak 3 kali, guru dan murid bersoal jawab dan melakukan perbincangan mengenai isi kandungan yang terdapat pada lagu. Contohnya perihal teman sejati, ciri-ciri kawan yang baik, perkataan yang seerti dengan teman, doa untuk orang yang telah tiada, contoh sifat kemanusiaan dan sebagainya. Antara kekuatan aktiviti yang kami laksanakan ini ialah pemilihan lagu yang sesuai dan penuh dengan nilai nilai pengajaran untuk murid. Contohnya kepentingan seorang teman kepada manusia seperti perkongsian kasih saying, kesan ketiadaan nilai kemanusiaan dalam diri manusia serta gambar video memaparkan gambar kesan buruk sekiranya tiada lagi sifat kemanusiaan seperti tiada tumbuhan, hidupan, air dan manusia yang berpecah belah, dan akhir sekali perasaan jika kehilangan orang tersayang. Semua murid kelihatan sangat teruja dan berminat untuk menyanyikan lagu malah murid yang kurang mahir mengeja juga cuba mengikut nada dengan mambunyikan aaaa sahaja sama seperti dengan lirik lagu. Oleh itu, penambahbaikan yang saya perlu lakukan untuk aktiviti ini ialah membesarkan skrin video yang ditayangkan agar semua murid dapat melihat tayangan video dengan lebih jelas malah dapat membaca lirik lagu dengan jelas. Tindakan susulan yang patut saya ambil ialah menyediakan projector ataupun sekurang-kurangnya menggunakan laptop yang berskrin besar dan tidak menggunakan notebook yang sememangnya kecil.Terdapat jiga kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti kami. Semasa melaksanakan aktiviti, barulah saya terperasan yang kami kurang melaksanakan aktiviti secara bergerak. Contohnya melakukan pergerakan mudah sesuai dengan seni kata lagu seperti memegang tangan, menggerakkan tangan dan kaki secara mudah. Dengan itu penambahbaikan yang dapat saya lakukan di sini ialah membuat perancangan aktiviti dengan lebih teliti dan mengambilkira semua aspek JERIS dengan lebih berkesan. Tindakan susulan yang patut saya ambil ialah mencari den menonton video nasyid dan mengambil contoh-contoh pergerakan yang dilakukan untuk diaplikasikan kepada murid.Akhir sekali, saya berharap agar pengurusan aktiviti yang bakal kami laksanakan pada program akan datang akan menjadi lebih baik, menarik malah berkesan kepada murid.

Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan:Nama :Tarikh :Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan:Nama :Tarikh

Nama :Bilangan Jurnal : Ke-6Minggu Praktikum : KeenamTarikh Peristiwa / Kejadian :Tajuk Jurnal : 1 Sukan 1 Murid Permainan Hoki

saya dan rakan-rakan yang lain telah diberi tugasan untuk menguruskan program 1 Sukan 1 Murid pada hari ini. Permainan yang akan kami perkenalkan kepada murid ialah sukan hoki. Sebelum bermula waktu tersebut iaitu pada jam 12.20 12.50 petang, kami terlebih dahulu ke stor Pendidikan Jasmani untuk memeriksa peralatan yang bakal kami gunakan. Kami mendapati bahawa kayu hoki dan bola hoki berada dalam keadaan baik dan berfungsi malah mencukupi untuk aktiviti yang bakal kami laksanakan. Bagaimanapun, kami akhirnya membuat keputusan untuk memilih bola softball atas faktor keselamatan murid. Bola hoki yang sebenar didapati sangat keras dan boleh membahayakan murid jika dipukul terlalu laju. Lebih-lebih lagi bukan semua murid tahu dan pernah bermain permainan ini. Kami memilih kawasan padang untuk aktiviti pada kali ini. Hal ini kerana, murid perlu melakukan aktiviti menolak bola dan kami memerlukan kawasan yang agak luas. Murid telah dipecahkan kepada dua kumpulan. Murid kumpulan satu akan menolak bola kepada murid kumpulan dua, kemudian murid kumpulan dua akan kembali menolak bola kepada murid kumpulan satu dan seterusnya sehingga murid akhir. Murid akan menolak bola dalam dua pusingan. Selepas itu, murid dibahagikan dalam kumpulan kecil. Mereka diminta untuk cuba memukul bola kepada kawan dalam jarak dekat. Kemudian, jarak tersebut dibesarkan sebagai ansur maju.Kebaikan pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada kali ini ialah kami telah merancang aktiviti ansur maju permainan hoki. Aktiviti ini penting kerana bukan semua murid tahu dan pernah bermain hoki. Penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah setiap aktiviti ansur maju boleh diulang beberapa kali sehingga murid betul-betul menguasai apa yang diajar. Tindakan susulan yang boleh diambil ialah guru boleh mengasingkan murid yang telah tahu permainan dan yang lemah agar murid yang tahu dapat kemahiran yang lebih tinggi manakala murid yang lemah dapat menguasai kemahiran yang asas.Kelemahan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pada sesi kali ini ialah pengurusan murid yang kurang terkawal. Terdapat murid yang bermain terlalu jauh daripada kami. Sepatutnya, kami terlebih dahulu memikirkan terhadap perkara yang mungkin berlaku jika menggunakan kawasan yang terlalu luas seperti padang. Cara mengatasi yang boleh diambil ialah menandakan kawasan yang diperlukan dan mengeluarkan peraturan kepada murid untuk tidak melebihi kawasan yang ditandakan. Tindakan susulan yang boleh diambil ialah menggunakan kon untuk menandakan kawasan yang diperlukan.Peluang sebegini amat bagus kepada kami kerana ia dapat memberikan kami peluang untuk belajar bagaimana menguruskan murid di luar kelas. Diharap pengurusan dan pengawalan murid kami akan bertambah baik pada sesi akan datang.

Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan:Nama :Tarikh :Disemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan:Nama :Tarikh

Contoh k2CONTOH REFLEKSI PRAKTIKUMMINGGU PERTAMA

Pertama kali mendapat tahu saya dan semua rakan-rakan yang lain perlu menjalani latihan praktikum selama 12 minggu pada semester kedua hati saya terasa seakan berdebar-debar dan juga terasa tidak sabar lagi untuk bertemu dengan murid-murid sekolah. Sebelum ini saya beranggapan bahawa menjadi guru sekolah rendah senang unutk melaksanakan proses pengajaran tetapi rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Setelah saya pelajari segala ilmu dan juga teori di Insititut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia selama setengah tahun barulah saya tahu bahawa mengajar di sekolah rendah memerlukan seseorang guru itu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam proses melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat murid dalam mengikuti proses p dan p dalam bilik darjah.

Hati saya begitu berdebar-debar menantikan tibanya saat-saat untuk saya menjalani latihan praktikum di sekolah selama 3 bulan. Sayacubagagahi dan kuatkan semangat saya untuk lebih bersemangat dalam berjuang untuk mendidik anak bangsa saya dan juga demi negara. Hari ini merupakan hari pertama saya dan juga kawan saya datang ke sekolah ini untuk melaporkan diri sebagai guru pelatih dalam menjalani latihan praktikum setelah setengah tahun kami didedahkan dengan ilmu dan juga teori-teori pengajaran perguruan di IPBMM. Segala ilmu yang saya perolehi dan tuntuti selama satu semester yang lepas di IPBMM akan diuji sejauhmana saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang sebenar di sekolah.

Saya sampai ke sekolah seawal jam 7.15 pagi dan saya terus menuju ke arah pejabat sekolah. Nasib saya baik kerana sebelum ini saya telah menjalani latihan pengalaman berasakan sekolah selama dua minggu di sekolah ini pada bulan Mac yang lalu.Namun begitu hati saya turut berasa berdebar kerana pertama kali saya akan berjumpa dengan guru besar yang baru. Setelah melaporkan diri di pejabat dan memperkenalkan diri kepada guru besar dan juga guru penolong kanan, saya dan juga kawan saya telah diminta untuk menhadirkan diri di majlis perhimpunan mingguan di Dataran Bestari.

Setelah selesai majlis perhimpunan mingguan saya telah menerima memo untuk meggantikan kelas yang ketiadaan guru sementara menunggu guru penolong kanan menyusun jadual untuk saya nanti. Pertama kali saya telah diarahkan untuk memasuki kelas secara tiba-tiba merupakan bagai satu peluang kepada saya untuk berdepan dengan murid-murid. Terdetik juga di hati bagaimana agaknya keadaan murid kelas ketika itu... Saya kuatkan semangat untuk berdepan dengan karenah murid yang pelbagai.

Saya cuba untuk belajar untuk mengawal keadaan kelas yang begitu tidak terkawal. Dengan pelajarnya yang berlari-lari, membuat bising, bergurau dan sebagainya memerlukan saya untuk bertindak lebih tegas dengan murid-murid. Ternyata ianya berkesan. Sukarnya seorang guru seperti saya yang tiada pengalaman dan ditambah lagi dengan masalah suara saya yang kurang kuat menyebabkan beberapa kali saya cuba untuk memberi arahan kepada murid-murid agar diam. Terasa betapa peritnya keadaan untuk mengawal murid-murid yang mempunyai pelbagai karenah. Kelas pada hari tersebut saya hanya mengadakan sesi perkenalan antara saya dengan sesama murid.

Pada hari tersebut saya telah menerima tiga kelas untuk menggantikan guru yang tidak hadir. Lain kelas lain kerenah murid-muridnya. Kelas yang kedua yang saya masuk pula lebih gemar bertanya dan bersaing. Malah mereka juga lebih suka untuk saya mengadakan sesi teka teki. Semua soalan yang ditanya kebanyakkannya semua dapat dijawab dengan banyak jawapan. Terlintas difikiran...bijak juga murid-murid kelas ni....

Manakala kelas yang ketiga pula, merupakan kelas Tahun 4. Dalam hati berkata bagaimana pula dengan murid-murid dari tahun 4 pula? Macamana aku nak kawal murid-murid dari tahun 4? Tahun 5 pun boleh tahan dengan bisingnya...ini apatah lagi Tahun 4 kelas yang dikategorikan tahap sederhana. Bagi mengawal kelas dari terus membuat bising saya telah mengarahkan agar murid-murid membersih dan mengemas meja mereka mengikut susunan yang betul. Akhir sekali saya telah mengajak mereka bersama untuk menyanyikan lagu Goreng Pisang bersama-sama. Ternyata mereka semua terhibur.

Pada jam 1.15 tengahri kami pulang setelah mendapatkan dokumen yang diperlukan.

MINGGU KEDUA

21 Julai 2008 (Isnin)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.25 pagi 1.15 petang

Hari ini merupakan hari yang kedua aku akan diselia oleh guru pembimbingku iaitu En. Suzili bin Mohamed. Walaupun pernah melalui pengalaman diselia kali pertama namun aku tetap berdebar juga sehingga berpeluh-peluh terutamanya semasa melaksanakan sesi p & p di dalam bilik darjah. Aku cuba mententeramkan diriku agar sentiasa bertenang dan alhamdulilah aku dapat melaksanakan segala aktiviti pengajaran dengan lancar.

Namun disebabkan aku terlalu leka dengan memberi penerangan pada langkah pertama menyebabkan pengurusan masaku untuk langkah-lanagkah seterusnya terpaksa dipendekkan. Walaupun begitu objektif yang dirancangkan tetap tercapai dengan jayanya. Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid sepanjang proses p&p berjalan.

Setelah selesai penyeliaan aku sempat bertemu dengan guru pembimbingku untuk mendapatkan komen-komen dari beliau. Ternyata anggapanku tepat iaitu kelemahan dari segi pengurusan masa.

Aku akan cuba menepati setiap masa yang telah aku ranacangkan pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada sesi akan datang.22 Julai 2008 (Selasa)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.15 pagi 1.15 petang

Sepatutnya pada hari ini akau juga akan diseliakan oleh guru pembimbingku bagi kali pertama bagi opsyen minorku iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu. Seperti biasa aku menuggu guru pembimbingku masuk ke kelas tetapi guru pembimbingku tidak masuk juga. Aku meneruskan sesi pengajaranku seperti biasa walaupun persediaan telah dibuat.

Pada sesi p & p pada hari ini aku telah meracangkan pengajaran tajuk yang baru bagi unit yang ke sembilan iaitu Tema Kebudayaan. Murid-murid begitu berminat dan seronok mendengar aku memberikan penerangan tentang kepelbagaian jenis tarian yang terdapat di Malaysia. Objektif pengajaranku pada hari ini adalah untuk mengajar murid-murid menyatakan isi tersurat dan juga isi tersirat berdasarkan gambar rajah yang terdapat di dalam buku teks.

Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan pencapaian murid-murid yang dapat mencapai hasil pembelajaran pada akhir sesi p & p. Sebagai menguji kefahaman mereka aku telah memberikan tugasan kepada mereka untuk membuat ayat berdasarkan gambar yang dipaparkan dalam buku teks.

Aku pulang pada jam 1.30 petang.23 Julai 2008 (Rabu)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.25 pagi 1.15 petang

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba iaitu hari ini merupakan hari pertama aku akan diseliakan oleh pensyarah pembimbingku iaitu Dr. Rashidah bt.O.A Rajak. Takut, gementar, malu dan semuanya berkecemuk dalam diriku. Tak tergambar dalam hatiku seakan mahu terluruh jantungku...

Aku cuba menguatkan diriku..beristighfar kepada Allah Taala agar dapat menenangkan diriku. Mungkin disebabkan aku tidak yakinkan diri untuk melaksanakan pengajaranku terutamanya semasa dalam kelas 5 Gigih yang aku rasakan susah untuk aku mengawal keadaan kelas tersebut. Ternyata pada permulaan pengajaran aku begitu gugup dalam memberikan penerangan kepada murid-murid.

Satu kesilapan yang aku lakukan adalah semasa pembahagian tugasan kepada murid-murid di mana aku telah meletakkan terlebih awal kad tugasan di dalam kotak menyebabkan murid-murid tidak lagi mendengar arahan dariku..Ini merupakan percubaan pertamaku dalam pembahagian kad tugasan kepada setiap kumpulan. Sebelum ini tidak aku lakukan pada mana-mana kelas. Namun pada kelas ini ku lakukan sebagai menjimatkan masa dan dalam mengawal keadaan murid agar tidak bergerak ke sana ke mari bertanya apa yang perlu dilakukan oleh mereka. Harapanku pada kelas ini agar mereka tidak membuat bising dan merebut-rebut untuk mendapatkan kad soalanku.. Ternyata rancanganku menjadi sebaliknya..

Komen-komen dari pensyarah pembimbingku aku jadikan pedoman dan panduan kepada rakan seperjuanganku yang akan diseliakan pada keesokan harinya agar tidak melakukan kesilapan yang sama. Pengalaman pertama diselia oleh pensyarah dan juga nasihat yang diberikan akan aku terapkan bagi mengatasi segala kelemahanku sebelum ini dan akan kujadikan segala komen-komen yang membina dari pensyarah pembimbingku sebagai panduan untuk aku merancang dan melaksanakan p &p pada sesi pengajaran yang akan datang.

24 Julai 2008 (Khamis)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.20 pagi 2.15 petang

Kelasku pada hari ini bermula pada jam 12.35 tengahari iaitu waktu terakhir sekali sebelum sesi pembelajaran pada hari tersebut tamat. Pada waktu pagi yang senggang itu aku cuba menambah sedikit sebanyak dalam penyediaan bahan-bahan sumber yang akan digunakan pada sesi p & p di dalam kelas nanti.

Murid-murid begitu seronok untuk berlakon. Berebut-rebut mereka apabila aku meminta beberapa orang murid untuk melakonkan watak yang telah aku rangkakan. Boleh dikatakan secara keseluruhannya objektif pengajaran pada hari ini mencapai objektif yang diingini.

Pada hari ini juga selepas waktu sekolah aku telah dijemput untuk menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang akan diadakan di bilik gerakan. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan berkenaan dengan peranan dan tugas-tugas ahli jawatankuasa sempena sambutan Israk Mikraj yang akan diadakan pada 30hb Julai ini dan juga Khemah Ibadah dan Motivasi Anak Soleh yang akan diadakan pada 2hb Ogos sehingga 3hb Ogos ini. Keterlibatan semua guru termasuk aku dan rakanku juga perlu dalam menjayakan lagi program ini.

Aku pulang jam 2.15 petang setelah mesyuarat tamat.26 Julai 2008 (Sabtu)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.20 pagi 1.15 petang

Hari ini kelas ganti diadakan bagi menggantikan hari persekolahan yang diambil sempena cuti menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan Oktober nanti. Kelas ganti pada hari ini akan menggunakan jadual pada hari Isnin. Kelas pada hari berjalan seperti biasa walaupun ada segelintir murid-murid yang seakan tidak bersemangat untuk belajar pada hari cuti minggu. Pengajaranku pada hari ini adalah di kelas 5 Gigih bagi mata pelajaran Kajian Tempatan dan kelas 5 Harmoni bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Pencapaian objektif menjadi keutamaanku bagi kedua-dua kelas tersebut. Walaupun masa yang singkat bagi pengajaran Kajian Tempatan bagi kelas 5 Gigih lantaran kelas bermula selepas waktu rehat dan murid-murid mengambil masa yang lebih sebelum masuk ke kelas. Masa pengajaran hanya tinggal cuma 15 hingga 20 minit sahaja. Namun begitu aku cuba juga untuk membolehkan murid-murid dapat memahami isi pelajaran yang diajar.

Manakala kelas 5 Harmoni merupakan kelas yang tiada masalah bagi diriku untuk mengawal keadaan kelas. Kerana mereka semuanya agak berdisiplin semasa di dalam bilik darjah. Pengajaranku berjalan dengan lancar dan semua aktiviti yang telah aku rangka dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.1. MasalahMasalah kali ini adalah berkisar kepada disiplin bilik darjahdi mana murid-murid selalu membuat bising ketika saya sedang melaksanakan sesi p & p di dalam bilik darjah.

2. AnalisisMasalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa berlangsungnya proses p & p di dalam bilk darjah. Selain itu, masalah ini mungkin juga berpunca darip & pyang saya rancangkan di dalam bilik darjah tidak sesuai dengan minat murid menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran saya di dalam kelas. Selain itu faktor persekitaran kelas juga mungkin memainkan peranan dalam mempengaruhi murid-murid seperti keadaan murid yang terlalu ramai di dalam sesebuah bilik darjah menyebabkan murid bertambah bising kerana meraka tidak selesa dengan keadaan kelas yang menjadi sempit dan menggangu proses pembelajaran mereka.

3. Cadangan untuk memperbaikiTerdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:(a)Strategi p & p akan saya rangka sejajar dengan minat dan kebolehan murid di dalam sesebuah bilik darjah.(b)Saya juga akan lebih tegas dengan murid-murid semasa proses p & p berjalan.(c)Saya juga akan merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik agar dapat menarik minat murid-muridbelajar dan terus seronok mengikuti sesi p & p sehingga ke akhir pembelajaran.(d)Saya juga akan mmeberikan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap kebolehan setiap murid agar mereka tidak membuat bising ketika di dalam bilik darjah.

4. Tempoh masaSaya akan berusaha mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. Hal ini penting kerana ia akan menentukan kelancaran proses P & P saya pada minggu-minggu yang seterusnya.

5. Penilaian kejayaanSaya telah berjaya mengawal tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah dan juga melaksanakan aktiviti p & p dengan lebih menarik minat murid-muriddari sebelumnya.

6. Tindakan susulanSaya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Di mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk mendapatkan ide yang menarik dalam merancang aktiviti di dalam bilik darjah agar pengajaran saya akan jadi lebih menarik lagi. Di harapkan saya akan berjaya mengatasi masalah ini.

MINGGU KETIGA

28 Julai 2008 (Isnin)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.20 pagi 1.30 petang

Proses p & p pada hari ini berjalan seperti biasa di kedua-dua kelas iaitu kelas 5 Gigih dan kelas 5 Harmoni. Bagi kelas 5 Gigih objektif yang dirancangkan sesuai dengan masa yang dirangka. Boleh dikatakan objektif yang ingin dicapai telah tercapai dengan jayanya, walaupun tidak banyak aktiviti berkumpulan dapat dilaksanakan ekoran masa yang singkat iaitu tidak sampai setengah jam ekoran kelambatan murid-murid yang masuk lambat ke kelas selepas waktu rehat.

Manakala bagi kelas 5 Harmoni sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan menyeronokkan di mana kedua-dua objektifnya tercapai. Suasana dan keadaan murid yang cerdik dan mudah mendengar arahan memudahkan aku untuk mengawal keadaan bilik darjahdan ini sekaligus melancarkan lagi proses p & p berjalan dengan lancar.

Boleh dikatakan saya berpuas hati dengan sesi p & p pada hari ini.

29 Julai 2008 (Selasa)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.20 pagi 1.30 petang

Pada hari ini saya tidak mempunyai rancangan p & p ekoran aku telah menukarkan jadual dengan guru pembimbingku, cikgu Suzili kerana bagi memudahkan kepada pensyarah pembimbingku untuk datang menyeliaku bagi matapelajaran minorku iaitu Bahasa Melayu. Biasanya matapelajaran Bahasa Melayu pada hari Selasa, kali ini aku telah menukarkannya pada hari Khamis.

Namun begitu, masa yang ada aku gunakan sebaik mungkin untuk merangka rancangan pengajaran pada keesokkan harinya.

30 Julai 2008 (Rabu)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.20 pagi 2.00 petang

Pada hari ini bermula jam 8.00 pagi bertmepat di dewan terbuka Sek. Seksyen 6 Kota Damanasara telah diadakan satu majlis sambutan sempena Israk mikraj yang jatuh pada hari Rabu bersamaan dengan 27 Rejab 1429 iaitu tarikh berlakunya peristiwa israk dan mikraj ini. Semua murid dari tahun 1, 4, 5 dan 6 terlibat dalam mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kelas bagi proses p & p di 5 Gigih tidak dapat dilaksanakan ekoran murid-murid terlibat dengan majlis tersebut sehingga jam 9.35 pagi.

Namun begitu masa yang tinggal cuma 10 minit aku gunakan untuk mengawal keadaan murid yang tidak terkawal ketika baru memasuki ke kelas sementara menunggu guru seterusnya masuk ke kelas tersebut. Pada hari itu juga aku telah dijemput oleh anak muridku untuk menghadiri majlis sambutan hari lahir dirinya. Terasa diri ini disayangi dan disukai oleh murid kerana sudi menjemputku dan merupakan antara tiga guru yang dijemput hadir untuk memeriahkan majlis sambutan kecil harijadi di dalam kelas sewaktu waktu rehat.

Kelas yang kedua bagi p&p yang seterusnya adalah di kelas 5 Jujur bagi mata pelajaran Kajian Tempatan. Proses p & p berjalan dengan lancar dengan objektif tercapai dan murid-murid tekun dalam mendengar penerangan dariku berkenaan dengan sejarah pembukaan Kerajaan Melayu Melaka. Begitu juga dengan aktiviti berkumpulan yang dijalankan ternyata murid-murid seronok berbincang bersama-sama rakan mereka. Bagiku apa yang penting murid-murid seronok belajar dan objektif dapat dicapai dengan jayanya.

30 Julai 2008 (Khamis)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.20 pagi 1.30 petang

Kelasku pada hari ini bermula pada jam 8.15 pagi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas 5 Harmoni. Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Bagiku perancangan yang dirangka untuk mata perlajaran Bahasa Melayu berbeza dengan mata pelajaran Kajian Tempatan dan juga Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Di mana Bahasa Melayu memerlukan ketig-tiga kemahiran bahasa diterapkan kesemua bagi satu sesi p & p iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan juga kemahiran menulis. Aku cuba menerapkan kesemua kemahiran bahasa ini dalam kelas 5 Harmoni dan diharapkan kesemua murid mendapat kesemua kemahiran tersebut. Secara keseluruhannya objektif yang dirangka mencapai objektif yang telah dirangkakan.

Kelas yang terakhir ialah kelas bagi mata pelajaran Kajian Tempatan di kelas 5 Gigih. Murid-murid seperti tidak dapat dikawal lantaran mereka tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah maklumlah waktu terakhir pembelajaran menyebabkan keadaan mereka tidak terkawal. Aku cuba mengawal dan mententeramkan keadaan pelajar. Setelah itu barulah sesi p & p dapat dilaksanakan walaupun seketika cuma.

Aku pulang pada jam 1.30 tengahari.

1 Ogos 2008 (Jumaat)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.20 pagi 12.15 Tengahari

Pada hari Jumaat jadual saya tidak mempunyai sebarang kelas pengajaran dan pembelajaran. Masa yang terluang aku ingin memanfaatkan sebaik mungkin dengan melakukan aktiviti penyediaan bahan-bahan bantu mengajar yang akan ku gunakan pada pengajaran yang akan datang.

Pagi itu juga kami berdua berbincang dalam merangka rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran untuk minggu hadapan.

Sesi pembelajaran pada hari Jumaat tamat pada jam 12.00 tengahari bagi memberi laluan kepada guru-guru lelaki untuk menunaikan solat Jumaat.

1. MasalahMasalah kali ini adalah berkisarkan kepada gangguan semasa sesi p & p berjalan di mana terdapat segelintir murid yang suka keluar masuk bilik darjah.

2. AnalisisMasalah ini timbul kerana semasa saya mengajar murid-murid selalu meminta izin dengan saya untuk bertemu guru, menghantar buku dan juga mahu ke koperasi sekolah untuk membeli peralatan alat tulis dan sebagainya. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh saya kurang tegas dengan murid-murid semasa mengajar dan juga ketika berada di dalam kelas. Oleh sebab itulah murid-murid mengambil kesempatan ke atas ketidaktegasan saya semasa berada di bilik darjah.

3. Cadangan untuk memperbaikiTerdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:-(a)Saya akan lebih tegas dengan murid-murid semasa sesi p & p berjalan.(b)Saya juga perlu lebih prihatin dengan tingkah laku murid-murid.

4. Tempoh masaSaya akan mengatasi masalah ini secepat yang mungkin dalam masa 1 minggu. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses p & p saya nanti.

5. Penilaian kejayaanDi dapati beberapa hari ini kelihatan tingkah laku murid yang kerap meminta izin untuk keluar telah berkurangan semasa saya sedang menjalankan sesi p & p.

6. Tindakan susulanSaya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Diharapkan segala masalah seperti gangguan yang timbul semasa sesi p & p berlangsung akan dapat saya atasi dengan sepenuhnya.

Cnth 3

Contoh Lengkap Jurnal PraktikumMINGGU PERTAMA

28 Julai 2008 (Isnin)

Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.20 pagi 1.30 petang

kata kunci : contoh refleksi praktikum, bahan pendidikan, contoh sebenar refleksi praktikum, refleksi praktikum pismp dan jqaf, kertas kerja ipg, ipgm malaysia, cara mengajar, guru mengajar, kaedah pnp berkesan, contoh lengkap jurnal praktikum, jurnal praktikum