jurnal praktikum

Upload: jet-lan

Post on 18-Jan-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Praktikum

TRANSCRIPT

TARIKH PRAKTIKUM 19/01/2015 DAN 26/01/2015PENGUNAAN BAHAN SEKELILING ATAU BAHAN TERBUANG SEBAGAI ALATAN MUZIK

(ALAM SEKELILING ALAT MUZIK KU)Refleksi PdP lalu.

Saya telah menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Kalai, Kampong Kalai, Batu Melintang Jeli selama 2 hari, iaitu pada 19/01/2015 iaitu pada hari Isnin pada pukul 12.45 petang sehingga 1.15 petang dan 26/01/2015 juga pada hari Isnin pada waktu sama seperti sebelumnya. Saya telah memilih untuk mengajar tahun 4 Delima. Sekolah ini hanya mempunyai dua buah kelas iaitu 4 Zamrud dan 4 Delima. Tahun 4 Delima mempunyai 25 orang murid dan merupakan kelas kedua. Sebelum memulakan praktikum saya, saya telah menghubungi guru pembimbing saya Puan Noriza binti Mansor dan guru besar Encik A.R Readdilee bin Haron bagi mengetahui latarbelakang pendidikan muzik pelajar sekolah tersebut. Hasil dari perbincangan dengan guru pembimbing dan guru besar mendapati, sekolah tersebut tidak mempunyai guru muzik dan matapelajaran muzik diajar oleh seorang guru agama lelaki yang tidak mempunyai pengalaman muzik. Saya juga telah melawat bilik muzik dan mendapati tiada sebarang alatan muzik yang berfungsi dengan baik. Saya mendapati tajuk "Pengunaan Bahan Sekeliling Atau Bahan Terbuang Sebagai Alatan Muzik" adalah amat bersesuaian.Pengalaman Murid

Pelajar perlu mengaitkan pengalaman PdP lepas dengan 4 perkara utama PdP:

o Guru

o Murid

o Isi kandungan pelajaran

o Persekitaran

Bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara di atas, pelajar boleh merujuk bahan-bahan seperti markah ujian, buku latihan, bahan pengajaran dan lain-lain yang berkaitan.2. Isu / Fokus Kajian

Tentukan tema / isu keprihatinan kajian / masalah.

Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi PdP lalu yang dibuat.

3. Kumpulan sasaran

Nyatakan dengan terperinci bilangan murid yang dikaji

Terangkan secara ringkas latarbelakang pendidikan murid yang dikaji

4. Perlaksanaan inovasi PdP

Pelajar perlu menyediakan PdP yang berteraskan inovasi sebagai contoh:

TEKNIK COMIL : SATU KAEDAH UNTUK MENGUASAISUBTOPIK SIFAT KIMIA SEBATIAN KARBON Jelaskan mengenai perlaksanaan inovasi dan aktiviti-aktiviti yang terlibat

5. Laporan perlaksanaan inovasi PdP berpandukan perkara-perkara berikut:

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Kebaikan dan kekurangan inovasi PdP yang dijalankan.

Laporkan kaedah yang digunakan yang digunakan untuk menilai inovasi PdP yang telah dijalankan. (Tidak perlu lapor analisis data, hanya kaedah yang digunakan sahaja. Contohnya: guna soal selidik, temubual pelajar, pre-test dan post-test

Data yang diperolehi daripada kaedah yang digunakan perlu dilaporkan dalam HBEF4303.

6. Lampiran

Lampirkan soalan/aktiviti yang dijalankan

Bukti penilaian selepas dan sebelum PdP